12.2 If the delay or failure to perform a Party’s obligations due to Force Majeure exceeds 30 days, either Party may immediately terminate this Agreement by providing notice to the other Party. On the termination of this Agreement for reason of Force Majeure, PDRM FC shall forthwith refund to the Sponsor all sums already paid to PDRM FC for such portion of the Tournaments which has not been performed by reason of Force Majeure. [44] Mengambil kira terma dalam klausa 12 di atas, saya berpandangan tindakan Defendan mengeluarkan notis penamatan dengan bergantung kepada klausa force majeure adalah bersifat sebelah pihak dengan tanpa memberi pertimbangan kepada fakta-fakta yang berlaku dan keseluruhan terma Perjanjian Penajaan. Pertamanya, ketika Perjanjian Penajaan dimasuki, Covid-19 sudah pun melanda negara. Kedua, Mahkamah ini juga melihat manfaat yang diterima oleh Defendan di bawah Perjanjian Penajaan melalui perkataan yang digunakan - “In return for blackbixon’x sponsorship of the sponsorship sum, PDRM FC will accord Blackbixon the following, entitlements and benefit”. Peruntukan ini jelas dan nyata termasuk – manfaat penjenamaan pada jersi rasmi, di stadium, lain-lain promosi dan ganjaran. Sebagai contoh langsung, ms 436 Rekod Rayuan Jilid 5 mengenai posting FB PDRM Football Club bertarikh 8 Mei 2021 yang mempromosi BlackbixonTM Charging Your Life! Kapsul Kopi Tenaga dan Kesihatan Pertama di Dunia. [45] Dalam kes Crest Worldwide Resources Sdn Bhd v Fu Sum Hou dan satu lagi 2019 MLJU 512 diputuskan bahawa Mahkamah perlu memberi pertimbangan kepada tujuan kontrak dan melihat sama ada pihak-pihak telah mengambil tindakan untuk meminimakan keadaan yang dialami sebelum membenarkan pihak yang gagal menunaikan obligasi kontrak menggunapakai klausa force majeure. [46] Melalui keterangan dokumentari Defendan, Mahkamah ini tidak menemui usaha Defendan untuk meminimakan keadaan force majeure yang menurut Defendan berlaku akibat pandemik Covid-19. Keterangan yang ada hanyalah Defendan mengutus emel kepada Plaintif untuk meminta penangguhan bayaran wang penajaan. [47] Mahkamah ini merujuk e-mel Defendan kepada wakil Plaintif redone.com bertarikh 10.8.2021 yang meminta penangguhan bayaran baki tajaan RM500,000.00 kerana semasa Covid aktiviti ekonomi menjadi pegun. Semasa perjanjian ditandatangani pada 13.12.2021 keadaan PKPB dan PKPP sedang dilalui di Malaysia dan ia berada dalam pengetahuan pihak-pihak. Adakah ini boleh menjadi dalihan Defendan dan sebagai faktor untuk tuntutan balas Defendan dibenarkan. Intipati e-mel Defendan bertarikh 10.8.2021 menyatakan – “Subject: PDRM FC Agreement – Deferment of Payment for Sponsorship Sum Dear Cherry, We refer to the Sponsorship Agreement between PDRM FC Sdn Bhd and Blackbixon Sdn Bhd and payment of the balance sponsorship sum. Due to the COVID-19 pandemic economic activities have almost come to a standstill. We are unable to make any progress after the launch of our business as the MCO and EMCO has restricted all physical marketing activities. Likewise, at redONE the launch of Blackbixon business that was planned on May 2021 has not been able to take off. The marketing and brand awareness activities which were expected following the signing of the Sponsorship Agreement has also not materialized due to the restrictions imposed during the lockdown. As such we proposed that the payment of the balance sponsorship sum should be deferred to a later date when the restrictions are lifted and the business and marketing activities can be effectively conducted.” [48] Terang lagi bersuluh, e-mel Defendan tersebut merupakan pengakuan fakta yang material tentang obligasi Defendan untuk membayar baki penajaan RM500,000.00 kepada Plaintif dan bukannya pencabaran terhadap obligasi Defendan untuk membayar baki penajaan. [49] Saya berpandangan alasan Defendan tersebut adalah dengan tepatnya menjurus kepada ‘ups and downs of business or economic climate’ yang merupakan sebahagian daripada risiko dalam perniagaan. Sebagaimana diputuskan dalam kes Global Destar (M) Sdn Bhd v Kuala Lumpur Glass Manufacturers Co. Sdn Bhd [2007] MLJU 91, keadaan depresi ekonomi tidak terjumlah kepada hal-hal lain dalam force majeure. Keputusan tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Malaysia Land Properties Sdn Bhd (formerly known as Vintage Fame Sdn Bhd) v Tan Peng Foo [2014] 1 MLJ 718. Pada hemat Mahkamah ini, Defendan telah gagal membuktikan kewujudan force majeure yang menjadi asas Defendan menamatkan Perjanjian Penajaan. E. Naratif Penegasan Defendan Selain Force Majeure [50] Selanjutnya Mahkamah mendapati naratif pembelaan yang diplidkan oleh Defendan adalah menjurus kepada pemecahan obligasi oleh Plaintif dan bukannya alasan force majeure. Merujuk perenggan 11(ii) Pernyataan Pembelaan dan mendapati terdapat cubaan oleh Defendan membawa masuk keterangan lisan dalam keadaan ada perjanjian bertulis yang diakui oleh pihak-pihak. Defendan memplidkan bahawa dipersetujui secara lisan logo Defendan akan ditempatkan di depan atau dipamerkan dengan terang di hadapan jersi. [51] Selepas kesemua perlawanan yang dijadualkan meskipun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Plaintif telah mengikuti semua perlawanan Liga Premier Musim tahun 2021. Ini dapat dilihat melalui ms 31-32 IDB Bahagian A. [52] Oleh kerana dokumen kontemporari yang material dalam kes ini termasuk Perjanjian Penajaan bertarikh 13.12.2021, resit rasmi MSN, emel-emel kepada Chery Tan dan kedudukan Plaintif dalam Liga Premier musim tahun 2021 dimasukkan dalam Bahagian A Ikatan Dokumen Bersama, maka jelas dan nyata intipati dokumen tersebut telah pun diakui oleh pihak-pihak. Justeru, tiada beban bukti yang perlu dipikul oleh Plaintif berkaitan dengan fakta-fakta yang tertera dalam dokumen-dokumen tersebut. [53] HMS yang bijaksana menerima keterangan SD1 dan SD2 bahawa Defendan sebagai sebuah jenama yang baharu di pasaran memerlukan Perjanjian Penajaan untuk mempromosikan jenama Blackbixon. Namun semasa diperiksa balas mengenai terma khusus berkaitan obligasi Plaintif mewujudkan brand awareness di dalam Perjanjian Penajaan, SD2 merujuk kepada klausa 1.1.3 yang menyentuh tentang other branding. [54] Dalam para 11(vii) Pernyataan Pembelaan, Defendan menegaskan semangat dan tujuan Perjanjian Penajaan adalah untuk mewujudkan kesedaran penjenamaan, publisiti dan pemasaran terhilang dan tidak dapat dicapai sebagaimana dijangkakan dengan munasabah dengan mengambilkira perniagaan defendan baharu dalam pasaran. Ini menjadikan Defendan bergantung kepada Plaintif untuk mewujudkan kesedaran penjenamaan yang mana gagal dilakukan oleh Plaintif. [55] SD1 mengakui penajaan kepada PDRM FC adalah pengalaman pertama buat Defendan. Sekiranya tujuan utama penajaan adalah sebagaimana yang difahami oleh Defendan, tiadalah keperluan pengecualian cukai diberikan kepada Defendan sebagai sebuah syarikat perniagaan. Tiadalah juga keperluan wang penajaan dibayar kepada MSN, dan sepatutnya cek yang dikeluarkan oleh Defendan tidak ditulis MSN sebagai penerima. Ini bermaksud tujuan penajaan yang dimasuki oleh pihak-pihak dalam Perjanjian Penajaan adalah untuk mana-mana badan perniagaan atau indivitu menaja entiti sukan dan sebagai balasan kepada entiti tersebut, beberapa keistimwaan diberikan sebagaimana tertera dalam dalam Perjanjian Penajaan tersebut. [56] Defendan selanjutnya telah memplidkan fakta-fakta berikut dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas sebagai alasan bahawa Plaintif telah memungkiri terma Perjanjiaan Penajaan dan mewajarkan Defendan menuntut pemulangan wang RM500,000.00. Alasan-alasan tersebut adalah –