Lampiran
Lampiran “A” – Bil Kuantiti; (iii) Lampiran “B” – Surat Sebut Harga Plaintif; (iv) Keperluan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (Health, Safety and Environment (“HSE”) requirements); (v) Plaintif adalah bertanggungjawab bagi krew untuk kapal yang tersebut di atas; (vi) waktu bekerja untuk semua kapal dan kawasan peralatan adalah 24 jam. Plaintif mesti menyediakan dan menyelenggara Sistem Pemantauan Pelupusan Kapal Korek untuk kegunaan Defendan. Memasang dan menyelenggara Sistem Identifikasi Automatik untuk tongkang, kapal tunda dan peralatan bergerak lain; (vii) peralatan kapal dan kakitangan Plaintif hendaklah mematuhi dan melaksanakan kehendak Defendan dan pemilik untuk keselamatan, peradaban dan perlindungan alam sekitar. S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ (viii) Plaintif mesti mematuhi kehendak Defendan dari segi produktiviti / kecekapan, sumber tambahan dan rancangan pecutan sekiranya diperlukan; (ix) Plaintif hendaklah membekalkan koordinator tapak sepenuh masa di tapak setiap hari. Sekiranya koordinator tidak berada di tapak maka Defendan akan mengurangkan bayaran tersebut dari kontrak Plaintif mengikut harga pasaran. Plaintif mesti dilengkapi dengan operator yang cukup mahir dan operator sandaran, memastikan kerja dapat dijalankan seperti biasa pada cuti umum. Defendan berhak meminta penggantian operator sekiranya diperlukan; (x) Plaintif hendaklah dengan tegas mematuhi Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Polisi Sekuriti dan Operasi dalam memberikan perkhidmatan dan harus mematuhi sepenuhnya peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dan perintah yang diberikan oleh Defendan dan / atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dan / atau kewajipan berkanun di bawah mana-mana Akta 5 dan Undang-Undang lain yang berkuat kuasa; dan (ix) wakil Defendan atau wakilnya yang dilantik berhak untuk melarang permulaan kerja atau menghentikan kerja yang sedang berjalan sekiranya terdapat situasi kerja yang menurut budi bicara MMHE, undang-undang dan budi bicara Defendan dianggap tidak selamat atau tidak S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ mematuhi apa-apa peraturan, penguatkuasaan dan prosedur dalam Projek. [10] Plaintif mendakwa syarikat itu telah menyewakan kapal dan mesinnya kepada Defendan di bawah Kontrak Penyewaan bagi tempoh dari 16.2.2019 sehingga 30.10.2020 dan telah mengeluarkan invois kepada 4. Defendan pada 22.4.2020, 5.2020 dan 1.6.2020 yang kesemuanya berjumlah RM2.448 juta sebagaimana berikut: Tarikh invois Sewa kapal/ mesin 150 tan crane barge, self-propelled hopper dan hopper barge Sewa kapal dan mesin Backhoe Dredger Sewa kapal dan mesin 280 tan Crane Barge and Flat Top Barge 22.4.2020 RM104,516.13 RM219,354.84 RM121.290.32 4.5.2020 RM405,000.00 RM850,000.00 RM470,000.00 1.6.2020 RM65,322.58 RM137,096.77 RM75,806.45 [11] Plaintif juga telah menghantar notis tuntutan kepada Defendan bagi meminta syarikat tersebut membayar tunggakan invois tersebut namun tidak diendahkan oleh Defendan. Ekoran itu, pada 15.9.2021, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan. [12] Pada 18.10.2021, Defendan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan yang mempertikaikan tuntutan Plaintif atas alasan utamanya berkaitan dengan Pandemik Covid-19 yang, antaranya adalah – S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ (a) Pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) dan penutupan tapak Projek oleh MMHE menyebabkan kapal dan mesin tidak boleh beroperasi sepenuhnya; (b) klausa 4.0(b) Surat Sebut Harga yang menyebut bayaran sewa masih kena dibayar walaupun kapal idling dan tidak beroperasi adalah tidak terpakai; (c) tuntutan Plaintif bercanggah dengan dasar awam dan undang-undang yang melarang pelaksanaan kerja-kerja semasa tempoh PKP; (d) Pandemik Covid-19 dan langkah-langkah yang dikenakan oleh kerajaan adalah belum pernah berlaku sebelum ini dan tergolong