Mahkamah dapati Plaintif tidak pernah mengemukakan perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950 untuk membolehkan anggapan di bawah seksyen 90A(4) Akta tersebut terpakai. Dalam keterangan lisan SP1 juga, SP1 gagal mendedahkan peralatan yang digunakan untuk merakam gambar-gambar tersebut dan sama ada peralatan tersebut berfungsi dengan baik serta sama ada gambar-gambar tersebut dikeluarkan dalam perjalanan penggunaan biasa peralatan tersebut. [37] Selain daripada gambar yang dikemukakan, Mahkamah beralih pula pematuhan Plaintif kepada klausa 1 itu sendiri. Di bawah klausa 1.1.3 (terutama 1.1.3(C)), Mahkamah dapati pihak Plaintif juga gagal mematuhi terma klausa ini. Ia boleh dilihat daripada keterangan sebagaimana di bawah: Pemeriksaan Balas SP1 LKY: Thank you. Right, En Teh, dalam keseluruhan penyataan saksi En Teh, En Teh menjelaskan obligasi-obligasi pihak Plaintif dan pihak Defendan dan En Teh seterusnya menyatakan obligasi-obligasi Plaintif telah dipenuhi, di fulfilled, dipenuhi, ya, sebagai dalam Klausa 1.11, 1.13 dan sebagainya. Soalan: setuju atau tidak photoshoot tidak ada dijalankan dengan wakil-wakil pemain PDRM dengan wakil syarikat Defendan? Setuju? There was no photoshoot? BEN: Tidak setuju. LKY:You don’t agree. I will accept it. Sama juga, setuju atau tidak bahawa video session, video shoot, dengan wakil-wakil pemain PDRM FC dengan wakil-wakil syarikat Defendan atau apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh Defendan, tidak ada di, apa ini, not fixed. There was no video shoot. Do you agree? BEN: Not agree Pemeriksaan Semula SP1 LKY: Di tengah-tengah, Tuan Hakim. Di tengah-tengah antara logo PDRM FC dan juga logo Selangor FC2. Baik, soalan seterusnya, sebelum ini, peguam ada bertanya bahawa photoshoot tidak dilakukan oleh Plaintif. Kamu menjawab, “Tidak setuju.” Mengapa kamu jawab tidak setuju? BEN: Kerana untuk session photoshoot itu, kita masih dalam mengaturkan masa dan yang paling penting, kontrak ini adalah sampai 31 Disember. Dan nyata tidak pernah kita bersetuju bahawa penggambaran video ataupun photoshoot ini mesti dibuat bila tarikh. So sebagai PDRM FC, selagi kita menunaikan janji kita dalam tempoh kontrak, kita rasakan itu lah, that’s why saya rasa kita tidak gagal dalam perkara ini kerana kontrak belum habis dan kita masih ada tempoh masa lagi. AS: Baik. Soalan seterusnya lebih kurang sama tapi berkaitan dengan video session. Sebelum ini, peguam ada bertanya bahawa video session tidak dilakukan oleh Plaintif, kamu menjawab, “Tidak setuju.” Boleh kamu jelaskan kepada Mahkamah mengapakah kamu tidak setuju? BEN: Seperti yang tadi saya kata juga, kita masih dalam peraturan dan tempoh kontrak kita masih jalan sampai 31 Disember. So, kita masih ada masa lagi untuk kita buat apa-apa video juga. Pemeriksaan Semula SD1 LKY: You're also referring to Clause 1.13, which basically covers photo shots, video sessions, digital print, and etc etc. And what are the purposes of all these photo shot, video print and digital print or whatever, what are the purposes for all those? KHOO:This purpose, the objective of this is to create brand awareness, marketing and promotion of Blackbixon coffee, which is very new in the market because we just launched. LKY: So you have told the Court that the photo shoot did not take place. HOO:Yes. K LKY:Did the video session with the players take place? KHOO:No. Pemeriksaan Balas SD2 GAN: For the consideration of RM1 million, we would expect the Plaintiff to help us to create the awareness of our brand in the market. It is common knowledge that if you sponsor a club, there are obviously that, with their name and the activities that they are performing, our brand will be flashed to the public and there are of course a lot of things that need to be done like jerseys, air boards and all that at the stadium. But there are also other activities which they have agreed to do for us that, such as allowing the players to take video shoots by us to promote our brand which, that has been lacking, because they have not managed to arrange for the players to attend our video shoot. There are excuses given but at the end of the day, until today or rather when we, until the day we terminate the agreement, they still have not put forward this activity. [38] Mahkamah membuat dapatan bahawa daripada keseluruhan keterangan yang ada di Mahkamah ini, obligasi-obligasi ini gagal dilaksanakan oleh Plaintif sehinggalah tempoh Defendan menghantar email menyatakan hasrat menamatkan “Perjanjian Tersebut”. [39] Bagi mengukuhkan lagi dapatan Mahkamah, jika dilihat isu berhubung jadual perlawanan Liga, ia hanya dibekalkan ke Mahkamah oleh Plaintif melalui Ikatan Dokumen yang difailkan dan diambil dari laman sesawang Malaysian Football League dan bukan FAM. Tiada email atau bukti ia telah diserahkan kepada Defendan. [40] Mahkamah bersetuju bahawa daripada keterangan DW1 di Q&A 7, 8 dan 9 merujuk kepada mesyuarat dan agenda mesyuarat di mukasurat 49 Bundle D bahawa wakil-wakil Defendan dan Plaintif telah bertemu untuk membincang obligasi-obligasi yang masih tidak ditunai oleh Plaintif. Mesyuarat tersebut diatur oleh sebuah syarikat dikenali RedOne Network Sdn Bhd, yang diakui oleh PW1 dan bahawa Cherry Fun adalah wakil Plaintif. Sekali lagi Mahkamah sahkan Cherry Fun tidak dipanggil menjadi saksi di Mahkamah sedangkan beliau adalah saksi penting dipihak Plaintif. [41] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa Mesej-mesej WhatsApp yang dikemukakan oleh Defendan menunjukkan setakat Jun, 2021 photo shoot masih belum dibuat. Tambahan pula, setakat Julai 2021 video shoot masih belum dibuat. PW1 di PSP1 Q&A 36 menegaskan bahawa Plaintif telah membuat tawaran untuk pemain-pemain dari Team membuat photo shoot serta video shoots dan bio data pemain-pemain telah dihantar kepada Defendan melalui mesej-mesej WhatsApp daripada Cherry Fun. Demikian, dengan hormatnya hanya bio data pemain-pemain dan bukan photo shoot and video shoot sebenarnya. Dengan jelasnya, ini adalah akuan bahawa photo shoot dan video shoot tidak dibuat. Akuan ini dapat ditunjuk dalam pemeriksaan balas PW3. [42] Mahkamah juga merujuk kepada keterangan sebagaimana berikut: Pemeriksaan balas SP1 LKY:Yes, the agreement, yes. Setuju atau tidak seperti diperuntukkan dalam perenggan 2.1 ya, En Teh, di mana saya bacakan bahasa asalnya, 2.1,I am reading 2.1 to you now: “PDRM FC shall provide Blackbixon the respective schedules for the activity/events herein so that necessary arrangements can be carried out by Blackbixon and if there are any changes to the dates provided, PDRM FC shall provide the revised list to Blackbixon not later than five (5) days after the changes are decided.” Yes, so that’s Clause 2.1. Soalan, ada atau tidak pihak Plaintif mengemukakan sebarang schedule, sebarang aktiviti, sebarang event, sebarang aturan atau penyusunan kepada pihak Defendan supaya pihak Defendan boleh mengaturkan apa-apa yang diperlukan dalam agreement supaya memenuhi obligasi mereka? Was there any fixtures, any schedule given by Plaintiff to the Defendant? Was there? BEN: I am sure, yes. LKY: Can you show? BEN: No. LKY: You don’t have? BEN: Yes. LKY: That means you don’t have. BEN: Don’t have here. LKY: That means you didn’t produce in record, tidak dikemukakan kepada Mahkamah. BEN: Ya, ok. LKY: Thank you. I’ll leave it for submission, Tuan. So, following from that, adalah obligasi utama, I am putting it to you it is your main obligation to provide, mengemukakan schedule-schedule berikut yang diperlukan dalam 2.1, ya, supaya membolehkan Defendan memenuhi obligasi mereka. You agree? You have to first provide the schedule. BEN: Yes [43] Mahkamah menyentuh pula klausa 1.1.3 (d), 1.2.1 dan 1.2.2 iaitu berhubung gerai promosi dan tiket perlawanan di stadium. SP1 sendiri bahawa oleh disebabkan pendemik Covid-19, pertandingan FA cup telah dibatalkan dan/atau perlawanan dijalankan di stadium yang kosong. Oleh itu, tiada apa-apa promosi, jualan tiket dan khemah jualan (booth) dapat dilaksanakan. [44] Mahkamah memetik keterangan SP1 sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas SP1 AA: Ok. So, Mr Khoo, do you agree with me that at that material time, the Plaintiff cannot make any promotion booth since it is COVID-19 pandemic, you agree with me? KHOO Yes. [45] Secara keseluruhannya, Mahkamah dapat lihat bahawa tanggungjawab kedua-dua pihak gagal dilaksanakan sebagaimana dipersetujui. Namun begitu, di pihak Defendan, komitmen telah diberikan dnegan membuat bayaran pertama sebelum “Perjanjian Terebut” dimasuki. Sebaliknya, di pihak Plaintif pula, obligasi-obligasi yang termaktub tidak dapat dilaksanakan walaupun jika mengikut Plaintif ia telah dilaksanakan, ia tidak dapat dibuktikan. Bukti yang dikemukakan oleh pihak Defendan menyangkal kes Plaintif. Adakah Defendan telah menamatkan “Perjanjian Tersebut” secara salah? [46] Defendan telah menghantar email menyatakan hasrat untuk menamatkan “Perjanjian Tersebut” pada 3/9/2021. Daripada email tersebut, Defendan memetik klausa 12 (Force Majeure) sebagai satu sebab “Perjanjian Tersebut” perlu ditamatkan. [47] Plaintif memplidkan bahawa penamatan kontrak tersebut dibuat secara salah dan Defendan tidak berhak untuk menggunakan klausa 12 “Perjanjian Tersebut” memandangkan Plaintif telah melaksanakan oblogasi-obligasinya di bawah “Perjanjian Tersebut”. [48] Dalam isu ini, Mahkamah merujuk semula kepada semua yang telah diulas sebelum ini. Mahkamah membuat dapatan bahawa walaupun Plaintif tidak menyatakan secara jelas butiran kegagalan Plaintif dalam mematuhi “Perjanjian Tersebut”, terdapat keterangan-keterangan yang nyata bahawa Plaintif gagal memenuhi obligasi-obligasi mereka dan dalam masa yang sama, terdapat keadaan yang tidak dapat dielakkan iaitu pendemik Covid-19 yang tidka dapat dipastikan kesudahannya. [49] Hujahan Plaintif bahawa pihak Defendan sejak dari awal “Perjanjian Tersebut” dimasuki telah sedia maklum bahawa pada ketika itu, negara sedang mengalami pendamik Covid-19. Ini adalah fakta yang diketahui umum bukan sahaja Defendan. Soalan-soalan berikut telah diletakkan kepada SD2 semasa Pemeriksaan Balas. “MI: Alright. So during the execution of this sponsorship agreement, actually Malaysia have been, there's been pandemic of COVID-19 actually happened in Malaysia on the date of the execution. Do you agree? GAN: Yes. MI: And actually COVID-19 has, the pandemic COVID-19 already happened in Malaysia since March 2020, if you remember? GAN: I suppose so. MI: So actually COVID-19 has happened since March 2020 up until end of 2021, the pandemic COVID-19, do you remember? GAN:Yes. [50] Mahkamah membuat dapatan adalah tidak adil untuk diletakkan kepada Defendan semata persoalan ini. Ia bukan isu memandangkan kedua-dua pihak tahu tentang pendemik Covid-19 yang sedang berlaku tetapi kedua-dua pihak faham dan masih bersetuju untuk memasuki suatu perjanjian penajaan. Walaupun