Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45B-05-11/2017, DA-45B-06-11/2017, DA-45B-07-11/2017 DAN DA-45B-08-11/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
DA-45B-05-11/2017
High Court of Malaysia1 Jan 1900
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Pendakwaan, selain daripada kes Pembelaan itu sendiri. Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Md Zainudin bin Raujan v. PP [2013] 3 MLJ 773 menyatakan: “… At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“leading to the discovery of the drug. We were also satisfied that the learned judge did not err in law in allowing or admitting inadmissible evidence. After considering the provisions of s 167 of the Evidence Act which is as follows: The improper admission or rejection of evidence shall not be ground of itself for a ne”
“t an accused person before it can be relied upon and used against him. A fact or circumstance is held to be proved only when it fulfills the definition of the word “proved” given in section 3 of the Evidence Ordinance”. [92] Ke arah itu adalah mustahak bahawa apabila kes bergantung kepada identifikasi/pengecaman Tertud”
“menyebabkan kematian. [44] Dalam Kes Mahkamah Persekutuan iaitu YEAP BOON HAI v. PP [2010] 2 MLJ 433, penghakimannya Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Whether s 300 or s 299 of the Penal Code should apply: [20] The next issue is, whether on the evidence adduced, the act of appellant falls within the def”
“ri D9, JSJ IPK Kelantan bersama-sama saya dan pasukan telah menemui sehelai ‘ski mask’ di tempat kejadian…” [114] Sedangkan prosedur yang wajar diikuti adalah seperti di dalam kes Tan Hung Song v. R [1950] MLJ 181 di mana penekanan adalah terhadap soal siasat itu sendiri yang menghasilkan maklumat yang diberikan oleh T”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [28] Di dalam erti kata lain, maksudnya ialah kekuatan keterangan itu jika tidak disanggah adalah memadai untuk Mahkamah mempertimbangkan kewujudan fakta-fakta s”
“ya melampaui keraguan yang munasabah. Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung India (Supreme Court of India) di dalam kes Jayanthibai Bhenkaarbhal v. State of Gujerat Air [2002] SC 3569 yang menyatakan: “… the burden of proving the commission of the offence remains on the prosecution and wou”
“Sainal Abidin bin Mading v Public Prosecutor [1994] 4 MLJ 497, Tham Kai Yau & Ors v. Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174]. [48] Di dalam kes Mahkamah Rayuan ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH LWN PENDAKWA RAYA [2015] MLJU 838, yang mengekalkan sabitan di bawah Seksyen 302 KK Mahkamah telah menjelaskan perbezaan “intention” pertudu”
“lah meninggalkan mereka ditempat kejadian yang jauh daripada tempat awam yang sukar bagi mangsa-mangsa mendapat pertolongan atau bantuan daripada orang awam. [47] Di dalam kes PP v. MUSDAR BIN RUSLI [2017] MLJU 401 Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “[37] The next element is intention or mens rea. As stated in the openi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45B-05-11/2017, DA-45B-06-11/2017, DA-45B-07-11/2017 DAN DA-45B-08-11/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
BUDIRON BIN MORTIRAHMAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Kelima-lima Tertuduh keturunan Rohingya, telah dituduh bersama-sama dengan niat bersama membunuh 4 orang warganegara Myanmar (beragama Budha), bersama 5 orang lagi yang masih bebas, satu kesalahan di bawah Seksyen 302 di baca bersama 2 dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tiap-tiap Tertuduh menghadapi 4 pertuduhan masing-masing (seperti di bawah). [2] Tertuduh-Tertuduh (dipanggil “OKT-OKT”) telah dibicarakan bersama. Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie dan OKT-OKT dipanggil membela diri. Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah telah melepas dan membebaskan OKT-OKT daripada semua pertuduhan. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pelepasan dan pembebasan kesemua OKT-OKT. [4] Ini merupakan alasan-alasan terhadap keputusan tersebut. B. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN [5] Berikut adalah pertuduhan-pertuduhan terhadap kelima-lima Tertuduh masing-masing: Pertuduhan Pertama: KES NO. DA-45B-05-11/2017 (Terhadap kesemua Tertuduh) “Bahawa kamu bersama-sama dengan 5 orang yang masih bebas pada 25.10.2016 jam lebih kurang 11.00 malam dan 30.10.2016 jam lebih kurang 6.35 petang bertempat di sebuah kawasan sawah 3 padi di Jalan Tanjung Hilir, Bekelam, Lot 2193, di dalam jajahan Bachok, di dalam Negeri Kelantan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Thet Naing Win (No. passport: M057307) seorang warganegara Myanmar dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: KES NO. DA-45B-06-11/2017 (Terhadap kesemua Tertuduh) “Bahawa kamu bersama-sama dengan 5 orang yang masih bebas pada 25.10.2016 jam lebih kurang 11.00 malam dan 30.10.2016 jam lebih kurang 6.35 petang bertempat di sebuah kawasan sawah padi di Jalan Tanjung Hilir, Bekelam, Lot 2193, di dalam jajahan Bachok, di dalam Negeri Kelantan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Thet Naing Soe (No. passport: M057306) seorang warganegara Myanmar dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga: KES NO. DA-45B-07-11/2017 (Terhadap kesemua Tertuduh) “Bahawa kamu bersama-sama dengan 5 orang yang masih bebas pada 25.10.2016 jam lebih kurang 11.00 malam dan 30.10.2016 4 jam lebih kurang 6.35 petang bertempat di sebuah kawasan sawah padi di Jalan Tanjung Hilir, Bekelam, Lot 2193, di dalam jajahan Bachok, di dalam Negeri Kelantan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Min Zaw Lin (No. passport: M940730) seorang warganegara Myanmar dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan keempat: KES NO. DA-45B-08-11/2017 (Terhadap kesemua Tertuduh) “Bahawa kamu bersama-sama dengan 5 orang yang masih bebas pada 25.10.2016 jam lebih kurang 11.00 malam dan 30.10.2016 jam lebih kurang 6.35 petang bertempat di sebuah kawasan sawah padi di Jalan Tanjung Hilir, Bekelam, Lot 2193, di dalam jajahan Bachok, di dalam Negeri Kelantan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Maung Maung Soe (No. passport: M326063) seorang warganegara Myanmar dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” C. UNDANG-UNDANG MENGENAI KESALAHAN MEMBUNUH DAN PEMAKAIAN SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN 5 [6] SEKSYEN 300, 302 dan 34 KANUN KESEKSAAN memperuntukkan seperti berikut: “300. Murder Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder—
a
if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;
b
if it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
c
if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
d
if the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid.
302
Punishment for murder 6 Whoever commits murder shall be punished with death.
34
Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” D. FAKTA KES [7] Tertuduh 1 hingga 5 dan 5 lagi yang masih bebas masing-masing telah dituduh membunuh Maung Maung Soe (No. Pasport: M326063), Thet Naing Soe (No. Pasport: MA057306), Thet Naing Win (No. Pasport: MA057307) dan Min Zaw Lwin (No. Pasport: M940730) iaitu Si Mati-Si Mati pada di antara 25.10.2016 sehingga 30.10.2016 jam lebih kurang 6.35 petang bertempat di sebuah kawasan sawah padi di jalan Tanjung Hilir, Bekelam, Lot 2193 di dalam Jajahan Bachok, di dalam Negeri Kelantan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [8] Pada 30.10.2016 jam lebih kurang 6.35 petang L/Kpl Mohd Rizal bin Abdul Ghani (Pengadu) (SP1) yang bertugas di Bilik Gerakan IPD Bachok telah menerima panggilan dari orang awam iaitu Zulkefle bin Abdullah Sahimi (SP2) memaklumkan mengenai 7 penemuan 4 mayat di dalam semak di Jalan Tanjung Hilir Bekelam, Bachok, Kelantan. Satu laporan Polis telah dibuat i.e Bachok Repot: 4197/16 (P10 ) dan dijadikan sebagai maklumat pertama. [9] Zulkefle bin Abdullah Sahimi (SP2) pula menyatakan bahawa beliau menerima panggilan dari rakannya bernama Wan Hisyamudin bin Wan Muhammad pada lebih kurang 6.16 petang yang memaklumkan telah menemui empat mayat di sekitar semak Tanjung Hilir dan Zulkefle (SP2) seterusnya memaklumkan penemuan mayat tersebut kepada pihak Polis. [10] Siasatan telah dijalankan oleh pasukan Forensik diketuai oleh ASP Zainuddin bin Yusof (SP7) , IPK Kelantan di tempat kejadian dan mendapati kesemua Si Mati dijumpai dalam semak di Jalan Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok, Kelantan (tempat kejadian). Tempat kejadian ketika dilawati dalam keadaan basah kerana hujan renyai dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan darah dan keempat-empat mayat Si Mati berada dalam keadaan tidak sempurna dan dipercayai telah mati dalam anggaran empat hingga lima hari. [11] Hasil siasatan di tempat kejadian telah menjumpai beberapa barang seperti berikut: i) Satu bungkusan sarung tangan bertulis “just glove” P16B (1aa); 8 ii) Satu sarung tangan getah warna kuning dalam jarak lingkungan 8 meter dari kepala Si Mati X1 (Thet Naing Win) P16B2 (1a); iii) Satu sarung tangan warna kuning di dalam air bendang jarak lebih kurang 12 meter dari kepala Si Mati X1 (Thet Naing Win) P16B (3) (1a); iv) Satu helai kain pelikat warna gelap ditemui antara Si Mati X3 (Maung Maung Soe) dan X4 (Thet Naing Soe) P16A (1aa). [12] Sementara itu, sebelum penemuan mayat-mayat tersebut, pada 26.10.2016 jam lebih kurang 1.25 petang Muhamad Hazazi bin Roslan (SP3) telah membuat satu laporan Polis iaitu Kota Bharu Rpt: 17057/16 (P12) menyatakan bahawa beliau menerima maklumat telefon daripada pekerjanya Cholisil Muhammad Hizban (“Hizban”) yang memberitahu bahawa 4 orang pekerjanya telah diculik pada jam 11.00 malam pada 25.10.2016 semasa berada di asrama pekerja beralamat No. Pt 467 17b Blk Jalan Kuala Krai, Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjong, Kampung Tunjong, Mulong, Kelantan. [13] SP3 telah ke rumah sewa/asrama tersebut dan telah menemui Hizban dan beberapa orang pekerja Myanmar lain. Hizban (gagal dipanggil untuk beri keterangan) memaklumkan kepada SP3 bahawa pada 25.10.2015 seorang pekerja warga Myanmar bernama Min Zaw Lwin (Si Mati) telah keluar dari rumah sewa dan 9 tidak tahu ke mana. Kemudian pada jam lebih kurang 11 malam Min Zaw Lwin (Si Mati) telah kembali ke rumah sewa/hostel bersama dengan (2) orang yang bertopeng muka serta bersenjatakan pisau pemotong sayur dan pisau Rambo. Seorang lelaki bertopeng telah mengacukan pisau ke leher Min Zaw Lwin (Si Mati) manakala seorang lagi mengacukan pisau ke arah semua pekerja lain dan bertanyakan mana Myanmar Buddhist. [14] Di dalam masa yang sama terdapat (2) orang lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau masuk ke dalam dan memukul (3) orang pekerja warga Myanmar bernama Maung Maung Soe, Thet Naing Soe dan Thet Naing Winyang (Si Mati-Si Mati) beragama Buddhist dengan menggunakan tukul dan kayu serta menumbuk dan menyepak (3) orang warga Myanmar tersebut. Kemudian datang lagi (4) orang bertopeng lain masuk ke dalam rumah/asrama tersebut dan telah memukul mereka. [15] Seterusnya kesemua lelaki bertopeng tersebut telah mengheret keluar (4) pekerja warga Myanmar tersebut dari rumah dan melarikan diri dengan menaiki sebuah van. Mengikut Hizban, terdapat 2 orang lelaki lagi yang sedang menunggu dalam van tersebut. 4 orang pekerja yang diculik tersebut adalah Si Mati-Si Mati. [16] Kempat-empat mayat Si Mati telah dijumpai di tempat kejadian pada 30.10.2016. Hasil siasatan Polis mendapati bahawa empat mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang sama dengan kes 10 culik pada 25.10.2016 tersebut (Laporan Polis SP3 berkaitan Kota Bharu Repot: 017057/16). [17] Ekoran daripada siasatan yang dibuat Polis, keempat-empat Tertuduh telah berjaya ditangkap seperti berikut. OKT 1 ditangkap pada 03.11.2016 jam lebih kurang 6.55 petang di Kota Bharu, Kelantan. [18] OKT 2 pula ditangkap pada 03.11.2016 jam lebih kurang 10.45 malam, oleh sepasukan Polis Siasatan Khas (D9) Bukit Aman di sebuah kedai makan di alamat Restoran Selera Ampang, Lot 1.03-
1
1.04 Tingkat Bawah, Wisma Central, Jalan Ampang. [19] OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 ditangkap pada 12/11/2016 jam lebih kurang 8.00 malam oleh pasukan D9, JSJ Bukit Aman dengan dibantu anggota JSJ IPD Jeli di sebuah rumah di PT 5966, Kampung Berdang, Jalan Jeli, Kuala Balah, Jeli, tepi Sungai Kelantan. Semasa tangkapan terhadap OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5, pergelutan berlaku di antara OKT-OKT dan anggota-anggota penangkap. [20] Pihak Polis juga telah berjaya mengesan van yang digunakan pada malam kejadian. [21] Motorvan tersebut telah berjaya dikesan kepada seorang awam bernama Abd Ghani Mamat (SP6). Didapati motorvan dalam keadaan baik dan tidak terdapat apa-apa kesan seperti kesan darah 11 dan warna motorvan juga masih dalam warna asal iaitu kuning cair. SP6 telah menyerahkan motorvan tersebut kepada Muhamad bin Musa iaitu pemilik tempat membaiki kereta untuk dibaiki bagi tujuan untuk dijual. [22] Pada 16.11.2016, SP15 telah menjalankan soal siasat terhadap OKT 1, OKT 3 dan OKT 5. Lanjutan dari soal siasat tersebut, pada jam 3.30 petang, dipandu arah oleh OKT1, OKT 3 dan OKT 5, SP15 bersama pasukan dari D9, JSJ IPK Kelantan telah pergi ke tempat kejadian dan telah menemui sehelai ski mask di tempat kejadian. (Lihat Bachok Repot: 4458/2016). [23] SP15 mengesahkan bahawa walaupuan OKT1, OKT 3 dan OKT 5 tidak sebut nama tempat, tetapi ketiga-tiga OKT tersebut telah tunjuk lokasi dan menceritakan keadaan yang berlaku di tempat kejadian di mana mayat dijumpai di mana van diletakkan dan juga keterangan membawa 4 orang Si Mati ke kawasan semak. [24] Bedah Siasat ke atas keempat – empat Si Mati telah dijalankan oleh Dr. Wan Mohamad Zamri bin Wan Nawawi (SP10) dan punca kematian adalah “multiple sharp wound injuries to the neck and chest” iaitu terdapat luka kelar di leher dan kesan tikaman di dada kanan semua mangsa. Kesemua Si Mati dilekatkan pita pelekat pada mulut dan hidung. Laporan Bedah Siasat disediakan. [25] Inspektor Norihan (SP11) telah mengendalikan satu kawad cam.
Preamble
Menurut SP11 saksi-saksi kawad cam telah dapat mengecam OKT 12 1, OKT 2 dan OKT 5 yang melarikan Si Mati-Si Mati pada 25.10.2016. Namun, saksi-saksi tersebut gagal dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka adalah rakan-rakan sekerja Si Mati-Si Mati yang tinggal di asrama tersebut. E. BEBAN PEMBUKTIAN DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN/ PRIMA FACIE [26] Beban pembuktian yang harus digunapakai di akhir kes Pendakwaan adalah “prima facie” setelah pindaan dibuat kepada Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) pada 31 Januari 1997. Seksyen 180(1) KTJ memperuntukkan: “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [27] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Mahkamah Persekutuan telah memberi panduan kepada seseorang Hakim atau Majistret di dalam memutuskan kes “prima facie” seperti berikut: “(i) At the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of 13 two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the anwer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, if the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [28] Di dalam erti kata lain, maksudnya ialah kekuatan keterangan itu jika tidak disanggah adalah memadai untuk Mahkamah mempertimbangkan kewujudan fakta-fakta sepertimana di dalam pertuduhan, sepertimana diputuskan di dalam kes PP v. Anwar Ibrahim (No. 3) (1999) 2 MLJ 1, di mana Augustine Paul (Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu) telah menyatakan di muka surat 63 – 64 seperti berikut: 14 “A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that if unrebutted, it is sufficient to include the court to believe in the existence of the fact stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be ostponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence.” [29] Ini juga bermakna di akhir kes pendakwaan, di atas penilaian maksima, Mahkamah perlu berpuas hati bahawa gabungan kesemua keterangan yang secara totaliti telah berjaya menghasilkan satu fakta kejadian yang cukup lengkap yang mana semuanya menjurus kepada kebersalahan Tertuduh di dalam melakukan kesalahan tersebut. Di dalam ertikata lain, Mahkamah perlu berpuas hati bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan intipati-intipati kesalahan. [30] Ke arah itu adalah amat penting di dalam mana-mana penghakiman, Hakim Bicara setelah membuat penilaian maksima, membuat dapatan faktanya mengenai kredibiliti saksi-saksi khususnya kredibiliti saksi utama yang lazimnya adalah saksi mata 15 atau mangsa. Di dalam kes ini, tidak terdapat saksi mata/saksi utama bagi kejadian di asrama (kejadian pertama) di mana Si Mati-Si Mati dipukul dan dicolek dan juga kejadian di tempat kejadian di mana Si Mati-Si Mati telah dicederakan dengan teruknya sehingga menyebabkan kematian mereka. Pihak Pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan “circumstantial” sahaja. [31] Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2015] 1LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara keseluruhan. [32] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara “judicial appreciation”. Dapatan Mahkamah ini dihuraikan kemudian seperti perenggan-perenggan berikutnya. F. INTIPATI PERTUDUHAN [33] Untuk membuktikan satu kes prima facie bagi kesalahan membunuh, pihak Pendakwaan perlu mengemukakan intipati-intipati berikut:
i
Bahawa suatu kematian telah berlaku; 16
II
(ii) Bahawa mangsa mati akibat daripada kecederaan yang dialami;
III
(iii) Bahawa kecederaan mangsa telah disebabkan oleh atau adalah hasil daripada perbuatan tertuduh;
IV
(iv) Bahawa dalam menyebabkan kecederaan keatas mangsa, tertuduh telah samada:
a
dengan niat untuk menyebabkan kematian; atau
b
dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang mana tertuduh mengetahui boleh menyebabkan kematian; atau
c
dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa (sufficient in the ordinary course of nature to cause death); atau
d
dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu adalah amat berbahaya dan akan menyebabkan kematian atau kecederaan yang akan menyebabkan kematian. G. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Kes Pendakwaan (Prima Facie) 17
i
Elemen Pertama (suatu kematian telah berlaku) [34] Intipati ini telah berjaya dibuktikan dan tidak dipertikaikan oleh pihak OKT-OKT bahawa kematian telah berlaku ke atas kempat-empat Mangsa (Si Mati-Si Mati) sebagaimana keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya SP10 pakar bedah siasat yang menjalankan post mortem ke atas Si Mati-Si Mati.
II
(ii) Elemen kedua (bahawa mangsa mati akibat daripada kecederaan yang dialaminya) [35] Berdasarkan kepada keterangan SP10 , pakar bedah siasat yang menjalankan post mortem ke atas Si Mati - Si Mati, punca atau sebab kematian adalah “MULTIPLE SHARP WOUND INJURIES TO THE NECK AND CHEST”. [36] Mahkamah ini menerima keterangan pakar ini dan tidak dipertikaikan oleh Peguam OKT-OKT (Tertuduh-Tertuduh).
III
(iii) Elemen Ketiga (kecederaan mangsa telah disebabkan oleh, atau adalah hasil daripada perbuatan Tertuduh) [37] Elemen penting ini adalah berkaitan dengan isu actus reus. Berdasarkan kepada keterangan yang ada, adalah menjadi hujah pihak Pendakwaan bahawa perbuatan OKT-OKTlah yang menyebabkan kematian Si Mati-Si Mati tersebut. 18 [38]
Preamble
Menurut pihak Pendakwaan lagi, terbukti seperti fakta kes bahawa OKT-OKT telah menyebabkan atau telah melakukan kecederaan-kecederaan teruk yang membawa kepada kematian Si Mati-Si Mati.
Preamble
Menurut Pendakwa Raya lagi, keterangan juga menunjukkan bahawa OKT-OKT berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh seperti dipertuduhkan. [39] Mahkamah mengambil maklum bahawa di sepanjang kes Pendakwaan, kesemua OKT-OKT telah awal-awal lagi telah menafikan penglibatan mereka di dalam pembunuhan ini. Sebagai tambahan kepada pembelaan penafian mereka, ada daripada mereka ingin mengemukakan keterangan alibi, bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian pada tempoh seperti pertuduhan dan telah memberi notis alibi. [40] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa di dalam keadaan di mana tiada sebarang keterangan secara langsung (direct evidence) dapat dikemukakan, maka Mahkamah boleh bergantung kepada keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) dengan mengambil kira keterangan kes secara keseluruhan. [41] Di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR v. ROSYATIMAH BTE NEZA & ANOR [1989] 1 MLJ 360, RAZAK ABU v. PP [2008] 8 CLJ 252 Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: 19 “In the absence of such direct evidence it is open to the court to rely on circumstantial evidence to aid it in arriving at a conclusion....” [42] Di dalam kes LOW KIAN BOON v. PP [2010] 5 CLJ 489 di m/s 507 Mahkamah Persekutuan telah membincangkan kedudukan keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) dengan secara terperinci di muka surat 507 – 509 seperti berikut: “[16] The subject of circumstantial evidence has been given detailed attention in Public Prosecutor v. Sarjit Kaur Najar Singh [1998] 5 CLJ 609. In the judgment of Visu Sinnadurai J (as he then was), I find the following relevant. Law on circumstantial evidence: Circumstantial evidence is evidence of circumstances surrounding an event or offence from which a fact in issue may be inferred. Some examples of circumstantial evidence are: (a) motive; (b) acts preparatory to the commission of the offence; (c) fingerprints; (d) possession of stolen goods; and (e) presumptions of fact. The law on circumstantial evidence is stated by the learned editors of Blackstone’s Criminal Practice 1991 at pp 1674-1675 as follows: Circumstantial evidence is to be contrasted with direct evidence. Direct evidence is evidence of facts in issue. In the case of testimonial evidence, it is evidence about facts in issue of which the witness claims to have personal knowledge, for example, “I saw the 20 accused strike the victim”. Circumstantial evidence is evidence of relevant facts, ie facts from which the existence or non-existence of facts in issue may be inferred. It does not necessarily follow that the weight to be attached to circumstantial evidence will be less than that to be attached to direct evidence. For example, the tribunal of fact is likely to attach more weight to a variety of individual items of circumstantial evidence, all of which lead to the same conclusion, than to direct evidence to the contrary coming from witnesses lacking in credibility.” [43] Di peringkat ini berdasarkan keterangan-keterangan “circumstancial” yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, ianya adalah mencukupi untuk membuktikan penglibatan kesemua OKT-OKT terhadap pembunuhan Si Mati-Si Mati.
IV
(iv) Elemen Keempat – Niat Bahawa dalam menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, OKT telah sama ada: - dengan niat untuk menyebabkan kematian; atau - dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang mana OKT mengetahui boleh menyebabkan kematian; atau 21 - dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa; atau - dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu adalah amat berbahaya dan akan menyebabkan kematian atau kecederaan yang akan menyebabkan kematian. [44] Dalam Kes Mahkamah Persekutuan iaitu YEAP BOON HAI v. PP [2010] 2 MLJ 433, penghakimannya Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Whether s 300 or s 299 of the Penal Code should apply: [20] The next issue is, whether on the evidence adduced, the act of appellant falls within the definition of murder in s 300 or culpable homicide in s 299. Applying Tham Kai Yau & Ors v Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174 (FC), the Court of Appeal held that in starting the fire by means of petrol clearly brought about enormous degree of risk to the lives of the occupants. Thus the court ruled that: … the death caused thereby is not just a likely result. It is certainly the most probable result. It is therefore murder. In Tham Kai Yau, Raja Azlan Shah FJ (as His Royal Highness then was) explained the distinctions between the provisions of s 299 and s 300 of the Penal Code. He said: 22 Section 299 of the Penal Code enacts that a person commits culpable homicide, if the act by which the death is caused is done:
a
with the intention to cause death; (b) with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with the knowledge that … the act is likely to cause death. Section 300 of the Penal Code defines murder as follows. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done: (1) with the intention of causing death; (2) with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused; (3) with the intention of causing such bodily injury to any person, and … is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; (4) with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death. The words which I have italised show the marked differences between the two offences. Where there is an intention to kill, as in (a) and (1), the offence is always murder. Where there is no intention to cause death or bodily injury, then and (4) apply. Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder. Illustration (d) of s 300 of the Penal Code is a case of this description. Where the offender knows that the particular person injured is likely, either from peculiarity of constitution, immature age, or other special circumstances, to be killed by an injury which would 23 not ordinarily cause death, it is murder. Illustration (b) of s 300 of the Penal Code is a good example. The essence of (b) and (3) is this. It is culpable homicide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it is murder, if such injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Illustration (c) given in s 300 of the Penal Code is an example. It is on a comparison of these two limbs of s 299 and s 300 that the decision of doubtful cases as the present must generally depend. The distinction is fine, but noticeable. In the last analysis, it is a question of degree of probability.” [45] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa niat boleh di“infer” mengikut tindakan atau perbuatan seseorang. Perkara ini telah ditekankan di dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1MLJ 237 at 239 di mana Hakim Thomson J memperjelaskan berkenaan isu niat sebagai: “Intention is a matter of facts which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether this surrounding circumstance make out such intention is a question of fact in each individual case.” [46] Berbalik kepada kes ini, kecederaan-kecederaan yang dialami Si Mati-Si Mati adalah kecederaan-kecederaan serius sepertimana keterangan SP10, pakar bedah siasat yang mengesahkan terdapat kecederaan “multiple sharp wound injuries to the neck and chest”. 24 Kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini ialah orang-orang yang melakukan kecederaan-kecederaan serius ini memang berniat untuk membunuh mereka, apatah lagi apabila setelah melakukan kecederaan serius tersebut telah meninggalkan mereka ditempat kejadian yang jauh daripada tempat awam yang sukar bagi mangsa-mangsa mendapat pertolongan atau bantuan daripada orang awam. [47] Di dalam kes PP v. MUSDAR BIN RUSLI [2017] MLJU 401 Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “[37] The next element is intention or mens rea. As stated in the opening statement, the prosecution relies on limb (c) of section 300 of the PC. Intention or mens rea is not something, which is capable of being established by direct evidence; it is a matter of inference. It could be gathered from all the facts and circumstances prevailing in the case. There are an abundance of literature in this area of jurisprudence [See Sainal Abidin bin Mading v Public Prosecutor [1994] 4 MLJ 497, Tham Kai Yau & Ors v. Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174]. [48] Di dalam kes Mahkamah Rayuan ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH LWN PENDAKWA RAYA [2015] MLJU 838, yang mengekalkan sabitan di bawah Seksyen 302 KK Mahkamah telah menjelaskan perbezaan “intention” pertuduhan di bawah Seksyen 299 KK dan Seksyen 300 KK: 25 “[9] Peguam Perayu telah membawa perhatian kami kepada kes Mahkamah Persekutuan Tham Kai Yau & ORS v Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174, di mana di muka surat 177 menyatakan: In the present appeal we think that in view of the nature of the injuries sustained by the deceased and the time and place of the incident, there was evidence of an intention on the part of the appellants to cause bodily injury to the deceased. Therefore in those circumstances, the fine distinction between section 299 and section 300 is very important and that point should have been put clearly to the jury in such a way that they would be able to come to a correct conclusion. The forensic practice of reading section 299 and section 300 to juries is likely to confuse rather than help. In view of what we have stated above, a case such as the present must therefore fall within the second part of section 299 or the third clause of section 300. Speaking generally, if the act must in all probability cause death, the offence is within section 300, Penal Code, and if the act is only likely to cause death, the offence falls within section 299, Penal Code.” [49] Mahkamah di peringkat ini, bersetuju berdasarkan keterangan “circumstancial” yang ada, OKT-OKTlah yang melakukan kecederaan-kecederaan serius tersebut dengan niat untuk membunuh kesemua Si Mati-Si Mati. [50] Bagi OKT 1, OKT 3 dan OKT 5 terdapat keterangan tambahan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk mengaitkan mereka 26 dengan kesalahan ini. Pendakwaan menyarankan bahawa hasil soal siasat yang dijalankan pihak Polis melalui SP15, Pegawai Penyiasat, OKT 5 telah memandu arah pihak Polis hingga membawa pihak Polis kepada penemuan topeng Ski Mask serta makluman kedudukan van di tempat penemuan kesemua mayat Si Mati. Mahkamah menerima masuk maklumat tersebut sebagai keterangan, selaras dengan Seksyen 27 dan juga “conduct” (tingkah laku) di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan. Keterangan mengenai maklumat ini datangnya daripada SP15, Pegawai Penyiasat. Namun, OKT 1, OKT 3 dan OKT 5 seawal di peringkat kes Pendakwaan lagi telah mengemukakan cadangan pembelaan mereka bahawa selain daripada pembelaan penafian iaitu mereka bersama OKT-OKT lain tidak terlibat dengan kejadian pertama tersebut (i.e memukul dan culik) di asrama dan membawa Si Mati-Si Mati dan mendatangkan kecederaan/membunuh Si Mati-Si Mati (kejadian kedua), telah menafikan keterangan SP15. Sebaliknya, mereka menyatakan pihak Polis yang dengan paksaan telah membawa mereka ke tempat kejadian. [51] Seksyen 27 Akta Keterangan memperuntukkan: “How much of information received from accused may be proved.
1
When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, 27 whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved.” [52] Pihak Pendakwaan juga telah merujuk kepada kes mengenai tingkah laku OKT yang menunjukkan lokasi dan kedudukan barang kes di dalam kes Mahkamah Agung, WAI CHAN LEONG v. PUBLIC PROSECUTOR [1989] 3 MLJ 356 di mana Mahkamah memutuskan: “The appellant was arrested at Jalan Kalang, off Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur on 1 September 1983 at about 3.40pm. At the time of his arrest five packets containing 15.5g of dangerous drugs were found in his trouser pocket. After his arrest the appellant was interrogated by Chief Inspector Mohamed Yusof bin Mohamed (PW1) who was the officer who had arrested him. Three days after the interrogation the appellant said to Chief Inspector Mohamed Yusof, 'Saya ada simpan lagi 'pek hoon' dalam rumah saya sewa punya - Taman Midah – boleh tunjuk sekarang.' The appellant then led Chief Inspector Mohamed Yusof and a police party to a room in house no 76, Jalan Midah Besar, Taman Midah, Kuala Lumpur, which was rented by him from the mother of a private tutor called Lee Oi See (PW3) and there in that room the appellant said, 'Itu 'pek hoon' ada sana, beg punya dalam.' Then with his right forefinger, although his hands were handcuffed, he pointed at a yellow paper bag (P7) which was recovered. Inside that bag was a plastic packet (P9) which contained, according to the government 28 chemist, 155.30g of heroin. The information which was given to Chief Inspector Mohamed Yusof during the interrogation and at the house in Taman Midah was written by him on a piece of paper which was produced in court and marked exh P2. The police also recovered and seized from the appellant's room a weighing scale (P12) and a restricted passport (P11) belonging to the appellant and later issued a search list (P3) which was acknowledged by him. Having perused the judgment of the learned judge, we were satisfied that he did consider and evaluate the evidence led by the prosecution relating to the information leading to the discovery of the drug. We were also satisfied that the learned judge did not err in law in allowing or admitting inadmissible evidence. After considering the provisions of s 167 of the Evidence Act which is as follows: The improper admission or rejection of evidence shall not be ground of itself for a new trial or reversal of any decision in any case if it appears to the court before which the objection is raised that, independently of the evidence objected to and admitted, there was sufficient evidence to justify the decision, or that, if the rejected evidence had been received, it ought not to have varied the decision. We were satisfied that there was sufficient evidence in this case to prove the guilt of the appellant and to justify his conviction. We therefore dismissed the appeal and con-firmed the conviction and sentence on the appellant.” 29 [53] Di dalam kes ABDUL HAMID BIN UDIN v. PUBLIC PROSECUTOR [2000] 6 MLJ 334, di dalam mengaplikasi Seksyen 27 Akta Keterangan, Mahkamah memutuskan bahawa: “In the context of the question the subsequent leading of SP4 to the offending drug cannot be said to be merely assisting in their recovery as in PP v Khoo Boo Hock & Anor; Yee Ya Meng v PP [1972] 1 MLJ 120. It is evident that the appellant's conduct of showing the offending material, in reply to the question: 'Adakah kamu menyimpan apa-apa barang salah' shows that the appellant is keeping something that he knows is wrong in law, and that prohibited item was shown to be cannabis. Such evidence falls squarely within s 27 of the Evidence Act 1950 ……..” [54] Pihak Pendakwaan juga telah merujuk kepada Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang berbunyi: “Motive, preparation and previous or subsequent conduct
1
Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced 30 by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto.” [55] Pihak Pendakwaan telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu BALA ANAK MATIK v. PUBLIC PROSECUTOR [2006] 3 MLJ 516 yang telah memberikan panduan berkaitan pemakaian Seksyen 8 Akta Keterangan berkaitan tingkah laku OKT menunjukkan lokasi barangan yang material untuk membuktikan intipati pertuduhan seperti berikut: “[26] It is also the submission of learned counsel for the appellant that the evidence of the appellant pointing to the parang as shown in the photograph exhibit P32D could not be used to corroborate the cautioned statement, implicating the appellant to the offence. On this point, we find that the conduct of the appellant pointing to the parang as shown in exh P32D was never relied upon by the learned trial judge in coming to the decision that it corroborated the cautioned statement. It is the discovery of the parang which corroborated the cautioned statement and not otherwise as submitted by learned counsel for the appellant. Be that as it may, we find that the law clearly permits such an evidence of pointing to the parang as shown in P32D to be admitted as conduct under s 8 s 8 of the Evidence Act 1950.” [56] Di akhir kes Pendakwaan setelah menggunakan pendekatan yang dinyatakan sebelum ini iaitu membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, Mahkamah 31 berpuas hati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie. OKT-OKT dengan itu dipanggil untuk membela diri. Kes Pembelaan [57] Kelima-lima OKT-OKT/Tertuduh-Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi. Keterangan saksi-saksi pihak Pembelaan (i.e OKT 1 hingga OKT 5) [58] OKT 1 menafikan terlibat dengan pembunuhan tersebut. OKT 1 telah menafikan mengadakan satu perjumpaan di kedai makan di Tanjung bersama OKT 2, OKT 3, OKT 4, OKT 5 dan 5 lagi yang masih bebas. OKT 1 juga menafikan ada pergi ke asrama tempat tinggal Si Mati-Si Mati dengan menaiki van putih dan menafikan memukul, mengikat mulut dengan pita putih dan mengikat tangan mangsa-mangsa. OKT 1 juga telah menafikan mencolek dan membawa keempat-empat mangsa bersama Tertuduh-Tertuduh lain termasuk 5 lagi yang masih bebas ke kawasan sawah padi di tempat kejadian dengan van. [59] OKT 1 juga menafikan bersama-sama Tertuduh yang lain menikam dada dan mengelar leher mangsa dan seterusnya meninggalkan Si Mati-Si Mati yang telah dibunuh di dalam semak di kawasan tersebut. OKT 1 juga menafikan telah memberi maklumat dan seterusnya telah pandu arah pihak Polis ke tempat kejadian di 32 mana mayat-mayat Si Mati dijumpai sebaliknya Polis yang membawa OKT 1, OKT 3 dan OKT 5 ke tempat tersebut dan menjumpai mayat-mayat tersebut. [60] OKT 1 turut menafikan cadangan Pendakwaan bahawa perbuatan tersebut dilakukannya kerana marah dan untuk membalas dendam terhadap perbuatan kejam rakyat Myanmar Buddist terhadap keluarga dan bangsa Rohingya di Myanmar. [61] OKT 1 juga membawa pembelaan alibi di mana OKT 1 pada malam 25.11.2016 berada di rumah kawan bernama Abdul Malik begitu juga pada 30.10.2016 selepas jam 6.30 petang di mana pada sebelah pagi bekerja seperti biasa. [62] OKT 2 juga menafikan terlibat dengan pembunuhan tersebut. OKT 2 juga menafikan telah pergi berjumpa OKT 1 semasa berada di Kota Bharu. OKT 2 juga menafikan bahawa OKT 1 telah mengajak beliau datang ke Kota Bharu. OKT 2 menafikan telah berjumpa OKT 3, OKT 4, OKT 5 dan 5 orang lain yang masih bebas pada malam 25.10.2016 di sebuah kedai makan berdekatan G’Orange. OKT 2 juga telah menafikan pergi ke asrama tempat tinggal Si Mati-Si Mati dengan menaiki van putih, menafikan telah memukul, mengikat tangan dan mulut dengan tali pita dan seterusnya membawa ke kawasan sawah padi di tempat kejadian dan seterusnya membunuh Si Mati-Si Mati dengan cara menikam di dada dan mengelar leher Si Mati-Si Mati dengan menggunakan 33 pisau dan seterusnya membuang mayat-mayat tersebut ke dalam semak di kawasan tersebut i.e tempat kejadian. [63] OKT 2 juga menafikan telah pergi bersama OKT 1 ke sebuah pasaraya DZ Mart di Kampung Tunjung untuk membeli beberapa bilah pisau dan pita cellotape bagi tujuan tersebut. [64] OKT 2 juga telah menafikan cadangan Pendakwaan bahawa beliau melakukan pembunuhan tersebut kerana ingin membalas dendam tetapi berasa marah sedikit atas perbuatan orang Myanmar Buddist yang melakukan pembunuhan dan perbuatan kejam ke atas etnik Rohingya Islam. [65] OKT 2 juga membawa pembelaan alibi i.e bahawa dia berada di rumah nenek angkatnya bernama Shidah semasa kejadian (25 -
30
30.10.2016) kerana menjaga nenek angkatnya itu yang tidak sihat. [66] OKT 3 juga turut menafikan terlibat dengan pembunuhan tersebut. OKT 3 juga menafikan telah pergi ke Tunjung, Kota Bharu dari Jeli bersama-sama OKT 4 dan OKT 5. Menafikan ada pergi ke asrama tempat tinggal Si Mati dengan menaiki van putih. OKT 3 juga menafikan memukul, mengikat mulut dengan pita putih dan mengikat tangan mangsa-mangsa. OKT 3 menafikan mencolek dan membawa keempat-empat mangsa bersama Tertuduh-Tertuduh lain termasuk yang masih bebas ke kawasan sawah padi di tempat kejadian dengan van. OKT 3 juga menafikan telah bersama-sama Tertuduh yang lain, menikam dada dan mengelar 34 leher mangsa-mangsa dan seterusnya meninggalkan Si Mati-Si Mati yang telah dibunuh di dalam semak di kawasan tempat kejadian. [67] OKT 3 turut menafikan telah pandu arah pihak Polis bersama-sama OKT 1 dan OKT 5 ke tempat di mana mayat-mayat di jumpai (tempat kejadian) sebaliknya menurutnya pihak Polis yang membawa OKT 1, OKT 3 dan OKT 5 ke tempat kejadian. [68] OKT 3 juga menafikan cadangan Pendakwaan bahawa perbuatan tersebut dilakukan kerana marah dan dendam terhadap perbuatan orang Myanmar Buddist terhadap apa yang mereka lakukan terhadap keluarga dan bangsa Rohingya di Myanmar. [69] OKT 3 semasa disoal balas mengesahkan bahawa semasa tinggal di Myanmar dan datang ke Malaysia secara haram keluarga beliau berada dalam keadaan susah dan terseksa akibat perbuatan Buddist Myanmar dan kakak beliau telah dirogol dan dibunuh. [70] Semasa disoal balas OKT 4 tidak menafikan bahawa keluarga beliau ada yang mati dibunuh oleh Myanmar Buddist di Myanmar disebabkan masalah Perkauman dan Agama dan ada perasaan marah apabila keluarga mati dibunuh. [71] OKT 4 menafikan telah pergi ke Kota Bharu bersama-sama OKT 3 dan OKT 5 untuk berjumpa OKT 1. Menafikan telah berjumpa OKT 35 1 dan OKT 2 bersama 5 yang masih bebas di sebuah kedai makan di Tunjung berdekatan D’Orange. [72] OKT 4 menafikan ada pergi ke asrama tempat tinggal Si Mati dengan menaiki van putih. Menafikan memukul, mengikat mulut dengan pita putih dan mengikat tangan mangsa-mangsa. Menafikan mencolek dan membawa keempat-empat mangsa bersama-sama Tertuduh-Tertuduh lain termasuk yang masih bebas ke kawasan sawah padi di Bachok dengan van. OKT 4 juga menafikan bersama-sama Tertuduh yang lain menikam dada dan mengelar leher mangsa dan seterusnya meninggalkan Si Mati-Si Mati yang telah dibunuh di dalam semak di kawasan tersebut. Menafikan kepada cadangan Pendakwaan bahawa perbuatan tersebut dilakukan kerana marah dan dendam terhadap perbuatan orang Myanmar Buddist terhadap apa yang mereka lakukan terhadap keluarga dan bangsa Rohingya di Myanmar. [73] OKT 5 pula menyatakan bahawa pada 25.10.2016 sehingga 30.10.2016 berada di Jeli Kelantan. Sebelum ditangkap OKT 5 tidak pernah pergi ke Kota Bharu atau Bekelam di Bachok. Mengesahkan tinggal bersama OKT 3 dan OKT 4 di Jeli, Kelantan. [74] OKT 5 menyatakan hanya mengenali OKT 1 dan OKT 2 semasa dilokap. OKT 5 juga menyatakan tidak mengenali Si Mati-Si Mati tetapi mengetahui mengenai kes ini selepas ditangkap. 36 [75] OKT 5 mengesahkan ada di bawa ke Bekelam Bachok bersama-sama OKT 1 dan OKT 3. OKT 5 menafikan telah pandu arah Polis ke tempat di mana mayat-mayat dijumpai di Bekelam Bachok. [76] OKT 5 menafikan telah pergi ke Tunjung Kota Bharu dari Jeli bersama-sama OKT 3 dan OKT 4 dengan menaiki teksi. Menafikan ada pergi ke asrama tempat tinggal Si Mati dengan menaiki van putih. OKT 5 menafikan telah memukul, mengikat mulut dengan pita putih dan mengikat tangan mangsa. OKT 5 seterusnya menafikan mencolek dan membawa keempat-empat mangsa bersama Tertuduh-Tertuduh lain termasuk yang masih bebas ke kawasan sawah padi di Bachok dengan van i.e tempat kejadian. [77] OKT 5 juga menafikan bersama-sama Tertuduh yang lain menikam dada dan mengelar leher mangsa dan seterusnya meninggalkan Si Mati-Si Mati yang telah dibunuh di dalam semak di kawasan tersebut (tempat kejadian). OKT 5 juga menafikan telah pandu arah pihak Polis bersama-sama OKT 1 dan OKT 3 ke tempat di mana mayat-mayat dijumpai. [78] OKT 5 turut menafikan cadangan Pendakwaan bahawa perbuatan tersebut dilakukan kerana marah dan dendam terhadap perbuatan orang Myanmar Buddist terhadap apa yang mereka lakukan terhadap keluarga dan bangsa Rohingya di Myanmar. [79] Secara keseluruhan Pembelaan OKT-OKT adalah penafian seperti di bawah: 37
i
Menafikan wujudnya perjumpaan kesemua Tertuduh-Tertuduh (OKT-OKT) bersama-sama dengan mereka yang masih bebas pada malam kejadian di Tunjung Kota Bharu bagi mencapai niat bersama mereka mencari warganegara Myanmar berugama Buddist;
II
(ii) Menafikan telah pergi ke tempat di mana keempat-empat mangsa tinggal iaitu di sebuah asrama/rumah sewa beralamat No. Pt 467 17b Blk Jalan Kuala Krai, Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjong, Kampung Tunjong, Mulong Kelantan dengan menaiki sebuah van warna putih;
III
(iii) Menafikan telah menangkap dan memukul keempat-empat mangsa dengan senjata seperti kayu dan penukul serta mengikat mulut-mulut mereka dengan pita putih;
IV
(iv) Menafikan telah mengikat tangan keempat-empat mangsa dan membawa mereka menaiki van putih dan seterusnya membawa mereka ke sebuah kawasan sawah padi di Bachok Kelantan;
v
Menafikan telah menikam dada dan mengelar mangsa di bahagian leher sehingga membawa kepada kematian keempat-empat mangsa dan seterusnya telah mencampak mayat mangsa-mangsa berkenaan di kawasan semak di Jalan Tanjung Hilir Bekelam, Bachok Kelantan (tempat kejadian) sebelum melarikan diri. 38 [80] Ini tidak termasuk Pembelaan tambahan iaitu pembelaan alibi oleh OKT 1, OKT 2 dan OKT 5 yang kononnya menyokong Pembelaan mereka bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian ketika tempoh tersebut seperti pertuduhan. [81] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan. Ini termasuk keterangan-keterangan pihak Pembelaan itu sendiri dan juga kes Pendakwaan dan juga mengambil kira keprobebelan kes itu. Adalah menjadi tanggungjawab Pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah di kedua-dua peringkat i.e sepanjang kes berjalan. Manakala, adalah menjadi undang– undang mantap bahawa beban OKT–OKT adalah hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah sahaja terhadap kes Pendakwaan setelah Pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [82] Seksyen 182 A Kanun Acara Jenayah menyatakan seperti berikut: “182 A (i): At the conclusion of the Trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.” (Penekanan oleh Mahkamah) [83] Ke arah itu, adalah menjadi tangungjawab Mahkamah di akhir kes untuk meneliti kesemua keterangan-keterangan yang ada secara “judicial appreciation of evidence”. Ini dititik-beratkan lagi oleh 39 Seksyen 182 A (i) di atas yang menghendakki Mahkamah meneliti semula kes Pendakwaan, selain daripada kes Pembelaan itu sendiri. Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Md Zainudin bin Raujan v. PP [2013] 3 MLJ 773 menyatakan: “… At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as…” (Penekanan oleh Mahkamah) [84] Ke arah itu, Mahkamah telah meneliti semula kes Pendakwaan dan mendapati bahawa Pembelaan penafian mereka adalah konsisten dengan cadangan mereka yang telah dikemukakan di peringkat kes Pendakwaan dan mendapati bahawa Pendakwa Raya gagal membuktikan intipati utama iaitu OKT-OKTlah yang telah mendatangkan kecederaan serius terhadap Si Mati-Si Mati yang seterusnya menyebabkan kematian mereka. Justeru, Mahkamah mendapati satu kes prima facie gagal dibuktikan oleh Pendakwaan dan Tertuduh tidak sepatutnya dipanggil membela diri. [85] Ini adalah kerana berdasarkan keterangan yang ada, pihak Pendakwaan telah gagal mengenalpasti bahawa, pertama Tertuduh-Tertuduhlah yang memasukki asrama berkenaan dan telah memukul Si Mati-Si Mati dan menculik mereka dan kedua, seterusnya Si Mati-Si Mati telah di bawa ke tempat kejadian, 40 dicederakan dengan seriusnya hingga menyebabkan kematian Si Mati-Si Mati, oleh OKT-OKT. Ini adalah kerana suspek-suspek/penceroboh-penceroboh yang terlibat (yang kononnya adalah Tertuduh-Tertuduh) telah memakai topeng. Justeru itu, identiti Tertuduh-Tertuduh adalah dipersoalkan. [86] Tambah-tambah lagi saksi-saksi yang kononnya melihat peristiwa menceroboh ke dalam asrama, memukul dan menculik Si Mati-Si Mati di asrama pekerja tersebut, telah gagal dipanggil untuk memberi keterangan. Saksi mata, Hizban, yang sepatutnya menjadi saksi mata utama Pendakwaan telah gagal dikesan dan gagal memberi keterangan. Ini telah menimbulkan satu lompangan di dalam kes Pendakwaan dan ini adalah fatal kepada Pendakwaan. [87] Tambahan lagi, kes Pendakwaan hanyalah berdasarkan keterangan dengar cakap yang diberi oleh SP3, Muhamad Hazazi bin Roslan (majikan Hizban dan Si Mati-Si Mati) mengenai apa Hizban (dan lain-lain saksi di rumah sewa/asrama tersebut) memberitahunya sedangkan Hizban sendiri tidak memberi keterangan. [88] Tindakan pasif pihak Polis pula untuk memastikan kehadiran atau “availability” Hizban dan saksi-saksi lain sepanjang perbicaraan mengundang padah lagi apabila inferens bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dikenakan terhadap pihak Pendakwaan. Ini juga terjumlah kepada “suppression of evidence”. 41 Pihak Polis telah mengambil ringan tentang perlunya saksi-saksi ini berada di dalam kawalan Polis untuk memastikan kehadiran mereka untuk memberi keterangan pada hari perbicaraan. (Ini akan dibincang lanjut). [89] Perlu ditekankan di sini juga, andai kata saksi-saksi tersebut hadir memberi keterangan sekalipun, identiti penceroboh-penceroboh/penculik-penculik tersebut masih lagi menjadi tandatanya kerana mereka memakai topeng dan sukar dicamkan. Di dalam kes ini tiada keterangan atau penjelasan bagaimana saksi-saksi dapat mengecamkan mereka kerana tiada saksi pengecaman yang hadir. Keterangan hanya datang daripada Pegawai yang mengendalikan Kawad Cam, Inspektor Norihan binti Yusuf (SP11) yang merupakan keterangan dengar cakap. SP11 menyatakan hasil kawad cam OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 berjaya dicamkan secara positif oleh saksi-saksi. (Ini akan dibincangkan kemudian). Pihak Pendakwaan perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dengan mengaitkan Tertuduh-Tertuduh ini dengan orang-orang yang memakai topeng tersebut. Seterusnya Pendakwaan perlu membuktikan kaitan Tertuduh-Terduduh dengan percerobohan dan penculikan di asrama tersebut dan akhirnya bahawa Tertuduh-Tertuduhlah orang-orang yang bertopeng tersebut yang telah mendatangkan kecederaan hingga membawa kepada kematian Si Mati-Si Mati di tempat kejadian. 42 [90] Di dalam ertikata lain, pengecaman Tertuduh-Tertuduh tersebut adalah amat mustahak. [91] Raja Azlan Shah (ketika itu) di dalam kes KS Roberts v. Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 137, 138 mengatakan: “Identification is a fact or circumstance which must be proved against an accused person before it can be relied upon and used against him. A fact or circumstance is held to be proved only when it fulfills the definition of the word “proved” given in section 3 of the Evidence Ordinance”. [92] Ke arah itu adalah mustahak bahawa apabila kes bergantung kepada identifikasi/pengecaman Tertuduh-Tertuduh, Mahkamah perlu menggunapakai prinsip-prinsip atau arahan-arahan di dalam kes Regina v. Turnbull [1976] AII ER 54 atau dipanggil Turnbull Direction yang mana telah digunapakai oleh Mahkamah di Malaysia. Mahkamah ingin memetik 2 prinsip utama di dalam kes tersebut sepertimana disusun semula oleh Penulis Andrew and Hirst (muka surat 338 – 339) seperti berikut: “(a) The need for the judge to warn the jury about the dangers of identification evidence. First, whenever the case against an accused depends wholly or substanstially on the correctness of one or more identifications of the accused which the defence alleged to be 43 mistaken, the judge should warn the jury of the special need for caution before convicting the accused in reliance upon the correctness of the identification or identifications. In addition, he should instruct them as to the reason for the need for such a warning, and should make some reference to the possibility that a mistaken witness can be convincing one and that a number of such witnesses can all be mistaken.” [93] Prinsip ini menekankan pentingnya amaran diberikan, yang antara lain bahawa saksi boleh tersilap di dalam pengecaman seseorang Tertuduh, walaupun keterangan-keterangannya terhadap Tertuduh adalah meyakinkan. Memandangkan sistem juri telah dihapuskan namun adalah wajar Hakim perlu memberi amaran sedemikian kepada dirinya. [94] Prinsip Kedua adalah seperti berikut: “(b) The need for him to direct the jury to examine various specific matters that may affect the strength or cogency of the evidence before them. Secondly, the judge should direct the jury to examine closely the circumstances in which the identification by each witness came to be made. How long did the witness have the accused under observation? At what distance? In what light? Was the observation impeded in any way, as for example by passing traffic or a press of people? Had the witness ever 44 seen the accused before? How often? If only occasionally, had he any special reason for remembering the accused? How long elapsed between the original observation and the subsequent indentification to the police? Was there any material discrepancy between the description of the accused given to the police by the witness when first seen by them and his actual appearance? If in any case, whether it is being dealt with summarily or on indictment, the prosecution have reason to believe that there is such a material discrepancy, they should supply the accused or his legal advisers with particulars of the description the police were first given. In all cases, if the accused asks to be given particulars of such description, the prosecution should supply them. Finally, he should remind the jury of any specific weakness which had appeared in the identification evidence. All these matters go to the quality of the identification evidence. If the quality is good and remains good at the close of the accused’s case, the danger of mistaken identification is lessened; but the poorer the quality, the greater the danger (at page 552)”. [95] Daripada prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa penekanan diberikan kepada kualiti sesuatu pengecaman itu yang mana banyak bergantung kepada keupayaan saksi mata tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu kualiti pengecaman antara lain ialah jarak saksi mata dengan tertuduh di 45 tempat kejadian; sama ada penglihatannya tidak diganggu oleh contohnya kekurangan cahaya; kehadiran orang yang ramai ditempat kejadian, (was the observation / identity impended by a press of people), berapa cepat kejadian berlaku yang membolehkan saksi melihat perlakuan Tertuduh di dalam melakukan jenayah tersebut. [96] Apa pun perlu ditekankan di sini bahawa hakikatnya kesilapan pengecaman sentiasa boleh berlaku seperti maxim “a mistaken witness can be a convincing one and that a number of such witnesses can all be mistaken”. Ini adalah benar apabila pengecaman tersebut melibatkan suspek-suspek/Tertuduh yang ramai di sesuatu tempat kejadian seperti di dalam kes ini, yang menjadikan sesuatu pengencaman itu tidak berkualiti dan diragui. [97] Bukan sahaja tidak ada keterangan dari saksi-saksi mata yang dapat memberi keterangan mengenai kejadian memukul dan penculikan di asrama tersebut (kejadian pertama) serta, pembunuhan-pembunuhan tersebut di tempat kejadian (kejadian kedua) namun, keterangan yang berjaya dikemukakan oleh pihak Pendakwaan adalah keterangan dengar cakap bahawa 8 orang telah menceroboh masuk asrama tersebut, telah memukul dan seterusnya menculik Si Mati-Si Mati ini. Malangnya kesemua mereka i.e penceroboh-penceroboh ini memakai topeng. Kes Pendakwaan mengenai perkara ini adalah berdasarkan hasil siasatan terhadap saksi-saksi di tempat kejadian iaitu penghuni-penghuni asrama tersebut yang tinggal bersama Si Mati-Si Mati 46 khususnya Hizban. Malangnya mereka tidak dipanggil untuk memberi keterangan menjadikan keterangan-keterangan mereka seperti mana Mahkamah memutuskan sebelum ini sebagai keterangan “dengar cakap” sahaja, melalui keterangan SP3, Muhamad Hazazi. [98] Andaikata saksi-saksi mata berjaya dikesan dan memberi keterangan mereka sekalipun, Mahkamah berpendapat adalah sukar dan tidak selamat bagi Mahkamah mengambilkira keterangan-keterangan mereka kerana mereka tidak akan berjaya memenuhi kehendak “Turnbull Direction” memandangkan penceroboh-penceroboh tersebut memakai topeng, dan tidak akan mampu dicamkan secara positif oleh saksi-saksi di dalam keadaan biasa. [99] Lebih fatal lagi apabila dengan ketiadaan saksi-saksi ini, pihak Pendakwaan tidak dapat melepaskan beban untuk membuktikan bahawa OKT-OKT inilah orang yang bertopeng yang dimaksudkan yang telah menceroboh masuk, memukul dan menculik Si Mati-Si Mati. Di dalam ertikata lain, tidak ada secebis keterangan yang berjaya dikemukakan oleh pihak Pendakwaan yang membuktikan orang-orang bertopeng tersebut adalah OKT-OKT yang telah menceroboh masuk ke dalam asrama tersebut, memukul mangsa dan seterusnya menculik mangsa/Si Mati-Si Mati. 47 [100] Lebih malang lagi apabila dengan ketidakhadiran saksi-saksi tersebut (kerana gagal dikesan) pihak OKT-OKT telah dinafikan hak mereka untuk menyoal balas saksi-saksi ini. [101] Pihak Pendakwaan, khususnya Pegawai Penyiasat (SP15) dan Pegawai Pengesan (SP16) juga gagal memberi penjelasan yang meyakinkan Mahkamah mengenai kegagalan saksi-saksi ini dikesan dan usaha-usaha mereka untuk memastikan saksi-saksi ini hadir untuk memberi keterangan di Mahkamah. Di atas sebab ini anggapan bertentangan dikenakan terhadap Pendakwaan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan. [102] Pihak Pendakwaan/Pegawai Polis (SP15 & SP16) telah mengetahui saksi-saksi tersebut seperti yang disenarai “PSP 16” para 4, adalah saksi-saksi mata dan merupakan saksi yang penting khususnya saksi Cholisil Muhamad Hizban (“Hizban”). Pihak Polis/Pedakwaan gagal memberi penjelasan mengapa saksi-saksi tersebut tidak diberi bon di bawah Seksyen 118 KAJ ataupun secara “civil detention” untuk memastikan saksi-saksi ini berada di Malaysia untuk memberi keterangan. Tindakan Polis yang diambil adalah merupakan tindakan rutin sahaja contohnya menyemak di JPN, semak dengan pihak Imigresen, mengiklan di surat khabar dan lain-lain. Usaha–usaha ini adalah dengan izin, seperti kata pepatah “melepaskan batuk di tangga” sahaja. [103] Lebih tambah buruk lagi apabila usaha untuk mengesan mereka dibuat amat lewat. Menurut SP16, Pegawai Pengesan, beliau 48 hanya mendapat arahan untuk mengesan keluar masuk saksi-saksi tersebut daripada SP15, Pegawai Penyiasat, hanya pada 9.10.2018 sedangkan kes ini telah bermula pada 11.7.2018 lagi. Jika usaha-usaha gigih dijalankan pihak Polis lebih awal lagi, sekurang-kurangnya Polis mungkin dapat mengemukakan saksi penting, Hizban yang hanya telah keluar negara ini pada 18.9.2018. (Selepas perbicaraan dimulakan). [104] Sekarang Mahkamah ingin berbincang lanjut mengenai kawad cam. Pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan Laporan Kawad Cam yang Mahkamah telah menerimanya sebagai Eksibit. Kawad cam ini telah dikendalikan oleh SP11. Mahkamah mendapati bahawa Laporan Kawad Cam ini tidak mempunyai nilai keterangan langsung kerana pertamanya ianya dilakukan dengan tidak mengikut prosedur yang betul dan keduanya saksi-saksi yang terlibat tidak dipanggil untuk menerangkan bagaimana proses pengecaman atau kawad cam itu dijalankan melainkan SP11 yang keterangannya adalah tidak memadai. Tidak ada keterangan bebas oleh saksi-saksi bagi menunjukkan peserta kawad cam adalah semua berbangsa Myanmar, hampir sama paras rupa, sama umur, hampir sama tinggi, saksi-saksi telah diasingkan dan lain-lain dan telah mengikut prosedur yang diiktiraf seperti arahan di dalam IGSO. [105] Tidak pula terdapat keterangan bebas yang terperinci bagaimana proses kawad cam dijalankan dan ianya telah menepati arahan IGSO. Keterangan utama yang ada adalah datangnya dari 49 keterangan SP11 sahaja. OKT-OKT tidak berpeluang untuk mengesahkan kebenaran keterangan SP11 ini kerana tidak berpeluang menyoal balas saksi-saksi kawad cam tersebut. [106] Yang anehnya, semasa pencerobohan tersebut berlaku di asrama, semua penceroboh (yang kononnya adalah OKT-OKT) memakai topeng tetapi semasa kawad cam, peserta-peserta kawad cam tidak memakai topeng. SP11 di dalam “PSP 11” di para (11) menyatakan: “Saya percaya tanpa topeng ia dapat membantu saksi buat pengecaman melalui mata, rambut atau apa-apa yang lain, selain pengecaman tubuh badan”. Pendekatan ini adalah salah. Ternyata tindakan SP11 ini adalah untuk membantu saksi-saksi kawad cam mengecam suspek-suspek dengan mudah, sedangkan SP11 sepatutnya bertindak secara neutral. [107] Keduanya, tiada penjelasan bagaimana saksi-saksi kawad cam (yang kononnya berada dan melihat apa yang berlaku di asrama pekerja tersebut) dapat mengecam OKT-OKT sebagai orang yang terlibat yang telah menceroboh masuk ke dalam asrama tersebut dan seterusnya memukul dan menculik Si Mati-Si Mati, sedangkan mereka semua bertopeng. 50 [108] Dengan ketidakhadiran saksi-saksi kawad cam, bukan sahaja ianya mewujudkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan sepertimana telah dinyatakan sebentar tadi, bahkan OKT-OKT dinafikan haknya untuk menyoal balas saksi-saksi tersebut “to test the veracity of SP11’s evidence”. Mahkamah juga dinafikan peluang untuk menilai kekuatan dan kekukuhan keterangan-keterangan mereka dan juga demeanour mereka. [109] Perlu ditekankan di sini, andai kata saksi-saksi ini telah berjaya mengecamkan OKT-OKT ini sekalipun, pihak Pendakwaan masih lagi gagal melepasi beban kedua iaitu untuk mengaitkan (link/nexus) kejadian pertama ini dengan kejadian kedua iaitu pembunuhan Si Mati-Si Mati dan penemuan mayat-mayat mereka. Ini akan disentuh di para seterusnya. [110] Mahkamah akan menyentuh mengenai kejadian bunuh di tempat kejadian. Memandangkan Pendakwaan gagal untuk mengecamkan bahawa orang-orang yang bertopeng tersebut adalah OKT-OKT, maka adalah amat sukar untuk mengaitkan OKT-OKT ini dengan kejadian pembunuhan terhadap keempat-empat mangsa ini. [111] Pihak Pendakwaan telah cuba untuk menggunakan peruntukan Seksyen 27, Akta Keterangan yang mana keterangan tiga daripada OKT-OKT tersebut iaitu OKT 1, OKT 3 dan OKT 5 setelah disoal siasat, telah membawa Polis ke tempat kejadian dan menjumpai satu “ski mask” dan pengakuan mereka kononnya mengenai apa yang berlaku. Mahkamah ini ingin merujuk kepada satu kes “locus 51 classicus” iaitu kes Pulukori Kottaya v. Emperor (AIR) 1947 PC
67
Di dalam kes bunuh tersebut, OKT telah mengaku “I stabbed Sivayah with a spear. I hide the spear in a yard in my village and I will show the place”. Privy Council telah memutuskan bahawa bahagian pertama pernyataan itu tidak boleh diterima kerana ianya menyentuh mengenai kebersalahan OKT. Namun bahagian kedua iaitu pengakuan yang membawa kepada penemuan lembing telah diterima masuk di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan. Pendekatan ini telah diikuti di dalam kes PP v. Lee Kian Seng [2013] 7 MLJ 844. Di dalam kes tersebut, Tertuduh mengaku dia melakukan pembunuhan tersebut dan boleh membawa Polis ke tempat di mana mayat Si Mati boleh ditemui. Tertuduh seterusnya telah membawa Polis kepada tempat mayat tersebut dijumpai. Mahkamah memutuskan bahawa hanya maklumat yang diberikan sahaja boleh diambil kira di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan. “Headnote” kes tersebut menyatakan “the evidence did not lead to inference that the accused had commited the murder, but only to the fact that there was a dead body. Just because the accused knew where the deceased’s body could be found did not mean that he was responsible for the death of the deceased”. (Penekanan Mahkamah) [112] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa maklumat di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan dan “conduct” mereka menunjuk (pointing) di dalam kes ini tidak boleh diambil kira kerana prosedur yang digunakan adalah tidak betul kerana tidak mengikut prosedur yang diamalkan seperti 52 di dalam kes Tan Hung Song v. R [1950] 1 MLJ 181 kerana adalah mustahak Mahkamah menentukan bahawa apakah sebenarnya maklumat yang diberikan dan juga seperti Mahkamah memutuskan di dalam kes itu, “it would be appropriate to give evidence of the discovery of the fact first before giving evidence of the information, the accused supplied”. [113] Pernyataan bertulis SP15 di para 43 hanya menyatakan seperti berikut: “Pada 16.11.2016 jam 3.00 petang, dipandu arah oleh suspek Ayas bin Ahmaddullah (OKT 1), Badiron (OKT 5) dan Jafarullah (OKT 3) bersama ASP Ahmad Ariffin dari D9, JSJ IPK Kelantan bersama-sama saya dan pasukan telah menemui sehelai ‘ski mask’ di tempat kejadian…” [114] Sedangkan prosedur yang wajar diikuti adalah seperti di dalam kes Tan Hung Song v. R [1950] MLJ 181 di mana penekanan adalah terhadap soal siasat itu sendiri yang menghasilkan maklumat yang diberikan oleh Tertuduh-Tertuduh. Di dalam kes tersebut, Brown Ag, CJ telah memberi panduan yang sepatutnya digunapakai seperti berikut: “While we do not wish to lay down any hard and fast rule we think that as a general rule it would be safer first to give evidence of the discovery of the fact before giving evidence of the information which the accused supplied. And in this connection section 137 sub- 53 section 2 of the Evidence Ordinance is material. Thus the examination-in-chief would proceed on these lines: "Q. Did the accused speak to you? A. Yes. Q. As a result of what he said what did you do? A. I took the accused to his house. Q. What did you find? A. I found this knife which was concealed in the roof." Up to this point there has been no danger of admitting an inadmissible statement. The fact of the discovery of the knife has been established, and that it was discovered as a result of something which the accused said. But if section 27 is to be used, the next question must be directed to eliciting so much of the information supplied by the accused as distinctly relates to the discovery of the knife. And here the danger lies. It is at this point that the Court must take step to guard against the danger. The Court may think it right to make the witness write down the answer first. Or it may prefer to send the Jury out while the matter is discussed. The point is that it is the business of the Court to be alert to the danger that the witness, in stating what the accused said, may give in evidence more than distinctly relates to the fact discovered. And by first laying a foundation of the evidence relating to the fact discovered, the Court is given time to put itself on guard.” [115] Mahkamah mengambil maklum bahawa kes-kes seperti PP v. Tan Keo Hock [1982] 2 MLJ 190; Hasamudin v. Teralena v. PP [2002] 2 MLJ 405 dan Sum Kum Seng v. PP [2002] 2 MLJ 408 54 menyatakan perkataan sebenar (actual words) perlulah dinyatakan dan dituliskan walaupun di dalam kes PP v. Hashim Hanafi [2002] 4 MLJ Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk melakukan sedemikian. [116] Mahkamah ini memutuskan ianya satu keperluan di dalam kes ini, kerana antara lain tiada keterangan menunjukkan OKT-OKT faham bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Melayu sedangkan mereka keturunan Myanmar/Rohingya. Undang-undang juga adalah mantap bahawa pemakaian Seksyen ini adalah secara “sparingly” sahaja kerana ianya boleh disalahgunakan menjadikan ianya tidak selamat. Apatah lagi pesalah boleh dijatuhi hukuman mati jika didapati bersalah. Tambahan lagi, OKT-OKT (OKT 1, OKT 3 dan OKT 5) tersebut menyatakan Polis yang membawa mereka ke sana dan bukannya mereka (OKT 1, OKT 3 dan OKT 5) yang membawanya. [117] Jikapun maklumat Seksyen 27 dan Seksyen 8 Akta Keterangan diterima masuk dan dipertimbangkan oleh Mahkamah, pertimbangan hanya boleh diambilkira setakat perjumpaan “ski mask” tersebut sahaja dan bukannya maklumat mengenai kecedaraan-kecedaran serius yang kononnya dilakukan kesemua Tertuduh terhadap Si Mati-Si Mati hingga menyebabkan kematian mereka. (Lihat Pulukori Kottaya dan PP v. Lee Kian Seng (supra)). 55 [118] Perlu ditekankan di sini juga bahawa tidak pula terdapat apa-apa keterangan kukuh dan direct yang dikemukakan pihak Pendakwaan yang menunjukkan Si Mati-Si Mati mempunyai akses atau hubungan ataupun OKT-OKT pernah bertemu dengan Si Mati-Si Mati sebelum kejadian. Tidak ada juga apa-apa keterangan kukuh dan direct yang menunjukkan OKT-OKT adalah orang-orang yang terakhir sekali bersama Si Mati-Si Mati. Justeru bukan sahaja tidak ada keterangan kukuh yang boleh mengaitkan orang-orang bertopeng tersebut yang menceroboh asrama tersebut dengan OKT-OKT, malahan tidak ada apa-apa keterangan kukuh yang boleh mengaitkan orang-orang bertopeng tersebut dengan pembunuhan Si Mati-Si Mati/perjumpaan mayat-mayat Si Mati, yang menjadi subjek pertuduhan terhadap OKT-OKT ini. [119] Di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa satu kes prima facie telah gagal dibuktikan dan OKT-OKT tidak sepatutnya dipanggil membela diri. Kes Pembelaan [120] Andaikata Mahkamah ini silap dan pembelaan OKT-OKT perlu dipanggil sekalipun, Mahkamah berpendapat OKT-OKT perlu dilepas dan dibebaskan walaupun pembelaan mereka merupakan penafian sahaja, (selain daripada pembelaan tambahan OKT 1 dan OKT 2 dan OKT 5 iaitu pembelaan alibi – bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian). 56 [121] Ini adalah kerana seperti Mahkamah nyatakan sebelum ini, undang-undang adalah mantap bahawa pihak Pendakwaan perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah sehingga akhir kes pembelaan, di mana di sini pihak Pendakwaan telah gagal melepaskan tanggungjawab tersebut, seperti alasan-alasan yagn diberikan di atas. [122] Mengenai pembelaan alibi, pendirian Mahkamah ini adalah kekal mengenai alibi yang dimasukkan oleh OKT 1, OKT 2 dan OKT 5. Andaikata pembelaan alibi tidak berjaya sekalipun, Tertuduh-Tertuduh perlu dilepaskan dan dibebaskan. Ini adalah kerana Mahkamah hanya perlu menimbangkan pembelaan tersebut hanya selepas Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah melepaskan tanggungjawabnya untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung India (Supreme Court of India) di dalam kes Jayanthibai Bhenkaarbhal v. State of Gujerat Air [2002] SC 3569 yang menyatakan: “… the burden of proving the commission of the offence remains on the prosecution and would not be lessened by the mere fact that the Accused had adopted the defence of alibi. The plea of alibi taken by the accused needs to be considered only when the burden which lies on the prosecution has been discharged satisfactorily.” (Penekanan oleh Mahkamah). 57 [123] Mahkamah tersebut juga menyatakan: “If the prosecution has failed in discharging its burden of proving the commission of crime by the accused beyond any reasonable doubt, it may not be necessary to go into the question whether the accused suceeded in proving the defence of alibi.” [124] Menggunapakai keputusan tersebut, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT-OKT perlu dilepaskan dan dibebaskan, walau andaikata Mahkamah tidak menerima pembelaan alibi mereka sekalipun. [125] Menggunakpakai keputusan ini juga, Mahkamah tidak perlu untuk membuat apa-apa dapatan mengenai pembelaan alibi OKT 1, OKT 2 dan OKT 5. H. PENUTUP [126] Dengan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan masih telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. OKT-OKT tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri. OKT-OKT dengan ini dilepas dan dibebaskan. 58 Tarikh: 30 Disember 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur Pihak-Pihak: Pendakwa Raya : Tuan TPR Idham bin Abd. Ghani Pengarah Pendakwaan Negeri (Puan TPR Shaharaliza binti Ab Razak dan Puan Norhamiza hadir bersama) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu Peguambela & Peguamcara : OKT 1. Encik Mohd Ilias bin Mohd Nor Tertuduh-Tertuduh Tetuan Mohd Ilias & Co 3535-B, Tingkat 1 Jalan Kuala Krai 15050 Kota Bharu OKT 2. Encik Mohd Ridzuan bin Muhamad Tetuan Mohd Fadzli & Co PT 7258, Taman Sri Naim Sebelah KKTM Lubok Jong Bandar Baru Pasir Mas 17000 Pasir Mas 59 OKT 3. Encik Mohd Zubairi bin Salleh Tetuan Rafizi, Zubairi & Firdaus Lot 1384, Jalan Bayam 15200 Kota Bharu OKT 4. Encik Muhammad Hasif bin Hasan Tetuan Hasif Kumar & Co Lot 1546 A2 Kampung Kasa 17000 Pasir Mas OKT 5. Encik Nik Bahrum bin Nik Abdullah Tetuan Nor Bahrum & Co Aras 1, PT. 345 – 346 Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.