pendakwaan telah berjaya membuktikan responden berseorangan dan mempunyai pemilikan dengan mens rea dadah tersebut iaitu penjagaan dan kawalan ke atas P40, dan cara bagaimana dadah itu disembunyikan di dalam P40 jelas menunjukkan responden mempunyai pengetahuan tentang dadah itu. 16 Dengan penyembunyian dan mengangkut dadah tersebut dari Pakistan ke Malaysia, responden telah mengedar dadah tersebut dalam erti maksud pengedaran di bawah s 2, ADB 1952. Oleh itu, responden telah gagal mematahkan keterangan tersebut dan gagal menimbulkan apa-apa keraguan ke atas kes pendakwaan. [14] Berkesannya, peguam bela responden dalam penghujahannya bersetuju dan menyokong sepenuhnya keputusan YA Hakim bicara. Keputusan Kami [15] Memandangkan pembelaan kes ini dibicarakan setelah diarahkan oleh mahkamah rayuan terdahulu (berlainan kuorum), bertepatan bagi kami untuk memperjelaskan terlebih dahulu tentang pendekatan yang harus diambil dalam mempertimbangkan isu-isu yang ditimbulkan dalam rayuan ini. Dalam kes Pendakwa Raya v Sulaiman bin Saidin [2010] 1 CLJ 184; [2010] 3 MLJ 383, YA Sulaiman Daud HMR menjelaskan: "[27] Sebelum merumuskan isu atau isu-isu yang berbangkit dalam rayuan ini, kami mendapati perlu untuk mengulangi bahawa tertuduh telah dipanggil untuk membela diri setelah mahkamah ini, dalam rayuan terdahulu, mengetepikan keputusan hakim bicara di akhir kes pendakwaan. Sehubungan dengan itu, kami mendapati tiada keperluan bagi kami untuk menimbangkan semula isu-isu yang telah diputuskan oleh mahkamah ini terdahulu mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan di akhir kes pendakwaan, kecuali jika 17 terdapat keterangan-keterangan baru yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan." Kedudukan yang sama juga dalam kes Manimaran a/l Amas v PP [2014] 1 LNS 1412; [2015] 1 MLJ 18, yang memutuskan: [25] In the instant appeal, since all the appellants were called upon by the Court of Appeal to enter on their defence, it must necessarily mean that the Court of Appeal was satisfied that the prosecution had proved all the ingredients of the charge, including the element of common intention, before concluding that a prima facie case had been made out by the prosecution. There was therefore no necessity for us to revisit the issues on whether a prima facie case had been made out. What we need to consider was whether the evidence from the defence had cast a reasonable doubt on the prosecution's case.” (Tekanan oleh kami) [16] Begitu juga dengan rayuan ini, mahkamah rayuan terdahulu, apabila mengarahkan pembelaan dipanggil, sudah semestinya telah merumuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membangkitkan satu kes prima facie terhadap responden termasuklah isu berkenaan dengan Amir, Mustaq, Tanveer, pemakaian s 37 (d) dan pengedaran di bawah s 2 ADB 1952. Kami tidak akan mengulangi isu pembangkitan kes prima facie itu lagi. Apa yang harus kami pertimbangkan adalah sama ada keterangan yang dikemukakan oleh responden telah, atas imbangan kebarangkalian, mematahkan anggapan s 37 (d) tersebut, dan secara keseluruhan, sama ada responden telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan? [17] Setelah mempertimbangkan dengan cermat keterangan dalam rekod dan penghujahan kedua-dua pihak, kami bersetuju dengan 18 penghujahan TPR dan mendapati bahawa pembelaan pembawa ikhlas bukan sahaja tidak terpakai malahan tidak munasabah dalam keadaan kes ini. Pembelaan pembawa ikhlas bukan sahaja sesuatu yang bukan baru malahan lumrah dalam kes-kes sebegini. Pendekatan yang harus diambil dalam mempertimbangkan pembelaan ini telah digariskan dalam beberapa kes. Memadai bagi kami untuk merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Munuswamy Sundar Raj v Public Prosecutor, supra dan PP v Herlina Purnama Sari (2017) 1 MLRA 499. Dalam kes Munuswamy Sundar Raj, supra, diputuskan: “[8] ……The defence of innocent carrier is a valid defence that could be alluded to by an accused person, and in this case the appellant. A plethora of cases sprinkles the legal journals in Malaysia and suffice if we merely refer to a chosen few to clarify this defence without the need for comprehensive judicial activism. The Court of Appeal in Venkatesan Chinnasami v. PP [2011] 1 LNS 1736 put it aptly in the following terms: ... A defence of innocent carrier refers to a state of affairs where an accused person acknowledges carrying, for example a bag or a box, as in the case before us, containing the dangerous drugs but disputes having knowledge of the drugs. Whether it will succeed or not would very much depend on the facts of each case. [9] As said above it is imperative that the success of the defence of innocent carrier depends very much on the facts of each case, a matter that falls within the realm of the trial judge. Ignorance simpliciter is not sufficient to let an accused person off the hook as otherwise every other accused person will allude to that defence. It needs more than that. Without any reason for suspicion, or there is no right or opportunity of examination, ignorance may be a good defence. A hypothetical scenario could be when an accused person receives a package which contains illicit drugs from say, England when not a shred of evidence could establish him having been aware of the circumstances of the drugs being sent to him or having any nexus to him. Prior to the parcel appearing at his door step he would not have had any reason for suspicion or the opportunity to 19 inspect the parcel bearing in mind that the package was beyond his reach until it reached his hands. The rider is that everything depends on the facts. [10] Let us now peruse briefly at the relevant parts of the evidence regarding the current case where every opportunity was made available to the appellant to inspect the bag. It was noticeable that there was no suggestion by the defence that the appellant had enquired from the person who handed the two boxes to him or such a suggestion was made to any of the prosecution's witnesses of the contents. He was in a position to examine the contents of the bag entrusted by that Faruk before it was checked in but failed to do so. He was clearly guilty of wilful blindness (see Hoh Bon Tong v. PP [2010] 5 CLJ 240 CA and PP v. Amil Akmad [2007] 4 CLJ 688; [2007] 5 MLJ 561 CA). In Hoh Bon Tong v. PP (supra ) when discussing this defence held that: The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424 (at p. 438), "the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge". And His Lordship continued further by saying (at the same page): As Professor Glanville Williams aptly remarked in his Texbook on Criminal Law, at p. 125: ... the strict requirement of knowledge is qualified by the doctrine of wilful blindness. This is meant to deal with those whose philosophy is: 'Where ignorance is bliss, 'tis folly to be wise'. To argue away inconvenient truth is a human failing. If a person deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know', he is taken to know'. Continuing at the same page, His Lordship said: In Ubaka v. PP [1995] 1 SLR 267, the principles laid down in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356; [1968] 2 WLR 1303 and modified in Tan Ah Tee v. PP [1978] 1 LNS 193; [1980] 1 MLJ 49 were applied by the trial judge. In its grounds of judgment, this court quoted the following passage by the trial judge: 20 Ignorance is a defence when there is no reason for suspicion and no right and opportunity of examination, and ignorance simpliciter is not enough.” Selanjutnya, dalam kes PP v Herlina Purnama Sari, supra, ditegaskan: "46. Most of the cases where the concept was held to apply concerned cases in which the accused was asked to carry certain articles, or a package, or a bag, or to swallow certain items. In these circumstances, where the request to do any of those things mentioned would be such as would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents, it was upon the accused to make sufficient inquires so as to dispel or to set straight such suspicions. Should the accused not make any or any sufficient inquiries under those circumstances, the concept of wilful blindness would apply so as to fasten upon him or her the necessary knowledge as to the nature of those contents. In other words, if he deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know,' he is taken to know." [18] Dalam rayuan sekarang ini kami mendapati pembelaan responden tidak konsisten dengan ketiadaan pengetahuan tentang dadah dalam beg P40 yang dibawanya. Jika benar Amir itu wujud dan memberikan beg P40 di kawasan karusel dengan tiba-tiba seperti mana didakwa, responden seharusnya mempunyai syak yang tinggi akan permintaan Amir itu dan memeriksa dengan jitu berkenaan dengan barangan yang hendak dibawanya. Syak ini semestinya tertimbul kerana Amir dikatakan telah meminta responden supaya tidak berkomunikasi dan menghampiri dengannya di lapangan terbang Karachi, Pakistan dan juga lapangan terbang di Malaysia. Sedangkan dalam pesawat juga mereka duduk berjauhan. Ini menghairankan memandangkan Amir ini tidak dikenalinya dan dikatakan wakil dan abang kepada agen 21 pekerjaannya iaitu Mustaq yang telah meminta Amir untuk menguruskan pekerjaan responden di kedai buku ayah mereka. Lebih menghairankan apabila responden dan Amir dikatakan hanya mendaftar sebuah bagasi setiap seorang tetapi semasa di karusel Amir dikatakan menunggu 2 lagi bagasi dan terus meminta responden membawa salah sebuah beg tersebut tanpa memberikan sebab kenapa dia harus menerima permintaan itu. Apa yang berlaku selepas itu seharusnya memperkuatkan lagi rasa syak apabila Amir memeriksa beg P40 sebelum memberikan kepada responden. Kenapa itu perlu dilakukan agak sukar untuk difikirkan secara munasabahnya. Responden pula dikatakan telah membuka beg tersebut tetapi bukan untuk memeriksa isi kandungan beg tersebut tetapi hanya untuk menentukan sama ada kunci beg yang diberikan oleh Amir berfungsi atau tidak. Dalam keadaan yang dibentangkan itu, tiada keterangan yang menunjukkan responden telah mengambil tindakan untuk melenyapkan syak tersebut. Responden telah dengan sengaja menutup matanya akan perkara yang nyata. Ini merupakan satu tindakan “wildful blindness” dan responden dianggap mengetahui kandungan beg P40 itu. Kami mendapati YA Hakim tersalah arah dirinya dengan menaikkan taraf pembelaan ignorance simpliciter kepada pembawa ikhlas. Ini bertentangan dengan prinsip perundangan yang digariskan dalam dua kes Mahkamah Persekutuan di atas. [19] Selain itu, kami mendapati YA Hakim bicara melakukan kesilapan yang nyata apabila memutuskan bahawa beg P40 telah didaftar awal oleh Tanveer dalam penerbangan yang lain pada 22.3.2010 dan masih berada di kawasan karusel. Kami tidak menjumpai asas penemuan ini kerana tiada keterangan yang 22 menunjukkan beg P40 itu berada di kawasan karusel itu. Responden (SD1) dalam keterangannya mengatakan beg P40 diambil oleh Amir dari karusel setelah diminta tunggu sebentar sementara Amir memungut 2 lagi bagasinya. Setelah diserahkan oleh Amir, responden dikatakan mengintai ke dalam beg tersebut dan ternampak beberapa buah buku dan pakaian. Dicatat lanjut bahawa kes responden ialah bagasi itu berkemungkinan dibawa oleh Amir dan berada dalam ruang bagasi pesawat. Kami perhatikan tidak menjadi kes responden bahawa Amir mengambil beg P40 yang berada di kawasan karusel itu. Oleh itu, dapatan YA Hakim bicara ternyata bertentangan dengan kes pendakwaan malahan kes responden sendiri. [20] Tambahan lagi, dapatan YA Hakim itu tentang beg P40, dalam keadaan kes ini, amat tidak munasabah sama sekali. Tidak dinafikan tag P40A dijumpai di beg P40. Atas dasar itu, beg P40A dikatakan dipunyai dan didaftarkan atas nama seorang yang bernama Tanveer. Daripada flight manifest P77, P40A merupakan tag tanda beg yang didaftarkan bagi penerbangan P878 pada 13.2.2010. Dikatakan sehingga tarikh responden ditangkap iaitu 24.2.2010, beg P40 dengan P40A itu masih berada di kawasan karusel dan tidak dituntut oleh mana-mana orang. Ini bermakna beg P40 berada di kawasan karusel berkenaan selama 12 hari tanpa diambil atau dituntut oleh pihak berkuasa lapangan terbang iaitu MAS (rujuk keterangan SP6) atau mana-mana pihak. Tidak mungkin juga beg P40 itu berpusing-pusing selama 12 hari di karusel sehingga dipungut oleh Amir. Ini sukar untuk diterima akal. Adakah beg P40 sengaja ditinggalkan di situ, beg yang mengandungi jumlah dadah yang besar (4,189.7 gram), semata-mata menunggu 23 kedatangan Amir bagi tujuan diberikan kepada responden? Selain itu, menurut keterangan SP6 (yang tidak dicabar) sesuatu beg yang didaftar masuk tidak dimungkinkan boleh dinamakan atas nama orang lain dan tidak boleh daripada penerbangan yang berlainan, dan lebih memudaratkan jika beg itu bagi perjalanan pada tarikh yang berlainan. Ini tidak munasabah dan lebih bersifat fanciful. Dalam hal ini kami bersetuju dengan penghujahan TPR bahawa ini merupakan satu strategi untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Walaupun strategi ini boleh dikatakan ingenious namun dalam keadaan kes ini strategi tersebut amat tidak munasabah. Pada hemat kami, fakta prima daripada keterangan SP6, yang tidak dicabar dan diterima oleh mahkamah rayuan terdahulu, mewajarkan satu inferens sahaja iaitu beg P40 dibawa sebagai hand carry luggage dan dibawa oleh responden dan bukan diberikan oleh Amir. Inferens selain itu lebih merupakan sesuatu yang fanciful. [21] Kami juga berpendapat keraguan yang dikatakan ditimbulkan daripada tiga personaliti iaitu Mustaq, Amir dan Tanveer tidak diwajarkan dalam keadaan kes ini. Harus dicatatkan pertuduhan terhadap responden adalah atas dasar pemilikan dan bukan pemunyaan (ownership). Kami berpendapat tidak ada asas bagi YA Hakim bicara untuk membuat dapatan bahawa pendakwaan telah gagal membuat siasatan yang menyeluruh ke atas tiga personaliti tersebut dan mencipta kelompangan pada kes pendakwaan. Kami perhatikan maklumat yang diberikan tentang Amir, Mustaq dan Tanveer amat sedikit untuk dibuat turutan berkesan. Responden tidak mengenali Amir dan jauh sekali Tanveer. Mustaq pula berada di Pakistan. Lebih mengejutkan, semasa responden ditahan dan diperiksa, sepatutnya dia memaklumkan atau menunjukkan Amir 24 yang dikatakan berada di belakangnya. Ini langsung tidak dilakukan. Pada kami ketiga-tiga personaliti di atas sengaja diwujudkan dan jika wujud sekalipun itu tidak memudaratkan kes pemilikan mens rea dan mengedar dadah berkenaan oleh responden. Diimbas kembali, Mahkamah Rayuan terdahulu telah memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap responden. Bagi tujuan tersebut, pendakwaan semestinya didapati telah mengguna pakai anggapan di bawah s 37 (d) ADB 1952, dan perbuatan mengangkut dadah tersebut bagi tujuan pengedaran seperti mana ditakrifkan dalam s 2 ADB 1952. Atas dasar itu, undang-undang kini mantap bahawa beban pembuktian untuk mematahkan anggapan tersebut adalah ke atas responden dan atas imbangan kebarangkalian-rujuk Public Prosecutor v Badrulsham Bin Baharom [1988] 2 MLJ 585. Apabila YA Hakim bicara mengatakan terdapat banyaknya kelompangan disebabkan oleh tiga personaliti tersebut, dan pendakwaan telah gagal menjelaskan kelompangan tersebut, YA Hakim bicara bukan sahaja melanggar prinsip dalam kes Manimaran A/L Amas v PP supra, dan PP v Sulaiman Saidin, supra, malahan telah terkhilaf dalam menilai tentang beban ke atas responden untuk mematahkan anggapan s 37 (d) dan untuk menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Kami juga berpendapat tiga isu yang dibangkitkan oleh Hakim bicara dan mempengaruhi keputusannya tidak diwajarkan dalam keadaan kes ini seperti mana yang telah kami huraikan di atas. Setelah dipertimbangkan keseluruhan keterangan dalam rekod, kami berpendapat responden telah gagal mengemukakan keterangan baru untuk mematahkan anggapan di bawah s 37 (d) ADB 1952, dan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 25 [22] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami mendapati rayuan Pendakwa Raya mempunyai merit. Ekoran itu, kami membenarkan rayuan dan mengetepikan keputusan YA Hakim bicara yang melepaskan dan membebaskan responden. Setelah berpuas hati pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap responden tanpa keraguan yang munasabah dan kegagalan responden untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan itu, kami mendapati responden bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana dia dituduh. Dengan itu kami menjatuhi responden dengan hukuman mati mandatori. t.t ABDUL KARIM ABDUL JALIL Hakim Mahkamah Rayuan Tarikh: 22 Januari 2018 Bagi pihak Perayu: Jasmee Hameeza Jaafar Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Responden: Dato’ Rajpal Singh (bersama Tiew Poh Nee) Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu