Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: 42S-56-10/2016 DI ANTARA MUHAMMAD RAMZIE BIN ZULKIFLI …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN
42S-56-10/2016
High Court of Malaysia20 Aug 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” [11] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat ra”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: 42S-56-10/2016 DI ANTARA MUHAMMAD RAMZIE BIN ZULKIFLI …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN
1
Tertuduh/Perayu telah dituduh di atas satu pertuduhan rogol yang dilakukan ke atas seorang mangsa di bawah umur, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
2
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah bicara telah mendapati Tertuduh bersalah dan telah disabitkan. Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman 13 tahun penjara daripada tarikh sabitan dan 4 sebatan.
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah merayu kepada Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua 2 belah pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Tertuduh dan mengekalkan keputusan Hakim bicara.
4
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai sabitan dan hukuman.
5
Ini merupakan alasan-asalan kepada keputusan tersebut.
6
Pertuduhan adalah sebagaimana berikut: Pertuduhan "Bahawa kamu pada 15/08/2014, antara jam 10.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam, bertempat di sebuah rumah alamat Lot 44, depan Balai Polis Cherang Ruku, di dalam Daerah Pasir Puteh,di dalam Negeri Kelantan didapati telah merogol Nur Hafidatul Nadia binti Abdullah, No, KPT 990313-03-5948 yang berumur 15 tahun 5 bulan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan" C. KES PENDAKWAAN/FAKTA KES
7
Kes Pendakwaan adalah sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Hakim Sesyen di muka surat 11 hingga 13 Rekod Rayuan seperti berikut: 3 “[4] Mangsa di dalam keterangannya mengatakan bahawa pada hari kejadian, 15.8.2014, jam Iebih kurang 10.00 malam, ketika mangsa masuk tidur, mangsa mendapati Tertuduh berada di dalam biliknya dan Tertuduh menyuruh mangsa membuka pakaiannya. Selepas itu Tertuduh telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa,
Preamble
Menurut mangsa ketika kejadian itu tiada sesiapa yang mendengar kerana mangsa membuka radio dengan kuat. [5] Menurut mangsa, sebelum itu Tertuduh telah meminta mangsa baring namun mangsa enggan. Mangsa menyuruh Tertuduh keluar tetapi Tertuduh tidak mahu dan Tertuduh kemudiannya telah menolak mangsa ke atas katil dan membuang pakaiannya. Tertuduh telah memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa dan mangsa berasa sakit. Tertuduh cuba memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa dan mangsa merasakan kepala kemaluan Tertuduh sempat masuk tetapi mangsa telah menolak badan Tertuduh. Mangsa rasakan kemaluan Tertuduh keras. Setelah menolak Tertuduh, mangsa nampak Tertuduh membuang air mani ke atas paha mangsa. [6] Mangsa memberitahu bahawa ketika kejadian datuk dan bapa saudaranya tinggal bersama di dalam rumah tersebut tetapi tidak mereka menyedari kejadian itu. Menurut mangsa ketika kejadian itu telah enam kali Tertuduh datang ke rumahnya dan melakukan perkara yang sama. Tertuduh telah berbogel dan menyuruh mangsa diam sahaja. Mangsa mengatakan bahawa selepas kejadian itu datuknya telah datang mengetuk pintu lalu dibuka dan datuk serta bapa saudaranya telah masuk ke dalam bilik. Tertuduh telah turun daripada katil dan menyorok di bawah katil. 4 [7] SP3, iaitu doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas kemaluan Tertuduh. Di dalam keterangannya telah mengatakan bahawa terdapat koyakan lama pada hymen mangsa di kedudiikan jam 3,7,dan 11. SP3 mengatakan bahawa koyakan itu telah berlaku di dalam tempoh Iebih 72 jam serta koyakan tersebut boleh disebabkan oleh kemasukan kemaluan seorang lelaki.” D. PETISYEN RAYUAN [8] Terdapat beberapa Alasan yang dikemukakan Peguambela mengenai sabitan dan hukuman. Mahkamah telah menyimpulkan seperti berikut: Alasan Petisyen Mengenai Sabitan 1) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah sedangkan keterangan menunjukkan sebaliknya. 2) Hakim bicara telah gagal menilai secara maksima kredibiliti mangsa yang sememangnya diragui. 3) Hakim bicara gagal mengambil kira keterangan mangsa yang bercanggah dengan laporan polis yang dibuat oleh arwah datuknya. 4) Hakim bicara gagal mengambil kira bahawa terdapat percanggahan keterangan di antara mangsa, dan juga saksi-saksi pendakwaan yang lain. 5 5) Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan keterangan SP4 menyokong keterangan SP1 sedangkan SP4 bukanlah saksi yang menyokong. 6) Hakim bicara khilaf kerana gagal mengenakan inferensi bertentangan terhadap Pendakwa Raya apabila gagal mengemukakan laporan DNA. Alasan Petisyen Rayuan Mengenai Hukuman 1) Hakim bicara terkhilaf kerana menjatuhkan hukuman yang terlalu berat (manifestly excessive) iaitu hukuman penjara 13 tahun dan 4 sebatan. E. UNDANG-UNDANG BERKAITAN [9] Prinsip undang-undang yang terpakai di dalam sesuatu rayuan telah dijelaskan dalam kes Ping Hun Sun v. Dato’ Yip Yee Foo [2013] 1 LNS 320; Rayuan Sivil No: W-02-528-2010, apabila Mahkamah Rayuan menyatakan: “When the finding of the trial judge is factual, however, the fact finder’s decision cannot be disturbed on appeal unless the decision of the fact finder is plainly wrong (see China Airline Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd & Another Appeal [1996] 3 CLJ 163); Zaharah bt A Kadir v. Ramuna Bauxite Pte Ltd & Anor [2011] 1 LNS 1015, Kyros International Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 3 CLJ 813; [2013] 1 LNS 1). The 6 findings of fact of the trial judge can only be reversed when it is positively demonstrated to the appellate court that:
a
by reason of some non-direction or mis-direction or otherwise the judge erred in accepting the evidence which he or she did accept; or
b
in assessing and evaluating the evidence the judge has taken into account some matter which he or she ought not to have taken into account, or failed to take into account some matter which he or she ought to have taken into account; or
c
it unmistakenly appears from the evidence itself, or from the unsatisfactory reasons given by the judge for accepting it, that he or she cannot have taken proper advantage of his or her having seen and heard the witnesses’; or
d
in so far as the judge has relied on manner and demeanour, there are other circumstances which indicate that the evidence of the witnesses which he or she accepted is not credible, as for instance, where those witnesses have on some collateral matter deliberately given an untrue answer.” [10] Di dalam masa yang sama di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737, Abdul Hamid HMP (sebagaimana beliau ketika itu) berkata di ms. 752: “Clearly, an appellate court does not and should not put a brake and not going any further the moment it sees that the trial judge says that is his finding of facts. It should go further and examine the evidence and the circumstances under which that finding is made to see whether, to borrow the words of HT Ong (CJ Malaya) in Herchun Singh’s case (supra) “there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” 7 Otherwise, no judgment would ever be reversed on question of fact and the provision of s. 87 CJA 1964 that an appeal may lie not only on a question of law but also on a question of fact or on a question of mixed fact and law would be meaningless. (lihat juga kes-kes Jagatheesan s/o Krishnasamy v. PP [2006] 4 SLR 45; Yap Giau Beng Terence v. PP [1998] 3 SLR 656; Sakthivel Punithavathi v. PP [2007] 2 SLR 983; PP v. Selvarajoo Ramachandran & Ors [2005] 6 CLJ 114; [2005] 5 MLJ 282,Sheo Swarup v. King Emperor [1934] LR 61 1A 398).” [11] Kesimpulan yang boleh dibuat daripada otoriti-otoriti di atas ialah Mahkamah di peringkat rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan fakta Hakim bicara melainkan Hakim bicara melakukan kesilapan yang ketara. Namun, Mahkamah Rayuan adalah berkewajipan untuk mengganggu sesuatu keputusan Mahkamah bicara sekiranya didapati Mahkamah bicara tersebut telah secara serius menyalaharahkan dirinya sehingga menyebabkan satu ‘miscarriage of justice’. [12] Bagi kes-kes rogol, Mahkamah juga perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut: a) bahawa adalah senang untuk seseorang membuat tuduhan rogol; tetapi sukar bagi orang yang dituduh, walaupun beliau tidak bersalah, untuk membuktikan sebaliknya. (“An accusation for rape can be made with ease; it is difficult for the person accused, though innocent, to disprove it”); 8 b) bahawa memandangkan bentuk intrinsik kesalahan rogol yang pada kebiasaanya melibatkan hanya dua orang (perogol dan mangsa), keterangan Pengadu hendaklah dipertimbangkan dengan secara berhati-hati. (“In view of the intrinsic nature of the crime of rape where two persons are usually involved, the testimony of the complainant must be securitised with extreme caution”); dan c) bahawa jatuh-bangun kes pihak pendakwaan hendaklah bergantung sepenuhnya kepada meritnya sendiri, dan ia tidak boleh dibenarkan untuk mendapat kekuatan daripada kelemahan atau kecacatan dalam keterangan pihak pembelaan (“The evidence for the prosecution must stand or fall on its merits, and cannot be allowed to draw strength from the weaknesses of the evidence for the defence”). [13] Mengenai intipati pertuduhan, ada 2 elemen yang perlu dibuktikan iaitu: 1) Wujudnya ‘penile penetration’ di mana zakar Tertuduh telah memasuki kemaluan mangsa. 2) Mangsa berumur di bawah 16 tahun. [14] Di dalam membuat penilaian dan penganalisaan Mahkamah ini telah berpandukan prinsip undang-undang di atas untuk membuat dapatan sewajarnya. 9 F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Di peringkat prima facie [15] Adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendakwaan di peringkat kes Pendakwaan untuk membuktikan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 173(f) bagi Mahkamah Rendah dan di bawah seksyen 180 KAJ bagi Mahkamah Tinggi. Ke arah itu Mahkamah perlu membuat penilaian dan penelitian maksima terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan khususnya yang melibatkan kredibiliti saksi dan juga ‘probability’ sesuatu kes sebelum memutuskan samada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Lihat kes Looi Kow Chai & Anor v PP
2003
1 CLJ 734; Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85 dan PP v Mohd Radzi B. Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457. [16] Ke arah itu adalah amat penting di dalam mana-mana penghakiman, Hakim bicara setelah membuat penilaian maksima, membuat dapatan faktanya mengenai kredibiliti saksi-saksi khususnya kredibiliti saksi utama iaitu pengadu atau mangsa. Mengenai kredibiliti saksi utama iaitu mangsa (SP1) di dalam kes ini, setelah meneliti Rekod Rayuan, Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa SP1 adalah seorang saksi yang kredibel. Keterangan beliau juga adalah ‘unusually convincing’. [Lihat PP v Mardai (1950) 1 MLJ 33 dan PP v Mohamaed Liton (2008) 5 SLR 601]. Justeru itu keterangan beliau boleh bertegak dengan sendirinya tanpa keterangan sokongan walaupun ada keterangan-keterangan sokongan di dalam kes ini. Kredibiliti beliau boleh dilihat dengan 10 ‘demeanour’, kualiti keterangannya yang kukuh, ‘probable’, rasional dan konsisten, dan tidak pernah goyah ketika di soal balas dengan begitu jitu oleh peguambela Tertuduh/Perayu. Mangsa dapat menceritakan dengan terperinci tentang perbuatan Tertuduh/Perayu merogol mangsa dan episod-episod Tertuduh memasukkan jarin-jarinya sebelum kejadian rogol ini berlaku terhadapnya. [17] Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim vs PP (2015) 1LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan mangsa secara keseluruhan. Mahkamah Persekutuan juga mengesahkan bahawa di dalam kes rogol, keterangan mangsa tidak memerlukan keterangan sokongan. [18] Mahkamah ini telah meneliti dan menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara “judicial appreciation”. Dapatan Mahkamah ini adalah seperti perenggan-perenggan berikutnya. [19] Penelitian Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh/Perayu telah lama mengenali mangsa sewaktu mangsa bekerja dengan ibu saudaranya di Besut memandangkan pada masa itu Tertuduh/Perayu juga tinggal di Besut. [20] Sepanjang mengenali Tertuduh/Perayu sejak awal bulan Jun 2014, mangsa telah berjumpa dengan Tertuduh/Perayu sebanyak 5 kali dan tarikh kejadian pada 15/8/2014 adalah merupakan kali ke enam. Menurut mangsa lagi, sepanjang pertemuan sebanyak 5 kali sebelum 15/8/2014 11 tersebut, Tertuduh/Perayu telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa setiap kali mereka berjumpa. Perbuatan Tertuduh/Perayu ini berterusan sehingga kali keenam iaitu pada 15/8/2014 (hari kejadian) di mana Tertuduh/Perayu telah memasukkan jari dan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. Pada hemat Mahkamah, ini menunjukkan “conduct” relevan Tertuduh/Perayu yang sentiasa mencari peluang mencuba-cuba untuk merangsang mangsa bagi melakukan hubungan seks dengan mangsa sejak kali pertama bertemu lagi. [21] Mangsa telah menerangkan secara jelas mengenai apa yang berlaku pada tarikh kejadian pada 15/8/2014 tersebut di mana kejadian rogol tersebut telah berlaku. Menurut mangsa/SP1, Tertuduh/Perayu telah datang ke rumah mangsa pada hari kejadian pada 15/8/2014 jam lebih kurang 10 malam di mana apabila mangsa masuk ke bilik tidurnya, Tertuduh/Perayu telahpun berada di situ. Tertuduh/Perayu telah menyuruh mangsa duduk dan Tertuduh/Perayu telah membuka dan membuang pakaian mangsa lalu memasukkan jari-jarinya ke dalam kemaluan mangsa.
Preamble
Menurut mangsa/SP1 cuba meminta tolong dengan datuk dan bapa saudara yang tinggal serumah tetapi tidak didengar kerana bunyi radio ketika itu adalah kuat. Mangsa/SP1 memberi keterangan seperti berikut di muka surat 52 Rekod Rayuan Jilid 2:- “Sebelum dia masukkan jari itu dia suruh saya baring. Saya suruh dia keluar tetapi dia tak nak. Lepas itu dia tolak saya. Dia membuang pakaian saya dan masukkan jari saya rasa sakit. Masa saya tolak dia, dia sempat masukkan kemaluan dia, tetapi saya rasa kepala kemaluan dia sempat masuk dalam kemaluan saya tetapi saya tolak.” 12 [22] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa mangsa nampak dan rasa kemaluan Tertuduh/Perayu yang keras. Justeru itu Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa mangsa adalah saksi yang kredibel. Mangsa juga berupaya memberi keterangan dengan terperinci, konsisten dan tidak goyah apabila disoal balas oleh peguambela denga bertubi-tubi. Ini sekaligus mengesahkan bahawa kejadian rogol dan kemasukan jari-jari Tertuduh bukanlah rekaan tetapi benar-benar berlaku. [23] Di muka surat 53 Rekod Rayuan Jilid 2, baris ke 3 mangsa berkata:- “Saya merasa benda yang keras. Keadaan kemaluan dia masa itu keras.” “Nampak kemaluan dia, selepas itu saya tolak. Dia buang air atas peha saya.” Keterangan sokongan [24] Walaupun di dalam kes seksual, keterangan mangsa tidak memerlukan sokongan sebagai ‘rule of law’ tetapi sebagai ‘rule of prudence’ sahaja, seperti mana diputuskan oleh kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim (supra) namun begitu di dalam kes ini, banyak keterangan sokongan telah dikemukakan oleh Pendakwa Raya. Keterangan sokongan pertama datangnya dari doktor pakar sakit puan, iaitu (SP3). [25] SP3 (Doktor Sakit Puan/O&G) telah mengesahkan kesahihan cerita mangsa berdasarkan wujudnya koyakan lama yang boleh diakibatkan oleh 13 kemasukan zakar (penile penetration) ke dalam kemaluan mangsa sekaligus menyokong keterangan wujudnya “penile penetration” yang mana zakar Tertuduh/Perayu telah memasuki kemaluan mangsa (SP1). Keterangan SP3 di muka surat 85 dan 86 Rekod Rayuan adalah relevan seperti berikut: “14. S : Doktor bagitahu Mahkamah doktor memeriksa penama Nur Hafidatul Nadia binti Abdullah doktor kata terdapat koyakan lama, boleh doktor jelaskan lebih lanjut? Koyakan lama pada kedudukan jam 3, 7 dan 11.
15
S : Merujuk pada laporan yang doktor sediakan vagina examination, old partial tear 3, 7, 11 o’clock position, apakah maksud old partial tear? Koyakan tersebut adalah koyakan lama melebihi 72 jam dan dia tidak melibatkan keseluruhan lebar selaput dara.
18
S : Boleh doktor jelaskan apakah punca yang menyebabkan kesan koyakan sebagaimana kedudukan 3, 7, 11 position? Itu disebabkan oleh kemasukan objek yang keras dan tumpul antaranya jari, penis, pen.” [26] Keterangan sokongan berikutnya datangnya daripada keterangan mengikut keadaan dan fakta matrik kes itu sendiri (“factual matrix of the case itself”) yang menunjukkan keadaan bahawa apa yang diceritakan oleh seseorang pengadu itu mempunyai ‘probability’ dan logik yang tinggi sekaligus mengesahkan keadaan/peristiwa itu. Seseorang tidak akan datang ke Mahkamah untuk memberi keterangan yang menjatuhkan 14 maruahnya dan juga keluarganya melainkan keterangan itu adalah benar belaka. [27] Di dalam kes Brabakaran v Public Prosecutor (1966) 1 MLJ 64 Mahkamah Persekutuan menyatakan: “Corroborative evidence is not necessarily restricted to the oral evidence of an independent witness. Corroboration can equally well be afforded by established facts and the logic of established facts sometimes speaks even more eloquently than words. We are of the opinion that if, during the period of her elder sister’s confinement, it was necessary for the girl to remain in her sister’s house in order to help look after her sister’s children, when the appellant’s mother had to go to hospital again and the girl’s services were again called for, it was more than probable that what she said was true and that she, in fact, went to assist her sister’s family during the absence of the appellant’s mother in hospital from April to May.” [28] Keterangan sokongan berikutnya datangnya daripada laporan polis yang dibuat oleh mangsa sendiri dan arwah datuk mangsa. Laporan polis Mangsa (P12) adalah konsisten dengan keterangan utama mangsa iaitu wujudnya kejadian Tertuduh memasukkan jari, kejadian rogol pada hari kejadian berserta kehadiran Tertuduh ke rumah mangsa sebanyak 6 kali. Walaupun laporan polis yang dibuat oleh arwah datuk mangsa adalah tidak menyeluruh kerana beliau tidak mengetahui kejadian-kejadian sebelumnya namun ianya menyokong keterangan SP1 sendiri bahawa Tertuduh berada di tempat kejadian di dalam bilik mangsa berdua-duaan. Tambah-tambah lagi seperti yang dikatakan Mahkamah sebelum ini, seseorang tidak akan 15 membuat laporan polis yang mana ianya akan mencemarkan nama baik keluarganya melainkan perkara yang dilaporkan tersebut adalah benar-benar berlaku. Keterangan datuk mangsa melalui pernyataannya yang di ambil di bawah sek. 112 KAJ (P13) yang lebih terperinci menyokong dan mengukuhkan keterangan mangsa. [29] Keterangan sokongan seterusnya datangnya daripada keterangan bapa saudara SP1 iaitu SP4. Di muka surat 97 dan 98 Rekod Rayuan, SP4 berkata: : Boleh cerita apa yang berlaku? : Masa itu lebih kurang jam 4.30 lebih pagi saya ada dalam bilik tidur bersama anak perempuan umur dua tahun. Arwah ayah kejut saya, dia masuk dalam bilik saya, dia kata dia dengar sesuatu dalam bilik anak saudara saya Nadia. Dia ajak saya pergi ke dalam bilik Nadia. Arwah saya ketuk pintu bilik, dia buka pintu ada anak saudara saya dengan seorang lelaki. Lelaki duduk sebelah pintu. Pakai baju seluar. Nadia duduk atas katil. Arwah ayah saya suruh dia keluar lepas itu tunggu untuk dibawa ke Balai Polis.” [30] Keterangan SP4 ini adalah konsisten dengan/dan sekaligus menyokong keterangan mangsa/SP1 mengenai keberadaan Tertuduh di tempat kejadian, berdua-duaan dengan mangsa. [31] Keterangan berikut datangnya daripada Pegawai Penyiasat (SP7). Di muka surat 119 Rekod Rayuan SP7 berkata:- 16 : Apakah hasil dari siasatan yang inspector lakukan? : Berdasarkan keterangan mangsa Nur Hafidatul, mangsa mendakwa sebelum malam kejadian 15/8/2014 jam lebih kurang 10.00 malam, OKT teman lelaki mangsa ‘Iji’, telah datang ke rumah mangsa dan masuk ke bilik tidur mangsa. Mangsa mendakwa telah melakukan aktiviti terlarang dengan Iji, dalam keadaan kedua-duanya tidak memakai baju. Kemudian mangsa beritahu Iji ada cuba masukkan kemaluannya dalam kemaluan mangsa dan mangsa mendakwa merasa sakit dan terus menolak Iji. Mangsa mendakwa kejadian itu bukan kali pertama. Ia berlaku lebih kurang 6 kali semenjak Hari Raya Kedua tahun 2014. : Berdasarkan report mangsa dan keterangan mangsa tadi, Inspektor kata OKT cuba masukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa, cuba masukkan ini setakat mana? : Mangsa telah beritahu saya kemaluan OKT masuk separuh ke dalam kemaluannya, selepas mangsa merasa sakit mangsa terus menolak OKT. : Selain kemaluan OKT, ada tak berdasarkan siasatan inspektor, ada tak selain kemaluan OKT? : Mangsa mendakwa mengorek kemaluan mangsa dengan menggunakan jari.” 17 Ketika disoal semula, SP7 berkata di muka surat 130: : Berdasarkan siasatan inspektor tadi, peguam bertanyakan kepada inspektor memberi cadangan tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan mereka itu dalam keadaan bogel. Tidak ada saksi yang melihat jadi inspektor kata inspector setuju. Berdasarkan siasatan inspektor sendiri bagaimana apakah keadaan sebenar kedua-dua mangsa dan juga OKT semenjak dari malam sehingga pagi dijumpai? : Berdasarkan siasatan saya, awal jam 10.30 malam berlaku hubungan seksual, dalam tempoh sehingga ditangkap itu mangsa beritahu kejadian berlaku sekejap sahaja. Mangsa dan OKT telah memakai semula pakaian mereka.” [32] SP7 juga semasa diperiksa semula di muka surat 129 Rekod Rayuan telah menyatakan:- : Berkenaan barang kes, soalan peguam tadi inspektor, peguam bertanyakan kepada inspektor tidak ada kesan air mani pada barang kes, inspektor kata tidak setuju. Terdapat 3 barang kes yang inspektor rampas, boleh jelaskan kenapa inspektor tidak bersetuju dengan cadangan peguam tidak terdapatnya kesan air mani kepada ketiga-tiga barang kes tersebut? : Saya tidak bersetuju sebab mangsa kata dia nampak suspek mengesat air mani pada salah satu barang kes yang saya rampas.” 18 Isu-isu yang dibangkitkan Pembelaan [33] Pihak Pembelaan telah membangkitkan beberapa isu, Pertamanya Peguambela menimbulkan isu bahawa keterangan mangsa SP1 menimbulkan persoalan bahawa sama ada jari atau kemaluan yang masuk dahulu. Ini adalah kerana keterangan mangsa di Mahkamah bercanggah dengan repot polisnya mengenai urutan kejadian sama ada jari atau kemaluan yang masuk dahulu. [34] Mahkamah berpendapat susunan ini tidak material kerana elemen terpenting adalah kemasukan zakar (penile penetration) dan bukan kemasukan jari. Dari keseluruhan keterangan, Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh/Perayu telah memasukkan kemaluannya selain daripada memasukkan jari-jarinya ke dalam kemaluan mangsa. Di dalam erti kata lain, kedua-duanya berlaku. Pihak pembelaan tidak pula mencabar bahawa yang masuk adalah jari sahaja tetapi mencabar susunan kemasukan jari atau kemasukan zakar ke dalam kemaluan. Mahkamah mendapati tiada apa yang bercanggah dengan keterangan mangsa dan laporannya di mana mangsa telah menjelaskan bahawa keterangan beliau di dalam repot dan keterangannya di Mahkamah kedua-duanya adalah benar. [35] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada pemeriksaan semula ke atas mangsa di mana mangsa menjelaskan perkara sebenar bahawa jari dimasukkan dahulu kemudian kemaluan dimasukkan dan kemudian jari dimasukkan semula. 19 [36] Keterangan berkenaan adalah seperti di dalam muka surat 74 Rekod Rayuan Jilid 2, baris ke 24-16 (pemeriksaan utama): : Jadi betul Ramzie masukkan jari dan masukkan kemaluan, lepas itu masukkan jari?. : Ya”. [37] Peguambela juga membangkitkan isu koyakan lama yang lebih dari tempoh 72 jam. Menurut peguambela, keterangan ini menunjukkan bahawa hubungan seks tidak berlaku pada 15/8/2014. Mahkamah telah meneliti keterangan SP3 iaitu pakar sakit puan yang menyatakan dengan jelas dan terperinci yang tidak menunjukkan apa-apa kecacatan atau percanggahan kepada keterangan SP3 seperti yang didakwa pihak peguam Perayu. Mahkamah ini mendapati SP3 telah menjelaskan bahawa koyakan pada hymen mangsa bukan sahaja koyakan lama tetapi “partial tear”. Apabila ada “partial tear” ia menunjukkan saiz objek yang masuk kurang dari kelebaran vagina mangsa. SP3 juga menjelaskan apabila wujudnya koyakan lama, sebarang koyakan baru tidak akan kelihatan memandangkan saiz koyakan sedia ada atau saiz zakar yang masuk lebih kecil dari kelebaran saiz hymen. [38] Di muka surat 88 Rekod Rayuan Jilid 2, baris ke 4-5 (pemeriksaan utama) SP3 menyatakan:- : Boleh doktor jelaskan maksud partial tear adakah bermaksud kemasukan itu tidak penuh atau bagaimana 20 atau kesan boleh jadi kemasukan separuh atau bagaimana yang menyebabkan ia hanya jadi partial?. : Bergantung kepada saiz objek yang masuk. Kemungkinan saiz kurang dari kelebaran dari vagina”. [39] Di muka surat 93 Rekod Rayuan Jilid 2, soalan ke 5 (pemeriksaan utama):- : Doktor tidak bersetuju dengan cadangan peguam sekiranya dalam tempoh 72 jam berlaku tusukan objek keras dan tumpul kepada vagina mangsa tidak meninggalkan sebarang kesan. Boleh doktor jelaskan kenapa doktor tidak bersetuju sekiranya tiada kesan tidak menunjukkan adanya tusukan?. : Sekiranya objek itu lebih kecil diameternya lebih kecil dari bukaan dara boleh menyebabkan tiada kesan dilihat”. [40] Peguambela Tertuduh/Perayu tersebut membangkitkan isu bahawa tidak wujudnya DNA air mani OKT di dalam kemaluan pengadu/mangsa. Mahkamah berpendapat bahawa ianya tidak relevan kerana pancutan air mani (“ejaculation”) bukanlah satu elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan di bawah seksyen 376(1) KK. Pihak Pendakwaan hanya perlu membuktikan adanya kemasukan (penetration) dan bukannya “ejaculation”. [41] Di dalam kes PP lwn. MOHAMAD MALEK RIDZUAN CHE CHE HASSAN, MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA [2013] 8 CLJ 359 memutuskan:- 21 “[34] Pada hemat kami, ketidakhadiran air mani (spermatozoa) di dalam faraj (vagina) SP4 bukanlah bermakna tidak berlaku kemasukan kemaluan Responden ke dalam faraj (vagina) SP4. Kehadiran air mani bukanlah merupakan satu keperluan undang-undang bagi membuktikan kesalahan rogol. Bagi kesalahan rogol, apa yang diperlukan ialah kemasukan (“penetration”) dan bukannya terkeluar atau terpancutnya air mani (“ejaculation”).” [42] Kesimpulan dari keterangan-keterangan ini, Mahkamah boleh menyimpulkan bahawa selain daripada tindakan Tertuduh memasukkan jarin-jarinya ke dalam kemaluan mangsa, Tertuduh telah, pada malam kejadian memasukkan zakarnya yang keras ke dalam kemaluan mangsa, sekaligus membuktikan elemen utama iaitu “penile penetration” telah berlaku. [43] Mengenai kononnya terdapat percanggahan yang dibangkitkan oleh Peguambela Tertuduh, Mahkamah bersetuju terdapatnya percanggahan keterangan di kalangan saksi-saksi Pendakwaan. Namun percanggahan-percanggahan tersebut adalah tidak material. Mahkamah berpuas hati bahawa wujudnya percanggahan yang tidak material tersebut namun ianya tidak menjejaskan kes Pendakwaan. (Lihat kes PP vs Datuk Haji Harun Bin Idris (No. 2)(1976) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim vs PP (supra). [44] Elemen kedua juga telah berjaya dibuktikan bahawa SP1 adalah di bawah umur 16 tahun ketika kejadian oleh SP1 sendiri dan tidak dipertikaikan oleh Peguambela Tertuduh. Selain daripada keterangan lisan 22 mangsa, pihak Pendakwaan telah kemukakan keterangan dokumentar iaitu surat beranaknya yang telah diterima masuk oleh Mahkamah sebagai P1. [45] Di akhir kes Pendakwaan, di atas penilaian maksima, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang telah membuat penilaian (“judicial appreciation of evidence”) bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan dan Tertuduh/Perayu perlu dipanggil untuk membela diri. Kes Pembelaan [46] Setelah diperintahkan untuk membela diri, Tertuduh/Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. [47] Tugas pihak pembelaan di peringkat pembelaan adalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. Namun tanggungjawab Pendakwaan adalah untuk membuktikan sehingga akhir kes bahawa Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah sejajar dengan peruntukan sek. 173(m)(i) KAJ yang berbunyi: “173 Procedure in summary trials m(i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.” 23 [48] Seterusnya, bagi maksud membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah, Mahkamah merujuk kepada kes Liew Kaling & Ors v. PP [1960] 1 LNS 60; [1960] 1 MLJ 306, di mana CJ Thomson menyatakan pada muka surat 311, perenggan C bahawa: “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilitites to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence ‘of course it is possible, but not in the least probable.’ The case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice.” [49] Pembelaan Tertuduh/Perayu dari peringkat pendakwaan dan juga peringkat pembelaan dipremiskan kepada dua isu sahaja iaitu mengenai kredibiliti mangsa dan penafian yang bermaksud tiada hubungan seks berlaku di antara Tertuduh/Perayu dengan mangsa pada tarikh kejadian. [50] Mahkamah telah meneliti keterangan Tertuduh/Perayu hampir lebih dari separuh keterangan pembelaannya adalah tidak relevan. Yang relevan adalah keterangan penafiannya yang mana Tertuduh menafikan kejadian rogol dan kemasukan jari-jari Tertuduh di dalam kemaluan mangsa. Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa pembelaan Tertuduh adalah tidak bermerit yang telah berjaya dipatahkan sejak peringkat pendakwaan lagi oleh saksi-saksi pendakwaan yang mempunyai kredibiliti yang tinggi jika dibandingkan dengan saksi pembelaan yang 24 merupakan Tertuduh sendiri (SD1) dan ibu Tertuduh (SD2), kedua-duanya adalah saksi yang berkepentingan. Sungguhpun begitu Mahkamah perlu mempertimbangkan pembelaannya. [51] Berikut adalah sedutan pembelaan penafian Tertuduh/Perayu semasa disoal balas, seperti di muka surat 154 – 156 Rekod Rayuan:- “49. S : Setuju saya katakan pada kamu Ramzie, telah pergi ke rumah Nadia ni, masuk ke dalam rumah tu, sudah lima kali sebelum itu, pada malan 15/8/2014 ini adalah kali yang keenam? : Tidak setuju.
50
: Setuju tak dengan saya, masa kelima-lima kali sebelum itu, awak pergi itu, masuk ke bilik Nadia tu, bapa saudara dan juga arwah datuk Nadia tidak menyedari kehadiran awak di dalam bilik Nadia, setuju? : Setuju. ………………………………………………………….
56
: Kamu kata cium bibir Nadia, kamu cium payudara dia, selepas itu kamu ada cuba masuk kemaluan kamu ke dalam kemaluan Nadia, kepala kemaluan kamu sudah masuk ke dalam kemaluan Nadia kemudian bila dia kata sakit dia tolak badan kamu kemudian kamu masukkan jari kamu ke dalam kemaluan Nadia, setuju dengan saya? : Tidak setuju. 25
57
: Kemudian kamu telah hisap payudara Nadia dan kemaluan kamu dalam keadaan tegang? : Tidak setuju.
58
: Selepas itu lepas kamu masukkan kemaluan kamu, kamu ada pancutkan air mani kamu di atas tilam? : Tidak setuju.
59
: Masa datuk Nadia jumpa kamu, kamu sedang bersembunyi dalam selimut? : Tidak setuju. ………………………………………………………….
77
: Tahu tak salah masuk ke dalam bilik anak dara orang, berdua-duaan dengan orang perempuan, tahu tak salah? Kamu lelaki umur 21 tahun masuk ke dalam bilik seorang perempuan umur 15 tahun, salah tak masuk dalam bilik bedua-duaan dengan dia, semenjak dari pukul 10.00 itu kamu masuk ke dalam bilik berdua-duaan, tanpa pengetahuan datuk dan bapa saudara dia, sedangkan ada lelaki dalam rumah itu tok dia? Kamu tahu salah?” : Tidak tahu.” [52] Mahkamah juga telah meneliti dapatan Hakim bicara dan mendapati beliau adalah betul di dalam dapatannya. Berikut adalah dapatan Hakim bicara seperti di muka surat 32 dan 33 Rekod Rayuan seperti berikut:- 26 “[41] Mengenai apa yang dikatakan oleh Tertuduh keraguan mengenai mana satu yang masuk dahulu, jari atau kemaluan, Mahkamah merujuk kepada keterangan mangsa di peringkat kes pendakwaan apabila beliau tidak setuju dengan cadangan Peguambela Tertuduh bahawa Tertuduh hanya memasukkan jarinya dan mangsa telah menjelaskan bahawa selain daripada jari Tertuduh juga memasukkan kemaluannya dan mangsa sempat merasa kepala kemaluan Tertuduh masuk ke dalam kemaluannya dan menolak Tertuduh. Seterusnya Peguambela Tertuduh telah mencadangkan kepada mangsa bahawa Tertuduh telah lima kali memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa dan mencadangkan bahawa mangsa memberikan keizinan. Kepada cadangan ini mangsa telah menjawab tidak setuju dan menjelaskan lagi bahawa Tertuduh telah menyuruh mangsa baring. Tertuduh masukkan jarinya dan mangsa rasa sakit. Seterusnya Tertuduh cuba memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa, sempat masuk kepala kemaluan sahaja kerana mangsa menolak badannya. Mangsa pasti kemaluan Tertuduh memasukkan kemaluannya kerana mangsa rasa keras. [42] Daripada penelitian di atas Mahkamah mendapati bahawa keterangan Tertuduh di peringkat kes pembelaan bercanggah dengan pembelaan yang dikemukakannya di peringkat kes pendakwaan dan seperti yang ditunjukkan di atas ada perkara yang dibangkitkan oleh Tertuduh semasa Peguambela Tertuduh menyoal balas mangsa di peringkat kes pendakwaan. Maka Mahkamah mendapati bahawa pembelaan Tertuduh adalah tidak konsisten dan tidak lebih daripada penafian kosong semata-mata. Mahkamah merujuk kepada kes-kes PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 dan D.A. Duncan v PP [1980] 2 27 MLJ 195 di mana diputuskan bahawa penafian kosong bukan merupakan pembelaan. [43] Saksi kedua pembelaan, iaitu ibu Tertuduh sendiri (SD2) tidak membantu kes pembelaan kerana beliau tidak tahu apa yang dilakukan oleh Tertuduh dengan mangsa di malam kejadian itu. Walau bagaimanapun keterangan SD2 telah menyokong fakta bahawa Tertuduh berada di rumah mangsa pada malam kejadian itu, iaitu pada 15 Ogos 2014 sehinggalah beliau ditangkap dan dibawa ke Balai Polis. KEPUTUSAN MAHKAMAH [44] Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, setelah mendengar keterangan saksi-saksi di pihak pembelaan dan setelah meneliti dan menilai semula keterangan di dalam keseluruhan kes, Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan dengan yang demikian Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan terhadap Tertuduh dengan melebihi keraguan yang munasabah dan Tertuduh didapati salah dan disabitkan di bawah pertuduhan tersebut.” [53] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas 28 kes Pendakwaan. Justeru itu Tertuduh wajar didapati bersalah dan disabitkan. G. RAYUAN TERHADAP HUKUMAN - Tertuduh/Perayu telah dijatuhkan hukuman 13 tahun penjara dari tarikh sabitan dan 4 kali sebatan. Tertuduh/Perayu telah turut menfailkan rayuannya terhadap hukuman. Undang-undang Mengenai Rayuan terhadap Hukuman [54] Undang-undang mengenai rayuan adalah mantap iaitu mahkamah di peringkat rayuan sewajarnya tidak mengganggu keputusan yang dibuat oleh Hakim bicara melainkan keputusan itu adalah salah, contohnya hukuman tersebut adalah terlalu berat (manifestly excessive) atau terlalu ringan, (manifestly inadequate). [55] Mahkamah ini akan berpandukan beberapa prinsip penghakiman di dalam mempertimbangkan rayuan mengenai hukuman. Di dalam kes Adam Atan v PP [2009] 1 CLJ 33 khususnya di m/s 36 YAA Gopal Ram, Hakim Mahkamah Rayuan berkata: “In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would have imposed a lesser sentence is irrelevant. The appellant must satisfy this court that the sentencing court has either erred in principle or imposed 29 a sentence that was manifestly excessive. We find it unnecessary to cite any authority in support of this well established principle”. [56] Di dalam kes Bhandulananda Jayatilake [1981] 1 LNS 139, Almarhum Raja Azlan Shah (KHN ketika itu) telah menyatakan: “For a discreationary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorized or extraneous or irrelevant exercise of discretion”. Dapatan Mahkamah Bicara [57] Hakim Bicara telah memberikan Alasan-alasannya mengenai hukuman di muka surat 34 dan 35 Rekod Rayuan seperti berikut:- “[47] Setelah menimbangkan rayuan Tertuduh dan “aggravating factors” yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun dari tarikh hukuman dan Tertuduh juga dikenakan 4 kali sebatan. [48] Di dalam menjatuhkan hukuman tersebut Mahkamah mengambilkira bahawa jenayah rogol adalah kesalahan yang berat, tambahan lagi Tertuduh adalah seorang lelaki dewasa yang mengambil kesempatan terhadap mangsa yang di bawah umur dan masih bersekolah. Mahkamah juga mengambil “judicial notice” bahawa jenayah rogol berleluasa sekarang ini dan Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang setimpal dan boleh menjadi pengajaran 30 kepada masyarakat supaya tiada yang terfikir untuk berjinak-jinak dengan jenayah ini. [49] Mahkamah juga mengambilkira bahawa Tertuduh telah didapati bersalah selepas satu perbicaraan penuh diadakan. Hukuman yang dijatuhkan selepas satu perbicaraan penuh adalah lebih berat daripada hukuman seandainya Tertuduh mengaku salah. [50] Mahkamah telah menjatuhkan hukuman “according to law” yang mengikut peruntukan seksyen yang berkenaan dan setelah mengambilkira faktor meringan dan memberatkan hukuman.” Dapatan Mahkamah Ini Mengenai Hukuman [58] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan rogol statutori adalah satu kesalahan yang serius. Ini dilambangkan dengan hukuman maksima yang boleh dikenakan bagi kesalahan ini ialah 20 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan. Hakim bicara di dalam mengikuti prinsip-prinsip hukuman adalah tidak terkhilaf apabila memberi keutamaan kepada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi Tertuduh/Perayu seperti mana yang ditekankan di dalam kes PP v Loo Choon Fatt (1976) 2 MLJ 256. [59] Namun kepentingan seseorang Tertuduh tidak boleh diketepikan langsung. (Lihat kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v PP (2001) 1 MLJ 193). Terdapat keadaan di mana kepentingan awam sendiri mewajarkan seseorang tertuduh itu tidak dimasukkan ke dalam penjara di dalam tempoh yang panjang kerana ia akan membawa banyak keburukan 31 daripada kebaikan, dimana seseorang pesalah itu akan menjadi penjenayah tegar (hardened criminal) selepas menjalani hukuman penjara. [60] Justeru itu, Mahkamah perlu menjalankan satu kaedah pengimbangan untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada mangsa/orang awam dan juga tertuduh di dalam menentukan hukuman yang perlu dijatuhkan. Ke arah itu Mahkamah akan menggunakan kaedah ini di dalam menentukan hukuman yang sesuai di dalam kes ini. [61] Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh/Perayu telah merancang perbuatan ini. Dari keterangan mangsa, Tertuduh/Perayu telah, sebelum hari kejadian datang 5 kali ke rumah/ke dalam bilik mangsa dan tiap-tiap kali Tertuduh datang, Tertuduh akan memasukkan jari-jarinya ke dalam kemaluan mangsa. Mahkamah melihat tindakan Tertuduh ini adalah untuk memberi rangsangan seks dahulu kepada mangsa. Pada hari kejadian, yang merupakan kali keenam Tertuduh/Perayu datang ke rumah/ke dalam bilik mangsa, Tertuduh telah memasukkan jari-jarinya dan seterusnya telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa, setelah Tertuduh mendapati mangsa di dalam keadaan terangsang. [62] Mahkamah ini juga mendapati tindakan-tindakan Tertuduh ini menunjukkan sikap Tertuduh sebagai “opportunis”, mengambil peluang hubungan keintiman di antara Tertuduh dan mangsa yang begitu naïf memandangkan mangsa adalah kanak-kanak (di bawah 16 tahun). Justeru itu, satu hukuman yang berat wajar diberikan supaya Tertuduh dan bakal-bakal pesalah akan sedar bahawa kesalahan rogol ini adalah satu kesalahan serius dan Mahkamah melihatnya sebagai satu perbuatan yang 32 keji. Maka hukuman yang diberikan oleh Hakim bicara adalah betul, sesuai dan wajar. [63] Mahkamah juga mengambil kira bahawa sabitan ini adalah melalui satu perbicaraan penuh yang memakan masa yang agak lama. Justeru itu Tertuduh tidak layak untuk menikmati diskaun yang dibenarkan undang-undang jika Tertuduh mengaku bersalah. Hakim bicara adalah betul apabila mempertimbangkan faktor ini. [64] Mahkamah juga mendapati kesalahan sebegini adalah amat berleluasa sekarang di kalangan remaja di Kelantan walaupun ciri-ciri keagamaan sentiasa diserapkan di dalam semua aktiviti sehinggakan Kelantan diibaratkan sebagai “Serambi Mekah”. Namun demikian, pendidikan agama yang diterapkan tidak mampu menangkis peningkatan kesalahan ini di kalangan remaja. Hanya hukuman penjara yang tinggi sahaja yang mampu mengatasinya. Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila mengambil kira faktor ini sebelum menjatuhkan hukuman. [65] Mahkamah juga telah menimbang faktor berkaitan kepentingan Perayu/Tertuduh, sepertimana hujahan pihak Pembelaan. Faktor bahawa Tertuduh masih muda dan bahawa Tertuduh telah kesal dan insaf dan ini adalah kesalahan pertama telah diambil pertimbangan dengan kekuatan yang tidak begitu signifikan (withless significant/weight) berdasarkan keadaan sekeliling kes ini. [66] Mahkamah juga mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim bicara adalah mengikuti trend hukuman bagi kesalahan sebegini. Di dalam 33 kes Peillis v PP (2014) 6 CLJ 670, tertuduh telah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 5 sebatan. Di dalam kes Riduan Mahmud v PP (2015) 1 LNS 449, tertuduh dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 2 sebatan. Di dalam kes Nelson Gnanaregasam v PP (2010) 3 CLJ 561, tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 tahun 5 sebatan. Ada beberapa otoriti-otoriti lain yang mana hukuman-hukuman yang dijatuhkan adalah 13 hingga 14 tahun beserta sebatan, bergantung kepada keadaan kes masing-masing. [67] Justeru itu, daripada trend hukuman, hukuman yang wajar diberikan adalah di dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun penjara. Justeru itu Mahkamah berpendapat hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim bicara iaitu 13 tahun penjara dan 4 sebatan adalah sesuai dan wajar “in the circumstances of the case” yang tidak mewajarkan Mahkamah ini mengganggunya. H. KESIMPULAN [68] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara adalah tidak terkhilaf apabila mendapati Tertuduh/Perayu bersalah dan mensabitkannya. Mahkamah ini juga mendapati sabitan ke atas Tertuduh/Perayu adalah selamat. Justeru itu rayuan Tertuduh/Perayu terhadap sabitan ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. [69] Mengenai hukuman pula, Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara telah tidak terkhilaf kerana telah mengambil kira segala faktor yang relevan. Hakim bicara juga telah mengambil kira keadaan sekeliling kes 34 (circumstances of the case) dan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh/Perayu. Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim bicara adalah betul dan keputusan yang diberikan adalah selamat dan dengan itu rayuan Tertuduh/Perayu terhadap hukuman juga dengan ini ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. Tarikh: 15 Jun 2018 t.t. (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kelantan. Pendakwa Raya/ TPR Puan Ainul Wardah binti Shahidan, Responden: Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Peguamcara Tertuduh/Perayu: Ahmad Nurie Bin Ab. Rahman Tetuan Nurie Khairuddin & Co., Peguambela & Peguamcara PT 163 Aras 1, Jalan Dusun Muda (Sebelah Emas Link Pacific Hotel) 15400 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.