Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO: 45B-19-10/2016 (DIBICARAKAN BERSAMA 62JS-6-10/2016) ANTARA PENDAKWA RAYA
45B-19-10/2016
High Court of Malaysia31 Jan 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ception of the evidence, and understands the duty of speaking the truth; and his evidence, though not given on aoth, but otherwise taken and reduced into writing in accordance with section 269 of the Criminal Procedure Code (Act 593) shall be deemed to be a deposition within the meaning of that section; Provided that,”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” 9 [18] Di dalam erti kata lain, maksudnya ialah kekuatan keterangan itu jika tidak disanggah adalah memadai untuk Mahkamah mempertimbangkan kewujudan fakta-f”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO: 45B-19-10/2016 (DIBICARAKAN BERSAMA 62JS-6-10/2016) ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh telah dituduh dengan 2 pertuduhan. Pertuduhan Pertama adalah kesalahan membunuh si mati dan kesalahan kedua adalah merogol si mati.
2
Di akhir perbicaraan Tertuduh telah didapati bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan, disabitkan dan dihukum gantung sampai mati untuk pertuduhan membunuh dan penjara selama 18 tahun dan 12 sebatan untuk pertuduhan merogol. Hukuman berjalan mulai dari tarikh tangkap. 2
3
Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
4
Ini merupakan alasan kepada keputusan tersebut. B. PERTUDUHAN Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 01.03.2015 di antara jam lebih kurang 12.30 malam hingga jam 2.00 pagi, di dalam sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu papan, dalam Daerah Gua Musang di dalam Negeri Kelantan, telah membunuh YASHMIN BINTI FAUZI (KP. 890318-03-5420) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.” Hukuman: Sesiapa yang didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan hendaklah dihukum mati. Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 01.03.2015 di antara jam lebih kurang 12.20 malam sehingga jam 2.00 pagi, di dalam sebuah rumah tanpa nombor, Kampong Batu Papan, dalam Daerah Gua Musang di dalam Negeri Kelantan, telah melakukan rogol terhadap YASHMIN BINTI FAUZI (KP. 890318-03-5420) sehingga menyebabkan kematiannya dan dengan itu kamu telah 3 melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(4) Kanun Keseksaan.” Hukuman: Sesiapa yang didapati bersalah di bawah seksyen 376(4) Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari lima belas tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat tidak kurang dari sepuluh sebatan. C. FAKTA KES
5
Pada 01.03.2015 jam lebih kurang 2.00 pagi Mohd Azrul Ishak (SP19) (suami si mati) semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya, dalam jarak 100 meter dari rumahnya dengan dibantu oleh lampu motosikal beliau, telah ternampak isterinya (si mati) terbaring di atas jalan tar diselubungi selimut tanpa pakaian. Beliau mendapati leher isterinya (si mati) dalam keadaan terkelar.
6
Dalam keadaan terkejut, SP19 telah bergegas ke rumah ayahnya dalam jarak 200 meter dari tempat si mati terbaring dan memberitahu apa yang berlaku ke atas si mati. Ayah dan keluarga suami si mati telah membawa si mati ke hospital menaiki van, sementara SP19 bergegas pulang ke rumahnya untuk melihat keadaan anak-anaknya seramai 3 orang berumur antara 6 bulan sehingga 5 tahun. Sesampainya SP19 di rumahnya (tempat kejadian) SP19 mendapati mereka sedang tidur di atas tilam tanpa katil yang berlumuran dengan darah. 4
7
Satu laporan polis telah dibuat oleh SP19 pada pukul 2.50am pagi tersebut, no. repot Gua Musang/003294/15 yang diambil oleh SP1 (Pengadu).
8
Si mati/Mangsa telah meninggal dunia pada pagi tersebut, pada jam 6.40 pagi di Hospital Gua Musang. Sebelum si mati meninggal dunia, si mati sempat menulis satu nota berbunyi:- “Anak Abe Mat Tanah Putih Yang Rogol Dan Kelar Samun Duit”. Si mati menulis nota tersebut dengan dibantu oleh seorang jururawat, Juniwartini bte Arsat (SP13) ketika sedang merawatnya di Wad Kecemasan, Hospital Gua Musang.
9
Dengan laporan polis yang dibuat oleh SP19 dan juga berdasarkan nota yang ditulis si mati, Pegawai Penyiasat, SP24 telah berjaya mengesan Tertuduh di rumahnya di rumah tanpa nombor PPRT Lama, Tanah Putih, Gua Musang dan menangkap Tertuduh.
10
SP24 turut merampas dari rumah Tertuduh pakaian Tertuduh dan jam tangan yang terdapat kesan darah. Turut dirampas adalah satu simkad Xpax Prepaid no. siri: 896019121293673609032-HSUS.
11
Keterangan menunjukkan di tempat kejadian pula pihak polis telah menjumpai beberapa barang antara lain seperti berikut: 5 i) Sebilah parang berukuran 0.44 meter ii) Beg tangan wanita iii) Dompet iv) Kesan darah v) Cadar vi) Sarung bantal vii) Seluar dalam warna merah jambu
12
Keterangan juga menunjukkan pihak polis telah mendapati dompet si mati adalah kosong. SP19 menyatakan sebelum keluar rumah pada malam kejadian untuk menjalankan tugas, si mati mempunyai wang sebanyak RM200 di dalam dompet tersebut.
13
Keterangan juga menunjukkan bahawa selepas kejadian, Tertuduh telah memabukkan dirinya dengan meminum bir sebanyak 7 botol di Restoran “GM Sakura” sehingga muntah-muntah dan tidak sedarkan diri dan perlu dipapah oleh ibu bapanya (SP16 dan SP17) yang sedang datang mencari Tertuduh. Telefon si mati juga dijumpai di restoran tersebut yang mana disimpan oleh How Kok San, tuanpunya restoran.
14
Siasatan menunjukkan seorang saksi mata iaitu anak si mati yang berumur 5 tahun, (SP22) telah melihat kejadian bagaimana Tertuduh mengelar leher ibunya/si mati dan apa lagi yang berlaku pada hari kejadian. 6
15
Satu kawad cam telah dijalankan dan SP22 telah mengecam Tertuduh dengan positif.
16
Seterusnya Tertuduh telah dituduh seperti pertuduhan. D. INTIPATI-INTIPATI PERTUDUHAN [I] Bagi kesalahan membunuh, (sek. 302 Kanun Keseksaan), intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan Pendakwa Raya adalah seperti berikut:- a. Bahawa suatu kematian telah berlaku; b. Bahawa mangsa mati akibat daripada kecederaan yang dialami; c. Bahawa kecederaan mangsa telah disebabkan oleh atau adalah hasil daripada perbuatan Tertuduh; d. Bahawa dalam menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, Tertuduh telah sama ada – i) dengan niat untuk menyebabkan kematian; atau ii) dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang mana Tertuduh mengetahui boleh menyebabkan kematian; atau iii) dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa (sufficient in the ordinary course of nature to cause death); atau iv) dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu adalah amat berbahaya dan akan menyebabkan kematian atau kecederaan yang akan menyebabkan kematian. 7 [II] Bagi kesalahan rogol, intipati-intipati yang perlu dibuktikan Pendakwa Raya ialah:-
i
(I) Tertuduh melakukan persetubuhan (haram) terhadap si mati di mana zakar Tertuduh telah memasuki kemaluan mangsa/si mati (penile penetration).
II
Persetubuhan dilakukan dengan agresif dan ganas yang menjurus kepada kematian si mati. [E] PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Standard Pembuktian dan Prima Facie [17] Standard pembuktian yang harus diguna pakai di akhir kes pendakwaan adalah “prima facie” setelah pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) pada 31 Januari 1997. Seksyen 180(1) KTJ memperuntukkan: “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” 8 Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar
2006
1 CLJ 457 Mahkamah telah memberi panduan mengenai maksud “prima facie” seperti berikut: “(i) At the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, if the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” 9 [18] Di dalam erti kata lain, maksudnya ialah kekuatan keterangan itu jika tidak disanggah adalah memadai untuk Mahkamah mempertimbangkan kewujudan fakta-fakta sepertimana di dalam pertuduhan, seperti mana diputuskan di dalam kes PP v Anwar Ibrahim (No. 3) (1999) 2 MLJ 1, di mana Augustine Paul (Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu) telah menyatakan di muka surat 63-64 seperti berikut: “A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that if unrebutted, it is sufficient to include the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence.” [19] Ini juga bermakna di akhir kes pendakwaan, di atas penilaian maksima, Mahkamah perlu berpuas hati bahawa gabungan kesemua keterangan yang secara totaliti telah berjaya menghasilkan satu fakta kejadian yang cukup lengkap yang mana semuanya menjurus kepada kebersalahan Tertuduh di dalam melakukan kesalahan membunuh dan merogol si mati. Di dalam ertikata lain, Mahkamah perlu berpuas hati 10 bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan intipati-intipati kesalahan. Mengenai Pertuduhan Pertama i.e. membunuh. Intipati Pertama – Satu kematian telah berlaku [20] Bagi intipati ini ramai saksi-saksi pendakwaan telah membuktikannya khususnya SP19, Azrul Bin Ishak, iatu suami si mati, SP22, Ahmad Qashri Bin Azrul, anak si mati, SP13 iaitu jururawat Juniwartini Bt Arsat, jururawat yang merawat si mati di Wad Kecemasan Hospital Gua Musang. Intipati Kedua - mangsa mati akibat daripada kecederaan yang dialaminya [21] Berdasarkan kepada keterangan SP6, pakar bedah siasat yang menjalankan post morterm ke atas si mati, punca atau sebab kematian adalah ‘LUKA PENDARAHAN YANG BANYAK DISEBABKAN OLEH LUKA KELAR PADA LEHER OLEH OBJEK TAJAM (“SEVERE BLOOD LOSS DUE TO INCISION WOUND AT THE NECK DUE TO SHARP OBJECT”) [22] Menurut SP6, luka hiris yang terdapat pada jari sebelah kiri dan telapak tangan kiri adalah merupakan “defence wound”. Terdapat juga luka lelas di bahagian lutut kiri dan kanan si mati. Ini adalah konsisten dengan keterangan SP19 yang menjumpai si mati terbaring di tepi jalan arah ke rumahnya. 11 [23] SP6 selanjutnya menyatakan bahawa pemeriksaan leher si mati mendapati terdapat 2 kesan hiris di bahagian hadapan leher si mati. Saluran pernafasan (trakea) si mati terbelah kepada separuh di bahagian bawah kotak suara (vocal cord). Terdapat darah beku di dalam saluran pernafasan (trakea). Paru-paru kanan dan kiri terdapat tompokan darah beku (blood clot) di seluruh lobar terutama lobar atas kiri (left upper lobe). Pemeriksaan alat kelamin si mati mendapati kesan lebam (bruises) di tepi dinding kemaluan (labia minor dan labia major). [24] SP6 juga mendapati pembuluh darah mengembang dan SP6 mencadangkan bahawa si mati mengalami kekurangan oksigen (hypoxia) sebelum meninggal. Intipati ketiga – kecederaan mangsa diakibatkan oleh Tertuduh. [25] Elemen penting ini adalah berkaitan dengan isu “actus reus”. Berdasarkan kepada keterangan yang ada, Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa perbuatan Tertuduh yang menyebabkan kematian tersebut. Di dalam kes ini, tiada orang lain yang menyebabkan kematian mangsa melainkan Tertuduh sendiri. [26] Mahkamah mengambil maklum bahawa pihak Pembelaan tidak mempertikaikan “actus reus” Tertuduh di dalam kes ini. Di dalam erti kata lain Pembelaan tidak mempertikaikan bahawa Tertuduh yang mengakibatkan kecederaan ini tetapi hanya mempertikaikan “mens rea” iaitu Tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati tetapi hanya untuk merogol dan merompak. Namun Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan masih mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan 12 segala intipati pertuduhan termasuk intipati ini yang merupakan intipati yang paling penting. Malahan adalah menjadi tanggungjawab Pendakwaan untuk membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah sehingga di akhir kes. [27] Untuk membuktikan intipati ini 2 jenis keterangan telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan iaitu keterangan langsung/terus (direct evidence) dan keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence). [28] Keterangan langsung/terus datangnya daripada keterangan anak si mati sendiri iaitu SP22 iaitu saksi mata. Walaupun beliau ketika itu hanya berumur 5 tahun lebih dan ketika memberi keterangan berumur 7 tahun, namun keterangan tersebut boleh diterima Mahkamah dan juga dipercayai Mahkamah kerana ianya adalah kukuh, logik, konsisten dan disokong oleh keterangan-keterangan sokongan yang berbentuk keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) yang melimpah ruah dan juga fakta matrik kes tersebut sendiri (factual matrix of the case). [29] Menurut SP22, pada waktu dan tarikh kejadian, Tertuduh telah menceroboh masuk ke dalam rumah tempat kejadian. SP22 dapat melihat bagaimana ibunya dikelar lehernya oleh Tertuduh. Menurut SP22 “orang jahat” i.e. Tertuduh telah “meletakkan pisau” di leher ibunya serta “sembelih” si mati/ibunya. SP22 juga menyatakan bahawa beliau terlihat darah keluar dari leher ibunya (si mati). SP22 juga telah melihat bahawa Tertuduh telah mengambil dompet si mati. SP22 juga melihat bahawa Tertuduh mencucuk jarum pada perut ibunya/si mati. SP22 berjaya 13 mengecam Tertuduh semasa kawad cam dan semasa di dalam Mahkamah ketika memberi keterangan. [30] Nilai atau kekuatan (“weight”) keterangan SP22 ini akan dibincangkan kemudian. [31] Keterangan SP22 ini disahkan oleh satu keterangan “substantif” iaitu satu nota (P54) yang ditulis oleh si mati sendiri sebelum beliau meninggal dunia. Nota ini ditulis oleh si mati di hadapan jururawat, SP13 yang mana, ianya berbunyi “Anak Abe Mat Tanah Putih Yang Rogol dan Kelar Samun Duit.” [32] Daripada keterangan SP13, Mahkamah berpuas hati bahawa semasa si mati menulis P54 ini, si mati adalah dalam keadaan sedar. Ianya menyokong keterangan SP22 bahawa Tertuduhlah yang mengelar lehernya yang merupakan sebab dan punca kematian si mati. P54 ini serta percakapan si mati kepada SP13 merupakan satu “dying declaration” dan ianya boleh diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan. [33] Perkara ini akan dibincangkan dengan lanjut kemudian. [34] Keterangan SP22 ini disokong lagi oleh keterangan SP6 iaitu Pakar Pathologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jasad si mati. Seperti yang disentuh Mahkamah beliau sebelum ini, SP6 telah menyatakan bahawa terdapat 2 kesan hiris di bahagian hadapan leher si mati. 14 [35] Keterangan sokongan seterusnya datangnya daripada keterangan SP19 iaitu Mohd Azrul Ishak sendiri iaitu bapa kepada SP22 dan suami kepada mangsa/si mati. Menurut SP19, pada 1/3/2015 jam lebih kurang 2.00 pagi, beliau telah balik dari tempat bekerjanya dan kira-kira dalam jarak 100 meter dari rumahnya dengan bantuan lampu motorsikalnya beliau terserempak dengan isterinya (si mati) yang terbaring di atas jalan tar diselubungi selimut tetapi tanpa pakaian. SP19 juga mendapati leher si mati di dalam keadaan terkelar dan banyak darah yang keluar. SP19, walaupun terkejut dengan keadaan tersebut telah bergegas ke rumah ayahnya yang terletak 200 meter dari situ dan mengadu dan meminta bantuan. Ayah dan keluarga SP19 telah membawa si mati ke hospital, manakala SP19 bergegas ke rumahnya untuk melihat keadaan anak-anak kecilnya seramai 3 orang di rumah yang berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun (termasuk SP22). SP19 mendapati mereka sedang tidur di atas tilam tanpa katil yang berlumuran dengan darah. SP19 juga mengesahkan bahawa Tertuduh pernah datang ke rumahnya beberapa hari sebelum kejadian bersama bapa Tertuduh iaitu SP16. [36] Keterangan sokongan lain ialah dari SP5 yang mengesahkan “Abe Mat Tanah Putih” yang dirujuk di dalam Nota “dying declaration” adalah merujuk kepada SP16, Ahmad Bin Hamid iaitu bapa Tertuduh. SP16 sendiri telah mengesahkan Tertuduh adalah anaknya dan sahkan beliau mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bekerja dan tinggal di Kuantan pada masa kejadian dan hanya pulang ke Gua Musang sebulan selepas Tertuduh ditangkap. Keterangan ini disahkan oleh SP17 Rahimah Bt Esa, ibu kepada Tertuduh. SP16 juga telah mengesahkan bahawa 3 hari sebelum kejadian, beliau telah pergi ke rumah si mati/SP19 bersama 15 Tertuduh. Keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan SP19 (suami si mati). Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan-keterangan ini menjurus kepada Tertuduh sebagai “Anak Abe Mat Tanah Putih” [37] SP19 (suami si mati) juga telah mengecam telefon bimbit Samsung Note II yang diperolehi dari Tertuduh sebagai kepunyaan si mati sekaligus mengesahkan bahawa Tertuduh telah mencuri telefon tersebut daripada si mati. SP19 juga mengesahkan bahawa beliau telah memberi si mati RM150 ringgit sebelum pergi bekerja dan si mati telah menyimpan di dalam dompet yang telah sedia ada sebanyak RM50 di dalamnya. Jumlah keseluruhannya ialah RM200. Selepas kejadian, dompet ini didapati kosong tanpa duit-duit tersebut. Dari keterangan yang ada Mahkamah menyimpulkan bahawa Tertuduh telah menggunakan wang RM200 tersebut untuk membeli bir di “Restoran Selatan/GM Sakura”. SP16 juga mengesahkan parang yang digunakan untuk mengelar mangsa/si mati adalah parangnya yang terletak di dapur rumah. [38] Keterangan forensik melalui SP11 melalui ujian DNA mengesahkan kehadiran air mani Tertuduh di dalam kemaluan si mati. Keterangan ini dengan sendirinya mengesahkan kewujudan “body contact” di antara Tertuduh dengan si mati dan kehadiran Tertuduh di tempat kejadian dan melakukan kecederaan-kecederaan tersebut pada hari kejadian tidak dapat dinafikan. Mahkamah akan menyentuh mengenai kejadian rogol kemudian. 16 [39] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami si mati yang menyebabkan kepada kematiannya adalah disebabkan oleh Tertuduh. Elemen keempat – Niat [40] Pihak pembelaan tidak menafikan “actus reus” Tertuduh tetapi menafikan bahawa Tertuduh mempunyai niat (“mens rea”) untuk melakukan pembunuhan ini. Pihak Pendakwaan pula menghujahkan sebaliknya. [41] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada 3 jenis niat yang perlu dibuktikan Pendakwaan dan pihak Pendakwaan hanya perlu membuktikan salah satu daripadanya sahaja seperti berikut:- “Bahawa dalam menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, OKT telah sama ada –
a
dengan niat untuk menyebabkan kematian; atau
b
dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang mana OKT mengetahui boleh menyebabkan kematian; atau
c
dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa.” [42] Niat pula tidak boleh dibuktikan secara keterangan langsung (direct evidence) tetapi melalui inferens. Bagi kes bunuh contohnya, niat boleh dibuktikan melalui motif, jenis senjata yang digunakan, kecederaan dan di bahagian anggota mana kecederaan itu dilakukan sama ada di “vital organ” 17 atau tidak, (Lihat kes Duis Akim & Ors vs PP) (2014) 1 MLJ 49 dan beberapa kali ianya dilakukan, kelakuan (conduct) Tertuduh dan lain-lain. [43] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237, HakimThomson J menyatakan: “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” [44] Mahkamah telah meneliti secara keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan untuk memastikan sama ada Tertuduh mempunyai niat untuk membunuh si mati atau hanya untuk mencederakan si mati sahaja. [45] Mahkamah memutuskan bahawa intipati niat ini telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwa Raya berdasarkan kepada alasan-alasan seperti di para-para berikut. [46] Keterangan menunjukkan bahawa Tertuduh telah mengelar leher si mati. Dari keterangan SP6, ini merupakan “vital organ” manusia. Tambah-tambah lagi bukan sekali Tertuduh mengelar si mati tetapi 2 kali dan ia mengenai tepat ke bahagian yang membawa oksigen ke bahagian kepala. SP6 juga menyatakan terdapat dua (2) kesan kelar yang menunjukkan hayunan sebanyak 2 kali dikenakan serta senjata adalah tajam untuk mengakibatkan bentuk hirisan luka sebegitu. Saksi pakar tersebut juga menolak kemungkinan hayunan parang itu dilakukan secara ‘accidental’ tetapi mengatakan ianya adalah disengajakan (non accidential) kerana terdapat 2 hirisan luka (defensive wound). Menurut SP6, jika ianya 18 dilakukan dengan tidak sengaja, si mati tidak akan mengalami luka kali kedua. Justeru itu, Mahkamah memutuskan Tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kematian mangsa. Jelas tindakan Tertuduh ini bukan sekadar untuk merompak dan merogolnya sahaja, tetapi untuk membunuhnya. [47] Mahkamah juga berpendapat, jika Tertuduh tidak berniat untuk melakukan pembunuhan, mengapa Tertuduh menggunakan parang iaitu senjata tajam dan merbahaya untuk merompak atau merogol. Mahkamah berpendapat tidak wujud keperluan menggunakan apa-apa senjata untuk melakukan jenayah rompak dan rogol di dalam situasi ini. Apatah lagi Tertuduh menghayun 2 kali untuk menyebabkan 2 kelar kecederaan serius di leher seperti dinyatakan sebentar tadi. [48] Niat Tertuduh ini juga dapat dilihat dengan tindakan Tertuduh dengan terus terang melakukan perbuatan kejam ini di hadapan anak si mati (SP22) yang terjaga dan melihat Tertuduh pada masa itu. Walaupun anak si mati (SP22) melihat perbuatan Tertuduh yang kejam itu ianya tidak menghalang Tertuduh dari berhenti. Ini menunjukkan bahawa Tertuduh tekad dalam melakukan perbuatan yang dirancangnya dengan niat. [49] Niat Tertuduh untuk melakukan pembunuhan ini juga dapat dilihat dengan tindakan Tertuduh merogol si mati dengan ganasnya, sebagaimana keterangan SP6 yang memberi diskripsi sebagai “hubungan seks ini berlaku secara agresif yang mana menyebabkan dinding faraj (vagina) mengalami luka lebam”. 19 [50] Tindakan-tindakan dan cara-cara Tertuduh ini juga menimbulkan satu tanggapan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh juga mempunyai motif untuk membunuh si mati iaitu atas sebab untuk menghapuskan keterangan supaya dapat mengelak dirinya dicamkan si mati dan seterusnya ditangkap dan dituduh kerana melakukan jenayah merogol dan merompak. [51] Mahkamah kini menyentuh mengenai isu undang-undang. [52] Pertamanya mengenai “dying declaration” yang berkaitan dengan nota P54. “Dying declaration” ini berasal daripada “common law” di England. Tetapi pemakaiannya di Malaysia diperluaskan lagi mengikut sek. 32(1)(a) Akta Keterangan yang berbunyi: “32. Cases in which statement of relevant fact by person who is dead or cannot be found, etc., is relevant
1
Statements, written or verbal, of relevant facts made by a person who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an amount of delay or expense which under the circumstances of the case appears to the court unreasonable, are themselves relevant facts in the following cases:
a
when the statement is made by a person as to the cause of his death, or as to any of the circumstances of the transaction which resulted in 20 his death, in cases in which the cause of that person’s death comes into question. Such a statement is relevant whether the person who made it was or was not at the time when it was made under expectation of death, and whatever may be the nature of the proceeding in which the cause of his death comes into question.” [53] Mahkamah Rayuan di dalam kes Ray Solis vs PP (2015) 3 CLJ 2015 menyatakan:- “[50] It has been accepted in our law that the scope provision is wider than the common law rule where a ‘dying declaration’ must relate exclusively as to the cause of the death itself. In our law, the statement in question may relate to the cause of his death or as to any of the circumstances of the transaction which resulted in this death.” [54] Dalam membincangkan isu yang sama, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa apa yang penting adalah “reliabiliti” dan “kredibiliti” saksi yang menerima deklarasi tersebut, seperti mana dinyatakan: “It was not shown why or on what reasonable basis PW9’S testimony, relating to the dying statement made by the deceased to her, ought to have been disregarded by the trial judge. The court had held her to be a reliable and consistent witness without any predisposed grudge or ill will against the appellant. Therefore, the trial judge 21 had not misdirected himself in law or on the facts in placing reliance on the dying statement made by the deceased to PW9 which not only identified the appellant as the person who inflicted the injuries, but also the `transaction’ – the stabbing – that led to injuries that subsequently resulted in the death of the deceased.” [55] “Dying Declaration” juga merupakan keterangan substantif dan tidak perlu apa-apa keterangan sokongan. Mahkamah Rayuan di dalam kes Roy Solis (supra) telah menerima “dying declaration” berkenaan di dalam kes Ray Solis vs PP [2015] 3 CLJ 215 dan memutuskan: “[52] It is also the law here that such a dying declaration or statement need not be corroborated by some other evidence. The same learned commentator in Evidence: Practice and Procedure above cited, goes on at p. 335 to state: A dying declaration does not need corroboration. In Nembhard v. R [1982] 1 AE 183, the Privy Council rejected an argument that a dying declaration must be corroborated if it is to be relied on. In State of Uttar Pradesh v. Chet Ram & Ors [1990] 1 CLJ 1079 the Indian Supreme Court said that a dying declaration, needless to say, does not require any corroboration as in the case of the evidence of an accomplice or a confession. However, where the deceased who made the dying declaration is an accomplice the corroboration of his evidence is desirable and necessary. [See Hill 22 JA in Mary Shim v. PP [1962] 1 LNS 97; (1962) MLJ 132, 134 CA].” [56] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Seraman A Adipan lwn PP
2009
5 CLJ 123 diputuskan bahawa “dying declaration” yang dibuat atau ditulis oleh si mati dalam kapasiti minda yang jelas dan sedar perlu diterima. Mahkamah Persekutuan berkata: “[54] This position in law has been reaffirmed by our Court of Appeal in the recent case of Seraman A Adipan v. PP [2009] 5 CLJ 123; [2009] 3 MLJ 64, where the deceased had made the ‘statement’ to several persons. The Court of Appeal endorsed the learned High Court Judge’s finding there in that case that so long as it could be determined that the deceased has made it and that he had the ‘capacity and clarity’ of mind, it was absolutely safe to accept the oral or written statement of a deceased as to the cause of his death or to any circumstances of the transaction which resulted in his death.” [57] Isu undang-undang kedua ialah mengenai penerimaan masuk keterangan saksi kanak-kanak (SP22) di bawah seksyen 133A Akta Keterangan. [58] Walaupun SP22 semasa memberi keterangan baru berumur 7 tahun, keterangan beliau seharusnya diterima sebagai keterangan di Mahkamah. 23 [59] Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “Where, in any proceedings against any person for any offence, any child of tender years called as a witness does not in the opinion of the court understand the nature of an oath, his evidence may be received, though not given upon oath, if, in the opinion of the court, he is possessed of sufficient intelligence to justify the reception of the evidence, and understands the duty of speaking the truth; and his evidence, though not given on aoth, but otherwise taken and reduced into writing in accordance with section 269 of the Criminal Procedure Code (Act 593) shall be deemed to be a deposition within the meaning of that section; Provided that, where evidence admitted by virtue of this section is given on behalf of the prosecution, the accused shall not be liable to be convicted of the offence unless that evidence is corroborated by some other material evidence in support thereof of implicating him.” [60] Sebelum SP22 memberi keterangan, satu “inquiri” telah dijalankan dan Mahkamah mendapati dan berpuas hati bahawa SP22 mempunyai keupayaan untuk mengetahui tanggungjawabnya untuk memberi keterangan yang benar, dan lain-lain kehendak di bawah seksyen 33A tersebut. Malahan Mahkamah mendapati bahawa keterangannya adalah rasional, konsisten dengan keterangan saksi-saksi lain dan tidak goyah semasa disoal balas. Berdasarkan kepada alasan-alasan di 24 atas, Mahkamah memutuskan bahawa keterangan SP22 adalah selamat diterima dan keterangannya disokong oleh keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang lain yang kredibel dan juga fakta matrik kes ini sendiri. Mahkamah juga mendapati saksi-saksi Pendakwaan yang lain adalah kredibel kerana keterangan-keterangan mereka saling menyokong sesama mereka. Tambah-tambah lagi pihak pembelaan juga tidak mempertikaikan keterangan-keterangan mereka. Bagi kesalahan rogol (Sek. 376(4) Kanun Keseksaan) [61] Walaupun pihak pembelaan tidak mempertikaikan keterangan-keterangan mengenai kesalahan ini, namun sekali lagi Pihak Pendakwaan masih mempunyai tanggungjawab untuk membuktikannya. [62] Mahkamah berpuas hati bahawa mangsa yang terlibat adalah si mati dan wujudnya “penile penetration” di mana zakar Tertuduh telah memasuki kemaluan si mati. Keterangan ini disahkan melalui keterangan DNA di mana disahkan sperma Tertuduh berada di dalam kemaluan mangsa. Mahkamah juga berpendapat bahawa tindakan Tertuduh merogol si mati secara agresif dan ganas telah menyumbang kepada dan mempercepatkan kematian si mati. [63] Keterangan SP6 yang melakukan post mortem terhadap mangsa mengesahkan:- “Berdasarkan ujian analisis DNA dari (E28) catheter saluran kencing (Folley’s catheter), saya berpendapat berlaku 25 hubungan kelamin (seks) mangsa dengan seorang lelaki yang profil DNA sepadan dengan yang diperoleh daripada specimen darah E34. Hubungan ini berlaku secara agresif yang mana menyebabkan dinding faraj (vagina) mengalami luka lebam.” Pihak Pembelaan tidak menyangkal keterangan-keterangan ini. [64] Di akhir kes Pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima dan berdasarkan kehendak undang-undang yang Mahkamah telah merujuk sebelum ini, Mahkamah berpuas hati bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh berkaitan kedua-dua pertuduhan. Justeru itu Tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas kedua-dua pertuduhan. F. KES PEMBELAAN [65] Tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah. Secara keseluruhan, Tertuduh tidak menyangkal kes Pendakwaan terhadapnya, khususnya mengenai “perbuatan-perbuatannya” (actus reus), tetapi menegaskan pembelaannya bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati (mens rea). Menurut Tertuduh beliau terlibas mangsa dengan parang sekali sahaja kerana terperanjat apabila menyedari mangsa terbangun dari tidur apabila melihatnya. Peguam Tertuduh juga menghujahkan bahawa Tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh kerana ketika kejadian Tertuduh mabuk. Menurut Tertuduh lagi, sebelum kejadian Tertuduh telah meminum 2 botol minuman keras. Ke arah itu peguam Tertuduh mengasaskan pembelaan Tertuduh bahawa 26 Tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh tetapi untuk merompak dan merogol sahaja. Mahkamah akan menilai pembelaan Tertuduh secara terperinci yang mengasaskan bahawa Tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati. [66] Mahkamah telah menyatakan sebelum ini bahawa niat boleh dibuktikan melalui inferens, contohnya jenis senjata yang digunakan, [Tham Kai Yau vs PP (1977) 1 MLJ 174] jenis kecederaan yang diakibatkan, [Zainal Abidin Mading vs PP (1998) 4 MLJ 497, Duis Akim vs PP (2014) 1 MLJ 49 dan PP vs Sanin B. Othman (2011) 5 MLJ 716] dan dibahagian mana kecederaan tersebut dikenakan, sama ada di “vital organs” atau sebaliknya. Motif pembunuhan juga boleh di“infer” sebagai mempunyai niat untuk membunuh. [67] Di dalam pembelaannya Tertuduh tidak menyangkal keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya Dr Wan Zamri, Pakar Perubatan Forensik (SP6) yang membuat 2 dapatan penting yang berkaitan dengan tindakan Tertuduh melakukan kecederaan sehingga menyebabkan kematian mangsa dan juga tindakan Tertuduh merogol mangsa seperti berikut: a) Fakta sebab/punca kematian Mangsa adalah: ... “Luka Pendarahan Yang Banyak Yang Disebabkan Oleh Luka Kelar Pada Leher Oleh Objek Tajam (Severe Blood Loss Due To Incision Wound At The Neck Due To Sharp Object)” b) Butiran kecederaan mangsa: 27 - “…Saya dapati bahawa mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian leher, jari dan telapak tangan kiri serta kedua lutut. Berdasarkan kecederaan pada leher mangsa, saya berpendapat mangsa telah terkena benda yang tajam dan nipis, dengan arah pergerakan benda tersebut dari sebelah kiri ke kanan berdasarkan hujung luka di sebelah kiri lebih dalam berbanding hujung luka di sebelah kanan. Kecederaan ini menyebabkan kecederaan pada saluran vena jugular kiri (left internal jugular vein) sehingga putus dan menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan dan seterusnya menyebabkan kematian. - Luka-luka di jari-jari tangan kiri mangsa menunjukkan mangsa cuba menahan bahagian tajam senjata yang digunakan semasa menyerang beliau. - Pemeriksaan pada kemaluan mangsa terdapat kesan-kesan koyakan lama dan kecederaan pada dinding kemaluan mangsa. - Berdasarkan ujian analisis DNA dari (E28) catheter saluran kencing (Folley’s catheter), saya berpendapat berlaku hubungan kelamin (seks) mangsa dengan seorang lelaki yang profil DNA sepadan dengan yang diperoleh daripada specimen darah E34. Hubungan ini berlaku secara agresif yang mana menyebabkan dinding faraj (vagina) mengalami luka lebam. 28 [68] Dari keterangan-keterangan di atas, Mahkamah menyimpulkan bahawa Tertuduh telah melakukan kecederaan-kecederaan tersebut secara sengaja dengan niat untuk membunuh. Kecederaan yang dilakukan adalah “deliberate” dan disasarkan terhadap leher yang mempunyai urat dan nadi yang membawa darah dan oksigen ke otak. Adalah jelas kecederaan yang sengaja dilakukan ini adalah disasarkan ke “vital organ” si mati iaitu leher di bahagian urat dan nadi, sekaligus menunjukkan bahawa di dalam keadaan biasa kecederaan serius ini akan menyebabkan kematian sebagaimana diterangkan oleh SP6. Ini dengan sendiri memenuhi kehendak seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Malahan seksyen 300(a) dan (b) juga terpakai. [69] Tertuduh juga tidak menyangkal eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh Pendakwaan khususnya Eksibit Parang (P41B (1)) yang merupakan barang kes yang dirampas di tempat kejadian oleh SP10 sebagai senjata yang mencederakan si mati dan sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note berwarna Putih (P56C (1)) milik mangsa yang dijumpai di “Restoran Selatan/GM Sakura”, iaitu Restoran di mana Tertuduh telah memabukkan dirinya selepas kejadian. [70] Tertuduh telah mengakui mengambil parang tersebut yang berada di sinki di rumah tersebut. Tertuduh mengaku sebelum datang ke rumah si mati, Tertuduh telah membawa kayu. Namun setelah memasuki rumah si mati, Tertuduh mengambil parang tersebut pula. Mahkamah mendapati tidak ada keperluan untuk menggunakan parang tersebut jika tujuannya adalah untuk merompak ataupun merogol. 29 [71] Tertuduh menyatakan dia melibas parang ke atas mangsa/si mati akibat daripada terperanjat apabila si mati terjaga dan telah mengenai leher si mati. Di dalam erti kata lain, Tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh. Mahkamah mendapati pembelaan ini tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. [72] Ini adalah kerana dari keterangan SP22, Mahkamah berpendapat tindakan ini adalah disengajakan (deliberate) dan memang disasarkan terhadap leher. Sebab itu SP22 menyatakan bahawa ibunya di”sembelih”. SP22 berkata “dia ambil golok dan kerat tengkok ibu”. Tambah-tambah lagi, jika benar Tertuduh terperanjat dan akibat daripada “reflect action”nya, terlibas si mati kenapa Tertuduh telah mensasarkan organ penting iaitu “leher” khusunya di bahagian urat dan nadi. [73] Seperkara lagi jika benar Tertuduh terlibas kenapa ia meninggalkan 2 kecederaan kelaran. Tambah-tambah lagi terdapat “defensive wound” di tangan mangsa yang menunjukkan Tertuduh bukan saja mengelar di leher tetapi membuat serangan terhadap anggota lain si mati di dalam usaha si mati menahan serangan Tertuduh. [74] Adalah tidak dipertikaikan bahawa Tertuduh telah merompak dan merogol si mati. Tertuduh mengaku telah mengambil RM200 dari dalam dompet si mati dan sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note berwarna Putih (Eksibit P56C (1)) yang Tertuduh tertinggal di Restoran Selatan. Tertuduh menyatakan semasa merogol si mati, si mati masih 30 boleh bergerak tetapi tidak boleh bercakap. Ini adalah konsistent dengan luka kelar dileher si mati yang dilakukan oleh Tertuduh. [75] Tertuduh telah memberi pembelaan bahawa Tertuduh mabuk ketika kejadian untuk membuktikan Tertuduh tidak sedar, justeru tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati. Menurut Tertuduh pada hari kejadian Tertuduh memasuki Kg. Batu Papan pada jam 10.00 malam untuk membaiki lampu motosikal dan keluar. Tertuduh masuk semula ke Kg. Batu Papan pada jam 12.00 malam dengan menaiki motosikal untuk pecah rumah dan telah menceroboh masuk ke rumah mangsa. Sebelum itu, Tertuduh telah meminum 2 botol arak jenama Laici. [76] Namun, Tertuduh mengakui tidak mabuk selepas minum 2 botol arak jenama Laici tersebut sebelum ke tempat kejadian apabila disoal balas oleh TPR kerana Tertuduh adalah peminum berpengalaman. Semasa pemeriksaan semula Tertuduh tetap menyatakan beliau sedar dan dapat membawa motosikal dengan baik walaupun setelah minum 2 botol arak jenama tersebut. [77] Pihak Pembelaan tidak memanggil pakar untuk mengesahkan Tertuduh mabuk sebelum dan ketika kejadian. Walaupun beban untuk membuktikan pembelaan mengenai mabuk (intoxication) adalah di atas bahu Tertuduh. Menurut kes Francis a/l Anthoysamy vs PP (2003) 2 MLJ 49, (CA), untuk menguji sama ada Tertuduh mabuk atau tidak bagi maksud menentukan “state of mind” nya, jika pakar tidak dipanggilMahkamah boleh melihat “conduct” Tertuduh sebelum, semasa dan selepas kejadian. 31 [78] Setelah mengambil pendekatan sebegitu, Mahkamah memutuskan bahawa Tertuduh tidak mabuk tetapi sedar sepenuhnya sebelum kejadian memandangkan fakta ini diakui Tertuduh. Selain daripada itu SP5 ketika terserempak dengan Tertuduh sebelum kejadian juga menyatakan Tertuduh tidak di dalam keadaan mabuk. Tuan Punya Restoran “GM Sakura” iaitu Mendiang How Kok San, di dalam pernyataan saksinya mengesahkan Tertuduh kelihatan tidak mabuk sebelum datang ke Restoran untuk meminum 7 botol bir (Dari keterangan, masa ini adalah selepas kejadian). [79] Mahkamah juga berpendapat jikapun benar Tertuduh meminum 2 botol arak tersebut sebelum kejadian, Mahkamah sendiri yakin bahawa ini tidak memabukkan Tertuduh. Ini adalah kerana Tertuduh mengakui Tertuduh adalah peminum tegar dan berpengalaman memandangkan Tertuduh telah mula meminum arak sejak di bangku sekolah lagi ketika berumur 15 tahun. Tambah-tambah lagi cadangan Pendakwaan bahawa Tertuduh dapat menunggang motosikal dengan baik ketika pergi ke rumah si mati adalah diakui Tertuduh – [lihat kes Francis Anthonysamy (supra)]. Justeru itu pembelaan Tertuduh bahawa Tertuduh mabuk dan tidak sedar apa yang dilakukannya pada kejadian terhadap mangsa dan tidak mempunyai niat untuk membunuh mangsa adalah dengan ini ditolak. [80] Tertuduh juga TIDAK MENAFIKAN “Abe Mat Tanah Putih” adalah gelaran kepada Ahmad bin Hamid (SP16) iaitu bapa Tertuduh semasa disoal balas oleh pihak pendakwaan. Keterangan ini bertepatan dengan “dying declaration” si mati – P54 dan selari dengan keterangan SP5. Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduhlah yang dimaksudkan oleh si 32 mati dalam P54 yang dikatakan anak “Abe Mat Tanah Putih” tersebut. (Semasa disoal balas Tertuduh juga mengakui bahawa parang adalah satu senjata yang tajam dan merbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian terhadap seseorang apabila digunakan). [81] Sekarang Mahkamah akan mengulas mengenai kredibiliti Tertuduh. Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh adalah saksi yang tidak bercakap benar. Contohnya Tertuduh akui melihat darah si mati merecik dan terkena seluar yang dipakainya tetapi dalam keterangan awalnya Tertuduh menyatakan melibas si mati di leher namun kemudian menyatakan tidak tahu bahagian mana yang terkena. Adalah jelas Tertuduh berbohong dalam hal ini. Mahkamah juga mendapati bahawa adalah tidak logik jika tindakan melibas itu adalah akibat daripada “reflex action” Tertuduh kerana terperanjat. Dari keterangan-keterangan yang ada, Mahkamah mendapati tindakan melibas itu adalah satu tindakan yang “deliberate” oleh Tertuduh. Dengan ertikata yang lain, sebenarnya Tertuduh mengelar mangsa konsisten dengan keterangan SP22 yang menyatakan “orang jahat itu menyembelih ibu.” [82] Semasa disoal balas pihak pendakwaan, Tertuduh menyatakan Tertuduh nampak dengan jelas si mati sedang tidur bersama dengan anak-anaknya seramai 3 orang kerana lampu di bahagian luar terpasang. Tertuduh juga nampak darah merecik selepas dilibas dengan parang. Adalah mustahil Tertuduh tidak tahu di mana kecederaan yang dialami oleh si mati ketika itu. Apatah lagi Tertuduh mengakui merogol si mati selepas Tertuduh melibas si mati dengan parang. Semasa disoal balas Tertuduh akui merapatkan badannya ke badan si mati semasa merogol mangsa. Di 33 dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpendapat sudah pasti Tertuduh nampak di manakah darah membuak keluar dan sudah pasti ada bau darah. [83] Mahkamah mendapati bahawa “conduct/demeanour” Tertuduh menunjukkan Tertuduh berbohong dan keterangan pembelaannya tidak tahu di mana luka libasan hanyalah untuk menunjukkan bahawa beliau tidak ada niat untuk membunuh dan menafikan telah mengelar di bahagian “vital part” si mati. Jelas Tertuduh cuba mengelak dari dakwaan menyebabkan kecederaan di bahagian penting anggota badan si mati yang boleh menyebabkan kematian. [84] Tertuduh juga mendakwa hanya melibas si mati sekali sahaja dan apabila pihak pendakwaan merujuk Tertuduh kepada gambar kecederaan pada leher si mati (P22 F28) Tertuduh hanya terdiam dan menyatakan tidak tahu. Jelas Tertuduh berbohong dan menafikan fakta bahawa Tertuduh telah melibas si mati sebanyak 2 kali dan jelas kelaran kali kedua menunjukkan niat Tertuduh untuk mendatangkan kecederaan yang boleh membawa dan menyebabkan kematian si mati. Ini adalah satu lagi tindakan (conduct) dan “demeanour” Tertuduh yang tidak memihak kepadanya. G. KESIMPULAN [85] Di akhir kes Pembelaan, setelah membuat penilaian maksima dan dibandingkan kes Pendakwaan dengan kes Pembelaan, dan dilihat dari 34 segi keprobabelan kes (probability of the case), Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah bagi kedua-dua pertuduhan terhadapnya. Tertuduh pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan.Tertuduh dengan itu didapati bersalah dan disabitkan dan dihukum dengan hukuman gantung sampai mati bagi Pertuduhan Pertama dan penjara 18 tahun dan 12 sebatan bagi Pertuduhan Kedua. Bertarikh: 30 April 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Kelantan. 35 Pihak-Pihak: Pendakwa Raya : TPR Puan Shaharaliza Binti Ab Razak Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguambela & Peguamcara : Tetuan Latifah Ariffin & Co., Tertuduh Peguambela & Peguamcara Lot 1105, Seksyen 52 Jalan Dato’ Lundang 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.