(iv) adalah memadai jika dibuktikan kepada Mahkamah bahawa komunikasi itu mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kemarahan atau sakit hati kepada orang. [31] Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan SP1, SP4 dan SP6 telah berjaya tanpa S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw apa-apa keraguan munasabah untuk mewujudkan dan membuat suatu inferens bahawa komunikasi yang dibuat oleh Perayu itu menyakitkan hati dan mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kemarahan atau sakit hati kepada orang lain.” [33] OKT telah memuatnaik kenyataan-kenyataan yang jelas secara “live” di laman “Facebook” miliknya dan semestinya OKT berniat untuk menyakiti hati orang lain, OKT sedar bahawa “Facebook” merupakan satu platform media yang akan dilayari oleh ramai orang dari masa ke semasa yang mana laman “Facebook” OKT dilayari oleh 2100 pengunjung. [34] Bagi Pertuduhan Kedua di bawah seksyen 504 KK, pihak pendakwaan perlu membuktikan 3 elemen seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah sebelum ini. [35] Elemen pertama ialah OKT telah memulakan penghantaran komen tersebut dengan sengaja mengaibkan. HMS telah merujuk kepada keterangan SP1 serta video yang ditayangkan di Mahkamah semasa perbicaran, dan membuat dapatan bahawa OKT telah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk tohmahan dan penghinaan terhadap Sultan dan orang Melayu. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah seperti berikut: “Don’t blame Sultan or don’t blame the Malays. Malay Muslim because there is a rule of law where they cannot learn more. They cannot have higher IQ. They must follows UMNO or PAS … S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw Maybe a Sultan would want a 1 million,2 millions,3 millions, 4 millions, 5 millions. Do you think in Malaysia a Sultan wants to help Indian Chinese Malays wholeheartedly”. [36] Mahkamah ini berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan ini telah mengaibkan Sultan khususnya dan orang Melayu amnya. OKT dalam pembelaannya mengatakan bahawa Sultan yang dimaksudkan bukan terdiri dari Sultan di Negeri-Negeri di Malaysia. [37] Mahkamah berpendapat bahawa apabila dibaca dan diteliti keseluruhan kenyaataan yang dimuatnaik oleh OKT yang mana jelas memaparkan bahawa Sultan yang dimaksudkan adalah Sultan-Sultan di Negeri-Negeri di Malaysia dan bukannya di Negara lain. [38] Elemen Kedua adalah OKT telah memulakan penghantaran komen tersebut bagi mendatangkan kebangkitan marah kepada mana-mana orang. Mahkamah ini merujuk kepada keterangan SP1 yang di dalam keterangannya secara jelas menegaskan bahawa beliau merasa marah dan tersinggung apabila mendengar kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh OKT di dalam videonya itu. [39] Seterusnya, sekira diamati kenyataan-kenyataan itu yang dibaca oleh mana-mana orang terutamanya orang Melau di Negara ini, ianya sudah tentu akan membangkitkan kemarahan kepada orang-orang Melayu memandangkan perkataan-perkataan yang telah digunakan oleh OKT seperti: S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw “Malay Muslim..they cannot learn more. They canot have higher IQ. They must follows UMNO or PAS … Do you think in Malaysia a Sultan wants to help Indian Chinese Malays wholeheartedly?” [40] Dapat dirumuskan bahawa orang-orang Melayu di Malaysia malas belajar dan tidak mempunyai daya fikiran yang tinggi dan sentiasa menurut telunjuk kehendak parti Melayu iaitu UMNO dan PAS. Memandangkan kedudukan Sultan-Sultan yang merupakan ketua agama Islam di setiap Negeri dan sangat dihormati oleh orang Malayu maka dengan mengatakan Sultan tidak mahu membantu kaum India dan Cina di Negara ini adalah satu tohmahan yang tidak dapat diterima oleh Sultan khususnya dan orang Melayu amnya. Kenyataan-kenyataan ini sememangnya tidak berasas dan membangkitkan kemarahan orang Melayu. [41] Elemen ketiga adalah OKT telah memulakan penghantaran komen tersebut dengan maksud memecahkan keamanan awam. HMS berpendapat bahawa elemen ini adalah saling berkaitan dengan elemen mendatangkan kebangkitan marah di atas. Apabila kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh OKT dapat membangkitkan kemarahan orang lain, maka secara tidak langsung boleh menggugat keamanan serta memecah belahkan perpaduan kaum. Tambahan pula di negara yang terdapatnya pelbagai kaum seperti Malaysia. [42] Merujuk kepada kes Liau Choy Wan v PP (2017) 10 CLJ 649 yang mana Yang Arif telah menyatakan seperti berikut: S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw “It continues to state that it requires an intention to insult and thereby to give provocation to the person insulted and an intention that such provocation is likely to cause the person so insulted to break the public peace or commit any other offence ..such abusive comments could lead to severe repercussions that are likely to cause a breach of peace… This is all the more so in the context of the multi-racial society in which we exist. The possibility of racial unrest occurring cannot be underestimated or ignored”. [43] Sekiranya dihayati kenyataan-kenyataan OKT yang dimuatnaik itu, penghinaan yang amat ketara yang telah dilontarkan oleh OKT kepada orang Melayu dan Sultan dan dikatakan masyarakat Cina dan India tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari Pemerintah di Negeri-Negeri. Jelas di sini bahawa OKT mempunyai niat untuk mewujudkan ketegangan kaum di Negara ini yang mana kenyataan-kenyataan yang berbentuk provokasi boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kaum dan boleh memecahkan keamanan awam sekiranya dibiarkan. [44] Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman HMS dan berpendapat bahawa HMS telah memberi pertimbangan ke atas pembelaan-pembelaan OKT melalui pemeriksaan balas yang dilakukan ke atas saksi-saksi pendakwaan. HMS telah memenuhi kehendak-kehendak yang dituntut di dalam kes Looi Kow Chai & Anor lwn PP(2003) 1 CLJ 734, Balachandran lwn PP (2005) 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dalam membuat S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw keputusan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan-pertuduhan dan oleh itu OKT dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut. HMS memutuskan bahawa pembelaan OKT bersifat penafian semata-mata [45] Mahkamah ini bersetuju dangan HMS yang membuat keputusan bahawa pembelaan OKT merupakan pembelaan berbentuk penafian semata-mata. Keterangan atau penjelasan yang diberikan oleh OKT dalam pembelaannya hendaklah dipertimbangkan bersama-sama keseluruhan keterangan dalam kes ini seperti yang dijelaskan dalam kes Saminathan v. PP [1955] 1 LNS 138; Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82 [46] Di peringkat pembelaan, HMS telah memberi pertimbangan bahawa OKT menyatakan yang beliau tiada pengetahuan berkaitan muatnaik video tersebut. Namun apabila beliau menyatakan bahawa video tersebut adalah dibuat secara “mode private” dan tiada akses diberikan kepada mana-mana orang lain, menunjukkan secara tidak langsung OKT sebenarnya mempunyai pengetahuan berkaitan muatnaik video tersebut. Pembelaan OKT yang menyatakan bahawa video tersebut adalah dimuatnaik secara tertutup tidak dapat menyangkal keterangan saksi pihak pendakwaan yang jelas dapat menunjukkan bahawa video tersebut telah dimuatnaik, dilihat, dikomen dan ‘like’ oleh orang awam. Jika pembelaan OKT adalah benar sudah pasti video OKT ini tidak akan dapat dilihat oleh SP1 dan orang awam yang lain. Selanjutnya keterangan OKT dan saksi pendakwaan adalah selari dalam menyatakan bahawa OKT S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw adalah pengendali akaun “Facebook” Arunakiri Nathan II yang telah memuatnaikkan video tersebut. [47] Walaupun pembelaan OKT menyatakan bahawa video tersebut telah disunting dan disebarkan, namun OKT tidak dapat menunjukkan kepada Mahkamah bahagian manakah yang dikatakan telah disunting pada video tersebut serta tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi menyokong pembelaan beliau ini. [48] Apabila OKT memberi penjelasan bahawa dia tidak berniat sedemikian apabila memuatnaikkan video tersebut, HMS merasakan keganjilan pada penjelasan tersebut. Ini adalah kerana sekiranya OKT tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa jadi apakah tujuan dia mengeluarkan kenyataan-kenyatan sedemikian serta menyebut nama Sultan dan orang Melayu Islam secara live dalam video tersebut dan seterusnya memuatnaikkan video tersebut dalam tetapan Umum (Public) di akaun facebooknya? Jelas pembelaan OKT yang menyatakan video tersebut dimuatnaik bukan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mencetuskan kemarahan mana-mana orang dan seterusnya menggugat keamanan awam di negara ini, adalah tidak dapat diterima. [49] Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan OKT amat minima dan tidak sama sekali menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, malah keterangan pihak pembelaan tidak lebih dari penafian semata-mata, yang tidak boleh diterima oleh Mahkamah ini sebagai keraguan yang munasabah. Inilah prinsip yang diputuskan dalam kes PP v. NurHassan bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551. Adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa penafian bukanlah