Muhammad Afandi Mukhtar v PP [2018] 1 LNS 635 • Kes OKT mengaku salah di bawah pertuduhan seksyen 394 Kanun Keseksaan • Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun dan 2 kali sebatan • Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut.” HUJAHAN RESPONDEN [16] Bagi pihak responden, peguam terpelajar Puan Kamala Ganapathy Rajagopalan berhujah bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana adalah dalam lingkungan julat hukuman 8 yang dibenarkan di bawah undang-undang. Beliau telah berhujah bahawa hukuman merupakan budi bicara mahkamah yang mana ianya adalah tertakluk kepada fakta dan keadaan kes masing-masing. [Rujukan dibuat kepada kes Mohd Jalani bin Salimon v PP [1997] 5 MLJ 551 dan PP v Khairuddin [1982] 1 MLJ 331. Puan Kamala juga telah merujuk kepada kes Bhandulananda Jayatilake v PP [1982] 1 MLJ 83. [17] Peguam terpelajar bagi pihak responden juga berhujah bahawa Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengambil kira kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman ke atas responden. Rujukan dibuat kepada kes PP v Muthu Subramaniam Seeniservai [2001] 7 CLJ 236. [18] Puan Kamala berhujah bahawa Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengambil kira faktor-faktor peringanan seperti pengakuan salah [Mohd Abdullah Ang Swee Kang v PP [1987] CLJ (Rep 209), [1987] 1 MLJ 167, Melvani v PP [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134]. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil kira keinsafan responden, kecederaan mangsa yang minima iaitu “soft tissue injury” dan hukuman sebatan yang diberikan sebagai penambahan dan akan kekal selamanya dalam ingatan responden. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERHUBUNG HUKUMAN [19] Bagi maksud hukuman, apakah prinsip undang-undang yang terpakai? Prinsip menetapkan hukuman adalah jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v PP [1982] 1 MLJ 83 yang telah memutuskan bahawa: “As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to 9 enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had to occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometime reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to view the same crime with leniency. Therefore, sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for this reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorized or extraneous or irrelevant exercise of discretion.” [Penekanan ditambah] [20] Berdasarkan kes Bhandulananda Jayatilake tersebut di atas, suatu mahkamah diberi budi bicara yang luas untuk menentukan hukuman. [21] Berkaitan fungsi mahkamah dalam pendengaran rayuan terhadap hukuman kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 telah menetapkan prinsip seperti di bawah ini: “In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from each case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All 10 things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations. The principles to be applied in imposing sentence however are the same in every case. The High Court sitting in exercise of its revisionary powers will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence of the lower court is either manifestly inadequate or grossly excessive or to all the facts which the court ought to take judicial notice of, that it is to say, that the lower court clearly has erred in applying the correct principles in the assessment of the sentence. It is a firmly established practice that the court will not alter a sentence merely because it might have passed a different sentence.” [Penekanan ditambah] [22] Kes Loo Choon Fatt (supra) sepertimana yang dipetik di atas tadi, menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan mengubah hukuman hanya kerana Mahkamah Tinggi tersebut mungkin memberikan satu hukuman yang berbeza. Berlandaskan prinsip undang-undang berhubung hukuman, mahkamah ini akan meneliti hukuman yang telah dijatuhkan oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. ANALISA DAN DAPATAN [23] Bagi kes ini, responden telah dipertuduhkan dan disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan. Seksyen 394 tersebut memperuntukkan: “Section 394. Voluntarily causing hurt in committing robbery. If any person, in committing or in attempting to commit robbery, voluntarily causes hurt, such person, and any other person jointly concerned in committing or attempting to commit such robbery, shall be punished with imprisonment for a term 11 which may extend to twenty years, and shall also be liable to fine or to whipping.” [Penekanan ditambah] [24] Menurut peruntukan seksyen 394 Kanun Keseksaan, kesalahan di bawah sekseyen tersebut boleh dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan. Dalam kes ini, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan bagi tempoh 4 tahun dan satu sebatan. Mahkamah ini mendapati hukuman yang dikenakan oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana adalah dalam ruang lingkup undang-undang. [25] Penelitian Alasan Penghakiman Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati dalam menjatuhkan hukuman, beliau telah menimbang faktor pengakuan salah responden yang menjimatkan kos dan masa semua pihak. Selain itu, mahkamah ini mendapati bahawa Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengambil kira keinsafan responden terhadap kesalahan yang telah beliau lakukan serta umur responden yang muda. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana berharap hukuman yang dikenakan terhadap responden menjadi pengajaran kepada responden agar menjadi warganegara yang berguna kepada negara. [26] Selain daripada itu, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana juga telah menimbang fakta kes yang mana jumlah nilai yang terlibat dalam kes ini pada pendapat Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana adalah kecil. Dalam Alasan Penghakiman beliau, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana juga telah menimbang faktor keseriusan kesalahan dan kepentingan awam. 12 [27] Dalam menjatuhkan hukuman sesuatu mahkamah diberi budi bicara yang luas dalam menentukan sesuatu hukuman [lihat kes Bhandulananda Jayatilake (supra)]. [28] Semasa menjatuhkan hukuman, kepentingan awam merupakan faktor utama [lihat kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 dan kes Rex V Kenneth John Ball 35 Cr. App R 164.]. Kepentingan awam adalah elemen yang perlu dipertimbangkan oleh sesuatu mahkamah semasa mahkamah menjatuhkan hukuman. Bagi maksud ini, mahkamah ini ingin merujuk kepada kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ yang menyatakan: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth john Ball 35 Cr App R 164 as follows:- “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” 13 [29] Berlandaskan pernyataan dalam kes Loo Choon Fatt (supra) tersebut, kepentingan awam akan dapat dipelihara sekiranya hukuman yang dijatuhkan dapat menghindar orang lain dari melakukan kesalahan yang sama (deteran). Kepentingan awam juga akan dapat dipelihara sekiranya pesalah berubah dan menjalankan kehidupan yang jujur. Dalam kes ini, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mempertimbangkan faktor kepentingan awam semasa menjatuhkan hukuman ke atas perayu. Tambahan pula, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menyatakan beliau berharap hukuman yang dikenakan terhadap responden menjadi pengajaran kepada responden agar menjadi warganegara yang berguna kepada negara. [30] Dalam kes ini, perayu telah mengaku bersalah di awal peringkat perbicaraan. Pengakuan bersalah perayu telah menijimatkan kos semua pihak terlibat. Mahkamah dalam kes Melvani v Public Prosecutor [1971] 1 LNS 78, telah menyatakan bahawa pengakuan bersalah tertuduh merupakan satu faktor mitigasi atau peringanan dalam menjatuhkan hukuman. [31] Selanjutnya, mahkamah dalam kes PP v Jessica Lim Lu Ping & Anor [2004] 2 CLJ telah menyatakan: “It is customary for the court to give the convict a reduced sentence for pleading guilty. The court recognizes that a plea of guilty disposes of a criminal case with lightning speed; it eases the backlog of undisposed criminal cases and unclogs the courts and prison of remand-prisoners. A reduced sentence for pleading guilty encourages the accused to be honest in admitting to the offence he has committed. A discount of between one quarter and one third of the sentence that would otherwise have been imposed is usually given.” 14 [Penekanan ditambah] [32] Dalam Alasan Penghakiman, jelas menunjukkan bahawa Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menimbang pengakuan bersalah perayu dalam menjatuhkan hukuman. Pada pandangan mahkamah ini, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengaplikasikan prinsip hukuman (principles of sentencing) dalam menjatuhkan hukuman terhadap perayu apabila beliau telah menimbang faktor kepentingan awam serta pengakuan bersalah perayu. [33] Tambahan pula, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengambil kira keinsafan perayu serta fakta kes yang mana jumlah nilai yang terlibat dalam kes ini adalah kecil. Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah juga mempertimbangkan kecederaan yang dialami mangsa dalam kes ini. [34] Mahkamah ini mendapati bahawa fakta kes ini menunjukkan bahawa responden mengenali mangsa. Kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah soft tissue injury. Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak perayu telah mengemukakan tren hukuman bagi kes di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan. Berdasarkan tren hukuman yang diberikan, pihak perayu berhujah bahawa hukuman yang dikenakan oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana adalah terlalu rendah. [35] Mahkamah ini telah meneliti tren hukuman yang telah dikemukakan oleh pihak perayu. Bagi kes Muhammad Afandi (supra) hukuman adalah 9 tahun dan 2 sebatan. Fakta kes tersebut adalah tertuduh telah menyamar sebagai polis dan telah memecahkan pintu rumah. Tertuduh telah memijak perut mangsa dan menendang mengsa. Beliau juga telah mengacu sebilah 15 pedang panjang. Selain daripada itu, tertuduh juga telah mencucuh api rokok ke atas mangsa. [36] Bagi kes Mohd Adha (supra) hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi adalah pemenjaraan bagi tempoh 6 tahun dan 5 kali sebatan. Fakta kes juga menunjukkan adanya pergelutan dan mangsa dipukul berulang kali dengan batang paip. [37] Berbeza dengan kes di hadapan mahkamah ini, mangsa mengalami soft tissue injury [ekshibit P7] dan ekshibit P5 gambar tidak menunjukkan kecederaan yang teruk. Responden telah memukul mangsa di kaki dengan kayu dan telah merompak satu telefon Nokia dan RM50 tunai. Mahkamah ini berpandangan kes ini boleh di bezakan dengan kes tren hukuman yang telah dikemukakan oleh pihak perayu. [38] Setelah meneliti hujahan bertulis kedua belah pihak, alasan penghakiman dan rekod rayuan, mahkamah ini mendapati bahawa dalam menjatuhkan hukuman, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menimbang kesemua prinsip berkaitan penghukuman (sentencing). [39] Prinsip penghukuman dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 adalah bahawa suatu mahkamah yang menimbang rayuan hukuman tidak akan mengubah hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah rendah semata-mata kerana hakim yang mendengar rayuan akan memberikan hukuman yang berlainan. [40] Selanjutnya dalam kes Azahar Ahmad v Public Prosecutor [2018] 1 LNS 718 Hakim Lim Chong Fong menyatakan: 16 “[40] The general principle on sentencing is laid down by Abdul Hamid CJ (Malaya) (later LP) as follows in the Supreme Court case if Public Prosecutor v Mohamed Or & Ors [1985] 2 MLJ 200: “In this regard we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to proved facts and circumstances. And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence.” [Penekanan ditambah]