a
(a) jika kematian mangsa barangkali terjadi akibat daripada tindakan tertuduh, maka kesalahan seksyen 299 terbentuk; dan
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2026/071d5d84-693c-4947-8670-cf3dcc37c19a
Court of Appeal of Malaysia30 Mar 2026N-05(SH)-230-07/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(e) … semakan sekali lagi dgn latest amendment Penal Code.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21”
“69. Di dalam kes Taib bin Marquas v. Pendakwa Raya [2016] MLJU 1764, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Zamani A. Rahim HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[38] The second ground advanced by the defence was that the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO:. N-05(SH)-230-07/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA - PERAYU DAN AHMAD FAISAL BIN OMAR - RESPONDEN [Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Perbicaraan Jenayah No. NA-45B-17-12/2018 Antara Pendakwa Raya Lawan Ahmad Faisal bin Omar] 13/07/2026 08:48:08 N-05(SH)-230-07/2023 Kand. 37 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 KORAM: AZMAN BIN ABDULLAH, HMR MOHAMED ZAINI BIN MAZLAN, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah
section
1. Pendakwaan terhadap Responden bermula di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus atas pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 24.05.2018 jam di antara 8.30 malam hingga 10.30 malam bertempat di tepi jalan Taman PD Permata, Lukut, Port Dickson, di dalam Daerah Port Dickson di dalam Negeri Sembilan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nuralya Damia Binti Mohd Hairi (No. K/P: 991230-10- 5124), oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
section
2. Responden tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memohon untuk dibicarakan. Susulan itu seramai tiga puluh (30 orang) saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
section
3. Di akhir kes pendakwaan, 1 Disember 2022, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Responden. Oleh itu, Responden diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
section
4. Pihak Responden memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Hanya Responden seorang sahaja yang dipanggil oleh pihak pembelaan untuk memberikan keterangan.
section
5. Di akhir kes pembelaan, pada 23 Jun 2023, Responden telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan pindaan mengikut seksyen 304(a) Kanun Keseksaan lalu dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 15 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 24 Mei 2018.
section
6. Terkilan dengan keputusan tersebut pada 27 Jun 2023, Timbalan Pendakwa Raya (Perayu) telah memfailkan satu Notis Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Fakta Ringkas Kes Pendakwaan
section
7. Pada 24 Mei 2018 lebih kurang jam 10.40 malam, semasa Sjn Roslan bin Hassan (SP1) sedang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Lukut, Port Dickson, beliau telah menerima panggilan telefon daripada Syed Mohd Izwan bin Syed Mustafa (SP3) yang memaklumkan bahawa beliau ada berjumpa seorang budak Melayu **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 perempuan yang tidak sedarkan diri di kawasan semak di hadapan Taman PD Permata, Lukut, Port Dickson. Susulan itu, SP1 telah membuat laporan maklumat pertama dan memaklumkannya kepada Ketua Polis Balai Lukut, Sub-Insp Zazali bin Tawil (SP7) untuk tindakan siasatan lanjut.
section
8. Bertindak di atas maklumat yang diterima, SP7 bersama anggotanya telah bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan kenderaan pasukan. Jarak lokasi dari Balai Polis Lukut adalah kira-kira 2 hingga 3 kilometer. Setibanya di tempat berkenaan, SP7 mendapati terdapat satu mayat perempuan di tepi jalan. SP7 terus menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhamad Firdaus bin Abdul Razak (SP22) dan seterusnya menghubungi ambulans untuk pengesahan kematian serta pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
section
9. Kira-kira setengah jam kemudian, pihak ambulans tiba dan Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson, Mohd Ezwandy bin Abdullah, mengesahkan kematian si mati.
section
10. Pada 24 Mei 2018, lebih kurang jam 11.15 malam, SP24 bersama anggotanya Koperal Zairul, telah tiba di lokasi kejadian berhampiran tepi jalan Taman PD Permata. SP24 hadir susulan arahan daripada pegawai penyiasat kes, ASP Zakaria bin Zainal, selepas dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat perempuan di kawasan tersebut.
section
11. Sekitar jam 11.40 malam, SP24 dimaklumkan oleh SP7 bahawa Responden (SD1) telah berjaya ditangkap hasil maklumat yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 diperolehi daripada rakan si mati. SP24 kemudian bergegas ke lokasi tangkapan suspek di nombor 416 Taman Selasih, Lukut, Port Dickson, dan tiba di sana pada jam 1.00 pagi. Setibanya di lokasi, SP24 mendapati SP7 bersama anggota balai polis dan Responden telah pun berada di situ.
section
12. Seterusnya, SP24 menunggu ketibaan pasukan forensik yang diketuai oleh ASP Zuraida binti Abdul Hamid (SP23) untuk mengumpul bahan bukti. Lebih kurang pukul 2.00 pagi (25 Mei 2018), SP23 tiba di lokasi dan terus membuat pemeriksaan serta rampasan ke atas sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berwarna hijau gelap nombor pendaftaran WGN 6828 (eksibit P89) di garaj rumah sewa Responden.
section
13. Responden kemudian membawa SP23 dan SP24 ke bahagian belakang rumah. Di sana, mereka menjumpai sebelah selipar sebelah kanan bersaiz 39 (eksibit P78) di dalam longkang belakang rumah bernombor 418, Taman Selasih. Sebelah lagi selipar ditemui di atas bumbung rumah bernombor 418 (eksibit P78) Taman Selasih, di mana selipar-selipar ini disyaki milik si mati. Kain tuala warna hijau tertera tulisan Program Tanah Pokok Negeri Selangor 2018 yang berada di atas rumput tepi jalan PD Permata Lukut (eksibit P88).
section
14. Pada 25 Mei 2018 jam 12.00 tengah malam, Wan Mohd Zamri (SP15) dari Unit Forensik, Hospital Port Dickson telah menerima mayat si mati daripada SP7 untuk tujuan bedah siasat. SP15 menyimpan mayat tersebut di dalam alat pendingin beku (freezer) dan memaklumkan perkara itu kepada Dr. Shafiq. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
section
15. Pada 25 Mei 2018 jam 10.00 pagi, Dr. Sharifah Safoorah binti Syed Alwee Al'Aidrus (SP20) telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati. Hasil pemeriksaan luaran, SP20 mendapati terdapat beberapa kesan luka melecet (lelasan) yang mirip kesan kuku pada bahagian leher si mati. Turut kelihatan, lebam diskoid pada sisi kanan leher, yang lazimnya dihasilkan oleh hujung jari. Tiada kecederaan lain dapat dikesan dan tiada kesan luka mempertahankan diri (defense wounds).
section
16. Pada pemeriksaan dalaman, SP20 mendapati terdapat beberapa kontusi pada otot leher si mati. Tiada kesan penyakit dalaman kelihatan. Tekanan atau kudrat dengan tangan yang kuat dikenakan pada leher telah menghasilkan petechiae atau tompok-tompok darah pada mata dan mukosa bibir, serta kontusi pada otot leher menyebabkan saluran pernafasan itu juga tersekat dan si mati tidak boleh bernafas kerana darah tidak boleh naik atau turun ke otak.
section
17. Dengan kata lain, tekanan pada leher boleh mengakibatkan dua implikasi kritikal, iaitu menyekat aliran darah ke otak dan menghalang sistem pernafasan. Keadaan ini dengan sendirinya boleh menyebabkan kematian. Jangka waktu yang diperlukan untuk tekanan tersebut mengakhiri hayat adalah dalam anggaran minima 30 saat. Si mati tidak mempunyai apa-apa kesan luka mempertahan diri. Tekanan ini tidak dilakukan oleh si mati sendiri.
section
18.
preamble
Mengikut SP20 lagi, berdasarkan corak kecederaan, keadaan ini tidak konsisten dengan kecederaan yang dilakukan oleh mangsa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 sendiri. Seorang penyerang sahaja sudah memadai untuk melengkapkan kejadian. Objek yang digunakan untuk mengenakan tekanan pada leher ini adalah tangan. Jangka waktu kematian adalah dianggarkan di antara 8 hingga 36 jam dari masa bedah siasat dijalankan. Punca kematian disahkan akibat Tekanan pada Leher (Compression of the Neck) yang membawa maut. Keterangan SP20 ini adalah selari dengan laporan bedah siasatnya (eksibit P61).
section
19. Bapa Responden, Omar Bin Marzuki (SP11) selaku pemilik kereta Proton Wira hijau bernombor pendaftaran WGN 6828, menyatakan bahawa kenderaan tersebut diberikan kepada Responden untuk memudahkan perjalanan Responden pergi dan balik dari Kolej Vokasional Port Dickson.
section
20. Saksi Ain Zulaika binti Mohd Zamri (SP6) dan Nurul Fatihah binti Nazam (SP14) yang merupakan rakan rumah sewa si mati, telah diberitahu oleh si mati yang pada hari kejadian dia sedang bersiap untuk keluar berjumpa dengan bekas teman lelakinya bernama Faisal (Responden).
section
21. Responden dan si mati mula mengenali satu sama lain pada tahun 2017 ketika menuntut di Kolej Vokasional Port Dickson dan kemudiannya menjalinkan hubungan cinta. Hubungan mereka bagaimanapun putus pada bulan Februari 2018. Selepas perpisahan tersebut, si mati pernah meminta untuk menyambung semula hubungan mereka, namun Responden enggan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
section
22. Pada hari kejadian, 24 Mei 2018, Responden telah berjumpa dengan si mati dan menaiki kereta Proton Wira bernombor pendaftaran WGN 6828 yang dipandu oleh Responden sendiri. Semasa di dalam kenderaan, satu pertengkaran telah berlaku antara mereka yang menyebabkan Responden bertindak mencekik si mati. Apabila melihat keadaan si mati yang semakin lemah, Responden membuka pintu kereta lalu menolaknya keluar daripada kenderaan tersebut. Selepas itu, Responden beredar pulang ke rumah sewanya sebelum akhirnya ditangkap oleh pihak polis dan dituduh atas kesalahan membunuh si mati.
section
23. Di dalam kes ini, hasil swabbing yang dibuat ke atas kereta, rampasan tuala hijau, kuku Responden, dan si mati berserta rampasan berkaitan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisa Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa tuala yang berlabel E13 serta kusyen tempat duduk hadapan sebelah penumpang yang bertanda E23 mengandungi DNA si mati. Keterangan ini diperjelaskan melalui Laporan Kimia yang ditandakan sebagai eksibit P61 seperti berikut: "1. Satu profile DNA perempuan yang diperolehi daripada kesan darah pada baju "E5", tudung "E6", seluar panjang "E9" seluar dalam “E11", tuala "E13" dan putik kapas "E20" serta kesan DNA surih pada baju "E5", tudung "E6", inner tudung "E7", seluar panjang E17(b)" dan keratan kusyen "E23" yang berpadanan antara satu sama lain dan berpadanan dengan profil DNA yang didapati dari kesan specimen darah “E2" (berlabel "NURULYA DAMIA BINTI MOHD HAIRI"). Ini **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 menunjukkan bahawa profil DNA yang dikenalpasti berasal dari individu yang sama.”
section
24. Tuala yang digunakan oleh Responden untuk mengesat darah dari hidung si mati dijumpai kira-kira 150 meter dari lokasi mayat ditemukan. Penemuan ini dibuat berpandukan maklumat yang diberikan sendiri oleh Responden (leading to discovery).
section
25. Keratan kuku kiri si mati (bertanda E4) mengesahkan kehadiran profil DNA Responden pada kuku si mati. Fakta Ringkas Kes Pembelaan
section
26. Pada tahun 2018, Responden merupakan pelajar jurusan Diploma Penyejukan dan Penyamanan Udara di Kolej Vokasional Port Dickson. Semasa pengajian, Responden menyewa dan tinggal bersama rakan-rakannya di sebuah rumah beralamat No. 416, Taman Selasih, Lukut, Port Dickson. Sekitar tahun 2017 di kolej tersebut, Responden telah berkenalan dengan Nuralya Damia binti Mohd Hairi (si mati) yang juga merupakan pelajar di kolej yang sama. Kedua-dua mereka berusia 17 tahun ketika mula berkenalan.
section
27. Mereka pernah menjalinkan hubungan dan si mati merupakan teman wanita Responden sehingga tahun 2018. Sepanjang menjalinkan hubungan, mereka kerap keluar bersiar-siar menaiki kereta Responden. Hubungan mereka kemudiannya menjadi renggang, lalu Responden membuat keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut sekitar bulan Februari 2018. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
section
28. Walau bagaimanapun, si mati tidak bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan Responden telah mempunyai teman wanita baharu, iaitu Watiqah. Pada masa yang sama, Responden juga mendapati bahawa si mati sudah mempunyai teman lelaki baharu yang bernama Aidil. Tidak lama selepas itu, si mati mula mencari Responden di rumah sewanya. Si mati datang dan memanggil-manggil nama Responden sehingga rakan-rakan serumah meminta Responden berjumpa dengannya. Responden akhirnya menemui si mati dan memintanya pulang, serta menegaskan bahawa Responden tidak mahu berjumpa dengannya lagi.
section
29. Perkara ini telah berlanjutan beberapa kali sehingga rakan serumah Responden, iaitu SP9 dan SP10, terpaksa menyuruh si mati beredar dari situ. Responden sendiri juga pernah terpaksa bersembunyi di dalam rumah kerana tidak mahu berjumpa dengannya.
section
30. Pada 24 Mei 2018, Responden berada di rumahnya untuk menyiapkan tugasan kertas projek yang belum siap dan berehat selepas menduduki peperiksaan pada siang harinya, sementara rakan-rakannya keluar menunaikan solat tarawih.
section
31. Ketika sedang leka menyiapkan tugasan, si mati tiba-tiba datang ke rumah dan seperti biasa, memanggil-manggil nama Responden. Oleh kerana ketika itu bulan puasa dan ketiadaan rakan lain di rumah, Responden mengambil keputusan untuk mengajaknya berbincang di dalam kereta di luar rumah. Si mati bersetuju lalu **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 Responden memandu ke kawasan gelanggang futsal, iaitu lokasi yang sering mereka kunjungi sebelum ini untuk berbual.
section
32. Si mati mempersoalkan tindakan Responden yang sering mengelak daripada menemuinya. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Responden mengambil pendekatan berbincang secara baik dan menjelaskan mengenai pendiriannya. Responden menjelaskan bahawa hubungan mereka telah berakhir dan menasihatkan si mati supaya move on.
section
33. Walau bagaimanapun, si mati berang dan berkeras mahukan Responden kembali kepadanya walau apa pun yang bakal berlaku. Responden telah menegaskan berkali-kali bahawa dia sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan hubungan tersebut dan Responden meminta si mati memahami situasinya yang kini sudah mempunyai teman wanita baharu, lebih-lebih lagi apabila si mati sendiri juga sudah mempunyai teman baharu.
section
34. Malangnya, si mati enggan menerima hakikat tersebut. Dia mula memaki hamun Responden dan mengeluarkan ugutan untuk memfitnahnya. Si mati turut mengugut untuk menyebarkan cerita kepada umum bahawa mereka pernah terlanjur selain berjanji untuk mendedahkan mesej-mesej cinta mereka sebelum ini.
section
35. Responden memberi amaran kepada si mati agar tidak membangkitkan kemarahannya serta mencabar kesabarannya yang sudah sampai had. Responden menegaskan bahawa dia sudah cuba bertahan dengan perangai si mati, lebih-lebih lagi dia **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 sendiri sudah cukup tertekan dengan peperiksaan yang didudukinya pada sebelah siang tadi.
section
36. Namun, si mati menolak badan Responden dan menyatakan dia tidak peduli. Si mati berkeras mahu meneruskan tindakannya supaya dia berpuas hati. Malah, dia mencabar Responden dengan berkata, "Kau nak buat apa, kau buatlah. Kau nak cekik aku, kau cekiklah," sambil menunjuk-nunjuk ke arah lehernya sendiri.
section
37. Ketika itu, Responden hilang pertimbangan akibat berasa terlalu marah kerana diprovokasi oleh si mati, lalu Responden bertindak mencekiknya sehingga pengsan. Responden cuba memanggil si mati, namun dia tetap tidak sedarkan diri. Dalam keadaan panik, Responden memandu kenderaannya ke kawasan perumahan berhampiran gelanggang futsal, menolak si mati keluar dari kereta dengan perlahan-lahan dan meninggalkannya di situ sebelum beredar pulang ke rumah.
section
38. Sebaik sahaja sampai di rumah, Responden mendapati kasut si mati ada di dalam keretanya. Sekali lagi berasa panik, Responden terus bertindak mencampakkan kasut tersebut ke kawasan berhampiran rumah.
section
39. Selepas itu, Responden masuk ke rumah dan menunggu rakan-rakan serumah pulang. Responden tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa kerana berasa sangat takut serta tidak mengetahui keadaan sebenar si mati. Sebaik sahaja rakan-rakannya sampai, Responden dan Shafiq pergi mandi di Masjid Kg Paya kerana **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 rumah mereka tiada bekalan air. Selesai mandi dan menunaikan solat di masjid tersebut, mereka terus pulang ke rumah.
section
40. Ketika Responden berada di dalam bilik, rakannya Alif memberitahu bahawa polis sedang mencarinya. Sebaik keluar dari rumah, Responden terus ditangkap oleh beberapa anggota polis yang sudah menunggu di luar. Pihak polis kemudian menggeledah rumah tersebut dan menemui selipar milik si mati dan merampas kereta Proton Wira milik bapa Responden dan membawanya ke balai polis.
section
41. Pada keesokan harinya, Responden dibawa ke kawasan berhampiran Taman PD Permata. Responden digari oleh pihak polis sepanjang perjalanan sehingga tiba semula di balai polis. Di sana, pihak polis meminta Responden menunjukkan sehelai tuala hijau kecil yang terletak di atas rumput sebelum Responden dibawa semula ke Balai Polis Port Dickson.
section
42. Responden menegaskan bahawa pertemuannya dengan si mati pada malam itu hanya bertujuan untuk membincangkan masalah hubungan mereka, tanpa sebarang perancangan atau niat untuk membunuh si mati. Dapatan Mahkamah Tinggi Di Akhir Kes Pembelaan
section
43. Dalam alasan penghakiman bertulisnya yang bertarikh 5 Oktober 2025, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah, antara lain, memberikan sebab-sebab berikut bagi keputusannya: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 “22. Setelah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan yang dikemukakan di kes pendakwaan, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh berdasarkan kepada pertuduhan yang dikemukakan. Oleh yang demikian mahkamah telah memanggil tertuduh untuk membela diri.
section
23. Tertuduh memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi.
section
24. Beliau mengaku mencekik Nuralya Damia tetapi berkata bahawa beliau tidak berniat untuk membunuh. Pada masa yang material beliau telah berasa marah dan bertindak luar kawalan akibat provokasi. Tertuduh memberi keterangan bahawa Nuralya Damia tidak dapat menerima keputusan tertuduh untuk menamatkan hubungan mereka berdua. Hubungan mereka terputus pada bulan Februari 2018.
section
25. Tertuduh juga mengatakan bahawa hubungan mereka sudah lama renggang pada tarikh kejadian, dan beliau berasa rimas dengan kehadiran Nuralya Damia dalam kehidupan beliau.
section
26. Saya mempercayai tertuduh setelah mendengar dan menilai keterangan lisan beliau. Sebelum membuat dapatan fakta ini, saya menilai semula semua keterangan mengikut keadaan, untuk menentukan sama ada keterangan beliau konsisten dengan fakta sekeliling yang objektif di dalam kes ini. Pada pendapat saya, saya hanya boleh menerima keterangan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 lisan beliau sebagai menjurus kepada kebenaran jika keterangan beliau tidak bercanggah dengan keterangan mengikut keadaan. Dalam erti kata lain, adakah apa yang dikatakan oleh tertuduh membangkitkan keraguan yang munasabah melalui suatu hipotesis yang konsisten dengan keterangan mengikut keadaan? (Lihat perenggan 17 di atas dan kes R v Teper.)
section
27. Setelah membuat penilaian semula ini, saya berpendapat bahawa memang benar bahawa tertuduh tidak berancang untuk membunuh mangsa. Jika sekiranya beliau membentuk niat membunuh dari awal lagi, mustahil bahawa tertuduh akan memilih untuk melakukan perbuatan bunuh di sebuah taman perumahan, apatah lagi suatu taman yang berhampiran dengan rumah sewa beliau. Jika sekalipun beliau telah membunuh Nuralya Damia di dalam kereta, beliau boleh sahaja meninggalkan mayat mangsa di pelosok terpencil, seperti di kawasan belukar, estet getah atau sawit dan sebagainya. Jika beliau berbuat demikian, maka ianya konsisten dengan pembentukan niat bunuh dari awal lagi. Tetapi itu semua tidak dilakukan. Sebaliknya fakta-fakta objektif dalam kes ini adalah berpadanan dengan versi yang diutarakan oleh tertuduh.
section
28. Beliau menjelaskan bahawa selepas melihat Nuralya Damia tidak sedarkan diri, beliau merasa cemas dan panik dan tidak memberikan bantuan kepada Nuralya Damia. Beliau menolak jasad Nuralya Damia keluar kereta dan meninggalkan mayat mangsa di situ. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16
section
29. Mahkamah mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah seksyen 300(a) yang melibatkan isu mens rea.
section
30. Namun begitu, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah seksyen 299 Kanun Keseksaan, secara khususnya bagi ungkapan kedua di bawah seksyen 299. …
section
36. Perenggan di atas menjelaskan bahawa
a
(a) jika kematian mangsa barangkali terjadi akibat daripada tindakan tertuduh, maka kesalahan seksyen 299 terbentuk; dan
b
(b) jika kebarangkalian mangsa mati adalah akibat yang paling mungkin daripada tindakan tertuduh, maka seksyen 300 terpakai.
section
37. Di dalam kes ini, mahkamah tidak dapat membuat keputusan bahawa kematian adalah kebarangkalian yang paling mungkin akibat daripada tindakan tertuduh menekan atau mencengkam leher mangsa. Pada masa yang sama, apabila seseorang dicekik, kebarangkalian kematian terjadi adalah sesuatu yang mungkin terjadi. Jadi, perenggan 36(a) terpakai. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17
section
38. Mahkamah membuat dapatan bahawa ungkapan kedua dalam seksyen 299 terpakai di dalam kes ini. Oleh itu, tertuduh disabitkan di bawah seksyen 299 Kanun Keseksaan.” Prinsip Undang-Undang Berkaitan Dapatan Fakta Di Peringkat Rayuan
section
44. Secara prinsipnya, Mahkamah Rayuan jarang campur tangan dalam dapatan fakta yang diputuskan oleh Hakim Bicara. Campur tangan hanya akan dibuat jika terdapat alasan yang nyata, kukuh, dan mendesak, atau jika keputusan tersebut adalah salah di sisi undang-undang.
section
45. Ini berpaksikan kepada prinsip yang diputuskan dalam kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805, di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Alauddin Mohd Sheriff PMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: "[140] Normally, the appellate court does not interfere with the concurrent findings of fact of the courts below, in absence of very special circumstances. But where the courts below ignore, overlook or commit errors of law apparent on the face of the record which results in serious and substantial miscarriage of justice to the accused, it is the duty of the appellate court to step in and correct the legally erroneous decision of the courts below." Isu Utama Yang Harus Diputuskan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18
section
46. Terdapat dua (2) isu utama sahaja yang dibangkitkan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana di hadapan kami untuk diputuskan.
i
(i) Niat Membunuh (Mens Rea): Adakah Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan Responden tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati mengikut seksyen 300 Kanun Keseksaan, walhal kematian tersebut diakibatkan secara langsung oleh perbuatan Responden mencekik si mati yang secara lazimnya mencukupi untuk mengakibatkan kematian.
subparagraph
(ii) Provokasi: Adakah Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana terkhilaf kerana mengklasifikasikan perbuatan Responden terjumlah kepada provokasi besar dan mengejut (grave and sudden provocation) walhal wujudnya tempoh bertenang (cooling-off period)? Dapatan Kami
section
47. Sama ada sesuatu kesalahan itu diklasifikasikan sebagai homisid salah atau membunuh bergantung kepada tahap risiko perbuatan tersebut terhadap nyawa manusia. Jika kematian bermungkinan berlaku (likely result), akibat tindakan tersebut, ia adalah homisid salah. Sebaliknya, jika kematian berkemungkinan besar berlaku (most probable result), ia adalah kesalahan membunuh (Tham Kai Yau & Ors v. PP [1976] 1 LNS 159; [1977] 1 MLJ 174 FC). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19
section
48. Walau bagaimanapun, membezakan kedua-dua seksyen ini merupakan satu tugas yang rumit kerana batasannya terlalu halus dan kurang jelas, seperti yang diakui oleh Hakim Thompson dalam kes Chee Kim Seng & Anor v. PP [1962] 28 MLJ 32. Semua kes membunuh melibatkan perbuatan mematikan orang, tetapi bukan semua perbuatan mematikan orang itu adalah jenayah bunuh. Oleh itu, garisan pemisah antara "niat menyebabkan kecederaan yang membawa maut" dan "pengetahuan bahawa perbuatan tersebut mungkin membawa maut" sangat bergantung pada tafsiran fakta kes secara terperinci.
section
49. Secara ringkasnya, di bawah Kanun Keseksaan, perbezaan kategori kesalahan ini adalah seperti yang berikut: • Seksyen 300: Perbuatan dengan niat atau pengetahuan untuk menyebabkan kematian dikira sebagai kesalahan membunuh. • Seksyen 299: Jika elemen niat atau pengetahuan membunuh gagal dibuktikan, kesalahan dikurangkan kepada mematikan orang dengan salah.
section
50. Seterusnya, adalah wajar untuk kami meneliti dahulu dua peruntukan kesalahan membunuh, di bawah seksyen 300(a) dan seksyen 300(c) Kanun Keseksaan, berserta misalan-misalan yang berkaitan yang diberikan oleh kanun tersebut.
section
300. Membunuh orang. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 “Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah membunuh orang.
a
(a) jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan nat hendak menyebabkan kematian; Misalan-Misalan
a
(a) A tembak Z dengan nat hendak membunuhnya. Z mati akibatnya. A adalah melakukan kesalahan membunuh orang
b
(b) …
c
(c) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya bagi menyebabkan kematian.
d
(d) A dengan sengaja melukakan Z dengan pedang atau kayu yang, pada lazimnya, cukup bagi menyebabkan kematian seseorang. Z mati akibatnya. Di sini A adalah melakukan kesalahan membunuh orang, walaupun ia mungkin tidak bermaksud hendak menyebabkan kematian Z
e
(e) … semakan sekali lagi dgn latest amendment Penal Code.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21
section
51. Penjelasan ini penting bagi memudahkan penentuan sama ada perbuatan Responden terjumlah kepada kesalahan bunuh di bawah seksyen 300(a) atau seksyen 300(c) Kanun Keseksaan berdasarkan fakta dan keterangan kes. Perbezaan di antara kedua-dua peruntukan ini dapat dikenal pasti dengan meneliti elemen-elemen spesifik di dalamnya.
section
52. Di bawah seksyen 300(a) Kanun Keseksaan, elemen terpenting yang perlu dibuktikan adalah adalah kewujudan niat jahat (mens rea) untuk membunuh si mati sewaktu perbuatan itu dilakukan. Niat ini berkait rapat dengan inferens. Bagi membuktikannya, hal keadaan sekeliling semasa kejadian akan dipertimbangkan, termasuk situasi sejurus sebelum, semasa, dan selepas insiden berlaku.
section
53. Di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan, elemen utama yang perlu dibuktikan pula ialah kewujudan niat untuk menyebabkan bencana tubuh, dan kecederaan yang dilakukan itu secara lazimnya mencukupi untuk mengakibatkan kematian.
section
54. Berbalik kembali kepada rayuan di hadapan kami ini, sewajarnya ditekankan bahawa berdasarkan Ucapan Pembukaan pihak pendakwaan (Kandungan 9 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 2-3), mereka bergantung kepada perenggan (c) di dalam seksyen 300 Kanun Keseksaan bagi membuktikan pertuduhan terhadap Responden.
section
55. Di bawah perenggan tersebut, adalah menjadi kewajipan pihak pendakwaan untuk membuktikan tiga elemen utama berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22
i
(i) Terdapat kecederaan pada tubuh si mati;
subparagraph
(ii) Responden berniat untuk menyebabkan kecederaan fizikal tersebut; dan
subparagraph
(iii) Kecederaan yang diniatkan itu secara lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian.
section
56. Perlu ditegaskan bahawa di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Responden mempunyai niat untuk membunuh si mati.
section
57. Sebaliknya, keterangan hanya perlu menunjukkan bahawa Responden berniat mendatangkan kecederaan yang dari segi perubatan dan logik lazimnya membawa maut.
section
58. Jika perbuatan tersebut dilakukan dengan sengaja, mahkamah tidak akan mempertimbangkan sama ada Responden menyangka si mati sudah meninggal dunia atau sekadar pengsan sahaja.
section
59. Di samping itu, pihak pendakwaan tidak terikat untuk membuktikan bahawa Responden mempunyai perancangan awal bagi melakukan serangan tersebut di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Sebaliknya, serangan yang bersifat spontan sudah memadai untuk memenuhi elemen kesalahan ini, memandangkan niat boleh terbentuk secara serta-merta di tempat kejadian (niat sedemikian boleh timbul serta-merta, sepertimana yang diputuskan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 dalam kes Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 CLJ 540; [1987] 2 MLJ 336, di mana Mahkamah Agung melalui penghakiman yang disampaikan oleh Syed Agil Barakbah HMA (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the Accused. (see the Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K Soonavala page 188 to 193).”
section
60. Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah menghujahkan, antara lain seperti yang berikut:
a
(a) Wujudnya niat membunuh: Perbuatan Responden adalah mencukupi dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian. Ini jelas membuktikan Responden berniat untuk membunuh si mati pada malam kejadian.
b
(b) Tiada provokasi besar dan mengejut: Pembelaan provokasi besar dan mengejut (grave and sudden provocation) tidak terpakai dalam kes ini. Hal ini demikian **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 kerana keterangan membuktikan terdapat jurang masa antara tindakan provokasi si mati dengan tarikh kejadian, sekali gus menunjukkan bahawa suatu tempoh bertenang (cooling-off period) telah wujud.
section
61. Di sebaliknya pula, Peguam Responden yang bijaksana menghujahkan, antara lainnya adalah seperti yang berikut:
i
(i) Ketiadaan niat (mens rea): Responden sama sekali tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati.
subparagraph
(ii) Tiada perancangan awal: Kejadian ini tidak dirancang oleh Responden. Si mati sendiri yang datang dan mencari Responden di rumah sewanya dan pertemuan mereka berlaku di lokasi biasa yang berhampiran dengan rumah masing-masing.
subparagraph
(iii) Tiada motif dan tidak disengajakan: Responden tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh, dan insiden tersebut berlaku di luar jangkaan serta tidak disengajakan.
subparagraph
(iv) Tiada penggunaan senjata: Tiada sebarang senjata yang digunakan oleh Responden semasa kejadian berlaku.
v
(v) Faktor usia dan tekanan emosi: Responden masih muda (18 tahun) dan berstatus pelajar, yang menyebabkan Responden gagal membuat pertimbangan wajar. Pada waktu itu, Responden juga baharu sahaja selesai **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 menduduki peperiksaan dan masih mengalami tekanan akibat peperiksaan tersebut.
subparagraph
(vi) Wujud provokasi berterusan: Tindakan Responden mencekik si mati adalah akibat hilang kawalan diri berikutan provokasi yang berterusan. Pada malam kejadian, si mati telah menolak badan Responden, mencabar dengan menunjukkan lehernya, serta mengugut untuk mendedahkan hubungan sulit dan mesej cinta mereka kepada umum.
section
62. Responden dalam keterangannya telah mengakui perbuatan-perbuatannya berikut:
i
(i) Mencekik si mati namun mendakwa perbuatan tersebut dilakukan hanya untuk seketika dan bukan bertujuan untuk membunuh;
subparagraph
(ii) Menolak si mati keluar dari kereta;
subparagraph
(iii) Meninggalkan si mati di tepi jalan sebelum pulang ke rumahnya;
subparagraph
(iv) Mencampakkan kasut si mati ke kawasan berhampiran rumahnya;
v
(v) Pergi mandi dan solat di Masjid Kg Paya; dan
subparagraph
(vi) Tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26
section
63. Semasa kejadian, Responden mendakwa beliau hilang pertimbangan akibat berasa terlalu marah kerana diprovokasi oleh si mati, lalu bertindak mencekiknya sehingga pengsan. Responden kemudian cuba memanggil-manggil si mati, namun mangsa tetap tidak sedarkan diri.
section
64. Responden menegaskan bahawa pertemuannya dengan si mati pada malam itu hanya bertujuan untuk membincangkan masalah hubungan mereka, tanpa sebarang perancangan atau niat untuk membunuh si mati.
section
65. Keterangan Responden mengenai ketiadaan niat untuk membunuh telah dipertimbangkan serta diterima oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana apabila beliau memutuskan bahawa niat membunuh tidak dapat dibuktikan di mahkamah. Di dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah menyatakan bahawa: “27. Setelah membuat penilaian semula ini, saya berpendapat bahawa memang benar bahawa tertuduh tidak berancang untuk membunuh mangsa. Jika sekiranya beliau membentuk niat membunuh dari awal lagi, mustahil bahawa tertuduh akan memilih untuk melakukan perbuatan bunuh di sebuah taman perumahan, apatah lagi suatu taman yang berhampiran dengan rumah sewa beliau. Jika sekalipun beliau telah membunuh Nuralya Damia di dalam kereta, beliau boleh sahaja meninggalkan mayat mangsa di pelosok terpencil, seperti di kawasan belukar, estet getah atau sawit dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 sebagainya. Jika beliau berbuat demikian, maka ianya konsisten dengan pembentukan niat bunuh dari awal lagi. Tetapi itu semua tidak dilakukan. Sebaliknya fakta-fakta objektif dalam kes ini adalah berpadanan dengan versi yang diutarakan oleh tertuduh. …
section
29. Mahkamah mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah seksyen 300(a) yang melibatkan isu mens rea. …
section
40. Perenggan (a) terpakai di dalam kes ini, kerana mahkamah telah mendapati bahawa pesalah tidak membentukkan niat untuk membunuh, namun pesalah telah dengan niat mencekik mangsa, dan tindakan mencekik itu mungkin menyebabkan kematian.” (Penekanan ditambah)
section
66. Kami menghormati dapatan Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana bahawa intipati niat membunuh di bawah seksyen 300(a) Kanun Keseksaan tidak dipenuhi. Lantas beliau menurunkan pertuduhan kepada seksyen 299 Kanun yang sama sedangkan keterangan yang dizahirkan jelas terselah wujud satu kesalahan di bawah seksyen 300(c). Walau bagaimanapun, beliau didapati terkhilaf apabila menurunkan pertuduhan kepada seksyen 299 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 sedangkan keterangan yang dizahirkan jelas membuktikan wujudnya kesalahan di bawah seksyen 300(c) kanun tersebut.
section
67. Adalah ditegaskan bahawa seksyen 300(c) tidak memerlukan pihak pendakwaan membuktikan niat membunuh. Beban pembuktian hanya terhad kepada niat Responden untuk mendatangkan kecederaan yang secara lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian si mati.
section
68. Di dalam kes Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdul Rahman Sebli HMP (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[50] It follows that where the case falls under cl. (c) of s. 300 of the Penal Code, there is no requirement for the prosecution to prove intention to cause death under cl. (a), or knowledge of the likelihood of death under cl. (b) or knowledge of the imminent danger of the act under cl. (d). What the prosecution needs to prove in order to bring the case under cl. (c) of s. 300 is to show that the injury proved to be present was caused intentionally and not accidentally and that the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death. … [53] The ‘intention’ or the mens rea element of murder under cl. (c) of s. 300 of the Penal Code must not be **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 coalesced with the ‘intention’ or the mens rea element of murder under cl. (a). Under cl. (a), death is the intended consequence and death results as intended, whereas under cl. (c), death is not the intended consequence but death results, not because death is intended but because the bodily injury intended to be inflicted is of a kind that is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. … [55] It would thus appear that the appellant has misconstrued cl. (c) of s. 300 of the Penal Code. To recapitulate, his defence was that although his act of hitting the deceased’s head with the baseball bat was intentional, he had no intention to kill her. He said he did not even know that his act was likely to cause death. In other words, what the appellant was saying was that his act of hitting the deceased's head with the baseball bat did not amount to murder as there was no intention to kill nor any knowledge that it was likely to cause death, even though his violent act resulted in the death of the deceased. [56] On our part, we have no doubt that the appellant’s act was murder under cl. (c) of s. 300 of the Penal Code, not because it was done with the intention of causing death, or with the intention of causing bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death, or with the knowledge that it was likely to cause death, or because it was so imminently **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 dangerous that it must in all probability cause death, but because the injuries were intentionally inflicted and the injuries were sufficient in the ordinary course of nature to cause death.” (Penekanan ditambah)
section
69. Di dalam kes Taib bin Marquas v. Pendakwa Raya [2016] MLJU 1764, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Zamani A. Rahim HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “[38] The second ground advanced by the defence was that the appellant was merely intended to cause hurt to the deceased, not to kill him. This is an issue of mens rea. The defence, by this contention, was obviously hoping for a reduced charge of culpable homicide against the appellant under section 304 of the Penal Code. Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide, if it is the most probable result, it is murder: see Yeap Boon Hai v PP [2010] 2 CLJ 388. … [41] What amounts to intention was discussed in the case of Chan Kwee Fong v PP [2010] 1 MLJ 441, where this court held as follows: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 … It (section 300 (c) of the Penal Code) states that the accused intended to cause bodily injury and that the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. We would grateful apply the test was laid down by V. Bose J in Virsa Singh v State of Punjab AIR 1958 SC 465 at p 467 where His Lordship said: In considering whether the intention was to inflict the injury found to have been inflicted, the enquiry necessarily proceeds on broad lines as, for example, whether there was an intention to strike at a vital or a dangerous spot, and whether with sufficient force to cause the kind of injury found to have been inflicted. It is, of course, not necessary to enquire into every last detail as, for instance, whether the prisoner intended to have the bowels fall out, or whether he intended to penetrate the liver or the kidneys or the heart. Otherwise, a man who has no knowledge of anatomy could never be convicted, for, if he does not know that there is a heart or a kidney or bowels, he cannot be said to have intended to injure them. Of course, that is not the kind of enquiry. It is broad-based and simple and based on common sense: the kind of enquiry that ‘twelve good men and true’ could readily appreciate and understand. [42] Reverting back to the instant appeal, there is no dispute that the deceased died as a result of severe head injury and it was inflicted by the appellant with a wooden coconut grinder, exhibit P18A. PW2 confirmed that the injuries on the deceased are sufficient in the ordinary cause of nature to cause death. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 … [46] Therefore, based on the totality of the evidence, it only leads to one irresistible and inevitable conclusion that the appellant had intended to cause bodily injury to the deceased which led his death. [47] Learned counsel also contended that the trial judge failed to consider that motive of killing the deceased was lacking. Thus, the conviction of the appellant was said to be unsafe. … [49] In the circumstances of this case, the question of motive is not a sine qua non to prove the prosecution’s case. If it can be established, it is very much helpful but, in its absence, does not ipso facto result in the acquittal of the appellant. Thus, the argument put forward by learned counsel on the absence of motive had no merit and accordingly, we dismissed it.” (Penekanan ditambah)
section
70. Berhubung insiden tersebut, Responden mendakwa dia memegang leher mangsa untuk seketika tanpa niat membunuh, selain mengaku hilang pertimbangan akibat berang dengan provokasi si mati sehingga menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri. Pada hemat kami, alasan pembelaan tersebut hanyalah satu rekaan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 untuk melepaskan diri daripada pertuduhan, kerana keterangan pihak Timbalan Pendakwa Raya jelas membuktikan sebaliknya.
section
71. Bukti perbualan WhatsApp bertarikh 11 Mei dan 13 Mei 2024 (Eksibit P100, Kandungan 13 Jilid 3(2), ms 26–29) sah menggugurkan pembelaan provokasi besar dan mengejut kerana ia menunjukkan ugutan telah pun berlaku beberapa hari sebelum insiden. Elemen "mengejut" tidak dapat dibuktikan di mahkamah. Berikut adalah susunan kronologi teks dan kandungan perbualan antara si mati dan Responden yang dicatatkan di dalam eksibit tersebut:
i
(i) WhatsApp daripada si mati kepada Responden Related Application WhatsApp Direction Outgoing Text Kalau nak tengok family malu Time 5/11/2018 3:35:43 PM UTC (Network) Status Sent Index 121881 Thread ID 19 From **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34 WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Damiy WhatsApp ID 601123676703@s.whatsapp.net Name (Matched) Faisal _________________________________________________
subparagraph
(ii) WhatsApp daripada Responden kepada si mati Related Application WhatsApp Direction Incoming Text Xyah main family Time 5/11/2018 3:36:42 PM UTC (Network) Status Read Index 121886 Thread ID 19 From **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 WhatsApp ID 601123676703@s.whatsapp.net Name (Matched) Faisal WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Damiy _________________________________________________
subparagraph
(iii) WhatsApp daripada Responden kepada si mati Related Application WhatsApp Direction Incoming Text Tapi jgn babitkan family Time 5/11/2018 3:58:14 PM UTC (Network) Status Read Index 122075 Thread ID 19 From **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 WhatsApp ID 601123676703@s.whatsapp.net Name (Matched) Faisal WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Damiy _________________________________________________
subparagraph
(iv) WhatsApp daripada si mati kepada Responden Related Application WhatsApp Direction Outgoing Text Kalau bukan kene kat kau kene kat family kau Time 5/11/2018 4:02:58 PM UTC (Network) Status Send Index 122136 Thread ID 19 From WhatsApp ID **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37 WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Damiy WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Faisal _________________________________________________
v
(v) WhatsApp daripada Responden kepada si mati. Related Application WhatsApp Direction Incoming Text Aku dh kata jgn main family enn Time 5/11/2018 4:03:12 PM UTC (Network) Status Read Index 122140 Thread ID 19 From **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 WhatsApp ID 601123676703@s.whatsapp.net Name (Matched) Faisal WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Damiy _________________________________________________
subparagraph
(vi) WhatsApp daripada Responden kepada si mati Related Application WhatsApp Direction Incoming Text Main family mmg kau cari pasal Time 5/11/2018 4:04:11 PM UTC (Network) Status Read Index 122147 Thread ID 19 From **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39 WhatsApp ID 601123676703@s.whatsapp.net Name (Matched) Faisal WhatsApp ID 60172485296@s.whatsapp.net Name (Matched) Damiy (Penekanan ditambah) _________________________________________________________
section
72. Berdasarkan perbualan WhatsApp tersebut, pembelaan provokasi mengejut dan serius adalah tidak munasabah serta tidak terpakai bagi Responden. Provokasi yang didakwa itu sebenarnya telah berlaku melalui kata-kata si mati beberapa hari sebelum kejadian, seperti yang berikut: • “Kalau nak tengok family malu” • “Kalau bukan kena kat kau, kena kat family kau”
section
73. Tidak harus dilupakan bahawa Responden sendiri turut membalas dengan kata-kata ugutan seperti yang berikut: • “Tak payah main family” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 • “Tapi jangan babitkan family” • “Aku dah kata jangan main family enn” • “Main family memang kau cari pasal”
section
74. Justeru, pengulangan ugutan secara lisan oleh si mati pada malam kejadian sebagaimana yang dinyatakan oleh Responden, tidak mencukupi untuk menyebabkan seseorang yang waras hilang kawalan diri. Hal ini kerana wujudnya tempoh bertenang (cooling-off period) yang panjang, di mana si mati didakwa telah mengugut untuk menyebarkan cerita bahawa mereka pernah terlanjur serta berjanji mendedahkan mesej-mesej cinta mereka sebelum ini.
section
75. Walaupun kami mendapati pembelaan provokasi mengejut dan serius tidak terbuka kepada Responden, realiti ini tidak melepaskan pihak Perayu daripada beban untuk membuktikan niat Responden dalam mendatangkan kecederaan, yang secara lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian si mati.
section
76. Meneliti keseluruhan keterangan, kami menyimpulkan bahawa Responden mempunyai niat yang mencukupi untuk mendatangkan kecederaan maut kepada si mati. Ini berpaksikan kepada keterangan-keterangan berikut:
a
(a) Responden bertindak mendiamkan diri dan merahsiakan kejadian daripada pengetahuan sesiapa selepas mencekik si mati. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41
b
(b) Selepas mencekik dan menolak si mati keluar dari kereta, Responden tidak mempedulikan keadaan si mati dan terus pulang ke rumah. Dia sempat mandi dan solat di masjid seolah-olah tiada perkara buruk yang berlaku pada malam 25 April 2018 itu.
c
(c) Jika benar si mati masih bernyawa selepas dicekik pada malam kejadian, Responden sepatutnya berusaha mendapatkan bantuan perubatan dan bukannya membiarkan si mati di tepi jalan.
d
(d) Penemuan profil DNA Responden di bawah kuku si mati secara jelas membuktikan berlakunya pergelutan. Tindakan tersebut menyebabkan si mati telah mencakar Responden, sekali gus meninggalkan kesan DNA di dalam kuku si mati. Pada hemat kami, sekiranya tiada pergelutan fizikal, sudah pasti DNA Responden tidak akan ditemukan pada si mati.
e
(e) Maklumat yang diberikan oleh Responden berkaitan kereta (eksibit P89) yang mengandungi DNA si mati dan penemuan sandal si mati telah disahkan oleh SP24 sebagai keterangan penemuan (fact discovered) mengikut seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Mahkamah telah menerima maklumat ini melalui laporan polis (Ekshibit P89) dengan syarat tidak mengambil kira pengakuan di dalamnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42
f
(f) Mengikut SP20, tekanan yang kuat pada leher si mati telah menyebabkan pembentukan petechiae (tompok-tompok darah) pada mata dan mukosa bibir, serta kontusi pada otot leher. Keadaan ini menyekat saluran pernafasan dan menghalang aliran darah ke atau dari otak, menyebabkan mangsa tidak boleh bernafas. Anggaran masa minimum yang diperlukan untuk tekanan ini mengakhiri hayat adalah 30 saat. Punca kematian disahkan akibat “Tekanan pada Leher” (Compression of the Neck) yang membawa maut.
g
(g) Tindakan Responden mencekik leher si mati pada bahagian tubuh yang kritikal, membuktikan niatnya untuk mendatangkan kecederaan yang lazimnya menyebabkan kematian.
h
(h) Responden dalam keterangannya sendiri mengaku telah membuang selipar si mati bagi menyembunyikan bukti bahawa si mati bersamanya dan merahsiakan kejadian tersebut daripada pengetahuan orang lain. Responden dengan sengaja melupuskan bahan bukti tersebut daripada kereta yang dinaiki bagi menyembunyikan fakta bahawa dia keluar bersama si mati ketika rakan-rakan lain tiada di rumah. Perilaku Responden ini jelas merupakan suatu tindakan terancang selepas kejadian, yang dilakukan semata-mata untuk menutup perbuatan membunuh si mati dengan cara mencekik. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43
i
(i) Responden mempunyai motif yang jelas untuk mencederakan si mati sehingga membawa kepada kematiannya. Dalam keterangannya, Responden mengakui sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan hubungan kerana telah mempunyai teman wanita baharu. Keadaan menjadi tegang apabila si mati mengugut untuk mendedahkan mesej-mesej cinta mereka serta menyebarkan cerita kepada umum bahawa mereka pernah terlanjur. Responden juga mendakwa dia sudah lama bertahan dengan perangai si mati dan telah memberi amaran agar tidak membangkitkan kemarahannya serta mencabar kesabarannya yang sudah sampai had. Responden juga pernah menghantar ugutan melalui WhatsApp kepada si mati yang berbunyi, "Main family memang kau cari pasal". Pengakuan yang dibuat sendiri oleh Responden ini jelas mencukupi untuk membentuk motif bagi melenyapkan si mati dari hidupnya.
section
77. Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan alasan penghakiman yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana, kami mendapati terdapat keterangan yang melimpah ruah mengenai niat Responden untuk menyebabkan bencana tubuh pada si mati. Ini terbukti melalui tindakannya mencekik si mati sehingga membawa kepada kematian. Perbuatan Responden mencekik si mati juga diakui sendiri oleh beliau di dalam keterangan pembelaannya. Punca kematian melalui cara ini turut disahkan oleh pakar patologi forensik (SP20). Perbuatan Responden ini jelas tergolong di bawah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44 perenggan (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan, di mana perbuatan tersebut secara lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian.
section
78. Sebelum melabuhkan tirai penghakiman ini, kami ingin menarik perhatian kepada kes Mickelson Gerald Wayne lwn. Pendakwa Raya, [2021] 10 CLJ 700, di mana Mahkamah Persekutuan telah menggantikan sabitan kesalahan membunuh perayu di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan sabitan bagi kesalahan membunuh tanpa niat di bawah seksyen 304(b). Keputusan ini mengubah hukumannya daripada hukuman mati kepada hukuman pemenjaraan.
section
79. Secara ringkasnya, kes tersebut berlaku pada 26 November 2016, di mana seorang wanita warga Amerika berusia 61 tahun ditemukan mati di dalam bilik sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bekas suaminya dan perayu, Mickelson Gerald Wayne, telah melaporkan kematian tersebut kepada pihak polis selepas memukul wanita itu dengan lampu meja dan mencekiknya.
section
80. Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana mendapati perayu bersalah atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman mati. Keputusan ini kemudiannya telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
section
81. Semasa rayuan akhir, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan tersebut dan memutuskan bahawa perbuatan membunuh itu berpunca daripada pertengkaran secara tiba-tiba dan berlaku dalam keadaan "hilang kawalan emosi” (heat of passion), yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45 menyebabkan kes tersebut jatuh di bawah Pengecualian 4 kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan. Oleh kerana mens rea (niat) yang diperlukan bagi kesalahan membunuh tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah, sabitan tersebut telah dipinda kepada kesalahan mematikan orang tanpa niat di bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.
section
82. Antara faktor utama yang mendorong kepada keputusan tersebut adalah seperti yang berikut dan kami petik: “Exception 4 To Section 300 Penal Code [74] Although the foregoing analysis and conclusion is sufficient, in our view, of settling the core issues in this appeal, for the sake of completeness, we also considered the alternative argument raised by the appellant. The appellant argued that in the event that the appellant failed in raising the defence of private defence or self-defence, the appellant's case still falls within exception 4 to s. 300 PC which applies to lower the culpability of an offender who has killed another in a sudden fight situation. [75] For convenience, exception 4 is reproduced again as follows: "Exception 4 - Culpable homicide is not murder if it is committed without premeditation in a sudden fight in the heat of passion upon a sudden quarrel, and without the offender having taken undue advantage or acted in a cruel or unusual manner. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 [76] It is trite law that culpable homicide is not murder if the case falls within any of the five exceptions to s. 300 PC. Exception 4 covers acts done in a sudden fight. It acknowledges that in the heat of passion, a man's judgment may be clouded by a momentary loss of control of his essential mental faculties governing emotion. Exception 4 becomes relevant only when exception 1 does not apply. To invoke exception 4, the following conditions must be satisfied:
i
(i) it was a sudden fight which originated from a sudden quarrel;
subparagraph
(ii) there was no premeditation;
subparagraph
(iii) the act occurred in the heat of passion; and
subparagraph
(iv) the accused had not taken unfair advantage or acted in a cruel or unusual manner. [77] It was submitted that the learned trial judge failed to consider the possibility that the appellant's case fell within exception 4 and this non-direction amounted to a misdirection. The only mention made by the trial judge in the judgment as to the exceptions was as follows: [46] As far as the prosecution case is concern, what had happened on the deceased, what the accused did on her and the conduct of **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 47 the accused immediately after the strangulation, all of which did not fall under any of the exception of s. 300 of the Penal Code. … [79] In this respect, it is important to reflect that because there are myriad of factors attendant upon the commission of the crime, and in the case where the trial court takes the preliminary view that there is sufficient evidence of murder, it is good practice for the trial judge to satisfy himself if the facts and evidence adduced fell within any of the exceptions to s. 300 PC. Although even capital offences are tried as part and parcel of the adversarial process, and even if there are no submissions by the accused on this issue, it remains the duty of the court to ensure its decision is correct on the facts and the evidence and is sustainable in law. [80] To this end, and if deemed necessary and appropriate, the court can insist on further submissions on any troubling issue. This would be in accordance with the right to a fair trial which is the cornerstone of our criminal jurisprudence and the foremost duty of any trial judge. It would be salutary to remember, and we remind ourselves as well, that the twin principles of the presumption of innocence and the right to a fair trial inform our criminal justice system. [81] In our judgment, there was unfortunately a breach of these principles. If all the evidence adduced at the trial had been duly considered, it would have become plain that the case fell within exception 4. There was more than sufficient evidence of a sudden **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48 fight which emanated from a sudden quarrel between the appellant and the deceased. There was certainly no evidence of any premeditation or pre-existing malice by the appellant against the deceased. The only evidence was that the appellant returned to the scene of the incident out of concern for the deceased. [82] The death of the deceased was caused by the appellant in the heat of passion as he testified and there was no time for passions to cool down. Although it was determined that the appellant had applied excessive force leading to her death, it could not be said that he had acted in a cruel or unusual manner. As was observed earlier, the fight was started by the deceased and during the sudden fight, no weapons were used. In all the circumstances of the case, the appellant was entitled to the benefit of exception 4. For this reason as well, the finding and conviction of murder cannot be sustained. [83] In the circumstances, and for the reasons we have given, we were of the view that there were merits in the appeal. Having scrutinised the whole of the evidence, and for the reasons provided, a conviction for murder under s. 302 PC was not justified and palpably unsafe. Accordingly, we set aside the conviction and sentence for murder and substituted it with a conviction for culpable homicide not amounting to murder under s. 304(b) PC. After considering the mitigation plea and submissions in reply, we imposed a sentence of seven years' imprisonment with effect from date of arrest.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 49 (Penekanan ditambah)
section
83. Dengan hormatnya, fakta di dalam kes Mickelson Gerald Wayne (supra) wajar dibezakan daripada kes rayuan ini. Di dalam kes di hadapan kami ini, tidak terdapat keterangan yang menunjukkan wujudnya pergaduhan yang mengejut (sudden fight) di antara Responden dengan si mati. Menurut keterangan SP20, tiada kesan luka akibat mempertahankan diri (defense wounds).
section
84. Keterangan mengenai pembelaan provokasi yang besar dan mengejut sebelum perbuatan mencekik serta kematian ini berlaku juga didapati tidak wujud. Apa yang jelas adalah Responden telah mengambil kesempatan yang tidak wajar dan bertindak dengan cara yang kejam atau luar biasa terhadap si mati. Bersandarkan kepada kelakuan Responden sebelum, semasa, dan selepas kejadian, jangka masa kematian, serta punca kematian yang dihuraikan di atas, perbuatan Responden secara jelas tergolong di bawah perenggan (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan, di mana perbuatan tersebut secara lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian.
section
85. Kesimpulannya, kami sebulat suara memutuskan seperti yang berikut:
i
(i) Rayuan Perayu dibenarkan;
subparagraph
(ii) Sabitan bagi pertuduhan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan hukuman pemenjaraan selama 15 tahun **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 50 (berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 24 Mei 2018) oleh Mahkamah Tinggi diketepikan;
subparagraph
(iii) Pertuduhan asal terhadap Responden mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dihidupkan kembali; dan
subparagraph
(iv) Responden disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 30 tahun (berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 24 Mei 2018) serta 10 kali sebatan. Tarikh: 8 Julai 2026 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 51 Kaunsel Bagi Perayu : Mohamed Aznin bin Dato' Mohamed Ariff [Timbalan Pendakwa Raya] Bagi Responden : Diar Isda Yazmin binti Ismail [Najib Hisham Isa] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.