begitu, akibat perkara tersebut (pendemik Covid-19) adalah diluar kawalan pihak-pihak, ia telah menjadi antara sebab “Perjanjian Tersebut” tidak dapat diteruskan. [51] Memandangkan tujuan utama penajaan adalah untuk memperkenalkan produk keluaran Defendan dan memberi kesedaran kepada umum yang mana ia gagal dicapai, Mahkamah membuat dapatan bahawa adalah wajar jika Defendan menggunapakai klausa 12 yang diperuntukkan dalam “Perjanjian Tersebut” disamping kegagalan Plaintif melaksanakan tanggungjawab mereka. [52] Soalan yang ditujukan kepada SD2 berhubung carian SSM dan penyata akuan Defendan yang menunjukkan bahawa syarikat Defendan tidak mempunyai dana/wang untuk menaja Plaintif adalah tidak relevan. Mahkamah diperingkat bicara telah membenarkan bantahan terhadap soalan ini. Ia bukanlah suatu isu dan apa yang diplidkan oleh Plaintif. Obligasi pihak-pihak tetap sama dalam apa jua keadaan dan perlu dipatuhi. [53] Mahkamah percaya ini bukanlah isu baru antara pihak-pihak. Ada kemungkinan juga pihak Plaintif sendiri tidak sedar keadaan yang berlaku memandangkan pihak yang berurusan dengan Defendan bagi pihak Plaintif adalah pihak ketiga/Red-One Network Sdn Bhd./Cherry Fun yang diakui sendiri oleh Plaintif sebagai wakil mereka. [54] Mahkamah membuat dapatan bahawa ada sebab munasabah Defendan tidak meneruskan/menangguhkan bayaran RM500,000.00 kedua tersebut. Selain daripada apa yang dinyatakan sebelum ini, Defendan juga sangat memerlukan “Perjanjian Tersebut” yang dimuktamadkan dan disempurnakan sebelum bayaran dapat dibuat. Di samping itu, wujud perbincangan antara dua pihak berhubung perkara ini. Keterangan di bawah adalah dirujuk: Pemeriksaan Semula SD1 LKY: The signed and stamped copy? KHOO: We have not received the signed and stamped copy despite numerous reminders. I would like to elaborate little bit. We are a listed company, subsidiary listed company. We keep on reminding for signed and stamped copy. Without that, we cannot disburse money. LKY: Now, on the second payment, is it not that you have, I will be accused of leading the witness, let me rephrase it. Did you communicate to the Plaintiff about the second, about payment of the second tranche? KHOO: Yes, we had numerous conversation and meetings. LKY: No, ok, you have? LKY: Can you show, is it in your witness statement about this second tranche of RM500,000? Why, as to why you withheld the second part? KHOO: I withheld because of the, I haven't received the signed and stamped copy of the agreement. LKY: No, never mind, I didn't ask you for a reason, I asked you did you communicate? KHOO: Yes, with Mr Teh. [55] Mahkamah merujuk kepada keterangan berikut yang boleh menerangkan keadaan sebenar perjalanan “Perjanjian Tersebut” pada masa material. Pemeriksaan Balas SD1 AA: Alright. I refer you to page 29 of the same bundle, at the bottom part, can you see the email? AA: Alright. Before that can you read the subject of the email? KHOO: “Deferment of payment for sponsorship sum.” AA: Alright. So, at the bottom part of the email, original message from laikh@blackbixon.com. Is that you? AA: Alright. So, can you see the date, can you tell to this honourable Court what is the date of this email? KHOO: 10th 9 of August. AA: 10th of August. Can you read in full? And 10th 11 of August of? KHOO: 2021. AA: Alright. 