Content
Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Saman Pemula No. : NA-24NCVC-122-03/2024 5 Dalam Perkara Seksyen 326 (1A)(a) Kanun Tanah Negara 1965; Dan 10 Dalam Perkara Seksyen 326
NA-24NCvC-122-03/2024
High Court of Malaysia8 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Saman Pemula No. : NA-24NCVC-122-03/2024 5 Dalam Perkara Seksyen 326 (1A)(a) Kanun Tanah Negara 1965; Dan 10 Dalam Perkara Seksyen 326
1B
Kanun Tanah Negara 1965; Dan 15 Dalam Perkara Seksyen 326(2) Kanun Tanah Negara 1965; Dan 20 Dalam Perkara Seksyen 327 Kanun Tanah Negara 1965; Dan 25 Dalam perkara Hartanah yang dipegang dibawah GM549, Lot 5564 Mukim Labu Daerah Seremban, Negeri Sembilan; 05/07/2024 00:46:21 NA-24NCvC-122-03/2024 Kand. 19 2 30 Dan Dalam perkara kaveat persendirian bertarikh 22.02.2021 dibawah perserahan no. 174/2021 oleh Plaintif 35 terhadap hartanah tersebut; Dan Dalam Perkara Aturan 7 dan 92(4) 40 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ; Antara Paulaiyanan a/l Muthurairasan 45 (No. K/P : 600406-05-5247) … Plantif Dan Mamunirasan a/l Mathurai (No. K/P : 7863331) …Defendan 50 ALASAN PENGHAKIMAN 55 PENGENALAN
1
Ini adalah merupakan rayuan daripada pihak Plaintif yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini yang telah menolak permohonan mereka untuk melanjutkan tempoh sah kaveat persendirian bertarikh 60 24.8.2018 terhadap hartanah yang dikenali sebagai GM 549 Lot 5564, Daerah Seremban, Negeri Sembilan (hartanah tersebut) sehingga penyelesaian muktamad guaman ini.
2
Dalam tuntutan ini, Plaintif menyatakan bahawa hartanah tersebut 65 telah dipindahkan secara salah kepada Responden melalui satu prosiding pembahagian harta yang jalankan di hadapan Penolong Pentadbir Tanah Seremban pada 23.08.1989.
3
Plaintif merupakan salah seorang daripada 8 orang anak kepada pasangan Mathurai a/l Rasan (ayah) dan Muthee a/p Perumal (ibu). Pada 27.3.1988, mendiang ayah Plaintif iaitu Mathurai a/l Rasan (simati) telah meninggal dunia meninggalkan harta-harta tak alih yang berstatus 75 tanah berkelompok dan tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 seperti berikut :- a) GM 548 Lot 0050403 Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan (seluas 2.619 Ha): dan b) GM 549 Lot 005564 Mukim Labu, Seremban, 80 Negeri Sembilan (seluas 0.8339 Ha.
4
Isteri simati iaitu Muthee a/p Perumal telah membuat satu permohonan di bawah Seksyen 8 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 di Pejabat Tanah Seremban dan permohonan 85 tersebut didaftarkan sebagai PTS 51/1989.
5
Permohonan tersebut telah dibicarakan di hadapan Penolong Pentadbir Tanah Seremban pada 23.08.1989 dan satu keputusan telah dibuat dimana kesemua bahagian dalam kedua-dua hartanah tersebut 90 diberikan kepada Responden.
6
Plaintif yang turut mewakili adik beradiknya lain menegaskan bahawa Responden telah menerima pindahmilik hartanah-hartanah tersebut secara licik dan frod dengan bantuan Penolong Pentadbir 95 Tanah tersebut iaitu Encik Mustapha bin Haji Alias. Ini adalah kerana Penolong Pentadbir Tanah tersebut dengan sengaja telah memerintahkan bahawa hartanah-hartanah tersebut dipindahkan kepada Responden tanpa menghiraukan kepentingan waris-waris lain.
7
Plaintif menyatakan dalam menjalankan tugasnya, Penolong 100 Pentadbir tersebut telah gagal mematuhi undang-undang sedia ada dalam prosidur pembahagian harta dan kesannya adalah perintah bertarikh 23.8.1989 boleh dianggap tidak sah kerana ianya telah diberikan secara tidak teratur.
8
Berdasarkan nota bicara Penolong Pentadbir Tanah berkenaan, Plaintif mendakwa bahawa proses perbicaraan yang dijalankan oleh Penolong Pentadbir Seremban adalah tidak teratur dan tidak sah atas alasan-alasan berikut :- i. Kesemua waris-waris yang hadir tidak memahami 110 Bahasa Melayu dan hanya mampu bertutur dalam Bahasa Tamil. Oleh itu, waris-waris tidak mampu memahami kandungan prosedur perbicaraan yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu. ii. Waris-waris juga tidak menerima sebarang pertanyaaan 115 daripada Penolong Pentadbir sama ada kesemua mereka telah bersetuju untuk memberikan keseluruhan hartanah tersebut kepada Responden 1. iii. Ibu Plaintif iaitu Muthee a/p Muralee tidak pernah berniat untuk memberikan harta tersebut kepada Responden 1 120 memandangkan terdapat anak-anak lain yang berhak kepada harta tersebut secara sama rata. iv. Tiada keterangan dalam Nota keterangan oleh Pentadbir Tanah yang menunjukkan bahawa Muthee a/p Muralee berniat untuk memberikan keseluruhan hartanah-hartanah tersebut 125 kepada responden.
9
Melalui perjanjian jual beli bertarikh 10.2.2017, Responden telah menjual salah satu hartanah berkenaan iaitu hartanah yang dikenali sebagai GM 548 Lot No. 0050403 Mukim Labu, Seremban, Negeri 130 Sembilan tanpa pengetahuan Plaintif dan waris-waris lain.
10
Dibimbangi Responden akan melupuskan satu lagi hartanah yang masih tinggal, Plaintif telah memasukkan kaveat persendirian ke atas GM 549 Lot No. 005564 Mukim Labu (hartanah tersebut) bagi 135 melindungi hak dan kepentingan Plaintif dan waris-waris lain yang sepatutnya berhak ke atas hartanah tersebut, Memandangkan kaveat persendirian yang telah dimasukkan ke atas hartanah tersebut akan tamat, maka Plaintif membuat permohonan ini untuk melanjutkan tempoh kaveat demi menjaga kepentingannya di atas hartanah tersebut. 140
11
Sebelum ini pihak Plaintif dan waris-waris lain telah memfailkan tindakan Saman Pemula terhadap Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (Bahagian Harta Pesaka Kecil) dan Responden melalui Saman Pemula NA-24NCvC-337-07/2023 untuk membatalkan 145 perintah Pentadbir Tanah berkenaan. Bagaimanapun, tindakan tersebut telah ditarik balik oleh Plaintif.
12
Responden menyatakan bahawa permohonan Plaintif untuk perlanjutan tempoh kaveat yang telah dimasukkan ke atas hartanah GM 549 Lot 5564, Daerah Seremban adalah satu permohonan yang tidak berasas. Ini adalah kerana hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Responden sejak tahun 1989 iaitu hampir 35 tahun yang lalu melalui 155 satu perintah pembahagian harta yang sah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Seremban.
13
Adalah menjadi hujah Responden bahawa perintah tersebut masih berkuatkuasa dan tidak pernah dicabar, dipinda atau dirayu oleh mana- 160 mana pihak. Responen merujuk kepada Seksyen 29(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan yang telah diberikan oleh Pentadbir Tanah, maka pihak berkenaan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari perintah tersebut memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. 165 Tiada sebarang rayuan yang telah difailkan oleh mana-mana pihak terhadap keputusan Pentadbir Tanah tersebut.
14
Responden juga membantah dakwaan Plaintif bahawa Pentadbir Tanah telah bertindak secara licik dan frod dalam mengeluarkan 170 perintah pembahagian bertarikh 23.8.1989 tersebut. Sebaliknya menyatakan bahawa keputusan Pentadbir Tanah tersebut telah dibuat atas persetujuan dan dalam kehadiran kesemua waris-waris.
15
Bagi menguatkan hujahannya, Responden telah menyertakan satu 175 afidavit yang didepos oleh Ketua Penolong Pengarah di Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sembilan. (rujuk Ekshibit A-1 Afidavit jawapan Defendan).
16
Di dalam afidavit tersebut, pegawai berkenaan telah merujuk kepada nota bicara Penolong Pegawai Tadbir Tanah bertarikh 23.8.1989 dan mendapati bahawa Penolong Pegawai Tadbir tersebut telah mengeluarkan perintah berkenaan dalam kehadiran kesemua waris-waris. Nota bicara berkenaan turut menunjukkan bahawa 185 kesemua waris yang hadir bersetuju menyerahkan kesemua bahagian mereka kepada Responden. Tiada sebarang bantahan yang direkodkan oleh mana-mana waris disepanjang perbicaraan tersebut.
17
Oleh itu, adalah menjadi hujah Responden bahawa Plaintif-Plaintif 190 tidak mempunyai sebarang asas atau kepentingan untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah berkenaan kerana hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Responden secara sah.
18
Sama ada Plaintif berhak disisi undang-undang untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah yang dikenali sebagai GM 549 Lot 5564, Daerah Seremban, Negeri Sembilan. 200
19
Prinsip undang-undang yang mengawal selia prosiding kemasukan kaveat persendirian ke atas mana-mana hartanah telah diperuntukkan secara jelas di bawah Seksyen 323 Kanun Tanah Negara 205 1965 yang berbunyi :- “323. Applications for entry of private caveats.
1
The persons and bodies at whose instance a private caveat may be entered are-
a
any person or body claiming title to, or any registrable 210 interest in, any alienated land or undivided share in any alienated land or any right to such title or interest;
b
any person or body claiming to be beneficially entitled under any trust affecting any such land or interest; and
c
the guardian or next friend of any minor claiming to be 215 entitled as mentioned in paragraph (b)”
20
Berdasarkan fakta kes yang ada di hadapan Mahkamah, tuntutan Plaintif-Plaintif adalah berdasarkan seksyen 323 (1) (a) iaitu “any person or body claiming title to, or any registrable interest in, any 220 alienated land”.
21
21.
Preamble
Mengikut peruntukan tersebut, mana-mana pankaveat yang berhajat untuk memasukkan kaveat ke atas suatu hartanah hendaklah memiliki hak milik atau kepentingan yang boleh didaftarkan (registrable 225 interest) ke atas hartanah tersebut. 11 22. Prinsip undang-undang mengenai kemasukan kaveat persendirian ke atas hartanah telah diputuskan melalui kes Score Options sdn Bhd v 230 Mexaland Development Sdn Bhd (2012) 6MLJ 475, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan di held :-
1
Based on the provisions of the NLC and the authorities cited by the parties, this court was of the considered view that the only parties who were authorised to lodge a private caveat 235 were those who could effect dealings in the particular interests in the land. The caveator had to have a ‘registerable interest’ under s 323(1)(a) of the NLC. In order to be a caveatable interest, the interest should represent a transaction that could ultimately lead to its registration on the register. In the instant 240 appeal, the appellant had conferred numerous rights on the respondent under the JVPM agreement and the powers of attorney, but all these rights were merely rights to develop the land that would give rise to a monetary interest or a right in personam against the appellant and did not create any interest 245 in the land (see paras 35–38).
2
Further the registerable interest that the caveator was claiming should be an existing interest and cannot include potential interest or interest in future. This was a principle firmly embedded in our Torrens system. In the present case, even 250 though the respondent was given the option to purchase the units it developed and to transfer the units to itself if it so chose, that right had yet to be exercised at the time when the caveat was lodged. Therefore, the right had not ripened into an interest in the land (see paras 39, 40, 42 & 44). 255 23. Berdasarkan otoriti di atas, pihak yang dibenarkan untuk memasukkan kaveat persendirian ke atas mana-mana hartanah adalah pihak yang memiliki kepentingan yang boleh didaftarkan (registrable title) atas hartanah tersebut. Pihak-pihak yang mempunyai kepentingan yang 260 boleh didaftarkan ke atas hartanah dikatakan mempunyai “caveatable interest”.
24
Kes Score Option mendefinisikan “caveatable interest” sebagai mana-mana kepentingan yang dimiliki oleh penkaveat yang 265 berkeupayaan untuk didaftarkan. Ini sekaligus menidakkan sebarang kepentingan atas hartanah yang tidak boleh didaftarkan. “Caveatable interest” juga bermakna kepentingan yang dimiliki oleh penkaveat ke atas hartanah tersebut adalah satu kepentingan yang wujud dan telah sedia ada dan bukan merupakan satu kepentingan yang berpotensi 270 dimiliki oleh penkaveat pada masa hadapan.
25
Menggunapakai prinsip-prinsip di atas, Mahkamah hendaklah menentukan sama ada Plaintif di dalam tindakan ini memiliki “caveatable interest” dan layak diberi kebenaran untuk memasukkan 275 kaveat ke atas hartanah milik Responden sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 323 KTN 1965.
26
Dalam tuntutan ini, Plaintif mendakwa bahawa beliau dan waris-waris lain memiliki kepentingan atas hartanah tersebut. Walaupun 280 hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Responden dan Responden adalah pemilik berdaftar bagi hartanah tersebut, tetapi Plaintif membuat alegasi bahawa pelaksanaan pindahmilik hartanah tersebut kepada Responden telah dilaksanakan berdasarkan satu perintah yang tidak sah.
27
Plaintif mempertikaikan keesahan perintah Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Seremban bertarikh 23.8.1989 atas alasan-alasan berikut :- i. Plaintif menyatakan bahawa perintah pembahagian harta 290 tersebut telah dibuat tanpa persetujuan waris-waris kerana waris-waris tidak memahami prosiding perbicaraan yang dijalankan dalam Bahasa Malaysia. ii) Plaintif dan waris-waris lain diketepikan daripada mendapat bahagian mereka ke atas hartanah-hartanah tersebut; dan 295 iii) Pindahmilik hartanah-hartanah tersebut kepada Responden telah dibuat secara licik dan frod dengan bantuan Penolong Pentadbir Tanah tersebut iaitu Encik Mustapha bin Haji Alias.
28
Kesan dari ketidakesahan perintah ini, maka Plaintif menegaskan 300 bahawa proses pindahmilik hartanah kepada Responden yang dibuat berdasarkan perintah ini sebagai tidak sah dan layak untuk diketepikan. Ini bermakna bahawa Plaintif mempertikaikan kedudukan Responden sebagai pemilik berdaftar hartanah tersebut.
29
Memandangkan pemilikan Responden ke atas hartanah tersebut dipertikaikan keesahannya, maka, adalah menjadi hujah Plaintif bahawa sebagai waris yang sah, Plaintif turut mempunyai kepentingan ke atas hartanah berkenaan sehingga isu pemilikan Responden ke atas hartanah tersebut diselesaikan. Sehingga isu tersebut diselesaikan, 310 Plaintif menyatakan bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut bagi melindungi hartanah tersebut daripada dilupuskan oleh Responden. Sebagai pemilik berdaftar tunggal, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa Responden akan melupuskan hartanah tersebut tanpa pengetahuan 315 Plaintif dan waris-waris yang lain.
30
Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah harus melihat sama Plaintif-Plaintif berjaya menunjukkan bahawa kepentingan yang didakwa dimiliki oleh mereka atas hartanah tersebut adalah kepentingan yang 320 termasuk dalam kategori “caveatable interest sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 323.
31
Mengimbas kembali keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif gagal 325 mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai kepentingan ke atas hartanah tersebut. Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa dakwaan pemilikan kepentingan oleh Plaintif atas hartanah tersebut hanya bersandarkan kepada kepercayaan mereka bahawa perintah pembahagian yang telah 330 dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Tadbir Tanah Seremban pada 23.8.1989 adalah tidak sah.
32
Bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa alasan tersebut adalah tidak berasas dan tidak disokong oleh sebarang keterangan yang 335 jelas. Prinsip undang-undang menyatakan bahawa prosidur kemasukan kaveat ini bertujuan untuk melindungi kepentingan mana-mana pihak yang telah membuat satu tuntutan terhadap suatu hartanah yang mana pihak tersebut mempunyai kepentingan terhadap hartanah tersebut. Kemasukan kaveat adalah bertujuan untuk mengekalkan statusquo 340 hartanah tersebut sehingga tuntutan berkenaan diselesaikan dan dikuatkuasakan.
33
Bagaimanapun Mahkamah mendapati bahawa Plaintif gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa 345 beliau mempunyai sebarang tuntutan yang aktif terhadap mana-mana pihak, sama ada Responden atau Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan untuk menuntut kembali kepentingannya ke atas hartanah tersebut .
34
Terdapat keterangan menunjukkan bahawa Plaintif ada memfailkan tindakan terhadap Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (Bahagian Harta Pesaka Kecil) dan Responden melalui Saman Pemula No. NA-24NCvC-337-07/2023 untuk mempertikaikan perintah bertarikh 23.8.1989, tetapi tindakan tersebut telah ditarik balik 355 oleh Plaintif. Ini sekaligus bermakna bahawa pada masa ini, Plaintif tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap hartanah tersebut. Tanpa sebarang tuntutan terhadap hartanah tersebut, Mahkamah beranggapan bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang asas atau tujuan yang jelas untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut.
35
Plaintif juga dengan lantang menyatakan bahawa perintah bertarikh 23.8.1989 tersebut telah dikeluarkan oleh Penolong Pentadbir Tanah tanpa persetujuan beliau dan waris-waris yang lain. Mahkamah berpandangan bahawa sekiranya benar mereka tidak bersetuju dan 365 membantah terhadap perintah tersebut sebagaimana yang didakwa, mereka sepatutnya telah mengambil satu tindakan yang tegas untuk merayu dan mengenepikan perintah berkenaan.
36
Undang-undang telah memperuntukkan mana-mana pihak yang 370 terkilan dengan perintah yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah boleh merayu terhadap perintah tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dikeluarkan (Seksyen 29(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.) Tetapi, dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah gagal memfailkan sebarang rayuan dalam tempoh yang ditetapkan. 375 Sebaliknya, Plaintif telah memilih untuk menunggu lebih dari 30 tahun sebelum mengambil tindakan untuk mempertahankan hak dan kepentingannya atas hartanah tersebut.
37
Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa Plaintif sendiri yang 380 memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan segera bagi merayu, meminda atau membatalkan perintah tersebut. Atas alasan tersebut, Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif sendiri yang telah gagal untuk mempertahankan haknya atas hartanah tersebut dalam tempoh yang wajar. Dengan kata lain, Plaintif sendiri yang telah memilih untuk 385 “sleep on his right.”
38
Malah, tindakan yang telah diambil oleh Plaintif terhadap Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (Bahagian Harta Pesaka Kecil) dan Responden melalui Saman Pemula No. NA-24NCvC-337- 390 07/2023 yang kemudiannya telah ditarik balik hanya dimulakan pada tahun 2023 iaitu selepas lebih 30 tahun perintah pembahagian dikeluarkan.
39
Berdasakan alasan-alasan ini, Mahkamah berpandangan bahawa 395 Plaintif gagal untuk menunjukkan sebarang bukti atau keterangan untuk menunjukkan kepada Mahkamah bahawa beliau memiliki sebarang kepentingan atas hartanah tersebut. Kedudukannya sebagai waris kepada harta pusaka simati tidak langsung memberikan kepada Plaintif sebarang hak dan kepentingan terhadap hartanah tersebut kerana 400 hartanah tersebut telah selesai dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut proses undang-undang yang sah.
40
Terdapat keterangan jelas yang menunjukkan bahawa pemilik berdaftar hartanah tersebut adalah Responden. Mahkamah juga 405 mendapati bahawa pindahmilik hartanah tersebut kepada Responden telah dilaksanakan berdasarkan satu perintah pembahagian yang telah dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Tadbir Tanah Seremban pada 23.8.1989.
41
Berdasarkan nota bicara yang disertakan (ekhibit PM-2 Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif – Lamp. 2), Mahkamah juga mendapati bahawa perintah tersebut telah dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Tadbir Tanah Seremban selepas satu prosiding pendengaran dijalankan. Prosiding pendengaran tersebut juga telah dihadiri oleh kesemua waris- 415 waris simati, termasuk Plaintif dan waris-waris yang lain. Berdasarkan nota bicara tersebut juga, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang bantahan oleh mana-mana waris direkodkan semasa perintah tersebut dikeluarkan. 420
42
Tugas Mahkamah di dalam tindakan ini adalah untuk menentukan sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai hak dibawah Seksyen 323 KTN 1965 untuk memasukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut. Bukan tugas Mahkamah ini untuk menentukan sama ada perintah 425 bertarikh 23.8.1989 tersebut telah dikeluarkan secara teratur.
43
Sekiranya Plaintif-Plaintif terkilan dengan keputusan tersebut dan berpandangan bahawa perintah tersebut telah dikeluarkan secara frod atau tanpa persetujuan kesemua waris-waris, langkah yang sepatutnya diambil untuk membetulkan keadaan tersebut adalah dengan 430 mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dikeluarkan seperti yang dinyatakan di atas.
44
Meneliti keterangan-keterangan yang ada dihadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan 435 sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa rayuan telah dikemukakan terhadap perintah tersebut. Plaintif-juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan untuk mengenepikan atau membatalkan perintah ini. 440
45
Ini bermakna, perintah pembahagian tersebut masih tetap utuh dan berkuatkuasa. Ini juga memberi makna bahawa disisi undang-undang, Responden masih merupakan pemilik berdaftar yang 445 sah untuk hartanah tersebut.
46
Berdasarkan dapatan ini, adalah menjadi pandangan Mahkamah bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas hartanah tersebut. Memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan 450 sejak lebih 30 tahun yang lalu dan Plaintif masih gagal mengenepikan perintah tersebut, maka adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa adalah wajar untuk dijangkakan bahawa Plaintif tidak mempunyai potensi untuk memiliki sebarang kepentingan yang boleh didaftarkan atas hartanah tersebut pada masa hadapan.
47
Atas alasan-alasan tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa Plaintif tidak mempunyai “caveatable interest” ke atas hartanah tersebut. 460
48
Atas alasan-alasan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau mempunyai sebarang kepentingan ke atas hartanah tersebut dan 465 dengan itu, Plaintif tidak dibenarkan untuk menyambung tempoh kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa permohonan Plaintif dilampiran 1 ditolak dengan kos. BERTARIKH : 4 Julai 2024. 470 WAN FADHILAH NOR BINTI WAN IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 475 PEGUAM BAGI PIHAK PLAINTIF: Tetuan Mathews & Associates No. 27, Jalan S2 D39, Magistrates Square, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. 480 PEGUAM BAGI PIHAK DEFENDAN: Tetuan S. Thevar & Co No. 401, Tingkat 1, Jalan Haruan 4/2, Oakland Commercial Square, 485 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.