Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: BA-41LB(A)-7-11/2024 Mahkamah Majistret Ampang No: BC-82-12-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA ... PERAYU
BA-41LB(A)-7-11/2024
High Court of Malaysia5 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ion. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Chin v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309. [13] Manakala prinsip undang-undang berkaitan hukuman ad”
“Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500). [15] In similar vein, the Court of Criminal Appeal in Dookes v. Director of Public Prosecutions [2010] SCJ 71 said at para 177: ... sentencing is not a science of mathematical application of any set formula. It is a”
“ereign in determining which sentence to impose on an offender on the facts of the particular case. An appellate court would scarce intervene unless the sentence is wrong in principle or manifestly 10 [2024] CLJU 1690 Legal Network Series harsh and excessive or unduly lenient. However, even if there is nothing wrong wit”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: BA-41LB(A)-7-11/2024 Mahkamah Majistret Ampang No: BC-82-12-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA ... PERAYU
1
NARESH NAIDU A/L APPALOONIODU
2
NORAZARUDIN BIN BAHARI (NO.K/P: 860912-02-5041) … RESPONDEN-RESPONDEN PENGHAKIMAN MUKADIMAH [1] Responden / Tertuduh Pertama Naresh Naidu A/L Appalooniodu dan Responden / Tertuduh Kedua Norazarudin Bin Bahari telah dituduh bagi kesalahan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama, sepertimana pertuduhan berikut: BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA, PADA 18/10/2020 JAM LEBIH KURANG 1720 HRS DI PONDOK POLIS UKAY HEIGHT TAMAN MELAWATI, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN TELAH MELAKUKAN PEMERASAN DENGAN MENDATANGKAN KETAKUTAN KEPADA DAHLAN BIN AHMAD NO KP: 620217-71-5443, DAN DENGAN 15/05/2025 09:44:55 Kand. 21 JALAN DEMIKIAN ITU TELAH DENGAN CURANG MENDORONGNYA MENYERAHKAN HARTA IAITU WANG TUNAI SEBANYAK RM300.00 MILIK DAHLAN BIN AHMAD NO KP:620217-71-5443. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 384 KANUN KESEKSAAN DIBACAKAN BERSAMA SEKSYEN 34 AKTA YANG SAMA. [2] Di akhir kes pendakwaan, Puan Majistret telah membebaskan dan melepaskan OKT1 dan OKT2 daripada pertuduhan tanpa memanggil kedua-dua OKT untuk membela diri. [3] Terkilan dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan selaku perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap perintah tersebut. [4] Bagi tujuan rayuan ini, kedua-dua Responden dirujuk sepertimana asal di hadapan Majistret. [5] Mahkamah ini setelah mendengar rayuan tersebut, telah bersetuju dengan dapatan Majistret dan mengekalkan keputusan Majistret melepas dan membebaskan OKT1 dan OKT2 tanpa dipanggil membela diri. [6] Berikut adalah alasan keputusan Mahkamah. FAKTA KES [7] Pendakwaan telah memanggil enam (6) orang sepanjang perbicaraan. Saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut: a. Kpl Mohd Ezmir bin Mat Esa – Anggota bertugas kaunter aduan Balai Polis Ukay Heights (SP1); b. Dahlan bin Ahmad – pengadu (SP2); c. ASP Ahmad Shahrizal – Pegawai tangkapan (SP3); d. DSP Maryani – Pegawai melakukan pemantauan di BP Ukay Heights (SP4); e. L/Kpl Azfar – Jurufoto (SP5); dan f. Insp Mohd Asri bin Ismail – IO Kes (SP6) [8] Pendakwaan juga telah mengemukakan eksibit-eksibit seperti berikut: a. ID1: Pol 69A bertarikh 18 Okt 2020 b. P2: Laporan pengadu Taman Melawati/6833/20 c. P3 (A-B): Gambar tempat kejadian d. P4 (A-D): Gambar tempat pengadu menyerahkan wang e. P5 (A-B): Gambar tempat wang ditemui f. P6: Laporan Taman Melawati/6835/20 g. P7:Laporan tangkapan OKT 1 Taman Melawati/6834/20 h. P8: Laporan Taman Melawati/6839/20 i. P9: Laporan tangkapan OKT 2 Taman Melawati/6836/20 j. P10: Borang bongkar terhadap OKT 1 k. P11: Borang serah menyerah 12. P12: Sampul CD [9] Menurut SP2/pengadu, pada 18.10.2020 jam 5.00 petang semasa berada di kedai miliknya, SP2 telah didatangi oleh dua anggota polis. SP2 kemudian telah dibawa ke Balai Polis Ukay Perdana kerana dikatakan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. [10] Semasa berada di balai polis tersebut, OKT-OKT telah meminta wang sebanyak RM500.00 untuk membebaskan SP2 daripada kesalahan tersebut. Namun, SP2 telah berunding dan meminta dikurangkan sebanyak RM300. SP2 kemudian telah memberi wang tersebut dengan cara meletakkan ke dalam “buku tulisan kiraan PKP”. SP2 pada tarikh yang sama, jam 10.39 malam telah membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut. PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI RAYUAN ATAS SABITAN DAN HUKUMAN [11] Prinsip undang-undang berkaitan rayuan sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 adalah mengikat Mahkamah ini. Ong Hock Thye C.J telah menyebut: An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. [12] Prinsip yang sama di dalam kes LCY v. TWY [2019) 7 CLJ 158, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat HMR (kini Ketua Hakim Negara) menyatakan seperti berikut: [26] The principle of law on appellate intervention is settled. In Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453, the Federal Court reiterated the principle as follows at p.476: [60] It is now established that the principle on which an appellate court interfere with findings of fact by the trial court is “the plainly wrong test” principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2004] 4 CLJ 309; [2005] 1 MLJ 1 (at p. 10) per Steve Shim CJ SS. More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Berhad v. Genisys lntergrated Engineers Pte Ltd /2010] 9 CLJ 785 where it was held at p. 800: It is well settled law that an appellate court will not generally speaking intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Chin v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309. [13] Manakala prinsip undang-undang berkaitan hukuman adalah sepertimana diputuskan di dalam kes Pendakwa Raya v. Prabu A/L Veeramuthu and Others [2010] 8 CLJ 257; [2010] 1 LNS 695, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hasan Lah HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: [11] In an appeal against sentence an appellate court would not disturb the sentence imposed unless the trial court had erred in applying the correct principles of sentencing or had embarked on some unauthorized or extraneous exercise of discretion (see Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Public Prosecutor [2000] 3 CLJ 302; Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256; Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 and Yit Kean Hong v. PP [2005] 4 CLJ 592). [14] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443, Azahar Mohamed HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa Mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457.” [15] Manakala di dalam PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out: (a) The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence; (b) There had been an error on the part of the trial judge misappreciating the material facts placed before him;
c
(d) The sentence was wrong in principle; or The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500). [15] In similar vein, the Court of Criminal Appeal in Dookes v. Director of Public Prosecutions [2010] SCJ 71 said at para 177: ... sentencing is not a science of mathematical application of any set formula. It is a normative science rather than a physical science which takes into account the circumstances of the offender as well as the offence and the impact of the offence on the community. A sentence may look to be lenient because it is tailored to fit the offender, the offence and the offended but, in our system of justice, the trial court is the only constitutional institution which is empowered and sovereign in determining which sentence to impose on an offender on the facts of the particular case. An appellate court would scarce intervene unless the sentence is wrong in principle or manifestly 10 [2024] CLJU 1690 Legal Network Series harsh and excessive or unduly lenient. However, even if there is nothing wrong with the principle, the sentence may be increased by the appellate court if it is unduly lenient. The principle of proportionality pervades through the whole system of justice, in procedure, substance and sanctions. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [16] Secara ringkasnya, Majistret yang bijaksana telah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan dua
2
intipati pertuduhan dan sejurusnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2. [17] Dua (2) intipati pertuduhan di bawah seksyen 384 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut: i. OKT-OKT telah melakukan memerasan dengan meletakkan mangsa di dalam ketakutan oleh sesuatu bencana “injury”; ii. OKT-OKT dengan curang mendorong mangsa supaya menyerahkan suatu harta atau cagaran berharga kepada mangsa. [18] Selain itu, Majistret juga membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 telah secara bersama-sama memeras SP2. [19] Alasan pokok Majistret dapatlah dilihat di perenggan 19 dan 20 AP yang mana adalah dapatan Majistret bahawa keterangan SP2 yang menyatakan bahawa pengadu memberi wang RM300 sebab “terpaksa dan takut ada masalah” adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan elemen pertama pertuduhan. [20] Manakala bagi elemen kedua pertuduhan, SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP2 telah meletakkan wang RM300 di dalam sebuah buku di balai polis tersebut. SP2 telah mengecamkan gambar B di P4 sebagai gambar di mana SP2 telah meletakkan wang tersebut. SP3 pula telah memberi keterangan bahawa beliau telah membuat tangkapan terhadap OKT1. Semasa tangkapan dibuat, SP3 telah membuat rampasan sejumlah wang. Butiran barang rampasan telah dimasukkan di dalam borang bongkar yang kemudiannya telah ditanda sebagai P10. SP3 juga telah menyediakan borang serah menyerah barang kes dan borang tersebut telah ditanda sebagai P11. Barang kes tersebut kemudian telah diserahkan kepada SP6. SP6 mengesahkan penerimaan barang kes tersebut. [21] Merujuk kepada P10 dan P11, dinyatakan wang tunai yang dirampas oleh SP3 terdiri daripada mata wang Ringgit Malaysia sebanyak RM1,534.00, wang kertas campur Dolars Singapore 9 Dolars dan wang kertas Venezuela 100 Cien Bollivares. Walaubagaimanapun, wang rampasan tersebut telah gagal dikemukakan oleh pihak Pendakwaan di Mahkamah sepanjang perbicaraan. Pendakwaan hanya merujuk kepada P10 dan P11 sahaja semasa menyoal saksi saksi. Tiada pengecaman wang secara fizikal dilakukan oleh SP2, SP3 dan SP6 terhadap wang rampasan tersebut. [22] Majistret telah membuat dapatan di perenggan 22 dan 23 AP bahawa pengemukaan wang rampasan adalah mustahak untuk dicamkan oleh saksi-saksi kerana wang tersebut merupakan barang kes yang menjadi tunjang utama kepada pertuduhan. Tambahan pula, jumlah wang rampasan adalah berbeza dengan jumlah yang dikatakan telah diberikan oleh SP2 kepada OKT1 dan OKT2. [23] Selain itu, Majistret juga membuat dapatan bahawa keterangan pengadu/ SP2 adalah mencurigakan kerana telah memberikan keterangan berubah-ubah dan tidak konsisten sepanjang perbicaraan. Dalam erti kata lain, SP2 bukanlah seorang saksi yang kredible. [24] Setelah meneliti Rekod Rayuan, Mahkamah ini mendapati bahawa kejadian ini telah berlaku dalam tahun 2020 dan SP2 memberikan keterangan dalam tahun 2023, tempoh kejadian yang sudah lama agak sukar bagi SP2 mengingati kesemua kejadian yang berlaku. Akan tetapi, SP2 jelas gagal mengingati dengan pasti akan fakta kritikal mengenai kejadian yang telah berlaku yang mengaitkan OKT1 dan OKT2 dengan pertuduhan sedangkan keterangan SP2 adalah penting memandangkan hanya beliau merupakan saksi mata yang boleh memberikan keterangan langsung mengenai kejadian yang berlaku. Rujuk Mohamed bin Kasdi v PP [1968] 1 LNS 78. Dengan demikian, dapatan Majistret bahawa keterangan SP2 telah menimbulkan keraguan kepada Majistret adalah suatu dapatan fakta dan Mahkamah ini yang mendengar rayuan tidak boleh mengganggu dapatan fakta tersebut, melainkan Majistret telah silap atau tersalah arah di dalam mencapai dapatan fakta tersebut. Rujuk PP v Mohd Shahbin Nordin & Ors [2008] 4 MLJ 556. [25] Pihak pendakwaan di dalam rayuannya di hadapan Mahkamah menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dan kedua-dua OKT hendaklah dipanggil untuk membela diri. [26] Pihak pendakwaan di dalam hujahannya telah merujuk kepada keterangan SP2. Mahkamah ini berpandangan keterangan-keterangan diberikan SP2 yang dirujuk tidak secara positif menguatkan kes rayuan pihak pendakwaan. Sebaliknya menguatkan lagi dapatan Majistret bahawa SP2 memberikan keterangan yang tidak konsisten. Oleh itu, keterangan SP2 yang menyatakan bahawa pengadu memberi wang RM300 sebab “terpaksa dan takut ada masalah” adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan elemen pertama pertuduhan. [27] Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati bahawa tidak ada keterangan yang mengaitkan OKT1 dan OKT2 terhadap pertuduhan yang mana tidak ada bukti bahawa OKT1 dan OKT2 telah mengugut SP2 bahawa mereka akan melakukan secara fizikal, emosi, reputasi atau terhadap harta benda SP2 sepertimana takrifan “ugut” di bawah Kanun Keseksaan. [28] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa tiada keterangan pengemukaan dan pengecaman barang kes iaitu wang tunai tidak memudaratkan kes pendakwaan. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Sunny Ang tanpa rujukan kes. Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan hanya menyebut “suatu kes yang terkenal” tanpa memberikan rujukan kes tersebut. [29] Mahkamah ini telah membuat semakannya sendiri ke atas kes tersebut iaitu kes Sunny Ang v PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ
195
Fakta kes tersebut adalah berbeza dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini dan tidak terpakai kepada fakta kes ini. [30] Oleh itu, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan mengenai ketiadaan pengecaman fizikal ke atas barang kes tidak menggugat kes pendakwan. Ini adalah kerana terdapat keraguan mengenai wang yang dikatakan SP2 sebagai wang yang diberikan oleh SP2 kepada OKT kerana jumlah yang dirampas adalah sebanyak RM1,543.00. Akan tetapi, mengikut pertuduhan sebanyak RM300.00 adalah wang yang dirampas. Oleh itu, adalah mustahak untuk barang kes dikemukakan secara fizikal di Mahkamah. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan satu kelompongan kepada kes pendakwaan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.