Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-87-2224-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN PCHH CONSTRUCTION [NO SYARIKAT: 200503138985] ALASAN PENGHAKIMAN
WA-87-2224-05/2025
Magistrates Court of Malaysia15 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“25. Di dalam satu lagi kes terkini SRI BHUMI ENTERPRISE V PP [2025] CLJU 928, Mahkamah Tinggi telah menerima rayuan perayu dan menolak perintah Majistret yang melucuthakan kenderaan di bawah Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana nombor pendaftaran Iori yang d”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-87-2224-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN PCHH CONSTRUCTION [NO SYARIKAT: 200503138985] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan dari pihak orang kena saman (selepas ini dirujuk sebagai OKS) terhadap sabitan dan hukuman yang diberikan oleh Mahkamah pada 15.7.2025. OKS juga merayu terhadap perintah pelucuthakan yang diberikan oleh Mahkamah terhadap kenderaan yang disita.
2
OKS, PCHH Construction [No Syarikat: 200503138985] yang diwakili Pemilik bernama Teh Theng Hock (No K/P: 690706-10- 5295) telah membuat pengakuan salah di bawah Seksyen S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama dan boleh dilucuthakan di bawah Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sepertimana berikut: “Bahawa kamu pada 30.04.2025 lebih kurang jam 1415 HRS bertempat di JPJ WPKL dalam daerah KUALA LUMPUR pentadbiran WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR sebagai Pengendali Berlesen kenderaan jenis motolori BARANGAN – SEMI TRAILER nombor pendaftaran kenderaan VHR 1403 (T/A 9743) yang telah dilesenkan dibawah Lesen Pembawa LC nombor rujukan permit 2W0067779-5/07 dan 2W0075914-0/07 nombor siri permit PK 168423 dan PK 136295 telah didapati membenarkan pemandu RUSLI BIN NA’MAN nombor passport 670303-71-5111 memandu motolori tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan PASIR sebanyak 81,400kg melebihi muatan sebanyak 37,400kg (85.00%) dari Berat Dengan Muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen sebanyak 44,000kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar peruntukkan dibawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw 57(3) Akta yang sama dan boleh dilucuthakan dibawah Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Hukuman: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Denda tidak kurang daripada RM 1,000 tetapi tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. dan, Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Apabila disabitkan suatu kesalahan kenderaan yang berkaitan hendaklah dibuat pelucuthakan atau pelepasan oleh mahkamah’.
3
OKS telah dijatuhkan hukuman denda RM6000 gagal bayar 6 bulan penjara. Mahkamah memerintahkan kenderaan VHR 1403 (T/A 9743) dilucuthakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
4
FAKTA KES Pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta kes yang yang ditandakan sebagai P3.
5
Fakta kes seperti berikut: S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw Pada 30hb April 2025 sepasukan anggota penguatkuasa JPJWPKL yang diketuai AB5 Yuhaizy Bin Md Yusub bersama anggota lain iaitu KP2 Engku Kamarul Hassan Bin Che Engku Alwi dan AB1 Zulhairi Bin Zamri dari Unit Penguatkuasaan Lebih Muatan JPJ WPKL telah diarahkan untuk menjalankan operasi di sekitar Kuala Lumpur.Jam lebih kurang 1415 HRS bertempat di JPJ WPKL pasukan ini telah terserempak dengan sebuah motolori jenis Barangan-Semi Trailer nombor pendaftaran kenderaan VHR 1403 (T/A 9743) yang disyaki membawa lebih muatan. Motolori tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan dan kemudiannya dikeluarkan Notis Arah Timbang di bawah seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 untuk ditimbang mudah alih di JPJ WPKL. Motolori tersebut telah ditimbang alih oleh AB5 Yuhaizy Bin Md Yusub. Setelah ditimbang, didapati lebihan muatan yang dibawa oleh lori tersebut sebanyak 37,400 (85%) daripada had yang dibenarkan oleh lesen pengendali nombor rujukan permit 2W0067779-5/07 dan 2W0075914-0/07 nombor siri permit PK 168423 dan PK 136295 seperti tercatat pada tiket timbang berat nombor 527. Berat dengan muatan (BDM) yang dibenarkan di bawah lessen pengendali adalah sebanyak 44,000 KG manakala berat dengan muatan semasa ditimbang adalah sebanyak 81,400 KG. Muatan yang dibawa semasa ditahan adalah pasir. Pemandu S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw kenderaan motolori yang ditahan pada hari kejadian adalah Rusli Bin Na’man nombor kad pengenalan 670303-71-5111. Oleh yang demikian, kamu didapati telah melanggar peruntukkan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan boleh dihukum di bawah seksyen 57(3) Akta yang sama. Kenderaan juga telah disita di bawah seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan boleh dihukum di bawah seksyen 80(4) Akta yang sama di mana kenderaan bernombor pendaftaran VHR 1403(T/A 9743) boleh dilucuthakan.
6
PENGAKUAN SALAH OKS Mahkamah berpuas hati bahawa fakta-fakta yang dinyatakan dalam eksibit P3 tersebut terjumlah kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung dalam pertuduhan. Pada peringkat ini, Mahkamah sedar bahawa jika OKS mengakui fakta kes itu secara bersyarat atau jika pengakuannya adalah tidak jelas dan meragukan, maka Mahkamah hendaklah menganggap pengakuan OKS sebagai pengakuan tidak bersalah dan meneruskan perbicaraan.
7
Oleh itu, kesemua hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengakuan salah OKS adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw prosedur yang ditetapkan. Mahkamah berpuas hati bahawa OKS mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKS diterima.
8
HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN OKS ini tidak diwakili peguam. Dalam rayuan mitigasinya, OKS mohon denda dikurangkan kerana OKS telah mengingatkan pemandu untuk tidak lakukan kesalahan tersebut namun pemandu tidak dengar kata OKS. OKS sudah tua berumur 57 tahun dan menangggung adiknya.
9
HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan terpelajar mohon hukuman berat kerana lebihan muatan adalah sebanyak 37,400 KG bersamaan 85%.
10
Mahkamah mendapati OKS bersalah sebagaimana pertuduhan dan dijatuhkan hukuman denda RM6000 gagal bayar 6 bulan penjara. Mahkamah memerintahkan kenderaan VHR 1403 S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw (T/A 9743) dilucuthakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
11
Mahkamah mendapati OKS telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah berpendapat pengakuan salah pada peringkat awal wajar diberikan kredit peringanan hukuman denda.
12
Tidak dinafikan pengakuan salah segera OKS ini telah menyelesaikan kes ini dengan cepat tanpa melalui perbicaraan terus sekaligus menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak.
13
Mahkamah turut mempercayai pengakuan salah OKS di peringkat paling awal mencerminkan penyesalan dan keinsafan
14
Dalam kes ini, Mahkamah amat menitikberatkan kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi OKS. Hal ini kerana kenderaan yang digunakan ini adalah sebuah motolori jenis barangan-semi trailer yang telah membawa muatan melebihi S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw 37,400 KG bersamaan 85%. Muatan lebih ini sememangnya akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
15
Mahkamah cakna berhubung kekerapan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan motolori yang membawa muatan berlebihan.
16
Kemalangan maut yang telah mengorbankan sembilan (9) nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan Perak pada 13.5.2025 yang lalu melibatkan sebuah lori yang membawa muatan lebih sebanyak 70%. Tindakan pemandu lori yang memandu ke arah bertentangan telah dikenal pasti sebagai punca kemalangan berlaku. Berapa banyak lagi nyawa yang tidak berdosa harus dikorbankan selagi mana pengendali berlesen ini memandang enteng kewajipan memastikan berat muatan tidak berlebihan?
17
Berhubung isu kepentingan awam, Mahkamah merujuk kepada kes PP V. GOVINDNAN CHINDEN NAIR [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: “In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed.”
18
Maka, kepentingan awam perlu dititikberatkan dalam pertimbangan hukuman yang tinggi bagi memastikan tiada lagi nyawa pengguna jalan raya yang dikorbankan apabila kemalangan berlaku melibatkan motolori lebih muatan.
19
Jika hukuman berat tidak dikenakan ke atas OKS, maka pengendali-pengendali berlesen jenis motolori akan mengulangi kesalahan yang sama kerana beranggapan hukuman yang dikenakan tidak mencerminkan keseriusan hukuman dalam peruntukkan dalam seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat iaitu denda tidak kurang daripada RM1000 tetapi tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua-duanya. S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw PELUCUTHAKAN KENDERAAN DI BAWAH SEKSYEN 80(4) AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010 20. Mahkamah telah memerintahkan motolori dalam kes ini untuk dilucuthakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
21
Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat seperti berikut: “Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu”.
22
Merujuk seksyen 80(1) Akta ini, dinyatakan bahawa: “Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat di mana-mana tempat”
23
Mahkamah berpuas hati OKS telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 57(1)(b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat yang boleh dihukum di bawah seksyen 57(3) Akta ini. Berdasarkan fakta kes eksibit P3 yang diakui benar oleh OKS, motolori barangan-semi trailer no pendaftaran VHR 1403 telah digunakan untuk membawa muatan pasir sebanyak 81,400 KG melebihi muatan sebanyak 37,400 KG. Maka syarat di bawah seksyen 80(4) telah dipenuhi dan motolori ini diperintahkan untuk dilucuthakan.
24
Mahkamah telah merujuk kepada kes REZA KIANMEHR v PP [2013] 7 CLJ 265, yang mana YA Kamardin Hashim telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah Majistret berhubung pelucuthakan sebuah kenderaan. Mahkamah tersebut juga menyatakan seperti berikut: S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw “The said vehicle had been proven as the subject matter of the offence. The conditions provided under subsection (4) of s. 80 had been fulfilled. Therefore, the Magistrate shall order forfeiture of the said vehicle. Once the conditions under that subsection (4) of s. of Act 715 had been fulfilled, the forfeiture therefore becomes mandatory. There is no discretion given to the Magistrate because of the words “shall be made” in s. 80(4) of” Act 715. When the provision of the statute is clear without any ambiguity, then the court must give effect to the clear and explicit language of the enacting words of the statute.”
25
Di dalam satu lagi kes terkini SRI BHUMI ENTERPRISE V PP [2025] CLJU 928, Mahkamah Tinggi telah menerima rayuan perayu dan menolak perintah Majistret yang melucuthakan kenderaan di bawah Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana nombor pendaftaran Iori yang dipohon untuk disita adalah WCJ 6961, manakala nombor pendaftaran Iori perayu yang terlibat dalam kesalahan di bawah s.57(3) APAD 2010 adalah BPD 2819. Berdasarkan kepada nombor-nombor pendaftaran yang berlainan, maka kedua-dua Iori ini adalah berlainan antara satu sama lain. Maka, dapatan Mahkamah Tinggi adalah perintah pelucuthakan S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw boleh diberikan jika dibuktikan (i) kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah s. 80(1) telah dilakukan [dalam kes ini adalah s. 57(3)] dan (ii) kenderaan tersebut adalah hal perkara bagi kesalahan itu.
26
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap OKS adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman yang djatuhkan tersebut adalah menurut prinsip landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Bertarikh: 1 Ogos 2025 S/N PtqufpuHsEuflcpTnpHsQw Timbalan Pendakwa Raya: Pendakwa Raya, Kamar Peguam Negara, Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan, Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Height, 50512 Kuala Lumpur Peguambela: Tetuan Azlan Bohari & Co, No. 2, Jalan Pulai Indah 5/13, Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, 81300 Johor Bahru, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.