Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: A-05(H)-367-07/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA - PERAYU
A-05(H)-367-07/2024
Court of Appeal of Malaysia25 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: A-05(H)-367-07/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA - PERAYU
1
SIPRIANUS NAHAK LUTAN (No. Pasport: B9565166/ Indonesia)
2
KLAU NOFRIANUS ERICK (No. Pasport: C8686670/ Indonesia) - RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh,
1
Tan Ke Huat
2
Ananthan A/L Subramaniam
3
Suresh A/L P. Arjunan
4
Eko Rahmadani
5
Erfanni
6
Mohd Johan Bin Musa
7
Tuah
8
Siprianus Nahak Lutan
9
Klau Nofrianus Erick
10
Sivalingam A/L Suppramani] KORAM: CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR ISMAIL BIN BRAHIM, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Pendakwaan terhadap kedua-dua responden bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak Darul Ridzuan bagi pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu antara 20.06.2023 hingga 30.06.2023, bertempat di kawasan Kebun Sawit Batu 10, Segari, di dalam daerah Manjung, di dalam Negeri Perak, bagi mencapai niat bersama didapati telah menjalankan penyeludupan ke atas tiga puluh lima (35) orang migran warganegara Indonesia iaitu:
1
Sufian No. Paspot: C4411934
2
Sukarlan No. Paspot: C4902566
3
Ria Andika No. Paspot: C5266881
4
Mohammad Zairin No. Paspot: C6105002
5
Ahmad Nurfaizal No. Paspot: C1636339
6
Afrianel Purba No. Paspot: B8058515
7
Muhammad Risky No. Paspot: B2509818
8
Sudarmanto No. Paspot: C6752613
9
Irfan Susandy No. Paspot: E1294316
10
Soratno No. Paspot: E2438701
11
Muhammad Ilham Syafaat No. Paspot: C7345334
12
Choerul Toriq Fidiyanto No. Paspot: Tiada
13
Chandra Sitorus No. Paspot: Tiada
14
Toni Widodo No. Paspot: Tiada
15
Roy Hendra Subrajad No. Paspot: C9760633
16
Ramadhan Sianipar No. Paspot: C6269700
17
Andre Agus Hariadi No. Paspot: E0577621
18
Alfatah Sofyan Rois No. Paspot: Tiada
19
Mhd Ali No. Paspot: Tiada
20
Abdul Latif No. Paspot: Tiada
21
Erllangga Adit Pratama No. Paspot: E1698788
22
Toto Tri Raharjo No. Paspot: B4912913
23
Oli Yandana No. Paspot: Tiada
24
Juniati Manalu No. Paspot: XE395178
25
Nurimah Simanjuntak No. Paspot: XE433009
26
Rika Padila Binti Imran No. Paspot: B3747199
27
Marisina Siahaan No. Paspot: XE351458
28
Maya Binti Jamson No. Paspot: C8687129
29
Lisnawati Binti Misnan No. Paspot: Tiada
30
Ina Indriani No. Paspot: E3171287
31
Een @ Heni No. Paspot: C5515473
32
Elvira Julianti No. Paspot: Tiada
33
Nurjannah No. Paspot: Tiada
34
Rayyan (Kanak-Kanak Lelaki) No. Paspot: Tiada
35
Mustafirun Nastain No. Paspot: XE427047 Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. [2] Pada 15 Julai 2024 pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada kedua-dua responden di dalam Bahasa Malaysia. Kedua-dua responden mengaku salah, memahami sifat dan akibat pengakuan salah mereka. [3] Responden pertama (Siprianus Nahak Lutan) dan responden kedua (Klau Nofrianus Erick) masing-masing telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 54 bulan bermula dari tarikh tangkap (8 Julai 2023). [4] Terkilan dengan hukuman yang dikenakan, pada 29 Julai 2024, pendakwa raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Fakta Kes [5] Pada 30.06.2023 jam lebih kurang 9.45 pagi, semasa Pengadu iaitu Konstabel Muhammad Zulhairi bin Sirun sedang bertugas sebagai anggota kaunter pertanyaan Balai Polis Segari, Pengadu telah terima maklumat daripada orang awam yang telah melihat sebuah bot terdampar di pesisir pantai berhampiran Pusat Konservasi Penyu, Segari disyaki membawa pendatang asing. Pengadu telah membuat laporan maklumat pertama sepertimana Segari Rpt. 600/23. [6] Bertindak atas maklumat, pada 30.06.2023 jam lebih kurang 1.00 petang, KBSJD Manjung telah mengetuai sepasukan anggota dari BSJD IPD Manjung, Balai Polis Segari, Balai Polis Ayer Tawar, Balai Polis Pantai Remis, Balai Polis Pekan Gurney, PPM Kg Acheh dan D7 IPK Perak dan telah menahan seramai 24 orang lelaki, 10 orang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia dalam keadaan mencurigakan di dalam Kebun Kelapa Sawit Batu 10, Segari, Perak. PATI yang ditahan adalah seperti berikut: • Sufian (No. Paspot: C4411934) • Sukarlan (No. Paspot: C4902566) • Ria Andika (No. Paspot: C5266881) • Mohammad Zairin (No. Paspot: C6105002) • Ahmad Nurfaizal (No. Paspot: C1636339) • Afrianel Purba (No. Paspot: B8058515) • Muhammad Risky (No. Paspot: B2509818) • Sudarmanto (No. Paspot: C6752613) • Irfan Susandy (No. Paspot: E1294316) • Soratno (No. Paspot: E2438701) • Muhammad Ilham Syafaat (No. Paspot: C7345334) • Choerul Toriq Fidiyanto (No. Paspot: Tiada) • Chandra Sitorus (No. Paspot: Tiada) • Toni Widodo (No. Paspot: Tiada) • Roy Hendra Subrajad (No. Paspot: C9760633) • Ramadhan Sianipar (No. Paspot: C6269700) • Andre Agus Hariadi (No. Paspot: E0577621) • Alfatah Sofyan Rois (No. Paspot: Tiada) • Mhd Ali (No. Paspot: Tiada) • Abdul Latif (No. Paspot: Tiada) • Erllangga Adit Pratama (No. Paspot: E1698788) • Toto Tri Raharjo (No. Paspot: B4912913) • Oli Yandana (No. Paspot: Tiada) • Juniati Manalu (No. Paspot: XE395178) • Nurimah Simanjuntak (No. Paspot: XE433009) • Rika Padila Binti Imran (No. Paspot: B3747199) • Marisina Siahaan (No. Paspot: XE351458) • Maya Binti Jamson (No. Paspot: C8687129) • Lisnawati Binti Misnan (No. Paspot: Tiada) • Ina Indriani (No. Paspot: E3171287) • Een @ Heni (No. Paspot: C5515473) • Elvira Julianti (No. Paspot: Tiada) • Nurjannah (No. Paspot: Tiada) • Rayyan (Kanak-Kanak Lelaki) (No. Paspot: Tiada) • Mustafirun Nastain (No. Paspot: XE427047) [7] Semakan ke atas kesemua PATI tersebut dapati sebahagian daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan diri. Terdapat beberapa buah telefon bimbit dan passport dirampas di tempat kejadian. Hasil soal siasat ke atas PATI menyatakan mereka telah tinggal di sebuah rumah di kawasan Kampung Bharu dan salah seorang PATI tersebut boleh tunjukkan rumah tersebut. Seterusnya pegawai tangkapan telah tangkap kesemua PATI serta rampas barang kes dan dibawa pulang ke IPD Manjung untuk tindakan selanjutnya. Satu laporan polis telah dibuat sepertimana Segari Rpt. 601/23. [8] Bertindak atas maklumat, beberapa siri tangkapan ke atas OKT-OKT telah dibuat di beberapa tempat yang berbeza antara 30.06.2023 hingga 09.07.2023. Tangkapan pertama dibuat ke atas (1)(L) Cina bernama Tan Ke Huat (No. K/P: 710103-08-6609) iaitu OKT1 dan (1)(L) India bernama Ananthan all Subramaniam (No. K/P: 750729-08-5073) iaitu OKT2. Laporan tangkapan adalah sepertimana Kampung Bharu Rpt. 369/23. [9] Tangkapan kedua dibuat ke atas (1)(L) India bernama Suresh a/l P. Arjunan (No. K/P: 850919-08-7211) iaitu OKT3. Laporan tangkapan dan rampasan adalah sepertimana Kampung Koh Rpt. 458/23, Sitiawan Rpt. 6547/23 dan Sitiawan Rpt. 6550/23. [10] Tangkapan ketiga dibuat ke atas (2)(L) warganegara Indonesia bernama Eko Rahmadani (No. Pasport: E2087576) iaitu OKT4 dan Erfanni (No. Pasport: B4540400) iaitu OKT5. Laporan tangkapan adalah sepertimana Btg Tiga Rpt.1762-1764/23. [11] Tangkapan keempat pula telah dibuat ke atas (1)(L) Melayu bernama Mohd Johan bin Musa (No. K/P: 850613-08-5977) iaitu OKT6 dan (1)(L) Indonesia bernama Tuah (No. Pasport: C14111557) iaitu OKT7. Laporan tangkapan adalah sepertimana Teluk Intan Rpt. 6862/23. [12] Tangkapan terakhir telah dibuat ke atas (1)(L) India bernama Sivalingam all Suppramani, No. K/P: 761004-08-6283 iaitu OKT10. Laporan tangkapan adalah sepertimana Ayer Tawar Rpt. 2281/23. HASIL SIASATAN [13] Kes ini telah disiasat bawah s.26A ATIPSOM 2007 oleh Insp. G/23128 Muhammad Sollehuddin bin Rahmat, Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung. Siasatan ke atas PATI mendapati bahawa mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Indonesia melalui jalan belakang iaitu dengan menaiki bot di pesisir Pantai Segari. Mereka memilih menggunakan jalan belakang kerana pas mereka telah tamat tempoh serta ada juga yang tidak memiliki passport. Bayaran yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM3,000 seorang. [14] Seramai (20) orang PATI telah didapati melakukan kesalahan tinggal di Malaysia melebihi masa yang dibenarkan di dalam pas. Semakan ketulenan cap/pas lawatan di dalam passport kesemua PATI dari Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya dan mengesahkan bahawa cap/pas lawatan tersebut adalah tulen. Semakan rekod pergerakan keluar masuk melalui biometrik Jabatan Imigresen Malaysia Manjung juga sahkan terdapat rekod masuk ke Malaysia dan tiada rekod pergerakan keluar. Mereka semua telah dituduh bawah s.15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan telah mengaku bersalah serta telah diusir pulang ke Indonesia. [15] Manakala (13) orang PATI lagi telah didapati tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah semasa berada di Malaysia. Semasa ditangkap, kesemua saspek ini tidak memiliki passport. Semakan biometrik dengan Jabatan Imigresen Malaysia Manjung mengesahkan tiada rekod pergerakan keluar/masuk didaftarkan atas nama mereka semua. Mereka semua telah dituduh di bawah s.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan telah mengaku bersalah serta telah diusir pulang ke Indonesia. [16] Keterangan daripada PATI-PATI di dalam rakaman deposisi mereka mengesahkan mereka datang dari beberapa daerah di Negeri Selangor. Mereka telah diangkut oleh beberapa tekong darat yang mengambil mereka di rumah setererusnya dibawa ke rumah transit di Teluk Intan dan di Kampung Bharu, Segari di Negeri Perak. [17] Keterangan daripada PATI bernama Soratno, Choerul Toriq Fidiyanto, Roy Hendra Subrajad, Ramadhan Sianipar, Alfatah Sofyan Rois, Abdul. Latif dan Erllangga Adit Pratama mengesahkan sekitar 11hb hingga 19.06.2023 mereka telah diambil oleh OKT4 & OKT5 dari Selangor dan membawa mereka tinggal sementara di rumah transit di Teluk Intan. Mereka diangkut secara bergilir-gilir dengan menaiki kereta jenis Honda Civic 2.5 warna perak nombor pendaftaran WA7288Q. [18] Selanjutnya semakan pemilik kenderaan telah mendapati bahawa kereta tersebut dimiliki oleh isteri OKT4. Isteri OKT4 pernah diberitahu oleh OKT4 bahawa OKT4 kadangkala membuat perniagaan "teksi" mengambil dan menghantar orang ke lokasi-lokasi seluruh Malaysia. Isteri OKT4 pernah bertanyakan kepada OKT4 adakah OKT4 pemandu Grab, namun dimaklumkan OKT4 hanya pemandu biasa untuk mencari wang. Isteri OKT4 tidak pernah tahu bahawa OKT4 membawa migran bagi tujuan salah. [19] Keterangan daripada PATI-PATI juga mengesahkan mereka telah tinggal di rumah transit di Teluk Intan selama lebih kurang 6 hari antara 19.06.2023 hingga 25.06.2023. Kesemua PATI seperti yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan pilihan OKT6 & OKT7 mengecamkan bahawa OKT6 sebagai pemilik rumah transit tersebut dan camkan OKT7 sebagai pekerja OKT6. OKT6 dan OKT7 telah menyediakan tempat tidur dan makan minum sepanjang mereka tinggal di situ. Keterangan bapa OKT7 pula sahkan bahawa premis rumah transit tersebut hanya dijaga dan diselia sepenuhnya oleh OKT6. PATI-PATI akan menginap di situ sebelum diangkut oleh tekong darat sebelum dibawa ke kawasan pesisir Pantai Segari untuk pulang. [20] Di samping itu, keterangan daripada PATI-PATI turut mengesahkan bahawa mereka telah dikumpulkan di sebuah rumah transit di Kampung Bharu yang dijaga oleh OKT1 dan OKT2 sebelum mereka pulang ke Indonesia. Pada 27.06.2023 jam lebih kurang 11.00 malam, semasa PATI-PATI berada di pesisir pantai Segari, mereka telah dimaklumkan bahawa bot tidak jadi berlayar pada malam itu, jadi mereka telah diangkut secara bergilir-gilir oleh OKT3 dan OKT10 untuk dibawa ke rumah transit Kampung Bharu. Mereka camkan OKT3 menggunakan kereta jenis Proton Wira warna coklat gelap nombor pendaftaran WHB 7928 manakala OKT10 pula menggunakan motorvan jenis Toyota Hiace 2.5
d
(D) warna putih nombor pendaftaran PMF3372. Mereka telah diangkut secara bergilir-gilir. [21] Semasa tiba di rumah transit di Kampung Bharu, PATI-PATI telah ditempatkan di dalam bilik-bilik kosong yang disediakan oleh OKT1. Di sana, sepanjang masa mereka dijaga oleh OKT1 dan OKT2. OKT1 dan OKT2 telah memberikan mereka makanan, minuman dan bahan-bahan untuk memasak. [22] Pada 29.06.2023 jam lebih kurang 10 malam, PATI-PATI telah diangkut oleh OKT3 dan OKT10 menuju semula ke kawasan hutan berdekatan pesisir pantai Segari dengan menggunakan kenderaan yang sama. Mereka diangkut secara bergilir-gilir memandangkan bilangan mereka yang ramai. Apabila sampai di sana, mereka telah diturunkan dan diarahkan oleh (2) tekong darat untuk berjalan kaki menuju ke tepi pantai. Walau bagaimanapun, bot yang mereka ingin naiki telah pecah dan oleh itu semua PATI telah lari ke dalam ladang sawit yang berdekatan untuk menyelamatkan diri. [23] Hasil siasatan ke atas kereta jenis Proton Wira warna coklat gelap nombor pendaftaran WHB 7928 mendapati pemilik berdaftar ialah Mary a/p Kaliasam @ Sockalingam. Mary mengesahkan telah menjual kereta tersebut kepada OKT3 pada 27.10.2020 namun tiada pertukaran nama di dalam geran dibuat kerana OKT3 sering menangguhkan urusan tersebut. [24] Semakan pemilik kenderaan ke atas menggunakan motorvan jenis Toyota Hiace 2.5 (D) warna putih nombor pendaftaran PMF3372 pula mengesahkan bahawa motorvan tersebut didaftarkan atas nama Devi a/p Muniandy iaitu isteri OKT10. Isteri OKT 10 mengesahkan motorvan tersebut digunakan oleh OKT10 untuk tujuan mengangkut pekerja-pekerja estet di Sitiawan. Adakalanya motorvan tersebut disewakan kepada orang. Pada bulan 6/2023, OKT10 ada memaklumkan kepada isterinya bahawa OKT3 telah meminta OKT10 untuk membawa motorvan bagi mengambil warga Indonesia untuk dibawa sembahyang. Pada awainya OKT3 mahu menyewa van itu, tetapi OKT3 meminta OKT10 yang pandu dan memberikan tambahan sewa RM50. Hal ini kerana OKT3 juga akan membawa warga Indonesia tersebut dengan memandu keretanya sendiri. [25] Selanjutnya, keterangan daripada kesemua PATI juga menyatakan bahawa OKT8 dan OKT9 merupakan individu utama yang telah mengatur pergerakan mereka dari Selangor hingga ke rumah transit dan seterusnya ke pesisir pantai Segari untuk menaiki bot. Keterangan juga mengesahkan bahawa OKT8 dan OKT9 akan menerima bayaran daripada OKT4 dan OKT5 setelah OKT4 dan OKT5 mengangkut PATI dan dihantar ke rumah-rumah transit yg berkaitan. Hasil siasatan mendapati bahawa OKT8 dan OKT9 akan mengatur kemasukan bot-bot untuk mengambil PATI di pesisir pantai Segari untuk diseludup keluar dari Malaysia. Kesemua PATI mengecamkan OKT8 dan OKT9 yang berada di pesisir pantai Segari yang mengawasi mereka semua berjalan di dalam hutan dengan menggunakan parang. Semua PATI dikehendaki mengikut semua arahan OKT8 dan OKT9 semasa berada di tepi pesisir pantai tersebut. [26] Hasil siasatan juga mendapati bahawa setiap OKT memainkan peranan yang berbeza dalam urusan penyeludupan seramai (35) orang migran warganegara Indonesia keluar dari Malaysia. Oleh yang demikian, berdasarkan siasatan yang telah dilakukan, adalah didapati bahawa:
i
OKT1 dan OKT2 telah melakukan kesalahan bawah s.26H(1)(a) ATIPSOM 2007 dibaca bersama s.34 Kanun
II
(ii) OKТ3, OKТ4, OKT5 dan OKT10 telah melakukan kesalahan bawah s.26J ATIPSOM 2007; dan
III
(iii) OKT5 & OKT6 telah melakukan kesalahan bawah s.26H(1)(a) ATIPSOM 2007 dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan. Peruntukan Undang-Undang Yang Berkaitan Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants 2007 (Act 670) (As at 22 February 2022) Offence of smuggling of migrants
26A
Any person who carries out smuggling of migrants commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years, and shall also be liable to fine, or to both. Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi [27] Di antara alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana adalah seperti yang berikut: [31] Dalam kes ini, OKT8 dan OKT9 telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta 670 dibacakan, diterangkan dan difahami kesan dan akibat sekiranya OKT8 dan OKT9 mengaku salah. Sehubungan dengan itu, dalam memberi pertimbangan ke atas jangka masa tempoh pemenjaraan ke atas mereka, saya perlu memperingati diri saya berkaitan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT8 dan OKT9. [35] Sehubungan dengan itu, saya telah memberi pertimbangan kepada jenis kesalahan yang dilakukan, apa yang menyebabkan kesalahan ini dilakukan dan latar belakang OKT8 dan OKT9 semasa kesalahan ini dilakukan. [36] Pada masa yang sama, saya turut memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor mitigasi OKT8 dan OKT9 sebelum menjatuhkan hukuman terutamanya OKT8 dan OKT9 telah mengaku salah, OKT8 dan OKT9 telah berasa kesal atas kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji untuk tidak akan melakukan sebarang kesalahan jenayah di masa akan datang. [37] Dalam memberi pertimbangan terhadap faktor mitigasi OKT8 dan OKT9, saya turut mengingatkan diri saya bahawa saya juga perlu memberikan pertimbangan yang utama ke atas faktor kepentingan awam berbanding dengan faktor kepentingan OKT8 dan OKT9 sebagaimana yang diputuskan dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102. [38] Saya juga memberi perhatian bahawa pengakuan salah OKT8 dan OKT9 tidak semestinya bermakna suatu diskaun secara mutlak patut diberikan kepada OKT8 dan OKT9. Faktor-faktor lain juga perlu diberi pertimbangan oleh saya terutamanya jenis kesalahan dan bagaimana kesalahan itu dilakukan. OKT8 dan OKT9 merupakan individu utama yg telah mengatur pergerakan migran-migran dari Selangor hingga ke rumah transit dan seterusnya ke pesisir pantai Segari untuk menaiki bot. Dalam hal yang demikian, pengakuan bersalah OKT8 dan OKT9 tidak sepatutnya diberi pertimbangan secara berlebihan atau diberikan diskaun secara melulu. [39] Setelah memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor yang dinyatakan di atas, saya berpendapat adalah menjadi tugas saya untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas OKT8 dan OKT9 bagi melindungi kepentingan awam dan sebagai langkah pencegahan memandangkan jenayah yang melibatkan penyeludupan manusia semakin berleluasa pada masa kini. Pertimbangan kepada kepentingan OKT8 dan OKT9 dan prinsip-prinsip hukuman yang lain seperti pengakuan salah, umur OKT8 dan OKT9, latar belakang dan keinsafan OKT8 dan OKT9 seharusnya dipertimbangkan dalam konteks kes ini. [40] Seterusnya, trend hukuman semasa yang diberikan bagi kesalahan sebegini juga patut diteliti dan dijadikan pedoman dalam menentukan jumlah hukuman pemenjaraan yang sesuai kepada OKT8 dan OKT9. [41] Saya turut melihat kepada trend hukuman semasa bagi kes-kes yang telah diputuskan melibatkan kesalahan yang serupa dengan kes ini yang mana hukuman yang diberikan adalah dalam lingkungan 5 tahun sehingga 8 tahun. [42] Sehubungan dengan pemerhatian saya dan dapatan saya di atas, serta berpandukan kepada trend hukuman semasa bagi kes-kes yang melibatkan kesalahan yang serupa, maka saya berpendapat hukuman penjara selama 54 bulan dari tarikh tangkap 8.7.2023 yang dihadapi oleh OKT8 dan OKT9 adalah berpatutan. Dengan itu, saya berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT8 dan OKT9 adalah berlandaskan prinsip-prinsip hukuman yang betul dan berpatutan. Prinsip Undang-Undang Berkaitan Hukuman di Peringkat Rayuan [28] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Prabu A/L Veeramuthu and Others [2010] 8 CLJ 257; [2010] 1 LNS 695, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hasan Lah HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[11] In an appeal against sentence an appellate court would not disturb the sentence imposed unless the trial court had erred in applying the correct principles of sentencing or had embarked on some unauthorized or extraneous exercise of discretion (see Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Public Prosecutor [2000] 3 CLJ 302; Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256; Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 and Yit Kean Hong v. PP [2005] 4 CLJ 592).” [29] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443, Azahar Mohamed HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa Mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457.” Mitigasi Responden-Responden [30] Responden pertama (Siprianus Nahak Lutan) berumur 36 tahun dan bekerja di ladang ternakan. Telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil dan belajar dan juga mereka mempunyai tanggungan ibu bapa di negara asalnya iaitu di [31] Responden kedua (Klau Nofrianus Erick) juga berusia 36 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil dan belajar. Beliau juga mempunyai tanggungan ibu bapanya di negara asal mereka, Indonesia. [32] Kedua-dua responden mengaku salah sebaik-baik sahaja pertuduhan selesai dibacakan kepada mereka. Pengakuan salah ini telah banyak menjimatkan masa dan kos mahkamah. [33] Seramai sepuluh (10) orang tertuduh yang terlibat di dalam kes ini dan kesemua mereka memainkan peranan yang berlainan di dalam melakukan kesalahan ini. Keputusan Kami [34] Pada hemat kami hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Perbicaraan terhadap kedua-dua responden ini adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Ini adalah kerana berdasarkan kepada fakta kes, kedua-dua responden ini memainkan peranan utama di dalam mengatur pergerakan kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terlibat dari Selangor hingga ke rumah transit dan seterusnya ke pesisir pantai Segari untuk menaiki bot. Mereka juga mengawasi pergerakan kesemua PATI berjalan di dalam hutan dengan menggunakan parang. Semua PATI dikehendaki mengikut semua arahan kedua-dua responden semasa berada di tepi pesisir pantai tersebut. Mereka juga turut menerima ganjaran daripada tertuduh keempat dan tertuduh kelima daripada pekerjaan tidak sah yang mereka lakukan ini. Perbuatan mereka ini tidak boleh dipandang ringan meskipun diakui pengakuan salah mereka ini telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak. [35] Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini kesalahan jenayah yang melibatkan penyeludupan migran sering berlaku dan semakin berleluasa seperti yang sering dilaporkan di dalam media cetak dan elektronik. Penyeludupan migran adalah ianggap jenayah rentas sempadan yang kritikal pada ketika ini. Ia merupakan suatu kesalahan serius dan mampu menjadi ancaman kepada keselamatan, kestabilan dan keamanan negara Malaysia ekoran daripada peningkatan kes-kes jenayah yang membabitkan warga asing terutamanya di bandar-bandar besar. Penguatkuasaan tegas dan berterusan harus diambil dengan segera oleh pihak berkuasa bagi membendung dan membenteras gejala jenayah ini sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. [36] Kami juga harus mengambilkira bahawa jumlah migran yang terlibat dalam kes adalah sebanyak 35 orang dan ini jelas menunjukkan bahawa penyeludupan yang dijalankan kedua-dua responden ini adalah di dalam skala yang besar. [37] Bagi menangani masalah penyeludupan migran ini, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah drastik bagi mengekang jenayah ini daripada terus menular. Di antara langkah drastik yang diambil adalah bila Parlimen Malaysia pada 22 Februari 2022 meluluskan pindaan kepada Akta 670 dengan menaikkan hukuman pemenjaraan bagi kesalahan penyeludupan migran di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 daripada 15 tahun pemenjaraan kepada 20 tahun pemenjaraan Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants (Amendment) Act 2022 (A1644) [PU(B) 116/2022]. [38] Sebelum kami memutuskan tempoh hukuman yang setimpal dan bersesuaian dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh kedua-dua responden ini, adalah penting bagi kami merujuk kepada “trends” hukuman duluan sebagai panduan yang amat bernilai meski pun ianya tidak mengikat. Di antaranya adalah seperti yang berikut:
1
5 Disember 2016 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Abdullah Bin Wajid & Satu Yang Lain, MRRJ No: K-05(H)-301-08/2016, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 18 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 4 tahun dari tarikh tangkap. Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dinaikkan kepada 8 tahun dari tarikh tangkap.
2
16 Disember 2016 Di dalam kes Nurul Islam v. Pendakwa Raya, MRRJ No: R-05(H)- 247-06/2016, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan tiga
3
orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap. Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
3
1 Mei 2018 Di dalam kes Sanmugan Satkunarasan v. Pendakwa Raya, MRRJ No: J-05(H)-109-03/2021, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 127 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap. Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
4
1 Mei 2018 Di dalam kes Kanthaya Kalithas v. Pendakwa Raya, MRRJ No: J-05(H)-106-03/2021, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 127 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap. Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
5
1 Mei 2018 Di dalam kes Thurairasa Sathyaruban v. Pendakwa Raya, MRRJ No: J-05(H)-108-03/2021, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 127 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap. Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
6
7 Disember 2022 Di dalam kes Muhammad Anas bin Abdul Mutalib, MRRJ No: J-05(SH)-159-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu-perayu / tertuduh-tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
7
7 Disember 2022 Di dalam kes Mohd Fairuz Bin Mohd Noh, MRRJ No: J-05(SH)- 160-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu-perayu/tertuduh-tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
8
7 Disember 2022 Di dalam kes Mohd Nurhafidz bin Abu Bakar, MRRJ No: J-05(SH)-161-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu-perayu / tertuduh-tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
9
7 Disember 2022 Di dalam kes Saiful Izuan Bin Mohd Shareff, MRRJ No: J-05(SH)- 162-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu-perayu / tertuduh-tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
10
7 Disember 2022 Di dalam kes Noor Azmi Bin Adum, MRRJ No: J-05(SH)-163- 04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu-perayu / tertuduh-tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
11
9 November 2022 Di dalam kes Zulkifli Bin Muhammad v. Pendakwa Raya, MRRJ No: J-05-155-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 24 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap. Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi di atas hukuman dikekalkan.
12
16 Jun 2023 Di dalam kes Muhammad Syafiq Bin Salleh@Hasan v. Pendakwa Raya, MRRJ No: D-05(H)-418-11/2021, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan seorang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 tahun dari tarikh tangkap (22 September 2019). Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi di atas hukuman dikekalkan.
13
19 Jun 2023 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Wong Hoe Liong, MRRJ No: Q- 05(H)-303-07/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi kesalahan penyeludupan sembilan (9) orang migran warganegara Indonesia dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 3 tahun dari tarikh tangkap (10 Mac 2021). Pendakwa raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dinaikkan kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (10 Mac 2021).
14
23 Mei 2024 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Iswanto Bin Lagiman, MRRJ No: J-05(H)-520-11/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan enam (6) orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 5 tahun dari tarikh tangkap (21 Mac 2021). Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dinaikkan kepada 8 tahun dari tarikh tangkap (21 Mac 2021).
15
5 July 2024 Di dalam kes Zainal Bin Lampe v. Pendakwa Raya, MRRJ No: B-05(H)-474-10/2023, Tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi di atas hukuman dikekalkan.
16
5 July 2024 Di dalam kes Rosli Bin Kitan v. Pendakwa Raya, MRRJ No: B-05(H)-475-10/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi di atas hukuman dikekalkan.
17
5 July 2024 Di dalam kes Rusli Bin Genep v. Pendakwa Raya, MRRJ No: B- 05(H)-476-10/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi di atas hukuman dikekalkan.
18
5 July 2024 Di dalam kes Ajiman Bin Rahman v. Pendakwa Raya, MRRJ No: B-05(H)-477-10/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi di atas hukuman dikekalkan.
19
13 November 2024 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Nur Bakti Bin Abd Rahman & Herman, MRRJ No: B-05(H)-85-02/2024, tertuduh mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 25 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 4 tahun dari tarikh tangkap (9 Oktober 2023). Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dinaikkan kepada 8 tahun dari tarikh tangkap (9 Oktober 2023).
20
3 Januari 2025 Di dalam kes Adi Bastian Bustami, Tengku Mohd Bashah Bin Tengku Husin, Zali Bin Saad dan Mohd Yusof Bin Husin v. Pendakwa Raya, MRRJ No: B-05(H)-311-06/2024, keempat-empat tertuduh mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan 33 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 tahun dari tarikh tangkap (26 Januari 2023). Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan. Kesimpulan [39] Setelah mendengar penghujahan lisan kedua-dua pihak berkaitan hukuman dan setelah mengambil pertimbangan faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan dan mitigasi kedua-dua responden, kami mendapati hukuman pemenjaraan yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana adalah tidak berpadanan atau “manifestly inadequate” dengan kesalahan yang telah dilakukan. Kami sebulat suara memerintahkan seperti yang berikut:
a
Rayuan pendakwa raya dibenarkan; dan
b
Hukuman pemenjaraan selama 54 bulan (4 tahun 6 bulan) yang dijatuhi oleh Hakim Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan selama sembilan
9
tahun dari tarikh tangkap (8 Julai 2023). Tarikh: 14 Mac 2025 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Perayu : How May Ling (Timbalan Pendakwa raya) Bagi Responden :
1
Francis Sinnappan
2
Faustina Francis [Francis & Co.]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.