3.2.4 Apabila OKT hendak dilepaskan daripada tahanan reman dengan jaminan SPRM, Pegawai Suruhanjaya yang membuat permohonan untuk melepaskan OKT daripada tahanan reman hendaklah memohon kepada Majistret supaya OKT dilepaskan dengan jaminan SPRM. Bagi maksud ini, permohonan hendaklah dicatat dalam Diari Penyiasatan perlepasan OKT daripada tahanan reman dan Pegawai Suruhanjaya yang membuat permohonan hendaklah memastikan majistret berkenaan mencatat dalam Diari Penyiasatan perlepasan OKT samada permohonan OKT dilepaskan dengan jaminan SPRM dibenarkan ataupun tidak.” [26] Daripada perkataan-perkataan yang digunakan dalam PTKP ini, ia mengusulkan kepada Pegawai Penyiasat untuk mendapatkan perintah daripada Majistret yang mendengar reman agar OYDS dilepaskan dengan jaminan SPRM. Seterusnya ia turut mengusulkan Majistret dikehendaki mencatat perintah tersebut di dalam Diari Penyiasatan pegawai yang berkenaan sama ada permohonan tersebut dibenarkan atau ditolak. [27] Adakah usul ini dibolehkan semasa OYDS masih di peringkat reman? Bolehkah ia terpakai sedangkan prosedur reman dibuat di bawah KTJ? Adakah PTKP mempunyai kuatkuasa undang-undang yang lebih tinggi berbanding KTJ? [28] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Yang Dipertua, Dewan Rakyat & Ors v Gobind Singh Deo [2014] 6 MLJ 812 yang diputuskan oleh Suriyadi FCJ – [38] It must be understood that Standing Orders are written rules formulated and formally adopted by the House to regulate its own proceedings, eg how business is arranged or conducted, how the behavior of the Members of Parliament are supposed to behave, and rules to be applied in Committees and the like. Under s 2 of the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 ‘standing orders’ means the Standing Rules and Orders of the House for the time being in force. It is trite that new Standing Orders may be adopted, suspended, modified and even deleted by way of consensus or by a simple majority vote, on a motion moved by any Member of Parliament (see for analogy House of Commons Procedure and Practice Edition by Robert Marleau and Camille, Montpetit). They remain ‘standing’ or effective until the House states otherwise. Some procedures that have developed through precedents including through rulings made by the Speaker and resolutions of the House may not even be written in the Standing Orders and may only last until the end of a session. [39] By comparison, a piece of legislation, which at its early stage is called a Bill, will have to go through the hassle of three Readings, before being passed by Parliament. In the process enroute to being passed as law, and in order to overcome all the minefields, the Minister, his Deputy or the Parliamentary Secretary will need all the ‘skill, dexterity and astuteness which do not come overnight’ (Reflecting on Cabinet Governing by Rais Yatim p 469). In short, in comparison to an Act, which has to go through much trial and tribulation before being passed as law, a Standing Order’s route is so mild and temporary. Suffice on that reasoning a Standing Order can never be in the same league with a piece of legislation let alone override the Constitution. Robert Marleau and Camille, Montpetit in House of Commons Procedure and Practice in clear terms said: In the hierarchy of Parliamentary procedure, just as statutory provisions cannot set aside constitutional provisions, Standing Orders cannot set aside statutory law. Only Parliament can enact or amend statutory provisions; the House of Commons can adopt its own rules as long as they respect the written constitution and statutory law. [40] It is therefore inconceivable that Parliament, after passing a motion, is permitted to allude to Standing Orders when faced with the want of statutory authority, to suspend the remuneration of the respondent, a course of action that unwittingly renders a constitutional provision meaningless. In the circumstances of the case it is therefore manifestly patent that the motion to disentitle the respondent of his allowance and benefits was devoid of legal foundation. A constitutional protection granted to Members of Parliament by the imperative provision of art 64 of the Federal Constitution, which takes in the form of the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952, could not simply be displaced in the absence of clear law. [29] Pandangan yang sama turut diiktiraf seterusnya di dalam kes terkemudian di Mahkamah Rayuan PP v. Rosman Saprey [2018] 4 MLJ 139, di mana memutuskan bahawa satu Perintah Tetap tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang dan ia hanyalah bersifat ‘administrative order’ yang hanya berkuatkuasa di peringkat pentadbiran sahaja. Di perenggan 58 kes ini menyatakan seperti berikut: “[58] Jelasnya Ketua Polis Negara di bawah s 97 Akta Polis, hanya berkuasa mengeluarkan ‘administrative orders’ yang dipanggil sebagai Perintah Tetap (Standing Orders). Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dengan itu hanya merupakan perintah-perintah pentadbiran untuk tujuan ‘kawalan dan arahan dan maklumat am Pasukan dan semua badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis’ di bawah Akta Polis 1967. PTKPN F103 jika pun diperbuat di bawah kuasa yang diberikan oleh s 97 tersebut, hanya bersifat ‘administrative order’ yang tidak dihasratkan untuk mempunyai kuat kuasa undang-undang berbanding dengan peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah ADB 1952 atau Akta 283. PTKPN F103 dikeluarkan hanya untuk kegunaan PDRM dan diklasifikasikan sebagai dokumen sulit atau rahsia. Maka itu, adalah suatu salah arahan untuk mengatakan PTKPN F 103 mempunyai kuatkuasa undang-undang (force of law). Sesuatu instrumen undang-undang tidak boleh wujud dan berkuat kuasa secara sulit atau diklasifikasikan sebagai rahsia. Di bawah s 47(3) ADB 1952 dinyatakan bahawa semua peraturan yang dibuat di bawah ADB 1952 hendaklah disiarkan dalam warta dan hendaklah dibentangkan dengan seberapa segera yang praktik di Dewan Rakyat. Jelasnya, PTKPN F103 bukan merupakan peraturan-peraturan di bawah ADB 1952 atau Akta 283. PTKPN F103 juga tidak diwartakan. Tidak terdapat juga pengataan di bawah PTKPN F103 bahaw dokumen tersebut dikeluarkan di bawah kuasa s 97 Akta Polis 1967. Sekiranya diandaikan bahawa PTKPN F103 dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara di bawah s 97 Akta Polis 1967, ianya masih tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang kerana s 47 ADB 1952 (Akta 234) dan s 28 Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) hanya memberi kuasa sedemikian kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan operasi kedua-dua Akta tersebut.” [31] Sahih bahawa Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM ini hanya terpakai secara dalaman SPRM sahaja dan tidak mengikat pihak-pihak di bawah undang-undang. [32] Dengan membandingkan prinsip kes di atas dan semakan di hadapan Mahkamah ini, dapat disimpulkan bahawa KTJ mempunyai kuatkuasa undang-undang yang lebih tinggi berbanding PTKP. Kanun Tatacara Jenayah telah mempersembahkan satu peruntukan khas berkaitan prosedur reman. Selain itu juga KTJ merupakan satu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen setelah melalui proses-proses gubalan yang ketat dan rigid berbanding PTKP. Maka, tidaklah terlalu ekstrim bagi Mahkamah ini berpandangan bahawa PTKP tidak boleh melangkaui s. 117 KTJ dalam hal reman. [33] Oleh itu, secara ghalibnya, tiadalah keperluan untuk OYDS dibawa semula di hadapan Majistret bagi mendapatkan perintah pelepasan setelah selesainya tempoh reman OYDS. Bagi menguatkan pandangan ini, suka Mahkamah merujuk semula kepada kes Inspector Yusof Hj Othman & Ors v. Kwan Hung Cheong yang turut menyatakan pendirian yang sama. [34] Jadi, adakah SPRM atau mana-mana pihak penguatkuasaan tidak diperuntukkan sebarang remedi atau alternatif apabila melibatkan OYDS yang terpaksa dilepaskan sesudah reman? Hal ini biasa terjadi kepada pihak PDRM seusai reman namun siasatan masih berlangsung. PEMAKAIAN S. 118 DAN S. 388 KTJ [35] Usah khuatir, seperti peribahasa Melayu - Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa! Mahkamah mendapati terdapat beberapa kes-kes terdahulu yang menawarkan remedi/alternatif bagi menangani isu ketidakhadiran saksi-saksi/OYDS sesudah dilepaskan daripada reman. Malah, di dalam KTJ juga telah lama memperuntukkan remedi/alternatif tersebut, antaranya melalui s. 118(1) dan s. 388. Mahkamah ini mengupas terlebih dahulu peruntukan s. 118 KTJ, diperturunkan seperti yang berikut :