hendaklah dikira dalam mengira tempoh pemenjaraan, penahanan atau jagaan lainnya.” [11] Seterusnya di dalam Akta SPRM 2009 peruntukan yang sama telah diwujudkan di bawah seksyen 49. Rang undang-undang tersebut dibentangkan pada 15.12.2008 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz. Penelitian kepada Rang Undang-undang SPRM 2008 D.R. 21/2008 dinyatakan seperti berikut: “Fasal 49 bertujuan untuk menjadikan semua kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan sebagai kesalahan boleh tangkap dan menyatakan tatacara yang hendaklah diikuti apabila seseorang ditangkap dan hak orang itu.” [12] Penelitian kepada Penyata Rasmi Parlimen dan Rang Undang-undang boleh membantu mahkamah memahami tujuan penggubalan seksyen 49 Akta tersebut. Ia sejajar dengan peruntukan di bawah seksyen 17A Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) yang menyatakan seperti berikut: “In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object.” [13] Ini turut ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Perbadanan Pengurusan Sunrise Garden Kondominium v. Sunway City (Penang) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2023] 2 CLJ 333 seperti berikut: “Although statutory interpretation is exclusively within the province of the judiciary, Hansard and Parliamentary speeches may serve as an interpretive aid (Maple Amalgamated Sdn Bhd & Anor v. Bank Pertanian Malaysia Bhd [2021] 8 CLJ 409; [2021] 6 MLJ 348 at [53]).” [14] Ia turut dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kah Fatt & Anor v. Tan Ying [2023] 2 CLJ 169 seperti berikut: “[48] What this court did in Bursa Malaysia Securities Bhd v. Mohd Afrizan Husain was to examine, amongst others, the functions and duties of Bursa Malaysia. This court then opined that a contextual construction with the purposive rule of construction as statutorily enunciated in s. 17A of the Interpretation Acts 1948 and 1967 (Act 388) must be conducted: [48] The question or issue that then follows is whether it is correct to construe a provision like r. 16.11(2) such that the text is read or interpreted grammatically, and in vacuo, without consideration of the surrounding words and purpose and object of the AMLR and the CMSA? Namely with no consideration for context? [49] We have previously concluded that the AMLR has statutory force. As such the provisions of the AMLR should be construed within the purview of, and in accordance with the principles and objectives of the CMSA. This is particularly so given that the CMSA comprises the source of the AMLR. In order to do so, it is necessary to first, construe the CMSA, the statutory interpretation of which is governed by s. 17A into the Interpretation Acts 1948 and 1967. [50] Malaysian law requires that the interpretation of an Act be undertaken with the purpose and object of the Act in mind. Section 17A of the Interpretation Acts 1948 and 1967 provides as follows: In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object. Please see also Tebin Mostapa v. Hulba-Danyal Balia & Anor [2020] 7 CLJ 561 ("Tebin 's case"). [51] It is clear from the wording of s. 17A that any reading which is purely textual, as opposed to contextual, is to be rejected. [49] Having undertaken that exercise, this court found that the approach adopted by the Court of Appeal was clearly erroneous. In short, with the introduction of s. 17A of Act 388, the purposive rule of construction prevails over the literal rule of construction when one is construing statute. The literal rule of construction must give way to the purposive rule and in discerning the meaning borne in the terms used in any particular legislation, the courts must favour a construction which promotes the purpose, object or intent of the legislation over a construction which does not. I would add that such an approach does not wait for the state of ambiguity to present before the purposive approach is adopted and applied.” [15] Penelitian kepada Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat bertarikh 28.07.1997 ketika Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim membentangkan Rang Undang-undang Pencegahan Rasuah 1997 di halaman 14 telah menjelaskan tujuan penggubalan undang-undang tersebut seperti berikut: “ Atas sebab ini, maka kita mengambil keputusan untuk menggabungkan segala undang-undang mengenai rasuah di bawah satu akta. Sebelum ini, undang-undang mengenai kesalahan perbuatan jenayah rasuah di Malaysia wujud di dalam beberapa undang-undang yang berlainan iaitu Akta Pencegah Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982, Ordinan No. 22 Darurat 1970, Kanun Keseksaan dan Akta Kastam 1967. Sudah tiba masanya kini undang-undang yang sedia ada dipinda dan disatukan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaannya lebih berkesan bersesuaian dengan keadaan masa kini. Melalui pindaan ini, pegawai-pegawai BPR diperuntukkan kuasa-kuasa khusus sebagai pegawai-pegawai BPR per se, dengan izin, dan tidak cuma dianggap sebagai pegawai polis atau penyiasat yang mempunyai kuasakuasa seperti pegawai polis seperti di bawah Seksyen 5(ii) Akta Badan Pencegah Rasuah 1982. Rang Undang-undang ini akan memperjelas fungsi BPR sebagai agensi penguatkuasa undang-undang yang berasingan, mengelakkan pertindihan kuasa dengan polis dan seterusnya memiliki prasarana berasingan untuk menjalan tugas dengan berkesan, menjamin kelicinan sesuatu siasatan terutama sekali dari segi kerahsiaan bertindak dan operasi-operasi yang dijalankan. Pada masa ini, BPR tidak mempunyai segala kemudahan pentadbiran seperti yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Umpamanya, BPR tiada balai dan lokap sendiri yang digazetkan, tiada Buku Laporan BPR sendiri, tiada kemudahan mengambil cap jari dan gambar penjenayah dan tiada diperuntukkan kuasa melepaskan orang yang disyaki dengan mengikat jamin. Tuan Yang di-Pertua, dari segi undang-undang, akta-akta yang berlainan mempunyai kaedah pembuktian anggapan dan beban bukti yang berlainan. Ini secara keseluruhannya menyebabkan undang-undang berkaitan rasuah menjadi tidak seragam.” [16] Penelitian kepada Penyata Rasmi Parlimen tersebut tidak dapat mengesan secara jelas tujuan penggubalan seksyen 31 Akta Pengecahan Rasuah 1997 bagi membantu Mahkamah ini memahami dengan jelas apakah tujuan pindaan tersebut. Namun sepintas lalu apa yang jelas ialah penggubalan Akta Pencegahan Rasuah 1997 adalah untuk menggabungkan dan menyelaraskan undang-undang berkenaan dengan pencegahan rasuah. [17] Sementara itu penelitian kepada Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 15.12.2008 ketika Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Nazri bin Abdul Aziz di halaman 1 telah dinyatakan seperti berikut: “Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta yang dinamakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau singkatannya (SPRM) 2008 atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Malaysia Anti Corruption Commission Act 2008. Akta SPRM ini akan mengganti Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang telah digubal khususnya bagi menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun singkatannya SPRM, memasukkan peruntukan-peruntukan baru untuk menambah baik usaha pencegah rasuah, meningkatkan kuasa-kuasa penyiasatan pegawai suruhanjaya dan mengadakan peruntukan baru yang bersangkutan dengan pendakwaan serta perbicaraan kesalahan rasuah di mahkamah.” [18] Penggubalan undang-undang ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme SPRM seperti yang dinyatakan YB Menteri di halaman 9 seperti berikut: “Rang undang-undang ini juga diharapkan mampu untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan serta meningkatkan tahap profesionalisme suruhanjaya yang bakal beroperasi pada tahun hadapan. Sokongan oleh beberapa mekanisme, tanggungjawab yang diwujudkan akan memastikan suruhanjaya bertindak dengan telus selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Adalah menjadi harapan kerajaan, rang undang-undang ini mendapat sokongan dan diterima baik oleh semua pihak termasuk pihak pembangkang ke arah membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.” [19] Penelitian kepada Penyata Rasmi Parlimen juga tidak menunjukkan perbincangan dan penjelasan secara khusus berkenaan dengan peruntukan di bawah seksyen 49 Akta SPRM 2009 tersebut bagi membolehkan Mahkamah mendapatkan gambaran maksud penggubalan seksyen 49 tersebut. Tinjauan Kepada Undang-Undang Bertulis Berkaitan Pencegahan Rasuah Berkenaan Dengan Kuasa Siasatan [20] Sementara itu di bawah Akta Pencegah Rasuah 1961 kuasa yang diberikan adalah kuasa polis di bawah Bahagian IV iaitu seksyen 21 dan 23 seperti berikut: “21 Powers of search and seizure