A desires a court to give judgment that he is entitled to certain land in the possession of B by reason of facts which he asserts and which B denies to be true. A must prove the existence of those facts.." [18] Prinsip ini telah diperjelaskan oleh Lord Denning dalam kes Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, iaitu sesuatu kes sivil hendaklah diputuskan berdasarkan imbangan kebarangkalian, di mana beban pembuktian dianggap dipenuhi sekiranya mahkamah mendapati bahawa adalah lebih berkemungkinan daripada tidak bahawa dakwaan tersebut benar, dan sekiranya kebarangkalian adalah seimbang, maka beban pembuktian itu tidak dipenuhi. Lord Denning J menyatakan seperti berikut: "If the evidence is such that the tribunal can say 'we think it more probable than not' the burden is discharged, but if the probabilities are equal it is not." [19] Mahkamah turut merujuk pada kes Tenaga Nasional Bhd v. Marwin industries Sdn Bhd [2012] 2 MLJ 421 yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) Evidence Act 1950). The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the other party need not adduce any evidence. In this respect it is the plaintiff who must establish its case. If the plaintiff fails to do so, it will not do for the plaintiff to say that the defendant has not established its defence (Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] MLJ 253 CA; s. 102 Evidence Act 1950 ). It should also be noted that there must be some preponderance in the plaintiff's favour at the conclusion of the whole case. Even if the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial the Court found that the position was exactly even, then any preponderance in favour of the plaintiff's had ceased to exist. If that happens, then the plaintiff has failed to discharge the burden of proof which is upon it, and the plaintiff must necessarily fail (Abrath v. North Eastern Railway Co [1883] 11 QBD 440, 452 (CA)).” [20] Sebagai kesimpulan, berdasarkan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 serta prinsip yang ditegaskan dalam kes di atas, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang menuntut sesuatu hak atau liabiliti, iaitu Plaintif, untuk membuktikan fakta-fakta yang menyokong tuntutannya berdasarkan imbangan kebarangkalian. Beban ini kekal pada Plaintif sepanjang perbicaraan dan hanya akan beralih kepada Defendan setelah Plaintif berjaya mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk mewujudkan keutamaan kebarangkalian memihak kepadanya. Sekiranya pada akhir perbicaraan kebarangkalian adalah seimbang, atau Plaintif gagal membuktikan bahawa dakwaannya adalah lebih berkemungkinan benar daripada tidak, maka Plaintif dianggap gagal melepaskan beban pembuktian dan tuntutannya mestilah ditolak. F. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada Defendan telah berdaftar sebagai majikan sebagaimana kehendak Akta 612 [21] Walau apa pun keadaannya, pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Saiman bin Umar lwn. Lembaga Pertubuhan Peladang dan satu rayuan lagi [2015] 9 CLJ 153; [2015] 6 MLJ 492) yang menyatakan seperti berikut: “[41] We should remind ourselves that parties to an action are bound by their own pleadings. It is therefore necessary to make the point that the court is also bound by the pleadings in as much as the parties themselves. The most important purpose of pleadings is to plead reasonable cause of action, define the issues of fact and questions of law to be determined by the court. It is a valid argument to make that the court is constrained to decide an action on which no issue has been raised by the parties in their respective pleadings (Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil Muhammed Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] 3 MLRA 459 and Victory Avenue Mfg (M) Sdn Bhd v. Matsushita Electronic Devices (M) Sdn Bhd [2009] CLJU 296; [2009] 1 LNS 296; [2009] 5 MLJ 243).” [22] Dalam Penyataan Tuntutan Plaintif (Lampiran 2), Plaintif memplidkan bahawa: “3. ... Defendan Pertama telah pada 30/09/2022 berdaftar dengan PSMB menurut Seksyen 13(1) Akta PSMB 2001 dengan mengemukakan kepada Plaintif, Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pendaftaran Majikan dan Pembayaran Levi 2001).” [23] Berdasarkan prinsip bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing, sebagaimana ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Saiman bin Umar lwn. Lembaga Pertubuhan Peladang dan satu rayuan lagi [2015] 9 CLJ 153; [2015] 6 MLJ 492, Plaintif adalah berkewajipan untuk membuktikan fakta-fakta material yang telah diplidkan dalam Penyataan Tuntutannya. Dalam kes ini, Plaintif secara khusus telah memplidkan bahawa Defendan telah berdaftar dengan PSMB pada 30.09.2022 menurut Seksyen 13(1) Akta PSMB 2001 melalui pengemukaan Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) yang mana dinafikan oleh Defendan. Oleh itu, beban pembuktian terletak sepenuhnya ke atas Plaintif untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi dan meyakinkan bagi membuktikan pendaftaran tersebut benar-benar dibuat oleh atau dengan pengetahuan Defendan, selaras dengan pliding yang telah dikemukakan, dan kegagalan berbuat demikian adalah fatal kepada kes Plaintif. [24] Mahkamah telah meneliti dokumen P1 iaitu Borang Pendaftaran Majikan yang dikemukakan oleh Plaintif. P1 merupakan pendaftaran dalam talian yang dibuat oleh seorang penama Siti Nurizani binti Abdul Ghani dengan menggunakan nombor pendaftaran syarikat milik Defendan. Plaintif berhujah bahawa Siti Nurizani binti Abdul Ghani merupakan pekerja atau wakil Defendan, namun tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi membuktikan hubungan tersebut. [25] P1 jelas menunjukkan bahawa nama majikan, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan maklumat perhubungan majikan adalah atas nama Siti Nurizani binti Abdul Ghani dan bukannya Defendan selaku pemilik syarikat. Alamat syarikat yang dimasukkan juga tidak sepadan dengan alamat berdaftar Defendan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Walaupun P1 turut melampirkan dokumen SSM dan CIDB, pengisian butiran majikan dalam borang tersebut menimbulkan ketidakpastian tentang identiti sebenar majikan. Siti Nurizani binti Abdul Ghani ini juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi menyokong kes Plaintif. [26] Mahkamah turut mengambil maklum bahawa pendaftaran ini telah disemak dan diluluskan oleh seorang pegawai Plaintif bernama Izat, namun beliau juga tidak dipanggil sebagai saksi bagi menjelaskan bagaimana semakan dibuat dan bagaimana pendaftaran tersebut boleh diluluskan walaupun terdapat percanggahan maklumat yang ketara. [27] Tambahan pula, tiada keterangan dikemukakan berhubung semakan oleh Plaintif terhadap status sebenar majikan, bilangan pekerja seramai 20 orang seperti yang diisytiharkan, serta jumlah gaji yang dinyatakan. Plaintif sendiri mengakui bahawa tiada prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan semakan sedemikian dibuat. [28] Pengesahan SP1 hanyalah setakat pengetahuannya berdasarkan apa yang berada dalam sistem ynag digunakan oleh Plaintif serta sebagai individu yang mencetak dokumen P1 untuk dikemukakan kepada Mahkamah. SP1 sendiri bukanlah individu yang menyemak atau meluluskan permohonan pendaftaran yang dipertikaikan dalam kes ini. [29] Sehubungan itu, Mahkamah mendapati Plaintif gagal membuktikan bahawa Defendan adalah majikan yang membuat pendaftaran di bawah seksyen 13(1) Akta PSMB 2001 yang memperuntukkan seperti berikut: “Kewajipan majikan untuk mendaftar dengan Perbadanan