(i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.”. [87] HMS, dalam penghakimannya, sememangnya tidak membuat rujukan nyata kepada kes Mat v. Public Prosecutor, Radhi Direction dan/ atau perenggan 173(m)(i) KTJ. Sungguhpun demikian, pembacaan penghakiman tersebut menunjukkan bahawa HMS telah mengaplikasikan prinsip undang-undang dan peruntukan perundangan seperti yang ditetapkan tersebut. Ini bukanlah satu keadaan yang mana HMS “had dismissed the accused person’s defence in a cursory manner”. Malahan HMS telah menganalisa dan 73 memberikan perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan sebelum mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM. Pada pendapat saya, HMS telah membuat keputusan yang tepat berdasarkan semua keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan. Alasan Penghakiman untuk Kes Tangkap No. 14-61-5-2011 (pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM) [88] Terdapat tiga aspek dalam Alasan Penghakiman HMS yang perlu diberikan perhatian sebagaimana yang diterangkan di bawah. Keterangan dengar cakap berhubung dengan janji oleh Wong Chee Keong dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggilnya dan Chin Kam Oon sebagai saksi pendakwaan dan menawarkan mereka sebagai saksi pembelaan [89] Peguam bela tertuduh yang terpelajar telah menghujahkan bahawa Wong Chee Kong dan Chin Kam Oon merupakan saksi-saksi material bagi membuktikan kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh kerana nama mereka dinyatakan dalam pertuduhan. Kegagalan 74 pihak pendakwaan memanggil mereka untuk memberikan keterangan di mahkamah dan menawarkan mereka sebagai saksi kepada pihak pembelaan, terutamanya Wong Chee Kong, dikatakan telah memprejudiskan tertuduh memandangkan keterangan SP30 mengenai apa yang didakwa telah diberitahu oleh tertuduh kepadanya tentang janji Wong Chee Kong akan terjumlah kepada keterangan dengar cakap semata-mata. [90] Seterusnya, pihak pembelaan merujuk kepada kes Siti Aishah bt Sheikh Abd Kadir v PP [2013] 6 MLJ 86 di mana kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang saksi yang material untuk memberikan keterangan di mahkamah telah menyebabkan anggapan di bawah Misalan (g) seksyen 114 Akta Keterangan terpakai. Petikan yang relevan daripada kes tersebut ialah seperti yang berikut: “[8] The prosecution did not call M Isa bin Halilhan as a prosecution witness notwithstanding the fact that his name was mentioned in both the charges. The non-calling of this gentleman was also raised in the petition of appeal. [9] As a material witness, M Isa bin Halilhan should be called by the prosecution. The non-calling of this witness has 75 prejudiced or disadvantaged the defence. And s 114(g) of the Evidence Act 1950 should be invoked against the prosecution. To borrow the words of Lord Roche in Seneviratne v R [1936] 3 All ER 36 at p 37 (PC), the calling of M Isa bin Halilhan was 'essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case is based’ or in the sage words of that brilliant judge Mohamed Azmi SCJ in Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 at p 494 (SC), as ‘an important and material witness to the case’.” [91] TPR yang terpelajar pula menghujahkan bahawa kegagalan memanggil Wong Chee Kong dan Chin Kam Oon sebagai saksi pendakwaan dan menawarkan mereka sebagai saksi pembelaan tidaklah menjadikan elemen suapan rasuah tidak berjaya dipenuhi. TPR bergantung kepada penghakiman dalam kes Thavanathan Balasubramaniam v Public Prosecutor [1997] 3 CLJ 150 dan juga Public Prosecutor v Datuk Hj Harun bin Haji Idris (No. 2) [1977] 1 MLJ 15 yang mana HMP Raja Azlan Shah menyatakan: 76 “The object of corroboration is no doubt to satisfy the court that the witnesses are telling the truth and that it is reasonably safe to act upon them. It is not necessary that the corroboration should be of the actual commission of the crime, for then there would be independent evidence of the commission of the offence. It would be enough corroboration if there is independent evidence of relevant circumstances connecting the accused with the crime.”. [92] Tambahan lagi, pihak pendakwaan berpendirian bahawa HMS seharusnya juga menilai keterangan oleh SP10, SP15, SP25, SP26 dan SP28 sebagai keterangan sokongan bagi membuktikan elemen meminta rasuah oleh tertuduh. TPR menghujahkan bahawa kesemua elemen pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM telah berjaya dibuktikan melalui keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Sebaliknya, pembelaan tertuduh hanya merupakan satu penafian kosong semata-mata. [93] HMS dalam penghakimannya telah bersetuju dengan hujah peguam bela bahawa keterangan SP30 yang menyentuh mengenai apa yang 77 Wong Chee Kong memberitahu tertuduh, tanpa Wong Chee Kong dipanggil sebagai saksi di mahkamah, adalah keterangan dengar cakap dan tidak boleh diterima. Selanjutnya, HMS juga telah memutuskan bahawa keterangan oleh SP24 bukanlah keterangan sokongan dalam erti kata sebenar seperti yang digariskan dalam kes DPP v Kilbourne (1973) 1 ALL ER 440. [94] Dalam perkara ini, saya berpandangan bahawa HMS telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan memberikan penekanan kepada isu berkenaan keterangan dengar cakap dan akhirnya memutuskan bahawa keterangan SP30 tidak boleh diterima semata-mata atas alasan ini. Keterangan SP30 sepatutnya dipertimbangkan sepenuhnya dari awal hingga akhir memandangkan dia yang melihat perbuatan tertuduh dan mendengar apa yang diperkatakan oleh tertuduh kepadanya di IPD Kota Setar pada 22.1.2009. Jika ini dilakukan, jelas bahawa di antara keterangan SP30, tertuduh telah memberitahu SP30 bahawa “Wong Chee Kong telah berjanji dengan OKT bahawa Wong Chee Kong akan bagi RM40,000.00 kepada OKT” dan “OKT berkata sekarang saya telah dijamin dan OKT meminta saya beri RM20,000.00 pada OKT”. 78 [95] Dengan kata-kata sedemikian maka dari segi persepsi SP30, dia mempercayai bahawa Wong Chee Kong telah menjanjikan wang RM40,000.00 kepada tertuduh untuk mendapat jaminan bagi kes penculikan tersebut. Bukti kepercayaan SP30 terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh adalah apabila dia mendepositkan wang berjumlah RM10,000.00 ke dalam akaun CIMB yang berkenaan sehari selepas perbualannya dengan tertuduh. [96] Di samping itu, HMS sepatutnya menilai keterangan kesemua saksi pendakwaan secara keseluruhannya yang akan menyokong kesimpulan bahawa versi kejadian sebagaimana keterangan SP30 di mahkamah adalah versi yang benar. Saya bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan bahawa adalah mustahil untuk SP30 sengaja mendepositkan jumlah wang yang banyak iaitu RM10,000.00 ke dalam akaun CIMB yang nombornya telah diberikan sendiri oleh tertuduh sekiranya tiada apa-apa permintaan daripada tertuduh. Segala tindakan dan perbuatan SP30 sekembalinya dari Alor Setar, bersama SP22 dan SP25, dalam menguruskan kemasukan wang tersebut ke dalam akaun CIMB dan kemudiannya menghantar SMS 79 kepada tertuduh merupakan lanjutan daripada suatu permintaan suapan oleh tertuduh. [97] Keterangan yang ada di hadapan HMS boleh berdiri dengan sendirinya dan diterima oleh mahkamah dalam membuat penilaian maksima kes pendakwaan. Tambahan pula, “it is the receipt of the gratification, together with the intention of the giver and the recipient that is material”: Fong Ser Joo William v Public Prosecutor [2000] 4 SLR 77. Sekiranya HMS telah membuat penilaian yang sewajarnya ke atas keterangan semua saksi pendakwaan, hanya satu kesimpulan yang dapat dibuat oleh beliau iaitu mendapati tertuduh sebenarnya telah meminta wang suapan tersebut. [98] Seperkara lagi yang sepatutnya diberikan pertimbangan oleh HMS ialah Wong Chee Kong bukannya sengaja tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaan. Tengku Ahmad Hafiz Bin Engku Mat, Penolong Penguasa SPRM (SP33) telah memberikan keterangan bahawa dia diarahkan untuk mengesan Wong Chee Kong pada 15.2.2011 bagi maksud penyerahan sapina untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi. 80 [99] Menurut SP33, usaha pengesanan bermula pada 2.3.2011 dan meliputi pemantauan di rumah Wong Chee Kong, intipan oleh Unit Risikan SPRM, semakan dengan Jabatan Imigresen, carian di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan notis iklan dalam surat khabar [bukti berdokumen telah ditandakan sebagai ekshibit P66 hingga P74(A-B)]. Sehingga tarikh SP33 dipanggil sebagai saksi, usaha untuk menjejaki Wong Chee Kong telah berjalan selama lebih daripada 1 tahun tanpa hasil. [100] Dalam perkara ini, saya ingin memetik penghakiman Abdul Malik Ishak HMR dalam kes Nanda Kumar Kunyikanan & Anor v PP [2011] 8 CLJ 406 di muka surat 427 seperti yang berikut: “[66] … We note that the prosecution was not in a position to arrest and bring Hairil and Kamarulzaman to court notwithstanding that concerted attempts were made by the police to trace them. According to SP6, at the time of the offence at Hotel Apollo, the three of them – referring to SP9, Hairil and Kamarulzaman managed to escape when the motor lorry they were in collided against two police vehicles which were used to thwart their escape. Only SP9 who was 81 in the motor lorry was arrested … While Hairil and Kamarulzaman could not be traced and therefore could not be arrested. According to the investigating officer by the name of Chief Inspector Ihsan bin Abdullah (SP8), concerted attempts were made to trace Hairil and Kamarulzaman by SP6 continuously but to no avail. [67] It is our judgment that the failure by the prosecution to call Hairil and Kamarulzaman to give evidence in court cannot be categorized as “withholding or suppression of evidence” but rather concerted attempts to trace them were not successful. It follows that these two witnesses were outside the control of the prosecution. Consequently, s. 114(g) of the Evidence Act 1950 should not be invoked (Munusamy v. PP (supra); Yeo Choon Huat v. PP [1998] 1 SLR 217, CA; and Srichand K Khetwani v.The State of Maharashtra [1967] AIR SC 450).”. [101] Memandangkan dalam kes di hadapan HMS, keterangan mengenai usaha untuk mengesan Wong Chee Keong telah dikemukakan dan 82 ini bukannya satu keadaan deliberate suppression of evidence, anggapan di bawah Misalan (g) seksyen 114 Akta Keterangan tidak terpakai. Selain itu, kegagalan pihak pendakwaan untuk mengesan Wong Chee Keong dan memanggilnya sebagai saksi di mahkamah tidak menjejaskan kes pendakwaan bagi pertuduhan meminta suapan. Penilaian keterangan SP30 oleh HMS bagi maksud pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM [102] Setelah membaca kedua-dua Alasan Penghakiman HMS, saya mendapati penghuraian dari segi bagaimana HMS menilai keterangan SP30 perlu diberikan perhatian. [103] Untuk pertuduhan penerimaan suapan, HMS menyatakan keterangan SP30 adalah boleh dipercayai dan tiada motif untuk SP30 menganiaya tertuduh dengan satu tuduhan palsu (perenggan 9(xiii) Alasan Penghakiman). [104] Berhubung dengan pertuduhan permintaan suapan pula, HMS menyatakan di perenggan 6 Alasan Penghakiman bahawa ─ 83 “Tugas Mahkamah (Duty of the Court) bagi membuat satu keputusan kes prima facie khususnya di dalam kes seperti ini di mana untuk membuktikan elemen-elemen bergantung sepenuhnya kepada keterangan pengadu, Mahkamah mestilah berpuashati dan diyakini bahawa pengadu adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan kredibilitinya tidak boleh dicabar.”, dan HMS kemudiannya memetik daripada empat nas undang-undang iaitu Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, PP v Hong Ley Tee [2006] 7 CLJ 42, Tengku Mahmood v PP [1974] 1 LNS 176 dan Ab Malek Atan v PP [2002] 6 CLJ 405 sebagai ilustrasi. [105] Seterusnya, HMS merujuk kepada penghujahan peguam tertuduh yang menyentuh tentang plausible explanations yang diberikan oleh tertuduh semasa keterangan pembelaannya dan mengenai keterangan SD2 yang dikatakan telah menyokong keterangan tertuduh. HMS memetik perenggan 17 dalam penghujahan bertulis peguam bela yang bermula dengan ayat “Therefore, in there 84 circumstances the evidence of SP30 must be weighed carefully and cautiously.” [106] Namun demikian, HMS tidak, di mana-mana bahagian dalam penghakimannya membuat kesimpulan bahawa SP30 bukanlah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan yang keterangannya harus ditolak. Berdasarkan perenggan 7(iii) – (vi) Alasan Penghakiman, nampaknya perkara yang telah mendorong HMS untuk membuat keputusan seperti yang telah dibuat oleh beliau ialah penerimaan penghujahan pembelaan berkenaan isu keterangan dengar cakap semata-mata. [107] Oleh yang demikian, jika kredibiliti SP30 tetap utuh maka saya bersetuju dengan hujah TPR bahawa HMS telah terkhilaf apabila memutuskan tertuduh tidak meminta suapan daripada SP30 sedangkan terdapat kebergantungan yang sama ke atas keterangan dalam membuat keputusan berhubung pertuduhan penerimaan suapan. 85 [108] TPR yang terpelajar juga berhujah bahawa anggapan di bawah subseksyen 50(1) Akta SPRM seharusnya terpakai setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan yang tertuduh secara rasuah telah meminta suapan RM40,000.00 daripada SP3 pada 22.1.2009 di bilik pejabat di IPD Kota Setar sebagai upah untuk melepaskan SP30, Wong Chee Kong dan Chin Kam Oon dengan jaminan berkaitan kes penculikan tersebut. [109] Berdasarkan alasan-alasan yang telah diberikan sebelum ini, saya berpandangan terdapat keterangan lisan dan dokumen yang cukup bagi membolehkan anggapan statutori itu terpakai dan untuk membuat kesimpulan bahawa elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan tanpa keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan. 86