Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO. MT: 41LB-69-4/2017 (Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan Kes Tangkap No.: MGM 83-01-01/2016) DI ANTARA PENDAKWA RAYA …. PERAYU
41LB-69-4/2017
High Court of Malaysia25 Oct 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person before it can be relied upon and used against him. A fact or circumstance is held to be proved only when it fulfills the definition of the word “proved” given in section 3 of the Evidence Ordinance”. [26] Ke arah itu adalah mustahak apabila kes bergantung kepada identifikasi/pengecaman Tertuduh, Mah”
“SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” [16] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat ra”
“rangan. Timbalan Pendakwa Raya ingin membuat “impeachment proceeding” terhadap saksi ini, namun prosiding yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya adalah tidak tersusun. (lihat kes Muthusamy v. PP [1948] MLJ 57) Ruling ataupun keputusan tidak juga dibuat oleh Mahkamah di akhir kes pembelaan. Mahkamah ini dengan ini m”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO. MT: 41LB-69-4/2017 (Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan Kes Tangkap No.: MGM 83-01-01/2016) DI ANTARA PENDAKWA RAYA …. PERAYU
1
1.
2
NIK MUHAMMAD SHUKRI BIN NIK SOH …. RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Rayuan Pendakwa Raya terhadap Perlepasan & Pembebasan Tertuduh Di akhir Kes Pembelaan) A. LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-Tertuduh telah dituduh bersama-sama di Mahkamah Majistret di atas satu pertuduhan melakukan jenayah “khianat”, dengan cara membakar sebuah van dengan petrol, satu kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di 2 bawah Seksyen yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun yang sama. [2] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah bicara telah mendapati kedua-dua Tertuduh tidak bersalah dan melepaskan dan membebaskan mereka. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya/Perayu telah merayu kepada Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Pendakwa Raya/Perayu dan mengekalkan keputusan Majistret. [4] Masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya/Perayu telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai keputusan ini. [5] Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut. B. PERTUDUHAN [6] Pertuduhan adalah sebagaimana berikut: “Bahawa kamu bersama-sama tiga lagi yang masih bebas pada 03/01/2015 antara 1600 HRS hingga 1700 HRS bertempat di hadapan sebuah rumah tanpa No. Kampung Lepan Jaya, Dalam Daerah Gua Musang, di dalam Negeri Kelantan telah melakukan 3 suatu perbuatan khianat dengan menggunakan bahan api iaitu petrol dengan niat untuk mengakibatkan kebinasaan dengan cara membakar sebuah Van jenis Nissan Vennete No. Pendaftaran DU 8557 hingga telah menyebabkan pemiliknya Nama Mohd Nawi bin Kadir KPT: 610321-06-5111 mengalami kerugian salah sebanyak RM20,000.00, maka kamu dengan ini telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [7] Di peringkat kes Pendakwaan pihak Pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi untuk membuktikan kesnya ke atas Tertuduh-Tertuduh. C. FAKTA RINGKAS [8] Fakta kes berdasarkan keterangan saksi utama Pendakwaan iaitu Pengadu/SP1 adalah seperti berikut: [9]
Preamble
Menurut Pengadu/SP1, pada hari kejadian iaitu pada 03/01/2015, kira-kira pada pukul 4.00 petang, lima orang telah datang ke rumah beliau. [10] Beliau telah diberitahu oleh kelima-lima orang tersebut bahawa kedatangan mereka adalah untuk berbincang berkenaan lembu-lembu yang telah masuk ke kebun beliau sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan Polis beliau (P2). 4 [11] Beliau juga menyatakan bahawa dua daripada lima orang tersebut telah datang dengan membawa minyak petrol. Namun, beliau hanya mengecam Tertuduh Pertama sahaja melalui warna baju sebagai salah seorang yang membawa petrol tersebut dan seterusnya membakar van yang menjadi “subject matter” kes ini. [12]
Preamble
Menurut Pengadu/SP1, beliau berada kira-kira 10 – 15 kaki daripada van tersebut. Menurut Pengadu, turut terbakar ialah wang RM10,000.00 yang berada di dalam van tersebut. [13]
Preamble
Menurut SP1/Pengadu, semasa kejadian, ada kira-kira 10 orang lagi yang berada di tempat kejadian iaitu ditempat van tersebut terbakar. D. UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN RAYUAN [14] Prinsip undang-undang yang terpakai di dalam sesuatu rayuan telah dijelaskan di dalam kes Ping Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo [2013] 1 LNS 320; Rayuan Sivil No: W-02-528-2010, apabila Mahkamah Rayuan menyatakan: “When the finding of the trial judge is factual, however, the fact finder’s decision cannot be disturbed on appeal unless the decision of the fact finder is plainly wrong (see China Airline Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd & Another Appeal [1996] 3 CLJ 163); Zaharah bt A Kadir v. Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] 1 LNS 1015, Kyros International Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam 5 Negeri [2013] 3 CLJ 813; [2013] 1 LNS 1). The findings of fact of the trial judge can only be reversed when it is positively demonstrated to the appellate court that:
a
by reason of some non-direction or mis-direction or otherwise the judge erred in accepting the evidence which he or she did accept; or
b
in assessing and evaluating the evidence the judge has taken into account some matter which he or she ought not to have taken into account, or failed to take into account some matter which he or she ought to have taken into account; or
c
it unmistakenly appears from the evidence itself, or from the unsatisfactory reasons given by the judge for accepting it, that he or she cannot have taken proper advantage of his or her having seen and heard the witnesses’; or
d
in so far as the judge has relied on manner and demeanour, there are other circumstances which indicate that the evidence of the witnesses which he or she accepted is not credible, as for instance, where those witnesses have on some collateral matter deliberately given an untrue answer.” [15] Di dalam masa yang sama di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737, Abdul Hamid HMP (sebagaimana beliau ketika itu) berkata di muka surat. 752: 6 “Clearly, an appellate court does not and should not put a brake and not going any further the moment it sees that the trial judge says that is his finding of facts. It should go further and examine the evidence and the circumstances under which that finding is made to see whether, to borrow the words of HT Ong (CJ Malaya) in Herchun Singh’s case (supra) “there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” Otherwise, no judgment would ever be reversed on question of fact and the provision of s. 87 CJA 1964 that an appeal may lie not only on a question of law but also on a question of fact or on a question of mixed fact and law would be meaningless. (lihat juga kes-kes Jagatheesan s/o Krishnasamy v. PP [2006] 4 SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” [16] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan fakta Hakim bicara melainkan Hakim bicara melakukan kesilapan yang ketara. Namun, Mahkamah yang mendengar Rayuan adalah berkewajipan untuk mengganggu sesuatu keputusan Mahkamah bicara sekiranya didapati Mahkamah bicara tersebut telah secara serius menyalaharahkan dirinya sehingga menyebabkan satu ‘miscarriage of justice’. 7 E. INTIPATI PERTUDUHAN [17]
Preamble
Menurut Ratanlal and Dhirajlal “Law of Crimes” Edisi ke 27, intipati pertuduhan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut: “1) The accused caused the destruction of some property or some change in such property or in the situation thereof; 2) The act of the accused destroyed or diminished the value or utility of such property or that it affected it injuriously; 3) The accused did in (i) intending or knowing that he was likely to cause loss or damage to the public or any person; 4) The causing of such damage or injury was wrongful; 5) The mischief was caused by fire or some explosive substance; 6) The damage caused to property as a result of the said mischief amounted to fifty ringgit or more in value; 7) The accused intended or knew that he was likely thereby to cause such damage.” [18] Di dalam membuat penilaian dan penganalisaan, Mahkamah ini telah berpandukan prinsip undang-undang yang diterangkan di atas untuk membuat dapatan sewajarnya. 8 F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Di peringkat prima facie [19] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan di peringkat kes Pendakwaan untuk membuktikan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 173(f) bagi Mahkamah Rendah dan di bawah Seksyen 180 KAJ bagi Mahkamah Tinggi. Ke arah itu Mahkamah perlu membuat penilaian dan penelitian maksima terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya yang melibatkan kredibiliti saksi dan juga ‘probability’ sesuatu kes sebelum memutuskan samada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Lihat kes Looi Kow Chai & Anor v. PP (2003) 1 CLJ 734; Balachandran v. PP (2005) 1 CLJ 85 dan PP v. Mohd Radzi B. Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457. [20] Ke arah itu adalah amat penting di dalam mana-mana penghakiman, Hakim bicara setelah membuat penilaian maksima, membuat dapatan faktanya mengenai kredibiliti saksi-saksi khususnya kredibiliti saksi utama iaitu Pengadu (SP1). Mengenai kredibiliti saksi utama iaitu Pengadu (SP1) di dalam kes ini, setelah meneliti Rekod Rayuan, Mahkamah berpendapat bahawa SP1 adalah seorang saksi yang kurang kredibel. Begitu juga dengan saksi-saksi SP3 dan SP4 yang merupakan ahli keluarga SP1. Mengenai perkara ini, Mahkamah akan bincang kemudian. 9 [21] Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP (2015) 1LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan mangsa dan saksi secara keseluruhan. [22] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara “judicial appreciation”. Dapatan Mahkamah ini adalah seperti perenggan-perenggan berikutnya. [23] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa identiti Tertuduh-Tertuduh perlu dikenalpasti secara positif untuk menentukan penglibatan Tertuduh-Tertuduh di dalam perlakuan jenayah ini. Identiti seseorang Tertuduh boleh dikenalpasti melalui gambar, DNA, rakaman CCTV, suara, bau, cap jari dan banyak cara lagi. Di dalam kes ini, identiti Tertuduh telah dikatakan oleh pihak Pendakwaan sebagai dikenalpasti melalui penglihatan atau pengecaman oleh saksi-saksi Pendakwaan, iaitu SP1, SP3 dan SP4. [24] Selain daripada identiti, konsistensi keterangan saksi-saksi Pendakwaan perlu diambil kira. Ini melibatkan kredibiliti saksi-saksi tersebut. 10 [25] Raja Azlan Shah (ketika itu) di dalam kes KS Roberts v. Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 137, 138 mengatakan: “Identification is a fact or circumstance which must be proved against an accused person before it can be relied upon and used against him. A fact or circumstance is held to be proved only when it fulfills the definition of the word “proved” given in section 3 of the Evidence Ordinance”. [26] Ke arah itu adalah mustahak apabila kes bergantung kepada identifikasi/pengecaman Tertuduh, Mahkamah perlu berpandu kepada prinsip-prinsip di dalam kes Regina v. Turnbull [1976] AII ER 54 atau dipanggil Turnbull Direction yang mana telah digunapakai oleh Mahkamah di Malaysia. Mahkamah ingin memetik 2 prinsip utama sepertimana disusun semula oleh Penulis Andrew and Hirst (muka surat 338 – 339) seperti berikut:
a
“The need for the judge to warn the jury about the dangers of identification evidence. First, whenever the case against an accused depends wholly or substanstially on the correctness of one or more identifications of the accused which the defence alleged to be mistaken, the judge should warn the jury of the special need for caution before convicting the accused in reliance upon the correctness of the identification or identifications. In addition, he should instruct them as to the reason for the need for such 11 a warning, and should make some reference to the possibility that a mistaken witness can be convincing one and that a number of such witnesses can all be mistaken. [27] Prinsip ini menekankan pentingnya amaran diberikan, yang antara lain bahawa saksi boleh tersilap di dalam pengecaman seseorang Tertuduh, walaupun keterangan-keterangannya terhadap Tertuduh adalah meyakinkan. Memandangkan sistem juri telah dihapuskan namun adalah wajar Hakim perlu memberi amaran sedemikian kepada dirinya. [28] Prinsip Kedua adalah seperti berikut: “(b) The need for him to direct the jury to examine various specific matters that may affect the strength or cogency of the evidence before them. Secondly, the judge should direct the jury to examine closely the circumstances in which the identification by each witness came to be made. How long did the witness have the accused under observation? At what distance? In what light? Was the observation impeded in any way, as for example by passing traffic or a press of people? Had the witness ever seen the accused before? How often? If only occasionally, had he any special reason for remembering the accused? How long elapsed between the original observation and the subsequent indentification to the police? Was there any 12 material discrepancy between the description of the accused given to the police by the witness when first seen by them and his actual appearance? If in any case, whether it is being dealt with summarily or on indictment, the prosecution have reason to believe that there is such a material discrepancy, they should supply the accused or his legal advisers with particulars of the description the police were first given. In all cases, if the accused asks to be given particulars of such description, the prosecution should supply them. Finally, he should remind the jury of any specific weakness which had appeared in the identification evidence. All these matters go to the quality of the identification evidence. If the quality is good and remains good at the close of the accused’s case, the danger of mistaken identification is lessened; but the poorer the quality, the greater the danger (at page 552)”. [29] Daripada prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa penekanan diberikan kepada kualiti sesuatu pengecaman itu yang mana banyak bergantung kepada keupayaan saksi mata tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu kualiti pengecaman antara lain ialah jarak saksi mata dengan tertuduh di tempat kejadian; sama ada pengelihatannya tidak diganggu oleh contohnya kekurangan cahaya; kehadiran orang yang ramai ditempat kejadian, (was the observation / identity impended by a press of people), berapa cepat kejadian berlaku yang membolehkan 13 saksi melihat perlakuan Tertuduh di dalam melakukan jenayah tersebut. Apa pun perlu ditekankan di sini bahawa hakikatnya kesilapan pengecaman sentiasa boleh berlaku seperti maxim “a mistaken witness can be a convincing one and that a number of such witnesses can all be mistaken”. Ini adalah benar apabila pengecaman tersebut melibatkan suspek-suspek/Tertuduh yang ramai di sesuatu tempat kejadian seperti di dalam kes ini, yang menjadikan sesuatu pengencaman itu tidak berkualiti dan diragui. [30] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah, kes Pendakwaan bergantung kepada keterangan Pengadu/SP1 yang berumur 55 tahun yang menyatakan beliau mengecam salah seorang Tertuduh yang memakai baju merah sebagai salah seorang yang membawa petrol dan membakar van tersebut. Jarak SP1 dengan van adalah di antara 10 hingga 15 kaki, yang pada pendapat Mahkamah adalah agak jauh. SP1 sendiri mempunyai masalah penglihatan. [31] Di muka surat 7 Rekod Rayuan di soalan akhir, SP1 ditanya dan menjawab: “Soalan : Ada masalah penglihatan? Jawapan : Tiada nampak dengan jelas.” Di muka surat 9 Rekod Rayuan, ketika disoal balas, SP1 ditanya: “Soalan : Boleh baca? Jawapan : Kalau pakai spek.” 14 Semasa disoal semula, SP1 berkata, di muka surat 9, Rekod Rayuan: “….. orang kalau dekat boleh nampak tapi kalau jauh amat tak nampak.” [32] Keterangan yang diberikan SP1 di Mahkamah bicara pula tidak berapa ketara (clear). Kes Pendakwaan telah dilemahkan lagi dengan keterangan pengakuan SP1 sendiri seperti di muka surat 6 seperti berikut: “Dia terus memukul menantu saya. Menantu nama Nik Shahrul. Bukan Tertuduh-Tertuduh ini yang pukul. (penekanan oleh Mahkamah). [33] Persoalannya ialah jika bukan Tertuduh-Tertuduh yang pukul, siapa yang memukul dan berada di tempat kejadian? [34] Timbalan Pendakwa Raya pula di dalam pemeriksaan utamanya tidak pula menanya sama ada saksi ini mengecam kedua-dua Tertuduh ini di dalam kandang orang salah di dalam Mahkamah sebagai orang yang melakukan jenayah ini. Ini adalah fatal kerana ia mengwujudkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan. [35] Semasa di peringkat Pemeriksaan Balas (di dalam Rekod Rayuan Majistret menulis sebagai “PEMERIKSAAN UTAMA”), Peguam Tertuduh pula yang menanya di muka surat 6, Rekod Rayuan sama 15 ada boleh cam Tertuduh. Saksi menjawab boleh cam namun Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya di peringkat pemeriksaan semula tidak memastikan bahawa orang yang dicamkan itu adalah Tertuduh-Tertuduh di dalam Mahkamah. [36] Ini memudaratkan kes Pendakwaan kerana hakikatnya kedua-dua Tertuduh tidak berupaya dicamkan saksi SP1. Kelemahan kes Pendakwaan bertambah lagi apabila saksi mengesahkan bahawa terdapat 10 orang kesemuanya selain Tertuduh-Tertuduh yang berada di tempat kejadian, 3 daripadanya masih tidak dapat dituduh kerana masih bebas. Tambah-tambah lagi penglihatan SP1 adalah kurang. Rumusan yang Mahkamah boleh buat melalui saksi ini adalah bahawa SP1 gagal mengaitkan kedua-dua Tertuduh dengan jenayah yang telah dipertuduhkan terhadap mereka memandangkan kredibiliti saksi ini dan keterangan-keterangannya diragui. [37] Pihak Pendakwaan telah memanggil SP2 untuk menyokong keterangan SP1. SP2 Mohd Shahrul adalah menantu kepada SP1. Pemeriksaan Utamanya yang ringkas tidak menunjukkan apa-apa kaitan kedua-dua Tertuduh dengan kejadian jenayah ini. SP2 memberitahu Mahkamah, di dalam rumah SP1 beliau dipukul, namun tidak cam siapa memukulnya dan tidak pasti dan tidak cam siapa yang membakar van. (Penekanan oleh Mahkamah) Semasa disoal balas (di dalam Rekod Rayuan Majistret menulis sebagai “Pemeriksaan Semula” sebenarnya “Pemeriksaan Balas”) beliau sekali lagi mengesahkan perkara ini. Beliau juga mengesahkan 16 bahawa beliau tidak nampak siapa yang membawa botol mengandungi petrol di tempat kejadian. Beliau sahkan di tempat kejadian memang ada kira-kira 10 orang. Di akhir pemeriksaan balas, dimuka surat 11 Rekod Rayuan SP2 ditanya dan kekal dengan jawapannya sebelum ini seperti berikut: “S: Setuju kamu tak tahu siapa Tertuduh hari ini? J: Tak tahu dan tak kenal.” [38] Timbalan Pendakwa Raya tidak menyoal semula mengenai perkara ini. Rumusan dan kesimpulan yang Mahkamah buat hasil dari keterangan saksi ini ialah saksi ini tidak langsung dapat mengaitkan kedua-dua Tertuduh dengan jenayah ini. [39] Saksi SP3 iaitu anak kepada Pengadu (SP1) dan isteri kepada SP2 telah memberi keterangan. Keterangannya semasa di Pemeriksaan Utama ialah 5 orang telah datang ke rumah tempat kejadian untuk berbincang dan tiba-tiba Nik Ismail (tidak dituduh) datang dan tumbuk muka suaminya, SP2. Yang datang ialah 5 orang iaitu Nik Ahmad, Nik Li, Dilah, Nik Ismail dan Mat Yie. (Mengikut Rekod, mereka tidak dicamkan). Mereka datang untuk berbincang. [40] Saksi ini menyatakan bahawa dia nampak “Nik Ahmad” membuang minyak petrol dan “Mat Yie” membawa mancis, selepas itu van menyala. Timbalan Pendakwa Raya tidak pula menanya siapa “Nik Ahmad” dan “Mat Yie” ini. Adakah mereka orang-orang yang kena tuduh. Tiada pengecaman terhadap mereka dibuat. Ini 17 adalah penting kerana ada 10 orang semuanya di tempat kejadian. 3 orang lagi daripada mereka adalah masih bebas dan tidak dapat dituduh. Sekali lagi ini adalah fatal. [41] Sehingga selesai saksi ini memberi keterangan, tidak terdapat keterangan kukuh yang dapat mengaitkan Tertuduh-Tertuduh dengan pertuduhan. SP3 juga tidak dapat menentukan jarak di antara van dan tempat beliau berdiri. Tetapi hanya menyatakan “dekat”. Timbalan Pendakwa Raya sewajarnya memberi cadangan contoh jaraknya supaya Majistret dapat merekodkan anggaran jarak dekat/jauhnya kerana ini melibatkan persoalan kemampuan penglihatan saksi dan pengecaman terhadap Tetuduh-Tertuduh. Dua inferens yang boleh dibuat di sini dan inferens yang memihak kepada Tertuduh terpakai iaitu memandangkan SP3 berada bersama SP1 maka jaraknya adalah 10 - 15 kaki. Ini bermakna penglihatannya adalah tidak berkualiti. [42] Ketidakcekapan pihak Timbalan Pendakwa Raya mengendalikan kes ini mengundang padah. Apa tah lagi apabila saksi ini sendiri semasa disoal balas menyatakan pada waktu kejadian pada mula-mulanya ada 10 orang. Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada muka surat 14 Rekod Rayuan, saksi ini disoal dan menjawab: “Soalan : Pada waktu kejadian berapa orang ditempat kejadian? Jawapan : Mula-mula 10 orang.” 18 [43] Ini tidak dipertikaikan oleh Pihak Pendakwaan dan Timbalan Pendakwa Raya tidak pula menyoal semula saksi ini. Dengan itu melalui saksi ini Mahkamah mendapati Pendakwa Raya tidak dapat membuktikan tanpa keraguan bahawa Tertuduh-Tertuduhlah yang membakar van tersebut kerana banyak keraguan yang ditimbulkan oleh pihak Pendakwaan sendiri seperti dinyatakan di atas dan melalui Pendakwaan yang tidak cekap. “Benefit of the doubt” ini wajar diberikan kepada Tertuduh-Tertuduh. [44] Pendakwa Raya telah memanggil SP4 sebagai saksi Pendakwaan (tempat kejadian) seterusnya. Beliau ialah isteri Pengadu.
Preamble
Mengikut Rekod Rayuan di muka surat 17; saksi berkata “Lepas itu 2 ini (OKT) mari rumah dan bakar rumah”. Keterangan ini adalah tidak jelas memandangkan pertuduhan ialah mengenai kes membakar van bukan membakar rumah. Seterusnya saksi berkata: “Nik Ismail, Nik Ahmad, Mat Yie dan Dilah, Ibu OKT lepas itu dia bakar. Mereka tak nak padam api…Dia tumbuk Shahrul menantu saya dan tumbuk suami saya. Dia ambil batu pecah van, yang pakai baju putih. Di lempar dekat van. Yang baju hijau lempar mancis. Minyak dia bawa botol besar”. [45] Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP4 adalah tidak lengkap kerana gagal mengaitkan Tertuduh-Tertuduh dengan pertuduhan. Tertuduh-Tertuduh iaitu Nik Muhamad dan Nik Muhamad Shukri tidak diangkat untuk pengecaman oleh saksi ini oleh Timbalan Pendakwa Raya. Saksi SP4 ini merujuk mereka- 19 mereka yang terlibat dimuka surat 17 Rekod Rayuan sebagai “baju warna merah” dan “baju putih” tetapi di muka surat 18 Rekod Rayuan sebagai “baju putih” dan “baju hijau”. Justeru, Mahkamah tidak tahu siapa “baju putih”, “baju hijau” dan “baju merah”. Di mana datangnya “baju hijau’’ sedangkan tertuduh hanya 2 orang sahaja. SP4 semasa disoal balas (Rekod Rayuan menyatakan “Pemeriksaan Semula”) (di muka surat 16) mengesahkan mengetahui nama-nama Tertuduh. Lebih memudaratkan lagi ialah terdapat 8 orang lagi di tempat kejadian dan 3 daripada mereka tidak dapat dituduh dan masih bebas. [46] Tambahan pula, (andai kata Tertuduh-Tertuduh adalah “yang baju putih” dan “yang baju hijau” atau “baju merah”) yang pentingnya keterangan SP4 bercanggah dengan keterangan Pengadu/SP1 khususnya. Ini adalah kerana Pengadu/SP1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa yang memukul menantunya, Shahrul dan dirinya bukanlah Tertuduh-Tertuduh. (lihat muka surat 6, Rekod Rayuan). Dimuka surat 18 Rekod Rayuan, SP4 berkata: “Mereka tak nak padam api. Dia tumbuk Shahrul menantu saya dan tumbuk suami saya…” [47] Nampaknya SP4 tersilap identiti. Di peringkat Pemeriksaan Utama, pihak Pendakwaan/Timbalan Pendakwa Raya gagal menentukan sedekat mana SP4 ini dengan van dan Tertuduh-Tertuduh. Ini adalah mustahak untuk menentukan pengecaman yang berkualiti dari saksi ini. 20 [48] Justeru itu memandangkan percanggahan pengecaman ini ditambah lagi dengan kehadiran 10 orang kesemuanya di tempat kejadian termasuk 3 suspek yang masih bebas, maka wujudnya satu kemungkinan besar bahawa SP4 tersilap mengecam Tertuduh-Tertuduh. Di dalam ertikata lain oleh kerana SP4 telah tersilap di dalam pengecaman mengenai kejadian pukul-memukul ini, maka tidak ada sebab yang membuat SP4 tidak akan tersilap di dalam pengecaman Tertuduh-Tertuduh sebagai terlibat di dalam kejadian kebakaran van tersebut. Tambahan lagi, oleh kerana Pendakwaan tidak menyoal beberapa jauh/dekat SP4 dengan van tersebut dengan beliau, inferens yang memihak kepada Tertuduh terpakai iaitu jaraknya adalah jauh iaitu di antara 10 hingga 15 kaki sepertimana keterangan Pengadu/SP1. [49] Rumusan daripada keterangan SP4 ini ialah Mahkamah mendapati SP4 bukanlah saksi yang kredibel dan telah memberi keterangan yang bercanggah. Akibatnya SP4 gagal mengaitkan secara konklusif kebakaran van tersebut dengan Tertuduh-Tertuduh di atas alasan-alasan yang diberikan di atas. Ini telah menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. [50] Pendakwa Raya juga telah memanggil SP5, Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor G. Gopinath untuk memberi keterangan. SP5 telah menyediakan rajah kasar yang dieksibitkan sebagai P4. SP5 telah datang ke tempat kejadian pada hari kejadian, SP5 juga telah mengarahkan Jurugambar mengambil gambar-gambar tempat kejadian dan gambar van yang sudah terbakar dan juga sebahagian 21 bangunan rumah Pengadu yang turut terbakar. SP5 memberitahu di dalam siasatannya mengaku telah menemubual jiran-jiran di sekitar tempat kejadian. [51] Mahkamah mendapati bahawa siasatan yang dijalankan oleh SP5 adalah tidak lengkap. Ketika beliau disoal balas, beliau mengaku beliau hanya mengarahkan Jurugambar mengambil gambar di tempat kejadian. Yang teramat penting sekali ialah SP5 sendiri mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui apakah punca kebakaran van dan rumah tersebut [(Lihat muka surat 29 Rekod Rayuan) Jilid 2(a)]. SP5 juga gagal memperolehi botol-botol yang dikatakan mengandungi petrol yang dikatakan oleh saksi Pendakwaan telah dicurahkan oleh kedua-dua Tertuduh sebelum kedua-dua mereka membakar van tersebut. Tiada apa sempel atau bukti yang mengandungi petrol yang dijumpai di tempat kejadian yang dapat diambil oleh SP5. Malahan tiada secebis keteranganpun dikemukakan melalui saksi ini bahawa terdapat bau petrol di dalam van itu ketika beliau melakukan siasatan. Tambah-tambah lagi pertuduhan menyatakan kebakaran tersebut adalah dengan menggunakan petrol. [52] Di muka surat 30, Rekod Rayuan SP5 mengaku tangkapan terhadap Tertuduh-Tertuduh (1 tahun kemudian) adalah berdasarkan keterangan mangsa dan anak mangsa sahaja. Dengan SP5 yang merupakan saksi bebas dan telah memberitahu Mahkamah bahawa beliau sendiri tidak mengetahui punca kebakaran sedangkan beliau sendiri telah menjalankan siasatan, 22 maka satu dapatan boleh dibuat bahawa keterangan yang diberikan oleh SP1, SP3 dan SP4 terhadap penglibatan Tertuduh-Tertuduh adalah tidak benar dan rekaan semata-mata. Ini telah memudaratkan lagi kes Pendakwaan dan dengan sendiri menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan. [53] SP5 juga gagal menangkap suspek-suspek lain dan gagal memanggil saksi-saksi bebas yang lain. Tangkapan terhadap Tertuduh-Tertuduh juga berlaku 1 tahun selepas kejadian iaitu pada 10/1/2016. Rumusan daripada keterangan SP5 ini Mahkamah mendapati bahawa siasatan beliau sendiri telah gagal menunjukkan bahawa kedua-dua Tertuduh terlibat dengan jenayah ini. Memandangkan dua inferens boleh ditimbulkan maka inferens yang memihak kepada Tertuduh adalah terpakai iaitu bahawa 2 orang lain daripada 10 orang yang berada di tempat kejadian yang membakar van tersebut dan bukan dengan petrol. Kedua-dua Tertuduh ini berada di situ selepas van telah dibakar, sekaligus membuktikan bahawa kedua-dua Tertuduh tidak terlibat dengan jenayah ini. [54] Di akhir kes Pendakwaan dengan menggunakan pendekatan yang Mahkamah telah nyatakan sebelum ini, dan setelah mengambil kira keterangan-keterangan saksi Pendakwaan dan setelah membuat penganalisaan secara maksima, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan wujudnya satu kes prima facie. Justeru itu, Tertuduh-Tertuduh sepatutnya dilepas dan 23 dibebaskan tanpa dipanggil membela diri, di peringkat Pendakwaan lagi. Kes Pembelaan [55] Andai kata Mahkamah tersilap dengan keputusan tersebut, kini Mahkamah akan menilai kes Pembelaan. SD1/Tertuduh Pertama dan SD2/Tertuduh Kedua telah memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi. Keterangan mereka telah disokong oleh SD3 dan SD4. [56] Di peringkat kes Pembelaan Tertuduh-Tertuduh tidak perlu membuktikan bahawa mereka tidak melakukan kejadian membakar van tersebut tetapi hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah sahaja ke atas kes Pendakwaan. [57] Di dalam pembelaan mereka, kedua-dua Tertuduh tidak menafikan mereka berdua berada di tempat kejadian. Tetapi posisi mereka dengan van tersebut adalah jauh. [58] Kedua-dua Tertuduh telah dirujuk kepada rajah kasar P4. Berdasarkan P4, Tertuduh Pertama telah menunjukkan kedudukannya iaitu dikedudukan “B2” dan “Y” di kawasan Masjid. Manakala Tertuduh Kedua pula berada di kedudukan Z dan Z2. Ke arah itu Mahkamah ingin merujuk keterangan-keterangan SD1/Tertuduh Pertama dan SD2/Tertuduh Kedua seperti di bawah. 24 [59] Dimuka surat 3 dan 4, Rekod Rayuan di jilid 2(b) SD1/Tertuduh Pertama memberi keterangan seperti berikut: “Q: Saya pohon untuk rujuk muka surat 16, rajah kasar lokasi kejadian (P4). Boleh tunjuk kepada Mahkamah di mana kedudukan Encik Muhammad di tempat kejadian? A: Tanda sebagai Y (ditandakan warna merah) dalam P4. Q: Dengan kata lain, Encik Muhammad berada dalam kawasan masjid ketika itu? A: Ya. Q: Selepas itu, apa yang terjadi? A: Ada pergaduhan dekat situ. Q: Pergaduhan di antara siapa dengan siapa? A: Menantu Nawi dengan Nik Li dan kemudian Nik Ismail dan Nawi. Q: Ketika awak nampak pergaduhan itu, apa yang terjadi? A: Masa pergaduhan itu, tiba-tiba van terbakar. Q: Apa reaksi awak bila awak lihat van terbakar? A: Bila saya tengok van terbakar, saya terkejut dan semua yang ada di situ pakat lari. Q: Adakah kamu yang membakar van tersebut? A: Bukan. 25 Q: Awak nampak siapa yang membakar van tersebut? A: Saya tak nampak. Q: Kamu tahu siapa yang membakar van tersebut? A: Tidak tahu. Q: Sebelum ini, kamu ada bermusuh dengan pengadu? A: Sebelum ini tiada masalah dengannya” [60] Dimuka surat 17, 18 dan 19, Rekod Rayuan SD2/Tertuduh Kedua memberi keterangan antara lain seperti berikut: “Q: Ketika dalam perjalanan awak balik apa yang berlaku? A: Masa perjalanan nak balik, saya tengok dekat rumah Pengadu, ramai orang dan saya berhenti sekejap. Q: Ketika kamu berhenti di tempat itu, di mana kedudukan kamu? Tolong tanda di P4. A: Saya duduk di bahu jalan. (DW2 tandakan kedudukan sebagai Z di P4). Q: Boleh beritahu Mahkamah ketika itu di rumah Pengadu, siapa yang ada? A: Mak saya, abang saya Nik Muhammad, Nik Li, dan Nik Ismail dan orang kampong pun ramai juga. Q: Ketika berjalan menuju ke tempat kejadian, apa yang berlaku? A: Masa saya berjalan nak masuk dekat, tiba-tiba van terbakar. 26 Q: Pohon rujuk P4, boleh tandakan di mana kedudukan awak ketika van terbakar ketika awak tengah berjalan? A: DW2 tandakan kedudukan Z2 di P4. Q: Ketika awak nampak van terbakar, apa reaksi awak? A: Rasa kalut, dan lari balik ke rumah sebab ramai orang lari. Q: Adakah awak yang membakar van tersebut? A: Tidak. Q: Awak nampak siapa yang bakar van tersebut? A: Tak nampak.” [61] Pihak Pendakwaan gagal menggoyahkan/(shake) keterangan kedua-dua Tertuduh mengenai pembelaan ini semasa di peringkat Pemeriksaan Balas tetapi menumpukan perhatian kepada kematian lembu-lembu Tertuduh-Tertuduh dan ahli keluarga mereka. [62] Berdasarkan keterangan kedua-dua Tertuduh, Mahkamah mendapati bahawa keterangan mereka adalah meyakinkan dan probabel. Ini adalah kerana Mahkamah berpendapat dengan jauhnya kedudukan mereka berbanding van tersebut, maka adalah tidak munasabah jika mereka berdua yang telah membakar van tersebut. Tambah-tambah lagi Tertuduh Kedua menyatakan bahawa dia baru sampai di tempat kejadian ketika van itu sedang terbakar. Keterangan ini tidak dicabar oleh Timbalan Pendakwa Raya. 27 [63] Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan fakta Majistret bahawa perbuatan membakar van ini memerlukan perancangan yang teliti. Adalah tidak logik jika orang yang membakarnya adalah Tertuduh-Tertuduh sendiri sedangkan mereka tidak berada berhampiran dengan van tersebut. Tambah-tambah lagi mereka tidak akan melakukannya secara terang-terangan. Dengan keadaan “kekecohan” dengan hampir 8 orang lain yang berada berhampiran dengan van tersebut selain orang kampung, maka adalah sukar untuk saksi-saksi Pendakwaan menentukan secara spesifik pembakar van tersebut. [64] Ke arah itu Mahkamah bersetuju dengan dapatan-dapatan fakta Majistret seperti dimuka surat 17, Rekod Rayuan seperti berikut: “Dalam keterangan saksi-saksi mereka, pihak pembelaan tidak menafikan langsung bahawa Accused 1 dan Accused 2 memang berada di sekitar kawasan kejadian dan seterusnya berlakunya kebakaran van SP1. Namun, Accused 1 dan Accused 2 adalah bukan orang yang terlibat membakar van kepunyaan SP1. Pengecaman secara positif bahawa Accused 1 dan Accused 2 yang telah melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan tersebut gagal dibuktikan secara konklusifnya setelah saya mendengar keterangan saksi-saksi pihak pembelaan. Memang kehadiran Accused 1 dan 2 di tempat kejadian adalah tidak dinafikan dan fakta ini diakui oleh kedua-dua Accused. Tetapi dengan keadaan yang tiba-tiba menjadi kacau bilau akibat ketengangan dan pergaduhan tersebut sebelum kebakaran van milik SP1 secara logiknya agar sukar untuk 28 memastikan siapa yang membakar van milik SP1. Pada pandangan saya, perbuatan membakar van tersebut mestilah dirancang terlebih dahulu dan memerlukan perancangan yang teliti. Sudah semestinya individu yang merancang untuk membakar van milik SP1 tidak mahu siapa-siapa melihat perbuatan tersebut. Sekiranya Accused 1 dan Accused 2 melakukan perancangan tersebut, sudah pasti mereka tidak akan turut bersama untuk berbincang dan boleh dilihat oleh mata saksi-saksi pengadu. Pada pandangan saya, atas faktor ini pun sudah wujud elemen keraguan telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan.” [65] Di akhir kes pembelaan, setelah Mahkamah meneliti hujahan pihak kedua-dua Tertuduh dan Pembelaan, meneliti semula keseluruhan keterangan-keterangan dengan mengambil kira keterangan-keterangan Pembelaan dan Pendakwaan dan membuat satu penganalisaan maksima terhadap segala keterangan-keterangan yang terkumpul tersebut, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan kedua-dua Tertuduh berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan. [66] Di dalam kes Mat v. PP [1963] 29 MLJ 263, Mahkamah menyatakan: “if the court accepts the explanation given by or on the accused, it must acquit. But this does not entitle the court to convict if it does not believe that explanation, for he is still entitle to an acquittal if the 29 explaination raises a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughtout on the prosecution. If upon the whole evidence the court is left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it”. [67] Begitu juga di dalam kes GANAPAHTY RENGASAMY v. PUBLIC PROSECUTIOR [1998] 2CLJ secara khusus di muka surat 3 Mahkamah menyatakan: “Seberapa lemah sekalipun sesuatu pembelaan, Hakim-Hakim perbicaraan sebagai Hakim-Hakim bagi fakta dan juga undang– undang tidak seharusnya mengenepikan pembelaan itu semata-mata atas dasar bahawa saksi-saksi pihak pendakwaan harus dipercayai dan bukannya pihak pembelaan. Di mana undang-undang meletakkan bebanan memberikan penjelasan ke atas seorang tertuduh, dan penjelasan diberikan, yang mana jika ianya kosisten dengan ketidakbersalahan, maka Mahkamah berkewajipan untuk menimbang sama ada ianya berkemungkinan benar, walaupun tidak yakin dengan kebenarannya”. [68] Di dalam kes ini, Mahkamah percaya dan yakin dengan pembelaan Tertuduh-Tertuduh. Keterangan Pembelaan mereka telah disokong lagi oleh SD3 dan SD4 Walaupun kedua-dua otoriti di atas menyatakan bahawa walaupun Mahkamah tidak percaya dan yakin dengan pembelaan Tertuduh tetapi asalkan penerangan atau pembelaan tersebut berjaya menimbulkan keraguan yang 30 munasabah, maka Tertuduh-Tertuduh perlu dilepas dan dibebaskan. [69] Adalah jelas di dalam kes ini bukan sahaja Tertuduh berjaya membuktikan mereka tidak melakukan jenayah seperti yang dipertuduhkan terhadap mereka tetapi di dalam masa yang sama telah melepaskan tanggungjawab mereka dengan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. G. LAIN-LAIN [70] Mahkamah ingin membuat beberapa pemerhatian terhadap pendakwaan kes ini. Mahkamah berpendapat Timbalan Pendakwa Raya yang menjalankan Pendakwaan kes ini di peringkat Pendakwaan tidak menjalankan tugasnya dengan penuh kecekapan. Keterangan-keterangan yang dapat dikemukakan adalah ringkas dan banyak perkara yang tidak ditanya terhadap saksi sehinggakan pengecaman saksi-saksi terhadap Tertuduh-Tertuduh secara spesifik tidak dilakukan. Ini adalah fatal khususnya apabila pengecaman saksi di Mahkamah adalah melalui baju yang dipakai Tertuduh. Di satu peringkat saksi ada menyebut 3 warna baju sedangkan Tertuduh hanya ada 2 orang sahaja. [71] Di peringkat pembelaan, Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes (Timbalan Pendakwa Raya yang berlainan) semasa soalan balas terhadap Tertuduh memberi konsentrasi terhadap soalan mengenai lembu-lembu yang mati akibat diracun, 31 sedangkan isu pokok iaitu pembakaran van tersebut tidak disoal balas dengan begitu jitu. Nampaknya Timbalan Pendakwa Raya ingin menonjolkan keterangan mengenai motif sedangkan motif bukan menjadi intipati pertuduhan di dalam kes ini. [72] Di satu peringkat ketika kes Pembelaan, saksi ketiga iaitu SD3 telah memberi keterangan. Timbalan Pendakwa Raya ingin membuat “impeachment proceeding” terhadap saksi ini, namun prosiding yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya adalah tidak tersusun. (lihat kes Muthusamy v. PP [1948] MLJ 57) Ruling ataupun keputusan tidak juga dibuat oleh Mahkamah di akhir kes pembelaan. Mahkamah ini dengan ini memutuskan prosiding tersebut tidak berjaya dan keterangan SD3 kekal seperti adanya. [73] Pegawai Penyiasat juga tidak membuat siasatan yang menyeluruh seperti ala kadar sahaja sehinggakan beliau memberitahu Mahkamah bahawa beliau sendiri tidak tahu punca kebakaran. Ini bermakna keputusan yang dibuat hasil daripada siasatannya tidak meyakinkan dirinya sendiri dan bermakna beliau sendiri tidak yakin dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang mana keterangan-keterangan ini diambil oleh beliau. [74] Kesemua kekurangan-kekurangan ini telah mengugat kes Pendakwaan. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa apa-apa kekurangan oleh pihak Pendakwaan, “benefit” perlu diberikan kepada pihak Tertuduh. (Any short comings or infirmitives by the prosecution, the benefit should go to the Defence) 32 H. KESIMPULAN [75] Di atas alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah berpendapat dengan keterangan di atas, adalah tidak selamat untuk mendapati tertuduh-tertuduh bersalah. Malahan Mahkamah mendapati kedua-dua Tertuduh telah berjaya menimbulkan banyak keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan yang mewajarkan mereka dilepas dan dibebaskan. [76] Dengan itu, rayuan Pendakwa Raya ditolak dan keputusan Majistret dikekalkan. Tarikh: 25 April 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur 33 PIHAK-PIHAK: Pendakwa Raya: Puan TPR Shaharaliza binti Ab. Razak Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguambela: Che Mohd Firdaus bin Che Soh, Tetuan Che Firdaus & Associates, Lot 2646 Taman Guru, Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.