perintah-perintah lain yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. [2] Semua affidavit dan hujahan bertulis pihak-pihak telah pun difailkan sempurna di Kand. 2, 3, 4 dan 5. [3] Pendengaran permohonan berkenaan permohonan dalam kes ini telah ditetapkan pada 30.1.2024. Fakta Ringkas [4] Pada 20.7.2023, PASB telah dituduhkan di Mahkamah ini di bawah seksyen 57(1) (a) dan (b) (vi) APAD 2010, bernombor kes BD-87-929- 06/2023, dan selanjutnya PASB tidak mengaku salah serta mohon untuk dibicarakan. Pertuduhan adalah seperti berikut: PENGENDALI BERLESEN: PEDOMAN ABADI SDN BHD Pertuduhan Bahawa kamu pada 31.05.2023 lebih kurang jam 09.31 malam bertempat di Hentian Rawang (S) di dalam daerah Selayang dalam Negeri Selangor sebagai Pengendali Berlesen Kenderaan Barangan bernombor pendaftaran BQD3998 / T/BF2415 yang dilesenkan di bawah Lesen Pengendali SPAD: 716014-X Nombor Rujukan Permit 2B0231266-6/19 / 2B0231267-6/19 menggunakan kenderaan tersebut di atasjalan raya, dan telah dipandu oleh Mohd Shahrizal Bin Mohamad No. Kad Pengenalan: 850708085953 dengan membawa muatan batu sebanyak 99,080kg iaitu lebih muatan sebanyak 51,080kg (106.42%) dari Berat Dengan Muatan yang dibenarkan di dalam lesen pengendali sebanyak 48,000kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar syarat peruntukan di bawah Seksyen 57(1)(a) dan (b), (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. b.p. Timbalan Pendakwaraya HUKUMAN: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Denda tidak kurang daripada RM 1,000 tetapi tidak melebihi RM 500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. DAN: Seksyen 80(3) dan (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Kenderaan yang berkaitan hendaklah dilucuthakan. [5] Selepas itu, pihak PASB telah memfailkan permohonan di Kand. pada 18.9.2023 untuk memohon pelepasan motorlori trailer tersebut kepada PASB. [6] Serahan dokumen bagi kes BD-87-929-06/2023 telah disempurnakan pada 20.9.2023 dan PASB telah memohon tarikh sebutan lanjut untuk memasukkan representasi. Pada 5.12.2023, pegawai pendakwaan Jabatan Pengangkutan Jalan (“PO JPJ”) semasa pengurusan kes berkenaan keputusan representasi telah memaklumkan bahawa representasi PASB telah ditolak, dan seterusnya pihak-pihak memohon Mahkamah ini menetapkan tarikh bicara bagi kes tersebut. [7] Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara pada 23 dan 24 Oktober 2024 bagi kes tersebut. Hujahan PASB [8] Secara ringkasnya, pihak PASB menghujahkan seperti berikut: