Content
Rayuan Jenayah No: B-05(H)-277-05/2018 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(H)-277-05/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU DAN MUHAMMAD HAIQAL BIN RASOL … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-97-10/2016 Antara Pendakwa Raya Lawan Muhammad Haiqal bin Rasol] KORAM: KAMARDIN BIN HASHIM, HMR RHODZARIAH BINTI BUJANG, HMR MOHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH, HMR Rayuan Jenayah No: B-05(H)-277-05/2018 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Responden telah dipertuduhkan dengan satu kesalahan pengedaran dan satu lagi pertuduhan pemilikan dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Responden turut ditawarkan satu pertuduhan pilihan di bawah seksyen 6/39A(2) Akta bagi pertuduhan pemilikan. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 2/1/2016 jam lebih kurang 6.30 petang, bertempat di rumah No. 8-1-1, Blok 8, Jalan BRP 10/2B, Bukit Rahman Putra di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati telah mengedar dadah berbahaya Cannabis seberat 228.9 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Pilihan Bahawa kamu pada 2/1/2016 jam lebih kurang 6.30 petang, bertempat di rumah No. 8-1-1, Blok 8, Jalan BRP 10/2B, Bukit Rahman Putra di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati telah memiliki dadah berbahaya Cannabis seberat 228.9 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 2/1/2016 jam lebih kurang 6.00 petang, bertempat di hadapan kedai Speedmart 99, Matang Pagar, Sungai Buloh, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai orang yang tidak diberikuasa Rayuan Jenayah No: B-05(H)-277-05/2018 3 dalam mana-mana seksyen atau Peraturan ini didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya Cannabis dengan berat 7.91 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 6 Akta yang sama. [2] Responden telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dan juga terhadap pertuduhan kedua. Selepas mendengar pihak-pihak, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (‘hakim bicara’) telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara dan 10 sebatan rotan bagi pertuduhan pilihan dan 1 tahun penjara bagi pertuduhan kedua ke atas responden. Hakim bicara turut memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan serentak dari tarikh responden ditangkap (2.1.2016). [3] Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati terhadap hukuman 7 tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pilihan yang dikenakan oleh hakim bicara telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah ini terhadap hukuman tersebut. [4] Kami telah mendengar rayuan Pendakwa Raya pada 10.5.2019. Setelah mendengar pihak-pihak, kami dengan sebulat suara telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya. Hukuman oleh hakim bicara bagi pertuduhan pilihan diketepikan dan digantikan dengan hukuman 10 tahun penjara, dan 10 sebatan rotan dikekalkan. Ini adalah alasan-alasan kami membenarkan rayuan Pendakwa Raya. [5] Fakta kes secara ringkasnya adalah seperti berikut: Rayuan Jenayah No: B-05(H)-277-05/2018 4