Keterangan Pegawai Sains (SP2) adalah terpakai dalam menentukan keputusan analisa spesimen air kencing Responden. [21] Secara umumnya, Mahkamah ini telah meneliti alasan-alasan kepada keputusan Majistret tersebut dan seterusnya telah membuat analisis dan dapatan ke atas isu-isu yang dibangkitkan. Isu tangkapan (arrest) Responden sebelum pengambilan sampel air kencing [22] Isu utama dalam rayuan ini adalah sama ada Responden telah ditangkap atau tidak, sebelum diambil sampel urin bagi tujuan ujian saringan awal menurut seksyen 31A(1A) ADB 1952 yang memperuntukkan seperti berikut: "For the purpose of preservation of evidence, it shall be lawful for a police officer not below the rank of Sergeant or an officer of customs to require an arrested person to provide a specimen of his urine for the purposes of an examination under subsection (1) if it is not practicable for the medical officer or the person who is acting in aid of or on the direction of a medical officer to obtain the specimen of the urine within a reasonable period." (Penekanan ditambah) [23] Perayu menghujahkan bahawa telah wujud 'penahanan secara konstruktif ke atas Responden sebelum diambil sampel air kencingnya. [24] Mahkamah ini telah meneliti kepada keterangan yang ada dalam kes tersebut. Naratif kes pendakwaan bermula dengan kehadiran 3 orang anggota polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di perkarangan IPD Tanah Merah. Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, terus membawa dan eskot Responden ke pejabat narkotik untuk ujian saringan air kencing. [25] Keterangan SP4 sendiri menyatakan bahawa selepas penahanan Responden di perkarangan balai polis, Responden tidak digari memandangkan beliau masih belum berada dalam tangkapan lagi. [26] Mahkamah ini telah meneliti dapatan dalam Alasan Penghakiman oleh Majistret tersebut khususnya perenggan 17-20 apabila Majistret yang bijaksana telah membezakan fakta dan keadaan dalam kes ini dengan fakta atau keadaan dalam kes PP v. Mohd Safwan Husain [2017] 7 CLJ 685. [27] Dalam kes PP v. Mohd Safwan Husain (supra) Mahkamah Rayuan mendapati wujudnya tangkapan secara konstruktif (constructive arrest). Dalam kes tersebut, pihak polis bertindak atas maklumat penyalahgunaan dadah dan merancang serbuan pada tarikh yang material. Apabila sampai, pihak polis telah memperkenalkan diri dan memaklumkan tentang kehadiran untuk menangkap responden berkaitan maklumat disyaki penyalahgunaan dadah. Seterusnya telah diminta untuk mengemukakan sampel air kencing. Dengan erti kata lain, telah wujud alasan yang munasabah disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dan tangkapan secara konstruktif walaupun responden tidak digari. [28] Berbeza dengan fakta dan keadaan (facts and circumstances) dalam kes ini, tidak terdapat apa-apa maklumat awalan atau syak yang munasabah untuk justifikasi tangkapan ke atas Responden menurut seksyen 31 ADB 1952: "(1) Any police officer or any officer of customs may arrest without a warrant any person whom he reasonably believes to have committed or to be committing an offence against this Act, and every offence against this Act shall be deemed to be a seizable offence for the purpose of the Criminal Procedure Code." (Penekanan ditambah) [29] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan oleh Majistret tersebut dan rujukan oleh Majistret kepada ekstrak keputusan YA Noorin Badaruddin (sekarang HMR) dalam kes PP v. Jarizal Jasni [2023] 8 CLJ 193 seperti berikut: [29] It is of the considered view that the respondent cannot be said to be under constructive arrest just because he was escorted to the washroom by SP4 to give his urine sample because the facts and circumstances of the case did not reveal that this is a situation where the police had suspected the respondent or any of the 143 individuals at the premise having already consumed drugs and it was therefore imperative that the urine sample be obtained immediately before all traces of the drug disappear from their bodies. This is not the case where at the time the respondent was instructed to give his urine sample, he was arrested on a charge of committing an offence against the DDA or alleged to have been committed under such circumstances, as to give reasonable grounds for believing that examination of his person will afford evidence as to the commission of an offence against the DDA. [30] This court finds the facts and circumstances of the case shows that this is a random examination conducted by the police during a raid and arrest would only take place if evidence of offence under s. 15(1)(a) of the DDA was obtained. The respondent was only suspected to have committed an offence against the DDA after he has given his urine sample and hence the arrest only took place thereafter." (Penekanan ditambah) [30] Mahkamah ini berpandangan bahawa tanpa alasan yang munasabah untuk mensyaki mana-mana individu melakukan apa-apa kesalahan, pihak polis tidak sepatutnya membuat tangkapan sepertimana hak kebebasan individu yang termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (Liberty of Person). [31] Oleh yang demikian, penelitian Mahkamah ini kepada fakta dan keadaan dalam kes ini mendapati bahawa Responden tidakpun ditangkap dan tiada alasan munasabah mensyaki Responden melakukan kesalahan di bawah ADB 1952 semasa diminta mengemukakan sampel air kencing tersebut. Justeru, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati (ingredient) penting iaitu berlaku tangkapan ke atas Responden sebelum tindakan pengambilan sampel air kencing Responden. Maka dengan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan Perayu bahawa telah wujud tangkapan secara konstruktif adalah tidak bermerit. Isu wujudnya keraguan yang material berkenaan kesinambungan rantaian jagaan (chain of custody) ke atas sampel urin tersebut [32] Dapatan Majistret kewujudan keraguan yang material tentang rantaian jagaan sampel urin tersebut adalah berdasarkan percanggahan keterangan mengenai penerimaan dan penghantaran spesimen air kencing tersebut ke Jabatan Patologi, HRPZ iaitu antara keterangan SP5 dan SP6. [33] Percanggahan berbangkit apabila SP5 dalam pemeriksaan balas menyatakan bahawa beliau menerima sampel air kencing tersebut daripada pegawai narkotik yang bertugas dan bukannya daripada SP6. Sebaliknya SP6 menyatakan bahawa beliau yang menyerahkan sampel tersebut kepada SP5 untuk dihantar ke Jabatan Patologi HRPZ. Seterusnya tentang siapa sebenarnya yang mengiringi atau bersama SP5 semasa penghantaran sampel air kencing tersebut ke HRPZ. [34] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa percanggahan sama ada SP5 yang menghantar spesimen tersebut bersama pemandu pasukan atau bersama SP6 adalah tidak menjejaskan chain of custody sampel air kencing tersebut yang dibawa dan dihantar oleh SP5 menurut Borang Permintaan Ujian Pengesahan Dadah (ekshibit P2). Isu percanggahan atau ketidakselarasan (inconsistency) identiti dadah [35] Adalah dapatan Majistret bahawa terdapat percanggahan atau ketidakselarasan (inconsistency) identiti dadah yang menjadi persoalan antara keputusan ujian saringan dengan pengesahan ujian oleh pakar SP2, sama ada jenis dadah yang dikesan adalah Methamphetamine atau Amphetamine dan Methamphetamine. [36] Mahkamah ini walau bagaimanapun bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa tiada keraguan atau inconsistency kepada keputusan dapatan jenis dadah tersebut kerana ia telah dijelaskan oleh Pegawai Sains (SP2) yang menjelaskan bahawa kedua-dua jenis dadah tersebut adalah dadah berbahaya dan termasuk dalam kumpulan yang sama iaitu Amphetamine Type Stimulants (ATS).