(e) Hakim bicara terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa timbul keraguan terhadap kes pendakwaan atas kegagalan pihak pendakwaan untuk memastikan kehadiran Sjn. Ishak bin Mohamad yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan. Dapatan dan keputusan kami [18] Dapatan dan keputusan kami hanya melibatkan rayuan Pendakwa Raya terhadap Responden Ketiga. Kami ingin mengingatkan tentang penglibatan Responden Ketiga dalam kes ini. Kes pihak pendakwaan ialah bahawa kereta Proton Saga JKX 308 yang terlibat dalam kes ini 24 didaftarkan atas nama Responden Ketiga tetapi telah dipinjam dan dipandu oleh Responden Kedua pada masa kejadian. Kereta itu dipandu oleh Responden Kedua sewaktu di Batu Pahat Mall ke Restoran tersebut dan dipandu oleh Responden Pertama membawa Responden Kedua semasa kereta itu dikatakan pergi untuk mengambil bekalan dadah ganja. Sepanjang masa, Responden Ketiga tidak pernah terlibat dalam apa-apa perbincangan tentang jual beli dadah dengan SP4. Ini disahkan sendiri oleh saksi-saksi pendakwaan. [19] Tuan TPR dalam hujahannya bergantung kepada keterangan tentang pelakuan (conduct) Responden-Responden yang dikatakan telah terlibat dalam perbincangan mengenai jual beli dadah boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan, 1950. Tuan TPR merujuk kepada keputusan dalam kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: “[36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s. 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. 25 Stephenson [1904] 68 JP 524). The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated. Illustration (c) to s. 9 explains the operation of this principle. It provides that when A is accused of a crime the fact that soon after the commission of the crime he absconded from his house is relevant. But the fact that at the time when he left home he had sudden and urgent business at the place to which he went, is relevant, as tending to explain the fact the he left home suddenly. The details of the business on which he left, however, are not relevant, except in so far as they are necessary to show that the business was sudden and urgent. If the explanation is accepted by the court then the inference arising from the conduct is rebutted. If it is not accepted or if the accused does not explain his conduct the inference remains unrebutted.”. [20] Namun sepertimana yang kami sebutkan di awal lagi, Responden Ketiga langsung tidak terlibat dengan apa-apa rundingan atau perbincangan mengenai jual beli dadah dengan SP4 dan ini telah disahkan sendiri oleh SP4 dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas di muka surat 102-104 Rekod Rayuan Jilid 6, seperti berikut: “S1: En Syafiq, saya cadangkan kepada awak bahawa nama Ashman awak hanya tahu semasa awak berada di Restoran Afiera Tomyam? J1: Setuju. S2: Semasa di Alfiera Tomyam saya cadangkan Ashman tidak berbual dengan kamu? J2: Setuju. 26 S3: Semasa di Alfiera Tomyam Ashman makan dan minum sambil menonton televisyen yang ada di Alfiera Tomyam? J3: Tidak pasti. S4: Saya cadangkan bahawa kamu tidak pasti sama ada Ashman makan, minum, menonton televisyen sebab kamu tidak memerhatikan Ashman? J4: Tidak setuju. S5: Saya juga cadangkan kepada kamu bahawa dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Restoran Alfiera Tomyam kamu tidak ada berhubungan dengan Ashman? J5: Setuju. S6: Saya juga mencadangkan kepada kamu bahawa semasa di Batu Pahat kamu tidak berbual dengan Ashman? J6: Setuju. S7: Saya juga cadangkan kepada kamu bahawa semasa di Batu Pahat kamu tak ada bersua muka dengan Ashman? J7: Tidak setuju. S8: Saya juga mencadangkan kepada kamu bahawa di Batu Pahat yang kamu kata di tempat parkir BP Mall kamu tidak berjumpa dengan Ashman? J8: Boleh jelaskan maksud jumpa? S9: Jawab kamu ada jumpa Ashman tak di BP Mall? J9: Saya nampak Ashman di dalam kereta. S10: Awak jumpa atau tidak? J10: Saya tidak berjumpa dengan dia. S11: Pada masa itu yang awak kata awak tak berbual, awak tidak berjumpa, awak tidak tahu pada masa itu dia itu Ashman. Setuju? J11: Tak faham. 27 S12: Saya jelaskan, awak hanya tahu nama Ashman di Afiera Tomyam. Sebelum dari itu awak tidak ada berhubung dengan dia? J12: Setuju. S13: Maknanya awak tak tahu pada masa itu, awak kata awak nampak tapi tak jumpa, tak berbual. Orang itu awak tak tahu itu Ashman? J13: Betul. S14: Semasa kamu kata di parkir BP Mall sumber kamu tak ada sebut tentang Ashman. Setuju? J14: Setuju. S15: Sumber juga tidak kenalkan Ashman kepada kamu? J15: Setuju. S16: Saya mencadangkan kepada kamu dalam keterangan utama kamu tak ada beritahu bahawa semasa taklimat nama Ashman disebut dalam taklimat? J16: Setuju. S17: Saya mencadangkan bahawa Ashman sekiranya ada sebarang perbincangan yang mana dinafikan di sini, Ashman tidak terlibat dalam perbincangan dengan kamu? Kamu cakap yang benar. Ini pertuduhan yang melibatkan hukuman gantung. Tak ada salahnya bercakap benar. J17: Semasa di meja Ashman ada semasa kami bercerita cuma dia tidak bercakap. S18: Saya cadangkan bahawa keterangan kamu berkenaan Ashman pergi ke kereta sebelum ditangkap dan sampai dekat kereta sebelum digangkap adalah tidak benar? J18: Tidak setuju. S19: Saya cadangkan bahawa kamu ada beri keterangan kepada pegawai penyiasat dalam kes ini selepas tangkapan? J19: Betul. 28 S20: Saya juga cadangkan bahawa kamu ada memberitahu pegawai penyiasat bahawa Ashman tidak berbual dengan kamu di kedai? J20: Betul. S21: Betul? Mah: Jawapan? J21: Setuju. S22: Saya juga cadangkan bahawa kamu ada maklumkan kepada pegawai penyiasat bahawa kamu tidak ada berbual dan berhubungan dengan Ashman bermula dari tempat parkir kereta di BP Mall? J22: Setuju. Mah: Apa jawapannya? Saksi: Setuju.” [21] Hakim bicara telah menerima pembelaan ketiga-tiga Responden dan juga keterangan saksi-saksi pembelaan yang lain, terutamanya SD4, SD5 dan SD7 mengenai kewujudan seorang penama Kassim yang sebenarnya yang telah membuat perundingan dengan SP4. Ini disahkan oleh SD4, pekerja Restoran tersebut. Dalam menerima keterangan pembelaan Responden-Responden dan memutuskan pembelaan Responden-Responden telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, hakim bicara menyatakan seperti berikut di muka surat 30-32 Rekod Rayuan Jilid 1: “28. Pada dasarnya kes pembelaan adalah di tempat letak kereta Batu Pahat Mall, Kassim memperkenalkan SP4 kepada tertuduh kedua, di restoran tersebut SP4 tidak duduk bersama-sama dengan ketiga-tiga tertuduh, tiada perbincangan di antara mana-mana tertuduh dengan SP4 mengenai apa-apa urusan jual beli dadah, 29 Kassim yang berbual dengan SP4 dan tidak tahu siapa yang letakkan dadah di dalam kereta Proton Saga tersebut.