Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42H-16-07/2025 PENDAKWA RAYA …PERAYU LAWAN JAYALATHIME A/P JEGANATHAN …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. Latar belakang
WA-42H-16-07/2025
High Court of Malaysia9 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“eFILING portal 9 Singapore expressed a view with which we respectfully agree. This is what His Honour said: The principles espoused above in R v Tait and Bartley (1979) 24 ALR 473 and Bensegger v R [1979] WAR 65 represent, in my view, the approach which should be adopted by a court towards the issue of maximum sentence”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42H-16-07/2025 PENDAKWA RAYA …PERAYU LAWAN JAYALATHIME A/P JEGANATHAN …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. Latar belakang
1
Ini adalah rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman denda sebanyak RMI0,000.00 gagal bayar 6 bulan penjara atas kesalahan dengan sengaja melakukan pengabaian ke atas seorang kanak-kanak berusia 5 bulan, di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
2
Perintah lain untuk tertuduh menjalani
para
Khidmat Masyarakat (PKW) selama 240 jam dalam tempoh 6 bulan serta Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 32(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bercagaran sebanyak RM2000.00 dengan seorang Penjamin yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen ke atas tertuduh tidak menjadi alasan kepada rayuan Perayu.
3
Pertuduhan terhadap Responden adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 15.2.2024 jam 6.00 petang hingga 6.30 petang, bertempat dialamat Blok 35-03-08, Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, di dalam daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dengan sengaja telah melakukan pengabaian ke atas seorang kanak-kanak bernama Rakshana a/p Logarajan (KPT: 230821-10-0900) berusia 5 bulan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001”. B. Dapatan Mahkamah
4
Pihak Pendakwaan berhujah bahawa Hakim Bicara dalam menjatuhkan hukuman denda, telah khilaf apabila gagal mengarahkan mindanya kepada pindaan hukuman di bawah seksyen 31(1)(a) yang digubal dan diluluskan Parlimen serta berkuatkuasa pada 1.1.2017.
5
Pindaan ini menyaksikan hukuman denda dipinda daripada RM20,000.00 kepada RM50,000.00, hukuman penjara dipinda daripada sepuluh kepada dua puluh tahun. Peruntukan terkini bersabit hukuman bagi seksyen 31(1)(a) ini yang terkandung dalam pertuduhan dan dibacakan kepada tertuduh adalah seperti berikut: “JIKA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH DENDA TIDAK MELEBIHI LIMA PULUH RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA PULUH TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA”
6
Mahkamah bersetuju bahawa meskipun peruntukan hukuman ini bermula dengan suatu denda dengan hukuman penjara sebagai opsyen kedua, namun jika sabit kesalahan Mahkamah juga diberi pilihan untuk menjatuhkan hukuman kedua-duanya iaitu denda dan penjara. Oleh itu, hujahan menyatakan hukuman denda merupakan opsyen pertama adalah tidak selari dengan kuasa yang diberi untuk Mahkamah juga menjatuhkan kedua-dua hukuman denda dan penjara.
7
Pengakuan salah tertuduh pula hanya dimasukkan setelah representasi sebanyak 2 kali kepada Pendakwa Raya ditolak. Dalam erti kata lain, ia bukanlah pengakuan salah yang dibuat dalam masa yang terawal.
8
Fakta kes yang diakui tertuduh Responden, menunjukkan mangsa bayi berusia 5 bulan ini diletakkan di bawah jagaan tertuduh, sepanjang masa kedua ibubapa mangsa bekerja. Mangsa dihantar pada waktu pagi jam 8.30 pada hari kejadian, bersama kakaknya. Mereka diambil semula pada waktu petang jam lebih kurang 7.30 malam.
9
Perayu tertuduh sebagai pengasuh dan/atau penjaga telah meninggalkan mangsa dalam jagaan anaknya yang di bawah usia dewasa 18 tahun manakala tertuduh telah pergi menjalankan perniagaan gerai makan di bawah rumahnya. Apabila ibubapa mangsa datang untuk mengambil anaknya, tertuduh perayu berada di gerai makan tersebut.
10
Mangsa dikatakan oleh suami tertuduh terhantuk kepala semasa meniarap dan mengalami cedera ringan. Namun laporan perubatan awal mangsa, yang dihantar untuk rawatan perubatan di hospital oleh kedua ibubapa mangsa pada malam hari kejadian mendapati mangsa mengalami bengkak kepala bahagian kanan yang kelihatan pada mata kasar dengan anak mata melihat pada sebelah kanan.
11
Tertuduh tidak ada mengambil langkah ke arah merujuk mangsa untuk pemeriksaan di klinik mahupun hospital. Keadaan mangsa yang tidak aktif dan bengkak di kepala memberi indikasi kepada kedua ibubapa mangsa bahawa mangsa mengalami kecederaan serius diakibatkan mangsa telah terjatuh.
12
Ini disahkan melalui hasil CT scan yang menemui pendarahan otak bahagian kanan dan bengkak serta cedera di bahagian otak dengan retak tempurung kepala bahagian kanan. Laporan perubatan lengkap mangsa yang memerlukan pembedahan dilakukan, mengesahkan mangsa mengalami kecederaan “severe traumatic brain injury with intracranial haemorrhage and skull fracture”.
13
Mangsa telah menjalani pembedahan dan dimasukkan ke dalam wad ICU selama 10 hari dan mangsa turut mengalami sawan sebanyak 2 kali. Mangsa hanya didiscaj setelah keluar dari wad ICU dan ditempatkan di wad biasa selama 3 hari. sTidak dinafikan, rawatan susulan mangsa juga termasuk “physiotherapy and expectant management”.
14
Fakta kes juga menunjukkan tertuduh mengabaikan panggilan telefon daripada suaminya yang memaklumkan mangsa telah terhantuk kepala di lantai ketika meniarap dan rawatan yang diberi suami dengan meletakkan ais di kepala bayi mangsa. Sedangkan kejadian pengabaian ini dengan meninggalkan bayi dalam jagaan anaknya sendiri (yang masih di bawah umur) membawa trauma kecederaan retak tengkorak bayi dengan pendarahan di otak.
15
Tertuduh tidak bertindak untuk segera mendapatkan mangsa untuk melihat dan memeriksa keadaan mangsa, setelah menerima panggilan telefon suaminya. Tertuduh tidak juga mencadangkan mangsa dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, sehinggalah mangsa dibawa sendiri ke Hospital Pantai oleh ibubapa mangsa.
16
Pemeriksaan awal pakar perubatan di unit kecemasan pada jam lebih kurang 8.23malam, melalui laporan polis yang dibuat oleh Doktor (lihat: eksibit P3) mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak aktif apabila pertama kali dilihat.
17
Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman Hakim Bicara dan mendapati dalam menjatuhkan hukuman denda, Hakim Bicara telah gagal memberi perhatian dan pertimbangan kepada keseluruhan fakta-fakta ini. Sekiranya ia berada dalam minda Hakim Bicara, pengakuan salah tertuduh perayu tidak akan menjadikan ia satu fakta yang meringankan hukuman.
18
Hujahan Peguam bahawa tertuduh mempunyai pengalaman menjaga kakak mangsa dan anak-anak jiran lain dan kejadian ini merupakan yang pertama. Pada dapatan Mahkamah, hujahan ini bukan satu hujahan mitigasi kerana kejadian pertama ini membawa akibat yang serius ke atas mangsa yang mana kedua ibubapa dan pastinya mangsa yang tidak mempunyai keupayaan, telah bergantung kepada tertuduh dalam menjaga dan memantau mangsa semasa berada dalam jagaan tertuduh.
19
Melalui laporan perubatan mangsa juga, pada 19-21.2.2024, rawatan fisioterapi, terapi pertuturan (“speech therapy”) dan rehabilitasi neurologis (“neuro rehab”) dimulakan. Pada tahap ini, tiada apa-apa keterangan melampaui keraguan munasabah, untuk menunjukkan mangsa akan dan pasti mengalami gangguan atau masalah pertuturan.
20
Oleh itu, jika kes ini dibicarakan, fakta masalah pertuturan merupakan kecederaan lanjut diakibatkan kecederaan pendarahan otak dan/atau retak tempurung kepala mangsa tidak dibuktikan melampaui keraguan munasabah. Ini disentuh oleh Mahkamah kerana terdahulu, permohonan untuk keterangan lanjut dan/atau baru telah cuba dimasukkan oleh pihak pendakwaan tetapi ditolak oleh Mahkamah ini kerana tidak mematuhi standard pembuktian.
21
Namun, Mahkamah berpendapat kecederaan lanjut kehilangan keupayaan bercakap akibat daripada kecederaan asal dan utama dalam kes ini iaitu pendarahan di otak yang membawa kepada rawatan “neuro rehab”, lebih sesuai di dalam suatu prosiding sivil dan bukan prosiding jenayah, meskipun ia fakta relevan dalam hal menjatuhkan hukuman.
22
Prinsip penghukuman sebagaimana yang diputuskan dalam kes-kes Mahkamah di Malaysia dan bidangkuasa lain adalah relevan. Di dalam kes Che Hasan bin Senawi v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 55, Mahkamah Rayuan di mukasurat 58 menyatakan bahawa pengakuan salah jika ia berfungsi sebagai satu mitigasi bukanlah sesuatu yang mutlak. Malahan Mahkamah di Malaysia dalam situasi di mana fakta dan keadaan serta kepentingan awam mewajarkan hukuman yang lebih berat, telah menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melanjutkan hukuman pemenjaraan seseorang tertuduh.
23
Mahkamah Rayuan di dalam kes Che Hasan bin Senawi menyatakan seperti berikut: “In our judgment whether a plea of guilt constitutes a mitigating factor would depend largely on the facts and circumstances of a particular case. Where there is a course of circumstances similar to those that have occurred here, a plea of guilt, having regard to the seriousness of the case, carries little weight. As Karthigesu JA said when delivering the judgment of the Court of Appeal of Singapore in Fu Foo Tong v Public Prosecutor [1995] 1 SLR 448: It is not axiomatic that every plea of guilty ‘entitles’, as it was contended by counsel to a discount of between one-quarter to one-third of what might otherwise be considered an appropriate sentence after a trial. A plea of guilt can be of no mitigating value, for example, when the evidence overwhelmingly supports a conviction. In our judgment, the correct approach to be taken where the maximum or near maximum sentence is warranted is that set out in the judgment of Yong Pung How CJ in Sim Gek Yong v Public Prosecutor [1995] 1 SLR 537. The learned Chief Justice of Singapore expressed a view with which we respectfully agree. This is what His Honour said: The principles espoused above in R v Tait and Bartley (1979) 24 ALR 473 and Bensegger v R [1979] WAR 65 represent, in my view, the approach which should be adopted by a court towards the issue of maximum sentences. To restrict the maximum sentence to the ‘worst case imaginable’ would only invite an endless permutation of hypotheses. In the appellants’ case, for instance, would the ‘worst case imaginable’ be one in which the custom officers had been injured? Or would it be one in which one of the officers had been killed? Or would it be one in which an innocent bystander had been fatally hit by the appellant’s car? The possibilities are limitless and the uncertainty intolerable. All that a court can realistically do — and all that it should do — when deciding whether or not to impose a maximum sentence is to identify a range of conduct which characterises the most serious instances of the offence in question. This would, as the court in R v Tait and Bartley pointed out, involve consideration both of the nature of the crime and of the circumstances of the criminal”.
