Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62D-44-11/2018 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN MOHD NAZRI BIN ABD RAHMAN
BC-62D-44-11/2018
Sessions Court of Malaysia1 Jan 1900
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“akan oleh pendakwaan. Dalam kes Md Zainudin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to 15 decid”
“bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1956 dengan merujuk kepada ddapatan di dalam kes See Kek Chuan v PP (2013) 6 CLJ 98 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: “[38] Illustration (g) to s. 114 of the Evidence Act 1950 is based on the maxim 25 omnia praesumuntur contra spoliatorem (if a man wrongfully withholds 21 evidence”
“kan: 10 "In deciding the appropriate sentence.... the first and foremost consideration is the public interest" (R v. Kenneth John Ball 35 Cr App R l64 see also R v. Murukaiyan Rasoo [1956] 1 LNS 110; [1957] MLJ 26).” "… A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of' the puni”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62D-44-11/2018 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN MOHD NAZRI BIN ABD RAHMAN
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: 15 “Bahawa kamu pada 27.2.2018, lebih kurang jam 2.00 pagi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ampang Jaya di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah menggunakan dadah berbahaya iaitu Methamphetamine dan Amphetamine dan kamu sebelum ini telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah 20 Berbahaya 1952 iaitu: 1) Mahkamah Majistret Ampang Tarikh: 9/5/2013 Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 Hukuman: Dua tahun penjara dan tiga tahun PS 25 2) Mahkamah Majistret Ampang 2 Tarikh: 29/11/2017 Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 Hukuman: Lapan bulan penjara dan dua tahun PS Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen15(1)(a) 5 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39C(1) Akta yang sama” [2] Tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan dan perbicaraan telah dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu. Pada peringkat kes pendakwaan, Tertuduh tidak diwakili oleh peguam dan telah menjalankan kes secara 10 sendiri. Pendakwaan telah memanggil seramai tujuh (7) orang saksi bagi membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh. Pada akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu memutuskan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Oleh yang demikian Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. 15
3
Pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Pada 8.12.2020, Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan telah memerintahkan supaya Tertuduh dipanggil membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang lain. 20
4
Pada peringkat kes pembelaan, Tertuduh telah melantik peguam untuk mewakilinya. Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi. Mahkamah ini telah mendengar kes pembelaan dan pada akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati Tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang 25 3 keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah ini selanjutnya mendapati Tertuduh bersalah dan telah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan seperti yang dipertuduhkan.
5
Setelah mendengar rayuan Tertuduh, Mahkamah telah menjatuhi hukuman 5 penjara lima (5) tahun dari tarikh 17.12.2020 dan 2 kali sebatan rotan. Tertuduh juga diletakkan dibawah pengawasan selama 2 tahun setelah selesai menjalani hukuman.
6
Tertuduh tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan memfailkan rayuan atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan. Pendakwwan pula tidak 10 berpuashati dengan hukuman yang dijatuhkan dan memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut. FAKTA RINGKAS KES 15 [7] Fakta kes secara ringkasnya adalah bahawa pada 12.1.2018, jam lebih kurang 2.00pagi, Lans Koperal Fareez Edzuan bin Zarani (SP2) bersama dengan Lans Koperal Mustafa Maaruf bin Ahmad (SP3) telah membawa Tertuduh ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya. Tertuduh telah diiringi oleh SP2 ke tandas untuk mengambil sampel air kencing. Ujian air kencing telah 20 dijalankan oleh Sub Inspektor Mohd Isa bin Hassan (SP8). Hasil ujian awal menggunakan ‘test strip’, air kencing Tertuduh didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Botol yang mengandungi air kecing Tertuduh kemudian ditutup (sealed) dengan menggunakan pelekat khas PDRM oleh SP2 dan kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bertugas iaitu Sjn Jafridin bin Mohamad 25 4 Salleh (SP4). SP4 telah menyimpan botol tersebut di dalam peti sejuk di dalam bilik SP4 yang berkunci. Pada 16.1.2018, SP4 telah mengarahkan seorang Koperal Rama supaya menghantar botol urine tersebut ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk di analisa. Botol urine telah diterima oleh juru teknologi Makmal Perubatan HKL, Puan Rosalia Huda binti Mohd Isa (SP7). SP7 seterusnya telah menyerahkan 5 botol tersebut kepada Puan Nurul Shuhada binti Shuib (SP 6). Pada 24.1.2018, SP6 telah membuat ujian pengesanan dadah dalam air kencing ke atas sampel yang sama dengan menggunakan kaedah Gas Chromatography Mass Spectrometry. Hasil analisa, air kencing Tertuduh didapati mengandungi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Laporan keputusan air kencing dikemukakan sebagai Eksibit 10 P4. Keterangan En. Shaharudin bin Mohd Nor (SP5) iaitu seorang Penolong Pendaftar Penjenayah di Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia mengesahkan bahawa Tertuduh mempunyai dua sabitan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Ampang iaitu sabitan pertama pada 9 Mei 2013 dan sabitan kedua pada 29 Julai 2017. 15 PRINSIP UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI [8] Pihak Pendakwaan telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi terhadap perintah pelepasan dan pembebasan Tertuduh di akhir kes Pendakwaan. Mahkamah Tinggi telah memerintahkan supaya Tertuduh dipanggil membela diri. Justeru, Mahkamah ini adalah tertakluk kepada dapatan oleh Mahkamah Tinggi 20 bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada kes NwiteIkechukwu Ogbonnaya lwn. PP [2018] 1 LNS 674 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut: 5 "[14] Pada pandangan kami, pendekatan yang diambil oleh hakim bicara adalah betul di sisi undang-undang. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa apabila Mahkamah Rayuan telah mengakaskan keputusan hakim bicara dan memerintahkan agar Perayu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, tugas hakim bicara ialah untuk 5 memutuskan sama ada pembelaan Perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan jika apa-apa anggapan statutory telah digunapakai, sama ada anggapan tersebut telah dipatahkan atas imbangan kebarangkalian. [15] Hakim bicara adalah tidak dikehendaki untuk mengulangkaji keputusan 10 yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan…” [9] Dalam kes PP v. Sanin Othman [2011] 1 CLJ 626, Mahkamah Rayuan menyatakan:- “[3] When defence is directed to be called by an appeal court the trial judge 15 must accept that a prima facie case has been proven. It is as if the defence was called by the learned judge himself (Saad Abas & Anor v. PP [1998] 4 CLJ 575). Only after he has gauged the total evidence adduced, inclusive of all the evidence adduced at the prosecution's stage, and tested as against the defence evidence may the fate of the accused person be decided by the 20 court. In short there will be a maximum evaluation of the whole evidence at the close of the defence.” [10] Merujuk kepada kes PP v. Letchumanan Suppiah [2009] 5 CLJ 652, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “Similarly, when a High Court judge rules at the end of an appeal by the 25 prosecutor in a case where the accused has been acquitted at the end of the prosecution case that the accused must enter his defence, it is as good as saying that the sessions court judge himself has decided to call for the defence assuming that he has analysed the case in the way that the High 6 Court judge has done. Only after he has heard the defence can he finally decide the fate of the accused.” [11] Bersandarkan prinsip dalam kes-kes di atas, jelaslah bahawa Mahkamah ini tidak boleh mengulangkaji (revisit) dapatan prima facie yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Apa yang Mahkamah ini perlu lakukan adalah untuk meneliti dan 5 menimbangkan keseluruhan keterangan termasuk keterangan pihak pembelaan serta membuat penilaian maksima atas keseluruhan keterangan tersebut. PEMBELAAN TERTUDUH [12] Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dan dalam keterangannya Tertuduh menafikan yang Tertuduh ada memberikan sample air 10 kencing pada malam beliau ditangkap. Menurut keterangannya, Tertuduh menyatakan bahawa pada 12.1.2018, jam lebih kurang 2.00 pagi, Tertuduh telah dibawa oleh SP2 ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ampang untuk menjalani ujian saringan awal air kencing. SP2 telah mengarahkan Tertuduh memilih satu botol kosong dan SP2 mengiringi Tertuduh ke tandas. Percubaan untuk mendapatkan 15 sampel air kencing gagal kerana Tertuduh tidak boleh kencing. Lebih kurang jam 3.00 pagi, Tertuduh sekali lagi dibawa ke tandas dan cuba untuk kencing tetapi Tertuduh masih juga tidak boleh kencing. SP2 telah menyuruh Tertuduh keluar dari tandas dan meletakan botol di atas meja. Tertuduh kemudiannya digari oleh SP2 dan dibawa ke lokap. SP2 telah meminta Tertuduh menandatangani satu borang tetapi 20 Tertuduh tidak tahu apa yang ditandatanganinya. Apabila Tertuduh mahu membaca apa yang perlu ditandatangani, Tertuduh telah diarah untuk menandatanganinya sahaja tanpa perlu membaca. Tertuduh menyatakan beliau tidak memberikan sampel air kencing dan gambar botol di Eksibit P1 bukan kepunyaan Tertuduh. 7 Selanjutnya Tertuduh menyatakan bahawa isi kandungan rekod kesalahan lampau Tertuduh iaitu Eksibit P13 adalah tidak benar kerana sekiranya Eksibit P13 adalah benar, Tertuduh sepatutnya masih berada di penjara bagi menjalani hukuman kesalahan yang dinyatakan di dalam rekod tersebut pada masa beliau ditangkap bagi kesalahan yang dipertuduhkan dalam kes ini. Menurut Tertuduh beliau tidak pernah 5 dituduh di Mahkamah bagi kesalahan memiliki dadah dan kesalahan memasukkan dadah ke badan sendiri pada tahun 2017. BEBAN BUKTI DI AKHIR KES PEMBELAAN [13] Di peringkat akhir kes pembelaan, Mahkamah dikehendaki untuk menilai secara maksima samada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah 10 terhadap keterangan prima facie yang dikemukakan oleh pendakwaan. Dalam kes Md Zainudin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to 15 decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well - established principles enunciated in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the 20 defence.”
14
Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 menjelaskan tanggungjawab Mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: "[20] Under s. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of 25 the court to consider all the evidence before it and it shall decide whether the 8 prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word 'shall' in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had 5 undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410; [1998] 4 MLJ 406 which succinctly stated the following useful guidelines: It follows that in calling upon the accused to enter his defence the court must keep an open mind as to the accuracy of the prosecution 10 evidence until the defence evidence has been tendered. At the close of the case for the defence and submissions, the court must review the evidence adduced with regard to all the elements to be proved and then decide whether the prosecution has proved the case against the accused beyond reasonable doubt. (emphasis added).". 15
15
Pengertian maksud ‘’keraguan yang munasabah’ (reasonable doubt) pula telah dihuraikan dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 di mana Hakim Sharma menjelaskan: "The following definition of "reasonable doubt" is often quoted: It is not mere possible doubt, because everything relating to human 20 affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding convinction to a moral certainty of the truth of the 25 charge". It has been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your conscience, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is reasonable doubt. 30 9 It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there". Hakim Sharma dalam kes yang sama seterusnya menyatakan: “Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial 5 as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. Dalam kes yang tersohor iaitu Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah 10 Persekutuan menyatakan: “[23]... Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the 15 whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1)of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused 20 remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt .” 25
16
Menerima pakai prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam kes-kes di atas, apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya Tertuduh dipanggil membela diri, bermakna Mahkamah Tinggi telah mendapati bahawa satu kes prima facie telah 10 dibuktikan terhadap Tertuduh dan bahawa semua intipati pertuduhan telah dibuktikan oleh pendakwaan iaitu: i. Tertuduh telah memasukkan dadah ke dalam tubuh badannya sendiri tanpa kebenaran yang sah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; ii. Dadah yang dimasukkan ke dalam tubuh badan Tertuduh adalah dadah 5 berbahaya yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama, Akta tersebut; dan iii. Sebelum kesalahan ini, Tertuduh telah disabitkan dengan dua (2) kesalahan yang sama. Tanggungjawab Mahkamah pada peringkat ini adalah untuk menilai secara maksima 10 samada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap keterangan prima facie yang dikemukakan oleh pendakwaan. Meneliti rekod perbicaraan yang lalu, Mahkamah mendapati pada peringkat akhir kes pendakwaan, isu yang berikut telah dihujahkan oleh Tertuduh iaitu bahawa: i. Tertuduh tidak menyerahkan sampel air kencing pada malam kejadian; 15 ii. Gambar botol eksibit P1 dan nombor report pada label botol tersebut diragui; iii. Kegagalan mengemukakan botol; dan iv. Sek. 31A(1A) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dipatuhi.
17
Pada akhir kes pembelaan, peguamcara Tertuduh menghujahkan bahawa 20 pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan apabila: 11
i
Pertuduhan terhadap Tertuduh di bawah Sek. 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak berasas sama sekali berkaitan dengan rekod lampau Tertuduh bertarikh 29.11.2017;
II
(ii) Tertuduh tidak menyerahkan sampel air kencing pada malam kejadian;
III
(iii) Terdapat keraguan munasabah berkenaan dengan identiti pada gambar 5 botol eksibit P1 dan nombor report pada label botol tersebut;
IV
(iv) Kegagalan mengemukakan botol yang kononnya mengandungi sampel air kencing tanpa sebarang penjelasan membolehkan inference yang bertentangan digunakan di bawah peruntukan s.114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan; dan 10
v
Sek. 31A(1A) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dipatuhi. Mahkamah akan menghuraikan satu persatu pembelaan Tertuduh ini. Pertuduhan terhadap Tertuduh di bawah Sek. 39C ADB 1952 adalah tidak berasas sama sekali berkaitan dengan rekod lampau Tertuduh bertarikh 15 29.11.2017 [18] Pembelaan menghujahkan bahawa rekod kesalahan lampau Tertuduh dalam eksibit P13 adalah tidak benar kerana rekod tersebut menunjukkan bahawa Tertuduh telah dituduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Ampang pada 29.11.2017 dan telah dijatuhi hukuman 20 penjara 12 bulan dari tarikh tangkap (14.8.2017) dan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama yang telah dijatuhi hukuman penjara 8 bulan dan 2 tahun pengawasan polis. Pembelaan menghujahkan bahawa sekiranya rekod ini benar, pada tarikh Tertuduh ditangkap bagi kesalahan dalam pertuduhan hari ini iaitu pada 12
12
12.1.2018, Tertuduh sepatutnya masih berada di dalam penjara bagi menjalani hukuman kesalahan yang dijatuhi hukuman pada 29.11.2017 seperti dinyatakan di P13. [19] Mahkamah ini merujuk kepada Seksyen 400 Kanun Tatacara Jenayah yang menjelaskan berkaitan prosedur bagaimana untuk membuktikan rekod kesalahan 5 lampau seseorang seperti yang berikut: “(1) In any inquiry, trial or other proceeding under this Code a previous conviction or acquittal or an order directing any person to be under the supervision of the police may be proved in addition to any other mode provided by any law for the time being in force- 10
a
by an extract certified under the hand of the officer having the custody of the records of the Court whether of Malaysia or the Republic of Singapore in which that conviction or acquittal was had to be a copy of the sentence or order; or
b
in case of a conviction either by a certificate signed by the officer 15 in charge of the prison in Malaysia or the Republic of Singapore in which the punishment or any part of it was inflicted, or by production of the warrant of commitment under which the punishment was suffered, together with, in each of those cases, evidence as to the identity of the 20 accused person with the person so convicted or acquitted.” Berdasarkan peruntukan ini, suatu rekod sabitan terdahulu hanya boleh dikemukakan melalui cabutan yang diperakui oleh pegawai yang menjaga rekod Mahkamah sama ada dalam Malaysia atau Singapura atau perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara Malaysia atau 25 13 Singapura atau dengan mengemukakan waran pemenjaraan bagi hukuman yang dijatuhkan. Mahkamah mendapati prosedur ini telah dipatuhi oleh Pendakwaan yang telah mengemukakan rekod sabitan lampau Tertuduh melalui SP5 yang merupakan seorang Pendaftar di Pusat Pendaftaran Penjenayah dan rekod tersebut telah diterima masuk sebagai keterangan dokumen oleh Mahkamah sebagai P13. 5 Seksyen 400(3) Kanun Tatacara Jenayah pula menjelaskan bahawa dokumen perakuan sabitan lampau yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara di Malaysia atau Singapura hendaklah dianggap sebagai dokumen tulen. [20] Selanjutnya Mahkamah merujuk kepada Sek. 10(1) Akta Pendaftaran 10 Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 yang menyatakan bahawa bukti cap jari dan sabitan terdahulu hendaklah diterima sebagai keterangan di Mahkamah dan menjadi bukti yang cukup mengenai rekod sabitan lampau Tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya. Seskyen 10(1) Akta ini memperuntukan: “10 Proof of finger impressions and previous convictions 15
1
Subject to subsection (2) every-
a
finger print form if duly authenticated by the authenticating officer;
b
certificate, document or extract (whether relating to finger impressions or otherwise) which is-
i
based on entries extracted from the register; and 20
II
(ii) certified by the Registrar to be so extracted; or
c
certificate signed by the Registrar that- 14
i
the finger impressions of a person have been compared with other finger impressions previously or subsequently taken; and
II
(ii) the finger impressions which have been compared belong to one and the same person, shall be admissible as evidence in court and be sufficient proof of the matters 5 described therein unless the contrary is proved.” [21] Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh yang menyatakan bahawa rekod kesalahan lampau (Eksibit P13) tidak benar adalah merupakan pembelaan pemikiran semula (afterthought) apabila Tertuduh tidak langsung mempertikaikan Eksibit P13 semasa peringkat pendakwaan. Tertuduh tidak menyoal balas SP5. Bahkan di dalam 10 hujahan Tertuduh di akhir kes pendakwaan, Tertuduh ada menyatakan bahawa “saya tidak menafikan tentang rekod lampau yang telah dibaca di Mahkamah tempohari…” Mahkamah merujuk kepada kes Megat Halim Megat Omar v. Pendakwaraya [2009] 1 CLJ 154, Yang Arif Dato' Abdull Hamid Embong HMR (pada masa itu) 15 menyatakan antara lain: "Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the 20 trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Highness then was) in WONG SWEE CHIN V. PP [1980] 1 LNS 138; [1981] 1 MLJ 212 puts this principle in these now famous words:- 25 15 ".... there is a general rule that a failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of a witness's testimony." Mahkamah ini menyatakan bahawa penafian kosong oleh Tertuduh tidak dapat menyangkal keesahan P13 yang jelas membuktikan bahawa Tertuduh telah 5 disabitkan dengan dua (2) kesalahan yang sama sebelum kes ini. Tertuduh tidak menyerahkan sampel air kencing pada malam kejadian [22] Dalam keterangannya, Tertuduh telah menafikan bahawa beliau ada menyerahkan sample air kencing beliau pada malam kejadian. Tertuduh menyatakan bahawa pada malam kejadian beliau tidak boleh kencing, jadi adalah mustahil untuk 10 beliau memberikan sample air kencing pada malam tersebut. Peguam ble Tertuduh menghujahkan bahawa fakta sama ada air kencing Tertuduh diambil atau tidak hanya boleh disimpulkan oleh keterangan Tertuduh dan SP2 sahaja. Pendirian Tertuduh adalah konsisten bahawa Tertuduh pergi ke tandas dua kali untuk cuba kencing namun tidak dapat kencing. 15 [23] Meneliti semula keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh ini tidak dapat menyangkal keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP2, SP3 dan SP8. Keterangan SP2 dengan jelas menyatakan bahawa beliau telah mengiringi OKT ke tandas untuk ambil sampel urine. Setelah selesai urine OKT dipungut, SP2 telah mengiringi OKT 20 kembali semula ke meja ujian. Keterangan SP8 pula menyatakan bahawa Tertuduh yang membawa sendiri botol yang mengandungi urine dan SP8 telah menjalankan ujian saringan awal urine ke atas urine OKT tersebut. Ujian dijalankan di hadapan Tertuduh sendiri dan hasilnya urine OKT didapati positif dadah jenis 16 methamphetamine. Keterangan SP3 pula menyatakan bahawa peranan SP3 pada masa tersebut adalah mengawal keadaan dan SP3 ada bersama di meja di pejabat narkotik ketika ujian saringan awal dijalankan. Berdasarkan keterangan ini, Mahkamah mendapati hujahan peguam bela yang menyatakan tiada keterangan daripada saksi lain yang melihat Tertuduh mengeluarkan air kencing di dalam botol 5 tidak boleh diterima kerana keterangan SP3 dan SP8 menyokong dapatan bahawa Tertuduh yang telah membawa sendiri sample urine ke meja ujian dan ujian dijalankan di hadapan Tertuduh sendiri. [24] Selanjutnya peguam bela menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh ini selari dengan keterangan Tertuduh bahawa beliau tidak mengambil dadah sebelum 10 tangkapan dibuat pada 12.1.2018 dan kali terakhir Tertuduh mengambil dadah adalah pada tahun 2016. Tertuduh juga dalam keterangannya menyatakan bahawa tangkapan yang dibuat ke atas beliau pada 12.1.2018 adalah berkaitan dengan kes kecurian motosikal dan bukannya atas kesalahan yang melibatkan dadah. [25] Mahkamah mendapati keterangan Tertuduh yang menyatakan beliau telah 15 berhenti mengambil dadah pada tahun 2016 ini adalah bercanggah dengan rekod kesalahan lampau (Eksibit P13) yang menunjukkan bahawa Tertuduh telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang pada bulan Ogos, 2017 dan dijatuhi hukuman pada bulan November 2017 atas kesalahan memasukkan dadah ke badan sendiri di bawah Sek. 15(1)(a) ADB. Laporan tangkapan (Eksibit P7) juga jelas menyatakan 20 bahawa Tertuduh di tahan bukan atas sebab kes kecurian motosikal tetapi tangkapan melibatkan barang kes yang disyaki dadah jenis syabu. Mahkamah mendapati Tertuduh tidak bercakap benar apabila Tertuduh mempertikaikan keesahan rekod Tertuduh berkaitan kes No. 83D-735-08/2017. Tertuduh menyatakan bahawa beliau 17 tidak pernah dituduh untuk kesalahan berkaitan dadah pada tahun 2017 tetapi rekod P13 ini jelas menunjukkan kes didaftarkan atas nama Tertuduh dan Tertuduh telah dijatuhi hukuman pada tahun 2017. Keterangan yang tidak benar ini menyebabkan Mahkamah ini meragui kredibiliti Tertuduh. Mahkamah juga mendapati Tertuduh cuba memberikan keterangan yang bercanggah apabila menyatakan bahawa 5 Tertuduh ditangkap pada tahun 2018 bukan atas kesalahan dadah tetapi atas kesalahan disyaki memiliki motosikal curi. Berikut adalah keterangan Tertuduh: “ Beliau menahan saya atas alasan suspek saya menggunakan motor curi. Jadi saya membenarkan beliau buat pemeriksaan atas motor saya. Selepas beliau buat pemeriksaan, dapati tiada report motor curi. Setelah buat 10 pemeriksaan motor, beliau terus gari saya bawa ke balai bersama tunang saya atas alasan untuk pengambilan urine di balai.” Namun begitu, apabila disoal balas oleh Pendakwaan, Tertuduh akhirnya mengakui bahawa tangkapan pada tahun 2018 ini adalah berkaitan kesalahan memiliki dadah 15 dan Tertuduh telah dituduh di Mahkamah serta disabitkan dengan kesalahan tersebut. Beikut adalah keterangan Tertuduh semasa disoal balas: Rujuk Eks. P7 – laporan polis 000873/18. Pada tarikh 11/1/2018, kamu ada ditahan sebelum di bawa balik ke Balai Polis Ampang untuk diambil utine, untuk kes memiliki dadah. 20 Tidak setuju. Kamu tidak setuju. Nama siapa yang tertera sebagai orang yang ditangkap dalam report ini. Nama saya. 25 Nama siapa yang tertera sebagai orang yang ditangkap kedua? Tunang saya 18 Jadi kamu nak katakan ini laporan polis palsu Bukan saya nak kata laporan ini palsu … Tadi kamu kata kamu tidak setuju yang kamu ditangkap berkaitan 5 Ampang Report 873/18 berkenaan kes memilik dadah. Cadangkan kamu juga ada dituduh di Mahkamah Sesyen berkaitan berkaitan dengan kes tangkapan Ampang Report 873/18. Bukan tidak setuju saya ditangkap. Tapi tidak setuju saya ada barang. 10 Apa jadi dengan kes di Mahkamah Sesyen? Kes itu saya lawan juga tapi kalah jadi saya jalani hukuman. Jadi kamu ada disabitkan dengan kesalahan. Tangkapan untuk kes Ampang Report 00873 ini dijalankan sebelum kamu diambil urine? 15 Ya. Jelaslah di sini, keterangan Tertuduh sukar dipercayai apabila Tertuduh cuba menafikan fakta sebenar berkaitan tangkapan beliau. Terdapat keraguan munasabah berkenaan dengan identiti pada gambar botol 20 eksibit P1 dan nombor report pada label botol tersebut [26] Peguam bela telah menghujahkan bahawa terdapat keraguan yang munasabah berkaitan identiti pada gambar botol urine (Eksibit P1) dan nombor report pada label botol tersebut yang telah dipalang dan ditandatangani oleh SP2. Nombor report 0874/18 telah dipalang dan ditandatangani oleh SP2 dan nombor report yang 25 satu lagi tidak dapat dilihat. Peguam bela Tertuduh berhujah bahawa ini telah menimbulkan inference yang memihak kepada Tertuduh yang telah menafikan beliau ada memberikan sample air kencing pada hari tersebut. 19 [27] Mahkamah ini mendapati isu ini telah dibangkitkan dan dihujahkan semasa peringkat pendakwaan. Mahkamah ini telah meneliti semula keterangan SP2 yang telah mengakui dan menjelaskan bahawa terdapat pembetulan kerana ada kesilapan pada nombor report dan SP2 telah menandatangani pada label yang dipinda tersebut. Semasa soal balas, SP2 mengakui nombor report yang salah adalah 5 0872/18. SP2 juga menyatakan bahawa pelekat putih ini ditulis selepas Tertuduh kencing dan kemudian dilekatkan pada botol dan Tertuduh akan tandatangan. Di sini Mahkamah mendapati Tertuduh mempertikaikan nombor report yang dipalang tetapi tidak menafikan bahawa tandatangan orang yang diperiksa pada label tersebut adalah tandatangan Tertuduh. Mahkamah ini berpendapat penjelasan SP2 ini 10 konsisten dengan keterangan SP8 yang menyatakan bahawa Tertuduh yang membawa sendiri botol yang mengandungi urin dan SP8 telah menjalankan ujian saringan awal ke atas urin Tertuduh tersebut. Kegagalan mengemukakan botol yang kononnya mengandungi sampel air 15 kencing tanpa sebarang penjelasan membolehkan inferen yang bertentangan digunakan di bawah peruntukan s.114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan [28] Pembelaan telah menghujahkan bahawa Pendakwaan telah gagal 20 mengemukakan botol yang mengandungi air kencing Tertuduh dan hanya gambar botol yang dikemukakan. Pembelaan menyatakan tiada mana-mana keterangan saksi yang menyatakan mengapa botol tersebut tidak dikemukakan dan tiada penjelasan daripada Pendakwaan berkaitan kegagalan mengemukakan botol tersebut. Pembelaan merujuk kepada kes PP v Azahari Abdul Wahab (2009) 10 25 CLJ 464 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan: 20 “ [24] In this case, the accused's urine sample after analysis is not expected to be preserved but its bottle is. The bottle was said to carry a label with the accused's particulars thereon. It was not produced. Was it lost or destroyed by the IMR officer? There was no explanation forthcoming from the 5 prosecution. It may be distinguished with the exhibits in Gunalan Ramachandran & Ors, supra. There, the missing exhibits were empty plastic packets and a weighing machine. They were not the subject matter of the charge. Their existence could be seen from the photographs. In this case, the urine in the said bottle which contained Amphetamine was the subject 10 matter of the charge. No photograph was produced showing the said bottle with the accused's particulars on it. The prosecution was taken to task by the learned counsel regarding the non-production of the said bottle” Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut selanjutnya memutuskan bahawa: 15 “[27] On the facts and circumstances of this case, the failure to produce the said bottle is fatal to the prosecution case. On this ground too, the accused was rightly acquitted and discharged by the learned magistrate at the close of the prosecution case”. [29] Selanjutnya pembelaan menghujahkan bahawa kegagalan ini mewajarkan 20 Mahkamah untuk membuat inferen bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1956 dengan merujuk kepada ddapatan di dalam kes See Kek Chuan v PP (2013) 6 CLJ 98 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: “[38] Illustration (g) to s. 114 of the Evidence Act 1950 is based on the maxim 25 omnia praesumuntur contra spoliatorem (if a man wrongfully withholds 21 evidence, the court can draw every presumption to his disadvantage, consistent with the facts admitted or proved). It must be borne in mind that the best evidence rule governs the production of evidence in court and when the best evidence is withheld, it is only fair to presume that the party withholding the evidence had some ulterior motive in not producing it and if produced, 5 would be detrimental to that party, and that attracted the adverse inference provision.” [30] Meneliti semula keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati keterangan SP6 menjelaskan bahawa botol sample hanya akan disimpan antara 2 10 hingga 6 bulan jika tiada permintaan pemulangan botol. Keterangan SP6 menjelaskan bahawa dalam kes ini tiada permintaan untuk pemulangan botol dan tempoh telah melebihi 6 bulan. Dalam kes PP v Azahari bin Abd Wahab yang dirujuk oleh Pembelaan di atas, Mahkamah Tinggi ada menyatakan: 15 “[23] I would venture to say that failure to produce the said specimen bottle after the accused's urine had been tested and analysed by the IMR, may or may not be fatal to the prosecution's case depend on the facts and circumstances of each individual case. The prosecution should not adopt an attitude that Gunalan Ramachandran & Ors, supra may provide an antidote 20 to cure all cases of missing or non-production of exhibits after they have been examined or analysed by the expert.” [31] Dalam kes hari ini, Mahkamah mendapati keterangan telah dikemukakan melalui SP6 bahawa botol telah dimusnahkan setelah 6 bulan apabila tiada 25 permintaan untuk pengembalian. Pendakwaan telah mengemukakan gambar botol yang mengandungi butir-butir Tertuduh iaitu nama, nombor kad pengenalan dan 22 tandatangan Tertuduh yang mana butiran ini tidak disangkal oleh Tertuduh. Mahkamah mendapati kes ini berbeza dengan kes PP v Azahari bin Abd Wahab di mana dalam kes tersebut, Pendakwaan bukan sahaja gagal mengemukakan botol tetapi juga gambar yang mengandungi butiran Tertuduh. Mahkamah berpendapat kegagalan mengemukakan botol urine tidaklah fatal kepada kes pendakwaan pada 5 hari ini dan tidak membawa kepada inferen bertentangan di bawah Seskyen 114(g) Akta Keterangan 1952. Sek. 31A(1A) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dipatuhi. [32] Peguam bela Tertuduh selanjutnya telah menghujahkan bahawa sampel air 10 kencing Tertuduh tidak diambil mengikut peruntukan Sek. 31A(1A) ADB 1952.
Preamble
Menurut keterangan SP2 (Lans Koperal Fareez Edzuan bin Zarani), beliau yang mengiringi Tertuduh ke tandas dan semasa di tandas Tertuduh kencing di hadapan beliau. Peguam bela berhujah bahawa ini telah dengan jelas melanggar peruntukan Sek. 31A(1A) ADB 1952 yang memperuntukkan bahawa orang yang mengambil 15 sampel air kencing mestilah berpangkat Sarjan dan ke atas. Peguam bela telah bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Aizuddin Shah Ahmad v PP (2019) 3 CLJ 318 dan menghujahkan bahawa keputusan sampel urine tersebut tidak boleh diterima pakai kerana cara pengambilan sampel adalah tidak sah. 20 [33] Mahkamah mendapati bahawa isu ini telah dibangkitkan oleh Tertuduh semasa peringkat pendakwaan dan ini boleh dilihat daripada soalan-soalan balas yang diajukan oleh Tertuduh kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP2 dan SP8. Mahkamah berpendapat bahawa kes Aizuddin Syah Ahmad v PP boleh 23 dibezakan dengan fakta kes pada hari ini di mana dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: "there was no request to the appellant according to law for a police officer below the rank of a Sergeant to provide a specimen of his urine. The sub-section specifically requires that the request must come from the police 5 officer not below the rank of a Sergeant. " Berbeza dengan kes pada hari ini, keterangan SP8 yang berpangkat Sub Inspektor telah menyatakan bahawa SP8 yang menjalankan ujian saringan air kencing ke atas Tertuduh; SP8 yang menyerahkan satu kotak berisi beberapa botol berseal dan meminta Tertuduh memilih botol dan SP8 yang membuka seal botol dan 10 menyerahkan botol kepada Tertuduh untuk diisi dengan sample air kencing. SP2 hanya membawa Tertuduh ke tandas untuk memungut sample air kencing. Jelas lah di sini bahawa permintaan untuk Tertuduh memberikan sampel air kencing dibuat oleh SP8 dan SP2 hanya mengiringi Tertuduh ke tandas untuk memastikan sampel air kencing dibekalkan. 15 DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [34] Seksyen 173 (m) Kanun Acara Jenayah telah menerangkan dengan jelas berkaitan tatacara yang perlu diikuti oleh Mahkamah pada akhir kes pembelaan iaitu Mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan dihadapannya dan hendaklah memutuskan sama ada pendakwaan telah 20 membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah. Prinsip yang harus diikuti oleh Mahkamah adalah seperti yang digariskan dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 seperti berikut: 24 "The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon 5 the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:– [35] Menerima pakai prinsip-prinsip di atas, Mahkamah ini telah menimbangkan semua keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dan juga keterangan 10 pembelaan dan Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah. Oleh yang demikian,
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Acquit. 25 Mahkamah ini mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti dalam pertuduhan. HUKUMAN [36] Setelah mengambil kira rayuan Tertuduh dan hujahan pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara 5 tahun 5 daripada tarikh 17.12.2020 dan 2 kali sebatan rotan terhadap Tertuduh. Tertuduh juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun setelah selesai menjalani hukuman. Tarikh pemenjaraan yang bermula pada 17.12.2020 adalah mengambil kira tarikh di mana Tertuduh ditahan semula setelah rayuan Pendakwa Raya terhadap perintah pelepasan dan pembebasan Tertuduh dibenarkan oleh Mahkamah 10 Tinggi. Dalam menjatuhkan hukuman ini, Mahkamah telah mengambil kira beberapa faktor seperti yang dihuraikan di bawah. [37] Sebagaimana yang diketahui, apa-apa hukuman yang dijatuhkan atas seorang pesalah hendaklah sama ada bersifat pencegahan, pemulihan atau bersifat 15 punitif. Apabila menjatuhkan sesuatu hukuman, faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah kepentingan awam, namun Mahkamah hendaklah seboleh-bolehnya mengimbangkan kepentingan awan dengan kepentingan Tertuduh. Di dalam kes PP v Rosnan Ismail [2020]1 LNS 1596, YA Tuan Awang Armadajaya Awang Mahmud (PK), telah menjelaskan berkenaan 20 prinsip yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman. YA telah memetik kes yang tersohor iaitu R v. BALL (KENNETH JOHN) [1951] 35 Cr App R 164 dan menyatakan seperti berikut: “[4] SENTENCING PRINCIPLES 26 There are many different purposes of sentencing. There is the deterrent factor, the rehabilitative factor, the punitive factor and the restorative factor. These are by no means exhaustive but the most common considerations. In R v. BALL (KENNETH JOHN) [1951] 35 Cr App R 164, Justice Hilbery stated: 5 "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in 10 two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a 15 criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate 20 sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. " Penghakiman dalam kes R v. BALL (KENNETH JOHN) ini juga telah dirujuk oleh 25 Hashim Yeop A Sani J (pada ketika itu) dalam kes tersohor PP v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102. YA Hashim Yeop Sani selanjutnya menyatakan: “The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ in Rex v. Grondkowski [1946] 1 All ER 560, 561 offered some good advice when 30 he said: 27 The Judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought that the interests of justice means only the interests of the prisoners.” 5 [38] Di dalam kes PP v Mohd Fuad Othman [2000] 1 LNS 190, YA Jeffrey Tan J (pada ketika itu) juga menyatakan bahawa dalam menentukan hukuman yang sesuai, pertimbangan utama yang harus diberikan adalah kepentingan awam. YA Jeffrey Tan J seterusnya menjelaskan maksud ‘hukuman berdasarkan undang-undang’. YA menyatakan: 10 "In deciding the appropriate sentence.... the first and foremost consideration is the public interest" (R v. Kenneth John Ball 35 Cr App R l64 see also R v. Murukaiyan Rasoo [1956] 1 LNS 110; [1957] MLJ 26).” "… A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of' the punishable section, but it must also be assessed and passed in 15 accordance with established judicial principles" (PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; 1 MLJ 315, 316 per Mohamed Azini J, as he then was)…” [39] Merujuk kepada Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan: “ (1) Where a person who has not less than- 20
a
two previous admissions;
b
two previous convictions under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) or any combination of the sections;
c
one previous admission and one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a); 25 28
d
one previous admission and two previous convictions under section 31A; or
e
one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under section 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) 5 or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall also be punished with whipping of not more than three strokes. 10 Mahkamah ini mengambil maklum bahawa Seksyen 39C yang diperkenalkan melalui Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2002 (Akta A1167) merupakan seksyen yang memperuntukkan hukuman yang lebih tinggi pagi pesalah berulang yang telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 10, Seksyen 15 dan Seksyen 31A Akta yang sama. Petikan daripada Hansard Parlimen ketika Akta A1167 yang dibahaskan di 15 Dewan Rakyat pada 19 Jun 2002 menunjukkan YB S.G. Sothinathan yang merupakan Setiausaha Parlimen Kemeterian Kesihatan pada ketika itu, telah memaklumkan Parlimen seperti berikut: “Memandangkan masalah penagih dadah tegar semakin meningkat, Fasal 8 (Note: "Fasal 8" of the Bill is the new s. 39C ) adalah untuk memasukkan seksyen 20 baru dalam Akta Dadah Berbahaya untuk mengenakan hukuman penjara yang lebih panjang serta sebatan ke atas penagih tegar. Ada negara seperti Singapura di mana penagih yang ditangkap menagih bagi kali ketiga akan dipenjara dari lima hingga tujuh tahun beserta rotan tiga hingga lapan kali. Bagi kesalahan yang berikutnya mereka akan dipenjara dari tujuh 25 hingga tiga belas tahun berserta rotan enam hingga dua belas sebatan. Tindakan yang diambil ini didapati memberi kesan yang baik dalam menangani masalah dadah di negara berkenaan. 29 Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sekarang, penagih dadah terutama yang tegar boleh dipenjarakan sehingga dua tahun setiap kali kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 dan seksyen 15, oleh itu tindakan untuk meletakkan penagih-penagih yang tegar di penjara atau kurungan bukanlah perkara baru. 5 Dalam pindaan yang dicadangkan, mereka yang pernah menjalani rawatan di pusat pemulihan untuk dua kali atau lebih, atau pernah disabit kesalahan mengguna dadah berbahaya di bawah seksyen 10 atau seksyen 15 sebanyak dua kali atau lebih, atau gagal memberi air kencing untuk ujian yang diperuntukkan di bawah seksyen 31A, sebanyak dua kali atau lebih dan di 10 samping itu pernah menjalani rawatan pemulihan atau disabitkan kesalahan menggunakan dadah berbahaya akan dikenakan hukuman penjara lima hingga tujuh tahun dan sebatan tidak melebihi tiga kali, sekiranya disabit lagi kesalahan di bawah seksyen 10, seksyen 15 atau seksyen 31A. Mereka yang mengulangi lagi kesalahan-kesalahan tersebut, akan dikenakan hukuman penjara tujuh 15 hingga tiga belas tahun dan sebatan tiga hingga enam kali. (Penyata Rasmi Parlimen (Dewan Rakyat) Parlimen Ke-10, Penggal Ke-4, Mesyuarat Kedua, DR 19/6/2002, Ruangan 16)” Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah menghujahkan bahawa niat parlimen 20 adalah untuk memberikan hukuman yang lebih tinggi ke atas Tertuduh dan memandangkan kes ini telah melalui proses bicara penuh dan saksi-saksi telah dipanggil memberikan keterangan, satu hukuman minima bukanlah hukuman yang sesuai untuk Tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya telah memohon supaya hukuman yang berat dikenakan terhadap Tertuduh agar menjadi pengajaran kepada 25 masyarakat. [40] Dalam menimbangkan hukuman yang dijatuhkan ke atas Tertuduh, Mahkamah ini mengambil maklum berkenaan niat parlimen untuk mengenakan 30 hukuman yang tinggi kepada penagih tegar. Walaubagaimanapun, Mahkamah ini telah menimbangkan bukan hanya kepentingan masyarakat bahkan juga mengimbangi kepentingan Tertuduh. Di dalam kes ini, Tertuduh telah dibawa ke Mahkamah untuk kali pertama bagi pertuduhan ini pada 7.11.2018 dan Tertuduh berada dalam tahanan mulai tarikh itu sehingga Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan 5 oleh Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu pada 2.8.2019. Tertuduh kemudiannya telah ditahan semula pada 7.12.2020 apabila Tertuduh hadir untuk sebutan semula kes seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi. Tertuduh berada dalam tahanan kali kedua mulai tarikh tersebut apabila tiada jaminan ditawarkan. [41] Mahkamah berpendapat, walaupun Mahkamah mengenakan hukuman 10 penjara minima selama 5 tahun, Tertuduh sebenarnya berada dalam tahanan hampir 6 tahun. Mahkamah berpendapat tempoh tahanan ini dan jumlah sebatan rotan sebanyak 2 kali adalah mencukupi untuk memberikan pengajaran kepada Tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kepentingan awam akan lebih terjaga jika Tertuduh diberi peluang untuk 15 membaiki diri dan memulakan kehidupan baharu selepas Tertuduh dibebaskan. Bagi memastikan Tertuduh tidak mengulangi kesalahan tersebut, Mahkamah telah memerintahkan supaya Tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selaras dengan peruntukan Seskyen 38B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti yang berikut: 20 “38B Powers of the Court in respect of persons found guilty under section 15
1
Where a person is found guilty of an offence under section 15, he shall, immediately after having undergone the punishment imposed upon him in respect thereof, undergo supervision by an officer as defined under section 2 of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 for a period 25 31 of not less than two and not more than three years as may be determined by the court.” KESIMPULAN [42] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati Pendawaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. 5 Atas dapatan bersalah dan sabitan tersebut, Mahkamah menyatakan bahawa hukuman penjara 5 tahun mulai tarikh 17.12.2020 dan 2 kali sebatan rotan serta 2 tahun pengawasan polis setelah Tertuduh selesai menjalani hukuman penjara, merupakan hukuman yang munasabah dan tidak terkeluar daripada prinsip undang-undang sedia ada. 10 Bertarikh : 1 Oktober 2021 (JUMIRAH BINTI MARJUKI) Hakim Mahkamah Sesyen 15 Ampang Timbalan Pendakwa Raya: Puan Irna Julieza binti Maaras (Jabatan Peguam Negara) 20 Peguam bela: Puan Svetlana Nordin (T/n Svetlana Nordin & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.