/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/de27d124-1a50-4bea-9ee3-23ef3caa3d65
Court of Appeal of Malaysia20 Feb 2018A-05(M)-202-05/2017 & A-05(M)-212-05/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO: A-05(M)-202-05/2017 & A-05(M)-212-05/2017 ANTARA
section
1. NADARAJAN A/L VELLESAMY
section
2. VIKNESWARAN A/L REVINDRANATHAN - PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Taiping Perbicaraan Jenayah No: 45A-08-06/2014 Antara Nadarajan a/l Vellesamy Vikneswaran a/l Revindranathan Dan Pendakwa Raya] KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR RHODZARIAH BINTI BUJANG, HMR 2 DRAF PENGHAKIMAN [1] Kedua-dua perayu telah dituduh bersama-sama dan disabitkan kesalahannya oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Hakim bicara) di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan telah dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama iaitu hukuman mati mandatori. [2] Pertuduhan: “Bahawa kamu bersama-sama pada 14.1.2014 jam lebih kurang 7.20 petang di kawasan parking Pasaraya TF Value Mart, hadapan Restoran Marybrown, Jalan Lintang, Sungai Siput Utara di dalam Daerah Sungani Siput Utara di dalam negeri Perak Darul Ridzuan telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis berat bersih 2,928 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Dibaca bersama di bawah seksyen34 Kanun Keseksaan.” [3] Kami telah mendengar rayuan kedua-dua perayu. Kami sebulat suara bersependapat bahawa rayuan perayu-perayu sebagai tidak bermerit, justeru rayuan kedua-dua perayu ditolak. Sabitan dan hukuman Hakim bicara dikekalkan. [4] Kes Prima Facie:
section
4.1 SP1 (Agent Provocateur/AP) telah menerima maklumat daripada seorang sumber bahawa terdapat aktiviti jualan dadah ganja oleh seorang bernama “Viki”; 3
section
4.2 SP1 telah memberitahu sumber untuk menyampaikan hasrat SP1, ingin membeli dadah ganja daripada “Viki”. Pada 5.1.2014, sumber memberitahu SP1 bahawa “Viki” bersetuju untuk jual-beli dadah ganja;
section
4.3 SP1 telah menalipon “Viki” melalui nombor 014-6012583 dan memperkenalkan dirinya sebagai “Abal”. “Viki” bersetuju untuk berjumpa pada 6.1.2014 di Restoran Aziz Tomyam, Chemor, Ipoh;
section
4.4 Pada 6.1.2014, SP1 dan Detektif Kpl. Syafie telah berjumpa “Rajan” (Perayu 1) dan “Viki” (Perayu 2). Tawar menawar jualan dadah ganja antara SP1 dan “Viki” (Perayu 2) akhirnya dipersetujui dengan harga bagi satu kilogram adalah RM2,700.00;
section
4.5 Pada 12.1.2014, Perayu 2 telah menalipon SP1 menyatakan beliau bersetuju untuk menjual 5 kilogram ganja. SP1 dan Perayu 2 bersetuju untuk berjumpa pada keesokan hari iaitu pada 13.1.2014 di tempat letak kereta TF Supermarket, Sungai Siput;
section
4.6 Pada 13.1.2014, SP1 telah berjumpa Perayu 1 dan Perayu 2 di tempat sepertimana yang dipersetujui. Kali ini Perayu 2 menyatakan terdapat sedikit masalah, dadah ganja yang dipersetujui hanya boleh dibekalkan keesokan harinya iaitu pada 14.1.2014; 4
section
4.7 Pada 14.1.2014 lebih kurang jam 1.00 petang, SP1 dan Detektif Kpl. Syafie telah menunggu di tempat yang sama. Anggota-anggota serbuan diketuai oleh SP5 telah siap sedia dengan pemerhatian (observation). SP1 diarahkan untuk memberi isyarat tangkapan/serbuan dengan menggaru kepala. Lebih kurang jam 2.00 petang, kedua-dua perayu telah sampai. Perayu 2 menyatakan beliau ingin melihat wang belian terlebih dahulu sebelum serahan ganja. SP1 telah mengambil wang tunai RM13,500.00 daripada Detektif Kpl. Syafie dan menunjukkan kepada Perayu 2;
section
