Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan Responden ialah seorang pembawa polos sedangkan konsep “wilful blindness” terpakai ke atas Responden berdasarkan kes PP v. Herlina Purnama Sari (2017) 1 MLRA 499. Bagaimana pun, di hadapan kami Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah memberikan tumpuan kepada dua persoalan utama iaitu (i) berkaitan dengan pengetahuan responden mengenai dadah yang terkandung di dalam beg P6; dan, (ii) pemakaian pembelaan pembawa polos. [14] Mengenai isu pengetahuan responden tentang dadah di dalam P6, TPR telah menegaskan bahawa pendakwaan telah berjaya mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB 1952. Dengan itu, responden telah dianggap mempunyai milikan dengan pengetahuan P6 yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine berkenaan. Untuk menyokong saranannya, TPR telah merujuk antaranya kes Teh Hock Leong v. PP (2010) 1 MLJ 741 (MP) dan kes Ediawe Eshilma Clinton v. PP (2015) 9 CLJ 169. Dihujahkan dengan pemakaian anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37 (d) tersebut, responden perlu mengakasnya atau mematahkan anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan. 20 [15] TPR seterusnya berhujah di sinilah hakim bicara telah terkhilaf dalam memutuskan responden telah berjaya mematahkan anggapan tersebut dan sekali gus menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Inti patinya, hakim bicara ditegaskan terkhilaf apabila menerima penjelasan atau cerita responden sepenuhnya tentang dirinya sebagai pembawa polos dadah dalam P6 serta penipuan yang dilakukan ke atasnya oleh seorang yang bernama Kapten Daniel, kononnya seorang pegawai tentera yang berkhidmat di Afghanistan, episod kemabukan cintanya dengan Kapten tersebut sehingga mengaburi matanya untuk ke Shanghai, China bagi maksud mendapatkan sijil persaraan Kapten tersebut. Seterusnya, persetujuan responden, pada saat akhir semasa hendak pulang ke Australia, untuk membantu Teja Collin, yang tidak dikenalinya, untuk membawa P6 ke Melbourne untuk diberikan kepada saudara Teja Collin itu. Tuntasnya, cerita tersebut dan pembelaan sebagai pembawa polos amat tidak munasabah dalam senario yang dibentangkan dan tidak seharusnya diterima sebagai pembelaan yang mampu mengakas dan menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. [16] Di pihak responden, sepenuhnya keputusan hakim bicara dia menyokong. Dihujahkan responden telah dapat membuktikan bahawa dia merupakan seorang pembawa polos dan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang dadah yang berada di dalam P6. Hakikat dia diperdaya dek mabuk cinta oleh Kapten Daniel yang kemudiannya disokong dengan pendapat daripada Profesor Dr Monica Whitty (SD2) yang mengatakan responden merupakan mangsa penipuan percintaan 21 Internet dan kesannya ke atas responden sepertimana dilaporkan dalam laporan pakarnya ekshibit D51, telah berjaya mengakas anggapan di bawah seksyen 37 (d) dan akhirnya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah ini didesak agar mengekalkan keputusan hakim bicara itu. KEPUTUSAN KAMI [17] Setelah kami mempertimbangkan penghujahan kedua-dua pihak serta meneliti keseluruhan keterangan dalam rekod, kami berpandangan isu utama dalam rayuan ini melibatkan kedudukan minda responden iaitu sama ada responden mempunyai pengetahuan bahawa beg sandang P6 yang dibawanya mengandungi dadah seperti yang dituduh. Dalam hal ini, dan sepertimana yang telah nyatakan di atas mengenai penemuan hakim bicara di akhir kes pendakwaan, yang telah juga dipersetujui oleh peguam responden, pihak pendakwaan telah berjaya antara lain mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB 1952 untuk membuktikan milikan dengan pengetahuan tentang dadah yang dibawanya. Diperhatikan isu pengetahuan dan pembawa polos telah dihujahkan di peringkat itu dengan panjang lebar dan hakim bicara secara khusus telah mempertimbangkan isu tersebut secara maksimum dan menolaknya. Namun begitu, di akhir kes pembelaan hakim bicara telah melawati isu itu semula dan mengetepikan penemuan tersebut setelah menerima penjelasan responden dan saksi-saksinya mengenai ketiadaan pengetahuan berkenaan dadah tersebut dan terpakainya pembelaan pembawa polos. Pada hemat kami, hakim bicara tidak seharusnya mempertimbangkan isu pengetahuan itu viz-a-viz pembawa polos apabila 22 beliau telah dengan jelas membuat dapatan bahawa anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB 1952 itu terpakai- (rujuk amnya panduan dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692). Dari sudut ini, kami berpendapat hakim bicara telah terkeliru dalam pendekatan yang diambilnya itu. Kami dapati hakim telah banyak terpengaruh dengan pelbagai keterangan, yang pada kami ada yang tidak relevan, yang dilemparkan mengenai keadaan yang membawa kepada tindak tanduk responden dan pembelaan pembawa polos itu. Hujahan yang sama dikemukakan di hadapan kami tetapi kami tidak diyakinkan tentang kemungkinan dan kemunasabahan pembelaan pembawa polos itu. [18] Kami sedar bahawa selaras dengan keputusan kes Duis Akim, supra, hakim bicara seharusnya menentukan sama ada responden telah berjaya mengakas anggapan di bawah seksyen 37 (d), dan seterusnya berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Walaupun hakim bicara ada menyebut akan kehendak tersebut dalam penghakimannya, namun kami mendapati pertimbangan yang dilakukan dalam membuat dapatan terpakainya pembelaan polos itu jauh tersasar dan tidak disokong oleh fakta material yang munasabah. Kami mengatakan sedemikian kerana bona fides responden dilemahkan dengan ketidakmungkinan (improbabilities) yang terletak pada setiap langkah keterangannya dan akhirnya diselubungi dengan kedudukan secara tuntas ketidakmunasabahannya. Langkah-langkah yang kami rujuk itu antaranya ialah: