13
SP7 merupakan saksi yang kredibel dan keterangannya tidak perlu disokong dengan keterangan yang lain. Oleh itu kegagalan pihak pendakwaan memanggil Lang Mah sebagai saksi tidak menjejaskan kes pendakwaan, ini kerana keterangan SP7 sudah mencukupi. [14] Seksyen 114(g) tidak terpakai kerana tiada keterangan yang disembunyikan oleh pihak pendakwaan, tambahan pula semua elemen dalam pertuduhan telah dipenuhi. Perayu berhujah dengan merujuk kepada kes Siew Yoke Keong v PP [2013] 4 CLJ 149, yang menyatakan “on other words, in the end it is the sufficiency of the evidence that matter.” Hujahan Responden/OKT [15] Pihak Responden telah membangkitkan beberapa isu iaitu: i) Bilakah tarikh kejadian SP7 tidak ingat bila kejadian tersebut berlaku, beliau hanya ingat kejadian tersebut berlaku pada tahun 2020. ii) Berapa kali berlakunya kejadian tersebut SP 7 tidak pasti berapa kali berlakunya kejadian tersebut, adakah sekali atau 4 atau 5 kali. Peguambela telah merujuk kes PP v. Lee Pak (1937) 1 MLJ 265, yang menyatakan “the failure of prosecution to specify with clarity in the charge as to which of the alleged 4 (or 5) incidents was Accused charge for …resulted in serious gap”. Page 6 of 16 iii) Terdapat percanggahan dalam keterangan SP7. Pihak Responden merujuk kepada Transkrip Bahasa asal seksyen 6(2)(a) AKSKK2007, iaitu (P9) di mana semasa temubual tersebut, SP7 menyatakan OKT telah memasukkan jarinya sebanyak 4 kali ke dalam kemaluan SP7. Namun semasa memberi keterangan di Mahkamah, SP7 menyatakan hanya sekali OKT memasukkan jari kedalam kemaluannya. Percanggahan keterangan itu menunjukkan bahawa SP7 tidak pasti berapa kali kejadian tersebut telah berlaku, dan SP7 tidak pasti bila dan berapa kali beliau telah pergi ke rumah OKT. Di dalam laporan polis (P13), SP5 menyatakan kejadian tersebut berlaku sebanyak 5 kali. Oleh kerana wujudnya percanggahan keterangan SP7 semasa ditemubual dan semasa di Mahkamah serta laporan polis P13 tersebut, maka Responden hujahkan bahawa SP7 bukanlah seorang saksi yang kredibel. iv) Kegagalan memanggil saksi yang relevan iaitu Lang Mah untuk memberikan keterangan untuk menyokong keterangan SP7. Berdasarkan keterangan SP7, semasa kejadian berlaku, Lang Mah berada di rumah dan beliau telah memaklumkan kepada Lang Mah perbuatan OKT keatasnya. Page 7 of 16 Pegawai Penyiasat (SP8) mengesahkan ada merakam keterangan Lang Mah. Tetapi kenapa Lang Mah tidak dipanggil sebagai saksi. Kegagalan untuk memanggil Lang Mah memberi keterangan telah membangkitkan anggapan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. [16] Setelah meneliti Alasan Penghakiman oleh HMS, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS telah mempertimbangkan dan menilai keterangan saksi-saksi secara penilaian yang maksima dan HMS telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang betul. [17] HMS tidak khilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan, justeru OKT dilepaskan dan dibebaskan. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah. Elemen Pertama: Mangsa ialah seorang kanak-kanak [18] Seksyen 2(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memberi takrifan “Kanak-kanak” seperti berikut: - “2(1) Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun dan sekiranya Akta ini berhubung dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, bagi kanak-kanak yang berumur sebagaimana dinyatakan dalam undang-undang bertulis itu”. [19] Berdasarkan dokumen pengenalan diri SP7, jelas menunjukkan bahawa SP7 telah dilahirkan pada 24.10.2013. Oleh itu semasa kejadian dikatakan berlaku (Mei 2020), SP7 berumur 7 tahun. Maka Hakim bicara telah dengan betul memutuskan bahawa pada masa Page 8 of 16 kejadian, SP7 ialah seorang kanak-kanak menurut seksyen 2(1) Akta tersebut. Maka elemen pertama telah berjaya dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah. Elemen kedua dan ketiga: OKT telah menyentuh mana-mana bahagian badan mangsa bagi maksud seksual dan kontak fizikal tersebut tidak melibatkan apa-apa persetubuhan. [20] Berdasarkan keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan, khususnya SP7 Mahkamah ini mendapati HMS telah membuat dapatan yang betul apabila memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan secara prima facie bahawa OKT telah melakukan amang seksual fizikal ke atas SP1 dengan cara menyentuh/menjolok jarinya kedalam kemaluan SP7 bagi maksud seksual. [21] Pihak Responden telah berhujah mengenai tarikh kejadian yang tidak dinyatakan dengan tepat. Di dalam pertuduhan pindaan hanya menyatakan “…… pada bulan Mei 2020 antara pukul 6.00 pagi sehingga 5.00 petang……”. [22] HMS telah membincangkan mengenai isu tarikh kejadian di dalam Alasan Penghakimannya dan ianya dapat dilihat dalam Rekod Rayuan Jilid I di muka surat 28 – 32. [23] Mahkamah ini mendapati bahawa HMS tidak khilaf di dalam dapatannya dan memutuskan bahawa tarikh kejadian bukanlah satu elemen utama yang harus dibuktikan dan ianya tidak menjejaskan pembuktian elemen-elemen kesalahan amang seksual oleh OKT terhadap SP7.