Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: K-05(LB)-441-10/2023 ANTARA PENDAKWARAYA … PERAYU
K-05(LB)-441-10/2023
Court of Appeal of Malaysia30 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ve the ingredients of possession, knowledge and trafficking as a separate exercise. In such a case, the ingredient for trafficking is founded on the definition of "trafficking" under section 2 of the Dangerous Drugs Act 1952 in a "sale" or 'negotiated sale" between the agent provocateur and the accused. See: Public Pro”
“offence the agent provocateur suggested. [11] The evidence of an agent provocateur is however not that of an accomplice's and as such requires no corroboration (see Teja Singh & Mohamed Nasir v. PP [1949] CLJU 96; [1949] 1 LNS 96; also Goh Lai Wak v. PP [1994] 1 SLR 748). In that case, Spencer Wilkinson J makes the fol”
“san daripada pertuduhan, Mahkamah tidak semestinya meyakini kebenaran versi pembelaan tetapi juga memadai untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kebersalahan seseorang tertuduh (Mat v. PP [1963] MLJ 263).”
“41. Dalam kes PP v. Manoharan a/l Ratnasamy [1988] CLJU 225, KC Vohrah H menyatakan bahawa bagi kes pengedaran dadah secara terus yang melibatkan penjualan dadah kepada agent provocateur (AP), tiada anggapan statutori yang boleh digunakan. S/N Gwyo8EnZEkatjf”
“50. Mengenai kegagalan mengemukakan rekod panggilan telefon ini, di dalam kes Idris bin Hairun v. PP [2009] CLJU 660; [2009] 1 LNS 660, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut: “It is a consistent testimony that there was a prior arrangement between SP6 and the appellant for the delivery of the offending d”
“tuduhan. Pendakwaan bergantung kepada pengedaran secara terus di bawah s. 2 Akta itu. Saya merujuk penghakiman YA Ahmad Shahrir Mohd Salleh H dalam kes PP v. Muralikrishna Nokiah & Ors & Another case [2022] CLJU 219 ada menyatakan seperti berikut: [41] It is well-established that where the case for the prosecution rest”
“42. Seterusnya dalam kes Avindrahkumar Asok Kumar lwn. PP [2025] CLJU 3107, Azmi Ariffin, HMR memutuskan sebagaimana berikut: “[72] Sebagai rumusan, kami bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana bila beliau di dalam dapatannya mengatak”
“40. Memetik penghakiman Mahkamah ini dalam kes Muralikrishna Nokiah v. PP & Other Appeals [2026] CLJU 610, Noorin Badaruddin, HMR telah memutuskan sebagaimana berikut: “[39] As rightly found by the learned High Court Judge, the prosecution’s case against the 1st accused was founded on a negotiated sale”
“Ahmad v. PP [2014] 7 CLJ 1025 CA; [2014] 3 MLJ 405; [2013] S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 MLRAU 423; [2014] AMEJ 0233, the Court of Appeal held, inter alia, as follows:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: K-05(LB)-441-10/2023 ANTARA PENDAKWARAYA … PERAYU
1
AZMAN BIN ABDUL HAMID [NO. K/P: 700708-07-5313]
2
SHAHRIL BIN AHMAD [NO. K/P: 790202-07-5545]
3
SAIFOL BIN AHMAD [NO. K/P: 750725-07-5695] … RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi (2) Alor Setar
1
Azman Bin Abdul Hamid
2
Shahril Bin Ahmad
3
Saifol Bin Ahmad S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg KORAM: AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AHMAD FAIRUZ BIN ZAINOL ABIDIN, HMR HAYATUL AKMAL BINTI ABDUL AZIZ, HMR ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Responden Pertama (Responden 1), Responden Kedua (Responden 2) dan Responden Ketiga (Responden 3) telah dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar Kedah menurut dua pertuduhan, sebagaimana berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 2 April 2017, jam lebih kurang 7.30 petang, di hadapan Terminal Feri, Jeti Kuala Kedah, dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah didapati mengedar dadah berbahaya seberat 23.4 gram (20.3 gram Heroin dan 3.1 gram Monoacetylmorphines). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 2 April 2017, jam lebih kurang 7.30 petang, di hadapan Terminal Feri, Jeti Kuala Kedah, dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 34.9 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
2
Responden 1, 2 dan 3 telah dibicarakan atas pertuduhan-pertuduhan di atas dan telah dipanggil membela diri. Selepas mendengar kes pembelaan, YA Hakim Mahkamah Tinggi (YA HMT) telah melepaskan dan membebaskan Responden 1, 2 dan 3 daripada kedua-dua pertuduhan di atas.
3
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan perintah lepas dan bebas oleh YA HMT tersebut telah merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan ini.
4
Mahkamah Rayuan ini, pada 30.09.2025, setelah meneliti Rekod-rekod rayuan, mendengar hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak telah memutuskan untuk membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Responden 1, di mana Mahkamah ini mendapati Responden 1 bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan menurut Seksyen 12(2) Akta Dadah S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg Berbahaya 1952 (“ADB”) dan boleh dihukum menurut Seksyen 39A(2) ADB. Lanjutan itu, Responden 1 dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh lima (5) tahun dari bermula hari keputusan Mahkamah ini (30.09.2026).
5
Selanjutnya, Mahkamah ini telah menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap Responden 3 dan mengekalkan perintah lepas dan bebas oleh YA HMT.
6
Berhubung Responden 2 pula, rayuan terhadap Responden 2 telah dibatalkan sebelum rayuan ini didengar, selepas Responden 2 tidak dapat dikesan.
7
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati terhadap sabitan Mahkamah ini terhadap Responden 1 (pertuduhan menurut Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum menurut Seksyen 39A(2) ADB) dan keputusan Mahkamah ini yang telah mengekalkan perintah lepas dan bebas terhadap Responden 3 kini telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan. B.
8
Fakta kes pendakwaan, sebagaimana yang dinyatakan oleh YA HMT di dalam alasan penghakiman beliau adalah seperti berikut:
a
Pengadu merupakan seorang Pegawai Kanan Polis iaitu ASP Faroukh Fasha bin Basharudin (SP6) dari Bahagian
b
Pada 02.04.2017 jam lebih kurang 10.00 pagi, SP6 bersama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar telah memberi taklimat berkaitan maklumat dadah yang disalurkan melalui sumber berdaftar telah melantik SP3 sebagai Agent Provocateur (AP) di dalam tugasan ini.
c
Pada 02.04.2017, jam lebih kurang 2.00 petang, SP3 bersama Sumber tersebut telah keluar ke kawasan Sungai Petani dengan menaiki kereta Perodua Myvi. Manakala, SP6 bersama D/kpl Zulkifli dan L/Kpl Hafiz menaiki kereta pasukan yang tidak berlambang mengekori kereta yang dinaiki SP3 untuk membuat pemerhatian.
d
Semasa dalam perjalanan tersebut, Sumber telah membuat panggilan telefon dan memberitahu SP3 bahawa penama “Man” akan menunggu di hadapan Pasaraya Parkson Sungai Petani. telah memaklumkan perkara tersebut kepada SP6 melalui walkie talkie.
e
Apabila SP3 dan Sumber telah sampai ke Pasaraya Parkson Sungai Petani pada jam lebih kurang 3 petang, Sumber telah berjumpa seorang lelaki di hadapan Pasaraya Parkson dan telah memperkenalkan lelaki tersebut sebagai Man kepada telah memperkenalkan dirinya sebagai “Apit” kepada Man. Man S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg dicamkan oleh SP3 sebagai Tertuduh 1 di Mahkamah. SP3 telah membuat transaksi tawar-menawar dengan Tertuduh 1 bagi bahan “panas” (Heroin) dan “sejuk” (Methamphetamine). Tertuduh 1 telah menawarkan SP3 harga bagi satu pound “panas” sebanyak RM6,000.00 dan bagi 500 gram “sejuk” pula sebanyak RM4,300.00. SP3 telah mendapatkan nombor telefon Tertuduh 1 iaitu 017- 5381548 dan beredar bersama Sumber untuk balik ke IPK Kuala Kedah. Kejadian ini telah disaksikan oleh SP6 dan pasukannya yang telah memantau penugasan tersebut.
f
Pada jam lebih kurang 5.30 petang, atas arahan SP6, SP3 telah menghubungi Tertuduh 1 dan membuat pesanan bekalan dadah Heroin sebanyak 1 paun dan Methamphetamine sebanyak 50 gram. SP3 juga telah memohon Tertuduh 1 untuk membekalkan pesanan tersebut pada hari itu kerana dia akan menaiki feri pulang ke Langkawi pada jam 7.00 malam. Berdasarkan SP3, Tertuduh 1 telah setuju untuk membekalkan pesanan tersebut di terminal jeti Kuala Kedah bagi jumlah harga RM10,300.00. Tertuduh 1 juga telah maklumkan bahawa SP3 boleh berjumpa dengan “tauke” di terminal jeti Kuala Kedah nanti.
g
Susulan panggilan tersebut, SP6 telah mengadakan taklimat berhubung keselamatan dan perancangan pelaksanaan operasi yang akan dijalankan serta telah menyerahkan beg berisi duit bagi transaksi jual beli dadah tersebut. SP6 telah mengarahkan SP3 untuk membuka S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg topi yang dipakai oleh SP3 apabila bekalan dadah disahkan oleh SP3.
h
Pada jam lebih kurang 6.30 petang, SP3 telah menaiki kereta Myvi putih tersebut dan telah sampai ke terminal feri Kuala Kedah pada jam lebih kurang 7.00 malam, manakala SP6 bersama pasukan serbuan telah menaiki kereta pasukan dan menuju ke tempat yang sama. Seterusnya SP3 dimaklumkan oleh Tertuduh 1 melalui perbualan telefon bahawa Tertuduh 1 ada bersama “tauke” dan sudah hampir sampai. Tertuduh 1 juga telah memaklumkan SP3 bahawa “tauke” hendak berjumpa
i
Pada jam lebih kurang 7.15 malam, SP3 telah melihat sebuah kereta jenis Nissan X-trail berhenti di tepi jalan hadapan terminal feri berhampiran parking teksi. Tertuduh turun daripada bahagian penumpang kereta Nissan X-trail tersebut bersama seorang lagi lelaki yang dicamkan oleh SP3 sebagai Tertuduh 2. Tertuduh 1 telah berjumpa SP3 dan meminta untuk menunjukkan duit bagi urusan jual beli bekalan dadah tersebut. Apabila Tertuduh 1 melihat duit dalam beg yang dipegang oleh SP3, telah beredar semula ke kereta Nissan X-trail tersebut. Pada masa yang sama, Tertuduh 2 telah berjalan ke arah SP3 sambil memegang beg plastik hitam. Tertuduh 2 telah menunjukkan SP3 kandungan beg plastik hitam tersebut yang berisi dadah disyaki jenis Heroin dan Methamphetamine. SP6 dan pasukannya telah S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg menyaksikan kejadian ini dari dalam kereta yang diparkir di sekitar kawasan terminal feri Kuala Kedah.
j
Seterusnya, SP3 telah membuka topi yang dipakai sebagai isyarat untuk SP6 untuk membuat serbuan. Apabila Tertuduh 2 menyedari kehadiran polis, Tertuduh 2 cuba untuk melarikan diri. SP6 dan pasukan telah menjalankan tangkapan terhadap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 serta pemandu kereta Nissan X-trail tersebut yang dicamkan sebagai Tertuduh 3.
k
Pemeriksaan SP6 terhadap beg plastik yang dipegang oleh Tertuduh 2 telah menjumpai 1 peket plastik berisi dadah disyaki Heroin anggaran berat 466 gram dan 1 peket plastik berisi bahan disyaki Methamphetamine anggaran berat 51.30 gram.
l
Barang kes disyaki dadah telah dikemukakan kepada Ahli Kimia (SP2) untuk analisis dan telah disahkan sebagai Heroin (20.3gram) dan Monoacetylmorphines (3.1gram) serta Methamphetamine (34.9 gram).
9
Di akhir kes pendakwaan, setelah meneliti semua ekshibit, keterangan saksi-saksi pendakwaan serta hujahan daripada kedua belah pihak, YA HMT telah mencapai keputusan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Responden 1, 2 dan 3 dan ketiga-tiga mereka telah dipanggil untuk membela diri sebagaimana pertuduhan-pertuduhan. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg C.
10
Pembelaan yang dikemukakan oleh Responden 1, 2 dan 3 adalah melalui keterangan Responden 1, 2 dan 3 sahaja dan tiada saksi lain dikemukakan. Pembelaan Responden 1, 2 dan 3 adalah penafian semata-mata (“bare denial”) dan tanpa sebarang keterangan bebas yang menyokong versi mereka.
11
Pembelaan Responden 1 secara ringkasnya adalah seperti berikut:
i
Responden 1 menyatakan bahawa 2 minggu sebelum kejadian, seorang lelaki bernama “Jeff” yang menghubunginya dan memberitahu ada peluang pekerjaan yang ingin ditawarkan kepada Responden 1 di Langkawi dan Responden 1 bersetuju untuk menerima tawaran pekerjaan tersebut;
II
(ii) Responden 1 menyatakan bahawa Jeff merupakan rakan Responden 1 di mana dia mengenali Jeff di penjara Langkawi;
III
(iii) Selanjutnya, seminggu sebelum kejadian, Responden 1 telah menelefon Responden 2 untuk mengajaknya untuk bekerja bersamanya di Langkawi dan Responden 2 bersetuju;
IV
(iv) Pada malam sebelum kejadian, Responden 1 telah menghubungi Responden 2 untuk bertanyakan berkenaan kenderaan yang mereka ingin naiki ke jeti. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg Responden 2 menyatakan dia akan meminta pertolongan Responden 3 untuk menghantarnya ke jeti Kuala Kedah;
v
Pada 02.04.2017 jam lebih kurang 3.00 sehingga 4.00 petang, Responden 3 telah menjemput Responden 1 di rumah dan selanjutnya menjemput Responden 2;
VI
(vi) Semasa dalam perjalanan, Responden 1 ada menghubungi Jeff untuk bertanya tempat berjumpa dan Jeff menjawab di Jeti Kuala Kedah;
VII
(vii) Di dalam perjalanan, mereka bertiga berhenti makan di sebuah warung tepi jalan di sekitar kawasan Alor Setar;
VIII
(viii) Lebih kurang jam 6.30 petang, Jeff menghubungi Responden 1 untuk berjumpa di Jeti Kuala Kedah. Mereka bertiga bertolak dan sampai di Jeti Kuala Kedah lebih kurang 7.00 petang;
IX
(ix) Selepas sampai, Responden 1 turun dari kereta diikuti oleh Responden 2. Pada masa yang sama, Responden 1 mendengar telefon bimbitnya berbunyi dan Responden 1 melihat Jeff melambaikan tangan ke arah Responden 1 sambil sedang bercakap telefon dengan Jeff. Pada masa tersebut Jeff berada di depan pintu masuk Jeti Kuala Kedah;
x
Semasa sedang berbual dengan Jeff di hadapan pintu masuk, ada sekumpulan lelaki datang menyerbu ke arah Responden 1 dan Responden 2 dan Jeff sempat melarikan diri kerana dikatakan Jeff tahu selok-belok dalam kawasan tersebut;
XI
(xi) Responden 1 menyatakan bahawa telefon bimbitnya dirampas semasa tangkapan tersebut dibuat; dan S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg
XII
(xii) Responden 1 menyatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan SP3 dan tidak mengenali SP3 sebelum ini.
12
Pembelaan Responden 2 pula secara ringkasnya adalah seperti berikut:
i
Responden 2 memberikan keterangan bahawa Responden 1 ada menghubunginya menyatakan bahawa rakannya ada menawarkan peluang pekerjaan di Langkawi dan Responden 2 bersetuju;
II
(ii) Seminggu sebelum kejadian, Responden 1 ada menelefon Responden 2 untuk mengajak Responden 2 ke Langkawi pada 02.04.2017. Responden 2 kemudiannya telah menghubungi Responden 3 iaitu abangnya untuk meminta pertolongan untuk menghantarnya ke Langkawi bersama-sama Responden 1 dan Responden 3 bersetuju;
III
(iii) Pada hari kejadian, Responden 3 telah mengambil Responden 1 dan Responden 2 di rumah pada jam lebih kurang 3.30 petang. Semasa masuk ke dalam kereta Responden 3, Responden 2 tidak membawa apa-apa barang salah dan dadah;
IV
(iv) Mereka kemudiannya telah bertolak ke Jeti Kuala Kedah. Semasa di Alor Setar, mereka telah berhenti di makan di kawasan Alor Setar kerana lapar. Kemudiannya mereka telah bertolak semula ke Jeti Kuala Kedah; S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg
v
Mereka tiba di Jeti Kuala Kedah pada jam lebih kurang 7.00 petang. Setibanya di sana, Responden 1 telah keluar dari kenderaan terlebih dahulu dan diikuti oleh Responden 2. Responden 1 telah berjumpa dengan seorang lelaki Melayu yang berusia dalam linkungan 50-an, berkulit gelap, berambut kerinting dan berbadan sedap;
VI
(vi) Semasa Responden 1 berbual dengan lelaki tersebut, Responden 2 lihat sekumpulan lelaki berpakaian biasa telah berlari ke arah Responden 1 seperti sekumpulan samseng ingin bergaduh. Responden 2 berasa terkejut dengan tindakan tersebut. Responden 2 tidak pernah memegang plastik berwarna hitam yang dikatakan mengandungi dadah;
VII
(vii) Responden 2 juga melihat lelaki yang berbual dengan Responden 1 telah berlari terlebih dahulu meninggalkan tempat tersebut;
VIII
(viii) Berlaku pergelutan antara Responden 2 dan sekumpulan lelaki tersebut yang mana Responden 2 dikatakan telah dipukul dengan teruk, dipijak sampai berak serta diacukan pistol di kepala;
IX
(ix) Mereka semua kemudiannya telah dibawa ke IPK Kedah tanpa diberi penjelasan berkenaan sebab mereka ditahan. Pada keesokan harinya, Responden 2 diberitahu oleh Pegawai Penyiasat bahawa mereka ditahan atas kesalahan memiliki dadah;
x
Responden 2 menyatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan SP3 yang dikatakan sebagai Agent Provocateur; dan
XI
(xi) Responden 2 juga menafikan keseluruhan keterangan SP3 dan menyatakan tidak pernah mengendalikan dadah yang dirampas.
13
Pembelaan Responden 3 pula secara ringkasnya adalah seperti berikut:
i
Responden 3 memberikan keterangan bahawa beberapa hari sebelum kejadian, Responden 2 telah menelefon Responden 3 untuk meminta bantuannya untuk menghantarnya dan Responden 1 ke Terminal Feri Kuala
II
(ii) Responden 3 dimaklumkan bahawa mereka berdua ingin membeli tiket bagi perjalanan lebih kurang pukul 7.00 petang ke Langkawi untuk tujuan mencari pekerjaan;
III
(iii) Responden 2 telah meminta Responden 3 untuk mengambil Responden 1 terlebih dahulu dan kemudiannya baru mengambil Responden 2 di rumah;
IV
(iv) Pada 02.04.2017 jam lebih kurang 3.00 petang, Responden 3 telah bertolak ke rumah Responden 1 dengan menaiki kenderaan jenis X-Trail no. pendaftaran PHD 9439 milik isteri Responden 3. Setelah mengambil Responden 1 di rumah, Responden 3 kemudiannya mengambil Responden 2 di rumah. Semasa mengambil Responden 1 dan Responden 2, Responden 3 tidak perasan sama ada Responden 1 dan Responden 2 ada membawa apa-apa barang atau tidak; S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg
v
Mereka kemudianya telah bertolak ke Jeti Kuala Kedah. Pada jam lebih kurang 7.00 petang, mereka telah sampai di jeti tersebut. Responden 2 telah menyerahkan kepada Responden 3 bayaran tambang seperti yang Responden 2 janjikan. Responden 3 cuma menurunkan Responden 1 dan Responden 2 di hadapan terminal feri dan mereka berdua bergegas turun kerana mengejar masa dan takut terlewat untuk membeli tiket;
VI
(vi) Semasa Responden 3 bersiap-siap untuk beredar, Responden 3 lihat ada kekecohan berlaku, di mana ada sekumpulan lelaki menyerbu ke arah Responden 1 dan Responden 2. Responden 3 berfikir untuk turun daripada kereta. Sebelum sempat berbuat demikian, Responden 3 lihat ada beberapa orang lelaki mengepung kenderaan dan mengetuk cermin kereta. Salah seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai polis;
VII
(vii) Pihak polis telah membuat pemeriksaan dan tidak menjumpai apa-apa barang yang salah pada Responden
3
Pihak polis kemudiannya telah merampas telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu dan wang tambang;
VIII
(viii) Responden 3 kemudiannya telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Semasa di balai polis baru sahaja Responden 3 tahu bahawa terdapat rampasan dadah;
IX
(ix) Responden 3 hanya tahu bahawa dadah tersebut dikatakan dipegang oleh Responden 2 semasa ditunjukkan laporan polis oleh Peguambela Responden 3 semasa beliau melawat Responden 3 di penjara; S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg
x
Responden 3 menyatakan bahawa dia tiada pengetahuan berkenaan plastik yang mengandungi dadah tersebut;
XI
(xi) Responden 3 menyatakan bahawa dia hanyalah pemandu kenderaan yang dibayar oleh Responden 1 dan Responden 2 untuk membawa mereka ke jeti; dan
XII
(xii) Responden 3 menafikan bahawa dia adalah tauke sepertimana keterangan Responden 3 juga menafikan bahawa dia terlibat dalam rundingan jual beli dadah. D. DAPATAN YA HAKIM MAHKAMAH TINGGI DI AKHIR KES PEMBELAAN
14
14.
Preamble
Menurut YA HMT, bagi tujuan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes prima facie pendakwaan, Tertuduh-Tertuduh (Responden 1, 2 dan 3) perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa keterangan SP3 selaku Agent Provocateur (AP) tidak boleh dipercayai.
15
Di akhir kes pembelaan, YA HMT mendapati wujudnya dua versi keterangan yang berbeza yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. YA HMT selanjutnya menekankan bahawa siasatan yang menyeluruh dan adil oleh Pegawai Penyiasat adalah penting bagi setiap kes.
16
Dalam kes ini, YA HMT mendapati bahawa Tertuduh-Tertuduh telah memberikan keterangan bahawa telefon bimbit masing-masing telah dirampas oleh pasukan polis. Kesemua telefon bimbit yang dirampas tidak dimasukkan dalam gambar dan juga tidak dikemukakan di hadapan Mahkamah. YA HMT berpandangan bahawa amat wajar kesemua telefon tersebut dihantar untuk dianalisis khususnya mengenai kandungannya oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
MCMC
atau/ dan juga Bahagian Forensik PDRM.
17
lni adalah penting kerana hasil daripada analisis kandungan tersebut, ia mampu menunjukkan keterangan yang boleh memihak kepada pihak pendakwaan dan ada kemungkinan juga ia memihak kepada pihak pembelaan. Justeru, Tertuduh-Tertuduh dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pengadilan yang adil.
18
YA HMT juga menyatakan bahawa adalah undang-undang mantap bahawa untuk memperoleh suatu pembebasan daripada pertuduhan, Mahkamah tidak semestinya meyakini kebenaran versi pembelaan tetapi juga memadai untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kebersalahan seseorang tertuduh (Mat v. PP [1963] MLJ 263).
19
Selanjutnya, YA HMT mendapati bahawa walaupun keterangan Tertuduh-Tertuduh adalah tidak kuat dan tidak dapat menerima penjelasan Tertuduh-Tertuduh, beliau berpandangan wujud suatu bangkitan keraguan atas kebersalahan Tertuduh-S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg Tertuduh yang didakwa oleh pihak pendakwaan. Setelah meneliti pembelaan Tertuduh-Tertuduh terhadap kes pendakwaan dan menimbang keseluruhan keterangan, YA HMT mendapati Tertuduh-Tertuduh telah membangkitkan keraguan yang munasabah (reasonable doubt) atas kes pendakwaan di tahap prima facie atas imbangan kebarangkalian.
20
Sebaliknya, YA HMT berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes terhadap Tertuduh-Tertuduh melampaui keraguan munasabah. Sehubungan dengan itu, Tertuduh-Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua di akhir kes pembelaan. E. RAYUAN DI HADAPAN MAHKAMAH INI Isu-isu rayuan yang dibangkitkan oleh Perayu (pihak pendakwaan)
21
Isu-isu yang dibangkitkan secara ringkas adalah seperti berikut:
i
YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila melepaskan dan membebaskan Responden-Responden di akhir kes pembelaan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, sedangkan Perayu telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah;
II
(ii) YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati bahawa walaupun keterangan Responden-Responden adalah tidak kuat dan tidak dapat menerima penjelasan Responden-Responden, Mahkamah berpandangan wujud suatu bangkitan keraguan atas kebersalahan Responden-Responden yang didakwa oleh pihak Perayu sedangkan keraguan munasabah yang dinyatakan tidak diperjelaskan atau dihuraikan;
III
(iii) YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memberikan dapatan yang jelas di akhir kes pendakwaan atas isu pengedaran secara terus di bawah Seksyen 2 ADB terutamanya melibatkan Responden 1 dan Responden 3, sedangkan Responden-Responden telah dituduh dengan niat bersama mengedar dadah yang mana merupakan kesalahan bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB; dan
IV
(iv) YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati adalah wajar untuk kesemua telefon bimbit yang dirampas daripada Responden-Responden untuk dihantar untuk dianalisa khususnya mengenai kandungannya oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg Multimedia Malaysia (MCMC) atau/ dan juga Bahagian Forensik PDRM sedangkan ketiadaan pengemukaan keterangan tersebut tidak menyebabkan kegagalan keadilan (miscarriage of justice) kepada Responden-Responden. Ringkasan hujahan Perayu (pihak pendakwaan)
22
Perayu menghujahkan bahawa YA HMT telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa Responden 1, 2 dan 3 telah membangkitkan keraguan yang munasabah (reasonable doubt) atas kes pendakwaan di tahap prima facie atas imbangan kebarangkalian dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes terhadap Responden 1, 2 dan 3 melampaui keraguan munasabah.
23
Perayu menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan-keterangan saksi terutamanya SP2, SP3, SP5, dan SP6, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melapaui keraguan munasabah sepertimana dalam pertuduhan bahawa terdapat transaksi pengedaran terus menurut Seksyen 2 ADB. Pihak pendakwaan juga telah membuktikan bahawa Responden 1, 2 dan 3 telah secara niat bersama melakukan kesalahan pengedaran terus menurut Seksyen 2 ADB dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
24
24.
Preamble
Menurut Perayu lagi, keterangan yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa SP3 yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Detektif Koperal adalah Agent Provocateur (AP). Biarpun undang-undang menggariskan bahawa keterangan tidak memerlukan sokongan, Perayu menghujahkan bahawa terdapat juga keterangan sokongan dari SP6 iaitu pegawai yang melantiknya sebagai AP, yang turut membuat pemerhatian semasa pertemuan pertama serta membantu SP3 membuat tangkapan ke atas Responden 1, 2 dan 3 pada masa kejadian.
25
Perayu selanjutnya berhujah bahawa niat bersama telah dibuktikan terhadap Responden 1, 2 dan 3 berdasarkan peranan masing-masing dalam usaha menjayakan urusan pengedaran terus dadah tersebut, seperti berikut:
i
Responden 1 (Man) bertindak seawal urusan tawar-menawar dengan SP3, penetapan harga, masa serta tempat perjumpaan dan penghantaran dadah di tempat kejadian;
II
(ii) Responden 2 bersama ke tempat pertemuan dan membawa beg plastik berisi dadah tersebut; dan
III
(iii) Responden 3 adalah “Tokey” seperti dinyatakan Responden 1 kepada SP3 dan juga turut berada di dalam kereta Nissan Xtrail yang ditahan di tempat pemandu kereta tersebut. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg
26
Justeru, Perayu berhujah bahawa YA HMT telah terkhilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Responden 1, 2 dan 3 sedangkan keterangan yang dikemukakan lebih dari mencukupi. YA HMT juga gagal membuat dapatan yang jelas bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan pengedaran secara terus di bawah Seksyen 2 ADB terutamanya melibatkan Responden 1 dan Responden 3 sedangkan Responden-Responden telah dituduh dengan niat bersama mengedar dadah yang mana merupakan kesalahan bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB.
27
Selanjutnya, Perayu berhujah bahawa YA HMT telah terkhilaf apabila memutuskan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah setelah mengambil kira ketiadaan pengemukaan rekod panggilan telefon untuk menyokong keterangan SP3, sedangkan telefon bimbit mereka telah dirampas. Pihak Perayu berhujah bahawa sesungguhnya tiada keperluan untuk pihak pendakwaan mengemukakan rekod panggilan telefon berkenaan, khususnya apabila kes ini melibatkan peranan SP3 sebagai Agent Provocateur (AP).
Preamble
Menurut Perayu, isu yang ditimbulkan pihak pembelaan ini seolah-olah cuba untuk mengatakan keterangan memerlukan keterangan sokongan sebagai pra-syarat untuk diterima oleh Mahkamah dan perkara ini adalah bertentangan dengan kedudukan undang-undang semasa. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg
28
Selanjutnya, pihak pembelaan telah menimbulkan seorang watak yang bernama “Jeff”, namun, Perayu menghujahkan bahawa pihak pendakwaan melalui SP3 dan SP6 telah menafikan sekeras-kerasnya kewujudan Jeff tersebut semasa disoal balas oleh peguam Responden 1, 2 dan 3. Malah, tiada apa-apa keterangan lain yang menyokong kewujudan “Jeff” tersebut, yang dapat menimbulkan keraguan munasabah berbanding keterangan SP3 dan SP6 yang telah dinilai dan diterima YA HMT. Ringkasan hujahan Responden 1
29
Responden 1 menghujahkan bahawa Mahkamah Rayuan hanya boleh campur tangan di dalam sesuatu rayuan “only when the learned trial court judge’s decision is plainly wrong” (Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Pentadbir Kepada Harta Pusaka Tan Ewe Kwang, Simati & Ors [2020]
30
Di akhir kes pendakwaan, YA HMT telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh berdasarkan keterangan langsung dan tidak langsung bagi elemen pertama dan kedua serta bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37(da)(i) ADB. Seterusnya di akhir kes pembelaan, YA HMT di dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa Tertuduh-Tertuduh memikul beban untuk membangkitkan keraguan S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg munasabah ke atas kes Pendakwaan dan menyangkal anggapan pengedaran dadah di bawah Seksyen 37(da)(xvi) ADB atas imbangan kebarangkalian untuk membolehkan Tertuduh-Tertuduh mendapat perintah pelepasan dan pembebasan.
31
31.
Preamble
Menurut Responden 1, YA HMT tidak tersilap arah, tetapi hanya menggunakan pendekatan undang-undang yang berbeza di dalam kes ini. YA HMT tidak bergantung secara langsung kepada definisi pengedaran menurut Seksyen 2 ADB, sebaliknya menggunakan anggapan pengedaran berdasarkan berat dadah yang melebihi 15 gram.
32
Selanjutnya, Responden 1 juga berhujah bahawa YA HMT adalah tepat dan betul apabila memutuskan bahawa kegagalan pihak pendakwaan menghantar telefon bimbit yang dirampas daripada Responden-Responden untuk dianalisa serta mengemukakan bukti rekod panggilan telefon di Mahkamah telah menyebabkan miscarriage of justice kepada Responden-Responden. Ringkasan hujahan Responden 3
33
Responden 3 menghujahkan bahawa versi pembelaannya adalah konsisten daripada masa dia ditangkap, sehingga ke perbicaraan di Mahkamah, iaitu dia hanya menjalankan perkhidmatan teksi tidak berlesen (kereta sapu) dan diminta S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg oleh Responden 2 untuk menghantar Responden 1 dan 2 ke Terminal Feri Kuala Kedah pada 02.04.2017. Malah, semasa soal balas, SP5 iaitu Pegawai Penyiasat juga mengesahkan bahawa Responden 3 telah memberikan penjelasan yang sama sejak tangkapan. Justeru, Responden 3 menghujahkan bahawa ianya bukanlah suatu “afterthought”. Walau bagaimanapun, menurut Responden 3, pihak pendakwaan gagal untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai versi Responden 3 yang hanya memainkan peranan sebagai pemandu kereta sapu pada hari kejadian.
34
Responden 3 juga menyatakan bahawa dia tidak hadir semasa pertemuan berkaitan dadah di Parkson Sungai Petani dijalankan, serta tidak berada di tempat kejadian semasa berlakunya urusan penyerahan dadah di Terminal Feri Kuala Kedah. Justeru, pihak Perayu sama sekali gagal untuk membuktikan penglibatannya dalam kes ini.
35
35.
Preamble
Menurut Responden 3, satu-satunya keterangan yang mengaitkan dirinya adalah keterangan SP3 di Mahkamah tanpa sokongan, yang menyatakan bahawa Responden 1 mengatakan “Tauke” berada di dalam kereta. Walau bagaimanapun, tiada bukti bebas yang menyokong keterangan tersebut, menjadikannya tidak mencukupi untuk membuktikan penglibatan Responden.
36
Apatah lagi, pada masa tangkapan dibuat, kereta Responden 3 yang diparkir di tepi jalan (menghadap dan pintu masuk terminal S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg feri) membolehkan dia melihat dengan jelas pihak polis telah menangkap Responden 1 dan 2. Melihat kejadian tesebut, Responden 3 yang berada di dalam kereta tidak melarikan diri walaupun mempunyai peluang besar berbuat demikian. Malah, Responden 3 memberikan kerjasama dengan membuka kunci keretanya apabila diminta oleh SP6 dan pasukan serbuan. Keadaan tersebut jelas menunjukkan ketidakbersalahan Responden 3 dalam perkara ini.
37
Justeru, dapatan YA HMT adalah tepat dan betul apabila memutuskan bahawa pembelaan Responden 3 ini telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. F.
38
Mahkamah ini, setelah meneliti keseluruhan Rekod-rekod rayuan, hujahan pihak-pihak serta alasan penghakiman YA HMT, mendapati bahawa rayuan oleh pihak pendakwaan adalah berasas sebahagiannya, khususnya berhubung dengan isu penilaian keterangan dan dapatan undang-undang oleh Hakim Bicara.
39
Mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menggunapakai Seksyen 37(da) ADB iaitu anggapan mengedar, sedangkan terdapat penglibatan Agent Provocateur S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg (AP) iaitu SP3 yang mengaitkan Responden 1 dan 2 dalam transaksi jual beli dadah. Hakim Bicara juga gagal membuat dapatan yang jelas berhubung elemen pengedaran secara terus menurut Seksyen 2 ADB, yang mana telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, terutamanya melalui keterangan SP3 dan SP6, yang jelas menunjukkan wujudnya suatu transaksi jual beli dadah yang lengkap telah berlaku.
40
Memetik penghakiman Mahkamah ini dalam kes Muralikrishna Nokiah v. PP & Other Appeals [2026] CLJU 610, Noorin Badaruddin, HMR telah memutuskan sebagaimana berikut: “[39] As rightly found by the learned High Court Judge, the prosecution’s case against the 1st accused was founded on a negotiated sale to an agent provocateur, PW4 (API). It is a trite law that where trafficking is established through proof of a sale or negotiated sale under section 2 of the DDA, there is no necessity to separately prove possession and invoke statutory presumptions.”
41
Dalam kes PP v. Manoharan a/l Ratnasamy [1988] CLJU 225, KC Vohrah H menyatakan bahawa bagi kes pengedaran dadah secara terus yang melibatkan penjualan dadah kepada agent provocateur (AP), tiada anggapan statutori yang boleh digunakan.
42
Seterusnya dalam kes Avindrahkumar Asok Kumar lwn. PP [2025] CLJU 3107, Azmi Ariffin, HMR memutuskan sebagaimana berikut: “[72] Sebagai rumusan, kami bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana bila beliau di dalam dapatannya mengatakan bahawa pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan pemilikan bagi kes yang melibatkan rundingan jual beli dadah. Kami petik ulasan yang dibuat oleh beliau di dalam perkara ini: "[29] Pendakwaan bergantung kepada pengedaran secara terns iaitu melalui keterangan API [SP2] dan AP2 [SP6]. Perbincangan bermula antara AP1 dengan Arab [T1] di Restoran Burger King. T1 bersetuju untuk penyerahan dadah dilakukan ke esokan harinya di Restoran Coffee Bean & Tea Leaf sebagaimana yang dicadangkan oleh SP2. [30] Sebagaimana yang telah dipersetujui, AP1 [SP2] telah menunggu kedatangan T1 di Restoran Coffee Bean & Tea Leaf. Semasa berada di Restoran Coffee Bean & Tea Leaf. [31] Selepas 40 minit kemudiannya, datang seorang lelaki India bernama Narsimah a/l Visvanathan [Narsimah] masuk ke dalam kedai S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg Coffee Bean & Tea Leaf. Narsimah telah duduk semeja bersama SP2 [AP1] dan T1. Selang 25 minit kemudiannya, seorang lelaki India bernama Sri Taran a/l Visvanathan [Sri Taran] masuk ke dalam kedai tersebut dan duduk semeja bersama SP2, T1 dan Narsimah. [32] Selepas SP3 membuat pemerhatian selama sejam, kelihatan sebuah motorsikal yang ditunggangi oleh Selvarajoo a/l Kasinathan [Selvarajoo] dan pembonceng ialah T2. Motorsikal tersebut telah berhenti di hadapan kedai Coffee Bean & Tea Leaf. T2 yang ketika itu mengalas sebuah beg berwarna hitam biru telah turun dari motorsikal dan pergi ke arah kereta yang SP2 naiki dan di parkir. T2 masuk ke dalam kereta tersebut. Selvarajoo pada ketika itu tidak turun dari motorsikalnya. [33] Kemudiannya, SP3 nampak SP2 [API] keluar dari kedai tersebut dan menuju ke kereta di mana di dalamnya ada T2 dan SP6 [AP2]. SP2 kemudiannya telah memberi isyarat kepada SP3. SP3 dan anggota pasukannya telah bertindak menyerbu dan berjaya menangkap T1, T2, Narsimah, Sri Tharan dan Selvarajoo. Semasa tangkapan, bag yang berisi dadah dalam milikan T2. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg [34] Saya memutuskan pendakwaan tidak perlu membuktikan jagaan atau kawalan dadah yang menjadi teras pertuduhan. Pendakwaan bergantung kepada pengedaran secara terus di bawah s. 2 Akta itu. Saya merujuk penghakiman YA Ahmad Shahrir Mohd Salleh H dalam kes PP v. Muralikrishna Nokiah & Ors & Another case [2022] CLJU 219 ada menyatakan seperti berikut: [41] It is well-established that where the case for the prosecution rests on sale of the impugned dangerous drugs to an agent provocateur, there is no necessity for the prosecution to prove the ingredients of possession, knowledge and trafficking as a separate exercise. In such a case, the ingredient for trafficking is founded on the definition of "trafficking" under section 2 of the Dangerous Drugs Act 1952 in a "sale" or 'negotiated sale" between the agent provocateur and the accused. See: Public Prosecutor v. Mansor Md. Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233 FC; [1996] 3 MLJ 560; [1996] 2 MLRA 35; [1996] 3 AMR 3989). [42] In Sayat Ahmad Nazir Ahmad v. PP [2014] 7 CLJ 1025 CA; [2014] 3 MLJ 405; [2013] S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg MLRAU 423; [2014] AMEJ 0233, the Court of Appeal held, inter alia, as follows:
2
A case of trafficking founded on s. 2 of the DDA does not require the court to invoke a presumption of possession, custody or control. A case of trafficking under s. 2 of the DDA was sustainable when there is evidence to that effect which necessarily include the buying and selling of dangerous drugs. ... [36] Tafsiran bagi perkataan 'pengedaran dadah'
Preamble
menurut seksyen 2 ADB ialah: “...termasuklah melakukan salah satu daripada perbuatan-perbuatan ini, iaitu mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyorok, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, berusaha mendapatkannya, membekal atau mengedar sesuatu dadah berbahaya atau dengan cara lain di bawah penguatkuasaan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.” S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg ... [38] Saya memutuskan pendakwaan telah membuktikan pengedaran dadah secara terus di bawah s. 2 Akta itu khasnya "jual beli" dadah melalui keterangan AP1 [SP2] dan AP2 [SP6] yang membawa wang bagi maksud pembelian dadah berbahaya. Pendakwaan tidak perlu bergantung kepada pemilikan terus atau pemilikan secara anggapan di bawah s. 37(d) Akta itu.”
43
Berbalik kepada rayuan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila telah mengguna pakai anggapan statutori Seksyen 37(da) ADB iaitu anggapan mengedar, sedangkan dalam kes ini, keterangan-keterangan adalah utuh bagi membuktikan transaksi pengedaran dadah secara terus yang melibatkan penjualan dadah kepada Agent Provocateur (AP). Justeru, tiada anggapan statutori yang boleh digunakan.
44
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini sebulat suara mendapati bahawa kekhilafan Hakim Bicara ini tidak membawa kepada pelepasan dan pembebasan Responden 1. Hal ini kerana, berdasarkan penilaian terhadap Rekod-rekod rayuan, wujudnya keterangan melimpah ruah berhubung pemilikan dan pengetahuan Responden 1 terhadap dadah-dadah yang dirampas.
45
Justeru itu, Mahkamah ini mengetepikan keputusan atau perintah Hakim Bicara yang telah melepaskan dan membebaskan Responden 1 dan menggantikannya dengan sabitan bersalah atas pemilikan, menurut Seksyen 39A(2) ADB, bagi kedua-dua pertuduhan.
46
Berhubung isu kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan rekod panggilan telefon atau menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada Responden-Responden, Mahkamah ini berpendapat bahawa ketiadaan keterangan tersebut tidak, dengan sendirinya, menjejaskan kes pendakwaan atau menyebabkan miscarriage of justice kepada pihak-pihak, apatah lagi wujudnya penglibatan Agent Provocateur (AP) dalam kes ini.
47
Di dalam kes Wan Mohd Azman Hassan v. PP [2010] 4 CLJ 529, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdull Hamid Embong HMP (beliau pada ketika itu) telah menjelaskan secara terperinci berkaitan peranan, penggunaan serta kebolehterimaan keterangan Agent Provocateur (AP) apabila beliau menyatakan seperti yang berikut: “Agent Provocateur [8] The use of agent provocateurs, or undercover or police spies is now a common method utilised by the police in flushing out and ultimately apprehending drugs S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg traffickers. It must be remembered that such covert activities of these drug traffickers are carried out with a high degree of secrecy that, without using this technique of surveillance and investigation, it may be impossible for anti-drugs law enforcers to penetrate into this nefarious underworld activity and identify who are the perpetrators. [9] In a typical police undercover operation scenario (as happened in this case) the police would receive information from its informer of a drug trafficking activity. An agent provocateur, normally himself a police officer, will then be assigned to undertake what is called a "sting operation". The agent provocateur will get in touch with the informer. The informer will then arrange for an introduction and meeting between the agent provocateur, (who will play the role of a drug-buyer) and the drug trafficker. The informer will take no further active role and normally disappear. Negotiations will then take place between the agent provocateur and the drug trafficker where the amount of drugs to be supplied, its price and place of delivery will be discussed and agreed upon. The agent provocateur himself thus takes an active role in the commission of the offence. Both parties become willing participants in that offence. This is what is meant by the phrase 'to abet the commission of the offence' as found in s. 40A(1) of the Act. The agent provocateur's role is to uncover the offence and S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg gather evidence to be later given at the trial against the trafficker. This, as discussed later in this judgment, is however not an entrapment that gives rise to a legitimate defence. [10] An agent provocateur may thus be defined as one who provokes or suggests the commission of an offence to another person hoping that the latter will go along with his suggestion so that the other person may be convicted of the offence the agent provocateur suggested. [11] The evidence of an agent provocateur is however not that of an accomplice's and as such requires no corroboration (see Teja Singh & Mohamed Nasir v. PP [1949] CLJU 96; [1949] 1 LNS 96; also Goh Lai Wak v. PP [1994] 1 SLR 748). In that case, Spencer Wilkinson J makes the following distinction between an agent provocateur and an accomplice by making reference to this passage from Emperor v. Chaturbhuj Sahu 1 LR 38 Cal. 96: A person who makes himself an agent for the prosecution with the purpose of discovering and disclosing the commission of an offence, either before associating with wrong-doers or before the actual perpetration of the offence, is not an accomplice but a spy, detective or decoy whose evidence does not S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg require corroboration, though the weight to be attached to it depends on the character of each individual witness in each case. But a person who is associated with an offence with a criminal design, and extends no aid to the prosecution till after its commission is an accomplice requiring corroboration. [12] As for the creditworthiness of an agent provocateur as a witness Spencer-Wilkinson J in Teja Singh made the following remarks: “It appears from the extract above quoted that the learned author of Roscoe's Criminal Evidence classed agents provocateur in the same category as spies, informers and detectives. I have no doubt that there may be witnesses in any of these categories who may be wholly unworthy of credit but in my view the credit of any such witness depends upon the facts of each particular case and not upon the particular label which can be attached to him.” [13] This observation of the creditworthiness of an agent provocateur is now enshrined in s. 40A(1) of the Act which now provides that presumption on creditworthiness. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg [14] This presumption of being a creditworthy witness is of course rebuttable. It falls upon the defence then to adduce sufficient evidence for the court to conclude that the evidence of anagent provocateur is unworthy of credit. (See PP v. Han Kong Juan & Ors [1983] 1 CLJ 245; [1983] CLJ (Rep) 773 HC). [15] Under s. 40A of the Act, the evidence of the agent provocateur cannot be excluded in the exercise of judicial discretion (see Evidence Practice and Procedure, 3rd edn. by Augustine Paul). An otherwise admissible evidence such as this one under s. 40A of the Act does not become inadmissible merely because it had been improperly or unfairly obtained. Section 40A(2) of the Act affirms this admission notwithstanding any other laws, written or otherwise, to the contrary. He may thus relate the full story of what happened in his negotiations with the drugs seller and any statements made by the latter to him shall be admissible in evidence. ... [19] It was submitted that an entrapment by SP3 had occurred. Learned counsel stated that since such evidence of entrapment is highly prejudicial, it is incumbent upon the trial court to do a "balancing exercise" before it can act on that prejudicial evidence. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg The balancing exercise requires the trial court to determine whether the prejudicial effect of the entrapment evidence outweighs its probative value. If the answer is in the affirmative then the trial court cannot act on it because it offends the principles of fairness. A misdirection had thus occurred in the trial. ... [27] In any event, it is for the appellant to prove that he committed this offence as a result of an entrapment. This can only be determined from the facts to be evaluated by the trial court. In other words it is a question of fact. As there was no finding of facts on this issue by the trial court the issue of entrapment as a defence does not arise in this case. On this point alone, it demolishes the first argument raised by learned counsel for the appellant. For the defence to operate at all, the appellant needed to show that he was actually an "unwary innocent" who would not, but for the entrapment, have committed this offence. The facts however show that the appellant was a person with an opposite disposition; ie, that of an "unwary criminal" who readily participated in this offence. In this case, at worst, SP3's action can only be described as soliciting the appellant to supply the drugs. There was no entrapment as such. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg ... [31] In the case of an agent provocateur's evidence however, the statutory approval for the admission of such evidence as governed by s. 40A of the Act, is indisputable. The need for admission of an agent provocateur's evidence has been alluded to earlier in this judgment. The special provision as found in s. 40A of the Act is provided to address this very need. The law too is silent on the need to subject such evidence to a balancing exercise. [32] Learned counsel of the appellant urged this court to apply the balancing exercise requirement in the interest of fairness. But the principle of fairness cuts both ways. In the fight against the drug menace, Parliament has deemed it fit that such evidence of an agent provocateur be admissible without any restrictions. The trial judge is no longer vested with a discretion to exclude such evidence. The court is only to interpret legislations and not to add new elements especially when the words in statutes are clear and unambiguous. [33] There is thus no further need to subject that evidence to any balancing exercise as proposed by learned counsel in his submission. The contention that this omission is a misdirection by learned trial judge therefore cannot be substantiated. S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg [34] In this appeal, there had been a concurrent findings of facts by both the trial court and the Court of Appeal in regard to the appellant being in direct possession of the drugs upon his arrest. That finding cannot now be disturbed. It was also the findings of both courts below that the so called "2nd transaction " was part of and formed a continuation of the "1st transaction" for the sale and purchase of the drugs in which the appellant took an active part. Although there was no negotiation between the appellant and SP3 under the "2nd transaction", in our view this does not mean that the appellant was not involved in the trafficking of those drugs. Negotiations were completed by the appellant and SP3 during the "1st transaction" although delivery of the drugs took place nine days later. It is therefore not wrong for the learned trial judge to also consider the "1st transaction" and found that the appellant participated in the trafficking of the drugs. Taken together, there was in fact only one transaction, arising from a single negotiation for the sale of the drug, in which the appellant actively participated.”
48
Berpandukan nas undang-undang di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan seseorang Agent Provocateur (AP) yang diberikan bersandarkan kepada Seksyen 40A ADB, tidak boleh diketepikan bilamana Mahkamah melaksanakan budibicara kehakimannya. Dalam erti kata lain, keterangan seorang Agent Provocateur (AP) S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg harus boleh diterima masuk tanpa apa-apa sekatan. Suatu keterangan yang seharusnya boleh diterima masuk tidak menjadikan ianya tidak boleh diterima masuk semata-mata kerana ianya diperolehi melalui cara-cara yang tidak adil atau tidak wajar.
49
Dalam hal ini, sekali lagi Mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memutuskan ketiadaan keterangan rekod panggilan telefon Responden-Responden telah menjejaskan kes pendakwaan. Pada hemat kami, kegagalan berbuat demikian sama sekali tidak mencacatkan apatah lagi meruntuhkan kes pendakwaan. Dalam kes ini, pihak pendakwaan bersandarkan kepada kekuatan kesnya iaitu terhadap keterangan langsung, khususnya melalui keterangan SP3, Agent Provocateur (AP) dan SP6. Keterangan-keterangan dokumentari yang lain hanyalah sebagai keterangan bersifat sokongan sahaja. Tanpanya, tiada kecacatan yang akan terbit di pihak kes pendakwaan.
50
Mengenai kegagalan mengemukakan rekod panggilan telefon ini, di dalam kes Idris bin Hairun v. PP [2009] CLJU 660; [2009] 1 LNS 660, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut: “It is a consistent testimony that there was a prior arrangement between SP6 and the appellant for the delivery of the offending drugs and it had crystalised. In S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg the circumstances, we are of the opinion that the evidence led by the prosecution in respect of the telephone conversation is well supported by the sequence of events that took place at the scene of the crime. There is no need therefore for any further corroborative evidence of any recording of any conversation between SP6 and the appellant nor is there any need to produce the telephone bills of SP6 or the appellant as corroborative evidence”.
51
Berhubung Responden 3 pula, Mahkamah ini bersetuju dan menerima hujahan Responden 3 bahawa pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan yang utuh bagi membuktikan penglibatannya dalam kedua-dua pertuduhan ini.
52
Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati Responden 3 tidak hadir semasa pertemuan berkaitan dadah di Parkson Sungai Petani dijalankan, serta tidak berada di tempat kejadian semasa berlakunya urusan penyerahan dadah di Terminal Feri Kuala Kedah. Malah, tindak-tanduk Responden 3 yang tidak melarikan diri serta memberikan kerjasama kepada pihak polis semasa tangkapan dibuat sama sekali tidak membantu kes pendakwaan.
53
Mahkamah ini juga berpendapat, semata-mata Responden 3 dilabel sebagai “Tauke” tidak mencukupi untuk Mahkamah ini menerimapakai Seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi pembuktian niat bersama. Dengan ini, Mahkamah ini sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap Responden 3 dan perintah lepas dan bebas oleh YA HMT adalah dikekalkan. G.
54
Oleh itu, bagi Responden 1, kami mengetepikan keputusan YA HMT yang telah melepaskan dan membebaskan Responden 1 dan menggantikannya dengan sabitan bersalah menurut Seksyen 39A(2) ADB untuk kedua-dua pertuduhan. Mengambil kira Responden 1 telah berada dalam tahanan daripada tarikh tangkap iaitu 02.04.2017 sehingga 13.09.2023, kami menjatuhkan hukuman pemenjaraan lima (5) dari tarikh perintah ini, 30.09.2025. Pemenjaraan berjalan secara serentak bagi kedua-dua pertuduhan.
55
Bagi Responden 3, kami menolak rayuan pihak pendakwaan. Perintah lepas dan bebas oleh YA HMT adalah dikekalkan.
56
Keputusan Mahkamah ini dibuat setelah meneliti alasan penghakiman YA HMT, hujahan bertulis dan hujahan lisan pihak-pihak serta setelah mengambilkira keterangan yang S/N Gwyo8EnZEkatjffg6HokHg dikemukakan dalam kes ini secara keseluruhannya dan undang-undang yang terpakai. Bertarikh: 10 April 2026 -sgd- (AZMAN BIN ABDULLAH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Bagi pihak Perayu : TPR Siti Rafidah binti Zainuddin [Jabatan Peguam Negara (AGC)] Bagi pihak Responden : Encik Burhanudeen Abdul Wahid, Encik Muhammad Adam Burhanudeen-Responden 1 [BURHAN & CO.] Encik Dev Kumar, Cik Sagana-Responden 3 [KUMAR & CO.]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.