suatu pembelaan yang boleh S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Prinsip ini diputuskan dalam kes Mr Losali V. PP [2012] 2 CLJ 178; [2011] 1 LNS 501 dan kes Rahani Ahmad lwn. PP [2013] 1 LNS 1536. Pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta 588 dan seksyen 504 KK yang merupakan pertuduhan yang bertindih [50] Peguambela terpelajar OKT berhujah bahawa kedua-dua pertuduhan terhadap OKT adalah bertindih dan membawa maksud yang sama lantas menjadikannya bahaya berganda (double jeopardy) dan telah memprejudiskan OKT. [51] Mahkamah merujuk kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam kedua-dua pertuduhan sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Mahkamah berpendapat terdapat kelainan atau perbezaan berkaitan elemen-elemen di dalam pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta 588 dan 504 KK yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [52] Selain daripada itu, Mahkamah merujuk kepada Artikel 145 (3) Perlembagaan Pesekutuan yang telah memperuntukkan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah. Manakala kedudukan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya disebutkan secara khusus dalam seksyen 376 (1) Kanun Tatacara Jenayah yang bertanggungjawab ke atas semua prosiding jenayah di Malaysia. S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw [53] Dalam kes Long bin Samat v. Pendakwa Raya (1974) 2 MLJ152, Mahkamah memutuskan bahawa Pendakwa Raya mempunyai budubicara untuk menetapkan apa jua pertuduhan yang difikirkan sesuai terhadap seseorang tertuduh dan Mahkamah tidak ada kuasa untuk mengganggu budi bicara tersebut. Begitu juga dalam kes Karpal Singh & Yang Lain v. Pendakwa Raya (1991) 2 MLJ 544 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan itu adalah muktamad dan tidak boleh disoal atau digantikan oleh kuasa budibicara Mahkamah. [54] Bersandarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa tidak dapat dibuktikan bahawa wujudnya bahaya berganda dalam mengenakan pertuduhan-pertuduhan tersebut ke atas OKT. [55] Setelah meneliti Rekod Rayuan (semua keterangan dan dokumen), Alasan Penghakiman dan setelah memberi pertimbangan ke atas hujahan bertulis dan hujahan lisan, Mahkamah ini berpendapat bahawa rayuan OKT ke atas sabitan adalah tidak bermerit dan dengan ini ditolak. RAYUAN JENAYAH NO. AA-42CY-3-06/2022 [56] Ini merupakan rayuan pihak pendakwaan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh HMS ke atas OKT. Perayu iaitu pihak pendakwaan tidak berpuashati dengan hukuman-hukuman yang diberikan oleh HMS iaitu denda RM10,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara bagi pertuduhan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta 588 dan 5 hari penjara dan denda S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw RM5,000 jika gagal bayar 3 bulan penjara bagi pertuduhan di bawah seksyen 504 KK. [57] Pihak pendakwaan menegaskan bahawa hukuman yang diberikan oleh HMS ke atas OKT adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Pihak pendakwaan memohon agar Mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk menaikkan hukuman sedia ada sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 316(b)(ii) Kanun Tatacara Jenayah. [58] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa video yang dimuatnaik oleh OKT melalui aplikasi “Facebook” adalah sesuatu yang sensitif dan secara langsung OKT telah dengan sedar membuat satu komen yang jelik atau komen yang tidak baik terhadap Sultan, bangsa Melayu dan ianya bukanlah perbincangan ilmiah seperti yang didakwa oleh OKT. Video tersebut telah ditonton oleh SP1 dan ianya menimbulkan kemarahan serta sakit hati setelah SP1 menonton video tersebut. Keterangan SP1 semasa pemeriksaan utama adalah ‘Saya buat laporan polis kerana pernyataan itu bersifat penghinaan kepada orag Melayu dan Sultan. Saya sangat rasa sakit hati dan marah kerana saya seorang Melayu, tinggal di Malaysia dan Sultan adalah orang Melayu. Pernyataan lelaki itu di dalam video adalah tidak baik kerana ianya perkataan negative dan cetuskan emosi perasaan marah. Sultan yang dinyatakan oleh lelaki itu dalam video tersebut, saya percaya dalam konteks Malaysia.’ [59] Berdasarkan keterangan SP1 ini adalah jelas bahawa video yang dimuatnaik oleh OKT telah mengganggu emosi SP1 atau sesiapa sahaja yang melihatnya kerana ianya mengandungi perkara-perkara yang negatif yang boleh memecahkan keharmonian masyarakat. Oleh itu, S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw hukuman yang setimpal dengan perbuatan OKT di dalam kes ini perlulah diambil serius oleh Mahkamah dalam menentukan hukuman yang sewajarnya. [60] Manakala pihak OKT berhujah bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT, OKT telah insaf dan OKT tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa terutama sekali orang Melayu dan Sultan. [61] Dalam memberi pertimbangan ke atas rayuan ini, prinsip undang-undang yang mantap berkaitan dengan rayuan ke atas hukuman adalah Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan hukuman yang telah dijatuhkan itu berlawanan dengan prinsip-prinsip hukuman atau berlawanan dengan undang-undang. Dalam kes Bhandulananda Jayatilake & PP [1981] 1 LNS 139, Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah persekutuan telah berkata seperti berikut : “Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] ac 525 at 549). It is for the reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentence; whilst others equally conscientious have thought in their duty to view the same crimes the leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judges. It is for the reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference.” [62] Nada yang sama telah diucapkan oleh YA Azahar Mohamed JCA (pada ketika itu) dalam kes PP v. Ramakrishnan Subramaniam & ORS [2012] 9 CLJ 443 seperti berikut : “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada , setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa Mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v P P[1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 CLJ 457” [63] Mahkamah ini juga tertarik kepada kes-kes yang dirujuk dalam kes PP v Nguyen Thi Huong [2015] 2 CLJ 102 yang mana menjelaskan prinsip-prinsip sebagaimana berikut: Principle regarding appellate interference of sentence The principles regarding appellate interference of sentences imposed have been set out in the case of Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 AMR 3101; [2002] 3 MLJ 193 as follows: “It is of utmost importance to stress here that the appellate court will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence passed by the S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw lower court is manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed or that the court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence, see PP v Loo Choon Fatt [1976]2MLJ 256” In the case of PP v Loo Choon Fatt referred to above it was held as follows: “The principles to be applied in imposing sentence however are the same in every case. The high court sitting in the exercise of its revisionary powers will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence of the lower court is either manifestly inadequate or grossly excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed on the record or to all the facts which the ought to take judicial notice of, that is to say, that the lower court clearly has erred in applying the correct principles in the assessment of the sentence. It is a firmly established practice that the court will not alter sentence merely because it might have passed a different sentence. [64] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa setakat ini tiada penetapan kadar hukuman yang wajar dikenakan oleh Mahkamah dalam satu kesalahan jenayah. Tiada garis panduan S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw berkenaan hukuman dikeluarkan dalam bentuk panduan hukuman (“sentencing guidelines”). [65] Apa yang ada adalah kadar hukuman minimum atau maksimum dinyatakan di dalam undang-undang bertulis berkenaan. Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang dinyatakan dalam lingkungan hukuman dalam undang-undang tersebut. [66] Oleh yang demikian, Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman dalam lingkungan tersebut dengan mengambil kira prinsip-prinsip penghukuman seperti umur tertuduh, latar belakang tertuduh, faktor peringanan dan pemberatan hukuman. Di samping itu prinsip-prinsip berkenaan dengan tujuan hukuman sebagai pencegahan, balasan dan kepentingan awam. [67] Mahkamah ini berpendapat adalah wajar untuk Mahkamah ini meneliti bahagian-bahagian penting yang terdapat dalam alasan penghakiman HMS dan menilai sama ada prinsip undang-undang berkaitan dengan hukuman telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh HMS. [68] Puan HMS telah mengambilkira faktor bahawa OKT tiada sabitan lampau seperti yang dinyatakan di perenggan 2 Alasan Penghakiman di muka surat 54 dan 77, Jilid 1 Rekod Rayuan. Dari pemerhatian Mahkamah ini ke atas alasan HMS menjatuh hukum ke atas OKT, hanya mitigasi ini sahaja yang dipertimbangkan oleh HMS. Selebihnya, HMS mempertimbangkan hujahan pihak pendakwaan yang antara lain memohon hukuman yang berat dan berbentuk deteren dijatuhkan ke atas OKT atas alasan kesalahan yang dilakukan oleh OKT di dalam kes ini S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw adalah serius dan kerap terjadi pada masa kini. Oleh itu, HMS mengatakan bahawa beliau perlu memberikan satu hukuman yang boleh menunjukkan kepada OKT khasnya dan juga masyarakat amnya bahawa Mahkamah memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh OKT ini. [69] Mahkamah ini berpendapat bahawa ketika kejadian, OKT berumur 38 tahun dan ini bermakna beliau adalah seorang dewasa serta matang. OKT sepatutnya tahu bahawa memulakan satu komunikasi dengan membuat video melalui aplikasi “Facebook” yang jelik sifatnya dan dengan niat untuk menyakiti orang hati lain adalah satu kesalahan yang serius. Tambahan pula, hantaran yang dibuat oleh OKT adalah berbaur penghinaan kepada Sultan dan kaum Melayu. Jika dinilai gaya bahasa yang digunakan di dalam video melalui aplikasi “Facebook” yang dibuat oleh OKT, beliau adalah seorang yang waras dan berpendidikan. [70] OKT sepatutnya lebih berhati-hati semasa membuat apa-apa hantaran melalui aplikasi di media sosial lebih-lebih lagi di dalam kes ini, pengataan-pengataan OKT dibuat secara “live” dan secara sedar tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Video yang dimuatnaik oleh OKT melalui aplikasi “Facebook” adalah sesuatu yang sensitif dan secara langsung OKT telah dengan sedar membuat satu komen yang jelik atau komen yang tidak baik terhadap Sultan, bangsa Melayu dan ianya bukanlah perbincangan ilmiah seperti yang didakwa oleh OKT. [71] Berdasarkan keterangan SP1 adalah jelas bahawa video yang dimuatnaik oleh OKT telah mengganggu emosi SP1 atau sesiapa sahaja S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw yang melihatnya kerana ianya mengandungi perkara-perkara yang negatif yang boleh memecahkan keharmonian masyarakat. [72] Mahkamah ini ambil maklum bahawa kes ini merupakan kes perbicaraan penuh yang mana keterangan saksi-saksi polis, saksi awam dan saksi pakar telah memberi keterangan dan ianya melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, hukuman-hukuman yang dikenakan terhadap OKT mestilah mencerminkan keseriusan Mahkamah dalam menghukum pesalah-pesalah yang memuatnaik kandungan video berbentuk penghinaan ke atas institusi Kesultanan Melayu atau bangsa. Pengataan-pengataan OKT ini akan memberi persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap institusi Kesultanan Melayu dan secara tidak langsung membangkitkan kemarahan atau sakit hati orang-orang Melayu Islam. [73] Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS gagal mengambilkira keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh OKT di dalam kes ini yang mana video yang telah dimuatnaik oleh OKT membabitkan sensitiviti agama dan kaum serta menggugat keharmonian masyarakat di Malaysia. Tambahan pula, hantaran video tersebut boleh ditonton oleh semua kaum di Malaysia atau di mana sahaja. [74] Merujuk kepada Seksyen 233(3) Akta 588, hukuman bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. HMS telah menjatuhkan hukuman ke atas OKT dengan denda RM10,000.00, jika gagal bayar 6 bulan penjara S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw [75] Manakala bagi seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut. HMS telah menjatuhkan hukuman ke atas OKT, penjara 5 hari dan denda RM5,000.00 jika gagal bayar 3 bulan penjara. [76] Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT adalah sangat tidak berpatutan dan ternyata tidak memadai (masnifestly inadequate) dengan mengambilkira pengataan-pengataan OKT ini akan memberi persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap institusi Kesultanan Melayu dan secara tidak langsung membangkitkan kemarahan atau sakit hati orang-orang Melayu Islam. Hukuman-hukuman yang diberikan ini tidak dapat dijadikan pengajaran kepada OKT dengan kesalahan yang dilakukannya yang mana pada fikiran Mahkamah ini ianya boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu dan pengataan-pengataan tersebut adalah sensitif dan menyentuh sentimen perkauman di negara ini. [77] HMS telah gagal mempertimbangkan faktor kepentingan awam dalam menentukan hukuman yang berpatutan dan memadai terhadap OKT. HMS tidak menyatakan dalam mana-mana perenggan di dalam alasan penghakiman beliau bahawa kepentingan awam telah diambilkira dalam menentukan hukuman yang dikenakan terhadap OKT di dalam kes ini. [78] Mahkamah ini merujuk kepada bentuk hukuman di Mahkamah lain yang melibatkan kesalahan yang berbentuk penghinaan agama di platform media sosial bagi melihat “trend of sentencing”: - S/N 5qEl4p5LF0Gwht9LcOx5rw