10/08/2021, alright. So, based on this email, I suggest to you that you have requested for the deferment of the payment of the remaining RM500,000. Is that correct? AA: Alright. So, I suggest to you that only after two months of the deadline which you supposed to make the payment, which is in 01/06/2021 only you email to the Plaintiff request for the deferred payment. You agree with me? KHOO: There are some communication in between. AA: Alright. So, I put it to you that you, the Defendant is at very first in breach of this sponsorship agreement by failing to make the remaining payment of RM500,000 in 01/06/2021. You agree? KHOO: Disagree. AA: Alright. So, Mr Khoo, you are suggesting to this honourable Court that you are following the terms of the agreement, correct? KHOO: Yes ... Pemeriksaan Balas SD1 AA: No. My question is, you just answer my question. I don’t need your explanation again, I repeat, ok. If you want to explain, you can explain to your solicitor, to your counsel later, right. I repeat the question. Mr Khoo, as per this email sent by your colleague, or another director of the Defendant, I suggest to you that there is nothing mentioned in this email about the breach of the Plaintiff as per agreement. You agree with me? ... Pemeriksaan Balas SD1 AA: Alright. Ok, so Mr Khoo, in this email, I put it to you that in this email you are terminated the sponsorship agreement between the Plaintiff and the Defendant, agree? AA: Alright. I refer you to paragraph 4, “We wish to highlight to the following clauses in the agreement,” ok. I put it to you that the grounds of the termination which has been stated in this email is on force majeure. You agree with me? AA: Alright. Mr Khoo, I suggest to you that there is nothing in this email suggesting that the termination of the sponsorship agreement is due by the Plaintiff breach of the agreement. You agree with me? AA: Alright. Since Mr Khoo, since you are not mention about the breach caused by the Plaintiff in these two emails, the email in page 29 and also the email in page 33, I suggest to you that the Plaintiff never at all material time has breached any terms of the sponsorship agreement. You agree with me? KHOO: Disagree AA: Alright. I suggest to you that since there is no notice of breach has been issued to the Plaintiff, the Plaintiff is not in breach of any terms of the sponsorship agreement, you agree? KHOO: Disagree. AA: So, you are suggesting to this honourable Court that the Plaintiff is in breach? KHOO: Yes, we actually mentioned to them verbally many times. Pemeriksaan Semula SD1 LKY: Now you were asked on many occasion that the Defendant did not give any formal notice of termination or of breach, and you said they were communicated, but you were stopped. You said they were communicated. Can you explain why did you say they were communicated? KHOO: Firstly, we communicate with their person in charge, who is that Cherry, to many occasions that we want them to send their players, let us view the match via online, and all this not happen, and also the tickets have not been given to us. This was communicated. And also I communicated with Mr Teh, which is one of the signature here, is one of the key person, that they are not performing and this is via my communication with them. Of course, there’s no written breach here, but I have told them you have not performed. And the worst part is, we do not have the signed and stamped copy of the agreement, which is very important for us to make the second payment, which we told them that this is a listed company, without the stamped copy, we cannot justify payments to send out. This was communicated to Mr Teh. LKY: Although there were no formal notice of breach, as you have put it, and you said there were numerous complaints communicated to Cherry as you said just now, can you show in the bundle? I think to save the Court's time, Puan Hakim, I think they were all explained in the witness statement about the complaints, about things that were not done. So I will not go into detail, save that the witness, sorry, Mr Khoo, can you confirm that all this are explained in the witness statement? LKY: The nature of the complaints communicated to, between yourself and your officers, to Ms Cherry of the Plaintiff? ... Pemeriksaan Semula SD1 LKY: Now, on the second payment, is it not that you have, I will be accused of leading the witness, let me rephrase it. Did you communicate to the Plaintiff about the second, about payment of the second tranche? KHOO: Yes, we had numerous conversation and meetings. LKY:No, ok, you have? LKY: Can you show, is it in your witness statement about this second tranche of RM500,000? Why, as to why you withheld the second part? KHOO: I withheld because of the, I haven't received the signed and stamped copy of the agreement. LKY: No, never mind, I didn't ask you for a reason, I asked you did you communicate? KHOO: Yes, with Mr Teh. [56] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Defendan berhak menamatkan “Perjanjian Tersebut” dan ia telah dibuat dengan betul selepas perbincangan kedua-dua pihak dan bukan secara sehala (unilateral). Pentingnya dibekalkan “Perjanjian Tersebut” kepada pihak-pihak. [57] Daripada keseluruhan keterangan dan bukti yang ada di Mahkamah ini, adalah jelas bahawa “Perjanjian Tersebut” tidak disempurnakan dan diserahkan kepada pihak Defendan. Ia juga ditarikhkan dan dikendalikan hanya mengikut kehendak Plaintif dan Defendan tidak berpeluang mendapat satu salinan asal. [58] Ini adalah penting kerana selain daripada isu untuk mengeluarkan dana bagi penajaan, ia juga merupakan hak antara 2 pihak yang memasuki perjanjian. Dakwaan Plaintif bahawa Defendan telah menandatangani “Perjanjian Tersebut” dan adalah tidak munasabah jika Defendan mendakwa mereka tidak pernah dibekalkan “Perjanjian Tersebut” adalah satu pemikiran semula . [59] Ia juga penting untuk memastikan terma dan butir dalam “Perjanjian Tersebut”. Ini juga merupakan satu isu yang dibangkitkan oleh Defendan apabila pihak dalam “Perjanjian Tersebut” bukanlah pihak yang dimaksudkan semasa perbincangan. Plaintif dalam tindakan ini adalah satu syarikat sendirian berhad manakala tujuan penajaan adalah untuk menaja sebuah pasukan bolasepak untuk bermain di Liga Premier Malaysia serta pertandingan yang diendorsekan oleh FAM. [60] Ini juga adalah matlamat utama penajaan di mana pasukan bolasepak serta pemainnya akan bertindak sebagai medium bagi memberi kesedaran dan mempromosikan produk Defendan. Mahkamah menerima pakai hujahan Defendan berhubung isu ini dan bersependapat dengan hujahan tersebut. Percanggahan dalam keterangan kedua-dua pihak/versi berbeza [62] Dalam meneliti dan memutuskan tindakan ini, Mahkamah perlu membuat pertimbangan kepada kesemua keterangan dan bukkti yang ada. Defendan dalam tindakan ini juga telah memfailkan tuntutan balas. Keterangan kedua-dua pihak menimbulkan percanggahan yang ketara. [63] Dalam menentukan keadaan ini, Mahkamah perlu mempertimbangkan secara keseluruhan dan Mahkamah merujuk serta mengambilkira asas dalam kes yang diputuskan sebagaimana berikut: CE RESOURCES SDN BHD V. OWNERS OF SHIP TANGA 01' [2016] CLJU 1225; [2016] 1 LNS 1225; [2016] MLJU 878 berhubung pertimbangan Mahkamah jika wujudnya percanggahan keterangan antara kedua-dua pihak: "[34] There is a clear conflict between the evidence of the witnesses for the Plaintiff and the Defendant. To resolve such a conflict and to decide the credibility of witnesses and what weight (if any) to be attached to their evidence, I am guided by the following considerations: