Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH NO.: /2023 (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No.: WA-42H-12-06/2022)
WA-42H-12-06/2022
High Court of Malaysia4 Apr 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“2. Muhammad Safriadi Iwn PP [2021] MLJU 1405 — penjara 12 tahun dan 12 kali sebatan atas pengakuan salah OKT; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH NO.: /2023 (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No.: WA-42H-12-06/2022)
1
... PERAYU-PERAYU/
2
[(1) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO.: WA-42H-10-06/2022 (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No.: WA-62J-3-05/2021)
2
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO.: WA-42H-11-06/2022 (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No.: WA-62J-3-05/2021) ... TERTUDUH/PERAYU DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO.: WA-42H-12-06/2022 (Rayuan Silang) (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur No.: WA-62J-3-05/2021) ... PERAYU
1
1.
2
... RESPONDEN-RESPONDEN] ALASAN PENGHAKIMAN (TERHADAP HUKUMAN) A. PENGENALAN [1] Vikneswaran a/l Suresh, No. K/P: 930105-10-5521 (OKT-1), dan Poobalan a/l Rumayah No. K/P: 910204-14-5889 (OKT-2) dalam kes ini telah dituduh secara bersama-sama bagi kesalahan merompak berkumpulan ke atas seorang wanita warga emas. [2] Kedua-dua OKT telah tidak mengaku bersalah lalu dibicarakan. Di akhir kes pembelaan, Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah mendapati kedua-dua OKT bersalah dan telah disabitkan. Setelah mitigasi, HMS telah menjatuhkan hukuman masing-masing 9 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 1 sebatan masing-masing. [3] Kedua-dua Tertuduh telah merayu ke Mahkamah ini terhadap hukuman sahaja. Pendakwa Raya juga memfailkan rayuan silang terhadap hukuman juga. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan menolak rayuan Tertuduh-Tertuduh di mana hukuman dinaikkan daripada 9 tahun penjara kepada 10 tahun penjara dari tarikh tangkap dan ditambahkan dari 1 sebatan kepada 2 sebatan masing-masing. [4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kedua-dua Tertuduh telah memfailkan rayuan mereka ke Mahkamah Rayuan. [5] Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut yang telah disatukan. B. FAKTA KES [6] Fakta kes sepertimana dihuraikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) secara verbatim adalah seperti berikut: “Pada 29.4.2021 jam lebih kurang 7.00 malam, SP1 telah pergi ke kedai yang terletak di Leboh Ampang untuk membeli barang. Setelah selesai membeli barang, SP1 telah berjalan kaki menuju ke stesen Transit Aliran Ringan atau Light Rail Transit (“LRT”) Masjid Jamek. Semasa dalam perjalanan ke stesen LRT tersebut, OKT-1 dan OKT- 2 telah datang mengekori SP1 dari arah belakang. Apabila SP1 menyedari perbuatan OKT-1 dan OKT-2 itu, SP1 telah mempercepatkan langkahnya. Selepas itu, SP1 telah dipaksa untuk menaiki kereta yang dipandu oleh OKT-1. SP1 telah masuk ke bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut dan OKT-2 duduk di sebelah SP1. Kereta tersebut kemudiannya bergerak dan meninggalkan tempat tersebut. Ketika berada di dalam kereta tersebut, SP1 berasa takut dan cuba melarikan diri. Namun beliau tidak mampu berbuat demikian kerana kereta tersebut sedang bergerak. Semasa SP1 berada di dalam kereta, beliau telah diarahkan oleh OKT-2 supaya membuka subang dan cincin emas yang dipakai olehnya. Selepas itu, OKT-2 telah bertindak membuka barang-barang kemas tersebut kerana SP1 sukar untuk membukanya sendiri. Barang-barang kemas tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam beg tangan SP1. Selain daripada subang emas dan cincin tersebut, telefon bimbit jenis Vivo berwarna merah (“P8”), beg tangan (“P10”), kad pengenalan SP1 (“P5”), Kad Automated Teller Machines (ATM) Bank Simpanan Nasional (“P6”), Kad ATM Bank RHB (“P7”), kad myrapid SP1 (“P9”) dan wang tunai berjumlah RM300.00 juga telah dirampas daripada SP1. Pada 30.4.2021 SP1 telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Cheras. Pada 1.5.2021, SP2, (seorang Pegawai Polis) ketika sedang membuat operasi telah menahan sebuah kereta. Tiba-tiba pemandu keluar dari kereta itu. SP2 dan pasukannya terus mengejar lelaki tersebut dan berjaya menangkapnya di hadapan surau Al-Hijrah, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Setelah pemeriksaan dijalankan, SP2 mendapati bahawa lelaki tersebut adalah Vikneswaran a/l Suresh (“OKT-1”). SP2 juga telah merampas barang-barang kes daripada OKT-1, antaranya adalah dua (2) keping wang kertas bernilai RM50 (“P4 [A] & [B]”), P7 dan P9. Dalam proses tangkapan, berlaku pergelutan dan OKT-1 telah mengalami kecederaan di bahagian siku dan lututnya. Pada 1.5.2021, lebih kurang pukul 1.30 pagi, dengan dipandu arah oleh OKT-1, SP2 dan pasukannya telah pergi ke sebuah unit apartmen yang beralamat di 19-16 Vue Residence Service Service Suite No, 102 Jalan Pahang 53300 Kuala Lumpur. Setibanya di unit apartmen tersebut, OKT-1 telah membuka pintu dengan menggunakan kunci miliknya. Selepas itu, SP2 dan pasukannya telah masuk ke dalam unit tersebut dan mendapati OKT-2 berada di dalam bilik tidur. Sebaik sahaja SP2 memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis, OKT-2 telah bertindak agresif dan cuba melarikan diri. Namun, setelah berlaku pergelutan, OKT-2 telah berjaya ditangkap oleh SP2 dan pasukannya. Hasil pemeriksaan ke atas OKT-2, SP2 telah merampas barang-barang kes seperti P5, P6, P8 dan P10.” C. PERTUDUHAN [7] PERTUDUHAN BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA, PADA 29/4/2021 JAM LEBIH KURANG 7.00 PETANG, DI JALAN TUN PERAK, BERHAMPIRAN DENGAN LRT MASJID JAMEK, DI DALAM DAERAH DANG WANGI, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, TELAH MELAKUKAN ROMPAKAN BERKUMPULAN TERHADAP PENAMA ARAYEE A/P K. ALAGGASU, KAD PENGENALAN: 500904105114 DAN TELAH MENGAMBIL SUBANG EMAS, CINCIN, TELEFON BIMBIT JENIS VIVO DAN BEG DOMPET YANG MENGANDUNGI KAD PENGENALAN, (2) BUAH KAD ATM, KAD MYRAPID DAN WANG TUNAI RM300. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 395 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN SEKIRANYA KAMU DIDAPATI BERSALAH DAN DISABITKAN, KAMU BOLEH DISEKSA PEMENJARAAN YANG BOLEH SAMPAI DUA PULUH TAHUN, DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN SEBAT. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Faktor Keseriusan Kesalahan dan Kepentingan Awam [8] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan merompak berkumpulan adalah satu kesalahan serius. Ini dilambangkan dengan hukuman maksima yang boleh dikenakan bagi kesalahan tersebut adalah maksima 20 tahun penjara serta sebatan. Adalah menjadi tanggung jawab Mahkamah Bicara sebelum menjatuhkan hukuman supaya memberi keutamaan kepada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi Tertuduh/Perayu sendiri sepertimana yang ditekankan di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256. [9] Namun kepentingan seseorang Tertuduh tidak boleh diketepikan langsung. (Lihat kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v. PP [2001] 1 MLJ 193). Bergantung kepada keadaan masing-masing, terdapat keadaan di mana kepentingan awam sendiri mewajarkan seseorang Tertuduh itu tidak dimasukkan ke dalam penjara di dalam tempoh yang panjang kerana ia akan membawa banyak keburukan daripada kebaikan, di mana seseorang pesalah itu akan menjadi penjenayah tegar (hardened criminal) selepas menjalani hukuman penjara. [10] Justeru itu, Mahkamah ini sebagai Mahkamah yang mendengar rayuan perlu menjalankan satu kaedah pengimbangan (balancing exercise) untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada mangsa/orang awam dan juga Tertuduh/Perayu di dalam menentukan hukuman yang sesuai yang akan dijatuhkan. Ke arah itu, Mahkamah akan menggunakan kaedah ini di dalam menentukan hukuman yang sesuai di dalam kes ini. [11] Hakim Bicara perlu mengambil-kira fakta dan keadaan-keadaan sekeliling (surrounding circumstances) sebelum menjatuhkan hukuman. Di dalam hal ini, Mahkamah ingin merujuk kepada kes PP v. Mohamad Aziman Hasri [2017] MLJU dan kes-kes mantap yang lain yang mana Mahkamah mengambil kira situasi dan keadaan sekeliling serta kaedah (mode) jenayah tersebut dilakukan. [12] Mahkamah juga ingin memetik ungkapan Hakim Mahkamah Rayuan YA Datuk Seri Gopal Sri Ram di dalam kes Adam Atan v. PP [2009] 1 CLJ 33 yang menyatakan: “In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would have imposed a lesser sentence is irrelevant. The appellant must satisfy this court that the sentencing court has either erred in principle or imposed a sentence that was manifestly excessive. We find it unnecessary to cite any authority in support of this well-established principle”. [13] Ke arah itu, Mahkamah ini telah meneliti semula hukuman yang telah dijatuhkan dengan mengambil-kira faktor-faktor berikut: Faktor Mangsa Warga Emas/Berumur dan Mengalami Trauma [14] Kedua-dua Tertuduh masih lagi muda sedangkan mangsa yang tidak berdosa ini berumur di dalam 70 an iaitu warga emas. Bukan sahaja mangsa “diculik” (dimasukkan ke dalam kereta yang bergerak dengan ganas) namun, mangsa telah melalui saat-saat genting yang hampir menyebabkannya terjun dari kereta yang sedang bergerak itu. Justeru, mangsa telah mengalami trauma dan ianya akan berkekalan. Sewajarnya hukuman yang dikenakan perlu mengambil-kira faktor ini dan satu hukuman yang berbentuk deteren dan pengajaran perlu dikenakan. Jelas, Hakim Bicara telah tersilap apabila menjatuhkan hukuman penjara hanya 9 tahun sahaja, yang jelas tidak memadai. Perancangan sebelum Perlakuan Jenayah [15] Kedua-dua Tertuduh telah membuat perancangan sebelum melakukan jenayah rompakan berkumpulan ini. Mereka telah memilih warga emas sebagai mangsa/sasaran (target) mereka dan seorang wanita kerana mereka tahu mangsa sebegini tidak mampu melawan. Mereka telah membuat pemerhatian dan mendapati sasaran memakai barang kemas, sebelum merompak mangsa. Ini menunjukkan niat jahat mereka yang wujud dari awal lagi. Faktor Trend Hukuman [16] Trend hukuman menunjukkan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan seperti di dalam kes Lim Fook Seng & 3 Lagi v. Pendakwa Raya [2022] 1 LNS 2385 mewajarkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun ke atas berserta sebatan jika mengaku bersalah dan 12 tahun ke atas serta sebatan jika bicara penuh seperti berikut.
1
PP v. Cheong Keh Chi & Anor [2011] 1 LNS 560 — penjara 16 tahun dan 6 sebatan atas pengakuan salah OKT;
2
Muhammad Safriadi Iwn PP [2021] MLJU 1405 — penjara 12 tahun dan 12 kali sebatan atas pengakuan salah OKT;
3
Muhammad Riduan & Anor v. PP [2013] 5 CU 904 - penjara 10 tahun dan 10 kali sebatan atas pengakuan salah OKT;
4
PP v. Aswadi Sobri & Kasdiadi (Rayuan Jenayah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang No. 42H-33-05/2013) — penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan;
5
Mohd Ridwan Mohd Yusof v. PP (Mahkamah Rayuan: A- 09(S)-90- 04/2014 - penjara 10 tahun dan 5 kali sebatan bagi pengakuan salah di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan. [17] Di dalam kes ini, Tertuduh-Tertuduh hanya dikenakan hukuman 9 tahun penjara dengan 1 sebatan walaupun perbicaraan mengambil masa 3 bulan serta seramai 5 orang saksi pendakwaan dan 2 saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan. Justeru, hukuman yang lebih berat wajar dikenakan. Faktor Kekerapan Kesalahan [18] Memandangkan kesalahan rompak berkumpulan ini kerap berlaku khususnya di ibu negara maka satu hukuman setimpal yang memberi pengajaran dan berbentuk deteren perlu diberikan dan mesej sewajarnya dapat disampaikan kepada bakal-bakal pesalah di luar sana. Dapatan Mahkamah ini [19] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa hukuman yang diberikan HMS adalah tidak memadai dan perlu ditambah. Di dalam menentukan apakah hukuman yang perlu dikenakan Mahkamah telah megambil-kira faktor-faktor di atas. Mahkamah juga telah mengambil-kira mitigasi Perayu-Perayu. Mahkamah telah mempertimbangkan bahawa kedua-dua Tertuduh masih muda dan wajar diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka. Ke arah itu, hukuman penjara yang panjang akan mengakibatkan satu “crushing effect” terhadap mereka. Namun kepentingan awam dan kepentingan mangsa juga perlu diambil-kira di mana hukuman yang berbentuk deteren adalah perlu. Justeru itu, satu pendekatan imbangan perlu diambil. [20] Ke arah itu, Mahkamah berpendapat bahawa rayuan Pendakwa Raya perlu dibenarkan dan hukuman perlu ditambahkan secara nominal. Seperti yang dinyatakan tadi, kepentingan Tertuduh-Tertuduh juga perlu diambil-kira. Di dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat pemenjaraan yang terlalu panjang adalah tidak wajar. Dalam mempertimbangkan apakah hukuman setimpal yang wajar dikenakan, Mahkamah telah mengambil-kira bahawa ini merupakan kesalahan pertama kedua-dua Tertuduh. Mahkamah juga mengambil-kira keadaan keluarga kedua-dua Tertuduh dan juga keadaan diri mereka. Bagi Poobalan, dia adalah pesakit kencing manis dan sawan. Dia menanggung bapa yang berusia 71 tahun yang mengidap kanser tahap 4. Bagi Vickneswaran pula, dia mempunyai tanggungan 3 orang anak yang masih kecil berumur 4, 8 dan 9 tahun dan seorang isteri. Kedua-dua Tertuduh telah insaf dan bertaubat. Justeru, Mahkamah hanya menambahkan hukuman penjara dengan 1 tahun menjadikan 10 tahun penjara, iaitu setengah daripada hukuman maksima, 1 sebatan ditambah menjadikan 2 sebatan dikenakan terhadap diri masing-masing. E. KESIMPULAN [21] Di atas alasan-alasan di atas, rayuan Pendakwa Raya dibenarkan dan keputusan HMS diketepikan. Kedua-dua Tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 2 kali sebatan masing-masing. [22] Rayuan Tertuduh-Tertuduh dengan sendirinya ditolak dengan keputusan ini. Tarikh: 15 Jun 2023 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur. Pihak-Pihak Tertuduh/Perayu: Encik N. Subramaniyan TETUAN SUBRAMANIYAN Peguambela & Peguamcara Tingkat 6, Wisma Harwant No. 106, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 KUALA LUMPUR Pendakwa Raya/ Puan Anis Wahidah Responden:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.