1
Pendakwa Raya/Pemohon telah membuat satu (1) permohonan terhadap Responden untuk menuntut harta di bawah Seksyen 56, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (“AMLATFPUAA 2001”).
WA-44-128-08/2022
High Court of Malaysia18 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nya diperolehi dari “aktiviti **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 haram”. Ini adalah jelas kerana “preamble” Akta 613 ini berbunyi “An Act to provide for the offence of money laundering, the measures to be taken for the prevention of money laudering ... a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Pendakwa Raya/Pemohon telah membuat satu (1) permohonan terhadap Responden untuk menuntut harta di bawah Seksyen 56, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (“AMLATFPUAA 2001”).
2
Responden ialah Kavindra A/L Suppiah (No. K/P: 960104-14-5449) yang mana telah mulanya ditangkap kerana disyakki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B dan kemudiannya dituduh di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki dadah dan telah mengaku bersalah.
3
Di dalam permohonan ini dua (2) harta telah dirampas iaitu kereta Honda CRZ Hybrid yang dipandunya dengan nombor pendaftaran PKC 2244 yang didaftar di atas nama Responden dan wang tunai berjumlah RM90,000.00 di dalam milikan Responden yang dijumpai di dalam bilik tidurnya.
4
Ekoran daripada Notis Pihak Ketiga bertarikh 10.4.2023, pihak Ketiga iaitu bapa saudara Responden telah menuntut wang tunai berjumlah RM90,000.00 tersebut dan telah memfailkan Affidavit Jawapan pada
2
2.6.2023. Responden dan pihak Ketiga telah menentang permohonan Pemohon ini. [5] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah membenarkan permohonan Pemohon/Pendakwa Raya. [6] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Responden telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [7] Ini merupakan alasan-alasan terhadapnya. B. FAKTA KES [8] Pada 5.2.2021, Pengadu, Penguasa Kastam Tan Sing Chai dari Ibu Pejabat Kastam Cawangan Narkotik yang juga Pegawai Serbuan, berdasarkan maklumat yang diterima, telah mengetuai pasukannya untuk satu operasi serbuan berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Di dalam operasi tersebut, satu bungkusan dadah telah dijumpai di dalam sebuah kereta jenis Honda CRZ berwarna putih bernombor pendaftaran PKC 2244 yang dipandu dan dimiliki oleh seorang lelaki India yang kemudiannya dikenali sebagai Kavindra a/I Suppiah (No. K/P: 960104-14-5449) iaitu Responden kerana disyaki membawa bungkusan yang dipercayai dadah berbahaya dan telah berlakunya kesalahan jenayah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Seterusnya Responden telah ditangkap dan kereta dan dadah tersebut dirampas. [9] Tangkapan dan rampasan berkaitan aktiviti pengedaran dadah berbahaya tersebut berlaku di Stesen Minyak Petron beralamat di No. 66, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur. [10] Susulan daripada tangkapan tersebut dengan dipandu arah oleh Responden sendiri, telah membawa pasukan serbuan tersebut ke tempat tinggal Responden iaitu premis rumah milik ibu bapa Responden di 12A, Crescent Court, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Pasukan serbuan telah menjumpai wang tunai berjumlah RM90,000.00 di bahagian almari baju di bilik tidur Responden dan seterusnya wang tersebut dirampas. Pengadu seterusnya telah membuat dua (2) laporan Polis mengenai rampasan-rampasan tersebut. C. UNDANG-UNDANG BERKAITAN [11] Permohonan pelucuthakan harta ini di buat di bawah Seksyen 56 (1), Akta AMLATFPUAA (Akta 613) yang berbunyi seperti berikut: “56. Pelucuthakan harta jika tiada pendakwaan
1
Tertakluk kepada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini tiada pendakwaan atau sabitan bagi suatu kesalahan membiayai keganasan, Pendakwa Raya boleh, sebelum tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaan itu, atau jika terdapat suatu perintah pembekuan, dua belas bulan dari tarikh pembekuan itu, memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati bahawa harta itu ialah-
a
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;
b
harta pengganas;
c
hasil daripada aktiviti haram; atau
d
peralatan kesalahan.” [12]
Preamble
Menurut Seksyen 56 (2) pula, sebelum membenarkan permohonan pelucuthak, Mahkamah perlu berpuas hati bahawa kehendak-kehendak di bawah Subseksyen ini telah diikuti. [13] Subseksyen (2) kepada Seksyen 56 berbunyi: “(2) The judge to whom an application is made under subsection (1) shall make an order for the forfeiture of the property if he is satisfied-
a
that the property is-
i
the subject-matter or evidence relating to the commission of an offence under subsection 4(1) or a terrorism financing offence;
II
(ii) terrorist property;
III
(iii) the proceeds of an unlawful activity; or
IV
(iv) the instrumentalities of an offence; and
b
that there is no purchaser in good faith for valuable consideration in respect of the property.
3
Any property that has been seized and in respect of which no application is made under subsection (1) shall, at the expiration of twelve months from the date of its seizure, be released to the person from whom it was seized.
4
In determining whether or not the property has been obtained as a result of or in connection with an offence under subsection 4(1) or a terrorism financing offence or is terrorist property, the court shall apply the standard of proof required in civil proceedings.” [14] Pengubahan wang haram (yang mana Responden tidak dipertuduhkan) didefinasikan seperti berikut di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA (Akta tersebut) seperti berikut: “4.
1
mana-mana orang yang –
a
melibatkan diri, atau cuba untuk melibatkan diri dalam; atau
b
bersubahat dengan pelakuan, pengubahan wang haram melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.” C. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [15] Ini merupakan satu permohonan perlucutan hak ke atas harta yang telah dirampas dan kemudiannya disita oleh pihak KASTAM terhadap Responden ekoran daripada penglibatan aktiviti haram Responden iaitu mengedar dadah. Secara keseluruhan, ini merupakan kes yang tidak rumit (“straight forward”) yang tidak melibatkan isu undang-undang yang kompleks.
i
Sama ada harta yang disita merupakan hasil daripada aktiviti haram berkaitan dengan perlakuan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 4 (1) AMLATFPUAA (Akta 613) [16] Berdasarkan keterangan melalui Affidavit-Affidavit, khususnya daripada Penolong Penguasa Kastam Rosmawia binti Azahri (Pegawai Penyiasat AMLA) dan Penolong Pengarah Kastam (Predikat) Muhamad Ardy bin Ismail adalah jelas bahawa satu tangkapan telah dibuat terhadap Responden iaitu tangkapan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah dan semasa tangkapan pasukan serbuan/rampasan telah membuat rampasan ke atas kereta Honda CRZ bernombor pendaftaran PKC 2244 (kenderaan milik dan dipandu Responden tersebut). Turut dirampas adalah wang tunai sepertimana disenaraikan di dalam Notis Usul, selain daripada rampasan dadah berkenaan. Keterangan melalui Affidavit Penolong Pengarah Kastam di Kandungan (3) menunjukkan bahawa Responden telah ditangkap di mana dadah dirampas adalah di dalam bentuk parcel di dalam kereta yang dipandu dan dimiliki Responden tersebut. [17] Perlu ditekan di sini bahawa kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya adalah suatu “kesalahan serius” yang tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta 613 (AMLATFPUAA). [18] Kesalahan serius di bawah Seksyen 3, bermaksud: “5.3 “serious offence” means-
a
any of the offences specified in the Second Schedule;
b
an attempt to commit any of those offences; or
c
the abetment of any of those offences;” (Di bawah Jadual Kedua (Akta 613) AMLATFPUAA aktiviti pengedaran dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya adalah disenaraikan sebagai kesalahan serius/berat.) [19] Kejadian pertama iaitu aktiviti pengedaran dadah mempunyai kaitan dan nexus terhadap kejadian kedua di mana dengan dipandu arah oleh Responden sendiri pasukan rampasan/serbuan telah dibawa ke rumahnya dan telah menjumpai sejumlah wang tunai berjumlah RM90,000.00 di dalam bilik tidur milik Responden. Mengenai kereta dan wang RM90,000.00 [20] Mahkamah ini telah meneliti segala keterangan-keterangan yang telah dikemukakan pihak Pemohon dan Responden melalui Affidavit-Affidavit masing-masing. Mahkamah tidak mengambil kira pengakuan Responden seperti di dalam Percakapan Beramarannya (Cautioned Statement) yang telah dirakamkan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan AMLATFPUAA kerana ia akan memprejudiskan Responden kerana isu kerelaan membuat pernyataan pengakuan tersebut tidak dibuktikan. [21] Namun, daripada keterangan Affidavit-Affidavit khususnya daripada Pegawai-Pegawai Penyiasat AMLA dan Predikat, Mahkamah berpuas hati bahawa kenderaan tersebut iaitu Honda CRZ Hybrid telah digunakan sebagai peralatan kesalahan dalam melakukan kesalahan serius/berat iaitu pengedaran dadah. Ini adalah kerana parcel (bungkusan) yang mengandungi dadah tersebut telah dijumpai di dalam kenderaan tersebut semasa tangkapan. Responden tidak membuat hujahan tentangan yang serius mengenai harta ini. [22] Mengenai wang rampasan RM90,000.00 tersebut, di dalam menentang permohonan ini, Responden menekankan bahawa wang RM90,000.00 ini adalah hasil yang sah. Responden di dalam memberi keterangan melalui Affidavitnya telah mengikrarkan bahawa itu adalah wang yang dihadiahkan oleh bapa saudaranya iaitu RM30,000.00 pada bulan Januari 2020 sempena hari jadinya dan RM60,000.00 di dalam tiga (3) transaksi (bulan April, Julai, Oktober 2020) untuk Responden menyambung pelajarannya. [23] Mahkamah telah menimbang keterangan melalui Eksibit Responden dan Mahkamah telah memutuskan bahawa tiada keterangan dokumentari yang dikemukakan oleh Responden mengenai wang RM90,000.00 itu adalah dari pemberian bapa saudaranya. Contohnya adalah Akaun Banknya yang gagal dikemukakan. [24] Dengan kegagalan ini, inferensnya ialah wang RM90,000.00 itu adalah hasil dari aktiviti haram iaitu aktiviti pengedaran dadah. [25] Selain daripada itu, keterangan menunjukkan Responden merupakan seorang penganggur semasa ditangkap/tarikh kejadian dan pernah bekerja sebagai pemandu Grab. Dengan latar belakang bahawa Responden telah ditangkap dengan sejumlah besar dadah berbahaya, maka inferens yang boleh dibuat sekali lagi adalah Responden memang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah dan wang RM90,000.00 tersebut adalah hasil daripada aktiviti pengedaran dan penjualan dadah tersebut. [26] Ini adalah kerana dari segi hukum akal, mana mungkin seorang penganggur dan pemandu Grab mempunyai simpanan wang yang amat banyak berjumlah RM90,000.00 jika itu bukan wang hasil aktiviti haram iaitu penjualan dan pengedaran dadah. [27] Setelah meneliti segala keterangan Affidavit dan dokumen berkaitan, Mahkamah berpuas hati bahawa satu kesalahan berat/serius telah dilakukan oleh Responden iaitu di mana Responden telah melakukan kesalahan berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah yang menyebabkan Responden dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya walaupun akhirnya beliau dituduh semula di bawah milikan sahaja di bawah Seksyen 6/29A Akta Dadah Berbahaya.
II
(ii) Setelah berpuas hati bahawa harta tersebut merupakan hasil dari aktiviti haram bolehkah permohonan di bawah Seksyen 56
2
dibenarkan? [28] Setelah meneliti segala keterangan Affidavit-Affidavit khususnya daripada Pegawai Penyiasat Predikat dan AMLATFPUAA, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan Pemohon/Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kesemua harta yang dinyatakan dalam Notis Usul iaitu wang RM90,000.00 dan Kereta Honda CRZ adalah hasil harta yang diperolehi daripada aktiviti haram (kegiatan dadah) di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana merupakan satu kesalahan serius/berat di bawah Jadual Kedua Akta 613. [29] Responden telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan dokumentari untuk menafikan harta-harta tersebut adalah hasil daripada aktiviti haram. Kegagalan ini menunjukkan tiada versi atau inferens lain yang telah dikemukakan untuk menunjukkan keadaan sebaliknya. [30] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpuas hati bahawa semua kehendak-kehendak di bawah Seksyen 56 Akta 613 (AMLATFPUAA) telah berjaya di buktikan memandangkan harta-harta yang disita tersebut adalah harta yang telah disita di bawah Akta 613 ini dan tiada pendakwaan atau sabitan direkodkan di bawah Seksyen 4 (1) Akta 613 ini. (Lihat PP v. Billion Nova Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 763). Perintah sitaan telah dikeluarkan pada 5.8.2021 di bawah Seksyen 45 (2) AMLATFPUAA 2021 terhadap kedua-dua harta tersebut seperti Eksibit RA-3 dan RA-4 di dalam Affidavit Penolong Penguasa Kanan Rosmawia binti Azahri (Affidavit AMLA) di Kandungan (4). [31] Justeru itu, Mahkamah membenarkan permohonan pelucuthakan harta-harta ini. PERMOHONAN PIHAK KETIGA [32] Pihak Ketiga turut memfailkan tuntutannya terhadap harta wang tunai RM90,000.00 tersebut, sebagai Penuntut Pihak Ketiga yang suci hati. Bagi maksud ini pihak Ketiga perlu membuktikan kelayakan beliau sebagai pihak Ketiga yang suci hati dengan membuktikan kehendak-kehendak yang dinyatakan di dalam Seksyen 61 (4) (a) hingga (e) Akta 613 tersebut. Adakah pihak Ketiga berjaya membuktikan bahawa dia adalah pihak Ketiga yang suci hati? [33] Pihak Ketiga/Penuntut iaitu bapa saudara Responden yang bernama Dato’ Sri Pulainthiran a/l Vendasamy telah memberikan keterangan melalui Affidavitnya yang menyatakan bahawa beliaulah yang telah memberikan wang RM90,000.00 kepada Responden di mana RM30,000.00 telah dihadiahkan kepada Responden sempena hari jadinya pada Januari 2020 dan selebihnya sebanyak RM60,000.00 sebagai sokongan/motivasi kepada Responden untuk menyambung pelajarannya. [34] Pihak Ketiga hanya mengemukakan keterangan tentang pangkat dan juga dirinya sebagai seorang Businessman yang berjaya tanpa mengemukakan apa-apa keterangan yang berbentuk dokumentari seperti Penyata Bank atau sebarang bukti yang menunjukkan bahawa wang tersebut merupakan harta sah miliknya yang telah dihadiahkan kepada Responden dan bukannya harta daripada aktiviti haram pengedaran dadah. Pihak Ketiga telah gagal mewujudkan inferens bertentangan dengan versi Pemohon bersandarkan hasil siasatan Pegawai Predikat AMLA dan Predikat. [34] Berdasarkan keterangan yang ada, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Ketiga/Penuntut bukanlah seorang yang suci hati dan gagal membuktikan kelayakan beliau bagi menuntut harta-harta yang telah disita atas imbangan kebarangkalian seperti diperuntukkan di bawah Subseksyen 61 (4) (a) hingga (e) Akta tersebut, secara spesifiknya, Subseksyen 61 (4) (c) Akta tersebut. [35] Di akhir perbicaraan permohonan ini, Mahkamah memutuskan bahawa kesemua harta yang disita milik Responden hendaklah dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia di bawah Subseksyen 56 (2) Akta 613 seperti di dalam prayer Pertama dalam Notis Usul yang difailkan Pemohon/Pendakwa Raya. D. LAIN-LAIN [36] Peguambela Responden telah membangkitkan dua (2) isu teknikal sebagai Bantahan Awal. Pertama ialah permohonan perlucutan harta di bawah Seksyen 56 (1) AMLATFPUAA ini kononnya adalah di luar masa kerana perkataan “sebelum tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaan itu.” [37] Bantahan awal kedua ialah bahawa Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (di mana Defendan telah didapati bersalah) bukanlah aktiviti haram di bawah AMLATFPUAA 2001. [38] Mahkamah akan meneliti bantahan pertama dahulu iaitu isu kononnya permohonan ini di buat di luar masa. Perlu ditekankan di sini bahawa perbezaan perlu dibuat di antara tarikh rampasan dan tarikh sitaan untuk menentukan bila tempoh 12 bulan tersebut berkuatkuasa dan bila ianya tamat. [39] Adalah tidak dinafikan bahawa kedua-dua harta tersebut telah dirampas oleh pihak Kastam pada 5.2.2021 iaitu hari kejadian dan permohonan ini di buat oleh Pemohon/Pendakwa Raya pada 3.8.2022. Ini mengikut Responden telah melebihi 6 bulan dari had tempoh masa iaitu sepatutnya tamat pada 5.2.2021. [40] Setelah meneliti keterangan Affidavit khususnya Affidavit Rosmawia binti Azhari di Kandungan (4), seorang Penolong Penguasa Kastam yang telah mengepilkan Eksibit RA-3 dan RA-4 iaitu perintah-perintah sitaan yang dikeluarkan di bawah “Akta ini” iaitu AMLATFPUAA 2021, kedua-dua perintah tersebut telah dikeluarkan pada tarikh 5.8.2021. [41] Sehubungan dengan itu, diambil kira perintah sitaan dikeluarkan pada 5.8.2021 dan permohonan ini di buat pada 3.8.2022, maka permohonan ini adalah masih di dalam tempoh had masanya. Ini perlu dibezakan dengan tarikh rampasan yang telah dibuat (di bawah Akta Dadah Berbahaya) pada 5.2.2021. Justeru itu, Mahkamah memutuskan bahawa bantahan awal ini tidak bermerit dan perlu ditolak. [42] Mengenai bantahan awal kedua, memandangkan harta tersebut adalah “proceeds of an unlawful activity”, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 3 (Akta 613) yang bermakna “any proceeds derived or obtained directly or in directly by any person as a result of any unlawful activity.” “Unlawful activity” telah ditafsirkan sebagai – “any activity which is related directly or indirectly to any serious offence.” “Serious offence” telah didefinasikan sebagai “Any of the offences specified in the Second Schedule.” [43] Oleh kerana penekanan adalah “unlawful activity”, maka Mahkamah memutuskan kehendak 56 (1) telah dipenuhi kerana Responden terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah sehingga dituduh di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya iaitu satu aktiviti haram. [44] Mahkamah memutuskan bahawa walaupun kemudiannya Responden dituduh di bawah Seksyen 6/9A Akta Dadah Berbahaya dan bukannya di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, hakikatnya, Responden telah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah itu, iaitu satu aktiviti haram. [45] Selain dari itu, dilihat dari segi “spirit” Akta 613 itu sendiri secara keseluruhan, Akta ini adalah mengenai pengubahan wang haram, pelucuthakan harta sitaan yang hasilnya diperolehi dari “aktiviti haram”. Ini adalah jelas kerana “preamble” Akta 613 ini berbunyi “An Act to provide for the offence of money laundering, the measures to be taken for the prevention of money laudering ... and to provide for the forfeiture of property ... derived from proceeds of an unlawful activity.” Tidak dinyatakan Responden perlu didapati bersalah di bawah Seksyen 39B (pengedaran dadah) satu “serius offence”. Namun apa yang nyata dari keterangan melalui Affidavit-Affidavit pihak Pemohon, Responden memang terlibat dengan aktiviti haram iaitu pengedaran dadah. Keterangan ini adalah memadai. Justeru bantahan Responden mengenai perkara ini adalah ditolak. E. KESIMPULAN [46] Permohonan Pemohon/Pendakwa Raya dengan ini dibenarkan di bawah Seksyen 56 (1) dan (2), Akta AMLATFPUAA (Akta 613) kerana telah berjaya memenuhi kehendak-kehendak seksyen tersebut di atas imbangan kebarangkalian. Tarikh: 30 Oktober 2023 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur. Pihak-Pihak Pendakwa Raya/Pemohon: Puan Rohaiza binti Zainal TIMBALAN PENDAKWA RAYA Jabatan Peguam Negara Aras 5, No. 45, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA Responden/Perayu: Encik Kitson Foong (Cik Chew Jee San bersamanya) TETUAN KIT & ASSOCIATES 195-1, Sri Wangsaria Jalan Ara, Bangsar Baru 59100 KUALA LUMPUR (Ruj. Kami: KITA/CR/KS/3/22)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.