dalam kejadian force majeure; dan (e) kejadian force majeure dan langkah-langkah yang dikenakan oleh kerajaan hendaklah tersirat dalam Kontrak Penyewaan antara Plaintif dengan Defendan. [13] Semasa perbicaraan, Plaintif telah memanggil 4 orang saksi manakala Defendan memanggil 3 orang saksi. [14] Isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah sama ada Defendan bertanggungan untuk membayar fi penyewaan kapal dan mesin Plaintif di bawah Kontrak Penyewaan sebanyak RM2,448,387.09 walaupun dalam tempoh Pandemik Covid-19. [15] Plaintif dalam membantah alasan yang dibangkitkan oleh Defendan, Plaintif berhujah bahawa isu PKP tidak boleh dijadikan S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ alasan bagi Defendan untuk tidak membayar fi penyewaan kapal dan mesin kerana – (a) larangan untuk tidak bekerja dibuat oleh MMHE sedangkan Plaintif tidak terlibat dengan perjanjian yang dibuat antara Defendan dengan MMHE; (b) klausa 4.0(b) Surat Sebut Harga jelas menyebut bahawa bayaran sewa masih kena dibayar walaupun vessel idling dan tidak beroperasi; dan (c) Defendan tidak memplid s. 7 Akta Covid-19 bagi membolehkan Akta tersebut menghalang Plaintif daripada menuntut fi penyewaan. Sama ada tempoh penyewaan berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan [16] Sebagai permulaan, Mahkamah perlu menilai sama ada tempoh penyewaan yang menjadi isu dalam tindakan ini adalah dalam tempoh Pandemik Covid-19 sebagaimana didakwa oleh Defendan. [17] Adalah diketahui umum bahawa ekoran Pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah Malaysia tanpa kecuali, saya mendapati beberapa PKP telah dilaksanakan di Malaysia iaitu – (a) mulai 18.3.2020 hingga 31.3.2020 (PKP-1); (b) tempoh PKP-1 dilanjutkan hingga 14.4.2020 (PKP-2); S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ (c) tempoh PKP-2 dilanjutkan hingga 28.4.2020 (PKP-3); dan (d) tempoh PKP-3 dilanjutkan hingga 12.5.2020 (PKP-4). [18] Jika diperhatikan, tempoh yang menjadi isu utama dalam tuntutan yang difailkan oleh Plaintif ini adalah antara 24.3.2020 hingga 5.5.2020. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa tempoh penyewaan yang menjadi isu dalam tindakan ini berlaku dalam tempoh PKP yang dikenakan oleh Kerajaan. Sama ada Plaintif boleh menuntut fi sewaan [19] Selain itu, sebaik Kerajaan membuat pengumuman mengenai PKP pada 17.3.2020 dan penutupan beberapa sektor, saya mendapati MMHE pada 23.3.2020, telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada semua pihak yang terlibat dengannya bahawa semua kerja di tapak perkarangan kapal termasuklah di tapak Projek tersebut dihentikan mulai 24.3.2020. Dalam notis tersebut juga MMHE menyatakan bahawa kejadian Pandemik Covid-19 yang berlaku adalah di luar jangkaan dan kawalannya dan ia merupakan kejadian force majeure. [20] Ekoran daripada notis yang dikeluarkan oleh MMHE, Defendan telah menghantar pemakluman yang serupa kepada Plaintif. [21] Persoalannya wajarkah Defendan berkewajipan membayar fi penyewaan walaupun kapal dan mesin dalam keadaan idling dan tidak beroperasi disebabkan PKP? S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ [22] Berdasarkan kepada keterangan di hadapan Mahkamah ini, akibat pelaksanaan PKP tersebut, semua aktiviti pekerjaan dan perniagaan termasuklah kerja-kerja pembinaan dok kering di tapak Projek tersebut telah terhenti sepenuhnya sepanjang tempoh PKP berkenaan. Oleh yang demikian, kapal dan mesin Plaintif yang disewa oleh Defendan tidak beroperasi dan menjalankan kerja-kerja seperti yang terdapat dalam Kontrak Penyewaan berkenaan. [23] Di samping itu, saya mendapati, kapal dan mesin berkenaan tidak dapat menjalankan fungsinya bukan disebabkan kegagalan Plaintif dan bukan juga disebabkan kegagalan Defendan. Sebaliknya ia berpunca sepenuhnya oleh PKP yang dilaksanakan pada masa itu. Adalah jelas bahawa Plaintif telah membekalkan kapal, mesin serta pekerja di tapak Projek dan bersedia untuk menjalankan tugas sebagaimana dalam Kontrak Penyewaan berkenaan. [24] Pada masa yang sama, saya juga mendapati fakta bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”) pada 10.4.2020 mula memberikan kelonggaran kepada sektor tertentu untuk kembali beroperasi dengan syarat mereka mendapat kelulusan daripada MITI. Ekoran itu, Defendan dengan serta merta telah memohon kelulusan berkenaan daripada MITI, namun permohonan mereka ditolak pada 19.4.2020 dan 21.4.2020. Sebaliknya kelulusan hanya diperolehi pada 11.5.2020 itu pun setelah rayuan dibuat. Walaupun begitu, Defendan telah mula membayar fi penyewaan kepada Plaintif mulai 6.5.2020. [25] Pada pandangan saya, Defendan telah melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Jelas kepada saya bahawa Defendan tidak S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ mendapat sebarang keuntungan sepanjang tempoh kapal dan mesin Plaintif tidak beroperasi akibat PKP dan Pandemik Covid-19. [26] Oleh yang demikian adalah tidak adil untuk Mahkamah ini mengarahkan Defendan membayar fi penyewaan berkenaan sedangkan ia bukan disebabkan kecuaian atau pelanggaran kontrak oleh Defendan. Sebaliknya kapal dan mesin Plaintif dalam keadaan idling dan tidak beroperasi adalah akibat Pandemik Covid-19, PKP, penutupan tapak Projek oleh Malaysia Marine dan keperluan kepada kelulusan daripada MITI. [27] Mengenai hujah Plaintif berkaitan dengan klausa 4.0(b) Surat Sebut Harga yang menyebut bahawa bayaran sewa masih kena dibayar oleh Defendan walaupun kapal dalam keadaan idling dan tidak beroperasi, pada pandangan saya klausa ini digubal dalam keadaan pihak-pihak tidak menyangka berlakunya Pandemik Covid-19 yang impaknya terlalu besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Klausa ini pada pandangan saya hanya terpakai dalam keadaan biasa di mana kapal tidak boleh beroperasi semata-mata disebabkan kecuaian atau kelalaian yang dilakukan oleh Defendan sendiri. [28] Begitu juga dakwaan Plaintif bahawa arahan yang dikeluarkan oleh MMHE mengenai penutupan dan pemberhentian kerja-kerja perkapalan di tapak Projek tersebut tidak melibatkan Plaintif kerana Plaintif tiada hubungan kontrak dengan MMHE. [29] Dalam hal ini, saya mendapati dalam Surat Setuju Terima yang dikeluarkan oleh Defendan ada dinyatakan bahawa Surat Award antara MMHE dengan Defendan menjadi sebahagian daripada Kontrak S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ Penyewaan. Selain itu, walaupun Plaintif mendakwa syarikat itu tidak mempunyai hubungan kontrak secara langsung dengan MMHE, namun kerja-kerja perkapalan berkenaan adalah berkait rapat dengan tapak Projek tersebut yang dimiliki oleh MMHE. Tambahan pula, Defendan adalah kontraktor utama kepada Projek tersebut manakala Plaintif pula adalah subkontraktor Defendan. Oleh itu, saya berpandangan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh MMHE termasuklah mengenai penutupan tapak Projek tersebut oleh sebab Pandemik Covid-19 dan arahan Kerajaan mengenai PKP adalah terpakai kepada Plaintif juga. Sama ada Defendan perlu memplid s. 7 Akta Covid-19 bagi membolehkan Akta tersebut menghalang Plaintif daripada menuntut fi penyewaan [30] Dalam hujahnya, Plaintif mendakwa Defendan perlu membayar fi penyewaan disebabkan Defendan tidak memplid s. 7 Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 (“Akta Covid-19”) bagi membolehkan Akta tersebut menghalang Plaintif daripada menuntut fi penyewaan. [31] Dalam hal ini saya berpandangan, walaupun Defendan tidak memplid secara khusus s. 7 Akta Covid-19, namun saya mendapati kebergantungan keseluruhan undang-undang berkaitan dengan Pandemik Covid-19 termasuklah Akta Covid-19 oleh Defendan ada diplidkan dalam perenggan 6.13 hingga 6.115 Pernyataan Pembelaan Defendan. Oleh yang demikian, dakwaan Plaintif dalam hal ini adalah tidak berasas. [32] Adalah perlu saya nyatakan di sini bahawa ketidakupayaan melaksanakan kontrak oleh Defendan disebabkan Pandemik Covid-19 S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ adalah memadai bagi Defendan membuktikan bahawa kontrak adalah terhalang disebabkan pandemik tersebut. [33] Perlu juga dinyatakan bahawa Akta Covid-19 yang diluluskan Parlimen bertujuan memberikan sedikit ruang kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam satu kontrak yang mana tidak dapat dilaksanakan akibat daripada kesan Pandemik Covid-19. Ini dinyatakan di bawah s. 7 seperti berikut: Ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual 7. Ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak yang dinyatakan dalam Jadual kepada Bahagian ini yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 tidak membolehkan pihak atau pihak-pihak lain untuk menjalankan haknya atau hak mereka di bawah kontrak. [34] Manakala dalam Jadual kepada Akta Covid-19 menyenaraikan kategori kontrak yang terpakai oleh Akta tersebut sebagaimana di bawah– [Seksyen 7 ] 1. Kontrak kerja pembinaan atau kontrak perundingan pembinaan dan apa-apa kontrak lain yang berhubungan dengan pembekalan bahan, kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan suatu kontrak pembinaan S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ 2. Bon pelaksanaan atau yang setara yang diberikan menurut suatu kontrak pembinaan atau kontrak pembekalan 3. Kontrak perkhidmatan profesional 4. Pajakan atau sewaan harta tak alih bukan kediaman 5. … 6. … [35] Berdasarkan kepada Jadual kepada Akta Covid-19, Kontrak Penyewaan yang menjadi isu dalam tindakan ini termasuk kategori yang dinyatakan dalam Akta tersebut bagi membolehkan Plaintif untuk tidak boleh menuntut haknya di bawah Kontrak berkenaan. [36] Dalam hal ini saya perlu memetik kata-kata Wan Ahmad Farid Salleh HMR ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Panzana Enterprise Sdn Bhd v. Turnpike Sdn Bhd [2025] 2 CLJ 44; [2024] CLJU 2330, di mana beliau menyatakan – 45. The special measures taken under the COVID-19 Act involve various phases covering restrictions such as being unable to leave home or travel to work and self-isolation the moment one is in close contact with a COVID-19 patient, though not tested positive for the virus and the like. The supply chain was disrupted and indeed, there was a general total inactivity or slowdown in the progress of construction works generally. As alluded to earlier, the affected period started on 18.3.2020. 46. In tabling the COVID-19 Bill, Parliament was acutely conscious of the hardship suffered by all, especially those in the construction industry. As S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ stated earlier, para 1 of the Schedule to Part II of the COVID-19 Act provides relief and suspension of contractual obligations under it. 47. Learned counsel for the respondent submitted that the appellant must prove how the delay is related to the measures prescribed under the COVID- 19 Act. With respect, we disagree. We do not think, at least at this juncture, that the appellant needs to prove anything other than that they could not discharge their contractual obligation under the Contract because of the different and various measures taken by the Government under the COVID-19 Act. 48. In our considered view, the COVID-19 Act should be interpreted generously – bearing in mind the special purpose for which the Act was enacted to relieve the suffering of those affected by the COVID19 pandemic, where movements of labour and materials were severely affected. [37] Berdasarkan kepada permerhatian dia atas, saya menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Selain itu, saya juga mengarahkan agar pihak-pihak menanggung kos mereka masing-masing. Tarikh: 8.3.2025 - t.t - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguamcara: Bagi pihak Plaintif - Azmi Azahar; Tetuan Azmi Azahar Bagi pihak Defendan - Chong Yik Loong (Olivia Gan Jye Shin bersama-samanya), Tetuan Y L Chong & Associates S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ S/N akEHRg4HxU65ufw47a9/rQ