Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: M-05-395-12/2014 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2016/7ebe668e-78f8-4f61-aced-10e0e66c03ac
Court of Appeal of Malaysia27 Jul 2016M-05-395-12/2014
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: M-05-395-12/2014 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
SHAMSUL AMIN BIN RAZALI NORIMAN BIN AHMAT … RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka dalam Perbicaraan Jenayah No: 45C-13-2010 Antara Pendakwa Raya
1
Lawan
2
Mohd Shahir Axma bin Ab Rahim
3
Mohd Khairul Faizi bin Mohd Yassin
4
Mohd Fazali bin Kudus
5
Shamsul Amin bin Razali Noriman bin Ahmat) KORUM: AHMADI ASNAWI, HMR IDRUS HARUN, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR 2 PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Kesemua responden telah dituduh di bawah s 3, Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan kerana telah menculik seorang kanak-kanak lelaki bernama Ahmad Shamil bin Azami Raib (SP10) dengan niat meminta wang tebusan sebanyak RM120,000.00 daripada bapa mangsa iaitu Azami Raib bin Bakar (SP9). Secara khusus, mereka telah didakwa dengan pertuduhan yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 31.5.2010 jam lebih kurang 3.30 petang bertempat di hadapan rumah di No. 24, Jalan Nirwana 4, Taman Nirwana, Batang Tiga di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka telah dengan niat hendak membuat tebusan, mencolek seorang kanak-kanak lelaki bernama Ahmad Shamil bin Azami Raib, yang berumur 7 tahun serta mengurung kanak-kanak tersebut dengan salah di sebuah rumah berhampiran dengan reban ayam di Jalan Kampung Mesjid, Kampung Mesjid, Tanjung Minyak, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka sehingga wang tebusan sebanyak RM120,000.00 dibayar oleh bapa mangsa iaitu Azamiraib Bin Bakar, K/P: 670114-04-5139. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (1) Akta Colek 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Di akhir kes pendakwaan kesemua responden telah diperintahkan untuk membela diri setelah Hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap mereka. Bagaimanapun, di akhir kes pembelaan, Hakim bicara telah memutuskan bahawa kesemua responden telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes 3 pendakwaan. Ekoran penemuan itu, Hakim bicara telah membebaskan dan melepaskan kesemua responden. Pendakwa raya (perayu) kini merayu ke mahkamah ini. [3] Di mahkamah ini, kes hanya diteruskan terhadap responden pertama, responden kedua dan responden kelima. Pihak perayu telah menarik balik rayuan terhadap responden ketiga dan keempat kerana tidak berjaya menyerahkan notis perbicaraan ke atas mereka. Setelah mendengar hujahan semua pihak, kami sebulat suara menolak rayuan ini dan mengesahkan dan mengekalkan keputusan Hakim bicara. Sekarang kami perturunkan alasan-alasan kami. Fakta Ringkas Kes Pendakwaan [4] Secara ringkas, pada 31.5.2010 Ahmad Shamil bin Azami Raib (SP10), anak kepada Azami Raib bin Bakar (SP9), telah dilarikan oleh 3 orang yang tidak dikenali di hadapan rumahnya dengan sebuah kereta Proton Wira. Kejadian berlaku ketika Shamsul Bin Jamaludin (SP11) dan isterinya, pekerja-pekerja SP9, sedang menghantar pulang SP10 dengan keretanya. SP10 dan SP11 tidak boleh berbuat apa-apa kerana telah diugut dengan senjata tajam umpama parang oleh dua orang daripada penculik tersebut. SP10 dan SP11 tidak dapat mengecam orang-orang tersebut. [5] Selepas kejadian itu, SP9, bapa SP10, telah menerima beberapa panggilan daripada penculik berkenaan meminta wang tebusan. Permintaan asalnya adalah untuk RM1 juta, namun setelah 4 beberapa rundingan, kerana SP9 menyatakan ke tidak mampuannya, penculik telah bersetuju untuk menerima RM120,000.00. Setelah berjaya mengumpulkan jumlah wang yang diminta itu, SP9 telah menyerahkan wang tersebut kepada pihak polis iaitu ASP Md Dom bin Dollah (SP19) yang seterusnya telah membuat penandaan dan catatan nombor siri wang tersebut. Setelah beberapa komunikasi dengan penculik berkenaan, akhirnya wang tersebut telah dicampakkan dari atas jejantas, berhampiran Tesco Cheng, ke bawah jejantas. SP9 dapat melihat beg tersebut kemudiannya telah diambil dan dilarikan oleh dua orang lelaki dengan