24
Mahkamah Rayuan dalam kes Kesavan Baskaran v PP [2008] 6 CLJ 390, dengan mengambil kira beratnya kesalahan yang dipertuduhkan iaitu seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, keperluan memberi pertimbangan kepada kepentingan awam dan fakta bagaimana kesalahan dilakukan (dalam kes ini ia dirancang), Mahkamah telah menambah hukuman penjara daripada 14 tahun kepada 18 tahun, meskipun tiada rayuan difailkan oleh Pendakwa Raya.
25
Mahkamah ini setelah meneliti pertuduhan, laporan polis dan fakta kes dan dengan bersandarkan kepada prinsip dalam kes-kes di atas, memutuskan membenarkan rayuan ini dengan menggantikan hukuman denda RM10,000.00 dengan penjara selama satu tahun 6 bulan bermula dari tarikh keputusan dibuat. Dalam mencapai keputusan ini, kepentingan awam adalah diutamakan.
26
Apa yang menarik dalam membincangkan kepentingan awam, Hakim Bicara turut merujuk kepada kes-kes yang melibatkan pengakuan salah namun ia perlu dibezakan dengan kes ini. Namun, sebagaimana yang diutarakan dalam penghakiman ini, pengakuan salah tertuduh bukan dibuat dalam tempoh awal pertuduhan dibacakan. Oleh itu, ia bukan satu keadaan yang menunjukkan tertuduh berasa insaf dan kesal tetapi satu usaha untuk berpegang kepada diskaun atas pengakuan salah.
27
Mahkamah Bicara juga merujuk kepada kes Nor Afizal bin Azizan v PP [2012] 6 MLJ 171 pemain boling tenpin yang diberikan bon berkelakuan baik atas pengakuan salahnya terhadap pertuduhan rogol. Meskipun bon berkelakuan baik yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengetepikan hukuman penjara yang telah digantikan oleh Mahkamah Tinggi, masyarakat umum memberikan reaksi tidak puashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan bon berkelakuan baik ini. Ini mencerminkan salah satu prinsip penghukuman iaitu kepentingan awam perlu diutamakan.
28
Tugas Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bukanlah suatu tugas yang mudah. Setiap perincian fakta perlu diberi pertimbangan sama ada memihak kepada mangsa ataupun tertuduh. Rayuan mitigasi tertuduh menjurus kepada tertuduh perlu bekerja untuk menyara keluarga dan hukuman penjara hanya akan memberikan implikasi yang buruk kepada tertuduh.
29
Jikapun benar hukuman penjara akan memberikan implikasi yang tidak wajar terhadap tertuduh, namun kepentingan mangsa juga perlu diambil kira. Meskipun Peguam tertuduh menyatakan pemeriksaan susulan menunjukkan mangsa telah pulih, namun mangsa dibawa untuk rawatan hospital oleh kedua ibubapanya dan bukan tertuduh. Oleh itu, tertuduh tidak boleh bergantung kepada tindakan yang diambil oleh ibubapa mangsa untuk manfaatnya atau bertindak secara “hopping or latching”, sedangkan terdapat kegagalan di pihak tertuduh berbuat demikian.
30
Apa yang nyata, rawatan mangsa masih belum berakhir kerana mangsa masih perlu terus menjalani neuro rehabilitasi dan fisioterapi. Mahkamah ini berpendapat terdapat fakta-fakta yang memberatkan dan ini telah diulas dengan terperinci di atas, di dalam alasan penghakiman ini. Oleh itu rayuan ini dibenarkan setakat hukuman denda digantikan dengan hukuman penjara 1 tahun 6 bulan. Lain-lain perintah di bawah seksyen 32 dikekalkan. Bertarikh 9 Mac 2026 -t.t.- (NURULHUDA NURAINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur Bagi pihak Perayu Joshua Tee Timbalan Pendakwa Raya Bagi pihak Responden Sharifah Alawiyah Tetuan How & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.