(h) SP6 menyatakan bahawa terdapat pencahayaan dalam premis Pusat Internet Café tersebut walaupun lampu dalam keadaan suram dan mula terdapat cahaya matahari. [23] Beberapa aspek keterangan matan SP6 dapat dilihat dari mukasurat 44 – 59 RR Jld.2 dan kami petik setakat yang berkaitan dengan isu pengecaman terhadap responden seperti berikut: : Pada hari kejadian apa berlaku? : Pada masa kejadian saya berada dalam premis di kedai internet dan berborak dengan kawan-kawan yang ada di kedai internet tersebut. : Rahmat di mana ketika itu? : Dia berada di baris ketujuh depan meja belakang kaunter. Saya ingat sekitar jam 5 ke 6 pagi, tiba-tiba 2 orang masuk ke dalam premis itu berbangsa Cina. Seorang pergi ke kaunter dan seorang tunggu di pintu sambil menjelaskan semua orang yang berdiri semua orang duduk. : Siapa yang suruh itu? : Orang yang berdiri di pintu. : Ada mereka bawa apa-apa? : Seingat saya saya melihat satu pistol dan satu pisau. : Siapa yang pegang pistol dan siapa yang pegang pisau? : Yang kurus pegang pistol berada depan pintu. Yang pegang pisau yang berada dekat kaunter yang gemuk. : Kemudian apa berlaku? 16 : Saya rasa takut, panic tapi sabar. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku. Hingga dia mengatakan sambil mengeluar peluru pistol dan tunjuk dan beritahu ini pistol betul peluru hitam bukan pistol main-main. Orang ini orang yang duduk dekat pintu beritahu. Orang yang dari pintu juga pergi ke belakang ke tandas. Round 1 kali dan datang semula ke pintu kedai dan kaunter sambil ambil wang. : Lagi? : Yang kurus ke depan tukar posisi kepada yang gemuk dan yang kurus ambil pisau. Mereka saling bertukar senjata. : Kamu nampak jelas muka 2 orang itu? : Pada fahaman saya muka jelas. : Ada mereka di Mahkamah hari ini? : Seorang ada yang baju hijau yang kurus. : Apa peranan dia? : Saya pohon tengok-tengok dua-dua orang. Lim Long Chuan dipanggil dan dicamkan sebagai yang gemuk (baju merah). : Apa yang baju hijau buat? : Selepas beri amaran dan bertukar senjata seingat dengan yang kurus, dia beredar keluar dari kedai internet sambil pegang pisau. Yang gemuk perhati di dalam. : Seterusnya? : Bila yang kurus keluar, yang gemuk cuba keluar dari kedai internet. Semasa dia nak keluar pintu buka, tangan kanannya yang pegang pistol tersangkut di pintu. Tiba-tiba simati dengan serta merta pukul si gemuk dengan rotan di tangan gemuk. Rotan itu memang ada di premis tersebut. : Kemudian? : Si gemuk keluar bersama simati. Mereka bergelut di luar 17 premis. Dalam tempoh 3 ke 4 saat orang-orang yang ada dalam premis tersebut keluar termasuk saya. Ada yang menyelamatkan diri dan ada yang cuba membantu. : Apa kamu buat? : Semasa saya keluar, simati dan sigemuk bertumbuk bergelut di atas jalanraya di luar premis. Yang gemuk berada di bawah. Yang mati di atas. Yang gemuk melentang. Yang mati bertiarap atas si gemuk. Pada masa itu saya dengar tembakan pertama dan kedua. : Dalam masa yang sama kamu nampak Tertuduh kedua? : Saya nampak di lorong berhadapan Restoran Anuja di seberang jalan. Dia menunggu si gemuk. : Apa lagi kamu lihat? : Saya dengar tembakan ketiga. Saya tunduk. Tiba-tiba saya bersandar di tembok tiang kedai untuk menyelamatkan diri. ….. : Bagaimana dengan Tertuduh si kurus? : Tertuduh kurus tunggu si gemuk di seberang jalan. : Ada Tertuduh (kurus) datang ke tempat gemuk dan Rahmat bergelut? : Tidak pasti kerana saya terhalang oleh simen tembok. : Selepas 5 ke 6 saat kamu merangkak ke Rahmat. Apa jadi dengan si gemuk dan si kurus? : Saya tidak nampak mereka berdua. Motosikal yang dinaiki oleh si kurus telah tiada. ….. : Semasa dalam kedai internet, kamu cam muka gemuk dan kurus. Bagaimana keadaan pencahayaan di kedai internet? : Lampu menyala tapi suram. ….. 18 : Seorang pegang pistol dan seorang pegang pisau. Apa jadi dengan pisau? : Selepas kurus bawa pisau saya tidak tahu apa jadi dengan pisau itu.”. [24] Dalam pemeriksaan-balas, SP6 menyatakan seperit berikut: : Seorang kurus berdiri depan pintu dan gemuk di kaunter? : Setuju. ….. : Bila kurus mengatakan dia memiliki pistol kamu takut? : Setuju. ….. : Apa pakaian si gemuk pada hari kejadian? : Tidak berapa ingat. : Bagaimana dengan si kurus? : Dia pakai topi warna merah dan seluar jeans. Baju tidak berapa ingat dan pakai kacamata rabun. …. : Kamu ingat kurus pakai topi merah, jeans dan baju? Ya. ….. : Kamu lihat bahagian sisi si kurus? : Saya lihat tertuduh bertentangan. Saya berhadapan dengan pintu masa dia beri amaran. : Ada lampu tempat buka pintu? : Ada 1 lampu tapi samar. : Cadangan – keadaan sedemikian kamu tidak dapat lihat muka kurus dengan jelas? 19 : Tidak setuju. : Kemudian si kurus beredar dari kedai internet selepas menukar senjata dengan si gemuk? : Setuju. : Setuju – selepas itu kurus tiada lagi di kedai internet? : Dia keluar dan duduk atas motosikal seberang jalan. ….. : Cadang kamu tidak cam tertuduh (kurus) kerana itu kali pertama kamu lihatnya? : Tak setuju. : Cadangan – semasa kawad cam, polis bantu kamu untuk camkan tertuduh (kurus)? : Tidak setuju. Saya sendiri yang cam. : Berapa orang dalam barisan? : Seingat saya 8 orang. Tertuduh duduk di No: 4.” Dan semasa soal-semula, SP6 menyatakan berikut: : Kamu tak pernah jumpa kurus dan gemuk sebelum ini? : Setuju. : Bagaimana kamu boleh ingat muka gemuk dan kurus? : Semasa pergelutan helmet gemuk terkeluar dari kepala dan saya nampak mukanya dengan jelas. Saya lihat si kurus dan focus mukanya pada masa kejadian walaupun dia pakai topi.” [25] Sepanjang pemeriksaan-balas, SP6 tidak pernah dicabar tentang kewujudan orang ketiga yang bernama Alex turut berada di tempat 20 kejadian. Tidak pernah juga diletakkan kepada SP6 bahawa si kurus itu seorang yang memakai baju warna hijau berseluar jean, memakai selipar, bawa beg pinggang dan bertopi. Keterangan SP6 masa pemeriksaan utama mengatakan tertuduh yang berbadan kurus memakai baju berwarna hijau, memakai topi berwarna merah dan memakai beg pinggang dan responden yang dilihat telah mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg pinggang tersebut. [26] Keterangan SP6 disokong oleh keterangan SP3 mengenai perkara yang matan. Pada masa kejadian SP3 yang datang untuk memungut wang dari kaunter Pusat Internet Café tersebut telah melihat 2 orang yang datang untuk merompak. Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang pisau selama 3 – 4 minit. Pada masa itu keadaan cahaya terang kerana lampu ada terpasang. SP3 mengesahkan bahawa dia ada mendengar 3 das tembakan dilepaskan. Apa yang lebih menarik perhatian kami adalah bahawa SP3 mengesahkan keterangan responden sendiri bahawa pada masa kejadian responden memakai seluar pendek dan berselipar. Kami perturunkan keterangan SP3 seperti berikut di m/s 14 RR Jld.1: 21 : Semasa kamu nampak 2 orang itu yang pegang apa bangsa dan pistol? : China, seluar pendek, selipar biasa, umur lebih kurang 44 – 45 tahun. : Yang pegang pisau? : China, pakai cap tinggi. Dia pakai kasut. Dia tinggi. : 2 orang ini ada tutup muka? : Tiada. Yang pendek gemuk pakai helmet hitam dan tidak ingat sama ada visor.” [27] Kami mendapati tidak ada juga cabaran terhadap identiti sebenar orang yang berbadan kurus. Tidak di “put” bahawa yang berbadan kurus adalah Alex dan tidak disyorkan orang yang berbadan kurus menyerupai diskripsi dan berpakaian seperti pakaian Alex yang telah diceritakan oleh responden dalam keterangan membela dirinya. [28] Kami bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa Hakim bicara telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat keraguan terhadap identiti responden dan terdapat keraguan mengenai orang sebenar yang dilihat bersama Lim masa kejadian berlaku. Kami juga bersetuju 22 dengan hujahan Puan TPR bahawa Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan Alex adalah orang yang bersama Lim pada masa kejadian. [29] Mengenai isu kegagalan pihak pendakwaan memanggil Floricel @ Gloria dan Kumar, Hakim bicara memutuskan ianya fatal terhadap kes pendakwaan. Kami bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa hakim bicara telah membuat dapatan yang khilaf dalam perkara ini. Kami berpandangan bahawa adalah menjadi hak penuh pihak pendakwaan dalam pemanggilan saksi-saksi untuk membuktikan neratif kes mereka. Pihak pendakwaan mempunyai budibicara untuk memanggil saksi-saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap responden. Tidak dinafikan Floricel @ Gloria dan Kumar adalah saksi mata yang turut melihat akan kejadian yang berlaku selain SP3 dan SP6. Walau bagaimanapun Floricel @ Gloria dan Kumar gagal dikesan kerana dipercayai telah kembali ke negara asal mereka Filipina dan India. Tanpa 2 penama ini memberi keterangan, kami mendapati kes pendakwaan masih dapat ditegakkan dan ianya tidak fatal terhadap kes pendakwaan memandangkan terdapat keterangan kukuh dari SP3 dan SP6, dua lagi saksi mata. 23 [30] Dalam kes Ong Hooi Beng & ors v. PP [2015] 1 LNS 63, Abdul Rahman Sebli, HMR memberikan pandangan atas isu yang sama seperti berikut: “[59] Further, even without SD7’s evidence the prosecution already had sufficient evidence to establish a prima facie case against all the appellants. Thus the failure to call him as a prosecution witness is of no consequence as it did not result in a gap in the prosecution case. It is trite law that an adverse inference cannot be drawn for failure to call a witness when the prosecution has discharged its burden. As Yong Pung How CJ said in Chua Keem Long v. PP [1996] 1 SLR 510 at pages 523-524: “The appellant’s contention is that the failure of the prosecution to adduce evidence of those other gamblers meant that the court could presume that the evidence would have gone against the prosecution, that is there were no such visits. Such arguments are commonly made, Commonly too, such arguments are without merit. The court must hesitate to draw any such presumption unless the witness not produced is essential to the prosecution’s case. Any criminal transaction may be observed by a number of witnesses. It is not necessary for the prosecution to produce every single one of those witnesses. All the prosecution need to do is to produce witnesses whose evidence can be believed so as to establish the case beyond reasobable doubt. Out of a number of witnesses, it may then only be necessary to bring in one or two; as long as those witnesses actually produced are able to give evidence of the transaction, there is no reason why all the rest should be called, nor why any presumption should be drawn that the evidence of those witnesses not produced would have been against the prosecution.” 24 [60] As the burden of proof lies with the prosecution, it is entirely for the prosecution to decide whom to call and whom not to call as a witness subject of course to its overriding duty to conduct the prosecution with utmost candour and fairness. If the prosecution knows that a particular witness from whom a statement has been recorded has not told the truth, will not tell the truth and will in fact lie to the court, there is no point in calling such witness. In fact to do so would be to pervert the course of justice. [61] As for the prosecution’s failure to offer SD7 to the defence at the close of its case, we do not think this is a ground for drawing adverse inference under section 114(g) of the Act. In the first place SD7 was available and in fact called by the defence in support of the appellants’ case. The nature of his evidence when he was eventually called to give evidence for the defence perhaps explains why the prosecution decided not to call him as a witness. They must have anticipated that he would be a Trojan horse. The second ground of appeal must therefore fail.”. [31] Hakim bicara turut menyalahkan pihak pendakwaan dengan mengkritik bahawa tiada usaha gigih yang dibuat untuk mengesan Floricel @ Gloria dan Kumar. Kami bersetuju Hakim bicara telah khilaf apabila gagal untuk menimbang keterangan SP10 yang telahpun menjelaskan bahawa Kumar adalah seorang warga India dan Floricel @ Gloria adalah seorang warganegara Filipina. Penama-penama tersebut gagal dikesan dan sapina gagal diserahkan. Penjelasan SP10 kami petik seperti di m/s 92 – 93 RR Jld.2, seperti berikut: 25 : Ada saksi yang cam tangkapan? : Ada. : Ada saksi yang cam tangkapan? : Itu keterangan saksi diambil. 4 orang saksi mata yang Nampak dan boleh cam? : Siapa mereka 4 orang ini? : 1, seorang warganegara India bernama Kumar. : Pada masa kejadian di mana Kumar? : Dia bekerja di kedai mamak depan kedai internet. : Lagi saksi lain? : Teman wanita mangsa orang Filipina bernama Gloria atau Flora. : Teman wanita mangsa berada di mana semasa kejadian? : Bersama mangsa. : Saksi 3? : Pathamananthan supervisor kedai internet. Pada masa kejadian dia hendak masuk ke kedai dan berselisih dengan suspek. : Saksi ke 4 yang boleh cam? : Seorang lelaki Sabah yang turut berada di tempat kejadian bernama Mohd Daly. : Saksi Kumar dan Glory di mana mereka sekarang? : Mereka tidak dapat dikesan. : Ada sapina cuba diserahkan kepada mereka? : Ada tetapi gagal disempurnakan.” 26 [32] Dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan mengenai isu yang sama seperti berikut: “[37] There was nothing in the evidence to indicate that David entered the lounge after the 2nd appellant walked out. The learned DPP rightly submitted that it is therefore irrelevant whether David was called or not as a witness. There was nothing in the prosecution’s case to indicate that the non-calling or offering of David to the defence could have undermined the prosecution’s case. David was not even a witness necessary for unraveling the prosecution’s case and therefore could not be deemed as a material witness for their case. The defence as a material witness for their case. The defence cannot invoke s. 114(g) of the Evidence Act. As Mohamed Azmi SCJ said in the case of Munusamy v. PP [1987] CLJ 221 (Rep); [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492 at 494:- …Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.”. 27 [33] Kami tidak bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang menyatakan kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Floricel @ Gloria dan Kumar serta seorang lagi saksi Mejan bin Sanag yang membuat panggilan telefon memberitahu polis tentang kejadian sebagai fatal kepada kes pendakwaan. Kami juga mendapati bahawa anggapan dibawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang memihak kepada pembelaan tidak wajar digunapakai atas kegagalan tersebut. Kami mendapati tiada keterangan yang dikemukakan dapat menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah cuba untuk menyembunyikan atau menyekat keterangan yang bakal diberikan oleh saksi-saksi tersebut sekiranya mereka dikemukakan di Mahkamah. Kesimpulan [34] Atas alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas, kami dengan sebulat suara mendapati bahawa terdapat merit dalam rayuan Perayu. Rayuan Perayu dibenarkan. Perintah pembebasan dan pelepasan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan dengan responden didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Kami menjatuhkan 28 hukuman mati terhadap responden sebagaimana yang diperuntukan di bawah undang-undang. Bertarikh: 10 November 2017. t.t (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam cara Bagi Pihak Perayu: Norinna bte Bahadun Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya Bagi Pihak Responden: Chong Joo Tian Teruan JT Chong Associates N-4-10, Gamuda Biz Suites No. 12, Jalan Anggerik Vanilla 31/99 Kota Kemuning Seksyen 31 40460 Shah Alam