4.10 pagi.Main lobby.Ini atas kaunter receptionist. Ya video recording yang dihantar ialah recording pada 19.10.2014.Video recording ini tidak berkaitan.19.10.2014 pukul 4.10 pagi.Reception staff iaitu Auf ada dalam CCTV.Ya, ini video clip yang saya burnkan dalam CD. TPR: Pohon video ketiga dimainkan. 22 SP5: Ini adalah pada 19.10.2014, pukul 4.13 pagi. Yang ada dalam rakaman CCTV ini ialah Auf dan Roaqin… [49] Dari keterangan SP9 juga yang menyatakan “I work on 18.10.2014. On that duty I was on duty at 11pm of the 18.10.2014, basically that called as night shift up to 7 am in the morning which is 19.10.2014. At the front desk I have two gentlemen, one is Auf and another is Roy. I can‟t really pronounce their full name but is their nick name that we always call. Three of us on duty..” TPR: Pohon P9 (b) dirujuk kepada saksi SP9: The first page, I have see the image before. Based on the first image this is (witness showing) Roy and Auf facing computer. …” [50] Manakala SP10 juga menyatakan tentang kewujudan seorang yang bernama Auf ini TPR: Pohon Disc 1 dimainkan SP10: The CCTV is at lobby. They are 2 persons in CCTV. One is Roaqin and the other is Auf. It is on 19.10.2014, 4.13 am in the morning….” [51] Pada ketika ini, saya berpendapat seorang yang bernama Auf ini penting kerana ianya berkait rapat dengan kad akses, yang mana kad ini adalah penting kerana ia dikatakan digunapakai oleh perogol untuk mencerobohi bilik SP6. Kad akses ini merupakan bukti penting bagi menghubungkait Perayu dengan insiden rogol tersebut. Dalam hal ini HMS telah gagal untuk menghayati bahawa kad akses bagi bilik SP6 dibuat kali terakhir pada jam 4.30 pagi sebelum kejadian oleh seorang bernama Auf yang mana ini telah disahkan oleh laporan kad tersebut. Malangnya tiada sebarang bukti mengenai rekod transaksi bagaimana kad akses tersebut dibuat walaupun butiran tersebut boleh diperolehi dari pihak hotel atau melalui saksi-saksi yang dikemukakan atau dari Auf sendiri. Perlu diingatkan Auf tidak dipanggil sebagai saksi. Dalam hal ini, saya berpendapat ada kemungkinan bukan Perayu sahaja yang membuat kad akses tersebut. Lagi pun rekod komputer menunjukan Perayu bukan orang yang membuat kad akses tersebut masa hari kejadian. Adalah tidak selamat untuk membuat andaian bahawa kad akses tersebut dibuat oleh Perayu disebabkan beliau kebetulan berada dikaunter resepsi yang berdekatan dengan mesin kad tersebut. 23 [52] Berpandukan kepada kedudukan diatas, saya berpendapat HMS telah terkhilaf apabila beliau telah gagal dalam menjalankan kewajipan untuk memeriksa semula pertikaian fakta dan membuat satu keputusan muktamad mengenainya diatas imbangan kebarangkalian dalam mengambilkira keterangan berkaitan dengan kad akses ke bilik SP6 dan juga telah gagal menilai semula bagaimana Perayu boleh memasuki bilik SP6 dan merogolnya. Tambahan pula tiada bukti yang menunjukkan bahawa Perayu adalah orang yang telah membuat kad akses tersebut melainkan membuat satu andaian bahawa Perayu membuatnya kerana Perayu berada di mesin cetak pada malam itu. [53] Oleh itu, sebelum apa-apa andaian fakta boleh dibuat, HMS hendaklah berhati-hati dalam menimbang keadaan tersebut dan menentukan sama ada adalah terdapat cukup alasan untuk menyokong andaian tersebut. Pada hemat saya, penafian Perayu mengenai kad akses tidak boleh dianggap sebagai pemikiran semula kerana atas alasan HMS menerima andaian yang dibuat oleh pihak Pendakwaan bahawa Perayu telah membuat kad akses menggunakan ID Auf ke bilik SP6 hanya kerana melalui dari rakaman CCTV, Perayu didapati berada bersebelahan mesin pencetak kad adalah tidak cukup kuat untuk menyokong andaian tersebut. [54] Dalam kes ini Perayu di dalam pembelaan menafikan bahawa beliau telah menaiki lif ke tingkat dimana SP6 berada dan masuk ke bilik dan merogol SP6. HMS mensabitkan Perayu berdasarkan penilaian dari sudut masa, lokasi dan susun cerita yang menjurus kepada satu perkara sahaja iaitu pelakuan salah Perayu. Dalam hal ini, HMS telah bersandarkan keseluruhannya secara penilaian maksima dalam mengenalpasti identiti Perayu melalui keterangan SP5, SP9 dan SP10. Dari keterangan yang dikemukakan didapati kesemua rakaman CCTV yang memaparkan sipelaku/perogol yang menaiki lif dan memasuki bilik SP6 adalah kabur dan tidak jelas. SP4 pakar forensik mengesahkan bahawa imej tersebut tidak dapat dipulihkan sepenuhnya memandangkan kualiti rakaman yang rendah dan orang dalam gambar itu tidak boleh dicam. Kedudukan ini juga di sokong oleh SP 14 Pegawai Penyiasat, yang bersetuju bahawa rakaman CCTV itu kabur (blur). Adalah jelas dari keterangan rakaman CCTV dari P9(e) hingga P9(j) dan gambar P9(b) tidak jelas yang membolehkan pengecaman secara positif terhadap Perayu. 24 [55] Keterangan juga menunjukkan rakaman CCTV telah gagal untuk mempamerkan nombor bilik SP6. CCTV juga gagal merekodkan lawatan SP9 ke bilik SP6 ketika SP9 membuat pemeriksaan pada malam kejadian tersebut walaupun SP9 mengesahkan lawatan tersebut berlaku pada jam 4 pagi dan kali kedua pada 4.30- 4.45 pagi. Walaupun kualiti rakaman CCTV dalam keadaan tidak memuaskan, HMS masih menerima rakaman CCTV itu sebagai bukti bahawa pelaku yang ada di dalam CCTV tersebut adalah Perayu berpandukan keterangan SP5, SP9 dan SP10 yang mengecam Perayu hanya dengan“body language” walaupun rakaman CCTV tersebut tidak dapat dikenalpasti dengan jelas bahawa Perayu adalah orangnya di dalam CCTV tersebut. [56] Setelah menilai dari sudut identifikasi, saya mendapati HMS telah gagal mengambil kira keterangan pembelaan Perayu sebaliknya memutuskan ianya merupakan satu penafian semata-mata dan hanya berasas kepada sudut masa, lokasi dan susun cerita. Adalah jelas disaat ini rakaman CCTV tidak dapat membantu atau memberi maklumat yang jelas mengenai episod kejadian rogol tersebut. HMS telah terkhilaf apabila gagal menghayati bahawa adalah tidak selamat apabila identiti Perayu hanya dikenal pasti melalui “body language” sahaja sedangkan muka individu tersebut tidak dapat dikenalpasti bahkan tiada keterangan lain yang menyokong selain dari rakaman CCTV yang kabur. [57] Mengenai isu identiti juga, HMS juga telah gagal mengambilkira pembelaan Perayu yang menyatakan beliau tidak berada didalam bilik SP6 semasa kejadian dan carabagaimana Perayu boleh memasuki bilik SP6. Dari keterangan yang dikemukakan, SP6 tidak dapat mengecam siapa yang merogolnya. SP6 hanya mengesahkan orang tersebut dari Hotel. “I know he was from the hotel because he was wearing the Hotel uniform and the blue stripe tie and blue blazer, white shirt”. SP 6 juga menyatakan “the man dark & short hair, brown skin, medium built, I can‟t remember the exact height, maybe a bit taller than I am. He had dark eyes.” Walaubagaimana pun SP6 tidak menzahirkan butiran tersebut dalam laporan polis yang dibuatnya (Eksibit P10). Dalam masa yang sama sehari selepas kejadian semasa proses kawad cam SP 6 didapati masih gagal mengecam orang yang merogolnya walaupun kawad cam dibuat sebanyak 2 kali. SP12 mengesahkan bahawa SP6 tidak cam sesiapa dalam kawad cam yang diadakan walaupun dengan kehadiran Perayu. Malah SP6 juga menyata bahawa orang yang merogolnya tidak 25 ada dalam barisan kawad cam tersebut. Pada pengecaman kali kedua walaupun Perayu berada didalam barisan kawad cam, SP6 sekali lagi mengesahkan bahawa orang yang merogolnya tidak ada dalam barisan kawad cam. SP 6 hanya membuat pengecaman terhadap Perayu sebagai orang yang merogolnya hanya pada hari perbicaraan melalui “dock identification”. [58] Dari penilaian fakta perbicaraan, saya mendapati kes pendakwaan bergantung sepenuhnya keatas Perayu sebagai orang yang merogol SP6. Identifikasi pesalah adalah amat penting di dalam kes ini. Oleh yang demikian Mahkamah mengambil maklum garis panduan tatacara yang digunapakai dalam pengecaman seperti diputuskan dalam kes R v. Turnbull & Ors [1976] 3 All ER 549). Oleh kerana pengecaman secara kawad cam telah gagal, sama ada HMS telah mengambilkira pengecaman melalui “dock identification” cukup untuk mengenalpasti identiti Perayu selaku perogol dalam kes ini. [59] Mahkamah Persekutuan dalam kes Arumugam Muthusamy V. Public Prosecutor [1998] 3 CLJ 597, telah di rujuk untuk pertimbangan soalan undang-undang berikut: (i) Samada identifikasi di kandang dalam mahkamah selepas suatu tempoh masa yang panjang tanpa mengadakan perbarisan cam boleh menjadi asas yang mencukupi untuk sabitan. Dalam hal ini Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “Ungkapan "dock identification" mestilah dilihat sebagai bermaksud identifikasi seorang tertuduh buat pertama kali di dalam mahkamah semasa perbicaraan. Dalam konteks tersebut, "dock identification" adalah tidak digalakkan, dan adalah satu amalan yang baik untuk mengadakan perbarisan cam. Tetapi untuk mengatakan bahawa perbarisan cam, dalam semua keadaan, mesti dibuat untuk dapat mempertahankan sesuatu sabitan adalah terlalu keras. Oleh itu, secara ringkasnya, jawapan kepada soalan (i) ialah: ianya bergantung kepada fakta-fakta dan keadaan khusus sesuatu kes.” 26 [60] Di dalam nas Low Kian Boon & Anor v. Public Prosecutor [2010] 5 CLJ 489 di ms 522 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: [33] In Malkhansingh v. State of Madya Pradesh [2003] Cr LJ 3535 at p 3538, BP Singh J delivering the judgment of the Indian Supreme Court said: It is trite to say that the substantive evidence is the evidence of identification in court. Apart from the clear provisions of s. 9 of the Evidence Act, the position in law is well settled by a catena of decisions of this court. The facts, which establish the identity of the accused persons, are relevant under s. 9 of the Evidence Act. As a general rule, the substantive evidence of a witness is the statement made in court. The evidence of mere identification of the accused person at the trial for the first time is from its very nature inherently of a weak character. The purpose of a prior test identification, therefore, is to test and strengthen the trustworthiness of that evidence. It is accordingly considered a safe rule of prudence to generally look for corroboration of the sworn testimony of witnesses in court as to the identity of the accused who are strangers to them, in the form of earlier identification proceedings. This rule of prudence, however, is subject to exceptions, when, for example, the court is impressed by a particular witness on whose testimony it can safely rely, without such or other corroboration. The identification parades belong to the stage of investigation, and there is no provision in the Code of Criminal Procedure, which obliges the investigating agency to hold, or confers a right upon the accused to claim, a test identification parade. They do not constitute substantive evidence and these parades are essentially governed by s. of the Code of Criminal Procedure. Failure to hold a test identification parade would not make inadmissible the evidence of identification in court. The weight to be attached to such identification should be a matter for the courts of fact. 4 MLJ 425 at 456 In appropriate cases it may accept the evidence of identification even without insisting on corroboration (see Kanta Prashad v. Delhi Administration AIR [1958] SC 350); Valkuntam Chandrappa & Ors v. State of Andhra Pradesh AIR [1960] SC 1340; Budhsen & Anor v. State of UP AIR [1970] SC 1321 and Rameshwar Singh v. State of Jammu and Kashmir [1971] 2 sec 715. 27 [61] Dari prinsip kes-kes diatas diatas adalah difahami bahawa penerimaan keterangan mengenai pengecaman Perayu di dalam kandang tertuduh adalah 'undesirable' .Walau bagaimanapun tidak semestinya setelah keterangan mengenai pengecaman kawad cam gagal, pengecaman 'dock identification' juga wajar ditolak (lihat Prabah Sinnathamby v. PP [2010] 2 CLJ 690).Pengecaman 'dock identification' masih boleh diterima dalam keadaan-keadaan tertentu (lihat Ong Poh Cheng v. PP [1998] 4 CLJ 1). [62] Dalam kes ini, oleh kerana pengecaman melalui kawad cam telah gagal saya mendapati HMS tidak menyatakan alasan dan dapatannya sama ada “dock identification” diterima atau sebaliknya. Tanpa dapatan ini timbul keraguan yang munasabah mengenai pengecaman identiti Perayu selaku orang yang merogol SP6. Adalah penting satu pengecaman positif atau bebas daripada keraguan berkaitan ketepatan pengecaman sebelum keterangan identiti Perayu sebagai orang yang melakukan jenayah boleh dikatakan mencukupi. HMS seharusnya mengingatkan dirinya untuk berhati-hati sebelum mensabitkan Tertuduh berdasarkan ketepatan pengecaman kerana pengecaman kawad cam sebanyak dua kali telah gagal. Oleh itu “dock identification” adalah meragukan dan tidak selamat untuk mengesahkan identity Perayu sebagai orang yang merogol SP6. [63] Saya juga ingin memetik kata-kata dalam kes PP v. Richard Devadasan Sabariah [2004] 4 CLJ 367, dimana Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada Sarkar on Evidence (15th edn) sebagai panduan mengenai pengecaman tertuduh dalam mahkamah seperti berikut: “It must be conceded by all that in this appeal the most vital issue to be considered is the identification of the respondent. Was he the person who caused the death of the deceased? 28 Sarkar on Evidence (15th edn) at p. 231 had this to say: Identification in Court. The law is well settled that identification of an accused in court is the substantive evidence of the person identifying and his earlier identification in a T.I. parade corroborates the same. In other words, want of evidence of earlier identification in a T.I. parade not affect the admissibility of the evidence of identification in court (George v. State of Kerala [1998] Cri 2034 at 2042; [1998] 1 Scale 411 (SC). Mere evidence of identification for the first time in court is not sufficient to sustain the conviction of the accused (Ramzan v. State of Maharashtra [1998] Cri LJ 3547, 3548 (Bom). No conviction can be based on identification for the first time in court and that too by a solitary witness. (Robert Peter Kadam v. State of Maharashtra [1998] Cri LJ 3879, 3881 (Bom). Where there was clear evidence to show that the accused persons were shown to the witnesses, the identification of such accused by the witnesses in the court was held to be meaningless (Shaikh Umar Ahmad Sheikh v. State of Maharashtra [1998] Cri LJ 25534 (SC). Where there was no other evidence against the accused except identification, the court said that there is need for caution in a case where the evidence depended solely on identification evidence”. [64] HMS telah gagal menilai bahawa tiada bukti DNA yang boleh mengaitkan Perayu memasuki bilik SP6 dan/atau sebarang padanan DNA milik Perayu yang boleh meletakan keberadaan Perayu dibilik SP6. Keterangan menunjukan SP8 tidak mengambil sebarang profil cap jari dari pintul tombol untuk mengenalpasti individu yang telah mencerobohi bilik SP6 pada hari kejadian. Begitu juga dengan kutipan-kutipan DNA yang dibuat keatas objek yang ditemui dikatil SP6 didapati bukan milik Perayu sebaliknya adalah milik SD6 sahaja. 29 [65] Keterangan SP13 dan laporannya (P5) menyatakan kesan air mani Perayu sahaja terdapat pada baju kemeja E18 [Eksibit P39 (a)] dan kesan air mani pada E19 (seluar) (Eksibit 40(a) munjukkan bahawa 1 profil DNA yang berpadanan dengan Perayu sahaja. Manakala bagi ekstrak sel bukan sperma, terdapat 1 profil DNA campuran yang terdiri daripada 2 orang penyumbang profil DNA iaitu dari spesimen darah (E3) PW6 dan darah (E10) dari Perayu. Walaubagaimana pun bagi tumpahan air mani yang dijumpai di E20, [eksibit P41 (A)], SP14 bersetuju bahawa ianya adalah perbuatan onani Perayu manakala SP13 tidak menolak kemungkinan bahawa DNA campuran diperolehi dari muntah atau peluh semasa Perayu bersentuh apabila Perayu membantu PW6 ke kerusi roda. SP14 juga mengesahkan bahawa Perayu adalah orang yang mengangkat dan membantu untuk meletakan PW6 yang telah muntah ke atas kerusi roda kerana PW6 tidak boleh berjalan kerana terlalu mabuk. [66] Dari sudut DNA ini HMS langsung gagal memberi kepastian mengenai keterangan untuk disandarkan bagi menyokong keterangan bahawa Perayu adalah orang yang merogol SP6. Apabila Perayu di dalam pembelaannya membangkitkan kewujudan air maninya yang terhasil dari perbuatan onaninya dan kejadian muntah SP6 semasa Perayu membantunya, keterangan ini tidak boleh dianggap sebagai penafian semata-mata. Keterangan pembelaan adalah jelas dan munasabah untuk menyangkal keterangan narasi versi SP6. HMS dalam Alasan Penghakimannya didapati tidak mempertimbangkan atau memutuskan bahawa laporan forensik yang dikemukakan serta dapatanya mengenai penemuan tersebut. Berdasarkan keadaan-keadaan ini saya mendapati bahawa HMS telah terkhilaf apabila memutuskan pembelaan Perayu adalah satu penafian semata-mata dan pemikiran semula. Setelah menilai keseluruhankes pendakwaan dan pembelaan, saya dapati pembelaan Perayu telah menimbulkan satu keraguan yang munasabah yang harus diberi pertimbangan. Oleh yang demikian, HMS sepatutnya memberi “the benefit of the doubt” kepada Perayu sebagai yang diputuskan dalam kes PP v Mardai [1949] 1 LNS 65:- 30 “If the Magistrate had doubts as to whether it was the accused who went into the girl's room or as to what actually happened there when he went into that room, that would have been a reason for giving the accused the benefit of the doubt and acquitting him..” [67] Mahkamah ini selanjutnya merujuk kes PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359 di mana YA Mohd Zawawi Salleh HMR menzahirkan pandangannya: "[13] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada kes-kes di atas ialah Mahkamah Rayuan adalah berkewajipan untuk mengganggu sesuatu keputusan mahkamah bicara sekiranya didapati mahkamah bicara tersebut telah secara serius menyalaharahkan dirinya sehingga seseorang boleh menyatakan dengan selamat bahawa tidak terdapat mana-mana mahkamah yang bertindak secara wajar dan yang dengan betul mengarahkan dirinya serta bertanyakan soalan-soalan yang betul, akan membuat keputusan yang sama. (Lihat Sivalingam Periasamy v. Periasamy & Anor [1996] 4 CLJ 545)." [68] Secara keseluruhan, saya mendapati HMS telah dengan jelas tersalah arah dalam menolak pembelaan Perayu tanpa asas. Dalam hal keadaan tersebut, saya mendapati sabitan yang dijatuhkan adalah tidak selamat. Dengan itu, saya mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan dan memerintahkan Perayu dilepaskan dan dibebaskan. (ROZANA ALI YUSOFF) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah 4 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Bertarikh: 10 Disember 2018 31 Peguam untuk Responden: Encik Azeezi bin Nordin Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Unit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50512 Kuala Lumpur Peguam untuk Perayu: Encik A.G. Kalidas Tetuan K. Nadarajah & Partners (Peguambela dan Peguamcara) Wisma KLS, No.26, 1st Floor, Jalan Tengku Diaudin. Klang 41000 Selangor 32 Rujukan: Kes yang disebut: