Preamble
Menurut Responden lagi, ibu dan ayah Responden turut tinggal dalam premis tersebut, dan pada tarikh kejadian, Responden telah singgah bersama-sama isteri ke premis tersebut untuk melawat ibu dan ayah Responden. S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw [9] Semasa Responden berada di hadapan premis tersebut, sepasukan pegawai Kastam telah menyerbu premis tersebut dan menjumpai sejumlah rokok di bawah kaunter juruwang dan di dalam bilik tidur di dalam premis tersebut. Ketika serbuan, isteri, ibu dan ayah Responden serta beberapa jiran ibu Responden turut berada di bahagian belakang rumah di premis tersebut. [10] Responden telah memberitahu pihak Kastam bahawa perniagaan runcit tersebut milik ibu beliau dan beliau menjalankan perniagaan menjual kredit pra-bayar telefon dan aksesori atas nama Freetel Northern Enterprise yang didaftarkan atas alamat yang sama dengan premis tersebut. Responden telah mengemukakan dua (2) salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi premis tersebut iaitu eksibit D11 (pendaftaran perniagaan premis tersebut atas nama Intan binti Goi) dan D12 (pendaftaran syarikat Responden atas nama Freetel Northern Enterprise). Kedua-dua eksibit D11 dan D12 menunjukkan alamat pendaftaran perniagaan yang sama iaitu di alamat premis tersebut sebagaimana dalam pertuduhan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [11] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah Majistret telah memutuskan bahawa Responden telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memutuskan bahawa Perayu telah gagal membuktikan kes pada tahap melampaui keraguan yang munasabah dan memerintahkan Responden dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw ISU-ISU RAYUAN [12] Rayuan Perayu memfokuskan kepada 2 isu utama seperti berikut: a) Majistret telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila ‘revisit the finding of prima facie’ yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi; dan b) Majistret telah khilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila hanya menilai keterangan Responden semata-mata dan gagal membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan (Perayu). ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [13] Dalam melaksanakan bidangkuasa rayuannya, Mahkamah ini mengambil maklum tugas dan fungsi Mahkamah yang mendengar rayuan dan prinsip bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengganggu atau mengubah keputusan fakta mahkamah yang membicarakan kecuali jika mahkamah yang membicarakan telah membuat keputusan yang bertentangan dengan undang-undang atau dapatan faktanya adalah jelas salah (“plainly or blatantly wrong”) (rujuk kes Low Kian Boon & Anor v Public Prosecutor [2010] 4 MLJ 425 and Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393). Isu (a) : Puan Majistret khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila ‘revisit the finding of prima facie’ yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw [14] Berhubung isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Mahkamah Majistret telahpun membuat penilaian semula terhadap elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh Perayu iaitu yang berkaitan dengan elemen pemilikan dan pengetahuan. Mahkamah ini berpendapat bahawa apa yang telah dilakukan oleh Mahkamah Majistret di peringkat pembelaan ini adalah ‘revisiting the finding of prima facie’ di mana berdasarkan prinsip undang-undang yang mantap dan juga prinsip stare decisis, bahawa setelah Mahkamah Tinggi memutuskan wujudnya kes prima facie bagi pertuduhan terhadap Responden dan Responden diperintahkan membela diri, keputusan tersebut hendaklah dipatuhi oleh Mahkamah Majistret. [15] Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes NwiteIkechukwu Ogbonnaya lwn PP [2018] 1 LNS 674: “[14] Pada pandangan kami, pendekatan yang diambil oleh hakim bicara adalah betul di sisi undang-undang. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa apabila Mahkamah Rayuan telah mengakaskan keputusan hakim bicara dan memerintahkan agar Perayu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, tugas hakim bicara ialah untuk memutuskan sama ada pembelaan Perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan jika apa-apa anggapan statutory telah digunapakai, sama ada anggapan tersebut telah dipatahkan atas imbangan kebarangkalian. [15] Hakim bicara adalah tidak dikehendaki untuk mengulangkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan…” [penekanan ditambah] [16] Dalam keadaan kes rayuan ini, apa yang patut dilakukan oleh Mahkamah Majistret adalah untuk menilai keterangan Responden di peringkat pembelaan dan sama ada keterangan Responden tersebut berjaya membuktikan suatu keraguan yang munasabah atau tidak terhadap kes pihak Pendakwaan (Perayu). [17] Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Norol Rojik Jun v PP [2018] 8 CLJ 186 yang telah memutuskan seperti berikut: “[11] We found no merit in this ground of appeal. First of all, the calling of the appellant’s defence to the original murder charge was on the order of this court, which must be taken as if it was made by the trial judge himself. It was therefore not open to the succeeding judge to reopen the issue of whether a prima facie case had been established by the prosecution. Nor was it open to us, being a court of co-ordinate jurisdiction, to do so. [12] The trial judge’s duty after the order was made by this court was only to consider whether the appellant’s explanation, if any, had cast a reasonable doubt in the prosecution case. But of course in doing so, the learned judge was bound by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code (“the CPC”) to consider all the evidence adduced before the court, which S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw necessarily includes evidence adduced by the prosecution at its stage of the case.” [penekanan ditambah] [18] Namun begitu, walaupun dalam keadaan di mana Mahkamah Majistret telah ‘revisit the finding of prima facie’ yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, ia tidaklah secara langsung boleh mengakibatkan sesuatu keputusan Mahkamah Majistret tersebut (sama ada sabitan ataupun lepas dan bebas) sebagai tidak sah. Apa yang perlu dilakukan selanjutnya oleh Mahkamah yang mendengar rayuan adalah meneliti dan menilai sama ada keputusan Mahkamah Majitret tersebut adalah selamat dan berlandaskan kepada prinsip undang-undang yang betul. Isu (b) : Puan Majistret khilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira keterangan SD1 yang mengakui mempunyai pengetahuan berkenaan penjualan rokok seludup di kedai; dan hanya menilai keterangan Responden semata-mata dan gagal membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan (Perayu) [19] Responden dalam rayuan hari ini telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dan hanya Responden sahaja yang telah memberikan keterangan bagi pihak pembelaan. [20] Asas pembelaan Responden adalah bahawa barang-barang larangan yang dijumpai di premis tersebut adalah kepunyaan ibu beliau. Dalam erti kata lain, pembelaan yang hendak diketengahkan S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw oleh Rerponden adalah beliau tiada milikan atas barang-barang larangan tersebut. [21] Pihak Perayu telah menghujahkan bahawa keterangan Responden bahawa perniagaan di premis tersebut milik ibu Responden adalah suatu afterthought kerana isu tersebut tidak dibangkitkan oleh pembelaan semasa kes pendakwaan. Perayu juga membangkitkan bahawa Mahkamah Majistret gagal mengambil kira pengakuan Responden semasa pemeriksaan balas yang Responden mengetahui penjualan rokok seludup tersebut. [22] Dalam pertuduhan bagi kesalahan seperti yang dipertuduhkan terhadap Responden, salah satu elemen yang perlu dibuktikan adalah elemen pemilikan. Pemilikan bererti jagaan atau kawalan terhadap barang-barang larangan tersebut dan juga pengetahuan terhadap barang-barang larangan tersebut. [23] Fakta bahawa Responden mengakui yang beliau mengetahui wujud penjualan rokok seludup di premis tersebut, hanya membuktikan bahawa Responden mempunyai pengetahuan. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden bahawa hanya dengan pengetahuan tidak cukup untuk membuktikan bahawa Responden telah melakukakan kesalahan seperti dipertuduhkan. Elemen pemilikan perlu dibuktikan iaitu bahawa Responden mempunyai jagaan atau kawalan ke atas barang-barang larangan tersebut dan Responden mempunyai pengetahuan bahawa barang-barang tersebut adalah barang-barang larangan. S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw [24] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 telah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237 dan memutuskan seperti berikut: “[18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” [25] Di dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor (supra) di atas Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention.” [penekanan ditambah] [26] Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan fakta oleh Mahkamah Majistret bahawa Responden telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap elemen pemilikan berdasarkan faktor kehadiran individu-individu lain di premis tersebut dan bahawa pemilik perniagaan di premis tersebut adalah ibu Responden (disokong oleh keterangan eksibit D11) adalah satu dapatan fakta yang betul. [27] Mahkamah ini mengakui bahawa hakmilik (ownership) ke atas perniagaan di premis tersebut tidak secara langsung membuktikan pemilikan ke atas barang-barang larangan tersebut (rujuk kes Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28). Namun begitu, merujuk S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw keputusan di dalam kes Chan Pean Leon (supra) di atas, walaupun Responden telah ditahan semasa berada di kaunter premis tersebut di mana sebahagian barang-barang larangan ditemui di bawah kaunter, fakta tersebut semata-mata tidak membuktikan bahawa Responden mempunyai jagaan atau kawalan atas barang-barang larangan tersebut. Tiada keterangan menunjukkan bahawa Responden telah berurusan dengan barang-barang larangan tersebut yang membolehkan elemen pemilikan dipenuhi. Mahkamah ini mendapati bahawa Mahkamah Majistret telah membuat dapatan yang betul dalam memutuskan bahawa ‘tiada bukti atau dokumen yang menunjukkan Responden mampunyai kuasa dalam menentukan, mengetahui mahupun memiliki apa-apa jenis barang yang hendak dijual di kedai runcit yang dimiliki ibunya’. [28] Dalam rayuan ini, Mahkamah Majistret telah turut memutuskan bahawa setelah meneliti keterangan secara menyeluruh dan dibandingkan dengan kes pendakwaan dan pembelaan serta merujuk prinsip dalam kes Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263, Majistret telah mendapati bahawa pembelaan Responden adalah bukan afterthought. Keterangan Responden adalah bersifat penjelasan dan Majistret menerima penjelasan tersebut. [29] Dalam hujahannya, Responden telah menegaskan bahawa pemilikan perniagaan di premis tersebut bukanlah perniagaan beliau sebaliknya adalah perniagaan milik ibu beliau. Responden telah mengemukakan dokumen sokongan eksibit D11 dan D12 daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) di mana eksibit D11 mengesahkan bahawa perniagaan ibu Responden di premis S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw tersebut telahpun mula didaftarkan sejak 5.12.2006 dan masih lagi berstatus aktif. [30] Mahkamah ini turut mendapati bahawa Mahkamah Majistret telah membuat dapatan yang betul bahawa pihak pembelaan telah berjaya membuktikan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan telah melepas dan membebaskan Responden daripada pertuduhan. [31] Perayu turut mengetengahkan peruntukan seksyen 119 Akta 235 yang secara ringkas meletakkan beban pembuktian kepada Responden sekiranya wujud pertikaian (dispute) tentang sama ada duti kastam bagi sesuatu barangan itu telah dibayar ataupun tidak atau sama ada barangan tersebut telah diimport mengikut undang-undang ataupun tidak. [32] Apa yang ingin ditegaskan oleh Perayu adalah bahawa beban pembuktian Responden di peringkat pembelaan adalah di atas imbangan kebarangkalian dan bukannya sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Majistret. [33] Dalam hal ini, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan Perayu kerana asas pembelaan Responden adalah Responden tiada pemilikan atas barang-barang sebagaimana dalam pertuduhan. Responden tidak pernah menimbulkan pembelaan bahawa Responden percaya yang barang-barang larangan tersebut telah dibayar duti kastam yang mana boleh membangkitkan peruntukan seksyen 119 Akta 235. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw bahawa beban pembuktian Responden di peringkat pembelaan sebagaimana dapatan oleh Mahkamah Majistret adalah betul, iaitu Responden hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah atas elemen pemilikan Responden terhadap barang-barang larangan tersebut. KESIMPULAN [34] Mahkamah ini mendapati bahawa tiada kekhilafan di pihak Mahkamah Majistret dalam dapatan beliau terhadap keterangan pembelaan Responden. Mahkamah ini juga mendapati bahawa Mahkamah Majistret telah menggunapakai prinsip undang-undang yang betul dalam penerimaan keterangan pembelaan Responden. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Majistret yang telah melepas dan membebaskan Responden di akhir kes pembelaan adalah dikekalkan. Dengan ini, rayuan Perayu adalah ditolak. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah 3 November 2023 S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw Bagi pihak Perayu: Gayathri a/p Sambath Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bagi pihak Responden: Siti Salwa binti Ja’afar Tetuan Khairul Suhail Salwa & Co. S/N Yu/0VynejUeejZjR7UZ3iw