Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
4
Earlier cases and laws this decision relies on
Refers toCriminal Procedure CodeExternal
“it is worthy to note that the words ‘shall be liable … to imprisonment’, with or without the option of a fine does not overrule the exercise of the sentencer’s discretionary powers under s 294 of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) (‘the CPC’), upon sensible interpretation of the expression ‘be liable’. See PP v Ma”
“consistent or contradictory penal provisions when juxtaposed one to the other, should be construed in favour of the accused, even provisions eg ss 302 and 395 (where whipping is only optional) of the Penal Code (FMS Cap 45) which bears the expression ‘shall be sentenced’ rather than ‘shall be liable to be sentenced’ do”
Cites[1939] MLJ 161External
“Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 7 Mahrus v. PP [1992] 1 MLJ 561; Goh Kheng Seong v. PP [1993] 1 MLJ 103 dan PP v. Man bin Ismail [1939] MLJ 161.”
Cites[1964] MLJ 322External
““may” atau “liable to” menjurus kepada peruntukan yang juga mandatori tetapi hanyalah bersifat budibicara sepertimana yang telah diputuskan di dalam kes Jayanathan v. PP [1973] 2 MLJ 68; Darus v. PP [1964] MLJ 322; Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 7 Mahrus v. PP [1992] 1 MLJ 561; Goh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: T-05-435-08/2018...
Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: T-05-435-08/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU DAN MOHD ZAINAL BIN SHAMSUDIN … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu Perbicaraan Jenayah No. TA-45SOM-1-04/2018 Antara Pendakwa Raya Lawan Mohd Zainal Bin Shamsudin] KORAM: HAMID SULTAN BIN ABU BACKER, HMR KAMARDIN BIN HASHIM, HMR MOHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Ini adalah rayuan Pendakwa Raya (Perayu) terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu (‘hakim bicara’) yang Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 2 memerintahkan kenderaan yang digunakan dalam pelakuan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Responden tidak dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia. Sebaliknya, kenderaan itu, iaitu sebuah motor bas dengan nombor pendaftaran WTU 1170 (‘motor bas tersebut’) dikembalikan kepada Responden (‘Perintah yang dirayu’). [2] Responden telah mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan pilihan bagi kesalahan mengangkut migran untuk tujuan penyeludupan iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (‘ATIPSOM’). Pertuduhan pilihan terhadap Responden adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 3.4.2018 jam lebih kurang 4.55 pagi bertempat di Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk, di dalam daerah Setiu, di dalam negeri Terengganu yang merupakan pemilik dan pemandu bas persiaran bernombor pendaftaran WTU 1170 telah mengangkut 29 orang migran iaitu seperti dalam ‘Lampiran A’ bagi tujuan penyeludupan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.” [3] Atas pengakuan bersalahnya, hakim bicara telah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara berkuat kuasa mulai dari tarikh ditangkap ke atas Responden. Rayuan Perayu di hadapan kami hanyalah terhadap ketidakpuasan hati Perayu terhadap Perintah yang dirayu. [4] Fakta kes (P5) sebagaimana yang diakui benar oleh Responden adalah seperti berikut: Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 3
a
(a) Pada 3.4.2018 jam lebih kurang 4.55 pagi, KTPP Mohd Yassin bin Yusof bersama sepasukan anggota dari Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis dan Kelantan telah membuat sekatan jalan raya di Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk, 22100 Setiu, Terengganu dan beliau merupakan pengadu dalam kes ini.
b
(b) Dalam sekatan jalan raya tersebut, pengadu dan pasukannya telah menahan sebuah bas persiaran bernombor pendaftaran WTU 1170 yang datang dari arah Kuala Lumpur dan menghala ke Kota Bharu.
c
(c) Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai pegawai imigresen dan telah menjalankan pemeriksaan di dalam motor bas tersebut bersama pasukannya. Di dalam bas tersebut, didapati Responden berada di tempat duduk pemandu sebagai pemandu dan terdapat penumpang seramai 29 orang warganegara asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.
d
(d) Responden telah ditangkap oleh pengadu kerana disyaki telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (‘Akta 670’). Satu laporan polis bernombor PERMAISURI/000743/18 telah dibuat oleh pengadu.
e
(e) Responden adalah seorang lelaki dewasa warganegara Malaysia berumur 42 tahun dan pengadu mendapati Responden adalah sebagai pemandu serta pemilik bas Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 4 persiaran tersebut yang didaftarkan di bawah Syarikat MZS Travel & Tours Sdn. Bhd. (806580-A).
f
(f) Siasatan juga menunjukkan bahawa Responden telah berperanan mengangkut kesemua 29 migran daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu setelah menerima bayaran sebanyak RM1000.00 daripada ulat tiket sebelum berlepas.
g
(g) Kesemua migran yang diseludup telah dituduh di mahkamah atas kesalahan memasuki Malaysia tanpa suatu pas yang sah iaitu di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (‘Akta 155’) kecuali migran no. 20 dan no. 22 yang telah dituduh di bawah seksyen 15(1)(c) Akta 155 kerana telah tinggal lebih masa di Malaysia tanpa suatu pas yang sah. Kesemua 29 migran telah disabitkan dengan kesalahan dan dihukum tiga (3) bulan penjara dari tarikh tangkap.
h
(h)
preamble
Mengikut deposisi yang diambil daripada 29 orang migran di bawah seksyen 61A Akta 670, kesemua mereka mengaku ingin pulang secara haram ke...
Mengikut deposisi yang diambil daripada 29 orang migran di bawah seksyen 61A Akta 670, kesemua mereka mengaku ingin pulang secara haram ke Myanmar dan mereka telah mengecam Responden sebagai pemandu bas yang mereka naiki.
i
(i) Pengadu turut merampas 20 barang kes dan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat. Kesemua 20 barang kes yang dirampas adalah seperti berikut: i. Satu kad pengenalan (760331-03-5403) ii. Satu kad pengenalan (530111-03-5037) Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 5 iii. Satu pasport Myanmar (MB053331) iv. Satu pasport Myanmar (MC636171) v. 3 keping kad UNHCR vi. 4 keping kad ZHR vii. 3 keping kad ZAM viii. 5 keping kad e-kad ix. 1 kunci (alarm) bas persiaran WTU 1770. [5] Seperti kami sebutkan di awal penghakiman ini, hakim bicara telah memerintahkan motor bas tersebut diserahkan kembali kepada Responden. Dalam penghakimannya, hakim bicara membuat dapatan bahawa undang-undang yang berkaitan tidak memperuntukkan rampasan barang kes sebagai mandatori. Sebaliknya, hakim bicara mendapati peruntukan undang-undang berkenaan memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada untuk merampas atau mengembalikan semula barangan rampasan kepada pemilik berdaftar/ tuan punya. [6] Penghakiman hakim bicara di perenggan 9 hingga perenggan 14, kami rujuk seperti berikut: “9. Berkaitan dengan soal pemulangan bas kepada pemilik yang mana pihak pendakwaan menyatakan bahawa bas yang menjadi ‘subject matter’ tersebut seharusnya dirampas. Mahkamah telah merujuk kepada beberapa otoriti bagi kes-kes yang sama dan salah satu kes daripada Mahkamah Tinggi Kota Bharu iaitu seperti Kes Jenayah No. 45SO-21-10/2016 iaitu PP melawan Aminudin bin Musa Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 6 [2017] 1 LNS 1563, di mana di dalam kes tersebut Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan hukuman penjara selama dua (2) tahun 5 bulan daripada tarikh tangkap, manakala kereta telah tidak dirampas.
section
10. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mohd Karim Bujang v. PP [2014] 2 CLJ 755 di mana Mahkamah Tinggi telah mengesahkan tempoh penjara sela...
10. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mohd Karim Bujang v. PP [2014] 2 CLJ 755 di mana Mahkamah Tinggi telah mengesahkan tempoh penjara selama dua (2) tahun yang telah dikenakan oleh Mahkamah Sesyen setelah satu perbicaraan penuh dijalankan.
section
11. Berkaitan dengan kenderaan yang digunakan di dalam jenayah tersebut, Mahkamah telah merujuk kepada peruntukan seksyen 36 Akta yang berh...
11. Berkaitan dengan kenderaan yang digunakan di dalam jenayah tersebut, Mahkamah telah merujuk kepada peruntukan seksyen 36 Akta yang berhujah: “(1) All conveyance, moveable property, book, record, report or document, or any human organ seized in the exercise of any power conferred under this Act are liable to forfeiture.
subsection
(2) The Court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, or...
(2) The Court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, order that the conveyance, moveable property, book, record, report or document or any human organ seized from that person be forfeited.”
section
12. Daripada peruntukan tersebut, adalah jelas bahawa “liable to forfeiture” hanya terpakai kepada sub-seksyen 1, seksyen 36 dan dikatakan...
12. Daripada peruntukan tersebut, adalah jelas bahawa “liable to forfeiture” hanya terpakai kepada sub-seksyen 1, seksyen 36 dan dikatakan “may, at the conclusion of the trial” adalah terpakai kepada sub-seksyen 2, seksyen 36 tersebut. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa perkataan “may” atau “liable to” menjurus kepada peruntukan yang juga mandatori tetapi hanyalah bersifat budibicara sepertimana yang telah diputuskan di dalam kes Jayanathan v. PP [1973] 2 MLJ 68; Darus v. PP [1964] MLJ 322; Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 7 Mahrus v. PP [1992] 1 MLJ 561; Goh Kheng Seong v. PP [1993] 1 MLJ 103 dan PP v. Man bin Ismail [1939] MLJ 161.
section
13. Dengan itu ianya memberikan budibicara kepada Mahkamah ini untuk membuat Perintah sedemikian atau sebaliknya.
13. Dengan itu ianya memberikan budibicara kepada Mahkamah ini untuk membuat Perintah sedemikian atau sebaliknya.
section
14. Di dalam kes ini juga, Mahkamah ingin memberi peluang kepada OKT supaya dapat kembali menjalankan pekerjaan yang sah sebaik sahaja beli...
14. Di dalam kes ini juga, Mahkamah ingin memberi peluang kepada OKT supaya dapat kembali menjalankan pekerjaan yang sah sebaik sahaja beliau menjalani hukuman penjara selama tiga (3) tahun. Mahkamah percaya bahawa OKT patut diberi peluang semula untuk kembali kepada masyarakat dan menjalankan pekerjaan yang sah untuk menanggung keluarga. Jika bas tersebut dirampas, sudah tentulah OKT tidak akan dapat menjalankan kerja-kerja memandu bas dan membawa penumpang-penumpang sebagai mata pencarian.” [7] Di hadapan kami, penghakiman hakim bicara dicabar oleh Tuan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana (‘Tuan TPR’) atas satu alasan sahaja iaitu bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam menggunakan budi bicaranya secara tidak bijak (injudiciously) apabila membuat perintah yang dirayu tersebut. Tuan TPR berhujah bahawa hakim bicara gagal untuk memberi pertimbangan kepada faktor kepentingan awam atas alasan-alasan berikut:
a
(a) bahawa motor bas tersebut menjadi perkara pokok dalam pertuduhan terhadap Responden dan motor bas tersebut didaftarkan atas nama Responden dan juga syarikat milik Responden;
b
(b) Responden telah menggunakan motor bas tersebut yang didaftarkan sebagai “Bas Persiaran” untuk mengaburi mata Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 8 pihak penguatkuasa dan telah menerima upah sebanyak RM1,000.00;
c
(c) penglibatan jumlah migran yang besar iaitu seramai 29 orang kesemuanya; dan
d
(d) jika perintah rampasan dikeluarkan, Responden boleh membuat rayuan untuk mendapatkannya semula. [8] Untuk menyokong alasan dan hujahnya, Tuan TPR telah merujuk kepada keputusan mahkamah ini dalam kes S Samdaran Sivasamy v. PP [2014] 1 LNS 1518 dan Laporan “Trafficking In Persons Report” yang diterbitkan oleh Department of State, United States of America keluaran Jun 2019. Tuan TPR turut merujuk kepada PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 257 dan PP v. Mohamed Nor & Ors [1985] 2 MLJ 200. [9] Dengan hormatnya, semua nas-nas yang dirujuk oleh Tuan TPR tidak membantu kami dalam membuat keputusan mengenai isu pelaksanaan kuasa budi bicara oleh hakim bicara. Nas-nas yang dirujuk hanya mengenai prinsip-prinsip penghukuman dan tiada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Responden dalam rayuan di hadapan kami. Laporan dari Department of State, USA hanya menyatakan negara Malaysia berada dalam senarai ‘Tier 2 Watch List’ yang tiada berkaitan dengan isu yang dibangkitkan di hadapan kami mengenai pelaksanaan kuasa budi bicara oleh hakim bicara. [10] Seksyen 36(1) dan (2) Akta 670 memperuntukkan seperti berikut (versi Bahasa Malaysia): Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 9 Pelucuthakan pengangkut, harta alih, dsb.
section
36. (1) Semua pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen, atau mana-mana organ manusia yang disita pada menjalankan apa-apa...
36. (1) Semua pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen, atau mana-mana organ manusia yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
subsection
(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama a...
(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada dia disabitkan atau tidak, memerintahkan supaya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau mana-mana organ manusia yang disita daripada orang itu dilucuthakkan. [11] Dari pembacaan kami, peruntukan di bawah seksyen 36(1) dan (2) tidak bersifat mandatori, sebaliknya memberikan kuasa budi bicara kepada hakim bicara sama ada untuk melucuthakkan apa-apa harta yang disita seperti disebutkan di bawah peruntukan-peruntukan itu. Kami bersetuju dengan tafsiran hakim bicara bahawa perkataan-perkataan yang digunakan iaitu “boleh” (may) dan perkataan “boleh dilucuthakkan” (liable to forfeiture) memberikan kuasa budi bicara untuk memulangkan item yang disita kepada pemiliknya atau tuan punya yang dapat dikenal pasti. [12] Dalam kes Goh Keng Seng v. PP [1993] 1 MLJ 103, Hakim Vincent Ng ketika itu menyatakan seperti berikut mengenai tafsiran perkataan-perkataan undang-undang yang serupa: “Whether the words ‘shall on conviction be liable to a term of imprisonment …. or to a fine … or to both’ in s 34A(1) of the Ordinance do make a term Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 10 of imprisonment mandatory. I answer this question in the negative as the wording in this section clearly provides for the option of a fine. See PP v Hew Yew. By way of an observation, it is worthy to note that the words ‘shall be liable … to imprisonment’, with or without the option of a fine does not overrule the exercise of the sentencer’s discretionary powers under s 294 of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) (‘the CPC’), upon sensible interpretation of the expression ‘be liable’. See PP v Man bin Ismail and see also the Federal Court (as it then was) decision in Jayanathan v PP. Indeed, it is also pertinent to note that, upon the settled principle that vague, inconsistent or contradictory penal provisions when juxtaposed one to the other, should be construed in favour of the accused, even provisions eg ss 302 and 395 (where whipping is only optional) of the Penal Code (FMS Cap 45) which bears the expression ‘shall be sentenced’ rather than ‘shall be liable to be sentenced’ do not debar the courts from invoking s 294 of the CPC if the facts warrant its application. See Teo Siew Peng & Ors v PP. Whereas s 294 may not, in my opinion be applicable to a charge under s 39A(1) or s 39A(2) due to the provision for imprisonment being coupled with imposition of mandatory whipping.” [13] Begitu juga, Hakim Chong Siew Fai dalam kes Mahrus v. PP [1992] 1 MLJ 561 telah membuat tafsiran yang sama: “In sentencing the appellant, the learned sessions court judge said that whipping was mandatory. With respect I am unable to agree. In respect of this form of punishment, the said s 395 provides: ‘… shall also be liable to whipping’, and the said s 397 enacts: ‘… shall be liable to be whipped, …’. The wording quoted clearly contained no mandatory or obligatory connotation but confer a discretion to add the punishment of whipping. See Darus v PP and cases referred to therein; Jayanathan v PP, Emperor v Durg & Ors.” Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 11 [14] Kami dapat perhatikan bahawa Tuan TPR turut bersetuju dengan dapatan hakim bicara terhadap tafsiran peruntukan undang-undang tersebut namun komplain Tuan TPR menyatakan hakim bicara telah menjalankan kuasa budi bicaranya dengan tidak secara ‘judicously’. [15] Jelas tiada pertikaian bahawa perintah pelucuthakkan adalah satu pelaksanaan kuasa budi bicara hakim bicara. Persoalannya adakah hakim bicara dalam kes di hadapan kami telah gagal untuk melaksanakan kuasa budi bicaranya secara ‘judiciously’. Dalam penghakimannya, hakim bicara telah memberi alasan bahawa beliau memberi peluang kepada Responden supaya dapat kembali menjalankan pekerjaan yang sah sebaik dibebaskan dari penjara untuk menyara ahli keluarganya. Perayu hanya bekerja sebagai pemandu bas yang menjadi mata pencariannya. [16] Perkataan ‘judiciously’ membawa maksud budi bicara secara kehakiman (judicial discretion). Black’s Law Dictionary 7th edn. telah memberikan makna ‘judicial discretion’ sebagai berikut: “judicial discretion. The exercise of judgment by a judge or court based on what is fair under the circumstances and guided by the rules and principles of law; a court’s power to act or not act when a litigant is not entitled to demand the act as a matter of right - Also termed legal discretion.” [17] Dalam kes PP v. Dato’ Sri Mohd Najib Hj Abd Razak [2019] 1 LNS 928, Hakim Collin Lawrence Sequerah telah menyatakan prinsip undang-undang mengenai pelaksanaan kuasa budi bicara seorang hakim dan kami bersetuju dengannya, seperti berikut: Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 12 “42. Although this unfettered discretion has to be exercised judicially or judiciously, it is clear that the discretion is entirely and exclusively within the province of the trial judge alone.” [18] Abdul Rahman Sebli, HMR (sekarang HMP) dalam kes Iskandar Coast Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2019] 7 CLJ 143 menyatakan mengenai prinsip yang sama seperti berikut: “18. As for the exercise of discretion, it is axiomatic that the power must be exercised judiciously and not capriciously, least of all wantonly. Judiciously means done with sensible judgment and not on unaccountable mood swing.” [19] In PP v. Aminudin Bin Musa [2017] 1 LNS 1563, fakta sama seperti dalam rayuan di hadapan kami, hakim bicara dalam melaksanakan kuasa budi bicaranya di bawah peruntukan undang-undang yang sama, telah memerintahkan kereta yang digunakan dalam penghantaran migran tidak dilucuthakkan dan sebaliknya dikembalikan kepada tuan punyanya, iaitu emak kepada tertuduh. Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu memberikan alasan seperti berikut: “[31] In so far as the conveyance used in the commission of the crime was concerned, i.e. the car with the registration number NAA 6615, no order for forfeiture under section 36 of the Act was given, primarily because there was no iota of evidence to show that the car was his. [32] Section 36 of the Act reads as follows: “(1) All conveyance, moveable property, book, record, report or document, or any human organ seized in the exercise of any power conferred under this Act are liable to forfeiture. Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 13
subsection
(2) The Court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, or...
(2) The Court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, order that the conveyance, moveable property, book, record, report or document or any human organ seized from that person be forfeited.” [33] This court noted that the word “liable to forfeiture” was employed in sub section (1) to section 36, and the word “may, at the conclusion of the trial” was employed in subsection (2) to section 36 of the Act. It is trite that the words “may” or “liable to” denote that the provisions are not mandatory but discretionary or directory in nature, as affirmed in cases like Jayanathan v. PP [1973] 2 MLJ 68; Darus v. PP [1964] MLJ 322, Mahrus v. PP [1992] 1 MLJ 561; Goh Kheng Seong v. PP [1993] 1 MLJ 103 and PP v. Man Bin Ismail [1939] MLJ 161. Hence a discretion is given to this court as to whether to adhere to that requirement or otherwise. [34] In exercising this court’s discretion not to order forfeiture of the car in question, this court took into consideration that the car was not registered under the accused’s name but under the mother’s. To put it in another fashion, the car did not belong to him. [35] Further, this court was of the considered opinion that the car can be best utilized by other members of the family especially the other elder siblings who are to relieve the accused of taking care of the 2 young siblings I.e. transporting them to and from school and also for the usage of other members of the family for their daily chores, during the Accused’s absence.” [20] Dalam kes Aminudin Bin Musa [supra], antara alasan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman ialah oleh kerana kenderaan yang berkenaan tidak didaftarkan atas nama tertuduh. Namun dalam satu kes yang lain, Mohamad Karim Bujang v. PP [2014] 2 CLJ 755, walaupun Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 14 kereta yang digunakan oleh tertuduh untuk mengangkut 3 migran warga Indonesia didaftarkan atas nama tertuduh sendiri, namun tiada perintah perlucuthakkan kereta itu oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan tiada rayuan dibawa ke Mahkamah Tinggi terhadapnya. [21] Berbalik kepada kes rayuan di hadapan kami, kami mendapati hakim bicara telah melaksanakan kuasa budi bicara kehakimannya dengan betul, tidak dengan secara sewenang-wenangnya. Sebaliknya, hakim bicara telah menimbangkan segala hal keadaan dalam kes terhadap Responden sebelum membuat perintah motor bas tersebut dikembalikan kepada Responden. Kami mendapati tidak ada sebarang kekhilafan yang boleh dirayu telah dilakukan oleh hakim bicara yang memerlukan campur tangan kami. [22] Atas alasan-alasan yang kami sebutkan di atas, kami dengan sebulat suara mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu. Oleh itu rayuan Perayu ditolak. Perintah Mahkamah Tinggi mengembalikan motor bas tersebut kepada Responden disahkan dan dikekalkan. Bertarikh: 10 Oktober 2019 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Rayuan Jenayah No: T-05-435-08/2018 15 Kaunsel Bagi Pihak Perayu: Mohd Zain Ibrahim Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya Bagi Pihak Responden: Responden hadir sendiri.
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.