Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) 1 RAYUAN JENAYAH NO: N-05(H)-11-01/2024 DI ANTARA …PERAYU DAN ILHAM UTAMA SAWAI SUARDI …RESPONDEN Didengar bersama RAYUAN JENAYAH NO: N-05(H)-12-01/2024 DI ANTARA …PERAYU DAN …RESPONDEN PERBICARAAN JENAYAH NO: NA-45-2-12/2020 5 PP v Ilham Utama Sawai Suardi 2 Didengar bersama PERBICARAAN JENAYAH NO: NA-45A-4-12/2020 Didengar bersama PERBICARAAN JENAYAH NO: NA-45A-5-12/2020 5 KORAM CHE MOHD RUZIMA GHAZALI, HMR AZIZUL AZMI ADNAN, HMR AZMI ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Di Mahkamah Tinggi, responden telah disabitkan dengan tiga pertuduhan: 10 satu menurut seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1959 (berkenaan milikan dadah jenis kanabis) dan dua menurut perenggan 39B(1)(a) (berkenaan pengedaran PP v Ilham Utama Sawai Suardi 3 dadah jenis kanabis. Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman penjara empat tahun untuk pertuduhan pertama, dan 30 tahun penjara untuk pertuduhan kedua dan ketiga, bermula dari tarikh tangkap. Responden juga dihukum dengan 12 kali sebatan untuk setiap pertuduhan pengedaran dadah. Hukuman penjara dan sebatkan diperintahkan untuk berjalan serentak. 5 [2] Pertuduhan kedua dan ketiga, yang menjadi subjek rayuan Pendakwa Raya berbunyi seperti berikut: Pertuduhan No:NA-45A-4-12/2020 "Bahawa kamu pada 12 April 2020 jam lebih kurang 3.30 bertempat di kawasan tempat letak kereta Alson Kiana Resort Seremban, Jalan Penghulu Cantik, Taman 10 Tasik Seremban, di dalam daerah Seremban, di dalam negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis "Cannabis" berat bersih 373.80 gram. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama". 15 Pertuduhan No: NA-45A-5-12/2020 "Bahawa kamu pada 12 April 2020 jam lebih kurang 4.15 petang bertempat di No. 10, Jalan Muafakat, Taman Temiang Jaya, Seremban, di dalam daerah Seremban, di dalam negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis "Cannabis" berat bersih 560.34 gram. Dengan itu kamu telah 20 melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama". [3] Responden telah merayu ke mahkamah ini berkenaan sabitan-sabitan dan juga hukuman yang dikenakan terhadap beliau, manakala pendakwaan pula merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan hukuman 25 sebatan dijalankan serentak. [4] Setelah mendengar rayuan pihak-pihak, mahkamah ini menolak rayuan responden dan membenarkan rayuan Pendakwa Raya. Kini, responden merayu ke Mahkamah Persekutuan di dalam kes-kes rayuan no. N-05(H)-11-01/2024 dan N-05(H)-12-01/2024, iaitu kes-kes rayuan Pendakwa Raya terhadap 30 PP v Ilham Utama Sawai Suardi 4 hukuman. Oleh yang demikian, alasan penghakiman ini adalah terbatas kepada keputusan mahkamah ini dalam membenarkan rayuan Pendakwa Raya berkenaan isu perjalanan serentak hukuman sebatan. KEPUTUSAN Prinsip yang Terpakai 5 [5] Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Santanasamy Muttiah v PP [2024] 10 CLJ 167, di mana isu penghukuman sebat secara serentak timbul. Mahkamah Persekutuan memutuskan, melalui keputusan majoriti 2:1, bahawa mahkamah tiada kuasa untuk memberi perintah hukuman sebat secara serentak dalam keadaan kuasa 10 tersebut tidak terkandung dalam mana-mana peruntukan perundangan. Abu Bakar Jais HMP menjelaskan di dalam kes tersebut seperti berikut: [5] First, there are no statutory provisions in Malaysia that indicate whether the sentences of whipping should be carried out concurrently or consecutively. However, several points are stipulated with regard to the sentence of whipping in the Criminal 15 Procedure Code (“CPC”). For example, s. 286 of the CPC speaks of the designated place for execution of the same, timing (s. 287 of the CPC), method (s. 288 of the CPC), prohibitions in certain cases (s. 289 of the CPC), requirement of a medical officer’s certificate (s. 290 of the CPC), and procedures when whipping cannot be inflicted (s. 29 of the CPC). 20 [6] Even s. 288(5) of the CPC, at best, is the provision that only mentions the maximum strokes for whipping is 24 for adults and ten strokes for youthful offenders. It still does not explain whether the whipping should be executed concurrently or consecutively. This provision states as follows: When a person is convicted at one trial of any two or more distinct offences 25 any two or more of which are legally punishable by whipping, the combined sentences of whipping awarded by the Court for any such offences shall not, anything in any written law to the contrary notwithstanding, exceed a total number of twenty-four strokes in the case of adults and ten strokes in the case of youthful offenders. 30 PP v Ilham Utama Sawai Suardi 5 [6] Berbeza dengan hukuman pemenjaraan, terdapat peruntukan khusus yang membolehkan perintah pemenjaraan serentak dikenakan. Keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan menjelaskan: [24] Based on the above, there can be no dispute in Malaysia there is no written law that allows for whipping or caning to be ordered concurrently. On the other hand, 5 there is a statutory provision that allows imprisonment to be executed in that manner ie, our own s. 292(1) of the CPC that states as follows: When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to 10 which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct. [7] Penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan juga merujuk kepada kes-kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa hukuman sebat hanya boleh dijalankan secara berturut-turut: PP v Mohamad Ramadzan Mohd Yusof 15 [2021] CLJU 1345, dan PP v Peter Ting Chiong King [1987] 1 MLJ 42. Aplikasi kepada Kes Ini [8] Perintah Mahkamah Tinggi supaya dua hukuman sebat (bagi pertuduhan kedua dan ketiga) berjalan secara serentak jelas bercanggah dengan prinsip undang-undang yang telah dijelaskan di dalam kes Santanasamy v PP. Kami 20 membuat pemerhatian bahawa Mahkamah Tinggi telah memuat keputusan sebelum penjelasan autoritatif Mahkamah Persekutuan dikeluarkan. [9] Jelas dilihat bahawa mahkamah tiada apa-apa kuasa atau budi bicara untuk memerintahkan supaya hukuman sebat dijalankan secara serentak. Oleh yang demikian, kami tiada apa-apa pilihan lain melainkan untuk membenarkan 25 rayuan Pendakwa Raya di dalam kedua-dua kes ini. PP v Ilham Utama Sawai Suardi 6 [10] Perintah Mahkamah Tinggi bahawa hukuman sebat berjalan serentak diketepikan. Kami perintahkan bahawa hukuman sebat bagi pertuduhan kedua dan ketiga dilaksanakan secara berturut-turut. Hukuman penjara dikekalkan sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi. 12 November 2025 5 Azizul Azmi Adnan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 10 Bagi pihak perayu: Ng Siew Wee—Timbalan Pendakwa Raya Bagi pihak responden: Dato’ Hanif Hassan & Wajih Zakwan Hanif—Tetuan Hanif Hassan & Co.