(iii) Pertuduhan Ketiga: Penjara 5 tahun dari tarikh jatuh hukum dan 1 sebatan dan kesemua hukuman ini berjalan serentak. Tertuduh juga telah memfailkan satu rayuan silang ke atas hukuman yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dalam kes yang sama di bawah kes NO. BL-42JSKH-7-02/2022 dan kedua-dua rayuan ini telah didengar bersekali. [2] Pada 21.7.2022, Mahkamah ini telah mendengar rayuan tersebut, dan setelah menimbangkan hujahan pihak-pihak, Mahkamah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan menolak Rayuan Tertuduh di bawah kes NO. BL-42JSKH-7-02/2022 dan membuat keputusan untuk mengakas hukuman penjara dari 5 tahun kepada 7 tahun untuk ketiga-tiga pertuduhan tetapi mengekalkan perintah 1 sebatan untuk setiap pertuduhan yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. A. LATAR BELAKANG [3] Tertuduh di dalam kes ini menghadapi 3 pertuduhan dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan iaitu telah merogol seorang kanak-kanak XXX (No.KP: YYY-YY-YYY) yang berumur 15 tahun 1 bulan ketika kejadian. Hukuman dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan adalah penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat. [4] Tertuduh telah mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah selepas mengambilkira pengakuan salahnya dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan. B. KEPUTUSAN [5] Dalam menentukan samada hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah ringan atau berat atas kesalahan yang dilakukan oleh seseorang tertuduh, ianya harus dilihat pada jenis kesalahan dan juga kepentingan awam. [6] Didalam kes Pendakwaraya lwn Mohamed Danny Mohd Jedi [2018] 1LNS 50, Mohamed Zawawi Salleh HMR (pada ketika itu) membuat penyataan berikut: - “It is trite law that a sentence must be proportionate to both the seriousness of the offence and the degree of responsibility of the offender. The concept of proportionality was explained in the Canadian Supreme Court Case of R v Ipeelee [2012] SCC12. [2012] 1 SLR 433 in paragraph 37 as follows: “Proportionality in the sine qua non of a just sanction. First, the principle ensures that a sentence reflects the gravity of the offence. This is closely tied to the objective of denunciation. It promotes justice for victims and ensure public confidence in the justice system…Second, the principle of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriate, given the moral blameworthiness of the offender. In this sense, the principles serves a limiting or restraining functioning and ensures justice for the offender.” [7] Mahkamah Persekutuan didalam kes Fan Yew Teng v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 235, dimana dinyatakan : “In deciding appropriate sentence the first and foremost consideration is the public interest. The law does not fixed the sentence for a particular offence but fixes a maximum sentence and leaves it to the trial court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence in the particular circumstances of each case. Therefore, before passing sentence the trial court hears evidence of antecedence and character of every convicted person” [8] Dalam aspek menjatuhkan hukuman, kepentingan awam adalah salah satu faktor penentu dalam menentukan apakah hukuman yang sesuai kepada tertuduh. [9] Adakah hukuman ini memadai atau terlalu ringan atau terlalu berat untuk kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh. Untuk ini Mahkamah merujuk kepada Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: - “In the first place, this Court does not alter a sentence which is the subject of an appeal merely because the members of the Court might have passed a different sentence. The trial Judge has seen the prisoner and heard his history and any witnesses to character he may have chosen to call. It is only when a sentence appears to err in principle that this Court will alter it. Is a sentence is excessive or inadequate to such an extent as to satisfy this Court that when it was passed there was a failure to apply the right principles, then this Court will intervene”. [10] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bukan sahaja mengambil kira kepentingan awam, kepentingan Tertuduh tetapi juga keseriusan sesuatu kesalahan itu. Ini penting untuk memberi keseimbangan di dalam hukuman agar keadilan diberi pada semua yang terlibat. [11] Tertuduh ketika kejadian berumur 18 tahun dan bekerja sebagai operator pengeluaran. Hakim Mahkamah Sesyen didalam alasan penghakimannya telah mengambilkira faktor ini dan juga pengakuan salah Tertuduh dalam menjatuhkan hukuman. Namun 2 faktor ini sahaja tidak memadai untuk meringankan hukuman Tertuduh. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah seiring dengan jenis kesalahan yang dilakukan Tertuduh. [12] Didalam kes Yusmarin Samsudin v PP [1999] 4 CLJ 391 Siti Norma Yaakob (ketika YA HMR) menyatakan: - (diperturunkan dalam bahasa asal) “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following considerations: