Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO: P-05(SH)-509-11/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA - PERAYU DAN MOHD FARID BIN AZIZAN - RESPONDEN [In the matter of Trial No: 45A-31-08/2016 In the High Court of Malaya in Pulau Pinang] Antara Mohd Farid bin Azizan Dan Pendakwa Raya CORAM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR RHODZARIAH BT BUJANG, HMR MOHAMMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH, HMR 2 PENGHAKIMAN Latar belakang kes [1] Hakim bicara telah memanggil pembelaan Responden atas pertuduhan mengedar dadah merbahaya di bawah seksyen 37B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Di akhir kes pembelaan, Hakim bicara mensabitkan kesalahan Responden di bawah kesalahan memiliki dadah berbahaya di bawah seksyen 6 dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. [2] Di hadapan kami, Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan bahawa representasi oleh Responden (Tertuduh) telah dipersetujui oleh Pendakwa Raya dimana Pendakwa Raya menarik balik rayuan terhadap keputusan Hakim bicara mensabitkan kesalahan Pertuduhan Pertama di bawah seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB