Content
1
45A-90-08/2017
High Court of Malaysia14 Aug 2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an dalam kes PP v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436, melalui penghakiman Idrus Harun HMR (pada ketika itu) telah menjelaskan tugas mahkamah di akhir kes seperti berikut: 28 “[20] Under s. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the Court to consider all the evidence before it and it shall decide wh”
“mething in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained”
“elalui penghakiman Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif ketika itu telah menjelaskan mengenai aplikasi s 114 (g) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “[48] The law pertaining to section 114(g) of the Evidence Act is settled. Under section 114(g) of the Evidence Act 1950 the court may presume that evidence which could be”
“ketidakbersalahannya. Tertuduh dianggap tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan sebaliknya. [66] Hakim Mahkamah Persekutuan Jeffrey Tan (pada ketika itu) dalam kes Public Prosecutor v. Ho Nee Fat [1995] MLJU 200 telah memutuskan seperti berikut: “It is a cardinal principle that the onus of proving the guilt of an acc”
“berkembang di mana keperluan di pihak pendakwaan adalah untuk menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut (Pendakwa Raya v. Yee Cheong Seng [2009] 10 CLJ 617; [2009] 1 LNS 284; [2009] MLJU 290, Badrulsham Baharom v. PP [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585). Dalam kata lain, adalah menjadi undang-und”
“lan 17 mengemukakan keterangan yang tidak semestinya boleh membantu atau mengukuhkan kes pendakwaan mahupun kes pembelaan. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. Pendakwa Raya [2018] MLJU 601 melalui penghakiman Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif ketika itu telah menjelaskan mengenai aplikasi s 11”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh, Dinesh Kumar a/l Aryawar telah dituduh dengan satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) yang boleh dihukum di bawah s 39B (2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh ialah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 8/5/2017 jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di hadapan pondok pengawal Jalan Damai Impian Ehsan, Cheras di dalam Daerah Hulu Langat dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine berat bersih 149.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) akta yang sama.” 2
3
Seramai tujuh (7) orang saksi telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan kes terhadap tertuduh. Saksi-saksi tersebut adalah: SP1- Kpl Md Suhaimi Bin Md Sihat (Jurugambar) SP2- Sarjan Zakaria bin Abdullah (Jurustor) SP3- Wan Rahimah binti Wah Ahmad (Ahli Kimia) SP4- Kaliammah a/p Muthusamy (Ibu tertuduh) SP5- Inspektor Ahmad Zarrin bin Abdul Rashid (Pegawai Serbuan/Pengadu) SP6- Inspektor Mahalim bin M Mokhtar (Pegawai Penyiasat) SP7- Inspektor Muhammad Amyrul Naufa bin Mohd Yusoff (Pegawai Penyiasat ganti) Fakta Kes Pendakwaan [4] Tertuduh telah ditahan pada 8.5.2017 jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di hadapan pondok pengawal Jalan Damai Impian Ehsan, Cheras (“tempat kejadian”) dalam satu serbuan yang diketuai oleh SP5 bersama tujuh (7) anggota polis yang lain setelah SP5 menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti dadah melibatkan seorang lelaki India yang menaiki kereta proton wira berwarna kelabu (“kereta tersebut”) di sekitar tempat kejadian. Menurut SP5 maklumat tersebut diterima pada hari yang sama iaitu 8.5.2017 jam 4.30 petang. 3
5
Setelah menerima maklumat tersebut dan memberikan taklimat kepada pasukannya, SP5 telah membahagikan anggota pasukannya kepada dua kumpulan. SP5 dan anggota pasukannya telah sampai di tempat kejadian lebih kurang jam 5.20 petang. Setelah membuat pemerhatian selama lebih kurang 5 hingga10 minit, SP5 telah melihat kereta tersebut berhenti di hadapan pondok pengawal sebuah kawasan pangsapuri di tempat kejadian. SP5 telah mengarahkan pasukannya untuk menghalang kereta tersebut di kedua-dua bahagian hadapan dan belakang.
6
Pemeriksaan ke atas tertuduh yang memandu kereta tersebut bersendirian telah dijalankan oleh SP5 setelah beliau memperkenalkan dirinya sebagai polis dan menunjukkan kad kuasanya. SP5 telah tidak menjumpai apa-apa barang salah pada tertuduh. SP5 kemudiannya menyatakan bahawa dia telah bertanyakan kepada tertuduh sama ada tertuduh ada menyimpan apa-apa barang salah dan tertuduh telah dikatakan menjawab, “ada” dan telah mengambil satu sampul surat berwarna putih (P11) dari dalam tempat rehat tangan (“arm rest”) di antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan kereta tersebut. Tertuduh kemudiannya dikatakan telah menyerahkan P11 kepada SP5.
7
Pemeriksaan ke atas P11 mendapati di dalamnya mengandungi satu (1) peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah. Pemeriksaan lanjut di dalam kereta tersebut mendapati satu (1) paspot antarabangsa dan satu (1) kad pengenalan atas nama tertuduh.
8
Hasil pemeriksaan dan analisa yang dijalankan oleh ahli kimia SP3 ke atas bahan lutsinar yang dijumpai oleh SP5 itu mendapati ianya adalah 4 dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 149.9 gram (selepas ini dirujuk sebagai ‘dadah tersebut’) Dapatan [9] Di akhir kes pendakwaan, keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan perlulah dinilai secara maksima di mana jalinan keterangan-keterangan tersebut perlu membentuk satu jalinan atau rantaian yang menyokong antara satu sama lain dan secara keseluruhannya membentuk satu kes prima facie menurut s. 180 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Panduan ujian prima facie adalah seperti yang telah diputuskan dan diterangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v PP [2003] 2 AMR 89 dan Mahkamah Agung dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 AMR 321.
10
Tiga elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan secara prima facie untuk kesalahan mengedar dadah seperti yang diperuntukkan oleh ADB adalah seperti berikut: i. dadah yang terlibat adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama kepada ADB; ii. dadah berbahaya tersebut mestilah berada dalam milikan OKT1; dan iii. OKT1 mengedar dadah berbahaya tersebut.
11
Bagi elemen yang pertama, mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak ada keraguan yang timbul bahawa bahan atau dadah tersebut yang dijumpai dalam P11 yang dikatakan diserahkan oleh tertuduh kepada SP5 adalah dadah jenis methamphetamine iaitu dadah berbahaya seperti 5 yang ditakrifkan di bawah s 2 ADB dan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama akta yang sama setelah pemeriksaan dan analisa dijalankan oleh ahli kimia SP3.
12
Isu yang ditimbulkan bagi pihak tertuduh berkaitan elemen pertama ini ialah mengenai identiti dadah yang dirampas oleh SP5. Peguambela menghujahkan terdapat percanggahan di antara keterangan SP5 dan SP3 di mana dalam laporan polis yang dibuat oleh SP5, bahan yang disyaki dadah dikatakan sebagai ketulan jernih manakala SP3 menyatakan dalam laporan kimianya (P14) bahawa dalam P11 iaitu sampul putih bertanda A yang diterimanya daripada SP6 mengandungi bahan kristal jernih. Apabila ditanya oleh mahkamah ini, SP3 menjelaskan bahawa rupa bentuk bahan itu adalah halus dan berkilat dalam bentuk serbuk. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tidak ada cadangan yang telah dikemukakan dalam pemeriksaan balas terhadap SP5 dan SP6 bahawa dadah yang dijumpai dalam P11 yang telah dirampas oleh SP5 di tempat kejadian itu bukan merupakan dadah yang telah dihantar kepada SP3 untuk pemeriksaan dan analisa. Isu ini ditimbulkan oleh peguambela yang bijaksana dalam hujahannya bersandarkan keterangan SP3 semata-mata.
13
Mahkamah ini mendapati, perbezaan terma dan deskripsi yang digunakan di antara SP5 dan SP3 mengenai bentuk fizikal dadah tersebut tidak menimbulkan keraguan munasabah kepada fakta dan keterangan bahawa bahan atau dadah tersebut yang telah dianalisa oleh SP3 adalah bahan atau dadah yang terkandung dalam P11 yang telah dirampas oleh SP5 daripada tertuduh di tempat kejadian pada waktu yang material dan yang menjadi subjek kepada pertuduhan terhadap tertuduh di hadapan mahkamah ini. Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak terdapat 6 pecahan dalam rantaian keterangan mengenai dadah tersebut yang dirampas di mana ianya merupakan barang kes yang sama yang telah dikemukakan kepada mahkamah dan yang telah dicamkan secara positif oleh SP2, SP3, SP5 dan SP6.
14
Keterangan SP5 telah mengesahkan bahawa dadah tersebut yang dirampas daripada tertuduh sentiasa berada dalam kawalan dan jagaannya dari waktu rampasan sehinggalah diserahkan kepada SP6. SP6 telah menyimpan dadah tersebut di dalam almari berkunci di pejabatnya di mana dia sahaja yang mempunyai akses kepada almari tersebut. Menurut SP6 dia hanya mengeluarkan dadah tersebut sebanyak dua kali iaitu pertamanya untuk mengambil gambar dadah tersebut dan keduanya untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan pemeriksaan dan analisa oleh SP3. Setelah SP3 selesai membuat pemeriksaan dan analisa ke atas dadah tersebut, serahan semula telah dibuat oleh SP3 kepada SP6 dan SP6 telah menyimpan kembali dadah yang telah dimeterai dengan meterai Jabatan Kimia dalam almari berkunci dan kemudiannya telah diserahkan kepada SP2 untuk disimpan selamat di dalam stor barang kes sehinggalah dibawa keluar bagi tujuan pengemukaan di mahkamah ini.
15
Mahkamah Rayuan dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551 telah memutuskan antara lain bahawa dalam kes melibatkan pengedaran dadah, adalah lebih mustahak rantaian keterangan pengendalian barang kes dibuktikan untuk tempoh dari masa dijumpai sehingga selesai analisa oleh ahli kimia. Sekiranya terdapat jurang kekosongan dari bermulanya rampasan sehinggalah ke akhir pengendalian barang kes tidak bermakna fakta tidak terbukti. Apa yang penting ialah dadah berbahaya yang dianalisa oleh ahli kimia adalah 7 dadah yang telah dijumpai digunakan bagi tujuan pengedaran di mana tertuduh telah dipertuduhkan dengannya. Abdul Hamid Mohamad HMR (pada ketika itu) dalam penghakiman kes tersebut memutuskan seperti berikut: “Grounds 7 And 10 Learned counsel then tried to cast doubts on the exhibits. He traced the history of the movement of the exhibits from the time of recovery until the trial. He drew our attention to the fact that the drug was recovered on 3 February 1999. On 15 March PW5 (the Investigating Officer) sent the exhibits to PW7, the police finger print expert. They were taken back on 23 August 1999. On 24 September the exhibits were sent to the chemist which was seven months and 20 days after the recovery. On 18 February 2000, the exhibits were taken back from the chemist. In April 2000 PW5 was transferred out. He did not send the exhibits to the store. He was interdicted in August 1999. There was no handing over until 28 March 2002 when the exhibits were handed to PW8 by PW5. In the meantime, there was another officer who took over the case. The exhibits were not handed to Inspector Azizan Said. Three exhibits got lost. Chief Inspector Azizan Said was not called as a witness. Thus there was a serious break in the chain of evidence. First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that 8 same substance that is found to be heroin or cannabis etc. and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc., and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is "a gap", does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that " gap " the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact.” [Penekanan diberikan] 9
16
Mahkamah ini mendapati tidak ada kecacatan dalam pemeriksaan dan analisa yang telah dilaksanakan serta penemuan yang telah diperolehi oleh SP3 bahawa kandungan P11 (bertanda “A”) yang telah diserahkan kepadanya oleh SP6 pada 9.5.2017 jam 2.39 petang berisi satu peket plastik (bertanda “A1”) mengandungi bahan kristal jernih mempunyai berat bersih 199.1 gram yang mengandungi 149.9 gram Methamphetamine iaitu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama dan yang ditakrifkan di bawah s 2 ADB yang telah dirampas oleh SP5 di tempat kejadian semasa serbuan dibuat ke atas tertuduh pada 8.5.2017 jam lebih kurang 5.20 petang. [17] Bagi elemen yang kedua, elemen milikan dari sudut undang-undang telah berkembang di mana keperluan di pihak pendakwaan adalah untuk menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut (Pendakwa Raya v. Yee Cheong Seng [2009] 10 CLJ 617; [2009] 1 LNS 284; [2009] MLJU 290, Badrulsham Baharom v. PP [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585). Dalam kata lain, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa terdapat keperluan untuk membuktikan elemen fizikal dan mental di pihak tertuduh terlebih dahulu sebelum seseorang tertuduh boleh dikatakan memiliki dadah di bawah ADB. Mahkamah perlu berpuas hati bahawa terdapat sesuatu dalam keterangan yang dikemukakan yang menunjukkan tertuduh itu secara fizikalnya berada dalam satu situasi di mana dia boleh berurusan serta dapat mengecualikan orang lain dari berurusan dengan dadah tersebut. Mahkamah juga perlu berpuas hati bahawa seorang tertuduh itu juga mempunyai niat untuk berurusan dengan dadah tersebut bilamana terdapatnya keadaan yang membolehkan dia melakukannya. Dalam lain perkataan terdapat keperluan untuk membuktikan terdapatnya ‘animus possidendi’ di pihak tertuduh. 10 [18] Panduan diperoleh dari petikan tersohor Hakim Thomson dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237 yang menjelaskan seperti berikut: “Of course there can be no possession without knowledge and there can be no possession without some power of disposal but an essential ingredient of all possession is that there must be an intention as owner in case of need to exercise that power to the exclusion of other persons. In my experience there is no question which Magistrates find more difficult to deal with than this question of what amounts to "possession" for the purposes of the criminal law. Much of this difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed. "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):— "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." 11 To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is 12 impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance.” [19] Hakim Taylor dalam kes Leow Nghee Lim v R [1956] 22 MLJ 28 menerangkan lagi mengenai definisi milikan yang menyiratkan elemen pengetahuan di pihak tertuduh seperti berikut: “probably the most helpful definition of possession is the relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons. This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge.” [20] Hakim Taylor dalam kes yang sama telah menyatakan lagi seperti berikut: “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” 13 [21] Justeru itu, jagaan dan kawalan ke atas dadah berbahaya semata-mata tidak memadai untuk membuktikan elemen milikan oleh seorang tertuduh di bawah ADB. Perbuatan fizikal atau jagaan ke atas dadah berbahaya yang berkenaan perlulah diiringi dengan keterangan pengetahuan tertuduh akan dadah berbahaya tersebut. [22] Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah juga menerangkan maksud milikan dengan memetik kes Toh Ah Loh & Mak Thim v Rex [1949] 15 MLJ 54 dan menerangkan seperti berikut: “[20] Now, as to what the ingredients of possession in law has been established by a long line of cases. We find it unnecessary to discuss all of them here. Suffice that we refer to two of them. In Toh Ah Loh & Mak Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] 15 MLJ 54, Gordon-Smith Ag CJ when delivering judgment of the Singapore Court of Appeal explained the meaning in law of the word "possession" when appearing in a statute. His lordship said: Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing. If these factors are absent, his possession can raise no presumption of mens rea, without which 14 (except by statute) possession cannot be criminal.” [23] Milikan boleh dibuktikan melalui keterangan secara langsung ataupun melalui anggapan statutori di bawah s 37 (d) ADB yang menyatakan bahawa sesiapa yang didapati mempunyai jagaan dan kawalan ke atas apa-apa sahaja yang mengandungi dadah berbahaya sehingga dibuktikan sebaliknya adalah dianggap mempunyai milikan ke atas dadah berbahaya tersebut dan sehingga dibuktikan sebaliknya juga dianggap mempunyai pengetahuan mengenai sifat atau jenis dadah tersebut (PP v. Reza Mohd Shah bin Ahmad Shah [2002] 1 LNS 157; [2002] 4 MLJ 13). [24] Elemen mental semestinya tidak dapat dibuktikan melalui keterangan langsung (direct evidence). Tetapi ianya boleh dibuktikan melalui inferens dari keterangan ikut keadaan dan sama ada keterangan ikut keadaan itu berjaya membuktikan elemen pengetahuan, bergantung kepada fakta kes. [25] Menurut keterangan SP5, dadah tersebut yang dirampas olehnya semasa kejadian telah diambil oleh tertuduh dari dalam kereta tersebut. Keterangan di hadapan mahkamah ini jelas menunjukkan pada masa yang material, hanya tertuduh sahaja yang memandu kereta tersebut dan tiada orang lain yang berada bersamanya dan dia juga telah dikatakan mengambil dadah tersebut yang terkandung dalam P11 dari dalam kereta tersebut dan menyerahkan kepada SP5 apabila dia ditanya sama ada dia ada menyimpan apa-apa barang salah. [26] Isu yang ditimbulkan bagi pihak tertuduh ialah mengenai terdapatnya beberapa orang lain yang dikatakan juga mempunyai akses 15 kepada kereta tersebut. Dalam kata lain, pembelaan tertuduh ialah atas dasar bahawa dia tidak mempunyai ‘exclusive possession’ ke atas dadah tersebut. [27] Telah menjadi undang-undang yang mantap bahawa milikan tidak semestinya ‘exclusive’ hanya kepada tertuduh semata-mata dan adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa milikan ke atas sesuatu benda dari sudut undang-undang jenayah sebagai milikan eksklusif. Mahkamah Persekutuan telah menerangkan kedudukan undang-undang ini dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209, seperti berikut: “To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is where conviction is possible. When the learned trial judge said, ‘The accused sought to negative the proof of exclusive possession…’, we take it that he meant no more than the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons.” [28] Taylor J dalam kes Leow Nghee Lim v Reg (supra) telah menerangkan seperti berikut: “…It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession 16 of chattels, whether that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property” [29] Berbalik kepada kes di hadapan mahkamah ini, tidak dapat dipertikaikan bahawa pendaftaran kereta tersebut adalah di atas nama Aryawar a/l Perumal, bapa kepada tertuduh yang gagal dikesan oleh pihak polis sehingga ke akhir kes. Mahkamah ini mendapati kegagalan pihak pendakwaan memanggil Aryawar a/l Perumal tidak mencacatkan kes pendakwaan. [30] SP7 sebagai penyiasat ganti telah menjelaskan kepada mahkamah mengenai usaha-usahanya dalam mengesan Aryawar a/l Perumal. Aryawar a/l Perumal masih boleh dikesan pada mulanya dan beliau telahpun memaklumkan kepada SP7 bahawa beliau akan hadir semasa perbicaraan di mahkamah. Namun, apabila perbicaraan telah bermula, Aryawar a/l Perumal telah menghilangkan diri. Pengesanan ke atasnya telah dibuat oleh SP7 melalui semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia seperti di eksibit P27, P28, P29, P30, P31 dan P32 tetapi tidak berhasil. SP7 juga telah mengiklankan dalam dua akhbar tempatan berkaitan Aryawar a/p Perumal namun usaha tersebut juga gagal mendatangkan hasil. Mahkamah ini berpuas hati dengan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak polis bagi mengemukakan Aryawar a/l Perumal sebagai saksi pendakwaan dan kegagalan dalam mengesannya tidak wajar menjemput pemakaian anggapan menentang di bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan tidak boleh dikatakan cuba menyembunyikan atau menutup keterangan hanya atas alasan kegagalan 17 mengemukakan keterangan yang tidak semestinya boleh membantu atau mengukuhkan kes pendakwaan mahupun kes pembelaan. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. Pendakwa Raya [2018] MLJU 601 melalui penghakiman Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif ketika itu telah menjelaskan mengenai aplikasi s 114 (g) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “[48] The law pertaining to section 114(g) of the Evidence Act is settled. Under section 114(g) of the Evidence Act 1950 the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. The usage of the word “may” gives the discretion to the court whether or not to invoke the adverse inference to a given set of facts. It is not a mandatory inference. To draw an adverse inference against the prosecution the court must be satisfied that the witness that was not offered was a material witness, the prosecution purposely withhold evidence which it possessed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence‟. (Nanda Kumar Kunyikanan & Anor v. Public Prosecutor [2011] 8 CLJ 406). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not invoke an adverse inference against prosecution if it believes that the facts and/or the prosecution‟s reasons for not calling the supposed material witnesses show no cause for it. Moreover, the prosecution only needs to produce 18 witnesses who are necessary in the unfolding of its complete narrative, that is, to prove the essential elements of the crime and in this case, custody, control, and knowledge. Applying the above principles to our present case, we are satisfied that there was no evidence to suggest even the slightest inkling that the prosecution withheld testimonies by Javad @ Hasan Tiren and SamanehMomen in a deliberate scheme to impair the truth or frustrate the Appellant‟s defence. [50] Further, in the case of Siew Yoke Keong v. PP (supra) this Court had succinctly laid down that witnesses for prosecution are indispensable only insofar as they are necessary in establishing a prosecution‟s case beyond a reasonable doubt. Thus, any calling of witness beyond that minimum requirement is within prosecutorial discretion. In the end, it is the sufficiency of the evidence that matters. As long as there are no “unsatisfactory features or gaps in the prosecution‟s case, an order of adverse inference is not imperative. It is our view, on the facts of this case, adverse inference under section 114 (g) of the Evidence Act, could not be invoked against the prosecution” [Penekanan diberikan] [32] Seterusnya, SP4 iaitu ibu kepada tertuduh dalam keterangannya di mahkamah juga telah menyatakan bahawa kereta tersebut juga diguna oleh orang lain iaitu kawan-kawan suaminya dan anak-anaknya. Walaubagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, yang pasti, pada masa kejadian hanya tertuduh sahaja yang memandu kereta tersebut dan terdapat juga dokumen-dokumen di atas nama tertuduh iaitu 19 paspot dan kad pengenalannya yang dijumpai dalam kereta tersebut. Sepanjang kes pendakwaan tidak ada cadangan yang diutarakan semasa pemeriksaan balas bahawa bapa kepada tertuduh iaitu Aryawar a/l Perumal mempunyai kaitan mengenai dadah tersebut dan SP4 sendiri memaklumkan bahawa pada hari kejadian tidak ada orang lain yang membawa kereta tersebut melainkan tertuduh. [33] SP6 dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa semasa penyiasatannya, beliau ada merakam percakapan Aryawar a/l Perumal di di bawah s 112 KTJ di mana Aryawar a/l Perumal telah mengesahkan bahawa pada hari kejadian kereta tersebut hanya digunakan oleh tertuduh sahaja. [34] Mahkamah ini mendapati cubaan di pihak tertuduh untuk menunjukkan kereta tersebut digunakan oleh ramai orang selain daripadanya melalui keterangan ibunya SP4 dan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan bapanya sebagai saksi pendakwaan, tidak dapat mematahkan keterangan dan menimbulkan kelompangan dalam kes pendakwaan bahawa pada waktu yang material, kereta tersebut berada dalam kawalan dan jagaan tertuduh. [35] Memandangkan pengetahuan tertuduh adalah satu elemen penting bagi melengkapkan elemen milikan di bawah ADB berdasarkan kepada keterangan SP5, mahkamah ini juga mendapati perbuatan tertuduh yang dikatakan telah mengambil P11 dari dalam kereta tersebut apabila disoal oleh SP5 sama ada dia ada menyimpan apa-apa barang salah, adalah satu fakta yang relevan kepada isu mengenai pengetahuannya tentang dadah tersebut. S 8 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: 20 8. “Motive, preparation and previous or subsequent conduct (1) Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact. (2) The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto.” [36] Perbuatan tertuduh adalah sejajar dengan peruntukkan s 8 Akta Keterangan 1950. Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 telah menyatakan bahawa apabila mahkamah telah menerima keterangan di bawah s 8 Akta Keterangan 1950, maka beban adalah ke atas tertuduh untuk menerangkan perbuatannya itu dan penerangan mestilah merupakan penerangan yang secara munasabahnya terperinci. Di dalam kes Parlan Dadeh (supra), Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. 21 Once admitted the Court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstances. The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purpose enumerated.” [Penekanan diberikan] [37] Pada peringkat ini, mahkamah mendapati tiada penerangan yang terperinci diberikan oleh tertuduh melainkan penafiannya bahawa dia ada mengambil dadah tersebut dan diberikan kepada SP5. Maka dalam ketiadaan penerangan yang diberikan oleh tertuduh, mahkamah mendapati keterangan perbuatan tertuduh adalah diterima masuk di bawah s 8 Akta Keterangan 1950 di peringkat ini. [38] Walaupun dadah tersebut dijumpai dalam keadaan yang tersembunyi, iaitu di dalam sampul P11 di dalam kereta tersebut, namun, memandangkan pada ketika yang material, tertuduh telah didapati mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kereta tersebut dan dia sendiri telah dikatakan mengambil P11 dan menyerahkannya kepada SP5, mahkamah mendapati dadah tersebut bukan sahaja berada dalam milikannya tetapi juga tertuduh adalah dianggap mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut yang menjadi subjek kepada pertuduhan di 22 hadapan mahkamah ini dengan menggunapakai peruntukan anggapan statutori di bawah s 37 (d) ADB. [39] Isu seterusnya yang ditimbulkan bagi pihak tertuduh ialah mengenai ketiadaan catatan dalam borang bongkar P18 bahawa dadah yang terkandung dalam P11 dijumpai dalam kereta tersebut. SP5 cuma mencatatkan “(1) peket plastic lutsinar berisi ketulan-ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu” yang dijumpai “Di dalam sampul kertas bewarna putih”. Oleh yang demikian, adalah menjadi hujahan peguambela yang bijaksana bahawa timbul keraguan mengenai di manakah sebenarnya dadah tersebut dijumpai. Peguambela yang bijaksana dalam pemeriksaan balas terhadap SP5 telah mencadangkan ketiadaan catatan bahawa dadah dijumpai dalam kereta tersebut dalam P18 dan juga ketiadaan gambar yang menunjukkan bahagian ‘arm rest’ yang dikatakan tempat di mana tertuduh telah mengambil dadah tersebut menunjukkan bahawa dadah tersebut sebenarnya telah dijumpai oleh SP5 dan pasukannya dari dalam kereta tersebut dan bukannya diserahkan oleh tertuduh. Soalan peguambela yang bijaksana adalah seperti berikut: “Q: saya katakan bahawa barang kes dadah sebenarnya dijumpai oleh kamu dan pasukan kamu dari dalam kereta dan bukannya daripada tertuduh, maksudnya bukan diserahkan oleh tertuduh SP5: tidak setuju” [40] Semasa pemeriksaan semula, SP5 menerangkan lagi: “Saya tidak setuju barang kes dijumpai oleh saya dan tidak diberikan oleh OKT kerana pada hari serbuan dilakukan OKT sendiri yang ambil dadah itu dari ruang tempat penyimpanan 23 dalam kereta tersebut. Sekiranya saya atau pasukan saya yang menjumpainya sudah semestinya saya buat laporan sebegitu kerana pada hari tersebut ada satu tangkapan sahaja yang saya buat.” [41] Di peringkat ini, mahkamah mendapati tertuduh hanya menafikan bahawa dialah yang mengambil P11 yang mengandungi dadah dalam kereta tersebut dan menyerahkannya kepada SP5. Penafian tertuduh pada peringkat ini tidak dapat mengakas anggapan bahawa dia mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut kerana apa yang ada di hadapan mahkamah pada peringkat ini ialah keterangan yang diberikan oleh SP5 bahawa dadah berbahaya yang dirampas semasa kejadian dan yang terkandung dalam P11 telah diserahkan oleh tertuduh sendiri kepadanya selepas tertuduh disoal sama ada tertuduh ada menyimpan apa-apa barang salah. Atas dasar penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan pada peringkat ini, mahkamah ini mendapati penafian tertuduh tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. Pihak pendakwaan dengan itu telah berjaya membuktikan secara prima facie elemen kedua pertuduhan terhadap tertuduh. [42] Bagi elemen ketiga, memandangkan dadah berbahaya yang dirampas oleh SP5 semasa kejadian telah dijumpai disimpan dalam kereta tersebut dan mempunyai berat bersih 149.9 gram serta dibungkus dalam satu bungkusan lutsinar memberikan indikasi bahawa dadah itu bukanlah untuk kegunaan tertuduh sendiri tetapi sebaliknya, bertujuan untuk pengedaran. Oleh yang demikian, menggunapakai s 2 ADB yang mentakrifkan “pengedaran” sebagai termasuk perbuatan menyimpan antara lainnya, mahkamah ini mendapati secara prima facie, pihak 24 pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pengedaran dadah berbahaya oleh tertuduh di bawah ADB. [43] Berdasarkan alasan-alasan di atas dan penilaian keterangan-keterangan yang dikemukakan secara maksima mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh mengedar dadah berbahaya iaitu 149.9 gram Methamphetamine. Tertuduh dengan itu telah diperintahkan membela diri. Pembelaan [44] Adalah penting untuk ditekankan bahawa di peringkat ini beban untuk membuktikan kebersalahan tertuduh sepertimana pertuduhan terhadapnya masih terletak di pihak pendakwaan di mana beban pembuktikan adalah di luar keraguan yang munasabah. Namun demikian, oleh kerana anggapan milikan dan pengetahuan telah terpakai terhadap tertuduh maka terdapat “evidential burden” di pihaknya untuk mengakas (“rebut”) dan mematahkan anggapan tersebut dengan mengemukakan keterangan atas imbangan kebarangkalian sepertimana yang dihuraikan dalam kes PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC. Beban mengemukakan keterangan atau “evidential burden” itu hanyalah berkaitan dengan anggapan milikan dan pengetahuan dan selain dari itu, tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi membolehkannya dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan terhadapnya. Mahkamah ini perlu menilai pembelaan tertuduh berdasarkan keterangan prima facie yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. 25 [45] OKT1 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Di samping itu, abang kepada tertuduh iaitu DW2- Karthi Gesan a/l Aryawar dan rakan tertuduh DW3- Puvaan Raaj a/l Velumuruga juga hadir sebagai saksi-saksi di peringkat ini. [46] Tertuduh pada waktu yang material adalah seorang pelajar dalam bidang ‘freight forwarding logistic” di Kolej Techterrain Subang. Pada tarikh kejadian jam lebih kurang 3 petang, dia telah keluar memandu kereta tersebut untuk pergi membayar bil-bil utiliti. Semasa dalam perjalanannya dia telah menerima panggilan telefon daripada rakan sekolejnya DW3 yang mahu berjumpa dengannya. Tujuan DW3 mahu berjumpa dengan tertuduh adalah kerana mereka mahu merancang untuk membuat “gathering” sementara menanti hari graduasi mereka. Selepas membayar bil-bil utiliti, tertuduh telah menuju ke tempat kejadian di mana lokasinya (tempat kejadian) telah diberikan oleh DW3 sebelum itu. Menurut tertuduh apabila sampai di pondok pengawal yang berada di tempat kejadian, pengawal yang mengawal kawasan apartment memintanya menunggu di situ dan sementara itu, tertuduh telah mengeluarkan kad pengenalannya. Menurut tertuduh lagi, ketika itu juga muncul seorang lelaki yang telah membuka pintu belakang dan duduk di dalam kereta tersebut. Lelaki itu kemudiannya telah memberitahu bahawa beliau adalah seorang polis dan telah mengarahkan tertuduh supaya tidak lari kerana dia perlu memeriksa kereta tersebut. Tertuduh kemudiannya melihat beberapa lagi anggota polis datang dan memeriksa kereta tersebut. [47] Tertuduh menyatakan bahawa dia telah diarah untuk keluar dari kereta tersebut dan pemeriksaan badan telah dijalankan ke atasnya. Selepas itu tertuduh telah diarahkan untuk kembali duduk di dalam kereta 26 tersebut. Menurut tertuduh terdapat beg “pouch” kepunyaannya di atas tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut yang telah diperiksa oleh salah seorang anggota polis tersebut. Anggota polis tersebut telah menjumpai kad pengenalan, paspot serta wang RM60 dari dalam beg “pouch” tersebut. Di samping itu, polis juga telah dikatakan mengambil RM600 dari dalam poket seluarnya. Selepas itu, salah seorang anggota polis tersebut telah memeriksa ‘dashboard’ di bahagian dalam hadapan kereta tersebut dan telah mengeluarkan satu sampul surat putih. Tertuduh menyatakan dia telah ditanya mengenai sampul surat putih itu di mana dia telah menjawab dia tidak tahu dan kemudiannya dia terus dibawa ke balai polis. [48] Tertuduh menyatakan lagi bahawa kereta tersebut adalah milik bapanya dan selain daripada dia dan bapanya, lima orang abang-abangnya juga menggunakan kereta tersebut. Menurut tertuduh lagi, tiga atau empat hari sebelum tarikh kejadian dan di sebelah pagi pada tarikh kejadian, bapanya ada menggunakan kereta tersebut. [49] Tertuduh dalam keterangannya menjelaskan mengenai keadaan kereta tersebut di mana menurutnya kereta tersebut adalah sebuah kereta lama di mana bahagian dalam kereta terdapat tempat duduk yang telah koyak serta getah ‘gear’ juga telah terkoyak. Kunci automatik (auto lock) kereta tersebut juga telah tidak berfungsi. [50] Tertuduh juga telah mengesahkan bahawa setelah dia ditangkap bapanya telah bergaduh dengan ahli keluarganya dan telah meninggalkan keluarganya. 27 [51] Tertuduh menafikan pengetahuannya mengenai kewujudan sampul putih P11 yang menurutnya dijumpai oleh polis dari dalam ‘dash board’ kereta tersebut. Tertuduh juga menafikan P11 sebenarnya dijumpai dan diambil olehnya dari tempat ‘arm rest’ kereta tersebut. Menurut tertuduh tidak terdapat ‘arm rest’ berhampiran ‘gear’ dalam kereta tersebut. Yang ada hanyalah ‘gear’ kereta tersebut yang mana getah yang membaluti ‘gear’ tersebut juga telah pecah. [52] DW2, abang kepada tertuduh telah memberi keterangan bahawa kereta tersebut yang dimiliki oleh bapanya adalah sebuah kenderaan keluarga yang digunakan oleh ramai orang termasuk rakan-rakan bapanya. DW2 juga mengesahkan bahawa tidak terdapat ‘arm rest’ dalam kereta tersebut. [53] DW3 rakan sekolej tertuduh dalam keterangannya mengesahkan bahawa beliau telah menelefon tertuduh untuk berjumpa dengannya pada hari kejadian dan telah menunggu tertuduh di kawasan Taman Ehsan. Namun, setelah menunggu sehingga jam 5.30 petang tertuduh tidak muncul. Beliau telah cuba menghubungi tertuduh namun gagal bercakap dengan tertuduh. DW3 kemudiannya diberitahu oleh seorang lagi rakan lainnya bahawa tertuduh telah ditangkap polis. [54] Selaras dengan peruntukan s 182A Kanun Tatacara Jenayah, di peringkat ini mahkamah perlu menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan termasuklah keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan. Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436, melalui penghakiman Idrus Harun HMR (pada ketika itu) telah menjelaskan tugas mahkamah di akhir kes seperti berikut: 28 “[20] Under s. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the Court to consider all the evidence before it and it shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word “shall” in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the Court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410; [1998] 4 MLJ 406 which succinctly stated the following useful guidelines: It follows that in calling upon the accused to enter his defence the Court must keep an open mind as to the accuracy of the prosecution evidence until the defence evidence has been tendered. At the close of the case for the defence and submissions, the Court must review the evidence adduced with regard to all the elements to be proved and then decide whether the prosecution has proved the case against the accused beyond reasonable doubt”. [Penekanan diberikan] [55] Mahkamah ini mendapati fakta yang konsisten di peringkat pendakwaan dan pembelaan ialah mengenai keadaan kereta tersebut di mana dadah tersebut dikatakan dijumpai dan dirampas. [56] Semasa di peringkat pendakwaan, tidak dapat dinafikan bahawa semasa pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan khususnya 29 terhadap pengawai penyiasat SP6, telah timbul isu mengenai ketiadaan gambar tempat/bahagian dalam kereta di mana dadah tersebut dijumpai. [57] Menurut SP5, dadah tersebut telah diambil oleh tertuduh sendiri dari bahagian ‘consul box’ dalam kereta tersebut. Telah juga ditimbulkan dalam pemeriksaan balas terhadap SP5 mengenai ketiadaan catatan di P18 (borang bongkar) di bahagian manakah dalam kereta tersebut dadah yang terkandung dalam P11 itu dijumpai. [58] Di atas isu yang sama, SP6 semasa pemeriksaan balas terhadapnya juga mengesahkan bahawa tiada terdapat rakaman gambar dibuat dalam P5 yang menunjukkan ‘arm rest’ atau ‘consul box’ dalam kereta tersebut yang dikatakan tempat di mana dadah tersebut diambil oleh tertuduh. Berdasarkan keterangan-keterangan ini, timbul keperluan untuk mahkamah ini menilai semula keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan. [59] Setelah meneliti keterangan tertuduh yang disokong oleh abangnya iaitu DW2 mengenai ketiadaan ‘arm rest’ di bahagian dalam kereta tersebut dan menilai semula keterangan-keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan, mahkamah ini mendapati ketepatan dan kesahihan keterangan di peringkat pendakwaan mengenai tempat di mana dadah tersebut dijumpai di dalam kereta tersebut, dengan ini diragui. [60] Setelah meneliti kembali gambar P5, sememangnya jelas bahawa hanya terdapat rakaman gambar di bahagian luar kereta tersebut. Tidak terdapat sebarang gambar yang menunjukkan bahagian dalam kereta tersebut terutamanya tempat di mana P11 yang mengandungi dadah 30 tersebut dikatakan telah diambil oleh tertuduh. Maka timbul tanda tanya mengapakah bahagian dalam kereta tersebut tidak dirakamkan gambarnya sedangkan mengikut keterangan SP5 dadah tersebut diambil di bahagian ‘consul box’ dalam kereta tersebut? Adakah benar terdapatnya ‘consul box’ ataupun ‘arm rest’ dalam kereta tersebut atau sebaliknya? Mahkamah juga mendapati keterangan tertuduh dan DW2 mengenai ketiadaan ‘arm rest’ di bahagian dalam kereta tersebut juga tidak dicabar oleh oleh pihak pendakwaan. Dalam ketiadaan cabaran mengenai tidak terdapatnya ‘arm rest’ dalam kereta tersebut di mana di bahagian itulah dadah dikatakan dijumpai, maka di peringkat ini telah timbul keraguan yang munasabah terhadap kebenaran atau kesahihan keterangan di peringkat pendakwaan bahawa tertuduh telah mengambil P11 yang mengandungi dadah dari bahagian ‘arm rest’ atau ‘consul box’ dalam kereta tersebut. [61] Pihak pendakwaan berpeluang untuk mengakas cadangan mengenai ketiadaan ‘arm rest’ di bahagian dalam kereta tersebut kerana cadangan itu telah timbul di peringkat pendakwaan lagi. Maka tidak timbul isu pembelaan tertuduh yang dikatakan sebagai ‘afterthought’. Penjelasan sewajarnya diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan mengapa gambar di bahagian dalam kereta tersebut tidak diambil khususnya di bahagian di mana dadah tersebut dikatakan diambil oleh tertuduh. Namun penjelasan itu tidak diperolehi. Maka di peringkat ini, telah timbul persoalan dari mana sebenarnya dadah tersebut dijumpai yang menjuruskan kepada keraguan sama ada tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan mengenai kewujudan dadah dalam kereta tersebut. Seterusnya keraguan juga timbul sama ada tertuduhlah yang telah mengambil P11 dari dalam kereta tersebut. 31 [62] Pihak pendakwaan mempunyai peluang yang mencukupi untuk mengesahkan kewujudan 'arm rest’ ataupun ‘consul box’ dalam kereta tersebut walaupun perbicaraan sedang berjalan. Mahkamah boleh dijemput untuk menyaksikan sendiri kereta tersebut bagi memastikan kewujudan arm rest atau consul box di dalamnya. Namun, peluang ini tidak diambil malahan, tiada cabaran dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas terhadap tertuduh dan DW2 yang mengatakan bahawa tiada kedapatan arm rest atau consul box di dalam kereta tersebut. Mahkamah dengan ini mendapati atas imbangan kebarangkalian, tertuduh telah berjaya mengakas anggapan milikan dan pengetahuannya mengenai dadah tersebut. [63] Kegagalan pihak pendakwaan untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai kewujudan tempat di mana dadah tersebut dijumpai secara hitam putih melalui gambar atau secara keterangan lain telah menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. Di dalam perbicaraan kes jenayah lebih-lebih lagi kes yang melibatkan kesalahan yang membawa kepada hukuman mati, keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di mahkamah mestilah bebas dari sebarang persoalan. Bila mana persoalan-persoalan yang timbul memberikan lebih dari satu inferens, maka inferens yang memihak kepada tertuduh adalah terpakai (Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137). [64] Mahkamah ini telah diingatkan mengenai keterangan saksi-saksi pembelaan yang dihujahkan sebagai saksi-saksi yang berkepentingan. Namun demikian ianya tidak secara otomatik membuatkan keterangan saksi-saksi tersebut sebagai tidak boleh dipercayai. Apabila saksi-saksi pembelaan memberi keterangan, mahkamah perlu menilai keterangan 32 mereka dan apabila tidak terdapat sebarang cabaran kepada keterangan yang diberikan oleh mereka lebih-lebih lagi mengenai isu yang penting, maka tidak ada sebab untuk mahkamah menolak keterangan mereka. Kegagalan pihak pendakwaan menyingkirkan pembelaan tertuduh mengenai ketiadaan tempat di mana dadah tersebut dikatakan ditemui dan diambil oleh tertuduh melalui keterangan yang konklusif, telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. [65] Adalah menjadi prinsip yang mantap dalam sistem keadilan undang-undang jenayah di negara ini bahawa beban pembuktian terletak kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes terhadap tertuduh di luar keraguan yang munasabah. Tiada beban yang serupa diletakkan di pihak tertuduh untuk membuktikan ketidakbersalahannya. Tertuduh dianggap tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan sebaliknya. [66] Hakim Mahkamah Persekutuan Jeffrey Tan (pada ketika itu) dalam kes Public Prosecutor v. Ho Nee Fat [1995] MLJU 200 telah memutuskan seperti berikut: “It is a cardinal principle that the onus of proving the guilt of an accused is throughout on the prosecution and there is no burden upon an accused to prove anything. If upon the whole evidence the court is left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which was upon it. That doubt can arise from the prosecution‟s case or from the Defence. That burden upon the prosecution is by extension an extended burden to defend the prima facie case the very moment the Defence is called. As the defence is 33 unraveled, the prosecution must stay alert and be wise to its effect on the prima facie case. Nothing should be overlooked, for even disparate bits of the defence, much more so if unrebutted, could later rally into a doubt sufficient to bring down the prima facie case.” [67] Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontara a/l Ambrose Anthony v. PP [1996] 1 MLJ 209 telah juga memutuskan seperti berikut: “In conclusion, we must add that the appellant in this case may well consider himself a very fortunate man, because had the case been more thoroughly investigated, and had the judge not misdirected himself in the manner he did, a conviction might well have resulted. This is, therefore, yet another case where we found that our desire to allow what might well have been a deserved conviction to stand must be sacrificed to the general principle of fairness in criminal trial. This is the principle stated by Lord Blanesborough, LC when speaking for the judicial committee of the House of Lords in Maxwell v. DPP 24 Cr App R 152 at p 176: It is often better that one guilty man should escape than that the general rules evolved by the dictates of justice for the conduct of prosecutions should be disregarded and discredited”. [68] Mahkamah Agung pada ketika itu dalam kes Mohd Radi bin Yaacob v. Public Prosecutor [2001] 3 MLJ 169 melalui penghakiman Mohd Azmi SCJ (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: 34 “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established “reasonable doubt‟ test, rather than to delve in the “believable and convincing‟ test before applying the “reasonable doubt test.” [Penekanan diberikan] Penutup [69] Berdasarkan di atas dan dengan mengaplikasikan prinsip yang digariskan dalam kes Mat v PP [1963] 29 MLJ 293, di mana Mahkamah telah menyatakan, “If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt-Acquit.” 35 [70] Mahkamah ini mendapati adalah tidak selamat sama sekali untuk memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini di luar keraguan yang munasabah. Oleh hal yang demikian, tertuduh telah dilepas dan dibebaskan. Tarikh: 6 November 2020 t.t. [NOORIN BINTI BADARUDDIN] Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Pihak-pihak: Pn. Devinderjit Kaur Gill (Timbalan Pendakwa Raya, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor) En. M. Mathavan mewakili Tertuduh (Messrs. Chambers of Mathavan & Partners)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.