motosikal. Setelah dimaklumkan, SP9 kemudiannya menjumpai SP10. SP9 tidak juga dapat mengecam lelaki-lelaki tersebut. [6] Semasa urusan di atas sedang berjalan, SP10 mengatakan dia telah ditutup mata dan dibawa ke tempat yang dia hanya dapat mendengar laungan azan dan bunyi ayam berkokok. SP 10 juga tidak dapat mengecam tempat tersebut dan mereka yang telah melarikan dan mengurungnya. [7] Hasil siasatan oleh pihak polis telah membawa kepada penangkapan kelima-kelima responden berserta sejumlah wang yang ditandakan itu, kenderaan, kereta dan motosikal, yang disyaki digunakan dalam penculikan tersebut dan beberapa ekshibit yang disyaki digunakan ataupun hasil daripada penggunaan wang tebusan yang diberikan oleh SP9. 5 [8] Semasa perbicaraan, pembelaan telah mencadangkan Mohd Faisal bin Harith, SP61 (Abang Teh), sebagai orang yang bertanggungjawab atau terlibat dengan kesalahan ini. Dapatan di Akhir Kes Pendakwaan [9] Setelah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan yang dikemukakan, Hakim bicara telah memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua responden. Berkenaan identiti penculik-penculik yang melarikan dan mengurung SP10 secara salah, Hakim bicara mendapati cukup keterangan melalui inter alia pemakaian anggapan di bawah s 114 (a), Akta Keterangan 1950 (AK 1950), penemuan fakta-fakta hasil maklumat yang diberikan oleh responden-responden di bawah s 27 AK 1950, penemuan niat untuk meminta wang tebusan melalui baki wang tebusan yang ditandakan dalam pakaian responden ke-4, dan penemuan kesan DNA kesemua responden di pondok reban ayam (yang dikatakan tempat SP10 dikurung) seperti mana dalam laporan kimia P153. Berlandaskan dapatan di atas, Hakim bicara memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap unsur kesalahan seperti mana pertuduhan. Maka, responden-responden telah diarah untuk membela diri. Kes Pembelaan [10] Kesemua responden menafikan penglibatan mereka dalam kesalahan ini. Sebaliknya, mereka mengatakan semua ini telah dirancang dan dilakukan oleh abang Teh bersama-sama seorang lagi 6 yang bernama Abang Din. Abang Teh ialah SP61. Wang yang telah digunakan dan dijumpai dengan responden-responden inter alia merupakan wang yang diberikan oleh abang Din atas arahan SP61 bagi tujuan projek workshop, dan pembayaran hutang (responden ke2). Permohonan Rebuttal oleh Pendakwaan [11] Memandangkan pembelaan memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas penglibatan Abang Teh, pendakwaan telah memohon untuk memanggil SP61 sebagai saksi tangkisan/saksi pematahan (rebuttal witness). Permohonan ini, walaupun dibantah oleh pembelaan, telah dibenarkan oleh Hakim bicara atas alasan keadilan untuk semua pihak. Dapatan di Akhir Kes Pembelaan [12] Setelah menilai keseluruhan keterangan, Hakim bicara mendapati SP61 ialah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai, dan SP61 bersama Abang Din sebenarnya terlibat secara langsung dan merupakan perancang utama (master mind) rancangan penculikan ini. Oleh sebab kegagalan pendakwaan untuk memanggil abang Din tersebut, dan dengan keterangan yang diberikan oleh SP61, satu keraguan yang munasabah yang serius telah tercipta oleh pendakwaan sendiri. Hakim bicara berpendapat, setelah menimbangkan keterangan pembelaan dan SP61, mahkamah telah diletakkan dalam keadaan keraguan yang munasabah berkenaan 7 dengan siapakah yang telah melakukan kesalahan penculikan itu. Dengan itu kesemua responden telah dilepaskan dan dibebaskan. Isu-isu Rayuan [13] Dalam rayuan ini, perayu telah membangkitkan isu-isu yang berikut iaitu Hakim bicara telah:
a
(a) khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila melepaskan dan membebaskan responden-responden sedangkan terdapat keterangan yang mencukupi untuk mensabitkan mereka ke atas pertuduhan tersebut dan keputusan Hakim bicara bertentangan dengan keterangan-keterangan yang menunjukkan sebaliknya.
b
(b) khilaf kerana gagal untuk mempertimbangkan bahawa penemuan sebahagian besar daripada wang tebusan adalah daripada hasil soal siasat dan penemuan daripada responden-responden.
c
(c) khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mempertimbangkan bahawa keterangan SP61 telah melibatkan kesemua responden dalam jenayah penculikan tersebut.
d
(d) khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan responden-responden telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan asal. 8 [14] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, perayu memohon agar rayuan pendakwa raya dibenarkan dan responden-responden disabitkan dengan kesalahan seperti mana dalam pertuduhan serta menerima hukuman sewajarnya. [15] Peguam responden pertama telah membangkitkan beberapa isu untuk menyokong hujahan mereka bahawa keputusan Hakim bicara melepaskan dan membebaskan responden-responden di akhir kes adalah betul dan tepat. Antara hujah tersebut ialah:
a
(a) Hakim bicara telah membuat penilaian yang betul terhadap kredibiliti keterangan SP61;
b
(b) kegagalan pihak polis untuk menyiasat penglibatan Budin Badang;
c
(c) tidak wujud ‘statutory presumption’ dalam Akta Penculikan 1961 yang membolehkan pihak pendakwaan untuk membuat anggapan bahawa dengan penemuan wang tebusan berkenaan, responden dianggap telah melakukan kesalahan menculik di bawah s 3 Akta tersebut;
d
(d) Hakim bicara telah khilaf dan tersalah arah dalam pemakaian s 114(a) Akta Keterangan 1950 untuk memanggil kesemua responden untuk membela diri di bawah s 3 Akta Penculikan 1961. Tiada peruntukan dalam Akta Penculikan 1961 yang membenarkan penggunaan anggapan undang-undang sebegitu rupa;
e
(e) Hakim bicara juga telah gagal menilai isu s 34 Kanun Keseksaan; dan 9
f
(f) Pertuduhan terhadap responden-responden juga adalah tidak jelas kerana menyatakan dua jenis kesalahan yang berbeza iaitu mengurung dengan salah dan juga menculik. Wujud situasi ‘duplicity of charge’ di mana dua kesalahan dimasukkan dalam satu pertuduhan. [16] Peguam responden kedua pula membangkitkan antara lainnya isu berkaitan motif penculikan yang dirancang oleh SP61, kegagalan pihak pendakwaan memanggil Budin Badang, kelompangan dalam siasatan yang dijalankan, dan kekhilafan Hakim bicara dalam menerima keterangan berkaitan wang tebusan dalam konteks ‘discovery’ di bawah s 27 Akta Keterangan 1950. [17] Peguam responden ketiga turut menghujahkan perkara yang sama ke atas keterangan SP61, isu niat bersama, pemakaian s 114
g
(g) Akta Keterangan 1950 dan anggapan Hakim bicara yang menganggap kesemua responden ialah penculik. Dihujahkan, Hakim bicara telah melakukan kekhilafan undang-undang yang nyata apabila membuat dapatan pembuktian kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap kesemua responden. [18] Kami perhatikan kesemua responden menghujahkan bahawa Hakim bicara telah terkhilaf apabila membuat dapatan fakta dan undang-undang bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan sedangkan keterangan yang sedia ada tidak menyokong keputusan tersebut. Hakim bicara juga dikatakan telah terkhilaf apabila memanggil kesemua responden membela diri atas landasan 10 pemakaian anggapan s 114 (a) Akta Keterangan 1950 dan ini dihujahkan bukanlah asas untuk membuktikan seseorang itu telah melakukan penculikan atau meminta wang tebusan. Hakim bicara selanjutnya dikatakan telah gagal menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai niat bersama dalam penculikan ini, malahan tiada keterangan dikemukakan untuk membuktikan adanya “pre-planning, prior consent, or pre-arrange plan” antara mereka untuk melakukan penculikan ini. Atas alasan-alasan yang dibentangkan, peguam responden-responden memohon agar keputusan Hakim bicara melepaskan dan membebaskan kesemua responden di akhir kes pembelaan dikekalkan dan disahkan. Keputusan Kami [19] Kami telah mendengar dan mempertimbangkan dengan cermat penghujahan kesemua pihak dan keterangan dalam rekod. Pada pandangan dan hemat kami rayuan perayu ini tidak mempunyai merit dan memutuskan bahawa keputusan Hakim bicara boleh dipertahankan. [20] Kami memutuskan sedemikian atas alasan-alasan utama yang berikut:
a
(a) perundangan adalah mantap bahawa penentuan kredibiliti seseorang saksi terletak sepenuhnya atas kuasa budi bicara Hakim bicara, dan mahkamah ini tidak seharusnya mengganggu dapatan tersebut kecuali dapat ditunjukkan adanya alasan terdesak dan substantif untuk mengetepikannya. Dalam keadaan kes ini, perayu telah 11 gagal meyakinkan kami adanya kewajaran tersebut. Harus dicatatkan bahawa SP61 (dikenali sebagai abang Teh oleh responden) yang merupakan saksi tangkisan, ialah saksi pendakwaan dan telah ditunjukkan sebagai penggerak dan perencana penculikan SP10 bersama-sama dengan seorang yang bernama Budin Badang melalui P79. Budin Badang ini tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan atau ditawarkan kepada pembelaan dan ini telah mewujudkan satu kelompangan ke atas kes pendakwaan. Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan Hakim bicara seperti mana yang berikut: “56. Setelah mendengar keterangan daripada SP61, saya mendapati terdapat keraguan yang munasabah yang berjaya ditimbulkan oleh Pembelaan seperti berikut:-
56
56.1 SP61 semasa disoal semula oleh Pendakwaan, telah mengesahkan bahawa pada mulanya SP61 telah terlibat dalam perancangan penculikan SP10 ini dan berperanan sebagai pemberi maklumat tentang kedudukan rumah SP9 dan nombor telefon SP9;
56
56.2 Fakta diperkukuhkan apabila kesemua Tertuduh tidak mengenali seorang bernama “Din” melainkan SP61. Berlandaskan laporan panggilan keluar masuk telefon (P79), adalah didapati seorang bernama “Budin Badang” telah dengan kerapnya menelefon SP61 dari 28/5/2010 hingga 1/6/2010 dimana tarikh kejadian penculikan terhadap SP10 berlaku pada 31/5/2010;
56
56.3 Pengakuan SP61 sendiri adalah sebagai perancang penculikan pada asalnya telah mengukuhkan isu keraguan yang munasabah mengenai catatan atas 12 kertas kecil ditulis “Bang Teh” yang dijumpai oleh SP45 di pokok sukun. Catatan kertas kecil tersebut adalah bersama 3 ikatan wang tebusan (P176A-C);
56
56.4 SP61 berhutang sebanyak RM90,000 daripada SP9 untuk membeli minyak di Terengganu dan ada kemungkinan berdendam terhadap SP9 kerana SP9 tidak lagi mahu memberikan pinjaman wang kepadanya. Ini adalah motif penculikan ke atas SP10 selain daripada SP61 boleh mendapat wang daripada penculikan tersebut.
56
56.5 SP61 (“Abang Teh”) telah dikenakan perintah tahanan reman / sekatan sebanyak 73 hari kerana penglibatannya berkaitan kes penculikan ini. Jika benar SP61 telah menarik diri daripada terlibat dengan penculikan ini sudah tentu SP6 tidak dikenakan perintah tahanan / sekatan.
57
Berdasarkan fakta-fakta yang dibuktikan diatas, kegagalan memanggil “Din” telah menyebabkan rantaian kes Pendakwaan terputus dan menyebabkan kelompangan material kerana kesemua Tertuduh tidak mengenali “Din” manakala “Din” pula adalah kawan rapat SP61.
58
Oleh yang sedemikian, Mahkamah ini mendapati bahawa SP61 sendiri yang merupakan saksi Pendakwaan telah menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan. SP61 adalah perancang utama penculikan ini dan terlibat di dalam penculikan ini dan mungkin dengan orang yang lain selain Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini. Terdapatnya banyak andaian yang boleh memanfaatkan Pembelaan dan Mahkamah ini menjadi ragu-ragu sama ada Tertuduh- 13 Tertuduh di sini bersalah dan wajar disabitkan seperti yang dipertuduhkan di dalam P2.
59
Adalah menjadi undang-undang mantap seperti yang dinyatakan di dalam kes Chang Kim Siong v Public Prosecutor [1968] 1 MLJ 36 seperti berikut:- “...The onus on the prosecution when the evidence is of a circumstantial nature is a very heavy one and that evidence must point irresistibly to the conclusion of the guilt of the accused. If there are gaps in it then it is not sufficient…”
59
59.1 Di dalam kes ini, keterangan SP61 sebenarnya telah menyokong keterangan Pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan yang munasabah. Selain itu, keterangan mengikut keadaan di dalam kes ini tidak menunjukkan kepada satu arah sahaja iaitu kepada kebersalahan Tertuduh tetapi boleh menunjukkan banyak arah lain.
