Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(H)-85-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
B-05(H)-85-02/2024
Court of Appeal of Malaysia13 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dang”
“n in every case where a person pleads guilty. The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v. PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134; PP v. Sulaiman Ahmad [1992] 4 CLJ 2283; [1992] 3 CLJ 447 (Rep); [19”
“The circumstances in which a guilty plea will not have any weight are varied. The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng & Anor v. PP [1979] CLJU 48; [1979] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 13; PP v. Oo Leng Swee & Ors [1981] CLJU 109; [1981] 1 LNS 109; [1981] 1 M”
“d. The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng & Anor v. PP [1979] CLJU 48; [1979] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 13; PP v. Oo Leng Swee & Ors [1981] CLJU 109; [1981] 1 LNS 109; [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumst”
“6] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v. PP [1985] 2 CLJ 155; [1985] CLJ (Rep) 683). Its application in favour of an accused depends on the facts and circumstances of each case (see Wong Kai Chuen Philip v. PP [1990] CLJU 146; [1990] 1 LNS 146; [1991] 1 MLJ 321). Thus, as lucidly explained by Charles JA in Leigh Nicholas Donnell”
“for pleading guilty (see Sau Soo Kim v. PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134; PP v. Sulaiman Ahmad [1992] 4 CLJ 2283; [1992] 3 CLJ 447 (Rep); [1993] 1 MLJ 74; PP v. Ravindran & Ors [1992] CLJU 47; [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45). The discount that is given is normally a reduction of the sentence by”
“Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500). [15] In similar vein, the Court of Criminal Appeal in Dookes v. Director of Public Prosecutions [2010] SCJ 71 said at para 177: ... sentencing is not a science of mathematical application of any set formula. It is a”
“ri bagi mendapatkan kes-kes berkenaan. Lihat perenggan [11] Alasan Penghakiman (AP) HMT. [6] Dalam AP, HMT telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes-kes Pendakwa Raya v Houssin Sazzad [2016] MLJU 1617, Nurul Islam lwn Pendakwa Raya [2016] 12 MLJ 433, PP v Marwan Sirait [2017] 1 LNS 649, Public Prosecutor”
“dalam kes-kes Pendakwa Raya v Houssin Sazzad [2016] MLJU 1617, Nurul Islam lwn Pendakwa Raya [2016] 12 MLJ 433, PP v Marwan Sirait [2017] 1 LNS 649, Public Prosecutor v Suahaili bin Hassan & 1 Other [2018] MLJU 381, PP v Koh Chin Wah & Anor [2022] 1 LNS 1877, PP v Tamberin Tane & Anor [2023] 1 LNS 2524, PP v Ekok Muali”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(H)-85-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
NUR BAKTI BIN ABD. RAHMAN [PASSPORT NO.: TIADA]
2
HERMAN [PASSPORT NO.: TIADA] … RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam
1
Nur Bakti Bin Abd. Rahman [Passport No.: Tiada]
2
Herman [Passport No.: Tiada]) S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA KORAM CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI, HMR AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Nur Bakti bin Abd. Rahman (OKT1) dan Herman (OKT2) ialah dua orang warganegara Indonesia yang tiada sebarang pengenalan diri atau pun pasport yang telah dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan melakukan penyeludupan seramai 25 orang migran seperti yang berikut: Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas pada 09/10/2023 jam lebih kurang 0100 hrs bertempat di Lat 02 darjah 47.899 minit (N) Long 101 darjah 17.816 minit (E) dengan jarak lebih kurang 2.5 BN dari pantai Pulau Carey, Telok Panglima Garang, di dalam Negeri Selangor, telah menyeludup migran seperti di Lampiran A, oleh yang demikian, kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Lampiran
Lampiran A 1. Nama : Danial Klau, Pass: Tiada 2. Nama : Arlinu Gomes, Pass: Tiada 3. Nama : Ferdynanrus Rame, Pass: Tiada 4. Nama : Rizky Anata, Pass: E2345602 S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA 5. Nama : Agustian Sitorus, Pass: Tiada 6. Nama : Rizal Sandi Agung, Pass: Tiada 7. Nama : Shahruramadhan, Pass: Tiada 8. Nama : Zulkifili, Pass: E3712612 9. Nama : Irfan Effindi, Pass: Tiada 10. Nama : Bukhari, Pass: E2808848 11. Nama : Mulyadi, Pass: C6270626 12. Nama : Riyanda, Pass: C8561120 13. Nama : Moadin, Pass: Tiada 14. Nama : Ratnawati, Pass: E3057816 15. Nama : Mardiah, Pass: Tiada 16. Nama : Elma Mariana Dida, Pass: Tiada 17. Nama : Habibah, Pass: E3528086 18. Nama : Indi Widya Lestari, Pass: Tiada 19. Nama : Lela Tasya, Pass: Tiada 20. Nama : Nazila Esmi, Pass: Tiada 21. Nama : Putri Amanda, Pass: Tiada 22. Nama : Maria Adelin Hoar, Pass: Tiada 23. Nama : Maria Margareta Seran, Pass: Tiada 24. Nama : Sutiah, Pass: E0670764 25. Nama : Wilna Jesika Elisa, Pass: Tiada, Umur : 4 tahun, Perempuan [2] Setelah pertuduhan dibacakan, kedua-dua OKT mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 4 tahun yang bermula daripada tarikh kedua-dua OKT ditangkap pada 9.10.2023. Tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, Pendakwa Raya mengemukakan rayuan ke Mahkamah ini. S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA [3] Untuk memudahkan sebutan, pihak-pihak akan dirujuk sama seperti di Mahkamah Tinggi, iaitu OKT dan Pihak Pendakwaan (PP). Dapatan HMT Mengenai Hukuman [4] Semasa membuat pertimbangan, HMT telah merujuk prinsip-prinsip asas berkaitan penghukuman yang diputuskan dalam kes-kes autoriti iaitu, R v Ball 35 Cr App R 164, Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86, Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, R v. James Henry Sargeant (1974) 60 Cr. App. R 74, Wan Ji bin Wan Hussin v Public Prosecutor [2024] 1 MLJ 142 dan Bhandulananda Jayatilake v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83. [5] Seterusnya, HMT merungut kerana PP tidak ada membuat sebarang rujukan kepada mana-mana keputusan mahkamah terdahulu berkaitan dengan penghukuman menurut s 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan beliau perlu membuat carian sendiri bagi mendapatkan kes-kes berkenaan. Lihat perenggan [11] Alasan Penghakiman (AP) HMT. [6] Dalam AP, HMT telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes-kes Pendakwa Raya v Houssin Sazzad [2016] MLJU 1617, Nurul Islam lwn Pendakwa Raya [2016] 12 MLJ 433, PP v Marwan Sirait [2017] 1 LNS 649, Public Prosecutor v Suahaili bin Hassan & 1 Other [2018] MLJU 381, PP v Koh Chin Wah & Anor [2022] 1 LNS 1877, PP v Tamberin Tane & Anor [2023] 1 LNS 2524, PP v Ekok Mualip Baharom [2023] 1 LNS 1928 dan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Tahir Bahtiar & Satu Lagi v PP [2018] 8 CLJ 174. [7] Dalam menentukan tempoh hukuman pemenjaraan terhadap kedua-dua OKT, HMT telah membuat rumusan sepertimana berikut di perenggan [23] dan [24] AP: S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA [23] The court considered that both the accused pleaded guilty at the earliest opportunity and saved the court's time and expenses of the public purse. Furthermore the accused who were arrested on the 9 October 2023, will still have to serve out their imprisonment term of four years albeit with the usual remissions. This was not a case where the accused persons waited in remand for a few years before changing their plea to avoid the consequences of their sentence. [24] According to the facts of the case, the accused persons were actually sending the migrants back to Indonesia and not bringing them into Malaysia. Although this does not absolve them of the offence, in my view it is a matter which can be considered in deciding the length of their sentence. Berlandaskan rumusan tersebut, HMT mendapati tempoh pemenjaraan selama 4 tahun terhadap kedua-dua OKT adalah wajar dan adil. Rayuan PP [8] PP mengemukakan 5 alasan rayuan dalam Petisyen Rayuan bertarikh 25.3.2014. Secara asasnya, PP berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan HMT tidak menepati kehendak penghukuman di bawah ATIPSOM. Menurut PP, hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan oleh HMT selama 4 tahun berlawanan dengan hukuman berat yang diperuntukan menurut s 26A ATIPSOM, iaitu pesalah boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi 20 tahun, dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan bersalah. Juga dihujahkan bahawa HMT gagal mengambil kira tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua OKT. Selain itu, turut dihujahkan bahawa HMT terkhilaf apabila gagal mengimbangi faktor kepentingan awam semasa menjatuhkan hukuman, sebaliknya HMT terlalu menitikberatkan kepentingan peribadi pesalah, terutamanya penekanan berlebihan kepada faktor pengakuan bersalah oleh kedua-dua OKT. Akhirnya, dihujahkan bahawa HMT juga gagal untuk mengambil kira trend terkini penghukuman yang diputuskan oleh Mahkamah atasan. S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA Dapatan Kami [9] Prinsip undang-undang berhubungan dengan campur tangan mahkamah di peringkat rayuan terhadap keputusan hakim bicara dalam menentukan sesuatu hukuman terhadap mana-mana pesalah yang telah disabitkan bersalah adalah jelas. Mahkamah ini dalam kes Public Prosecutor v Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869 (kes Ling Leh Hoe) telah memutuskan: [14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out: (a) The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence; (b) There had been an error on the part of the trial judge in appreciating the material facts placed before him; (c) The sentence was wrong in principle; or (d) The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500). [15] In similar vein, the Court of Criminal Appeal in Dookes v. Director of Public Prosecutions [2010] SCJ 71 said at para 177: ... sentencing is not a science of mathematical application of any set formula. It is a normative science rather than a physical science which takes into account the circumstances of the offender as well as the offence and the impact of the offence on the community. A sentence may look to be lenient because it is tailored to fit the offender, the offence and the offended but, in our system of justice, the trial court is the only constitutional institution which is empowered and sovereign in determining which sentence to impose on an offender on the facts of the particular case. An appellate court would scarce intervene unless the sentence is wrong in principle or manifestly harsh and excessive or unduly lenient. However, even if there is nothing wrong with the principle, the sentence may be increased by the appellate court if it is unduly lenient. The principle of proportionality pervades through the whole system of justice, in procedure, substance and sanctions. (emphasis added). S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA [10] Persoalannya, apakah hukuman yang telah dijatuhkan HMT terhadap kedua-dua OKT tergolong dalam mana-mana justifikasi yang membolehkan campur tangan Mahkamah ini? Sebagai permulaan, peruntukan berkaitan kesalahan dan hukuman bagi penyeludupan migran menurut s 26A ATIPSOM adalah seperti yang berikut: Kesalahan penyeludupan migran 26A. Mana-mana orang yang menjalankan penyeludupan migran melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya. Peruntukan tersebut diperkenalkan melalui pindaan kepada ATIPSOM pada tahun 2022 yang telah menambah tempoh hukuman pemenjaraan maksimum dari 15 tahun kepada 20 tahun. (Akta A1644, [PU(B) 116/2022]). [11] Daripada peruntukan undang-undang tersebut, nyatalah bahawa kesalahan penyeludupan migran adalah satu kesalahan yang perlu dipandang serius. Rasional di sebalik peruntukan hukuman berat menurut s 26A ATIPSOM mudah difahami. Kemasukan beramai-ramai migran tanpa izin yang diseludup ke negara ini semestinya membawa banyak kesan yang negatif. Penyeludupan berleluasa migran bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara malahan ianya turut boleh menjejaskan kedaulatan negara. Lebih parah lagi, ianya juga boleh menjejaskan nama baik negara di mata dunia. YB Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya semasa mencadangkan Rang Undang-undang ATIPSOM (Pindaan) 2021 dibacakan untuk kali yang kedua di Parlimen ada menyatakan: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah sedia maklum, Malaysia telah dinilai berada pada kedudukan Tahap 3 (Tier 3) dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2021. Penurunan ini adalah secara automatik selepas negara menduduki Tahap 2 S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA Pemerhatian iaitu Tier 2 Watch List selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2018 hingga 2020. Selain itu, laporan mengenai wujudnya elemen buruh paksa dalam sektor ekonomi negara telah memberi kesan negatif kepada imej Malaysia secara amnya. Jabatan Buruh Amerika Syarikat (US Department of Labor) juga telah menyenaraikan beberapa produk keluaran negara dalam list of goods produced by child labor or forced labor atau senarai barangan dan produk yang menggunakan elemen buruh kanak-kanak dan buruh paksa iaitu tekstil 2009, kelapa sawit 2009, elektronik 2014 dan sarung tangan getah pada tahun 2020. Perkara ini diburukkan lagi dengan pengenaan withhold release order (WRO) pada tahun 2020 dan 2021 oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat iaitu US Customs and Border Protection (CBP) ke atas produk berasaskan kelapa sawit dan produk sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh syarikat Malaysia. Dalam satu kejadian lain bertujuan laporan kajian menyeluruh Situasi Buruh di Sektor Perladangan Sawit Malaysia 2018 yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), isu buruh paksa didapati wujud walaupun dalam skala yang kecil di sektor perladangan sawit di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak. Dalam hubungan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HRC) tadi, MAPO yang saya pengerusikan pada 31 Mac 2021 telah menekankan tentang kepentingan untuk menambah baik perundangan sedia ada, khususnya Akta 670 bagi membolehkan tindakan lebih tegas dapat diambil ke atas penjenayah yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang dapat diberikan dengan lebih berkesan. Lihat Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat Bil. 48, Parlimen Keempat Belas Penggal Keempat Mesyuarat Kedua bertarikh 15.12.2021 di muka surat 45. [12] Daripada ucapan YB Menteri tersebut jelaslah bahawa negara dicemari dengan masalah buruh paksa dan tidak boleh dipertikaikan bahawa penyeludupan migran adalah punca kepada kewujudan buruh paksa. Ini kerana, migran yang ketiadaan dokumen perjalanan yang sah sudah pastinya tidak akan diterima bekerja secara sah oleh mana-mana majikan. Kesannya, migran tersebut akan terjebak dalam pasaran buruh paksa untuk kelangsungan hidup dan melunaskan hutang yang berpunca S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA daripada perbelanjaan perjalanan masuk ke negara ini secara haram. Lambakan buruh paksa hasil penyeludupan migran sudah tentulah akan menjejaskan nama baik negara di mata dunia. Oleh itu, usaha pembanterasan penyeludupan migran sewajarnya disokong oleh semua pihak. [13] Di samping itu, kegiatan penyeludupan migran juga boleh memberikan ancaman kepada keselamatan negara. Oleh sebab itu, kesalahan penyeludupan migran menurut s 26A ATIPSOM telah dikategorikan sebagai kesalahan keselamatan dan telah disenaraikan sebagai jenayah terancang dalam Jadual Pertama, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA). Penyenaraian kesalahan penyeludupan migran sebagai satu kesalahan keselamatan dalam SOSMA menunjukkan keseriusan Kerajaan menangani jenayah terancang tersebut yang boleh mengancam keselamatan, maruah dan kedaulatan Negara. Sebagai pihak yang mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang, mahkamah perlulah peka kepada hasrat penggubal undang-undang yang dijelmakan melalui peruntukan undang-undang. [14] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami, PP dalam penghujahan menyatakan bahawa HMT terlalu menitikberatkan pengakuan bersalah kedua-kedua OKT sehinggakan telah dijadikan sebagai faktor utama keringanan hukuman yang mengatasi faktor kepentingan awam. Turut dihujahkan bahawa HMT sepatutnya menolak diskaun untuk faktor pengakuan salah memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah satu “kesalahan serius” seperti yang ditafsirkan menurut s 52B Kanun Keseksaan. [15] Selain itu, PP turut bergantung kepada trend penghukuman yang diputuskan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan berkaitan S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA dengan kesalahan menurut s 26A ATIPSOM. Ada 8 keputusan terdahulu Mahkamah atasan yang telah disenaraikan. [16] Setelah diteliti AP HMT, kami mendapati bahawa hujahan PP ada kebenarannya. Rumusan HMT di perenggan [23] dan[24] AP seperti yang diperturunkan di perenggan [7] di atas, hanya memberikan pertimbangan kepada dua faktor iaitu pengakuan salah oleh kedua-dua OKT dan fakta yang menunjukkan bahawa OKT-OKT hanya sedang membawa migran balik ke negara asal. Nampaknya, HMT tidak membuat sebarang pertimbangan untuk menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan juga tidak mengambil kira kepentingan awam, lebih-lebih lagi kesalahan yang dilakukan boleh menjejaskan keselamatan dan nama baik negara. [17] Mula-mula kita tinjau prinsip undang-undang berhubungan dengan diskaun yang boleh diberikan kepada pesalah yang mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan. Mahkamah ini dalam kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572 ada memutuskan sepertimana berikut: The learned judge appears to have taken the view that credit should be given in every case where a person pleads guilty. The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v. PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134; PP v. Sulaiman Ahmad [1992] 4 CLJ 2283; [1992] 3 CLJ 447 (Rep); [1993] 1 MLJ 74; PP v. Ravindran & Ors [1992] CLJU 47; [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45). The discount that is given is normally a reduction of the sentence by about a third of what would otherwise have been imposed (see Mohamad Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] 2 CLJ 405; [1987] CLJ (Rep) 209; PP v. Muhari Mohd Jani & Anor [1999] 8 CLJ 430; Christopher Khoo Ewe Cheng v. PP [1998] 3 CLJ 705). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v. PP [1985] 2 CLJ 155; [1985] CLJ (Rep) 683). Its application in favour of an accused depends on the facts and circumstances of each case (see Wong Kai Chuen Philip v. PP [1990] CLJU 146; [1990] 1 LNS 146; [1991] 1 MLJ 321). Thus, as lucidly explained by Charles JA in Leigh Nicholas Donnelly v. R [1997] 91 A Crim R 550 at p. 554: S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA A court's attitude towards the fact of a plea of guilty is expected to act as an encouragement to enter such a plea. The issue with which the court is to be concerned is what weight should be given to it in the circumstances. The circumstances in which a guilty plea will not have any weight are varied. The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng & Anor v. PP [1979] CLJU 48; [1979] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 13; PP v. Oo Leng Swee & Ors [1981] CLJU 109; [1981] 1 LNS 109; [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v. PP [1995] 1 SLR 537; PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370). A guilty plea cannot also be a powerful mitigating factor when effectively no defence to the charge is available to the accused (see PP v. Low Kok Wai [1988] 2 CLJ 105; [1988] 2 CLJ (Rep) 268). If a plea of guilty is made too late in the trial it may also cease to have mitigating effect (see PP v. Dato' Nallakaruppan Solaimalai [1999] 2 CLJ 596). The absence of mitigating factors in favour of the accused like, for instance, the existence of previous convictions may also deprive the guilty plea of its effect. There can therefore be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see PP v. Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614). Be that as it may, where there is a departure from the general rule the reason for not treating the guilty plea as a mitigating factor must be reflected in the grounds of judgment (seeTan Lay Chen v. PP [2000] 4 CLJ 492). [18] Sementara itu, dalam keputusan kes Ling Leh Hoe, Mahkamah ini telah membuat pemerhatian dan seterusnya memutuskan sepertimana berikut: [16] In this instant appeal, it would appear that the learned judge placed too much emphasis on the fact that the respondent had pleaded guilty. While it is generally accepted that an accused person should be given credit for pleading guilty, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment. (See Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572). In Tia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249, Mokhtar Sidin JCA at pp. 83-84 (CLJ); p. 254 (MLJ) said that: [9] It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences. We have read in the newspapers that some drug addicts have gone to the extent of hurting their own families such as their mothers, sisters and grandmothers in order to get some money to purchase the drugs to support their addictions. Recently, a woman died when a snatcher snatched her handbag and she was dragged together with the handbag some distance away and as a result of that she died. [10] In our view, the source of all these evils are the drug traffickers and the drug peddlers. They are the ones who have been trafficking, selling and peddling the drugs to those drug addicts. It is public knowledge that the return in this type of business is very lucrative. [11] The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies. Eminent judges have expressed this in so many cases... [17] With respect, the learned judge had failed to consider the fact that the life sentence provided under s. 39A(2) of the DDA 1952 had been amended by the Criminal Justice (Amendment) Act 2007 (Act A1302) which was effective from 7 September 2007, that is from 20 years to 30 years. It is the duty of the court to impose penalties which give effect to the legislative policy reflected by the amendment. Our courts have consistently stressed the need to recognise the severe penalties which Parliament has specified for offences involving cannabis. Our courts have also emphasised that Parliament clearly expects the courts to impose sentences which are likely to deter people from engaging in a commercial way with drugs. The seriousness of the offence, its prevalence and the quantity involved should be taken into consideration by the courts in imposing the appropriate sentence for drug offenders. (See PP lwn. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559). [19] Mengaplikasikan prinsip yang sama dalam rayuan PP terhadap kedua-dua OKT, ATIPSOM yang telah dipinda dengan menambah tempoh maksimum hukuman pemenjaraan daripada 15 tahun kepada 20 tahun bagi menangani masalah penyeludupan migran. Adalah menjadi tugas Mahkamah untuk peka dengan perubahan undang-undang yang diluluskan melalui pindaan undang-undang. Ini kerana, pindaan undang-undang tersebut sudah tentulah mencerminkan dasar semasa pihak Kerajaan dalam usaha menangani dan membanteras kesalahan penyeludupan migran. Pemberian diskaun yang berlebihan dalam menentukan hukuman terhadap pesalah yang disabitkan menurut s 26A S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA ATIPSOM akan menjadikan hasrat untuk membanteras aktiviti penyeludupan migran di negara ini menjadi sia-sia. Oleh itu, kami berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan Mahkamah seharusnya berpaksikan prinsip pencegahan. [20] Daripada fakta kes yang diakui sendiri oleh kedua-dua OKT, menunjukkan bahawa mereka sedang dalam perjalanan membawa keluar daripada negara ini seramai 25 orang migran melalui jalan laut yang tidak sah. HMT telah mengambil kira perbuatan membawa keluar migran sebagai satu faktor peringanan hukuman. Pada pandangan kami, pertimbangan HMT tersebut adalah satu kesilapan. Perbuatan sama ada membawa masuk atau membawa keluar migran tidak dibezakan menurut undang-undang. Perenggan (a) tafsiran kepada “penyeludupan migran” menurut s 2 ATIPSOM memperuntukkan: (a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; [21] Seperkara lagi, kedua-dua OKT sedang membawa seramai 25 orang migran yang termasuk 11 orang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dengan menggunakan bot semasa ditahan. Fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa kedua-dua OKT langsung tidak menghiraukan keselamatan nyawa migran yang dibawa, semata-mata kerana upah yang diterima. Perbuatan mereka mengabaikan keselamatan ramai migran semasa melakukan kesalahan tidak boleh dipandang ringan semasa mempertimbangkan hukuman yang setimpal. [22] Lebih penting lagi, hukuman yang dijatuhkan Mahkamah perlulah dilihat sebagai satu langkah pencegahan terhadap kegiatan S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA penyeludupan migran. Pencegahan tersebut bukan sahaja terhadap kedua-dua OKT agar tidak lagi melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan, tetapi perlu juga mencegah orang lain yang berhasrat untuk melakukan kesalahan yang sama. Trend Hukuman [23] Semasa menyampaikan hujahan di hadapan kami, PP ada mengemukakan trend hukuman yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan seperti yang berikut: (i) Ghanachandran Katharavel v PP (05(L)-176-07/2018(B)), OKT mengaku bersalah membawa 2 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman 7 tahun pemenjaraan. Mahkamah Rayuan menaikkan hukuman kepada 10 tahun pemenjaraan. Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman tersebut pada 30.1.2019 bagi kesalahan yang dilakukan pada 6.3.2016. (ii) Ardi v PP (05(L)-235-10/2018(8)), OKT mengaku bersalah membawa 25 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman 3 tahun pemenjaraan dan denda RM20,000.00. Mahkamah Rayuan menaikkan hukuman kepada 10 tahun pemenjaraan. Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman tersebut pada 26.6.2019 bagi kesalahan yang dilakukan pada 20.11.2016. (iii) Nawi v PP (05-304-12/2017(8)), OKT mengaku bersalah membawa 11 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman 6 tahun pemenjaraan. Mahkamah Rayuan menaikkan hukuman kepada 10 tahun pemenjaraan. Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman tersebut pada 22.10.2018 bagi kesalahan yang dilakukan pada 1.6.2016. (iv) Zainal bin Lampe v PP B-0S(H)-474-10/2023, Rosli bin Kitan v PP B-0S(H)-475-10/2023, Rusli bin Genep v PP B-0S(H)-476- S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA 10/2023 dan Ajiman bin Rahman v PP B-05(H)-477-10/2023, OKT-OKT mengaku bersalah membawa 37 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman 8 tahun pemenjaraan. Mahkamah Rayuan mengesahkan hukuman tersebut pada 5.7.2024 bagi kesalahan yang dilakukan pada 1.7.2022. (v) PP v lswanto bin Lagiman J-0S(H)-520-11/2023, OKT mengaku bersalah membawa 6 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman pemenjaraan 5 tahun. Mahkamah Rayuan menaikkan hukuman kepada 8 tahun pemenjaraan pada 23.5.2024 bagi kesalahan yang dilakukan pada 21.3.2021. (vi) Muhammad Syafiq bin Salleh @ Hasan v PP D-05(H)-418- 11/2021, OKT mengaku bersalah membawa 16 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman 8 tahun pemenjaraan. Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman tersebut pada 16.6.2023 bagi kesalahan yang dilakukan pada 22.9.2019. (vii) Zulkifli bin Muhammad v PP J-05-155-04/2022, OKT mengaku bersalah membawa migran-migran. HMT menjatuhkan hukuman 10 tahun pemenjaraan. Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman tersebut pada 9.11.2022 bagi kesalahan yang dilakukan pada 16.4.2020. (viii) Sanmugam Sinnathurai Satkunarasah v PP (J-05(H)-109- 03/2021), Kanthaya Kalithas v PP (J-05(H)-106-03/2021) dan Thurairasa Sathyaruban v PP (J-05(H)-108-03/2021), OKT-OKT mengaku bersalah membawa 127 orang migran. HMT menjatuhkan hukuman 10 tahun pemenjaraan. Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman tersebut pada 27.6.2022 bagi kesalahan yang dilakukan pada 1.5.2018. S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA [24] Daripada trend hukuman yang diputuskan di peringkat rayuan sama ada oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan, nyatalah hukuman yang dijatuhkan bagi kesalahan penyeludupan migran adalah konsisten, iaitu dalam julat 8 ke 10 tahun pemenjaraan. Kesimpulan [25] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan tersebut, kami berpandangan dan mendapati bahawa HMT telah melakukan kesilapan semasa membuat pertimbangan bagi menentukan hukuman yang setimpal terhadap kedua-dua OKT. Kegagalan HMT mengambil kira: - situasi sebenar masalah penyeludupan migran di negara ini; - niat Parlimen memperuntukkan hukuman lebih berat melalui pindaan s 26A ATIPSOM; - penyenaraian kesalahan penyeludupan migran sebagai jenayah terancang yang mengancam keselamatan negara dalam SOSMA; dan - isu keselamatan 25 orang migran yang diseludup keluar dengan hanya menaiki bot, telah menunjukkan bahawa HMT telah silap mengaplikasikan prinsip-prinsip penghukuman yang mewajarkan campur tangan kami di peringkat rayuan. Dengan itu, kami membenarkan rayuan PP. Perintah penghukuman yang dibuat HMT terhadap kedua-dua OKT diketepikan dan kami gantikan dengan perintah hukuman pemenjaraan selama 8 tahun terhadap kedua-dua OKT setelah mengambil kira usia kedua-dua OKT yang telah berusia 53 tahun dan 50 tahun masing-masingnya, semasa kesalahan dilakukan. Perintah pemenjaraan tersebut adalah bermula daripada tarikh kedua-dua OKT ditangkap. S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA Tarikh: 3 Februari 2025 t.t. CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara bagi pihak Perayu : TPR How May Ling [Timbalan Pendakwa Raya TPR) Jabatan Peguam Negara] Peguamcara bagi pihak Responden : 1. Nur Bakti bin Abd. Rahman [Penjara Kajang] 2. Herman [Penjara Simpang Renggam] S/N aiwt8qdhiUqPm9/DVS4tLA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.