Content
1 RAYUAN JENAYAH NO: K-06A-12-08/2024
K-06A-13-08/2024
Court of Appeal of Malaysia19 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“speedy disposal of cases; such a policy prejudices nobody in light of the many complaints of ageing cases before. The explanatory notes, clarifying the amendment of s. 3 of the CJA introduced by the Amendment Act A1031 of 1998 reads: Pada masa ini, semasa mendengar kes, jika mahkamah membuat keputusan tentang kebolehte”
“(1) Notwithstanding Article 5 of the Federal Constitution and section 264 of the Criminal Procedure Code, where at any time during the trial of a security offence, any of the witnesses for the prosecution refuses to have his identity disclosed and wishes to give evidence in such a manner that he would n”
“(1) Notwithstanding Article 5 of the Federal Constitution and section 264 of the Criminal Procedure Code, where at any time during the trial of a security offence, any of the witnesses for the prosecution refuses to have his identity disclosed and wishes to”
“l rights of the parties, but is made pendente lite, and gives no final decision on the matters in dispute, is not a “decision” within the meaning of that word in the current version of s. 3 Courts of Judicature Act, and therefore is not appealable.” [33] Di dalam kes Karpal Singh a/l Ram Singh v. PP [2012] 5 CLJ 537, [”
“enyatakan seperti yang berikut: “[23] So too here. We are of the considered opinion that the decision of the learned trial judge in reducing the charge from the offence of murder under s. 302 of the Penal Code to one of culpable homicide under s. 304(a) of the same Code and in calling the respondents to **Note : Serial”
“telah pun diperintahkan untuk memberi keterangan secara tertutup. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 PB OKT1: Mengikut seksyen 20 Witness Protection Act 2009 identiti saksi ini bukan menjadi isu berdasarkan keterangan saksi ini sendiri. PB menyatakan seb”
“red to, and in the event of a conviction, may be sentenced to imprisonment or fined (Seaman v. Burley [1896] 2 QB 344; Armand v. Home Secretary and Minister of Defence of Royal Netherlands Government [1943] AC 147; Hamid's on Criminal Procedure). [16] The rationale for non-final decisions being non-appealable is primar”
“PC is the discretionary power of the learned trial judge. It is true that a witness’s demeanour is important in assessing his or her credibility as decided in the case of Shahrullah Abdul Rakeb v. PP [2011] CLJU 1721; [2011] 1 LNS 1721; [2012] 4 MLJ 592 (which was cited by the appellant). But we have to remember, it is”
“erluan untuk suatu perintah di bawah seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi dan seksyen 14 SOSMA dikekalkan. Ini berasaskan kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam Yong Choo Kiong lawan Public Prosecutor [2024] MLJU 653 yang telah memutuskan seperti berikut: “Moreover, and crucially, her identity was already known to the ap”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 RAYUAN JENAYAH NO: K-06A-12-08/2024
2
MOHAMAD FAIZAL BIN AHMAD ZAKI - RESPONDEN- [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar
1
Mohd Razin bin Razali
2
Mohamad Faizal bin Ahmad Zaki] RAYUAN JENAYAH NO: K-06A-13-08/2024
3
IBRAHIM BIN DAHAMID - RESPONDEN- [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar
1
Anas Hafizin bin Ahmad
2
Muhamad Aslam bin Osman
3
Ibrahim bin Dahamid] RAYUAN JENAYAH NO: K-06A-14-10/2024
2
MOHAMAD FAIZAL BIN AHMAD ZAKI - RESPONDEN- [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar Dalam Negeri Kedah Darul Aman Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022 & KA-46SOM-4- 12/2022
1
Mohd Razin Bin Razali
2
Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki] RAYUAN JENAYAH NO: K-06A-15-10/2024 - PERAYU
3
IBRAHIM BIN DAHAMID - RESPONDEN- [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Alor Setar
1
Anas Hafizin Bin Ahmad
2
Muhamad Aslam Bin Osman
3
Ibrahim Bin Dahamid] KORAM: AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR CHOO KAH SING, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Pendakwaan terhadap kelima-lima responden bermula di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman terhadap pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut:
a
(A) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022
1
Mohd Razin bin Razali (R1)
2
Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki (R2) Pertuduhan “Bahawa kamu bersama-sama pada 24/5/2022 jam lebih kurang 9.30 malam di Koordinat Latitud 06 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama, sebagai pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awam kamu, telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.”
b
(B) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-4-12/2022
1
Anas Hafizin Bin Ahmad (R3)
2
Muhamad Aslam Bin Osman (R4)
3
Ibrahim Bin Dahamid (R5) Pertuduhan “Bahawa kamu bersama-sama pada 24/5/2022 jam lebih kurang 9.30 malam di koordinat latitud 06 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.” [2] Pada 17 Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memerintahkan kedua-dua pertuduhan (A+B) dibicarakan secara bersama di dalam satu perbicaraan selaras dengan peruntukan seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
c
(C) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022 &
d
(D) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-4-12/2022
1
Mohd Razin bin Razali (R1)
2
Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki (R2)
3
Anas Hafizin Bin Ahmad (R3)
4
Muhamad Aslam Bin Osman (R4)
5
Ibrahim Bin Dahamid (R5) “Bahawa kamu bersama-sama pada 24/5/2022 jam lebih kurang 9.30 malam di Koordinat Latitud 06 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama, sebagai pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awam kamu, telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.” [3] Pada 17 Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memerintahkan kedua-dua pertuduhan (C&D) dibicarakan secara bersama di dalam satu perbicaraan selaras dengan peruntukan seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. [4] Prosiding perbicaraan bagi kedua-kedua kes jenayah tersebut telah mula berjalan pada 30 Oktober 2023. Kronologi Kes [6] Perbicaraan kes ini telah dimulakan pada 30 Oktober 2023 dan perbicaraan kes ini masih lagi di peringkat kes pendakwaan dimana pihak pendakwaan setakat ini telah memanggil beberapa orang saksi pendakwaan termasuk PW1 yang merupakan saksi yang diletakkan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]. [7] Melalui surat bertarikh 12 Februari 2024, pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa mereka berhasrat untuk memanggil empat (4) orang peserta yang telah didaftarkan dalam Program Perlindungan Saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 sebagai saksi-saksi pendakwaan. [8] Selaras dengan seksyen 14 Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] pihak pendakwaan telah memohon kepada mahkamah supaya suatu inkuiri di bawah seksyen tersebut dijalankan terhadap saksi-saksi yang dilindungi tersebut. [9] Pada 20 Februari 2024, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah menjalankan inkuiri-inkuiri sebagaimana dipohon terhadap keempat-empat saksi yang dilindung terbabit. Setelah menjalankan inkuiri tersebut, mahkamah berpuashati terdapat keperluan untuk melindungi identiti saksi-saksi yang dilindungi tersebut. [10] Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya keterangan tiga (3) daripada empat (4) orang saksi-saksi yang dilindungi tersebut dirakam secara tertutup. Hanya Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana dan jurubahasa mahkamah sahaja yang dapat melihat dan mendengar keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi terlindung ini. Pihak pendakwaan dan pihak pembelaan hanya dapat membaca keterangan saksi-saksi terlindung tersebut di satu skrin yang dipaparkan di dalam mahkamah setelah keterangan mereka di taip secara verbatim oleh jurubahasa mahkamah dan dipaparkan kepada semua pihak-pihak semasa prosiding perbicaraan tersebut berjalan. [11] Pada 29 Julai 2024, pihak pendakwaan telah meneruskan perbicaraan dengan memanggil salah seorang seorang daripada saksi yang dilindungi iaitu PW1 untuk memberikan keterangan dan memohon supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup selaras dengan peruntukan subseksyen 20(1) Akta Perlindungan Saksi 2009. [12] Ketika PW1 hampir selesai memberikan keterangannya di peringkat pemeriksaan utama, pihak pembelaan telah membuat bantahan secara lisan tentang cara pengemukaan keterangan PW1 secara bertaip. Peguam responden-responden menghujahkan bahawa keterangan PW1 sepatututnya diberikan di mahkamah terbuka kerana berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan oleh PW1 sendiri semasa prosiding sambung bicara pada 29 Julai 2024, identiti PW1 telah pun boleh dikenalpasti. [13] Setelah mendengar bantahan tersebut, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah menangguhkan perbicaraan tersebut dan mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan penghujahan masing-masing berkaitan bantahan yang dibangkitkan pada keesokan harinya. [14] Setelah mendengar penghujahan lisan kedua-dua pihak, pada 30 Julai 2024, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memutuskan untuk membenarkan bantahan pihak pembelaan dan membatalkan perintah terdahulu yang diberikan pada 20 Februari 2024. Sehubungan itu, PW1 diarahkan untuk memberikan keterangannya secara bersumpah di dalam mahkamah terbuka. [15] Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana juga memerintahkan agar rakaman keterangan PW1 dibuat secara tertutup tanpa kehadiran orang awam di mahkamah. [16] Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana turut memerintahkan supaya sebarang maklumat berkenaan PW1 tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua bentuk sekalipun, melainkan dengan suatu proses undang-undang. Sambungan pemeriksaan utama saksi PW1 tersebut kemudiannya telah ditetapkan pada suatu tarikh perbicaraan yang lain. [17] Berikutan dengan perintah tersebut, pihak pendakwaan melalui surat bertarikh 24 Oktober 2024 telah membuat permohonan kepada Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana supaya menjalankan inkuiri untuk kali kedua terhadap PW1 namun permohonan tersebut telah ditolak. [18] Terkilan dengan keputusan tersebut, pada 30 Julai pada 12 Ogos 2024, pihak pendakwaan telah memfailkan dua (2) notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi merayu terhadap perkara-perkara berikut:
i
Notis rayuan bertarikh 12 Ogos 2024 bagi merayu terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana yang telah memutuskan bahawa PW1 hendaklah memberikan keterangannya secara khas melalui keterangan lisan di dalam mahkamah terbuka di atas alasan bahawa identiti saksi telah terdedah semasa dipaparkan keterangannya yang ditaip secara verbatim oleh jurubahasa mahkamah di skrin di bawah seksyen 14(3) Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (Rayuan Jenayah No. K-06A-12 & 13- 08/2024)
II
(ii) Notis rayuan bertarikh 29 Oktober 2024 bagi merayu terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana yang telah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan inkuiri terhadap PW1 untuk kali yang kedua bagi membolehkan PW1 memberi keterangannya secara khas di bawah seksyen 14(2) Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (Rayuan Jenayah No. K-06A-14 & 15- 08/2024) Ringkasan Kes Pendakwaan [19] Pada 24 Mei 2022, lebih kurang pukul 9.30 malam, di koordinat latitude darjah 06.03 N, longitut 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang satu batu nautika dengan daratan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah (tempat kejadian), sepasukan pegawai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang bertugas telah menerima laporan bahawa akan berlaku aktiviti penyeludupan migran di Kuala Kedah, Kedah Darul Aman. [20] Pasukan APMM kemudiannya telah melihat dan menahan sebuah bot nelayan tempatan. Pemeriksaan terhadap bot tersebut telah mendapati Mohd Razin bin Razali (R1), Anas Hafizin Bin Ahmad (R3), Muhamad Aslam Bin Osman (R4) dan Ibrahim Bin Dahamid (R5) berada di dalam bot tersebut. [21] Setiba di Jetty Coral Marine, APMM telah menjalankan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan tersebut dan telah menjumpai seramai 119 orang migran warganegara Myanmar disembunyikan dalam tempat meletakkan ikan di dalam bot BNT tersebut. Kesemua migran tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan diri dan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah. [22] Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati Mohamad Faizal bin Ahmad Zaki (R2) bersama-sama empat responden yang lain telah mengatur masuk perjalanan 119 orang migran tersebut ke Malaysia melalui Kuala Kedah. Notis Bantahan Awal Responden-Responden [23] Pada 10 September 2024 peguam R2 telah memfailkan notis bantahan awal terhadap rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap perintah yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana pada 30 Julai 2024. Alasan bantahan awal tersebut di antara lainnya adalah seperti yang berikut: “Bahawa PW1 bukan lagi merupakan seorang saksi terlindung dan justeru beliau perlu memberi keterangan secara lisan di dalam mahkamah terbuka, adalah suatu keputusan yang tidak boleh dirayu (unappealable) dengan merujuk kepada seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang dibaca bersama seksyen 3 Akta yang sama.” [24] Pada 17 September 2024 peguam R1 telah memfailkan notis bantahan awal terhadap rayuan difailkan yang oleh pihak pendakwaan terhadap perintah yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana pada 30 Julai 2024. Alasan bantahan awal tersebut adalah seperti yang berikut: “Rayuan yang difailkan oleh Pendakwa Raya adalah tidak kompeten kerana:
i
Bahawa PW1 bukan lagi merupakan seorang saksi terlindung dan perlu memberikan keterangan secara lisan di Mahkamah Terbuka tidak melupuskan hak-hak akhir pihak pendakwaan dimana kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman masih dalam peringkat perbicaraan: dan
II
(ii) Keputusan Pesuruhjaya Kehakiman bıjaksana bukanlah dibuat selepas perbicaraan penuh. R1 akan bergantung kepada peruntukkan di bawah seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi tujuan bantahan awal ini.” [25] Pada 8 September 2024, peguam R3, R4 dan R5 telah memfailkan notis bantahan awal terhadap rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap perintah terkemudian yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana pada 30 Julai 2024. Alasan bantahan awal tersebut adalah seperti yang berikut: “Keputusan tersebut tidak boleh dirayu kerana:
i
Bahawa PW1 bukan lagi merupakan seorang saksi terlindung dan perlu memberikan keterangan secara lisan di mahkanmah terbuka tidak melupuskan hak-hak akhir pihak-pihak dimana pihak-pihak kini masih dalam peringkat perbicaraan; dan
II
(ii) Keputusan Yang Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana bukanlah dibuat selepas perbicaraan penuh. R3, R4 dan R5 akan bergantung kepada peruntukkan di bawah seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi tujuan bantahan awal ini.” Prinsip Undang-Undang Berkenaan Pengemukaan Keterangan Saksi Terlindung
1
Seksyen 14 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) memperuntukkan seperti yang berikut: “14 Evidence of witness given in a special manner
1
Notwithstanding Article 5 of the Federal Constitution and section 264 of the Criminal Procedure Code, where at any time during the trial of a security offence, any of the witnesses for the prosecution refuses to have his identity disclosed and wishes to give evidence in such a manner that he would not be seen or heard by both the accused and his counsel, the Public Prosecutor may make an oral application to the court for the procedures in this section to apply.
2
For the purpose of satisfying itself as to the need to protect the identity of the witness, the court shall hold an inquiry in camera by questioning the witness concerned or any other witness in the absence of the accused and his counsel.
2A
The court shall notify the prosecution of its decision to protect the identity of the witness within seven days of the inquiry.
2B
Within seven days of the decision, the prosecution may appeal against a refusal by the court to protect the identity of the witness.
3
If after such inquiry the court is satisfied as to the need to protect the identity of the witness, the evidence of such witness shall be given in such manner that he would not be visible to the accused and his counsel, but would be visible to the court; and further if the witness fears that his voice may be recognized, his evidence shall be given in such manner that he would not be heard by the accused and his counsel.
4
The court may disallow such questions to be put to the witness as to his name, address, age, occupation, race or other particulars or such other questions as in the opinion of the court would lead to the witness's identification."
2
Seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi 2009 memperuntukkan seperti yang berikut: “20 Identity of participant not to be disclosed in court proceedings
1
Where in any proceedings in a court, tribunal, commission or an inquiry, the identity of a participant is in issue or may be disclosed, the court, tribunal commission or inquiry shall, unless it considers that the interest of justice requires otherwise:
a
conduct that part of the proceedings that relates to the identity of the participant in camera; and
b
make such order relating to the suppression of publication of evidence given before the court, tribunal, commission or inquiry as, in its opinion, will ensure that the identity of the participant is not disclosed.
2
Any person who contravenes paragraph (1)(b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both." Dapatan Kami Berkaitan Bantahan Awal Yang Dibangkitkan Oleh Responden-Responden [26] Sewajarnya diulangi bahawa peguam responden-responden membangkitkan penghujahan bahawa rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwaan ini adalah tidak berwibawa (competent) kerana keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana tersebut tidak melupuskan hak pihak pendakwaan kerana kes tersebut masih di dalam peringkat perbicaraan dan bukanlah selepas perbicaraan penuh. Asas bantahan ini berlandaskan kepada peruntukan seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] dan seksyen 50 Akta yang sama. [27] Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mendefinasikan “decision” seperti yang berikut: “‘decision’ means judgment, sentence or order, but does not include any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause or matter which does not finally dispose of the rights of the parties.” [28] Seksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan seperti yang berikut: Jurisdiction to hear and determine criminal appeals “50. (1) Subject to any rules regulating the proceedings of the Court of Appeal in respect of criminal appeals, the Court of Appeal shall have jurisdiction to hear and determine any appeal against any decision made by the High Court:-
a
in the exercise of its original jurisdiction; and
b
in the exercise of its appellate or revisionary jurisdiction in respect of any criminal matter decided by the Sessions Court.” [29] Sebelum kami memutuskan tentang isu ini, adalah penting bagi kami merujuk kepada prinsip undang-undang berkaitan tafsiran “keputusan” (decision) sepertimana peruntukan seksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang dibaca bersama-sama seksyen 3 Akta yang sama. [30] Pada hemat kami, definasi perkataan “keputusan” seperti yang ditakrifkan di dalam seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 adalah jelas dan tiada keraguan (clear and unequivocal) dimana hak untuk merayu terhadap apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat oleh mahkamah berkaitan kes jenayah tidak termasuk apa-apa perintah (ruling) yang dibuat dalam perjalanan sesuatu perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara mutkamad (lihat kes Syarikat Tingan Lumber Sdn Bhd v. Takang Timber Sdn Bhd [2003] 2 CLJ 177; [2003] 2 MLJ 495; Mohamad Ridzuan Zamhor lwn. PP [2018] 4 CLJ 315; [2018] 2 AMR 17). [31] Di dalam kes Public Prosecutor v. Raymond Chia Kim Chwee [1985] 2 MLJ 4367, Mahkamah Agong memutuskan seperti yang berikut: “With regard to the first question, under section 307(i) the Criminal Procedure Code any person dissatisfied with any judgment, sentence or order pronounced by any Magistrate's Court in a criminal case to which he is a party may appeal to the High Court against any such judgment, sentence or order. The word "order" is preceded by the words "judgment" and "sentence". The order must therefore be a final order in the sense that it is final in its effect as in the case of a judgment or a sentence. The test for determining the finality of an order is to see whether the judgment or order finally disposes of the rights of the parties.” [32] Rujukan juga dibuat kepada kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [1999] 1 CLJ 537, di mana Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh NH Chan HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “In other words, what has been excluded from the meaning of the word 'decision' is the type of judgments and orders which is termed 'interlocutory' by Halsbury's Laws of England (4th Ed) para 506 at p. 240, which reads: Interlocutory judgments and orders. An order which does not deal with the final rights of the parties, but either (1) is made before judgment, and give no final decision on the matters in dispute, but is merely on a matter of procedure, or (2) is made after judgment and merely directs how declarations of right already given in the final judgment are to be worked out, is termed 'interlocutory. An interlocutory order, even though not conclusive of the main dispute, may be conclusive as to the subordinate matter with which it deals. Shortly stated, what the amendment means is that judgment or order which does not deal with the final rights of the parties, but is made pendente lite, and gives no final decision on the matters in dispute, is not a “decision” within the meaning of that word in the current version of s. 3 Courts of Judicature Act, and therefore is not appealable.” [33] Di dalam kes Karpal Singh a/l Ram Singh v. PP [2012] 5 CLJ 537, [2012] 5 MLJ 293, Mahkamah Rayuan setelah mendengar rayuan pendakwa raya telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan tertuduh di akhir kes pendakwaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Mahkamah Rayuan mendapati berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan, terdapat suatu kes prima facie yang berjaya dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan selanjutnya mengarahkan tertuduh dipanggil untuk membela diri dan mengemukakan pembelaannya. Kes dikembalikan semula kepada Mahkamah Tinggi. Persoalan yang harus ditentukan adalah sama ada keputusan Mahkamah Rayuan mendapati wujudnya suatu kes prima facie tersebut boleh dirayu. Mengupas mengenai isu ini, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Suriyadi Halim Omar HMP (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “[15] Section 3 of the CJA defines 'decision' to mean judgment, sentence or order, but does not include any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause or matter which does not finally dispose of the rights of the parties. It is not disputed here that the appeal relates to a criminal matter, as witnessed by the procedure adhered to, and in the event of a conviction, may be sentenced to imprisonment or fined (Seaman v. Burley [1896] 2 QB 344; Armand v. Home Secretary and Minister of Defence of Royal Netherlands Government [1943] AC 147; Hamid's on Criminal Procedure). [16] The rationale for non-final decisions being non-appealable is primarily geared towards the speedy disposal of cases; such a policy prejudices nobody in light of the many complaints of ageing cases before. The explanatory notes, clarifying the amendment of s. 3 of the CJA introduced by the Amendment Act A1031 of 1998 reads: Pada masa ini, semasa mendengar kes, jika mahkamah membuat keputusan tentang kebolehterimaan apa-apa keterangan atau dokumen, pihak yang tidak berpuas hati boleh memfailkan rayuan. Jika rayuan sedemikian difailkan, mahkamah terpaksa memberhentikan pendengaran kes itu sementara menanti keputusan rayuan itu oleh mahkamah atasan. Ini menyebabkan pendengaran itu lambat selesai, lebih-lebih lagi apabila rayuan difailkan terhadap tiap-tiap keputusan yang dibuat oleh mahkamah bicara. Pindaan ini dicadangkan untuk membantu mempercepat pendengaran kes di mahkamah bicara. [17] From the above explanation it is obvious that Parliament is not oblivious to mid-stream appeals that tend to stall proceedings and delay speedy completion of cases. With justice not being served by unnecessary delays, what with the amended meaning of 'decision' being crystal clear, such technical appeals that have the effect of stalling hearings, are now things of the past (see Dato' Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor [2010] 6 MLJ 585; Dato' Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor [2011] 2 CLJ 845). No appeal is permitted if viewed as incompetent and precluded by law, and with the facts as they were before us, we agree with the learned DPP that there was no finality in the decision of the Court of Appeal. [18] In order for a decision to be final, the defence must first be heard, and after a maximum evaluation of the total evidence a decision eventually be made. It is at that conclusive stage, when the fate of the appellant is known, the right of appeal is triggered (Saad bin Abas & Anor v. Public Prosecutor [1999] 1 MLJ 129; Maleb bin Su v. Public Prosecutor; Cheak Yoke Thong [1984] 1 MLJ 311; [1984] 2 CLJ (Rep) 232)… [19] A scrutiny of the scope of the term 'decision' in s. 3 of the CJA reveals that its definition does not extend to the types of 'judgments or orders' which can be termed as 'interlocutory'. In other words, if a judgment or order is not final, in the sense that it does not finally dispose of the rights of the parties in the trial, then it would not fall within the definition of the word 'decision' under s. 3 of the CJA, and thus not appealable.” [34] Di dalam kes Ahmad Zubair Hj Murshid v. PP [2014] 9 CLJ 289, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: “[38] …The new definition of the word decision in the amended s. of the CJA which we have laid emphasis to in the preceding paragraph does not include a judgment, order or ruling which does not finally dispose of the rights of the parties on the matters in dispute. With the amended s. 3 of the CJA, appeals filed based on technical rulings which are interlocutory in nature are now things of the past. Such appeals are incompetent to be laid before the appellate court as it is clearly precluded by law.” [35] Di dalam kes PP v. Mohamed Shahabuddin Mohamed Ali & Ors [2018] 8 CLJ 535, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd Zawawi Salleh HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[23] So too here. We are of the considered opinion that the decision of the learned trial judge in reducing the charge from the offence of murder under s. 302 of the Penal Code to one of culpable homicide under s. 304(a) of the same Code and in calling the respondents to enter their defence on the amended charge is not a decision within the meaning of s. 3 of the CJA and, therefore, is not appealable. [24] In this instant appeal, the respondents were scheduled to plead on amended charge on 7 September 2017. However, the trial was postponed due to the appeal filed by the PP against the decision of the learned trial judge in amending the charge. Certainly, the decision of the learned trial judge has not finally dispose of the rights of the parties. The learned trial judge had not made a final determination of the rights of the parties at this stage. Something still had to be done by the learned trial judge, ie, to hear the respondents’ defence and make a decision pursuant to s. 182A of the Criminal Procedure Code. Only a decision at the close of the defence case would effectively dispose of the rights of the parties. Further, to have a final decision in this case, the respondents must be convicted and sentenced or discharge and acquitted, as the case may be. It would, in our view, be incongruous to allow the PP to appeal to this court before the final judgment is meted out by the trial court. [25] Our courts have applied a “salutary general rule” in criminal and civil proceedings for many years that appeals are not entertained piecemeal. Decision of the High Courts has generally been held to be appealable only if they have three attributes. They must be final in effect, definitive of the rights of the parties, effectively dispose of a substantial part of the relief claimed in the main proceedings and it does not leave anything to be done in the trial with respect of the merits of the case. In other words, the rule, in general, permits an appeal to be taken only from a final decision which disposes of all the issues presented in the trial. Quite obviously, all the issues in the case at bench were not disposed of if the respondents have yet to testify in their defence.” [36] Bersandarkan kepada nas undang-undang di atas, bagi menentukan sama ada sesuatu keputusan itu telah melupuskan hak sesuatu pihak, maka menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menilai situasi dan kesan keputusan yang dibuat tersebut. [37] Di dalam kes ini, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana pada awalnya telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk PW1 memberikan keterangannya secara khas di Mahkamah selaras dengan seksyen 14(3) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Susulan daripada keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah memanggil PW1 untuk memberi keterangannya di mahkamah sebagai saksi. PW1 kemudiannya telah pun memberikan sebahagian keterangannya di mahkamah secara khas. Namun, apabila terdapat bantahan dikemukakan oleh pihak responden diatas alasan identiti saksi PW1 sudah pun terdedah oleh kerana soalan-soalan yang ditanyakan oleh pihak pendakwaan semasa pemeriksaan utama dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh saksi PW1 sendiri, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah mengubah keputusan terdahulunya dengan memutuskan bahawa saksi PW1 bukan lagi saksi terlindung dan supaya keterangan saksi PW1 tersebut diberikan seperti seorang saksi bersumpah biasa di dalam mahkamah. Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana juga turut memerintahkan bahawa maklumat berkenaan saksi PW1 tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua bentuk sekalipun, melainkan dengan suatu proses undang-undang sahaja. [38] Pada hemat kami, keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana membatalkan keputusannya yang terdahulu bersandarkan kepada alasan yang diberikan di atas telah mengundang implikasi-implikasi berikut:
i
Hak PW1 untuk memberikan keterangannya secara khas telah pun hilang;
II
(ii) Identiti PW1 yang pada awalnya dilindungi kini didedahkan secara terbuka kepada peguam-peguam dan responden-responden di mahkamah tanpa wujud lagi apa-apa batasan; dan
III
(iii) Hak PW1 untuk terus diberikan perlindungan demi menjaga nyawa dan keselamatan diri dan keluarganya daripada segala bentuk ancaman atau ugutan kini sudah pun hancur berkecai. [39] Berpaksikan alasan-alasan di atas, kami sebulat suara memutuskan bahawa perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan masih berjalan terjumlah kepada satu keputusan yang memuktamadkan hak pihak-pihak dan dengan itu semestinya ianya boleh dirayu kerana keputusan tersebut tidak meninggalkan apa-apa persoalan terbuka untuk penentuan kehakiman. [40] Notis bantahan awal yang dikemukakan oleh responden-responden ditolak dan kami membenarkan untuk merit rayuan ini didengar. Merit Rayuan [41] Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut mengenai keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana bertarikh 30 Julai 2024 di mana beliau telah memutuskan supaya saksi terlindung (PW1) memberikan keterangan secara lisan di dalam mahkamah terbuka atas alasan identiti dan peranan PW1 telah terdedah semasa memberikan keterangannya secara khas, adalah sangat berfaedah jika kami menurunkan rakaman kronologi prosiding yang berlaku di Mahkamah Tinggi yang berakhir dengan pembatalan perintah terdahulu bertarikh 20 Februari 2024 dan kemunculan perintah terkemudian bertarikh 30 Julai 2024. “DALAM KAMAR BERTARIKH :
29
29.07.2024 DI HADAPAN :
9
PESURUHJAYA KEHAKIMAN 53 Pagi TPR : Najwa Bistamam dan Iznina Hanim (bp PR) PB : Nur Aminatul Mardiyah Binti Mad Noor, Nur Hafidzah Hassan, Tun Laila dan juga Cik Atilia (bp OKT2) Nur Afifa dan En. Jamil Mohd Shafie (bp OKT3, OKT4 dan OKT5), Mohd Nizam (bp OKT1) OKT: Semua hadir Yang Arif, hari ini ditetapkan untuk sambung bicara. Pihak pendakwaan pada hari ini bercadang untuk memanggil satu saksi terlindung di mana saksi ini telah pun diberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 dan satu inquiry telah dijalankan secara ex-parte in chambers oleh Mahkamah dan telah dibenarkan pada 20 Februari 2024 inquiry di bawah Seksyen 14 (SOSMA), saya percaya saksi ini PW2 dibenarkan untuk memberi keterangan secara bersumpah in camera dan selaras dengan seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi juga pihak pendakwaan pohon untuk perbicaraan ini diadakan secara tertutup bagi tujuan melindungi identiti peserta bagi program perlindungan saksi ini. Mah: Baik, pada 20 Februari 2024 Mahkamah ini telah menjalankan inquiry secara ex-parte dan telah mendapati bahawa telah memberi kebenaran untuk saksi terlindung tersebut untuk memberi keterangan secara tertutup. Dengan ini Mahkamah mengistiharkan bahawa persidangan perbicaraan pada hari ini akan dijalankan secara tertutup, dengan itu no public gallery untuk hari ini. Mahkamah Tangguh sebentar untuk set up system.
10
10.42 Pagi Panggil semula. Pihak-pihak yang sama. Memaklumkan kehadiran En. Ravi (bp OKT1). Pihak pendakwaan akan teruskan dengan saksi PW1, pohon PW1 dipanggil. Memohon pengesahan tentang cara prosiding akan berjalan Mah: Prosiding masih sama, cara soalan dan sebagainya. Hanya pihak-pihak tidak dapat melihat mahupun mendengar saksi terlindung kecuali Mahkamah sahaja, jawapan akan ditaip semula oleh Jurubahasa Mahkamah dan dipaparkan kepada pihak-pihak. Ingin membangkitkan satu isu, prosiding berhasrat panggil saksi terlindung. Permohonan hanya dibuat dan diketahui oleh OKT dan peguam-peguam OKT hari ini iaitu tiada advance notice diberi oleh pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan pada awalnya. Juga pada tarikh lalu dan tarikh-tarikh bicara lepas kami tidak dimaklumkan bahawa hari ini pendakwaan akan kemukakan saksi terlindung. Requirement dibawah Seksyen 14 SOSMA tidak ada menyatakan berkenaan dengan notification kepada peguam selain itu sama juga saksi-saksi biasa giliran untuk panggilan saksi tidak ada kewajipan untuk pihak pendakwaan untuk beritahu siapa saksi yang akan dipanggil pada sekian sekian tarikh dan berdasarkan requirement di bawah Seksyen 14 SOSMA ini menyatakan bahawa permohonan ini ex-parte dan Mahkamah yang harus berpuas hati bahawa identiti saksi ini perlu dilindungi dan saya juga perlu maklumkan kepada peguam bahawa semasa inquiry juga pihak pendakwaan tidak terlibat dalam permohonan tersebut di dalam pendengaran inquiry tersebut dan pihak pendakwaan tidak ada bersama-sama dan hari ini juga apa yang didengar dan dibaca di skrin juga sama dengan pihak pendakwaan dengar, baca sama dengan pihak peguam dengar dan baca. Oleh itu tiada isu yang boleh timbulkan prejudis. Saksi terlindung akan diberi keterangan dari lokasi yang lain, adakah orang-orang lain di lokasi tersebut selain saksi terlindung samada saksi itu menjawab beliau akan rujuk apa-apa dokumen. Sekiranya rujuk mana-mana dokumen siapakah yang sediakan dokumen tersebut. Bila disediakan dan sekiranya saksi tidak sediakan dokumen siapa yang sediakan dokumen? Mahk: Saksi terlindung hanya ditemani Jurubahasa Mahkamah. Mahkamah juga have full view of the witness in that room. Saksi diletakkan di satu lokasi berasingan dari Mahkamah ini bagi tujuan perlindungan, saksi ini tidak akan bersama orang lain selain seorang Jurubahasa, sekiranya ada orang lain masuk Mahkamah akan mengetahui. Sekali lagi pohon dipanggil PW1 untuk memberi keterangan, pohon saksi mengangkat sumpah. PW1 PW1 mengangkat sumpah dalam Bahasa Malaysia PEMERIKSAAN UTAMA Encik PW1 pada tarikh 22.5.2022 jam 11.00 pagi boleh beritahu apa yang berlaku? Pada 22.5.2022 jam lebih kurang 11.00 pagi saya terima panggilan daripada Aslam menyatakan Tuan Faizal nak jumpa di Jeti Feri Langkawi. Kuala Perlis. Boleh beritahu kenapa Aslam menyatakan Tuan Faizal hendak berjumpa? Untuk bincang berkenaan urusan untuk mengambil PATI pendatang asing tanpa izin di tengah laut kawasan perairan Langkawi, Tukun, Perak. Boleh terangkan siapa En. Aslam yang telah telefon pada hari tersebut? Aslam adalah orang yang perantara antara Faizal yang untuk menguruskan kemasukan PATI ini. Siapa Tuan Faizal yang dimaksudkan? Tuan Faizal adalah pegawai SB dari IPK Negeri Kedah. Bagaimana kamu kenal En. Aslam dan En. Faizal? Saya kenal Aslam dulu. Kemudian Aslam memberitahu saya berkenaan saya ada dalam senarai polis. Bagaimana pula dengan En. Faizal? Selepas perkenalan dengan Aslam dan menyatakan dengan saya yang Faizal ingin berjumpa dengan saya di Alor Setar. Boleh ingat bila mula berkenalan dengan Aslam? Lebih kurang tahun tarikh saya tak ingat. Lebih kurang hujung bulan 10, 2021 Bagaimana pula tarikh berkenalan dengan Tuan Faizal? Semasa jumpa dengan Tuan Faizal, Tuan Faizal menunjukkan telefonnya gambar IC saya menyatakan saya dalam senarai perhatian mereka. … Kemudian boleh beritahu apa yang berlaku lagi? Aslam dan Razin suruh dan bersama-sama mengangkat turun barang-barang makanan dan minuman di dalam kereta turun ke bot yang akan bertolak ke Tukun Perak. Selepas turun barang-barang, lebih kurang 1.00 pagi 24.5.2022, Aslam mengarahkan saya membawa Razin, Anas dan Ibrahim bertolak ke Tukun Perak. Semasa keluar, Aslam baru memberi koordinat Mother Boat. Apa maksud Mother Boat? Mother boat adalah bot yang membawa pendatang asing tanpa izin iaitu PATI etnik Rohingya. Selanjutnya apa lagi yang berlaku? Saya selepas Aslam beri koordinat dia beritahu saya jika saya hendak tidur dia ganti. Dia akan ganti mengendali bot yg kami naiki menuju ke Tukun Perak. Saya tidur sampai jam 7.30 pagi dan saya bersarapan di dalam bot tersebut. Terus saya menyambung mengendali bot tersebut menuju ke Tukun Perak. Apa yang berlaku selanjutnya? Lebih kurang jam 9.30 pagi hampir-hampir sampai koordinat yang diberi oleh Aslam, maka saya dapat melihat 1 bot yang dikatakan mother boat dan Aslam menyuruh saya menuju ke bot tersebut. Apabila sampai di bot tersebut, Razin menyuruh saya membuat pusingan untuk tujuan mengambil video menggunakan ipad yang dibawa oleh Razin. Selepas itu, mereka menyuruh saya merapat bot tersebut. Semasa merapat, Aslam, Razin, Anas dan Ibrahim mengangkat barang-barang makanan dan minuman diberikan ke mother boat tersebut. Saya hanya memerhati di dalam rumah kemudi bot yg dipandu saya. Apabila sudah ambil barang-barang makanan, 1 panggilan dari telefon satelit yang dibawa oleh Aslam berbunyi dan Aslam memberi telefon tersebut kepada Ibrahim. Sebab Ibrahim boleh berbahasa Myanmar. Kemudian Ibrahim memberi telefon satelit itu kepada Aslam semula. Lepas itu, saya tak pasti sama ada senarai itu dalam telefon nama-nama yang dia orang panggil naik ke bot yang saya kendalikan. Apabila dah naik lebih kurang 30 ke 40 orang, ada pergelutan PATI naik ke bot yang saya kendali. Semasa itu, Aslam hendak memukul telefon satelit dan telefon itu jatuh ke dalam laut. Apabila jadi pergelutan itu, saya melihat dia orang membuka tali ikatan antara bot ke bot dan menyuruh saya balik ke Kuala Kedah. … Boleh ceritakan apa yang berlaku? Lepas itu saya terus mengendalikan bot itu ke Kuala Kedah jam lebih kurang 7.30 malam sampai di muara Kuala Kedah Razin, Anas, Ibrahim dan Aslam mengarahkan PATI yang lelaki yang duduk atas dek depan masuk di dalam tempat ikan di dalam bot tersebut iaitu bot yang saya kendali. Kemudiannya apa lagi yang berlaku? Masa sampai di dalam Kuala Kedah bertentang dengan Marina saya memberitahu kepada Aslam menyatakan drone, tapi tak tahu drone siapa dan Aslam beritahu tidak mengapa dan menyatakan ini adalah projek SB seterusnya apabila melewati Jambatan Tok Pasal Kuala Kedah saya melihat ada orang menyuluh dengan lampu torchlight dan apabila saya teruskan melewati pejabat Maritim Kuala Kedah saya melihat ada anggota turun daripada Jeti ke dalam bot Jabatan APMM. Aslam mengarahkan saya teruskan perjalanan tetapi bot Jabatan APMM mengarahkan saya berhenti dan apabila mereka merapati bot yang saya kendali Aslam memberitahu bercakap dengan nada yang deras kepada pegawai APMM menyatakan jangan ganggu ini projek SB Bukit Aman. Lepas itu saya diarahkan oleh Pegawai APMM untuk kembali ke Jeti APMM Kuala Kedah untuk tujuan pemeriksaan. Apabila sampai di Jeti APMM Kuala Kedah pegawai APMM menyuruh saya matikan enjin selepas matikan enjin saya melihat Razin dan Aslam sedang bercakap dengan Pegawai APMM Kuala Kedah kemudian mereka memberitahu sebentar lagi Tuan Faizal akan sampai. Saya hanya melihat Tuan Faizal bercakap dengan pegawai APMM lepas itu Tuan Faizal tidak datang lagi. Tuan Faizal hanya datang seorang diri. … Merujuk kepada jawapan kamu, kamu telah diberitahu oleh pegawai APMM maksudnya kamu diberitahu sebelum bot berkenaan ditahan ataupun bagaimana? Sebelum bot ditahan, sebelum pergerakkan saya menyalurkan maklumat berkenaan PATI ini kepada pegawai Risik Maritim Kedah/Perlis. … Kita patah balik sebelum kamu berceritakan berkenaan dengan bot merapat di Jeti boleh jelaskan kepada Mahkamah apakah yang berlaku ketika di atas bot sebelum bot diarah merapat ke Jeti? Sebelum merapat di Jeti, Aslam menyuruh saya meneruskan perjalanan ke Ampang Jajar iaitu Tongkang Yard orang panggil. Jadi saya diarah oleh pegawai APMM untuk kembali ke Jeti APMM Kuala Kedah dan saya mengikut arahan pegawai tersebut dan saya memusing di dalam sungai tersebut untuk kembali ke Jeti APMM Kuala Kedah Seterusnya bot berpusing saya terus merapat di Jeti APMM Kuala Kedah. … PB OKT1: Application to be heard in camera under seksyen 14 SOSMA untuk enquiry. After conducting the enquiry, court inform prosecution. From the evidence so far, this witness has stated what tanspired between him and all accusation. This witness has also transpired his involvement as pemandu bot. This all his evidence. Without looking at this witness everybody would have known, where his own testimony he has disclose his identity. His own evidence. If case to go on in such a manner. Dalam perkara ini saksi telah didaftarkan dalam perlindungan saksi di mana Akta Perlindungan Saksi jika mana-mana saksi yang telah didaftarkan dan perlu hadiri prosiding di mahkamah, maka prosiding dijalankan secara tertutup dan diselindungkan identiti peserta. Saksi adalah terikat dan pihak-pihak tiada pilihan lain untuk mendengar sebagaimana prosiding dijalankan hari ini. Jika kita langgar peruntukan seksyen 20 menjadi satu kesalahan. PB OKT2: Mahkamah Rayuan nyatakan bahawa jika identitinya didedahkan tiada keperluan untuk disembunyikan boleh dibuat secara biasa dan penggunaan seksyen 265A juga tidak terpakai kepada saksi ini. Dalam perkara ini saksi telah didaftarkan dalam perlindungan saksi di mana Akta Perlindungan Saksi jika mana-mana saksi yang telah didaftarkan dan perlu hadiri prosiding di mahkamah, maka prosiding dijalankan secara tertutup dan diselindungkan identiti peserta. Saksi adalah terikat dan pihak-pihak tiada pilihan lain untuk mendengar sebagaimana prosiding dijalankan hari ini. Jika kita langgar peruntukan seksyen 20 menjadi satu kesalahan. PB OKT2: Mahkamah Rayuan nyatakan bahawa jika identitinya didedahkan tiada keperluan untuk disembunyikan boleh dibuat secara biasa dan penggunaan seksyen 265A juga tidak terpakai kepada saksi ini. Berkenaan manner telah diputuskan dalam enquiry yang telah dijalankan sebelum ini. Selepas eic diberikan pihak pendakwaan mengujahkan bahawa adalah tidak sesuai tukar prosiding di mana saksi ini telah pun diperintahkan untuk memberi keterangan secara tertutup. PB OKT1: Mengikut seksyen 20 Witness Protection Act 2009 identiti saksi ini bukan menjadi isu berdasarkan keterangan saksi ini sendiri. PB menyatakan sebentar tadi ada video yang mana saksi ini akan ada dalam video yang akan dimainka. Apa yang cuba dilakukan adalah mencabar keputusan enquiry yang telah dibenarkan. Oleh itu mohon prosiding dikekalkan sebagaimana yang telah diputuskan dalam enquiry sebelum ini. Mahk: Akan buat keputusan ini tomorrow morning. Sambung bicara akan Tangguh pada pagi esok pukul 10.00 Pagi. DALAM MAHKAMAH TERBUKA BERTARIKH :
30
30.07.2024 DI HADAPAN :
9
PESURUHJAYA KEHAKIMAN 53 Pagi Mahkamah : Keputusan ekoran bantahan oleh PB berhubung keterangan saksi terlindung secara tertutup. Mahkamah telah meneliti bantahan yang dikemukakan dan berpendapat bahawa seksyen 14 SOSMA adalah permohonan tentang cara saksi terlindung tersebut memberikan keterangan. la perlulah dibaca bersama dengan peruntukan seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi yang mana permohonan perbicaraan secara tertutup telah dibuat oleh pihak pendakwaan. Dan berdasarkan seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi, perbicaraan secara tertutup dengan identiti saksi dilindungan hanya terpakai dalam keadaan di mana identiti menjadi isu atau mungkin didedahkan. Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan semalam Mahkamah berpendapat bahawa identiti saksi terlindung tersebut telahpun diketahui atau didedahkan oleh soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sendiri apabila dikemukakan fakta bahawa beliau adalah pihak yang mengemudi bot terbabit. Dalam hal ini Mahkamah berpendapat bahawa, tiada lagi keperluan untuk suatu perintah di bawah seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi dan seksyen 14 SOSMA dikekalkan. Ini berasaskan kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam Yong Choo Kiong lawan Public Prosecutor [2024] MLJU 653 yang telah memutuskan seperti berikut: “Moreover, and crucially, her identity was already known to the appellant. As such, there was no basis for a protection order on the ground that the identity of the victim needed to remain anonymous in order to be protected from disclosure for her safety.” Juga berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan pada 29.7.2024, Mahkamah ini mendapati bahawa peranan saksi terlindung tersebut adalah sebagai seorang Agent Provocateur di mana prinsip undang-undang adalah jelas bahawa seorang Agent Provocateur hendaklah memberi keterangan di Mahkamah bagi tujuan perbicaraan. Dalam hal ini, Mahkamah memerintahkan agar saksi terlindung tersebut memberikan keterangan di dalam perbicaraan ini sebagai seorang saksi biasa di dalam Mahkamah dan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini berkenaan cara keterangan saksi terlindung tersebut dirakam adalah dibatalkan. Namun begitu, having regard to the sensitivity of this case, Mahkamah ini memerintahkan agar perbicaraan dijalankan tanpa kehadiran public gallery. Dan bahawa sebarang maklumat berkenaan saksi terlindung tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua bentuk sekalipun, melainkan dengan suatu proses undang-undang. Mahk: Tangguh sebentar.” (Penekanan ditambah) [42] Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana di dalam penghakimannya di Kandungan 9 Rekod Rayuan Jilid 1 perenggan [40] & [41] telah membuat dapatannya untuk mendedahkan identiti PW1 dengan menyatakan seperti yang berikut: “[40] Hanya pada 29.7.2024, setelah keterangan PW1 mula diberikan, barulah didapati dengan jelas peranan serta keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan melalui PW1. Secara umumnya, keterangan PW1 dalam pemeriksaan utama beliau telah menerangkan bahawa PW1 adalah pihak yang dihubungi oleh OKT Aslam untuk membawa bot ke sebuah tempat di tengah lautan dipanggil Tukun Perak pada 22.5.2022 jam 11 pagi, bahawa PW1 adalah orang yang mengemudi BNT tersebut bersama-sama dengan OKT Razin, OKT Aslam, OKT Anas dan OKT Ibrahim, bahawa PW1 adalah orang yang telah pergi bersama-sama OKT Aslam dan OKT Ibrahim untuk membuat pembelian barangan makanan dan minuman di Lotus, Mergong, dan bahawa PW1 telah membuat perbincangan dengan OKT Faizal di kedai Haji Ghani di Jeti Kuala Perlis berkenaan kos minyak dari Kuala Kedah ke Tukun Perak. Berdasarkan pemerhatian Mahkamah ini, semua soalan soalan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dalam keterangan utama serta jawapan yang diberikan oleh PW1 sendiri telah dengan sendirinya mendedahkan identiti PW1 iaitu sebagai pengemudi BNT yang ditahan oleh APMM pada malam kejadian. [41] Pihak Pembelaan dalam hujahan mereka menegaskan bahawa berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pendakwaan sendiri dan jawapan yang diberikan oleh PW1 kepada soalan-soalan tersebut, identiti PW1 telah boleh dikenalpasti dengan jelas. Dalam hal ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pembelaan dan berpendapat bahawa identiti PW1 telah didedahkan sendiri oleh pihak Pendakwaan dalam pemeriksaan utama mereka.” [43] Berdasarkan kepada perincian di atas, pada hemat kami, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah terkhilaf didalam keputusannya apabila telah “revisit” keputusan inkuiri yang telah diputuskannya pada 20 Februari 2024 (membenarkan saksi terlindung PW1 memberikan keterangan secara khas di bawah seksyen 14(2A) Akta SOSMA) dengan alasan bahawa jawapan yang diberikan oleh PW1 semasa pemeriksaan utama telah membolehkan identiti PW1 dikenalpasti sedangkan keterangan yang dibuktikan adalah di sebaliknya. [44] Sewajarnya ditekankan bahawa pada hakikatnya tiada pendedahan tentang identiti PW1 telah berlaku kerana tiada nama, alamat atau butiran lain tentang PW1 didedahkan di Mahkamah Tinggi kecuali setakat dinyatakan peranannya sebagai pengendali bot atau agen “provocateur”. Jika sekali pun butiran mengenai peranan yang dimainkan oleh PW1 berada didalam pengetahuan responden-responden, namun ini tidak menwajarkan identiti saksi ini didedahkan secara fizikal di mahkamah terbuka meski pun tanpa kehadiran orang awam. Pendedahan identiti PW1 secara terbuka ini membolehkan responden-responden yang berada di dalam mahkamah dapat mengenalpasti dengan sahih identiti saksi terlindung ini. Pendedahan ini amat bertentangan dengan semangat dan kehendak peruntukan seksyen 15(1) dan seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi 2009. [45] Tambahan lagi, keterangan PW1 masih lagi berada di peringkat pemeriksaan utama dan ternyata terlalu awal untuk mahkamah membuat keputusan sedemikian tanpa mendengar dan menilai keterangannya secara keseluruhan. [46] Pesuruhjaya Kehakiman di dalam alasan penghakimannya di dalam membenarkan pendedahan ini berpaut kepada keputusan minoriti di dalam kes Yong Choo Kiong v. Public Prosecutor [2024] 5 CLJ 69 di mana SM Komathy Suppiah HMR (beliau pada ketika itu) melalui penghakiman bertentangan memutuskan seperti yang berikut: “[67] It is clear from the foregoing passages that s. 265A was introduced to give the court the discretionary power to permit witnesses to give evidence anonymously in order to conceal their identities for their safety where this is considered necessary in the interests of justice especially in cases involving organized crime. An accused person in a criminal trial is entitled to confront his accuser in order that he may cross-examine them and challenge their evidence. Being able to see the face of a witness is the most important factor in cross-examination. As such, in my view, this discretion ought to be very sparingly exercised and with great caution to ensure that a fair hearing is achieved. It follows that a protection order ought to be made only where the preconditions set out in s. 265A have been met. A protection order in favour of an undercover agent would be appropriate as this may be necessary for his own and his family’s protection and others because of genuine fear on the part of the witness of retaliation by or on behalf of the accused. [68] The preconditions under s. 265A that must be met before the jurisdiction to make a witness protection or anonymity order arises are;
a
that the order is necessary to protect the safety of the witness; and
b
and is necessary to make the order in the interests of justice by reason of the fact that it appears to the court that (a) it is important that the witness should testify, and (b) and the witness’s refusal to give evidence is based on a genuine fear and the witness would not testify if the order were not made. [69] In my judgment, that the mere fact a witness refuses to testify and is reluctant to have his identity disclosed in the proceedings are ipso facto not sufficient to make this order. There must be credible evidence that shows that the witness’s refusal to give evidence is based on a well-founded, real and a genuine fear which justifies the identity of the victim to be protected from disclosure to protect his or her safety. [70] Coming back to the instant case, I am not persuaded that a clear case of necessity was made out. There is no evidence that the victim had reason to fear that her safety was in jeopardy, since she was at the material time in the care and protective custody of the Indonesian Embassy. Neither was there any evidence adduced that the appellant or someone on his behalf had threatened or approached her in any way. Moreover, and crucially, her identity was already known to the appellant. As such, there was no basis for a protection order on the ground that the identity of the victim needed to remain anonymous in order to be protected from disclosure for her safety.” (Penekanan ditambah) [47] Dengan penuh hormat, penghakiman bertentangan yang dirujuk dan digunapakai oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang. [48] Ini jelas yang diputuskan di dalam kes Yong Tshu Khin & Anor v. Dahan Cipta Sdn Bhd & Anor And Other Applications [2021] 1 CLJ 631, di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampikan oleh YAA Tengku Maimun Tuan Mat KHN memutuskan seperti yang berikut: “[57] It is trite law that dissenting judgments have no force of law. See for example a comment by the United States' Supreme Court in United States R Retirement Bd v. Fritz (1980) 449 US 166, at footnote 10, per Rehnquist J: The comments in the dissenting opinion.... are just that: comments in a dissenting opinion... [58] Here, the rule has statutory recognition by virtue of ss. 74 and 77 of the CJA 1964. Section 74 requires that all proceedings of the Federal Court shall be disposed of by three judges or such greater uneven number of judges while s. 77 stipulates that the said proceedings shall be determined in accordance with the majority opinion of the judges composing the court. It therefore stands to reason that legally speaking, minority judgments do not have any force of law as between the parties in that suit. Nevertheless, they play an important role in subsequent cases in the development of the law (see generally, Tan Sri Richard Malanjum, 'The 17th Ahmad Ibrahim Memorial Lecture - The Role of Dissenting Judgments ' (19 October 2018); and Additional District Magistrate, Jabalpur vs. S. S. Shukla Etc. (1976) AIR 1207, per Khanna J at p. 1277) … [60] The logical conclusion from this is that Parliament had intended that the validity of the proceedings cannot be left to the choice of mutual consent by parties. In this sense, the legislative intent for amending s. 78 of the CJA 1964 but retaining s. 78(2) was to merely restate the rule in s. 77, that is to say, so long as there is a decision from the ‘majority of the judges composing the court’, there is a valid and enforceable decision. The critical difference between ss. 77 and 78 of the CJA 1964 is that the former employs the narrower phrase ‘majority of the judges composing the court’ while the latter section drops the words ‘composing the court’. Thus, even if the minority opinion adopts the judgment of a person who no longer composes the court, the majority judgment remains valid if it is delivered by the majority of the remaining judges not being less than two.” (Penekanan ditambah) [49] Pesuruhjaya Kehakiman telah terkhilaf apabila tidak bersandarkan perintah terkemudiannya kepada keputusan majoriti di dalam kes Yong Choo Kiong (supra) tersebut di mana Azman Abdullah HMR di dalam menyampaikan penghakimannya menyatakan seperti yang berikut: “[17] It was the submission of the appellant that the appellant’s right to a fair trial has been compromised due to the misdirection committed by the learned trial judge in invoking s. 265A of the CPC to allow SP15 and SP16 to give their evidence anonymously. It was argued that there is completely no necessity for s. 265A of the CPC to be invoked in the instant case to enable SP15 and SP16 to give their evidence in anonymity. In consequence of the wrongful invocation of s. 265A of the CPC for SP15 and SP16, the appellant’s right to effectively cross-examine SP15 and SP16 had been unjustly diminished and/or hampered as neither himself nor his counsel has been able to form a complete observation of their demeanour in order to assess their credibility while they were giving evidence … [19] We have considered this matter and we are of the view that the invocation of s. 265A of the CPC is the discretionary power of the learned trial judge. It is true that a witness’s demeanour is important in assessing his or her credibility as decided in the case of Shahrullah Abdul Rakeb v. PP [2011] CLJU 1721; [2011] 1 LNS 1721; [2012] 4 MLJ 592 (which was cited by the appellant). But we have to remember, it is the duty of the court to evaluate on the credibility of the witness and not upon litigant. Therefore, for this appeal, we find that the learned trial judge is not erred when he invoked s. 265A of the CPC for SP15 and SP16.” [50] Seharusnya dinyatakan bahawa di bawah seksyen 3 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) mendefinisikan “saksi yang dilindungi” ertinya seorang saksi yang pendedahannya akan menjejaskan pengumpulan keterangan atau risikan atau membahayakan nyawa dan keselamatan dirinya. [51] Selanjutnya, kami ingin menarik perhatian berkenaan niat Parlimen dalam menggubal Akta Perlindungan Saksi 2009 dan tujuan Program Perlindungan Saksi diwujudkan: "Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 23 Mac 2009 di m/s 33 Tuan Yang di-Pertua, undang-undang khas mengenai perlindungan saksi perlu diwujudkan di negara ini sebagai langkah persediaan menangani gejala ugutan dan ancaman yang keterlaluan kepada saksi penting dalam sesuatu kes jenayah berat. Ini berdasarkan kepada maklumat dan laporan bahawa telah wujud unsur ugutan dan ancaman terhadap saksi terutamanya di dalam kes jenayah terancang. Rang undang-undang ini adalah perlu memandangkan ia boleh membantu pelancaran proses pengadilan yang dijalankan di mahkamah. la juga memperlihatkan Malaysia sebagai negara yang menitik beratkan aspek perlindungan terhadap saksi-saksi utama yang bersedia untuk tampil memberikan keterangan di mahkamah." [52] Berpandukan petikan di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa Parlimen berniat untuk menjadikan Akta Perlindungan Saksi 2009 ini sebagai jaminan kepada saksi-saksi bahawa mereka akan dilindungi oleh undang-undang dan memastikan keterangan yang diberikan oleh mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang kebimbangan ancaman atau bahaya terhadap nyawa dan keselamatan diri mereka. [53] Justeru itu, perintah mahkamah mengarahkan PW1 memberikan keterangannya di mahkamah secara terbuka bukan sahaja berlawanan dengan hasrat murni Parlimen untuk melindungi saksi-saksi sebegini daripada pendedahan tetapi secara langsung telah menjejaskan matlamat sebenar Program Perlindungan Saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 diwujudkan yang bertujuan untuk memberi jaminan keselamatan kepada saksi-saksi yang memerlukan perlindungan dari segi ancaman bahaya dan juga perlindungan maklumat dan identiti mereka daripada diketahui umum. Keyakinan masyarakat terhadap Program Perlindungan Saksi ini pasti akan terhakis jika identiti saksi-saksi yang sepatutnya dilindungi dengan ketat boleh pada bila-bila masa sahaja didedahkan tanpa batasan undang-undang. Kesimpulan [54] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, kami sebulat suara memerintah seperti yang berikut:
i
Rayuan pendakwa raya bertarikh 12 Ogos 2024 agar PW1 memberikan keterangannya dengan cara khas dibenarkan;
II
(ii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 30 Julai 2024 supaya PW1 memberikan keterangannya di mahkamah terbuka diketepikan; dan
III
(iii) Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 20 Februari 2024 supaya PW1 memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi secara khas dan tertutup dikekalkan. [55] Akhir sekali, rayuan pendakwa raya bertarikh 29 Oktober 2024 terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwa raya bagi menjalankan inkuiri kedua terhadap PW1 dibatalkan, setelah timbalan pendakwa raya memohon kepada kami untuk menarik balik rayuan tersebut. Tarikh: 4 Jul 2025 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Perayu : 1. Dato' Yusaini Amer bin Abdul Karim. : 2. Iznina Hanim binti Hashim. : 3. Najwa binti Bistamam. [Timbalan Pendakwa Raya] Bagi Responden Pertama : 1. Ravishankar a/l S N Gandhi.
2
Muhammad Nizam Adzha bin Zaidi. [R. Shankar Gandhi & Assoc.] Bagi Responden Kedua : 1. Nur A'minahtul Mardiah binti Md. Nor
2
Tun Laila binti Tun Rafaee [Chambers of Aminahtul Mardiah]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.