60
Susulan itu, daripada keterangan mengikut keadaan yang sebelum ini telah dinilaikan oleh Mahkamah, kelompangan seperti di atas menjadi sangat material dan telah memudaratkan Kes Pendakwaan sehingga ke terasnya.”
b
(b) Kami juga berpendapat pemanggilan SP61 sebagai saksi tangkisan mempunyai implikasi kritikal ke atas kes pendakwaan. Dicatatkan salah satu elemen terpenting dalam kes ini melibatkan identiti penculik-penculik yang terlibat. Diperhatikan tiada keterangan langsung daripada mana-mana saksi terutamanya SP9, SP10 dan SP11 yang dapat mengecam penculik-penculik tersebut. Malahan mereka dalam keterangan dengan jelas 14 menyatakan tidak dapat mengecam penculik-penculik tersebut. Isu ini secara konsisten telah dicabar oleh pembelaan dan mencadangkan bahawa Abang Teh iaitu SP61 dan seorang Din sebenarnya yang terlibat dalam penculikan ini. Jelasnya, keterangan ini dan kewujudan abang Teh iaitu SP61 sentiasa berada dalam kawalan, pegangan dan jangkaan pendakwaan sejak mula perbicaraan lagi. Dalam keadaan tersebut SP61 ini seharusnya dipanggil di peringkat pendakwaan lagi dan bukan setelah pembelaan merealisasikan cadangan mereka berkenaan dengan penglibatan SP61 untuk membuktikan elemen identiti penculik dan isu niat bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan. Pada hemat kami dengan bertindak seperti mana yang dilakukan mereka, perayu telah memecahkan (split) kes pendakwaan. Ini tidak diwajarkan dan dengan jelas meninggalkan kelompangan yang serius kepada kes pendakwaan. Ini diperkuatkan dengan penemuan yang dibuat Hakim bicara sendiri seperti mana dinyatakan di atas. (Rujuk kes: PP v. Chia Leong Foo (2000) 6 MLJ 705; dan PP v. Kenneth Fook Mun Lee (NO 1) (2001) 8 CLJ 544).
c
(c) Mengenai pemakaian anggapan peruntukan s 114 (a) Akta Keterangan 1950, pada hemat kami apa yang sebenarnya dimaksudkan ialah anggapan s 114 (a), jika terpakai sekali pun, lebih merupakan faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan oleh Hakim bicara untuk 15 membuat inferens sepatutnya bagi pembuktian elemen-elemen kesalahan. Namun, elemen-elemen asas seperti melarikan (abduction) SP10 dan dikurung salah bagi tujuan tebusan harus dibuktikan setiap satu. Pada penghakiman kami anggapan s 114 (a) tersebut tidak boleh digunakan sebegitu mudah untuk menggantikan pembuktian ketat setiap elemen kesalahan di sini, lebih-lebih lagi dengan adanya unsur niat bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan. Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, penggunaan anggapan s 114 (a) dalam kes ini lebih memberikan fokus kepada faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah untuk membuat inferens sewajarnya terutamanya penjelasan daripada tertuduh mengenai ekshibit salah yang berada dalam milikan tertuduh. Kami mendapati jika peruntukan s 114 (a) terpakai di sini, anggapan tersebut telah dipatahkan secara berkesan oleh pembelaan dan pendakwaan sendiri melalui keterangan SP61- rujuk kes Mahkamah Persekutuan dalam Krishna Rao Gurumurthi v. PP & Another Appeal (2009) 2 CLJ 603, dan Amathevelli P Ramasamy v. PP (2009) 3 CLJ 109). [21] Secara keseluruhan, dan berdasarkan keadaan kes ini seperti mana telah dihuraikan di atas, kami bersetuju bahawa adanya kewajaran bagi Hakim bicara membuat dapatan yang berikut: 16 “62. Saya mendapati dengan adanya keraguan yang munasabah tersebut adalah tidak selamat untuk mensabitkan Tertuduh-Tertuduh di dalam kes ini kerana di akhir kes pembelaan saya masih tertanya-tanya diri saya mungkinkah mereka melakukan perbuatan itu atau SP61 dengan konco-konconya yang lain melakukannya? Oleh yang demikian “benefit of doubt” harus diberikan kepada Tertuduh-Tertuduh. Selain itu, saya ada memikirkan mengenai pertuduhan pindaan untuk dipertimbangkan dibuat tetapi kesimpulannya juga tidak dapat membuktikan pada tahap beban pembuktian yang sama berdasarkan keterangan dan kelompangan yang ada di dalam kes ini.” [22] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami telah menolak rayuan ini. Kami dengan itu mengesahkan dan mengekalkan keputusan Hakim bicara yang melepaskan dan membebaskan responden-responden di sini daripada pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka. t.t ABDUL KARIM ABDUL JALIL Hakim Mahkamah Rayuan Tarikh: 29 Disember 2017 17 Bagi pihak Perayu: Farah Ezlin Yussof Khan Muhammad Azmi Mashud Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden-Responden: Rao Jayananda Tetuan Rao & Kamal Afifuddin Ahmad Hafifi Tetuan Salehuddin Saidin & Assoc. Mah Kah Keong Tetuan T.L. Chen & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.