merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan, melakukan kesalahan pengubahan wang haram dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi. [ 13 ] Siasatan dalam kes ini diasaskan kepada beberapa laporan polis yang dibuat oleh i. Lim Yi Wen (KP: 000114-14- laporan polis Seapark/7155/22 bertarikh 3.11.2022 iaitu - 3). Laporan mangsa pertama adalah mengenai satu capaian tanpa kuasa dengan niat melakukan atau memudahkan melakukan kesalahan pemindahan wang daripada akaun tanpa pengetahuan dan kebenaran pemilik akaun di bawah seksyen ii. Ang Wan Xin (KP: 880621-35- laporan polis Machang Bubok/5165/22 bertarikh 20.11.2022 - 4). Laporan mangsa kedua ialah mengenai kesalahan menipu skim pelaburan tidak ujud yang disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jumlah kerugian ialah RM716,353.00; iii. Loh Tuck Chung (KP: 860717-35- laporan polis Tasek Gelugor/3155/22 bertarikh 4.11.2022 ( - mangsa ketiga adalah berkenaan tawaran kerja sambilan tidak ujud yang disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jumlah kerugian ialah RM52,900.00; iv. Goh Bee Shan (KP: 790522-08- - laporan polis Putra Height/3929/22 bertarikh 3.11.2022 - mangsa ketiga adalah berkenaan tawaran kerja sambilan tidak ujud yang disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jumlah kerugian ialah RM27,300.00. [ 14 ] Hasil siasatan berkaitan jejak wang (money trail) dari akaun-akaun mangsa pertama hingga ke empat telah dimasukkan ke dalam akaun-akaun kaldai atau lapisan antaranya a. Akaun RHB 5904 milik Responden Pertama; b. Kemudian dari akaun Responden Pertama dimasukkan ke dalam akaun milik Responden Kedua; dan c. Seterusnya dari akaun Responden Kedua dimasukkan ke dalam akaun milik Responden Ketiga. Rujuk para 10.1 hingga 10.4 Afidavit TPR (Kandungan 2) dan - dungan 4). [ 15 ] Kepuasan hati Pendakwa Raya juga berasaskan hasil siasatan pegawai penyiasat kes Predikat seperti dinyatakan dalam Afidavit Predikat (kandungan 3) dan siasatan pegawai penyiasat kes AMLA seperti dinyatakan dalam Afidavit AMLA (kandungan 4). [ 16 ] Mahkamah mendapati permohonan ini yang disokong oleh Afidavit-Afidavit TPR, Afidavit Predikat dan Afidavit AMLA telah memenuhi kehendak subseksyen 56(1) Akta 613. Mahkamah bersetuju dengan hujah TPR di perenggan 38 Kandungan 23 tersebut. Perintah Perlucuthakkan di bawah Subseksyen 56(2) Akta 613 [ 17 ] Sebelum membuat Perintah perlucuthakkan harta seperti dipohon, Hakim yang mendengar permohonan ini hendaklah berpuas hati harta-harta itu memenuhi salah satu kategori yang disenaraikan di bawah subperenggan 56(2)(a)(i) hingga (iv) dan tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu. Subperenggan 56(2)(a)(i) - hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) [ 18 ] Mahkamah mendapati harta yang disita dan dibekukan memenuhi kriteria di atas. Fakta bahawa harta milik mangsa pertama hingga keempat telah diperolehi secara salah (kesalahan seksyen 4(1) Akta 563 dan seksyen 420 Kanun Keseksaan) telah dihuraikan secara terperinci oleh pegawai penyiasat kes predikat melalui Afidavit Predikat. Kesalahan-kesalahan ini kesemuanya melibatkan harta berbentuk wang yang diakses secara salah dari akaun mangsa atau diserahkan kepada suspek-suspek akibat diperdayakan. Wang-wang tersebut telah melalui beberapa lapisan pengubahan menerusi akaun-akaun Responden Pertama hingga ke Lapan. Walaupun telah bercampur dengan kemasukan wang dari pihak lain, keadaan ini tidak mengubah ciri tidak sah sumber wang tersebut iaitu hasil kegiatan salah di sisi undang-undang. [ 19 ] Malahan percampuran wang yang diperolehi secara salah dari mangsa pertama hingga empat inilah yang menepati atau asas kepada (the crux of) istilah hal keadaan (subject matter) atau keterangan yang berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) Akta tersebut iaitu pengubahan wang haram. Mahkamah bersetuju dengan hujah pertama TPR berkaitan isu ini seperti di kandungan 23. Subperenggan 56(2)(b) - bahawa tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu. [ 20 ] Responden Ketiga telah memfailkan Afidavit Jawapan di kandungan 10 (Afidavit Jawapan R3) bertarikh 18.6.2024. Pihak Pemohon kemudiannya telah memfailkan 2 Afidavit Balasan iaitu Afidavit Balasan TPR dan Afidavit Balasan AMLA di kandungan 12 dan 13. Terdapat bantahan dari Pemohon atas penerimaan Afidavit Jawapan R3 berdasarkan tandatangan Responden Ketiga pada Afidavit Jawapan R3 yang berbeza dari tandatangan-tandatangannya dalam dokumen-dokumen siasatan seperti yang disenaraikan dalam perenggan 12.1 hingga 12.8 dalam Afidavit Balasan TPR (supra) dan perenggan 8, Afidavit Balasan AMLA (supra). [ 21 ] Selain itu, dikatakan Responden Ketiga tidak hadir sendiri di 801016-10- 5991). LPN sendiri menafikan telah menurunkan tandatangannya pada Afidavit Jawapan R3 tersebut. LPN telah memfailkan laporan polis - Balasan AMLA. Sementara itu, seorang lagi Pesuruhjaya Sumpah Tee 117-10-5354) juga telah menafikan Balasan AMLA. Lihat secara terperinci di perenggan 16 dan 17 Afidavit Balasan AMLA. [ 22 ] Dokumen-dokumen yang dipersoalkan tandatangannya telah dikemukakan kepada pemeriksa tandatangan di Jabatan Kimia Malaysia oleh pegawai penyiasat AMLA dan walaupun terdapat kekangan untuk analisa menyeluruh, Ahli Kimia telah menyatakan bahawa tandatangan di R3) adalah berbeza strukturnya dari tandatangan-tandatangan lain di - 20). [ 23 ] Mahkamah mendapati terdapat merit kepada bantahan Pemohon terhadap Afidavit Jawapan R3 yang dipersoalkan dari segi penurunan tandatangan Responden Ketiga dan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah LPN. Penegasan dan penafian Responden Ketiga berkaitan isu tandatangan yang berbeza tersebut tidak dapat mematahkan penegasan oleh Pesuruhjaya Sumpah LPN dalam rakaman percakapannya kepada - dieksibitkan dalam Afidavit Balasan AMLA bahawa Responden Ketiga tidak pernah hadir di hadapannya untuk mengikrarkan Afidavit Jawapan R3 tersebut, malahan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah yang ada bukanlah tandatangan LPN. [ 24 ] Sebagai tambahan, laporan pemeriksa dokumen (supra) walaupun tidak menyeluruh akibat kekurangan sampel dokumen asal jelas menunjukkan tandatangan-tandatangan mempunyai struktur yang berlainan. Selain itu, penelitian Mahkamah sendiri ke atas dokumen-dokumen yang dipersoalkan mendapati terdapat perbezaan jelas antara tandatangan Responden Ketiga pada Afidavit Jawapan R3 dengan tandatangan-tandatangan pada dokumen lain yang dipersoalkan. [ 25 ] Sehubungan itu, Mahkamah memutuskan Afidavit Jawapan R3 adalah tidak teratur dan cubaan mengelirukan Mahkamah dan tidak diterima untuk pertimbangan bagi tujuan permohonan ini. Penolakan Mahkamah kepada Afidavit Jawapan R3 memberi kesan kepada Afidavit Jawapan Kedua R3 yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa penerimaan Afidavit Jawapan R3. [ 26 ] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan tiada jawapan kredibel diberikan oleh Responden Ketiga terhadap permohonan Pemohon. Responden Ketiga bukanlah pembeli suci hati dengan balasan berharga bagi harta tersebut. Permohonan Pemohon di kandungan 1 yang disokong kandungan 2, 3 dan 4 kekal tidak disangkal. KESIMPULAN [ 27 ] Setelah meneliti pliding dan hujah yang difailkan menurut seksyen 56(2) Akta 613, Mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa harta atas nama Responden Ketiga yang disenaraikan dalam Notis Usul (kandungan 1) dan Notis Usul terpinda (kandungan 17/18) adalah hal perkara atau keterangan yang berhubung dengan perlakuan suatu kesalahan di bawah sek. 4(1) Akta 613). [ 28 ] Sehubungan itu, Mahkamah memerintahkan agar harta tersebut (wang berjumlah RM4,084,729.92 dan apa-apa pertambahan kepadanya di dalam akaun semasa CIMB Islamic Bank Berhad bernombor 8605249360 di cawangan New Town Centre, Petaling Jaya, Selangor milik Ammeltz Marketing Sdn Bhd (Nombor Pendaftaran: 1445787-X) iaitu Responden Ketiga) yang disita pada 07.02.2023 dilucuthak kepada Kerajaan. Bertarikh : 20 Februari 2025 (JULIA BINTI IBRAHIM) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor. Kaunsel: Bagi pihak Pemohon Noor Zalizan Lazarous Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden Muniandy Ramasamy Edwin Johnson a/l Johnson Navis Peguam bela dan peguam cara