4.8 Selepas itu, Perayu 1 meninggalkan tempat tersebut. Perayu 2 memberitahu SP1 bahawa Perayu 1 pergi mengambil ganja tersebut. Lebih kurang jam 5.00 petang, Perayu 1 kembali tanpa membawa ganja tersebut. Perayu 1 dan Perayu 2 telah berbincang. Perayu 2 memberitahu SP1 bahawa mereka berdua perlu pergi bersama untuk mengambil ganja tersebut. SP1 diminta untuk menunggu disitu;
section
4.9 Lebih kurang 45 minit kemudian, SP1 menerima panggilan telefon daripada Perayu 2 menyatakan bahawa mereka hanya ada 3 kilogram ganja dan bukan 5 kilogram seperti yang dipersetujui. SP1 bersetuju untuk membeli 3 kilogram ganja tersebut dan bersetuju untuk menunggu disitu; 5
section
4.10 Lebih kurang jam 7.00 malam, kedua-dua perayu telah datang semula ke tempat yang sama menaiki sebuah motosikal. SP1 melihat satu beg plastik hitam di dalam raga motosikal. SP1 telah memeriksa beg plastik tersebut dan mendapati beg itu berisi 3 ketulan mampat yang disyaki ganja. SP1 terus menggaru kepalanya sebagai isyarat serbuan. SP5 bersama anggota-anggota beliau menyerbu dan menangkap Perayu 1 dan Perayu 2;
section
4.11 Menurut SP5, Perayu 2 cuba melarikan diri. Berlaku pergelutan, Perayu 2 akhirnya berjaya ditangkap. SP5 juga telah merampas barang-barang kes termasuk 2 telefon bimbit daripada Perayu 1 dan satu telefon bimbit daripada Perayu 2. Barang-barang kes telah diserah kepada SP7 (Pegawai Penyiasat). Telefon bimbit SP1 juga diambil bagi tujuan siasatan;
section
4.12 SP7 telah menghantar barang-barang kes yang disyaki dadah Cannabis kepada SP2, Ahli Kimia Kerajaan yang mengesahkan 3 ketulan mampat tersebut merupakan 2,928 gram Cannabis iaitu dadah berbahaya di bawah Akta Berbahaya 1952;
section
4.13 SP6, penganalisis forensik telah mengesahkan bahawa telefon bimbit yang dirampas daripada Perayu 2 bernombor
section
0146012583. Manakala nombor telefon bimbit SP1 ialah
section
01994623422. Daripada analisis SP6, adalah disahkan terdapat panggilan dan SMS antara telefon bimbit Perayu 2 dengan telefon bimbit SP1. 6 [5] Di akhir kes pendakwaan, Hakim bicara telah memutuskan bahawa kes Prima facie telah dibuktikan. Kedua-dua perayu dipanggil untuk membela diri seperti pertuduhan (rujuk m.s. 92 Jld. 2 Rekod Rayuan). [6] Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim bicara telah tidak mengguna pakai mana-mana anggapan undang-undang. Hakim bicara memutuskan daripada keterangan terus adalah jelas kedua-dua perayu dengan niat bersama mengetahui secara sedar mereka menjual dadah ganja kepada SP1. Perbuatan “menjual” adalah jelas bererti mengedar seperti yang ditakrifkan oleh seksyen 2 ADB 1952 (rujuk m.s. 28 hingga 38 Rekod Rayuan Jld. 1 perenggan 27 hingga 49). [7] Pembelaan Perayu 1:
section
7.1 Perayu 1 hanya menemani Perayu 2 untuk berjumpa SP1 dan seorang bernama “Gopi”. Perayu 1 mendengar perbincangan antara “Gopi” dengan Perayu 2 mengenai sebuah motosikal. Perayu 1 tidak memberi perhatian kerana tiada kaitan dengan Perayu 1. Perayu 1 hanya leka dengan telefon bimbit beliau.
section
7.2 Pada 13.1.2014, sekali lagi Perayu 1 telah menghantar Perayu 2 ke tempat letak kereta Pasaraya TF Value Mart kerana Perayu 2 tidak mempunyai kenderaan. Motosikal Perayu 2 telah ditarik balik (repossessed) pada bulan Disember 2013 disebabkan gagal membayar ansuran bulanan. Di situ Perayu 1 melihat Perayu 2 berbincang dengan “Gopi” manakala SP1 tiada 7 bersama di situ. Perayu 1 tidak mendengar butiran perbincangan antara “Gopi” dengan Perayu 2. Perayu 1 telah pergi ke bilik air. Apabila Perayu 1 kembali semula, “Gopi” sudah tiada, hanya Perayu 2 seorang diri. Perayu 2 memberitahu Perayu 1 bahawa “Gopi” dan SP1 telah memberi tawaran untuk membantu Perayu 2 dalam mendapatkan semula motosikal beliau.
section
7.3 Keesokan harinya iaitu pada 14.1.2014, sekali lagi Perayu 1 menghantar Perayu 2 ke tempat yang sama dengan tujuan untuk mendapatkan semula motosikal Perayu 2. Kali ini Perayu 1 melihat Perayu 2 berbincang dengan SP1 tetapi “Gopi” tiada di situ. Perayu 2 tidak mendengar perbincangan antara Perayu 2 dengan SP1 kerana Perayu 1 berada lebih kurang 10 kaki dari mereka. Perayu 1 kemudiannya meninggalkan tempat tersebut untuk menjemput isterinya dari tempat kerja. Lebih kurang jam 7.00 malam, Perayu 1 kembali semula ke tempat kejadian kerana Perayu 2 masih tidak mendapat semula motosikal beliau. Kali ini “Gopi” sudah berada disitu. “Gopi” mengarahkan Perayu 1 untuk meletakkan motosikal di sebelah motosikal “Gopi”. “Gopi” telah mengarahkan Perayu 1 dan Perayu 2 untuk pergi berjumpa dengan seorang lelaki Melayu yang berada di dalam sebuah motokar berhampiran.
section
7.4 Perayu 1 nampak “Gopi” pergi ke arah motosikal beliau. Tiba-tiba beberapa anggota polis menyerbu dan menangkap Perayu 1 dan Perayu 2. Perayu 1 menyatakan di dalam raga 8 motosikalnya hanya ada telefon bimbit sahaja. Tidak ada benda lain.
section
7.5 Perayu 1 telah memanggil isterinya (SD2) untuk memberi keterangan. Hakim bicara telah memutuskan dalam “impeachment proceeding” bahawa keterangan SD2 ditolak (impeached). Perkara ini tidak menjadi isu rayuan di hadapan kami.
section
8. Pembelaan Perayu 2 (SD3):
section
8.1 Perayu 2 telah meminta pertolongan daripada seorang bernama “Gopi” untuk mendapatkan semula motosikal Perayu 2 yang telah ditarik (repossessed) oleh syarikat kewangan. “Gopi” telah mengaturkan Perayu 2 untuk berjumpa seorang bernama “Suffian” pada 6.1.2014;
section
8.2 “Gopi” juga telah memberi nombor telefon bimbit seorang bernama “Abang Mat”, di mana Perayu 2 boleh membeli sebuah motosikal dengan harga RM700.00. “Abang Mat” pernah menghantar pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit bertanya “macam mana harga?” tetapi Perayu 2 tidak menjawabnya;
section
8.3 “Gopi” mendesak Perayu 2 supaya membeli motosikal daripada “Abang Mat”. Akhirnya Perayu 2 bersetuju untuk berjumpa dengan “Abang Mat” pada 13.1.2014. Perayu 2 telah meminta bantuan daripada Perayu 1 untuk menghantar Perayu 2 ke 9 tempat letak kereta Pasaraya TF Mart. Setibanya di situ, “Suffian” sedang duduk di dalam sebuah kereta manakala “Abang Mat” datang dengan menaiki motosikal. “Abang Mat” memberitahu Perayu 2 bahawa motosikal tersebut adalah motosikal curi. Perayu 2 enggan membelinya. Kemudian “Gopi” memberitahu Perayu 2 untuk datang semula keesokan harinya iaitu pada 14.1.2014 di tempat yang sama dan berjanji bahawa “Gopi” akan membawa motosikal Perayu 2 yang ditarik balik (repossessed) oleh syarikat kewangan;
section
8.4 Pada 14.1.2014, sekali lagi Perayu 2 telah meminta Perayu 1 untuk menghantar Perayu 2 ke tempat yang sama. Di situ “Suffian” memberitahu Perayu 2 bahawa beliau akan mendapatkan semula motosikal Perayu 2. Lebih kurang jam 4.30 petang, “Gopi” tiba di situ dan memberitahu Perayu 2 bahawa seseorang akan datang membawa motosikal Perayu 2. Kemudian “Gopi” meninggalkan tempat tersebut pada jam 7.00 petang;
section
8.5 Perayu 1 dan Perayu 2 pergi berjumpa “Suffian” yang sedang duduk di dalam sebuah kereta berhampiran. Tiba-tiba mereka ditangkap. Perayu-perayu mengakui dia bergelut cuba melepaskan diri kerana dia ditangkap dari arah belakang dan ketika itu agak gelap;
section
8.6 Mengenai laporan SP6, Juruanalisa Forensik mengenai telefon bimbit Perayu 2, Perayu 2 menyatakan terdapat pertukaran 10 pesanan ringkas (SMS) diterima daripada “Gopi” tetapi SP6 tidak melaporkannya;
section
8.7 Pembelaan telah memanggil SD4 iaitu pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan bahawa ”Gopi” telah meninggal dunia. Sijil Kematian dikemukakan (m.s. 87 Rekod Rayuan Jld. 3);
section
8.8 Pembelaan juga telah memanggil SD5 iaitu saudara perempuan Perayu 2. SD5 menyatakan bahawa “Gopi” ada meminta wang daripada SD5 untuk membantu membebaskan Perayu 2. SD5 telah membayar “Gopi” sebanyak RM70,000.00. [9] Di akhir kes pembelaan, Hakim bicara telah memutuskan bahawa pembelaan Perayu 1 dan 2 gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Perayu 1 dan 2 disabitkan kesalahan mereka seperti pertuduhan. Perayu 1 dan 2 dijatuhkan dengan hukuman mati mandatori. [10] Isu-isu rayuan di hadapan kami:
section
10.1 Pihak ketiga “Gopi” ialah seorang sumber yang telah memainkan peranan aktif. Kegagalan memanggil “Gopi” menyebabkan andaian undang-undang di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap Pendakwaan;
section
10.2 Hakim bicara gagal memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap kes pembelaan. 11 [11] Isu pertama: Pihak ketiga “Gopi” ialah seorang sumber yang telah memainkan peranan aktif. Watak “Gopi” atau “Govindraju” hanya ditimbulkan semasa pemeriksaan balas SP1 (rujuk m.s. 31 Rekod Rayuan Jld. 2). Pembelaan tidak mengemukakan Percakapan Beramaran sama ada Perayu 1 atau 2 untuk menunjukkan “Gopi” atau “Govindaraju” telah ditimbulkan serta peranan "Gopi"“atau “Govindraju” dinyatakan serta butir-butir seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya telah diberikan kepada pegawai penyiasat. [12] Keterangan SP1 dalam pemeriksaan balas yang panjang lebar jelas menafikan bahawa sumber yang memberi maklumat kepada SP1 bernama “Gopi” atau “Govindaraju”. Keterangan SP1 juga adalah jelas tentang peranan sumber hanyalah memperkenalkan SP1 kepada Perayu 2. [13] Daripada keterangan saksi-saki Pendakwaan adalah jelas “Gopi” atau “Govindaraju” tidak terlibat dalam tawar-menawar harga dan penetapan tarikh, masa dan tempat serahan. Keterangan SP1, walaupun tidak memerlukan keterangan sokongan, adalah selari dengan keterangan SP5 yang mengetuai anggota-anggota serbuan. SP5 dan anggota-anggota beliau mula memasuki kawasan serbuan pada pukul 1.00 petang. SP5 melihat Perayu 1 menunggang motosikal dan Perayu 2 membonceng memasuki kawasan perangkap. SP5 melihat Perayu 1 dan 2 menghampiri SP1 (AP). Tiada orang lain selain daripada Perayu 1 dan 2 pada masa itu. [14] Mengenai pembelaan bahawa pihak ketiga “Gopi” atau “Govindaraju” yang dikatakan meletakkan dadah ganja tersebut di dalam raga motosikal 12 Perayu 1 hanyalah diusulkan dalam pemeriksaan balas SP5 dan SP7 (Pegawai Penyiasat). Kami merujuk kepada nas undang-undang mengenai perkara ini: Dalam kes Mahkamah Persekutuan Teng Howe Sing v PP [2009] 3 CLJ 733: “[30] …on this point we would like to refer to the case of PP v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585 wherein Lim Beng Choon J at p.592 said: So we are left with nothing more than the bare assertion of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect the bag on behalf of the former and that the accused himself had no knowledge of the contents of P3. If that be the case, one would hardly imagine that he would not have told either PW3 or PW5 at the railway station at Alor Star at the time of his arrest that P3 belonged to Noor Azlan instead of saying that there was nothing in P3. ……. [32] Applying the principle in Badrulsham’s case to the facts of the instant case, the learned trial judge was correct to conclude that the appellant has two opportunities to provide information about “Ho Seng”, i.e. at the time of his arrest and five days later during the recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant’s failure to provide relevant information about “Ho Seng” for the police to carry out a thorough investigation in the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” [15] Pembelaan mengusulkan bahawa Perayu 1 dan 2 telah dianiayai oleh “Gopi” atau “Govindaraju”. Menurut nas undang-undang di atas, Perayu 1 dan 2 mempunyai dua peluang untuk memberitahu bahawa dadah tersebut 13 bukan kepunyaan mereka iaitu semasa tangkapan oleh SP5 atau memberi percakapan beramaran di bawah s.113 Kanun Acara Jenayah. Sebaliknya Perayu 1 dan 2 telah menandatangani borang