(j) perayu dicamkan di mahkamah. [29] Dalam menentukan kualiti sesuatu pengecaman, Mahkamah Persekutuan dalam kes Duis Akim & Ors v PP [2013] 9 CLJ 692 telah antara lain memutuskan (held): “(2) Dalam membuat keputusan awal bahawa perayu-perayu telah dikenal pasti secara positif oleh PW1, hakim bicara sepatutnya berpuas hati dengan ketepatan dan kualiti pengenalpastian tersebut. Beliau bersandarkan pada fakta bahawa PW1 mempunyai masa lima minit yang baik untuk memerhatikan rupa perayu-perayu. Faktor-faktor lain yang menyokong kualiti baik pengenalpastian adalah: orang yang memasuki kedai tersebut pada pagi itu tidak bertopeng; lampu di kedai tersebut adalah cerah; orang-orang yang mengacukan parang kepada PW1 mungkin berada hampir dengannya; penglihatan PW1 terhadap orang-orang yang memasuki kedai tersebut tidak dihalang atau disekat; PW1 mendapat lebih daripada sekilas pandang; keterangannya mengenai pengenalpastian perayu-perayu tidak digugat di bawah pemeriksaan balas yang bertubi-tubi; PW1 tidak mempunyai alasan atau motif untuk membabitkan perayu-perayu; dan kawad cam dibuat dalam tempoh sebulan selepas kejadian.” Selaras dengan nas autoriti di atas, dan bersandarkan pada fakta primer di atas, kami berpendapat kualiti pengecaman dalam kes ini adalah baik. Walaupun pengecaman itu dikatakan dalam waktu yang singkat dan dalam keadaan yang kelam kabut, keadaan sedemikian tidak ipso facto menggugat kualiti pengecaman terutamanya yang melibatkan saksi-saksi yang nampak penyerang yang hampir-hampir mencabut nyawa mereka yang sudah semestinya memahat kejadian tersebut dengan jelas dalam 16 minda mereka. Dalam hal ini, walaupun isu ini sudah semestinya dipertimbangkan oleh mahkamah rayuan terdahulu, kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang telah sekali lagi mempertimbangkannya di akhir kes pembelaan dan memutuskan: “(22) ...There was no evidence led to show that Sarbjit and Kok could have been mistaken in their identification of the accused as the assailant. The place where the incident took place was sufficiently lit, and there is no reason to doubt Sarbjit and Kok’s evidence that they had sufficient time and opportunity to observe the assailant. They both had seen him the assailant at close distance and there was no scope for a case of mistaken identity. In addition, Sarbjit and Kok have no reason to falsely accuse the accused who was not known to them. They would want the actual culprit to be punished and not implicate an innocent man. In the circumstances, I do not accept the evidence of the accused that he has been mistakenly identified as the assailant who had who pulled the trigger. I accept Sarbjit and Kok’s evidence that it was the accused who shot at them and the deceased.” [30] Dapatan kami di atas disokong jamin (warranted) oleh keterangan ikut keadaan yang, ada antaranya, tidak dicabar oleh peguam terpelajar. Dicatatkan walaupun keterangan pengecaman didapati baik, dan demi mempertimbangkan cabaran peguam ke atas keterangan pengecaman oleh SP5 dan SP7 yang dikatakan tidak berkualiti baik, kewajaran pendekatan ini disokong dengan keputusan kes Public Prosecutor v Khamis bin Keli (M) & Ors [2015] 10 MLJ 810 (MT). Di situ, Hakim Stephen Chong (ketika itu) mengulas: “[15] The courts in this country have applied the Turnbull guidelines. From the several cases cited, the Turnbull guidelines have been distilled into a three-step test. The first question which a judge should ask where there is identification evidence is whether the case against the accused depends wholly or substantially on the correctness of the identification evidence which is alleged by the defence to be mistaken. If so, the second question 17 is whether the identification evidence is of good quality, taking into account the circumstances in which the identification by the witness was made. Where the quality of the identification evidence is poor, the judge should go on to ask the third question ie whether is there any other evidence which goes to support the correctness of the identification. If the judge is unable to find other supporting evidence for the identification evidence, he should be mindful that a conviction which relies on such poor identification evidence would be unsafe: see Heng Aik Ren Thomas v Public Prosecutor [1998] 3 SLR(R) 142 and Duis Akim & Ors v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 49.” Dalam rayuan ini keterangan SP8 (ASP Somchard a/l Den Sed) tidak dicabar iaitu keterangan balistik secara saintifik bahawa pistol P22 yang dirampas daripada perayu ialah pistol yang sama dengan yang digunakan semasa kejadian. Tidak dicabar juga bahawa kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian sepadan dengan kelongsong peluru di tempat perayu ditangkap pada 24.8.2013. Menurut SP6 (Abdul Ghani bin Hj. Mohamad Ji) kesemua peluru tersebut dilepas tembak menggunakan pistol yang sama. Harus dicatatkan bahawa hakikat fakta ini tidak dicabar malahan diakui oleh peguam terpelajar dalam pernyataan fakta yang dipersetujui dan dibuktikan secara muktamad dalam ekshibit P8. Dari sudut ini, walaupun nak dikatakan keterangan pengecaman SP5 dan SP7 itu lemah, namun keterangan ikut keadaan di atas melenyapkan kelemahan itu. Atas asas ini, kami mengambil pendirian yang penghujahan peguam terpelajar atas isu ini tidak meyakinkan dan tidak bermerit. [31] Mengenai isu (b) kami juga mendapati tiadanya kekuatan dalam penghujahan peguam terpelajar. Turutan daripada dapatan kami mengenai isu (a) di atas, kes pendakwaan adalah kukuh dan terbukti melalui 18 keterangan terus daripada SP5 dan SP7 serta keterangan ikut keadaan mengenai identiti penembak dan senjata api yang digunakan tersebut. Pada hemat kami, kegagalan memanggil Ng Lai Mun dan lelaki Cina yang tidak dikenali tidak mencipta apa-apa kelompangan atau kelemahan dalam kes pendakwaan. Kami juga mendapati tidak adanya penyembunyian atau niat yang ingin memudaratkan kes pembelaan dengan kegagalan memanggil saksi-saksi tersebut memandangkan kegagalan mengesan mereka. Dalam hal sebegini, peruntukan s. 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai. [32] Tentang isu (c), percanggahan tersebut adalah kecil dan tidak memudaratkan kes pendakwaan. SP10 dalam keterangannya mengatakan semasa dia dan anggotanya membuat serbuan di rumah perayu berada, dia telah melihat perayu berada di atas bumbung rumah dan melepaskan tembakan ke arah mereka. Tiada orang lain yang terlibat. Selanjutnya, SP10 telah menangkap perayu dalam keadaan terbaring akibat terjatuh dari bumbung rumah. Tiada juga orang lain di situ. Mengenai kedudukan pistol, SP10 telah menjelaskan dalam pemeriksaan semulanya begini (ms 158:RR: Jilid 2): “SP10: Semasa serbuan dijalankan, di rumah No. 46, kita telah menyerbu ruang rumah tersebut dan didapati OKT berada di dapur dan terbaring sambil memegang pistol. Itu yang sebenarnya ingin kita sampaikan dalam repot itu.” Harus dicatat lanjut juga bahawa rampasan pistol dan penemuan beberapa butir peluru di situ diakui dalam ekshibit P8. Oleh itu, isu ini juga tidak bermerit dan ditolak in limine. 19 [33] Tentang isu (d), kami tidak teragak-agak mendapati penghujahan peguam terpelajar tidak meyakinkan. Selaras dengan keputusan kes PP v Sulaiman Saidin [2010] 3 MLJ 383, Ouseng Sama-E v PP [2010] 6 CLJ 416, Manimaran a/l Amas v PP [2015] 1 MLJ 18, dan Jitweer Singh Ojagar Singh v PP [2017] 2 CLJ 561, kedudukan dan peranan hakim bicara dalam kes-kes yang diarahkan pembelaan dipanggil oleh mahkamah rayuan kini telah mantap. Dibaca dengan peruntukan s.182A Kanun Prosedur Jenayah, dalam keadaan di atas, hakim bicara hendaklah meneruskan perbicaraan kes pembelaan dan kemudian membuat keputusan secara keseluruhan. Dalam membuat keputusan tersebut, kami bersetuju bahawa hakim bicara tidak seharusnya terhalang (unnecessarily constrained-Jitweer Singh Ojagar Singh supra) dengan dapatan mahkamah rayuan namun harus memberikan pengiktirafan ke atas dapatan mahkamah itu seolah-olah dapatan tersebut ialah penemuan hakim bicara itu sendiri (Ouseng Sama-E supra) terutamanya apabila ketiadaan keterangan baru dikemukakan (Sulaiman Saidin, supra). Berlandaskan prinsip am di atas, kami mendapati pendekatan yang diambil oleh hakim bicara adalah betul dan tepat sekali. Hakim bicara telah menilai dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan pendakwaan dan pembelaan, dan mendapati pembelaan perayu merupakan satu penafian semata-mata dan tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Pertimbangan hakim bicara adalah untuk menentukan sama ada pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah tersebut. Oleh itu, kami tanpa keraguan bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang berikut: 20 Analysis of the defence evidence