Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PUTRAJAYA DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN NO KES: 82D-20-12/2016 AMIR BIN NORAZMI PERAYU (No.K/P: 860321-33-5793) LAWAN PENDAKWA RAYA PENENTANG ALASAN PENGHAKIMAN Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini dituduh di bawah pertuduhan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1962 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Kes telah dibicarakan sehingga peringkat akhir kes Pembelaan dan Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan pada Pertuduhan Pindaan yang dikenakan terhadapnya. PERTUDUHAN PINDAAN “Bahawa kamu pada 16/12/2016 jam lebih kurang l1.50 pagi bertempat di hadapan Kedai 7 Eleven Jalan P8C /2, Presint 8 Putrajaya dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya telah didapati ada di dalam milikan kamu (1) paket plastik mengandungi ketulan mampat Cannabis berat bersih 22.56 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.” 2 PEMBELAAN OKT menafikan Pertuduhan Pindaan terhadapnya di Mahkamah. KEPUTUSAN Mahkamah mendapati pihak Pembelaan telah gagal membuktikan kes pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu OKT didapati bersalah dan disabitkan atas Pertuduhan Pindaan yang dikenakan terhadapnya.