bongkar (search list) – rujuk eksibit P21 m.s. 21 Rekod Rayuan Jld. 3, yang dengan jelas menyatakan bahawa ketulan-ketulan yang disyaki dadah dijumpai di dalam raga motosikal, No. Pendaftaran AHL 894. Tiada apa-apa keterangan untuk menyangkal eksibit P21 ini. [16] Kes Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705 memerlukan pihak polis menyiasat tentang pihak ketiga. Kes ini dibezakan di mana dalam kes AlContara (supra) nama, alamat dan butir-butir lain pihak ketiga telah diberikan dalam Percakapan Beramaran. [17] Mengenai isu yang sama, kami merujuk kes Teng Howe Sing v PP [2008] 5 CLJ 186 di m.s. 193 CA: “[ ] In my judgment the quality, extent and results of any police investigation into “Ho Seng”, depended very much proper information or leads being provided to the police by the accused himself. Since the accused was referring to “Ho Seng” by nickname only it was crucial that he make the police aware of this fact, and since it was the accused who knew the real name of “Ho Seng” it was imperative that he informed the police about this too, but he did not. Likewise, it would be the accused himself; who would know who his circle of friends were and who amongst them knew “Ho Seng”, whether by his nickname of real name. It was therefore imperative that the accused furnished 14 this information to the police for their investigation purposes but without his having done so there is no basis for his complaint about the police investigations.” [18] Isu kedua ialah Hakim bicara gagal memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap kes pembelaan. Isu ini sebenarnya “non-issue”. Pembelaan kedua-dua perayu ialah mengenai pihak ketiga “Gopi” atau “Govindaraju” yang telah dibincangkan di atas. Penganiayaan yang dirancang dan dilaksanakan oleh polis dengan bantuan “Gopi” atau “Govindaraju” adalah tidak berasas. Kami ulangi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Teng Howe Sing (supra): “[32] …we are therefore of the view that in the circumstances, the appellant’s failure to provide relevant information about “Ho Seng” for the police to carryout a thorough investigation in the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” [19] Justeru Hakim bicara adalah betul apabila membuat dapatan di perenggan 100 penghakiman beliau: “I have great difficulty in accepting the both accused’s version of events, in particular on the existence of a man named “Gopi”. [20] Dalam kes pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952 di mana Hakim bicara tidak mengguna pakai bantuan anggapan undang-undang sama ada di bawah seksyen 37(d) atau (da) ADB 1952, adalah menjadi beban pembelaan untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. 15 “Keraguan yang munasabah” mestilah “real doubt” bukan “imaginary or fanciful doubt.” [21] Pembelaan kedua-dua perayu bahawa mereka dianiayai oleh ”Gopi” atau “Govindaraju” dan SP1 di mana kedua-dua perayu menghadapi hukuman mati mandatori. Perayu-perayu seharusnya sebagai seorang yang munasabah memberitahu penganiayaan ini kepada SP5 (pegawai tangkapan), SP7 (pegawai siasatan) ataupun mereka boleh membuat laporan apabila mereka dihadapkan semasa permohonan reman di hadapan Majistret ataupun memberi arahan kepada peguam mereka untuk membuat laporan polis mengenai penganiayaan tersebut. Akan tetapi semua ini tidak dilakukan oleh mereka. [22] Atas alasan-alasan di atas, kami bersependapat bahawa isu-isu yang dihujahkan oleh peguam perayu-perayu tidak mempunyai merit. Keterangan adalah kukuh, sabitan adalah selamat. Justeru Rayuan kedua-dua perayu ditolak. Sabitan dan hukuman Hakim bicara disahkan. t.t. MOHTARUDIN BIN BAKI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Tarikh: 21 November 2018 16 Counsel for the Appellant: Encik P. Ravee Messrs. P. Ravee & Co. Advocate & Solicitor 41 Mezzanine Floor Market Road 34300 Taiping Perak DR Counsel for the Respondent: Tuan Hamdan bin Hamzah Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.