Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERMOHONAN JENAYAH NO: JA-44-48-09/2024] ANTARA PENDAKWA RAYA …PEMOHON
JA-44-48-09/2024
High Court of Malaysia22 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“uhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Selain daripada Surhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah diberi mandat melalui Akta Skim Kepentingan 2016 (“Interest Scheme Act 2016”) (Akta 778) untuk mendaftarkan skim pelaburan yang dibenarkan di dalam skala dan jumlah yang t”
“menggunapakai seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram / Anti Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (Akta 613) bagi menyokong permohonan beliau. [3] Setelah mendengar hujahan-hujahan lisan dan”
“rlu membuktikan satu persatu secara ketat bahawa wang yang berada di dalam akaun bank Responden-Responden hasil wang haram. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Liew Ket Boh & Anor. V PP [2024] CLJ 563 seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via”
“ce under s.4(1)(a).” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 [26] Perkara yang sama turut diputuskan di dalam kes Kavindra Suppiah v PP [2025] CLJU 2366 (MR) – [44] First, section 56 of the AMLATFPUAA 2001 contains no requirement that the unlawful activity th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERMOHONAN JENAYAH NO: JA-44-48-09/2024] ANTARA PENDAKWA RAYA …PEMOHON
1
WINTER BLOOM SDN BHD (Nombor Pendaftaran Syarikat: 1516996-P)
28
PERFECT EXTRACT SDN BHD …RESPONDEN-RESPONDEN SHAIK AHMAD NIZAM BIN SHAIK ABDULLAH (NO K/P : 790502-07-5037) …PIHAK KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Permohonan ini difailkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (Pemohon) bagi memohon kepada Mahkamah untuk melucuthakkan wang (pelucuthakkan harta) yang disita daripada Responden-Responden sebagaimana yang dinyatakan dalam sub-perenggan 2.1 hingga 2.31 kandungan Notis Usul bertarikh 30.8.2024. Permohonan ini dibuat di bawah peruntukan seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). [2] Pemohon juga menggunapakai seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram / Anti Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (Akta 613) bagi menyokong permohonan beliau. [3] Setelah mendengar hujahan-hujahan lisan dan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak, maka, akhirnya Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan Pemohon sepertimana notis usul. [4] Terkilan dengan keputusan Mahkamah, Responden ke-19 (kandungan 46) dan pihak ke-3 (kandungan 49) di dalam kes ini telah memfailkan rayuan. Memandangkan terdapat dua (2) rayuan difailkan tetapi melibatkan isu yang sama, Mahkamah menggunapakai alasan penghakiman yang sama bagi kedua-dua rayuan. Berikut merupakan alasan-alasan Mahkamah dalam membenarkan permohonan Pemohon di Mahkamah Tinggi. FAKTA KES [5] Pada 5.9.2023, Inspektor (G/24184) Gelbino Morris (Pegawai Penyiasat Predikat) telah membuat satu laporan polis iaitu Taman Pelangi Repot: 12074/23 apabila mengesyakki satu kesalahan di bawah seksyen 4(1) Akta 613 telah berlaku. Syak ini berikutan daripada satu repot Taman Pelangi : 1197/23 yang telah dibuat oleh seorang mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud dengan menggunakan aplikasi Comoncaps (Comoncaps) atas talian bernama Siti Noridah Binti Darison (Mangsa Pertama). Pada mulanya satu kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK). [6] Apabila telah dimaklumkan berkenaan kewujudan repot Taman Pelangi : 12074/23 (kesalahan bawah AMLA), selaku pegawai penyiasat AMLA, Inspektor G/26365 Muaizah Binti Muhammud (PP AMLA) telah menjalankan siasatan lanjut di bawah subseksyen 4(1) Akta 613. Hasil siasatan PP AMLA mendapati lebih kurang 22 orang individu telah menjadi mangsa Comoncaps. Mangsa-mangsa ini telah diperdaya untuk menyertai perlaburan yang dijanjikan pulangan keuntungan yang tinggi. Bagi tujuan itu sejumlah wang hendaklah didepositkan terlebih dahulu ke dalam beberapa akuan simpanan (kemudiannya dikenalpasti kepunyaan Responden pertama hingga Responden kelima, iaitu akaun lapisan pertama (first layer). [7] Hasil jejakan PP AMLA telah berjaya mengesan wang hasil penipuan tersebut telah dipindahkan ke dalam beberapa akaun lain milik beberapa syarikat di mana secara keseluruhannya mencecah RM3,490,153.82. [8] Berikutan daripada itu, pada 5.9.2023 sehingga 10.11.2023, PP AMLA telah memperolehi 31 perintah pembekuan di bawah seksyen 44(1) Akta 613 yang mana telah berjaya membekukan akaun-akaun Responden Pertama hingga Responden Ke-28. [9] Seterusnya pada 30.11.2023, sebanyak 31 perintah penyitaan juga telah diperolehi dengan menggunakan seksyen 50(1) Akta 613 terhadap Responden Pertama sehingga Responden Ke-28. [10] Berdasarkan jejak wang haram (money trail), PP AMLA mendapati wang hasil penipuan Comoncaps ini telah dipindahkan sehingga tiga (3) lapisan akaun seperti berikut:
a
Lapisan Pertama (‘first layer’) Responden Pertama (1) sehingga Responden Ke- 5;
b
Lapisan Kedua (‘second layer’) Responden Ke-6 sehingga Responden Ke-12;
c
LapisanKetiga (‘third layer’) Responden Ke-13 sehingga Responden Ke-28. [11] Berdasarkan kepada perintah sitaan di bawah seksyen 4(1) Akta 613, PP AMLA seterusnya telah berjaya menyita semua wang yang ada di dalam akaun Responden-Responden. Memandangkan wang ini telah diperolehi melalui kegiatan haram berlatar kepada pelaburan Comoncaps, ia terjumlah kepada satu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK). Kesalahan seumpama ini lazimnya telah tersenarai sebagai kesalahan berat, Jadual Kedua Akta 613. ALASAN PERMOHONAN OLEH PEMOHON [12] Permohonan untuk melucuthakkan harta ini selaras dengan peruntukan seksyen 56(1) Akta 613. Berdasarkan kepada seksyen tersebut, satu permohonan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah perlucuthakkan harta Responden-Responden, dalam keadaan tiada pendakwaan dibuat ke atas mereka di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama. Permohonan ini wajar apabila terdapatnya keterangan bahawa harta tersebut berhubungkait dengan kesalahan pembiayaan keganasan sepertimana disebut di bawah Akta 613. [13] Berdasarkan afidavit-afidavit sokongan Pegawai Penyiasat yang terlibat, Pemohon telah mempunyai cukup keterangan untuk membuktikan bahawa akaun-akaun milik Responden 1 hingga 28 telah digunakan sebagai peralatan kesalahan yang berkaitan dengan perlakuan aktiviti haram di bawah perenggan 4(1)(b) Akta
613
Dalam tindakan ini, Pemohon mendapati Responden-Responden telah gagal untuk mengambil langkah-langkah munasabah untuk menyekat penyalahgunaan akaun mereka sebagai peralatan kesalahan dan secara tidak langsung dijadikan medium untuk melakukan kesalahan pengubahan wang haram. [14] Hasil siasatan PP AMLA mendapati wang yang berada di dalam akaun-akaun Responden 1 hingga 28 ternyata hasil daripada kegiatan haram yang berkait rapat dengan perlakukan kesalahan berat di bawah seksyen 420 KK. [15] Pemohon telah mengemukakan keterangan lisan dan dokumentasi yang cukup bagi tujuan membenarkan pelucuthakan wang di dalam akaun Responden-Responden. ALASAN RESPONDEN KE-19 (LWC GOOD SERVICE SDN BHD) [16] Afidavit Responden Ke-19 menyatakan bahawa wang yang berada di dalam dua akaunnya iaitu Hong Leong Bank Akaun No : 5795 (No Akaun : 18300055795 berjumlah RM1,223,179.82)) dan CIMB
329
Bank Acct No 3430 (No akaun : 8605543430 berjumlah RM139, 24) adalah hasil tukaran USD250,000.00 daripada perniagaan kripto dengan penama ‘David’. Responden Ke-19 ada mengemukakan dokumen berkaitan jual beli tersebut kepada PP AMLA, semasa siasatan dijalankan. Jual beli matawang kripto bukanlah satu kesalahan atau dihalang di Malaysia. [17] Selain itu, Pemohon gagal membuktikan bahawa terdapatnya kesalahan yang telah dilakukan oleh Responden ke-19 di bawah seksyen 420 KK. Justeru itu akaun-akaun bank milik Responden ke- 19 bukanlah satu peralatan kesalahan yang dapat dikaitkan dengan kesalahan sepertimana didakwa oleh Pemohon. [18] Tambahan pula, jual beli matawang kripto dengan Ringgit Malaysia tidak dikategorikan di bawah Jadual Pertama AMLA. Oleh yang demikian perniagaan Responden ke-19 bukanlah dikategorikan sebagai badan yang diwajibkan untuk melapor kepada mana-mana pihak berkuasa. Responden ke-19 merasakan adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini untuk membenarkan pelucuthakan wang di dalam akaun-akaun tersebut secara keseluruhannya. ALASAN PIHAK KE-3 [19] Pihak Ke-3 adalah pihak suci hati yang telah menjadi mangsa penipuan Comoncaps. Pihak ke-3 telah melakuan semakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara dan pihak polis berkaitan dengan skim pelaburan yang ditawarkan dan langsung tiada sebarang amaran terhadap akaun yang gunakan untuk memasukkan wang pelaburan tersebut. Sesungguhnya pihak ke-3 mempercayai bahawa pelaburan itu adalah sah dan selamat. Wang yang digunakan adalah wang simpanan pihak ke-3 sendiri. [20] Hasil semakan juga mendapati Skim Pelaburan Comoncaps dan akaun yang dinyatakan tidak disenarai hitamkan. Wajarlah kiranya dianggap bahawa pihak ke-3 ini adalah seorang yang suci hati seperti mana dinyatakan di bawah seksyen 61 Akta 613. Oleh yang demikian, wang di dalam akaunnya tidak wajar dilucuthakkan oleh Pemohon. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DI HADAPAN MAHKAMAH INI [21] Adakah Pemohon telah memenuhi peruntukan seksyen 56(1) Akta 613 dalam membuat permohonannya di Mahkamah ini bagi mendapatkan satu perintah perlucuthakkan wang yang berada dalam akaun Reponden-Responden? [22] Adakah benar pihak ke-3 merupakan pihak yang suci hati sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 61 Akta 613? Dengan berpegangkan kepada keterangan tersebut, adakah wajar bagi Mahkamah ini memulangkan secara keseluruhannya wang yang dikatakan milik pihak ke-3 yang pada masa ini berada di dalam akaun Responden Pertama dan Responden Ke-3? UNDANG-UNDANG BERKAITAN PELUCUTHAKKAN TANPA PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA 613 - SEKSYEN 56(1) AKTA 613 [23] Rujukan kepada Notis Usul yang difailkan, permohonan yang difailkan di Mahkamah ini dibuat berdasarkan peruntukan seksyen 56(1) Akta 613, disalinkan seperti berikut: “56. Pelucuthakan harta jika tiada pendakwaan
1
Tertakluk kepada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini tiada pendakwaan dan sabitan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan, Pendakwa Raya boleh, sebelum tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaan itu, atau jika terdapat suatu perintah pembekuan, dua belas bulan dari tarikh pembekuan itu, memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati bahawa harta itu ialah-
a
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;
b
harta pengganas;
c
hasil daripada aktiviti haram; atau
d
peralatan kesalahan
2
Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati-
a
bahawa harta itu ialah –
i
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
II
(ii) harta pengganas;
III
(iii) hasil daripada aktiviti haram; atau
IV
(iv) peralatan kesalahan; dan
b
bahawa tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu.
3
Apa-apa harta yang telah disita dengan berkenaan dengannya tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen
1
hendaklah, apabila tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaanya, lepaskan kepada orang yang daripadanya harta itu telah disita.
4
Dalam menentukan sama ada harta itu ialah-
a
Hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
b
Harta pengganas;
c
Hasil daripada aktiviti haram; atau
d
Peralatan kesalahan, Mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil. [24] Daripada pembacaan Mahkamah ini, seksyen 56(1) Akta 613 membenarkan pelucuthakkan harta daripada pihak berkenaan apabila tiada pendakwaan dibuat di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Selain itu, satu permohonan pelucuthakkan juga telah difailkan oleh Timbalan Pendakwa Raya. [25] Rujukan kepada kes PP v. Billion Nova Sdn. Bhd. & Ors [2016] 2 CLJ 768 (MR), di mana Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan oleh Perayu untuk pelucuthakan wang yang berada di dalam akaun bank kesemua Responden berdasarkan peruntukan seksyen 56(1) Akta 613 dan tiada pendakwaan di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama - “[14] As a prelude to the exercise of the Public Prosecutor’s power under s.56(1), it is plain that the property which is subject to a forfeiture order must be the property seized under AMLATFA and that there is no prosecution or conviction for an offence under s.4(1). We are satisfied that these conditions had been fulfilled by the appellant as the monies in various bank accounts of the respondents were shown to have been seized by the appellant on 21st September 2012 pursuant to s. 50(1) and that the repondents were not prosecuted for the offence under s.4(1)(a).” [26] Perkara yang sama turut diputuskan di dalam kes Kavindra Suppiah v PP [2025] CLJU 2366 (MR) – [44] First, section 56 of the AMLATFPUAA 2001 contains no requirement that the unlawful activity that forms the basis of the forfeiture application must be a serious offence for which there must be a conviction. As held by this Court in Noor Ismahanum Mohd Ismail v PP [2018] 10 CLJ 597, based on the plain language of section 56(1), there is no requirement that a conviction under section 4(1)(a) of the AMLATFPUAA 2001 or a terrorism financing offence must first be obtained before the Public Prosecutor could apply for forfeiture. [45] Indeed, section 56 of the AMLATFPUAA 2001 can only be invoked if there is no prosecution for a money laundering offence under section 4(1) in the first place, relevant to the seized property intended to be forfeited. [46] What is required-we repeat-is for the Public Prosecutor to satisfy himself that the seized property falls under any one of paragraphs (a) or (b) or (c) or (d) of section 56(1) in respect of the application for forfeiture, and for the High Court, upon receiving such application from the Public Prosecutor to undertake the requisite evaluation as prescribed by section 56(2) in its consideration whether or not to grant the order for forfeiture. [27] Mahkamah telah berpuas hati bahawa Pemohon telah mematuhi pra-syarat yang dinyatakan di bawah subseksyen 56(2) Akta 613. Keputusan ini telah dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek yang berkaitan. Pembentangan panjang lebar kepada terhasilnya keputusan Mahkamah adalah seperti di bawah - DAPATAN MAHKAMAH TERHADAP PERMOHONAN PEMOHON BERKENAAN ISU PERTAMA – KEPERLUAN SEKSYEN 56(1) AKTA 613 DAN KETERANGAN YANG BERKAITAN DENGAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 4(1) AKTA YANG SAMA [28] Berdasarkan kepada affidavit PP AMLA, siasatan mendapati mangsa-mangsa telah terperdaya dengan omongan hebat terhadap satu perlaburan yang sebenarnya tidak wujud. Modus operandi yang digunakan adalah sama dengan semua mangsa iaitu mangsa dijanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda apabila membuat pelaburan dengan menggunakan Comoncaps ini. Mangsa telah diminta untuk melabur dengan memasukkan wang ke dalam akaun-akaun yang berkenaan setelah dihubungi oleh oleh orang yang tertentu. [29] Hasil siasatan oleh PP AMLA mendapati sesungguhnya pelaburan Comoncap ini tidak pernah wujud dan ia juga tidak pernah didaftarkan bagi mendapatkan lesen pelaburan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjalankan aktiviti pelaburan. Siasatan lanjut jejak wang haram mendapati penipuan ini sangat licik bilamana wang yang diterima daripada mangsa-mangsa telah dipindahkan kepada beberapa akaun bank yang berbeza yang kemudiannya terbahagi kepada beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
a
lapisan pertama (first layer) yang melibatkan Responden Pertama (1) hingga Responden Ke-5;
b
lapisan kedua (second layer) yang melibatkan Responden Ke-6 sehingga Responden Ke-12; dan
c
lapisan ketiga (third layer) yang melibatkan Responden Ke- 13 sehingga Responden Ke-28. [30] Dengan kewujudan lapisan-lapisan ini wang dipindahkan ini akan bertambah sukar untuk dikesan semula oleh mangsa-mangsa mahupun pihak berkuasa. Hal ini telah disahkan PP AMLA melalui afidavit sokongan dan eskhibit-eskhibit yang dikemukakan. [31] Pemohon di dalam permohonannya telah menyatakan bahawa wang yang telah dipindahkan dari ‘first layer’ kepada ‘second layer’ sehinggalah kepada ‘third layer’ tersebut adalah daripada hasil aktiviti haram yang berkaitan dengan kesalahan berat di bawah seksyen 420KK. [32] Merujuk kepada seksyen 3 Akta 613 mendefinisikan “aktiviti haram”, “hasil aktiviti haram” dan “kesalahan berat” seperti berikut:
3
Tafsiran “aktiviti haram” ertinya-
a
apa-apa aktiviti yang merupakan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing; atau
b
apa-apa aktiviti yang bersifat sedemikian, atau yang berlaku dalam hal keadaan sedemikian, yang aktiviti itu mengakibatkan atau menyebabkan pelakuan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing. Tidak kira sama ada aktiviti itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, berlaku di dalam atau di luar Malaysia; … “hasil daripada aktiviti haram” ertinya mana-mana harta, atau apa-apa kelebihan ekonomi atau keuntungan ekonomi daripada harta itu, di dalam atau di luar negara –
a
yang keseluruhannya atau sebahagiannya –
i
diperoleh atau didapati, secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang daripada apa-apa aktiviti haram;
II
(ii) diperoleh atau didapati daripada pelupusan atau urusan lain dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i); atau
III
(iii) diperoleh dengan menggunakan harta yang diperoleh atau didapati oleh mana-mana pelupusan atau urusan lain yang disebut dalam subperenggan (i) atau (ii); atau
b
yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, disebabkan oleh apa-apa hal keadaan seperti sifat, nilai, lokasi atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu diperoleh, atau perkaitannya dengan harta lain yang disebut dalam subpenggan
a
(a)(i), (ii) atau (iii), boleh dengan semunasabahnya dipecayai adalah harta yang termasuk dalam ruang lingkup subpernggan
a
(a)(i), (ii) atau (iii); … “Kesalahan berat” ertinya –
a
mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual
b
percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan itu; atau
c
persubahatan mana-mana kesalahan itu;”. [33] Persoalannya adalah adakah Pemohon masih perlu membuktikan satu persatu secara ketat bahawa wang yang berada di dalam akaun bank Responden-Responden hasil wang haram. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Liew Ket Boh & Anor. V PP [2024] CLJ 563 seperti yang berikut: [35] In a forfeiture application under s. 56(1) of the AMLATFPUA, the central question is whether, on a balance of probabilities, the prosecution has proven that the balances in the bank accounts of the appellants are the proceeds of unlawful activity. We find that the Public Prosecutor had tendered cogent evidence to prove this fact. However, in our opinion, it is not necessary to link the monies deposited into the bank accounts of Grow Asia and Carousel Capital by investors to every single transaction in the bank accounts of the appellants. This is what counsel for the appelants suggested that should have been done by the Public Prosecutor. He argued that the Public Prosecutor failed to prove that the “exact transactions” on the bank accounts of the bank of the appellant were linked to the unlawful activity. … [36] We find that the authority cited for the said proposition by counsel for the appellants, ie, the Court of Appeal case of PP v. Billion Nova Sdn. Bhd. Nova Sdn Bhd & Ors [2016] 2CLJ 763; [2016] 4 MLRA 226 is distinguishable on the facts. Furthermore, we are of the view the said authority does not impose an onerous duty on the Public Prosecutor to prove the direct relationship of every trsansaction in a bank account to the unlawful activity in question. … [49] We are of the view that the argument of counsel for the appellants that all the “exact transactions” on the bank accounts must be linked to the unlawful activity is not envisaged in the AMLATFPUAA. [50] “Proceeds of unlawful activity" is defined in s. 3(1) as any property, any economic advantage or economic gain from such property, within or outside Malaysia:
a
which is wholly or partly:
i
derived or obtained, directly or indirectly by any person from any unlawful activity;
II
(ii) derived or obtained from a disposal or other dealings with the property referred to in subparagraph (i); or
III
(iii) acquired using the property derived or obtained by any person through any disposal or other dealings referred to in subparagraph (i) or (ii); or
b
which, wholly or partly, due to any circumstances such as its nature, value, location or place of discovery, or to the time, manner or place of its acquisition, or the person from whom it was acquired, or its proximity to other property referred to in subparagraph (a) (i), (ii) or (iii), can be reasonably believed to be property falling within the scope of subparagraph (a)(i), (ii) or iii); … [51] A careful reading of para. (b) would support the proposition that any property found together with property derived from unlawful property as defined in para. (a) can also be “reasonably” considered as proceeds of unlawful property if certain conditions are present. … [53] Since the seized properties in question are liquid assets, it becomes a formidable challenge for the enforcement authorities to prove the direct correlation of every single cash deposit or transaction in a seized bank account with unlawful activity. However, in our view, the broad definition of “proceeds of unlawful activity” should come to the aid of the Public Prosecutor. Drawing an analogy, if the property in question is an immoveable asset purchased using partly proceeds of unlawful activity and partly other legitimate funds, the entire property would be caught by the said broad definition. Any other interpretation would jeopardise the objective of the AMLATFPUAA, which is aimed at depriving serious crime offenders of their ill-gotten gains.”. [34] Rujukan semula kepada seksyen 56(1) Akta 613 bersama-sama tafsiran aktiviti haram, hasil aktiviti haram dan kesalahan berat (di bawah seksyen 420KK) serta keputusan kes Liew Ket Boh & Anor. V PP, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen-eleman untuk pelucuthakan wang di dalam akaun Responden-Responden telah dipenuhi. Pemohon tidak perlu untuk membuktikan bahawa terdapatnya hubungan langsung dari mangsa-mangsa kepada akaun Responden dari “first layer” sehinggalah kepada “third layer”. [35] Mahkamah ini berpendapat tafsiran yang dinyatakan di bawah seksyen 3 Akta 613 terhadap harta yang diperolehi dari “hasil aktiviti haram” adalah merangkumi terhadap keseluruhan wang yang terdapat di dalam akaun Responden-Responden walaupun dihasilkan secara langsung atau tidak langsung dari aktiviti haram secara keseluruhannya ataupun sebahagian sahaja. Oleh yang demikian adalah wajar untuk Mahkamah ini membuat satu perintah pelucuthakkan wang tersebut sepertimana notis usul Pemohon. PERUNTUKAN SEKSYEN 4(1)(b) AKTA 613 [36] Berdasarkan kepada siasatan PP AMLA, akaun bank Responden-Responden telah digunakan sebagai peralatan untuk memperdayakan mangsa-mangsa bagi mencapai matlamat penipuan Comoncaps. Merujuk kepada seksyen 4(1)(b) Akta 613, akaun-akaun tersebut telah digunakan seperti berikut:
a
akaun tersebut digunakan sebagai peralatan;
b
akaun tersebut digunakan sebagai peralatan kesalahan tersebut untuk menerima hasil haram; dan
c
terdapat sebab untuk mempercayai atau mempunyai syak yang munasabah bahawa akaun-akaun tersebut telah digunakan sebagai alat untuk melakukan kesalahan. Pemilik akaun iaitu Responden juga adalah secara tidak munasabah dan cuai untuk tidak mengetahui dan mengawal pergerakkan wang keluar masuk ke dalam akaun mereka yang telah digunakan sebagai peralatan kesalahan terhadap penipuan kepada mangsa-mangsa bagi satu pelaburan yang tidak wujud. [37] Seterusnya, adakah akaun bank yang dimiliki oleh Responden-Responden ini terjumlah kepada peralatan kesalahan apabila ia telah digunakan untuk memerima dan memindahkan wang yang terhasil daripada aktiviti haram. Lihat pula kepada definisi “Peralatan Kesalahan” di bawah seksyen 3 Akta yang sama. Disalinkan seperti berikut: “peralatan kesalahan”ertinya –
a
apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram; atau
b
apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram,
c
sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;” [38] Istilah “benda” yang dirujuk di atas merangkumi harta-harta yang ditafsirkan di bawah seksyen 3 Akta 613 seperti berikut: “harta” ertinya-
a
tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tidak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau
b
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yagn menjadi keterangan tentang hakmilik, atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk mata wang, kerdit bank, deposit dan sumber kewangan yang lain, cek kembara, cek bank, kiriman wang, produk pasaran modal, draf dan surat kredit, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, dan termasuklah kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam mana-mana harta itu;” [39] Dengan merujuk kepada para 37 dan 38, “tafsiran peralatan kesalahan”, “benda” dan “harta””, dan peruntukan seksyen 4(1)(b) Akta 613, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Pemohon telah berjaya memenuhi syarat yang perlu dibuktikan terhadap wang di dalam akaun semua Responden merupakan harta alih yang telah dijadikan “alat” untuk melakukan kesalahan yang berkait dengan aktiviti haram. BEBAN PEMBUKTIAN “IMBANGAN KEBARANGKALIAN” [40] Beban pembuktian yang perlu dibuktikan oleh Pemohon di dalam permohonannya adalah sepertimana beban pembuktian di dalam prosiding kes sivil iaitu di atas “Imbangan Kebarangkalian” (“Balance of Probablities”). Ia bukanlah sepertimana pembuktian di dalam prosiding kes jenayah yang perlu dibuktikan secara “beyond reasonable doubt”). Merujuk kepada peruntukan seksyen 56(4) Akta 613 menyatakan seperti berikut: “56. Pelucuthakan harta jika tiada pendakwan …
4
Dalam menentukan sama ada harta itu ialah-
a
Hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
b
Harta pengganas;
c
Hasil daripada aktiviti haram; atau
d
Peralatan kesalahan, Mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.” [41] Merujuk kepada seksyen 70(1) Akta 613 menyatakan bahawa beban pembuktian di bawah Akta 613 hendaklah diputuskan secara “Imbangan Kebarangkalian”. Sekyen 70(1) disalinkan seperti berikut: “70. Standard Pembuktian
1
Apa-apa persoalan fakta yang diputuskan oleh mahkamah dalam prosiding di bawah Akta ini hendaklah diputuskan berdasarkan imbangan kebarangkalian.” [42] Merujuk kepada keputusan kes yang diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan iaitu kes PP v Awalludin Sham Bokhari [2018] 1 CLJ 305 seperti berikut: “[31] In an application for an order of forfeiture of property under s.56(1) where there is no prosecution, the standard of proof to determine whether the property has been obtained as a result of or in connection with the offence under s.4(1) is the standard of proof required in civil proceedings: See s.56(4) of the Act. Any question of fact to be decided by the court in proceedings under the Act shall be decided on the balance of probabilities: See s.70(1) of the Act.” [43] Persoalannya adalah, sejauh manakah pembuktian yang perlu dibuktikan terhadap “imbangan kebarangkalian” di bawah seksyen 56(1) Akta 613 ini. Merujuk kepada keputusan kes Pendakwa Raya lwn. Abdul Razak bin Abdul Aziz Khan [2009]1LNS 322: “(18) Dengan merujuk kepada N.S.Binolva’s Interpretation of Status Eight Edition 1997, ‘satisfied’ dinyatakan sebagai “satisfied should be read as meaning reasonably satisfied. It cannot import an arbitrary or irrational state of being satisfied. It cannot import an arbitrary or irrational state of being satisfied. Satisfaction must be honest, careful and delibrate, arrived after exercising due care and caution. The question of satisfaction is however, a question as fact …”.
19
Adalah jelas, daripada petikan di atas, beban ke atas mahkamah hanyalah untuk berpuas hati akan hal perkara dan ianya adalah persoalan fakta.”. [44] Sesungguhnya seantero telah tahu bahawa dalam pembuktian di atas “Imbangan Kebarangkalian”, pihak yang berkenaan (Mahkamah ini) hendaklah berpuas hati (“satisfied”) bahawa persoalan fakta yang timbul telah diperjelaskan dan mencukupi (“satisfactory evidence”) untuk meneruskan pelucuthakkan harta iaitu wang yang tersimpan (telah disita) dalam akaun Responden-Responden. Oleh yang demikian, pada pandangan Mahkamah, Pemohon telah berjaya membuktikan secara “imbangan kebarangkalian” bahawa peruntukan seksyen 56(1) Akta 613 telah dipenuhi dan oleh itu adalah wajar untuk wang di dalam akauan Responden-Responden dilucuthakkan. TUNTUTAN DARI PIHAK KETIGA SELAKU PIHAK SUCI HATI - ADAKAH SEWAJARNYA WANG PIHAK KE-3 DI DALAM AKAUN RESPONDEN PERTAMA DAN KETIGA DIPULANGKAN KEPADA PIHAK KE-3 [45] Rujukan semula seksyen 56(2)(b) Akta 613, Mahkamah ini hendaklah berpuas hati bahawa tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga telah dilakukan oleh mana-mana pihak-pihak yang berkaitan sebelum perintah lucuthak dikeluarkan oleh Mahkamah ini. Disalikan semula sub-seksyen 56(2)(b) Akta 613 seperti berikut: “56. Pelucuthakan harta jika tiada pendakwaan …
2
Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati-
a
bahawa harta itu ialah –
i
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
II
(ii) harta pengganas;
III
(iii) hasil daripada aktiviti haram; atau
IV
(iv) peralatan kesalahan; dan
b
bahawa tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu. … .” [46] Berkenaan Permohonan ini, seksyen 56(2)(b) Akta 613 hendaklah dibaca bersama seksyen 61 Akta yang sama. Peruntukan seksyen 61 adalah seperti berikut:
61
“Pihak ketiga yang suci hati
1
Peruntukan di dalam Bahagian ini hendaklah terpakai tanpa menjejaskan hak pihak ketiga yang suci hati.
2
Mahkamah yang membuat perintah pelucuthakan di bawah subseksyen 28L(1) atau 55 atau hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen 28(L) atau 56(1) hendaklah menyebabkan supaya disiarkan suatu notis dalam Warta memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta itu supaya hadir di hadapan mahkamah itu pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan.
3
Ketiadaan suci hati pada pihak ketiga boleh disimpulkan, oleh mahkamah atau sesuatu agensi penguat kuasa, daripada hal keadaan objektif hal itu.
4
Mahkamah atau agensi penguat kuasa hendaklah memulangkan harta itu kepada pihak yang menuntut apabila berpuas hati bahawa-
a
pihak yang menuntut itu mempunyai suatu kepentingan sah di sisi undang-undang mengenai harta itu;
b
tiada pengambilan bahagian, pakatan sulit atau penglibatan berkenaan dengan kesalahan di bawah subsekyen 4(1) atau Bahagian IVA, atau kesalahan membiayai keganasan yang menjadi tujuan prosiding itu boleh dikaitkan dengan pihak yang menuntut itu;
c
pihak yang menuntut itu tidak tahu dan jahil tanpa niat tentang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu, atau jika dia tahu, tidak dengan sukarela mengizinkan penggunaan menyalahi undang-undang harta itu;
d
pihak yang menuntut itu tidak memperoleh apa-apa hak mengenai harta itu daripada seseorang yang tindakan diambil terhadapnya di bawah hal keadaan yang menimbulkan kesimpulan yang munasabah bahawa apa-apa hak telah dipindahkan hakmilik bagi maksud mengelakkan pelucuthakan harta itu pada akhirnya kemudiannya; dan
e
pihak menuntut itu telah melakukan segala yang semunasabahnya dapat dijangkakan untuk menghalang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu.” [47] Pihak Ke-3 iaitu Shaikh Ahmad Nizam bin Shaik Abdullah (No K/P: 790502-07-5037) melalui afidavitnya (Kandungan 36 dan 37) telah menuntut wang berjumlah RM 48, 610.25 dipulangkan kepadanya. Beliau merupakan salah seorang mangsa (mangsa ke-16) yang telah tertipu oleh Comoncaps. Wang tersebut keseluruhannya telah dipindahkan ke dua akaun, iaitu akaun Alliance Bank Malaysia Berhad melalui no akaun : 141670010031048 (Akaun ABMB 1048) atas nama Winter Bloom Sdn. Bhd. iaitu Responden Pertama (RM31,700) dan akaun RHB 1911 melalui no akaun 21104407081911 atas nama Pembinaan Abadi Mulia Sdn Bhd iaitu Responden ke-3 (RM15, 910.25). [48] Berkenaan tuntutan pihak ke-3 ini, Pemohon melalui Afidavit Jawapannya (kandungan 38), menafikan tuntutan tersebut dan sekaligus menafikan bahawa pihak ke-3 adalah pihak suci hati. Hal ini disahkan berdasarkan kepada siasatan yang telah dibuat oleh PP AMLA. Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh Pemohon di dalam afidavitnya bagi menunjukkan bahawa pihak ke-3 bukanlah pihak yang suci hati. [49] Salah satu daripada ialah jumlah sebenar pindahan wang yang telah dibuat oleh pihak Ke-3 ke dalam akaun ABMB1048 (Responden Pertama) adalah berjumlah RM32,700.00 bukannya RM31, 700. Pihak ke-3 gagal menyatakan jumlah yang tepat. [50] Selain daripada itu, siasatan PP AMLA juga mendapati bahawa dalam penyata akaun pihak Ke-3 terhadap pindahan wang sejumlah RM2,000.00 dan RM1,500.00 pada 1.8.2023 pada jam 18:06:43 dan 16:14:29, tidak dapat ditentukan ia telah dipindahkan kepada akaun siapa. Semakan yang telah dilakukan kepada akaun Responden Pertama pada tarikh yang sama, tidak menunjukkan bahawa terdapat wang sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Ke-3 ke dalam akaun Responden Pertama. [51] Memandangkan Pemohon telah berhujah dengan berpandukan kepada jejak wang yang telah dibuat dengan teliti oleh PP AMLA, Mahkamah berpandangan tidak ada sebab untuk Pemohon mengada-adakan pernyataan di atas dan menafikan tuntutan pihak ke-3 tanpa alasan. Oleh itu, keterangan ini wajar diberi pertimbangan sewajarnya apabila meneliti tuntutan pihak ke-3. ADAKAH PIHAK KETIGA ADALAH MERUPAKAN SUCI HATI [52] Mahkamah ini merujuk kepada kes Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co v PP [2023] 4 CLJ 843 (MP) Abdul Rahman Sebli CJ (Sabah & Sarawak)(majority judgment) - [30] It is important to bear in mind that in proceedings under s. 61(4), the burden is on the person claiming to be a bona fide third party and having a legitimate legal interest in the property to show cause as to why the property should not be forfeited. It is not for the respondent to prove in the negative that the claimant is not a bona fide third party and has no legitimate legal interest in the property. In order to succeed, the third-party claimant must prove on the balance of probabilities (see s. 70(1) of the Act) that the requirements of paras. (a), (b), (c), (d) and (e) of the subsection, which are to be enforced cumulatively (and not disjunctively), have all been fulfilled. [31] As to what constitutes sufficient proof on the balance of probabilities, Lord Denning said in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372: If the evidence is such that the tribunal can say ‘we think it more probable than not’ the burden is discharged, but if the probabilities are equal, it is not. [32] Whether or not the requirements have been fulfilled is purely a question of fact, and such requirement for proof must be fulfilled by all third parties claiming entitlement to the property, law firms included. In the present case, the burden has not been discharged by the appellant as no such evidence was produced before the court. In any case, we have not been shown the evidence save for the bills charged to Amar as legal fees, which we repeat merely shows that Amar owes that sum of money to the appellant. [53] Bagi membuktikan beliau merupakan pihak suci hati, pihak ke-3 telah mengemukakan hujahan berikut :
a
beliau adalah Mangsa ke-16 yang telah ditipu skim pelaburan yang tidak wujud ini. Sebelum beliau bersetuju menyertai skim perlaburan ini, beliau telah membuat carian dan semakan yang mengaitkan skim pelaburan tersebut dengan Bank Negara, Polis Diraja Malaysia mahupun Suruhanjaya Sekuriti Malayisa. Tiada amaran yang timbul mengenai skim pelaburan yang mengaitkan akaun-akaun tersebut.
b
Sebaik sahaja beliau sedar dirinya telah ditipu, beliau segera membuat laporan polis terhadap penipuan skim pelaburan yang tidak wujud tersebut. [54] Merujuk kepada peruntukan subseksyen 61(3) Akta 613, mengatakan bahawa ketiadaan suci hati oleh Pihak Ketiga boleh disimpulkan oleh Mahkamah atau sesuatu agensi penguatkuasa, melihat dari objektif sesuatu hal itu. Oleh yang demikian Mahkamah ini adalah dibenarkan untuk menilai sama ada Pihak Ketiga merupakan seorang yang suci hati atau sebaliknya. Rentetan daripada pandangan tersebut, Mahkamah ini seterusnya boleh memutuskan sama ada wang yang telah dipindahkan ke dalam akaun Responden Pertama dan Responden Ketiga, wajar dipulangkan kepada pihak Ke-3. [55] Merujuk semula kepada afidavit pihak ke-3 (kandungan 39) di mana beliau mengesahkan telah melakukan semakan terhadap pelaburan yang ditawarkan dan akaun yang dimiliki oleh Responden Pertama dan Ketiga dengan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun pihak polis sebelum membuat keputusan untuk menyertai perlaburan yang ditawarkan itu. Hasil semakan mendapati tiada amaran yang dikeluarkan mengenainya. [56] Persoalannya adalah, mengapakah beliau tidak melakukan semakan dengan pihak yang telah dinyatakan dengan meminta pihak-pihak yang berkenaan untuk bertanya atau mendapatkan maklumat sama ada skim pelaburan yang ditawarkan tersebut telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Selain daripada Surhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah diberi mandat melalui Akta Skim Kepentingan 2016 (“Interest Scheme Act 2016”) (Akta 778) untuk mendaftarkan skim pelaburan yang dibenarkan di dalam skala dan jumlah yang tertentu. [57] Mahkamah ini percaya jika semakan dilakukan terhadap ke dua-dua badan yang mempunyai autoriti untuk mendaftarkan sesuatu skim pelaburan yang ditawarkan, pihak ke-3 sudah pasti akan dapat jawapan bahawa skim pelaburan yang ditawarkan itu sememangnya tidak pernah didaftarkan dengan ke dua-dua badan tersebut dan sudah sewajarnya itu menunjukkan skim pelaburan itu adalah tidak wujud sama sekali. [58] Mahkamah ini turut mempersoalkan tindakan pihak ke-3, yang menyatakan hanya membuat carian dan semakan dengan pihak-pihak yang berkuasa ke atas skim pelaburan yang disenarai hitam sahaja. Bagaimana sesuatu pelaburan itu boleh disenarai hitam, jika ia tidak pernah wujud dan tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Di dalam afidavit pihak ke-3 juga gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen carian yang dikatakan telah dilakukan olehnya terhadap kedua-dua badan tersebut. Jika benar carian ada dilakukan, pihak ke-3 sepatutnya dengan mudah boleh melampirkannya sebagai eksibit di dalam afidavitnya sebagai bukti sokongan. [59] Setiap carian yang dilakukan oleh mana-mana pihak samada dilakukan di premis Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia mahupun melalui carian melalui “internet’ secara atas talian, ia wajib dilakukan dengan memasukkan nombor pendaftaran syarikat atau nombor pendaftaran skim pelaburan yang telah didaftarkan dan juga butir-butir peribadi pihak yang memohon terhadap carian tersebut. Di dalam kes ini, tiada dokumen sedemikian dikemukakan oleh pihak ke-3. [60] Sesuatu skim pelaburan itu tidak akan berjaya untuk didaftarkan dan ditawarkan kepada orang ramai jika ia tidak mengikut syarat-syarat dan jaminan pemulangan wang yang ketat jika berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas sesuatu skim pelaburan yang ditawarkan. Mahkamah ini percaya, setelah skim pelaburan telah lulus untuk didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, satu hebahan prospektus di dalam surat khabar hendaklah dilakukan oleh syarikat yang terlibat untuk menghebahkan dan menawarkan kepada orang ramai terhadap skim plaburan yang ditawarkan. [61] Pada hemat Mahkamah ini, hebahan melalui surat khabar ini adalah satu hebahan yang meliputi semua orang termasuklah kepada pihak ke-3 di dalam kes ini. Jika tiada prospektus yang dihebahkan di dalam mana-mana surat khabar, itu adalah bermakna skim pelaburan itu sememangnya tidak diluluskan serta tidak didaftarkan dengan badan-badan tersebut dan ia adalah tidak wujud sama sekali. [62] Pihak ke-3 di dalam kes ini, walaupun telah melaporkan kejadian penipuan dengan pihak polis, namun tindakan itu tidak semestinya terjumlah kepada tindakan seseorang yang suci hati. Perlu diingatkan bahawa pihak ke-3 telah berurusan secara terus dengan pihak-pihak yang tidak dikenali olehnya melalui ‘facebook’. Telah diketahui umum bahawa ‘facebook’ merupakan medium sosial media yang cukup terbuka kepada sesiapa sahaja untuk melakukan penipuan. Oleh itu, tahap keselamatan yang ada adalah sangat rendah daripada rendah (lowest of the low). [63] Selain itu, pihak ke-3 juga menyatakan beliau tidak tahu menahu bahawa terdapatnya aktiviti penipuan melalui skim pelaburan. Berkenaan perkara ini, Mahkamah tidak dapat lari daripada memetik maxim latin ignorantia juris non excusat diterjemahkan sebagai “ignorance of law is not an excuse”. Di zaman yang mana internet di hujung jari, telefon canggih merata-rata, pihak ke-3 sepatutnya tahu bahawa dirinya tidak boleh terlibat dengan apa-apa skim pelaburan yang tidak didaftarkan apatah lagi untuk terlibat dengan skim pelaburan yang secara terang-terangan telah memaparkan unsur-unsur penipuan, contohnya, diiklankan di facebook. [64] Kesimpulannya, berdasarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati pihak ke-3 bukanlah seorang yang suci hati, sepertimana dilindungi di bawah seksyen 61(4) Akta 613. Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan adalah tidak wajar wang sejumlah RM32,700.00 yang telah dipindahkan kepada Responden Pertama dan Responden Ke-3 dipulangkan kepada pihak ke-3. TUNTUTAN RESPONDEN KE-19 [65] Dengan berdasarkan kepada Permohonan Pemohon, wang yang berada di dalam akaun Responden Ke-19 adalah terhasil daripada aktiviti haram yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1) Akta 613. Akaun HLB5795 yang dimiliki oleh Responden Ke-19 telah dijadikan sebagai peralatan kesalahan yang telah menerima wang dari hasil penipuan Comoncaps yang tidak wujud dan ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 420 KK. [66] Akaun HLB5795 yang dimiliki oleh Responden Ke-19 ini merupakan akaun lapisan ketiga /“third layer”. Wang daripada mangsa penipuan Comoncaps tersebut pada mulanya telah dipindahkan daripada akaun lapisan pertama/ “first layer” iaitu daripada akaun ABMB1048 milik Responden Pertama. Selain itu terdapat juga wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun AMB8248 milik WLEE Concept Sdn Bhd. [67] Wang daripada akaun lapisan pertama / “first layer” tersebut telah dipindahkan ke dalam akaun Responden Ke-7 iaitu akaun HLB1268 yang merupakan akaun lapisan kedua /“second layer” di mana telah berlaku 29 transaksi pindahan wang bermula tarikh 3.8.2023 sehingga 11.8.2023 yang berjumlah RM1,474,368.09. Dan selanjutnya dari akaun yang berada di lapisan kedua /“second layer” ini, akaun HLB1268 yang dimiliki oleh Responden Ke-7 telah memindahkan wang ke dalam akaun Responden Ke-19 iaitu akaun HLB6765 iaitu lapisan ketiga /“third layer”. Transaksi yang berlaku di antara akaun HLB1268 yang miliki oleh Responden Ke-7 kepada HLB6765 milik Responden Ke-19 melibatkan sebanyak dua (2) transaksi iaitu pada 4.8.2023 sebanyak RM200,000.00 dan RM160,000.00. [68] Hasil siasatan daripada PP AMLA telah mendapati terdapat transaksi yang telah dilakukan oleh Responden Ke-7 ke dalam akaun Responden Ke-19 pada 4.8.2023 berjumlah RM200,000.00 dan RM160,000.00. Pemilik akaun iaitu Responden Pertama dan Responden Ke-7 telah pun mengakui bahawa perniagaan Responden Pertama dan Ke-7 adalah di atas arahan orang lain yang dikenali dengan nama Jen dan Kevin. Kedua-dua Responden juga mengakui telah menyerahkan kawalan akaun-akaun mereka kepada Jen dan Kevin. Responden Pertama dan Ke-7 tidak mengetahui sebarang transaksi yang telah dibuat terhadap akaun-akaun mereka. [69] Adalah jelas dan nyata bahawa wang yang terdapat di dalam akaun Responden Pertama dan Ke-7 telah digunakan sebagai alat untuk melakukan aktiviti haram iaitu pelaburan tidak wujud. Wang tersebut pula telah dipindahkan ke dalam akaun Responden Ke- 19 melalui dua (2) transaksi pada 4.8.2023 dengan jumlah yang besar. [70] Responden Ke-19 seterusnya menyatakan bahawa wang yang terdapat di dalam akaun HLB6765 adalah hasil daripada sebahagian RM1.1 juta tukaran USD 250,000.00 untuk satu perniagaan jual beli matawang kripto dengan seorang penama “David”. Responden Ke-19 juga telah mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan jual beli matawang kripto kepada PP AMLA. Namun hasil siasatan PP AMLA dokumen-dokumen tersebut telah gagal mengesahkan bahawa terdapat kaitan dengan Responden Ke-19. [71] Keadaan menjadi serius dan menjadi tanda tanya apabila alamat perniagaan yang didaftarkan atas nama Responden Ke-19 telah menunjukkan bahawa ia telah didaftarkan atas alamat milik setiausaha syarikat dan dua alamat yang didaftarkan merupakan premis kosong. Pengurus bangunan yang berada di premis tersebut juga mengesahkan bahawa tiada nama syarikat Responden Ke-19 di situ. [72] Selanjutnya, hasil siasatan PP AMLA juga mendapati terdapatnya beberapa transaksi yang telah dilakukan menggunakan “mule account” dan transaksi tersebut telah dipindahkan ke dalam akaun HLB5795 iaitu kepunyaan Responden Ke-19 pada 24.10.2023 dan 25.10.2023 yang mana melibatkan jumlah wang yang besar. Hasil siasatan PP AMLA di perenggan 163 hingga 167 Afidavit AMLA, mendapati Pemilik “mule account” tersebut tidak tahu tentang transaksi wang yang telah dibuat oleh perniagaan yang didaftarkan atas nama mereka. Pemilik “mule account” juga mengesahkan bahawa akaun bank dan perniagaan yang didaftarkan di atas nama mereka telah diserahkan kepada pihak Ketiga. Oleh itu adalah jelas bahawa akaun mereka ini telah dijadikan sebagai peralatan kesalahan untuk melakukan transaksi wang dari hasil kegiatan haram dan transaksi tersebut telah terbukti telah dipindahkan kepada akaun dalam HLB5795 Responden Ke-19. [73] Dapatan dari hasil siasatan PP AMLA juga telah mewujudkan satu persoalan terhadap pembukaan akaun HLB5795 dan CIMB3430 milik Responden Ke-19 yang mencurigakan, di mana akaun-akaun tersebut hanya berbaki RM0.00 semasa ia dibuka pada bulan Mei
2023
Kemudiannya terdapat beberapa transaksi wang dari syarikat Kam Fook Sneakers Enterprise dalam jumlah yang sangat besar ke dalam akaun-akaun ini. Hasil siasatan PP AMLA mendapati alamat pendaftaran syarikat Kam Fook Sneakers Enterprise ini terletak di suatu tempat tidak berpenghuni dan tidak beroperasi. Carian terhadap pemilik syarikat Kam Fook Sneakers Enterprise dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga gagal menujukkan ada membuat pengisytiharan cukai. [74] Berdasarkan dari keterangan yang telah dinyatakan di atas ini, adalah jelas bahawa wang yang telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun Responden Ke-19 adalah dari “mule account” yang telah dijadikan sebagai peralatan kesalahan untuk menjalankan aktivi haram yang menjadi kesalahan di bawah subseksyen 4(1) Akta 613. [75] Oleh yang demikian Mahkamah ini berpuas hati bahawa wang yang berada di dalam akaun HLB5795 milik Responden Ke-19 hendaklah dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia. Selain itu Responden Ke-19 juga telah gagal untuk menunjukkan bahawa mereka telah mengambil tindakan untuk mengawal atau mengambil tahu secara hal yang munasabah terhadap transaksi wang yang dberlaku di dalam akaun mereka.
para
[76] Di atas alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa permohonan Pemohon adalah bermerit dan oleh itu Mahkamah membenarkan permohonan Pemohon untuk pelucuthakan wang yang berada di dalam akaun Responden-Responden. [78] Pengecualian kepada Responden ke-22 sepertimana penghakiman persetujuan yang telah direkodkan oleh Mahkamah, persetujuan adalah seperti berikut:
a
40% akan dilucuthakan kepada Kerajaan Malaysia; dan
b
60% akan dipulangkan kepada Responden Ke-22. [79] Bantahan Responden Ke-19 dan permohoan Pihak Ketiga adalah tidak bermerit dan ditolak. Bertarikh: 7 November 2025 ~SIGNED~ (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru KAUNSEL : Pemohon: Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Hasil Jenayah, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Responden Kesembilan Belas: Guok Partnership B-3A-3A, Gateway Kiaramas Corporate Suites, Jalan Desa Kiara, Mount Kiara, 50480 Kuala Lumpur Pihak Ketiga: Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak, Peguambela dan Peguamcara No.23-G, Jalan Dagangan 15, Jalan Bertam, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Bata, Pulau Pinang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.