Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: J-09-461-12/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
J-09-461-12/2016
Court of Appeal of Malaysia23 Nov 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e its case on a balance of probabilities. Such standard of proof for the purpose of the application under Section 56(1) of the AMLATFA requires evidence of a smuggling under Section 135(1) (g) of the Customs Act, 1967 or of an offence under Section 4(1) of the AMLATFA before this Court could be persuaded to find with a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: J-09-461-12/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
1.
2
2.
3
3.
4
PUSPASARI BT SABTU … RESPONDEN (Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru
1
Taiko Fertiliser
2
Loktoi Logistics
3
Sairul Fareast bin Md Sapry
4
Puspasari bt Sabtu) KUORUM: MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR 2 PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Rayuan ini dikemukakan ke mahkamah ini untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang telah menolak permohonan Pendakwa Raya (Perayu) melalui Notis Usul bertarikh 13.1.2015 yang antara lain memohon untuk disiarkan satu notis dalam Warta di bawah seksyen 61(2) dibaca bersama seksyen 56 (1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Tak Sah (AMLATFPUA) 2001 berkaitan dengan tindakan untuk melucut hak harta-harta yang disenaraikan dalam notis usul berkenaan. [2] Di akhir pendengaran rayuan dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-kedua pihak dalam skema AMLATFPUA berhubung isu yang diperdebatkan, kami berpuas hati bahawa rayuan perayu mempunyai merit. Kami dengan itu mengetepikan keputusan hakim bicara dan mengarahkan permohonan Notis Usul berkenaan dengan penyiaran notis dalam warta itu dibenarkan selaras dengan keputusan kami ini. Latar belakang Usul [3] Kami tidak bercadang untuk membentangkan latar belakang permohonan ini secara terperinci memandangkan perkara tersebut telah dihuraikan dengan baik dan terperinci oleh hakim bicara. Selaras dengan pendirian yang akan kami ambil tentang isu yang hendak diputuskan, memadailah untuk digariskan fakta ringkas berikut. 3 [4] Melalui Notis Usul bertarikh 13.1.2015, perayu telah membuat permohonan bagi perintah-perintah utama yang berikut: “1. Untuk disiarkan satu notis dalam Warta di bawah Subseksyen 61(2) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Tak Sah 2001 bagi memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta-harta alih di atas supaya hadir di hadapan Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis untuk menunjukkan sebab mengapa harta-harta alih yang telah disita tidak boleh dilucuthakkan dan seterusnya memohon Mahkamah Yang Mulia ini melucuthakkan;
a
Tujuh (7) akaun-akaun di lima (5) Institusi Perbankan seperti berikut:- PENAMA NRIC NO NO. & JENIS NAMA BAKI AKAUN NO. ENTITI ACCOUNT BANKS AKAUN (RM)
1
Sairul Fareast 780125-01-5223 1245706226 FD PBB 30,944.18
2
Loktoi Logistics JM0619365-X 2650000-14686 CA HLBB 19,832.91
3
Loktoi Logistics JM0619365-X 551146-518541 CA MBB 16,085.39
4
Loktoi Logistics JM0619365-X 201141-979721 FD MBB 30,000.00
5
Sairul Fareast 780125-01-5223 3177399236 CA PBB 117,557.25
6
Sairul Fareast 780125-01-5223 01250000-360100 SA CIMB IS 26,000.00
7
Puspasari 780524-01-5482 11263100-23909 SA BIMB 40,000.00 JUMLAH RM280,419.73 dan apa-apa pertambahan kepadanya yang disita pada 9.5.2014
Preamble
mengikut mana-mana peruntukan yang berkuatkuasa kepada Kerajaan Malaysia.
b
2 unit kereta mewah berupa seunit BMW model X6 nombor daftar Jabatan Pengangkutan Jalan JPN1522 dan seunit AUDI model TT nombor daftar Jabatan Pengangkutan Jalan JPU1522 kepada Kerajaan Malaysia.” [5] Bagi tujuan memutuskan isu dalam rayuan ini, tidak dipertikaikan bahawa pihak Kastam telah membekukan akaun bank Responden kedua, ketiga dan keempat di bawah seksyen 44 AMLATFPUA. Selain itu, dua buah kereta yang menjadi hal perkara dalam kes ini iaitu BMW dan Audi telah juga disita di bawah seksyen 45 (2) AMPLATFPUA 2001 (rujuk muka 4 surat 1226-1267 Rekod Rayuan [RR]: Jilid 7). Sebuah lagi kereta jenis Toyota Lexus JPC 1522 yang disita pada tarikh yang sama didapati terlibat juga dengan kesalahan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. [6] Pada 9.5.2014, satu perintah sitaan terhadap harta-harta tersebut telah dikeluarkan oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen 50 (1) Akta bagi harta yang disenaraikan di perenggan 1(a) di atas. Bagi harta-alih di perenggan 1(a) dan (b) itu, Pendakwa Raya telah memutuskan tiada pendakwaan atau sabitan di bawah seksyen 4(1) AMLATFPUA 2001 dalam masa 12 bulan selepas harta tersebut disita atau dibekukan. [7] Pendakwa Raya juga berpuas hati bahawa harta-harta yang disita tersebut mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1)(a) AMLATFPUA 2001 iaitu harta tersebut ialah hasil aktiviti haram daripada kesalahan di bawah seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967. [8] Pendakwa Raya membuat keputusan tersebut berdasarkan hasil siasatan dua orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia iaitu Penolong Kanan Pengarah Kastam II Ibrahim bin Md Noh (Rujuk Afidavit IMN) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II Nor Azman bin Mat Jini (Rujuk Afidavit AMJ). [9] Memandangkan Pendakwa Raya telah memutuskan bahawa tiada pendakwaan dibuat terhadap harta-harta di perenggan 1(a) dan (b) di atas, maka Pendakwa Raya telah mengemukakan permohonan melalui Notis Usul ini untuk memohon suatu Warta Kerajaan dikeluarkan oleh Mahkamah 5 Tinggi Johor Bahru selaras dengan kehendak seksyen 61(2) AMLATFPUA
2001
Keputusan Mahkamah Tinggi [10] Dalam menimbangkan permohonan perayu, hakim bicara telah mengambil pendekatan sepertimana yang dinyatakan dalam alasan penghakimannya (muka surat 16, Rekod Rayuan: Jilid 1) sebegini: “The applicant has to prove its case on a balance of probabilities. Such standard of proof for the purpose of the application under Section 56(1) of the AMLATFA requires evidence of a smuggling under Section 135(1) (g) of the Customs Act, 1967 or of an offence under Section 4(1) of the AMLATFA before this Court could be persuaded to find with any measure of certainty that the monies seized and frozen in the 7 accounts in the names of the respondents in Banks and the two units of vehicles which were the subject matter or evidence relating to the said offence. It requires that the offence must be proved in order for the Court to make the forfeiture order.” [11] Berlandaskan pendekatan ini hakim bicara, setelah menimbangkan merit kes secara keseluruhan, memutuskan bahawa perayu telah gagal membuktikan permohonan mereka untuk melucut hak harta-harta berkenaan atas imbangan kebarangkalian selaras dengan peruntukan seksyen 56 (4) AMLATFPUA 2001. Susulan itu, permohonan Pendakwa Raya via Notis Usul berkenaan ditolak. Harus dicatatkan bahawa hakim bicara tidak menyentuh atau memberikan apa-apa keputusan tentang permohonan utama Notis Usul iaitu perintah untuk menyiarkan satu notis dalam Warta di bawah seksyen 61(2), AMLATFPUA 2001. 6 Rayuan ini [12] Di hadapan kami, Encik Ahmad Sazilee, Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar (TPR), telah membangkitkan satu isu sahaja untuk dipertimbangkan oleh kami. TPR menghujahkan bahawa hakim bicara tidak seharusnya membicarakan merit permohonan ini secara keseluruhan tanpa terlebih dahulu memberikan perintah untuk disiarkan satu notis dalam Warta sepertimana yang dipohon dalam Notis Usul dan yang dikehendaki secara mandatori oleh seksyen 61 (2) AMLATFPUA 2001. Dengan pendekatan yang diambil oleh hakim bicara tersebut, ditegaskan: hakim bicara telah menyalahi prosedur yang digariskan oleh seksyen 61
2
memandangkan kehendak seksyen 61 (2) itu, iaitu dengan penggunaan perkataan “shall”, wajib dipatuhi terlebih dahulu; dan, ekoran itu telah memudaratkan hak pihak ketiga yang bona fide yang tidak dapat didengar. Di samping itu, hakim bicara dihujahkan telah juga gagal membezakan keputusan kes PP v Billion Nova Sdn & Ors [2016] 2 CLJ 763 dengan kes dalam rayuan ini. Tambahan lagi, pergantungan hakim bicara pada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Awalluddin bin Sham Bokhari v PP [2016] 2 AMR 20 atas isu dengar cakap ternyata khilaf apabila isu tersebut telah ditolak (overruled) oleh Mahkamah Persekutuan dalam PP v Awalluddin bin Sham Bokhari [2018] 1 CLJ 305. Dengan kekhilafan tersebut, TPR memohon agar rayuan ini dibenarkan dan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan perintah yang dipohon itu. [13] Tuan Haji Abdul Hamid Menon bin Abdullah, peguam bela kesemua responden yang terpelajar, menyokong keputusan hakim bicara sebagai tepat, betul dan tidak seharusnya diganggu. Daripada apa yang dapat kami 7 fahami, peguam bela mengatakan bahawa sebelum mekanisme seksyen 61 (2) itu dapat digerakkan, hakim bicara perlu memutuskan terlebih dahulu sama ada permohonan perayu di bawah seksyen 56 (1) itu bermerit atau tidak. Dalam erti kata yang lain, hakim bicara hendaklah membuat perintah perlucuthakan terlebih dahulu sebelum prosedur seksyen 61 (2) itu digerakkan. Memandangkan hakim bicara mendapati perayu telah gagal dalam pembuktian itu, maka tidak timbul isu berkenaan dengan pematuhan kepada kehendak seksyen 61 (2), AMLATFPUA 2001. Keputusan Kami [14] Kami bersetuju dengan penghujahan TPR bahawa hanya satu isu sahaja yang harus kami tentukan dalam rayuan ini iaitu sama ada hakim bicara dikehendaki di bawah seksyen 61 (2) untuk mempertimbangkan terlebih dahulu permohonan untuk disiarkan satu notis dalam Warta sebelum mempertimbangkan sama ada harta-harta yang disenaraikan dalam Notis Usul berkenaan wajar dilucut hak atau tidak di bawah seksyen 56, AMLATFPUA 2001. [15] Pada hemat kami, keputusan kepada isu ini sudah semestinya bergantung pada makna dan skop peruntukan seksyen 56 (1) dan seksyen 61 (2) dalam skema AMLATFPUA 2001 berkenaan dengan perlucuthakan harta yang dibekukan atau disita di bawah Akta ini. Seksyen 56 memperuntukkan (sebelum pindaan yang berkuat kuasa 1.9.2014): “Forfeiture of property when there is no prosecution “56. (1) Subject to section 61, where in respect of any property frozen or seized under this Act there is no prosecution or conviction for an offence 8 under subsection 4(1) or a terrorism financing offence, the Public Prosecutor may, before the expiration of twelve months from the date of the freeze or seizure, apply to a judge of the High Court for an order of forfeiture of that property if he is satisfied that such property had been obtained as a result of or in connection with an offence under subsection 4(1) or a terrorism financing offence, as the case may be, or is terrorist property.
2
The judge to whom an application is made under subsection (1) shall make an order for the forfeiture of the property if he is satisfied-
a
that the property is the subject-matter of or was used in the commission of an offence under subsection 4(1) or a terrorism financing offence or is terrorist property; and
b
that there is no purchaser in good faith for valuable consideration in respect of the property.
3
Any property that has been seized and in respect of which no application is made under subsection (1) shall, at the expiration of twelve months from the date of its seizure, be released to the person from whom is was seized.
4
In determining whether or not the property has been obtained as a result of or in connection with an offence under subsection 4(1) or a terrorism financing offence or is terrorist property, the court shall apply the standard of proof required in civil proceedings.” Manakala seksyen 61 AMLATFPUA 2001 pula memperuntukkan: “61.
1
The provision in this Part shall apply without prejudice to the rights of bona fide third parties.
2
The court making the order of forfeiture under section 55 or the judge to whom an application is made under subsection 56(1) shall cause to be published a notice in the Gazette calling upon any third party who claims to have any interest in the property to attend before the court on the date specified in the notice to show cause as to why the property shall not be forfeited.
3
A third party’s lack of good faith may be inferred, by the court or an enforcement agency, from the objective circumstances of the case. 9
4
The court or enforcement agency shall return the property to the claimant when it is satisfied that –
a
the claimant has a legitimate legal interest in the property;
b
no participation, collusion or involvement with respect to the offence under subsection 4(1) or a terrorism financing offence which is the object of the proceedings can be imputed to the claimant;
c
the claimant lacked knowledge and was not intentionally ignorant of the illegal use of the property, or if he had knowledge, did not freely consent to its illegal use;
d
the claimant did not acquire any right in the property from a person proceeded against under circumstances that give rise to a reasonable inference that any right was transferred for the purpose of avoiding the eventual subsequent forfeiture of the property; and
e
the claimant did all he could reasonably be expected to prevent the illegal use of the property.” [16] Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, apa yang jelas ialah penggunaan mekanisme di bawah seksyen 56 bagi pengeluaran perintah perlucuthakan oleh hakim bicara terhadap harta yang dimaksudkan di situ hendaklah memberikan laluan terlebih dahulu kepada peruntukan seksyen 61 (2). Saranan ini diwajarkan dengan penggunaan ungkapan “Subject to section 61...” di awal peruntukan seksyen 56 (1) tersebut. Makna dan kesan pemakaian ungkapan ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Agung India dalam kes Chandavarkar Sita Ratna Rao vs Ashalata S. Guram 1987 AIR 117, 1986 SCR (3) 866: “It is well settled that the expression `notwithstanding' is in contradistinction to the phrase 'subject to', the latter conveying the idea of a provision yielding place to another provision or other provisions to which it is made subject. This will be clarified in the instant case by comparison of sub-section (1) of section 15 with sub-section (1) of section 10
15A
We are therefore unable to accept, with respect, the view expressed by the Full Bench of the Bombay High Court as relied on by the learned single judge in the judgment under appeal.”(Tekanan diberikan) [17] Harus juga dicatatkan bahawa ungkapan “subject to section 61” di bawah seksyen 56 (1) itu merujuk seksyen 61 secara keseluruhan dan bukan sekadar seksyen 61 (2) sahaja. Berdasarkan kes Chandavarkar Sita Ratna Rao, supra, keseluruhan peruntukan seksyen 61 khususnya seksyen 61(2) hendaklah diberikan keutamaan terlebih dahulu. Keabsahan (validity) takrifan ini diperkukuhkan dengan penggunaan ungkapan “... the judge to whom an application is made under ... section 56(1) shall cause to be published a notice in the Gazette...” dalam seksyen 61 (2) itu sendiri. Dalam hal ini, kami bersetuju dengan hujahan TPR bahawa dengan penggunaan perkataan “shall” dalam seksyen 61 (2) itu menjadikannya satu kehendak yang wajib diikuti sebelum sesuatu perintah perlucuthakan di bawah seksyen 56 dibuat oleh hakim. [18] Bagaimanapun, kami gagal mengesan apa-apa keputusan yang dibuat oleh hakim bicara berkenaan dengan kesan dan implikasi ungkapan “subject to” dalam seksyen 56 (1) itu dan “shall cause to be published a notice in the Gazette” dalam seksyen 61 (2) itu diulas atau disentuh oleh hakim bicara. Berkemungkinan besar hakim bicara telah diyakinkan dengan penghujahan peguam bela bahawa isu berkenaan tidak menjadi relevan jika permohonan perlucuthakan harta itu ditolak oleh mahkamah. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan tersebut. Kami mendapati secara amnya peruntukan seksyen 61 itu memberikan hak kepada mana-mana pihak ketiga bona fide untuk didengar dan membuat tuntutan ke atas harta- 11 harta berkenaan sebelum harta-harta itu dilucut hak kepada kerajaan atau sebaliknya. [19] Perlu juga diambil perhatian bahawa menurut peruntukan seksyen 56
2
(2)(b) hakim bicara perlu juga memuaskan hatinya bahawa tidak terdapat pembeli bona fide dengan balasan bernilai terhadap harta berkenaan. Bagaimanakah pembeli bona fide ini hendak membuat tuntutan tersebut jika tiada pemakluman dalam maksud seksyen 61 (2) itu tidak dibuat? Selanjutnya, akan menjadi satu kejanggalan bagi sesuatu perintah perlucuthakan yang telah dibuat terlebih dahulu dan kemudiannya siaran dibuat di bawah seksyen 61 (2) untuk menjemput mana-mana orang untuk menyatakan mengapakah perlucuthakan itu tidak harus dibuat? Pada hemat kami, kejanggalan sebegini adalah tidak munasabah dan sudah semestinya tidak dimaksudkan oleh undang-undang. Dalam menyokong saranan (proposition) mereka, peguam bela telah juga merujuk kepada kes PP v Billion Nova Sdn & Ors, supra. Bagaimanapun, peguam bela gagal menyedari bahawa notis di bawah seksyen 61 (2) telah dipatuhi dan tidak menjadi isu dalam kes tersebut. Oleh itu, kes tersebut bukan sahaja dapat dibezakan, malahan memperkuatkan lagi hujahan TPR. Dari sudut ini, kami mendapati adanya kekuatan dalam penghujahan TPR dan hujahan peguam bela pula adalah jelas tersasar. [20] Berdasarkan premis di atas, kami berpuas hati bahawa hakim bicara telah terkhilaf dengan tidak mematuhi kehendaki mandatori seksyen 61 (2) apabila dengan jelas telah tidak menyentuh langsung tentang permohonan tunggal perayu untuk disiarkan satu notis dalam Warta bagi maksud 12 perlucuthakan harta-harta yang disenaraikan dalam Notis Usul tersebut. Dengan itu, kami membenarkan rayuan perayu, mengetepikan keputusan hakim bicara dan mengarahkan supaya Notis Usul tersebut dikembalikan bagi hakim bicara memerintahkan siaran dalam Warta yang dipohon oleh perayu dibuat. t.t (ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Tarikh: 25 Januari 2019 Bagi pihak Perayu: Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi (bersama Mohd Zain bin Ibrahim) Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden: Abdul Hamid Menon bin Abdullah Tetuan R.K. Menon & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.