Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES JENAYAH NO. NA-62K-01-01/2016; NA-62K-02-01/2016; NA-62K-03-01/2016; NA-62K-04-01/2016 & NA-62K-05-01/2016 PENDAKWA RAYA v MOHD LIZA AZMIE BIN MD DARUS (NO. KP: 700323-05-5231) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Mohd Liza Azmie bin Md Darus (“Tertuduh”) telah dihadapkan buat kali pertama di Mahkamah ini pada 15/01/2016. [2] Di dalam kes ini, Tertuduh telah dipertuduh dengan 14 pertuduhan pindaan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. [3] Tertuduh diwakili oleh peguam bela. [4] Apabila pertuduhan dibacakan, Tertuduh memilih untuk dibicarakan atas kesemua 14 pertuduhan pindaan tersebut. [5] Atas permohonan pihak pendakwaan, kesemua 14 pertuduhan pindaan tersebut telah dibicarakan bersama. [6] Kesemua 14 pertuduhan pindaan tersebut adalah seperti yang berikut: NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus NO. NA-62K-01-01/2016 T1 – Pertuduhan Pindaan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 19/12/2014 di Maybank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM50,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Maybanknya yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T2 - Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 16/1/2015 di Maybank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM50,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Maybanknya yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T3 - Pertuduhan Pindaan Ketiga: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 16/1/2015 di pejabat Seputeh Resources, Bandar Baru Ampangan, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM115,229.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui tunai kepada kamu, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) NA-62K-02-01/2016 T4 - Pertuduhan Pindaan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 25/2/2015 di pejabat Seputeh Resources, Bandar Baru Ampangan, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM60,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus kepada Seputeh Resources melalui tunai kepada kamu, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T5 - Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 9/4/2015 di pejabat Seputeh Resources, Bandar Baru Ampangan, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM100,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui tunai kepada kamu, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T6 - Pertuduhan Pindaan Ketiga: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 22/5/2015 di pejabat Seputeh Resources, Bandar Baru Ampangan, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM100,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui tunai kepada kamu, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) NA-62K-03-01/2016 T7 - Pertuduhan Pindaan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 8/10/2015 di Maybank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM24,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Maybank Md Shah Shairie, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T8 - Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 9/10/2015 di Maybank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM8,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Maybank Md Shah Shairie, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T9 - Pertuduhan Pindaan Ketiga: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 16/10/2015 di Alliance Bank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM20,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Alliance Banknya, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) NA-62K-04-01/2016 T10 - Pertuduhan Pindaan Pertama: NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 16/10/2015 di HSBC Bank Malaysia Berhad Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM12,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Maybank Md Shah Shairie, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T11 - Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 23/10/2015 di Maybank Cawangan Senawang, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM16,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Maybank Md Shah Shairie, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus T12 - Pertuduhan Pindaan Ketiga: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 30/10/2015 di Maybank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM24,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Bank Islam Md Shah Shairie, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) NA-62K-05-01/2016 T13 - Pertuduhan Pindaan Pertama: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 13/11/2015 di Maybank Cawangan Seremban, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM24,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui akaun Bank Islam Md Shah Shairie, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) T14 - Pertuduhan Pindaan Kedua: “Bahawa kamu bersama-sama dengan Md Shah Shairie B. Abdul Rahman yang telah dituduh dan mengaku salah, pada 13/11/2015 di pejabat Seputeh Resources, Jalan Tun Dr Ismail, Lobak, di dalam Daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan, bagi mencapai niat bersama, telah menipu dengan memperdaya penama Mohd Shamir Bin Leman KP: 730419-05-5401 (“Penama”) untuk mempercayai bahawa kamu adalah agen kepada Syarikat Seputeh Resources yang mana syarikat tersebut menjalankan pelaburan saham di BSKL dan jika penama membuat pelaburan ke dalamnya, akan memberikan keuntungan berganda kepada penama. Oleh demikian itu, kamu dengan curangnya telah mendorong penama untuk membayar sebanyak RM34,000.00 bagi maksud pelaburan tersebut kepada Seputeh Resources melalui tunai kepada kamu, yang mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun yang sama.” (sic) LATAR BELAKANG KES [7] Di peringkat kes pendakwaan, seramai 14 orang saksi telah memberikan keterangan. [8] Di akhir kes pendakwaan, pada 27/07/2018, Tuan Ramesh a/l Gopalan (iaitu Hakim Mahkamah Sesyen pada ketika itu) memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus [9] Oleh itu, Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua 14 pertuduhan pindaan tersebut tanpa dipanggil untuk membela diri. [10] Terkilan, pada 07/03/2018 pihak pendakwaan telah merayu ke Mahkamah Tinggi. [11] Semasa rayuan di Mahkamah Tinggi, pada 02/04/2019 Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan pihak pendakwaan. [12] Terkilan, pihak pendakwaan merayu pula ke Mahkamah Rayuan. [13] Pada 03/02/2020, di hadapan Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Y.A. Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer, Y.A. Datuk Hanipah binti Farikullah dan Y.A Dato’ Hadhariah bt Syed Ismail, panel Hakim Mahkamah Rayuan tersebut dengan sebulat suara telah memutuskan bahawa: i) rayuan Pendakwa Raya dibenarkan; ii) keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 02/04/2019 yang mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan Tertuduh daripada 14 pertuduhan pindaan diketepikan; iii) Tertuduh diperintahkan untuk memasukkan pembelaan; iv) kes dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Seremban untuk Sebutan pada 27/02/2020 di Mahkamah Sesyen Seremban; dan v) urusan jaminan hendaklah dilakukan di Mahkamah Sesyen Seremban. NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus [14] Oleh itu, pada 27/02/2020, Tertuduh telah dihadapkan semula di Mahkamah Sesyen ini untuk Tertuduh dipanggil untuk membela diri. [15] Setelah diterangkan dengan 3 pilihan yang ada, Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. [16] Setelah beberapa kali tarikh sambung bicara ditetapkan di peringkat kes pembelaan, hanya pada 16/10/2020, Tertuduh telah mula memberikan keterangannya. Tertuduh juga telah memanggil 2 orang saksi pembelaan bagi menyokong pembelaannya. [17] Pihak pembelaan kemudiannya menutup kes pembelaan pada 31/03/2021. [18] Setelah itu, tarikh hujahan telah ditetapkan dan hanya pada 28/07/2021 keputusan telah dapat diberikan setelah pihak-pihak memfailkan hujahan masing-masing. [19] Pada 28/07/2021, di akhir keseluruhan kes, setelah Mahkamah mendengar keterangan Tertuduh dan setelah Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh telah berjaya menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [20] Seterusnya, Mahkamah memerintahkan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua 14 pertuduhan pindaan yang dipertuduhkan ke atasnya. NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus [21] Terkilan, pada 30/07/2021, pihak pendakwaan merayu sekali lagi ke Mahkamah Tinggi dan berikut adalah alasan-alasan yang diberikan oleh Mahkamah ini terhadap keputusan bertarikh 28/07/2021 tersebut. FAKTA KES [22] Ini merupakan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [23] Di dalam kes ini, Tertuduh telah dipertuduh di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan bersama-sama dengan Md Shah Shairie bin Abdul Rahman (“Aboy” - yang telahpun mengaku salah) iaitu telah menipu dengan memperdaya Mohd Shamir bin Leman (SP1) untuk mempercayai bahawa Tertuduh adalah ejen kepada Syarikat Seputeh Resources yang menjalankan pelaburan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (“BSKL”). [24] Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan bahawa atas representasi tersebut, SP1 percaya jika SP1 membuat pelaburan ke dalamnya (iaitu Syarikat Seputeh Resources), pelaburannya itu akan memberikan keuntungan berganda kepada SP1. [25] Oleh itu, atas representasi Tertuduh itu, Tertuduh telah dipertuduh dengan curangnya telah mendorong SP1 untuk membayar sejumlah wang bagi maksud pelaburan tersebut sebagaimana yang berikut iaitu: i) ke dalam akaun Maybank milik Syarikat Seputeh Resources secara deposit tunai (T1, T2); NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus ii) kepada Tertuduh secara tunai di pejabat Syarikat Seputeh Resources (T3, T4, T5, T6); iii) ke dalam akaun Maybank milik Aboy secara deposit tunai (T7, T8, T10, T11); iv) ke dalam akaun Alliance Bank milik Syarikat Seputeh Resources secara deposit tunai (T9); v) ke dalam akaun Bank Islam milik Aboy secara deposit tunai (T12, T13); dan vi) kepada Aboy secara tunai di pejabat Syarikat seputeh Resources (T14) yang mana SP1 tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian rupa oleh Tertuduh. [26] Bagi mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan sebagaimana 14 pertuduhan pindaan itu, Mahkamah perlu menilai semula keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan berserta ekshibit-ekshibit yang dikemukakan. [27] Ini kerana, di akhir keseluruhan kes, tugas dan beban pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala tugas dan beban pihak pembelaan adalah untuk menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. [28] Oleh itu, Mahkamah akan menilai dan memperincikan segala keterangan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan di Mahkamah ini bagi membuktikan setiap pertuduhan pindaan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh. NA-62K-(1-5)-01/2016 – Pendakwa Raya v Mohd Liza Azmie bin Md Darus [29] Semasa kes pendakwaan, seramai 14 orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen pada ketika itu iaitu Tuan Ramesh a/l Gopalan. [30] Butir-butir saksi-saksi bagi pihak pendakwaan adalah seperti yang berikut: Bil. Saksi Butiran