Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang- 515 undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu, berasaskan keterangan tanpa sokongan seorang 520 kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.” [40] Berdasarkan seksyen ini, Mahkamah ini bersetuju dengan HMS yang bijaksana yang menyatakan di dalam Alasan Penghakimannya bahawa keterangan SP1 tidak memerlukan keterangan sokongan sama ada SP1 525 telah memberi keterangan secara bersumpah atau tidak. Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan kes melalui keterangan sokongan. [41] Tiada keperluan Mahkamah ini untuk mengulas berkenaan isu kejadian datuk mangsa dikatakan telah mencabul dan merogol mangsa 530 memandangkan pertuduhan dalam kes ini hanyalah terhadap Responden/Tertuduh sahaja. [42] Bagi maksud elemen kedua, Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan yang diberikan oleh mangsa cukup membuktikan elemen- 535 elemen yang dipertuduhkan iaitu ‘meraba kemaluan dan meraba payudara’. Q: Apa yang terjadi? A: Raba-raba keseluruhan badan. Q: Siapa yang raba? 540 A: Ayah. Q: Ayah raba keseluruhan badan siapa? A: Saya. Q: Sewaktu itu, Aida umur berapa tahun? A: 13 tahun 545 Q: Tidur di mana itu? A: Di ruang tamu. Q: Bersama dengan adik tadi ke? A: Ya. Q: Adik waktu tu tidur juga ke? 550 A: Ya. Q: Kemudian? A: Ayah datang ayah raba-raba seluruh badan. Q: Aida kata waktu tu Aida tidur jadi macammana Aida boleh tahu yang ayah raba-raba badan? 555 A: Aida terjaga. Q: Ayah raba Aida menggunakan apa? A: Tangan. Q: Tangan siapa? A: Tangan ayah. 560 Q: Sewaktu Aida sedar tangan ayah berada di mana? A: Didalam seluar saya. Q: Bila ayah masukkan tangan ke dalam seluar Aida, tangan ayah dibahagian mana badan Aida? A: Di kemaluan. 565 Q: Di kemaluan siapa? A: Saya. Q: Apa yang ayah buat selepas ayah masukkan tangannya ke dalam pada kemaluan Aida? A: Ayah main. Ayah macam nak cakap pun tak reti. Ayah macam 570 main geli-gelikan tu, pastu dia masukkan jari dalam lubang. [43] Keterangan mangsa sewaktu disoal balas, adalah konsisten dan tidak goyah. Mahkamah ini ambil maklum, mangsa adalah merupakan seorang perempuan yang hanya 13 tahun sewaktu kejadian berlaku, dan berumur 575 hanya 14 tahun semasa memberi keterangan. Maka, Mahkamah tidak boleh menganggap keterangan yang diberikan oleh mangsa adalah sebagaimana seorang yang dewasa. [44] Bagi elemen ini, Mahkamah bersandarkan pada kes Razali Bin Sillah 580 v PP [2019] 12 MLJ 205 di mana Muniandy Kannyappan PK (sekarang H) memutuskan: “[13] Hence, in sum total, the most crucial piece of evidence in this case is by SP2. Unlike for an offence of rape, no medical evidence is available for 585 a case of this nature. But the overwhelming feature of this case is the victim’s consistency in testimony.” [45] Kes Mahkamah Tinggi Mazlan bin Mahadi v Public Prosecutor [2018] MLJU 1818 (HC) telah memutuskan: 590 “[31] The Evidence Act 1950 does not require any corroboration in sexual offences and a conviction for such offences may rest entirely on the credibility of the complainant. The need for corroboration remains a rule of good practice and prudence, that in some instances it is necessary to have corroboration.” 595 [32] Guidance can be found in Dato Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2015] 2 CLJ 145, where the Federal Court held inter alia as follows: 600 “[74] It was submitted by the prosecution that the evidence of PW1, even without any corroboration is credible and probable, and on its own was sufficient to prove the charge against the appellant. His evidence, it was argued is akin to that of a female rape victim who will not ordinarily “stake her reputation by levelling a false charge 605 concerning her chastity” (a phrase taken from State of Maharshtra v. Chandraprakash Kewalchand Jain, AIR [1990] 1 SCC 550). Similarly, for PW1 to come out publicly to testify that he has been sodomised would obviously subject him and his family to ridicule. There was therefore no reason for him to level a false accusation against the 610 appellant as the stigma will remain for his lifetime.” [46] Daripada keterangan yang diberi oleh SP1, adalah jelas kepada Mahkamah ini bahawa keterangan beliau adalah konsisten dan tiadanya alasan bagi seseorang kanak-kanak untuk membuat suatu tuduhan yang 615 palsu dan amat serius terhadap ayah kandungnya dengan akibat dan kesan yang timbul. Di samping itu, Mahkamah ini telah memberikan pertimbangan yang lebih berat kepada keterangan SP1 dan mengambil pendekatan yang lebih sensitif memandangkan mangsa adalah merupakan seorang mangsa seksual kanak-kanak. Sebagai tambahan, pada hemat Mahkamah ini dalam 620 mempertimbangkan keterangan seseorang kanak-kanak seperti SP1, Mahkamah perlu, dan telah mengambil maklum SP1 adalah seorang kanak-kanak yang telah mengalami trauma yang ketara. Maka, Mahkamah adalah lebih peka kepada keterangan yang diberi oleh SP1. 625 [47] HMS yang bijaksana juga telah membangkitkan isu tempat kejadian yang tidak dapat dipastikan oleh SP1 dan SP6. Namun, Mahkamah ini setelah meneliti keterangan SP1, SP2, SP5 dan SP6 adalah berpuas hati tempat kejadian telah dicamkan oleh SP1 dan sewaktu disoal balas SP1 telah dengan jelas memaklumkan alamat rumah yang konsisten dan sama 630 dengan alamat di dalam pertuduhan. [48] HMS yang bijaksana juga telah menyatakan dalam Alasan Penghakiman beliau, pihak pendakwaan langsung tidak membuat apa-apa percubaan untuk membuat klarifikasi tentang percanggahan yang telah 635 berlaku. Mahkamah ini percaya, tiada perlunya apa-apa klarifikasi berkenaan dengan tempat kejadian memandangkan mangsa dengan jelas telah mengecamkan tempat kejadian yang merupakan tempat tinggal beliau. Persoalan sama ada SP2 atau seorang lagi pegawai mengambil gambar adalah bukan isu material, malah, lokasi tempat kejadian yang dicamkan 640 oleh SP1 adalah konsisten dan pengecaman oleh mangsa (SP1) adalah mencukupi. [49] Di dalam Alasan Penghakiman beliau, HMS yang bijaksana telah turut mempersoalkan kecacatan pertuduhan yang gagal memaklumkan tarikh 645 kejadian dan tempat kejadian yang tidak dapat dibuktikan memandangkan terdapat percanggahan antara alamat yang dimaklumkan oleh SP6 dan tempat dan gambar yang dicam oleh SP1. [50] Beliau turut merujuk kepada seksyen 153(1) Kanun Prosedur 650 Jenayah yang menyatakan: “Pertuduhan itu hendaklah mengandungi butir-butir berkenaan dengan masa dan tempat berlakunya kealahan itu, demikian juga orang, jika ada, yang bersabit kepada kesalahan atau barang yang terhadapnya kesalahan 655 tersebut dilakukan yang mencukupi bagi memberitahu tertuduh berkenaan dengan perkara yang ia dituduh.” [51] Beliau juga telah seterusnya merujuk kepada kes Dato Seri Anwar Ibrahim v PP & Anor Appeal [2004] 3 CLJ 737, di mana Mahkamah 660 Persekutuan telah memutuskan bahawa “if the law clearly provides that the charge shall contain particulars as to time, place and items thus it follows that such particulars must be proved.” [52] Mahkamah ini sama sekali tidak bersetuju dengan dapatan HMS yang 665 bijaksana dalam memutuskan bahawa pertuduhan adalah cacat, memandangkan, pertuduhan di atas tidak menyatakan satu tempoh masa yang tertentu, walaupun pertuduhan dengan jelas telah menyatakan ‘dalam bulan Julai’. 670 [53] Pelbagai otoriti turut menjelaskan dan memutuskan tarikh spesifik sesuatu kesalahan seksual adalah bukan satu kemestian, malah ia adalah ‘tidak vital’ bagi kes-kes seksual. [54] Dalam satu kes rogol, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di 675 dalam kes Ku Lip See v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 MLJ 194, bahawa walaupun pertuduhan tidak menyatakan tarikh spesifik kesalahan itu dilakukan tetapi cuma menyatakan ianya dilakukan pada bulan Mei dan Jun 1978 ia adalah tidak cacat kerana masa dan tempat telah dibutirkan dengan cukup bagi tertuduh untuk membela diri. 680 [55] Rujukan juga turut dibuat kepada keputusan di dalam kes yang sama iaitu kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v. Public Prosecutor & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737; [2004] 3 MLJ 405. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan memutuskan: 685 " In a sexual offence, the essential ingredients are the sexual act and the identity of the offender. The date is not a vital ingredient of the charge". [56] Maka, pada pandangan Mahkamah ini, Responden/Tertuduh adalah 690 sama sekali tidak diprejudiskan kerana ketiadaan tarikh spesifik berlakunya kejadian di dalam pertuduhan di atas kerana tempat kesalahan dikatakan dilakukan telah dinyatakan dengan spesifik dan seperti dalam kes Ku Lip See v PP (supra), lingkungan masa yang tertera di dalam pertuduhan adalah cukup jelas dan memberi notis yang memadai bagi membolehkan 695 Responden/Tertuduh membawa pembelaan. [57] Maka, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes malampaui keraguan yang munasabah. 700 [58] Kebesaran pembelaan pihak Responden/Tertuduh adalah berhubung kepada isu dendam SP4 untuk memecah-belahkan hubungan Responden/Tertuduh dan isteri kedua Tertuduh. Pembelaan telah memanggil seramai 5 orang saksi di mana 4 orang adalah merupakan anggota keluarga Responden/Tertuduh dan saksi terakhir adalah 705 merupakan kawan Responden/Tertuduh. [59] SD1 hingga SD4 kesemuanya telah mengetengahkan isu dendam SP4 yang telah melarikan diri dengan lelaki lain ke Melaka dan ingin memecah-belahkan hubungan Responden/Tertuduh dengan isteri kedua 710 tertuduh. [60] Adalah pendapat Mahkamah ini bahawa pembelaan yang dibangkitkan oleh Responden/Tertuduh adalah tidak bermerit dan penafian semata-mata. 715 [61] Terlebih dahulu, Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam menilai keterangan saksi-saksi Pembelaan kerana saksi-saksi ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Responden/Tertuduh dan adanya kebarangkalian saksi-saksi ini mencuba untuk menyelamatkan 720 Responden/Tertuduh. Mahkamah ini berhak untuk menerima atau menolak sebahagian keterangan saksi-saksi sebegini. [62] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes CGU Insurance Bhd v. Asean Security Paper Mills Sdn Bhd [2006] 2 CLJ 409; [2006] 3 MLJ 1 di 725 mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - "...If a witness is independent, ie, if he has no interest in the success or failure of a case and his evidence inspires confidence of the court, such evidence can be acted upon. A witness is normally to be considered 730 independent unless he springs from sources which are likely to be tainted. If there are circumstances tending to affect his impartiality, such circumstances will have to be taken into account and the court will have to come to a decision having regard to such circumstances. The court must examine the evidence given by such witness very carefully and scrutinise all 735 the infirmities in that evidence before deciding to act upon it. " [63] Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan CGU Insurance Bhd v. Asean Security Paper Mills Sdn Bhd (supra) telah diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Asean Securities Paper Mills Sdn Bhd v 740 CGU Insurance Bhd [2007] 2 CLJ 1; [2007] 2 MLJ 301 prinsip undang-undang mengenai pertimbangan keterangan yang disebut di atas adalah masih terpakai. Selain itu, isu dendam yang diketengahkan oleh Responden/Tertuduh dalam pembelaan mereka ‘does not hold water’ memandangkan ia adalah bukan penjelasan mahupun jawapan kepada 745 pertuduhan yang dipertuduhkan, malah ia adalah merupa satu ‘diversion’ dan rekaan untuk mengelirukan Mahkamah. Maka, pembelaan yang dibangkitkan oleh pihak Responden/Tertuduh adalah sememangnya penafian semata-mata. 750 [64] Pembelaan penafian semata-mata ini disentuh di dalam kes Losali v. PP [2012] 2 CLJ 178, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “Having considered the defence of the appellant, the learned trial judge 755 rightly came to the conclusion that the appellant failed to raise any reasonable doubt that the appellant was in fact actively involved and was the principal organiser in supplying the drugs in question. The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to 760 is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges.” 765 [65] Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (“Akta 792”) memperuntukkan seperti berikut: “16 Person in a relationship of trust 770 If a person who commits any offence under this Act or any offence specified in the Schedule against a child, is in a relationship of trust with the child, such person shall, in addition to the punishment to which he is liable for such offence, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years 775 and shall also be punished with whipping of not less than two strokes.” In this section, a person is said to be in a relationship of trust with a child if the child is under his care, supervision or authority, including but not limited to— 780