Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah jadual, jika mangsa ialah kanak-kanak mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.” [30] Bagi memahami tujuan penggubalan s. 18 tersebut Mahkamah wajar untuk merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen semasa rang undang-undang Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibentangkan. la adalah sejajar dengan peruntukan s. 17A Akta Tafsiran 1948 dan 1967 yang menyatakan seperti berikut: In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act "17A Regard to be had to the purpose of Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object." [31] Keperluan untuk mahkamah merujuk kepada penyata Rasmi Parlimen dalam memahami niat penggubalan sesuatu undangundang itu telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v Kerajaan Malaysia & Anor [2021] 8 CLJ 511. [66] When a statute is not very clear, it is the court's duty to find what is the intention of the Legislature or Parliament in enacting it. In Seagood Court Estate Ltd v. Asher [1949] 2 KB 481, Denning LJ said the following: Whenever a statute comes up for consideration, it must be remembered that it is not within human powers to foresee the manifold sets of facts which may arise, and, even it were, it is not possible to provide for them in terms free from ambiguity. The English language is not an instrument of mathematical precision. Our literature would be much poorer if it were. This is where the draftsmen of Acts of Parliament have often been unfairly criticised. A judge, believing himself to be fettered by the supposed rule that he must look to the language and nothing else, laments that the draftsmen have not provided for this or that, or have been guilty of some other ambiguity. It would certainly save the judges trouble if Acts of Parliament were drafted with divine prescience and perfect clarity. In the absence of it, when a defect appears a judge cannot simply fold his hands and blame the draftman. He must set to work in the constructive task of finding the intention of Parliament, and he must do this not only from the language of the statute, but also from a consideration of the social conditions which gave rise to it, and of the mischief which it was passed to remedy, and then he must supplement the written word so as to give "force and life" to the intention of the legislature. [67] So in our context, it is the duty of this court to find out what was the intention of Parliament in enacting the NSCA and not by looking merely at the words used in the said Act. Reference is also made to s. 17A of the Interpretation Acts 1948 and 1967 which reads as follows: In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object. (emphasis added)" [32] Semasa mengemukakan rang undang-undang tersebut pada 04.04.2017 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said telah menjelaskan tujuan peruntukan tersebut seperti berikut: "Pindaan kepada fasal 18 yang dinomborkan semula bertujuan untuk memperuntukkan yang berbeza dengan seksyen 133A, Akta Keterangan mengenai keterangan saksi kanak-kanak berhubung dengan kesalahan kesalahan di bawah undang-undang ini dan kesalahan kesalahan di bawah jadual jika mangsa ialah kanakkanak." [33] Apa yang jelas ialah peruntukan tersebut bertujuan mengatasi masalah yang dihadapi bagi kes-kes kesalahan seksual kanakkanak untuk keterangan saksi kanak-kanak diperlukan keterangan sokongan seperti yang dikehendaki di bawah s. 133A Akta Keterangan 1950. Ini bermakna keterangan SP5 di dalam kes ini boleh dijadikan sandaran untuk satu sabitan Perayu tanpa memerlukan keterangan sokongan yang lain. Semasa rang undang-undang Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dikemukakan buat pertama kali pada 03.04.2017 telah dinyatakan bahawa fasal 18 iaitu s. 18 ketika itu yang masih belum dipinda di peringkat jawatankuasa dan telah diterangkan mengapakah s. 18 itu dimasukkan seperti berikut: "Bahagian VI adalah terdiri daripada fasal 18 yang secara ringkasnya peruntukkan mengenai kebolehpercayaan, credibility dengan izin, saksi kanakkanak untuk memberikan kesan dalam prosiding yang melibatkan kesalahan seksual. Di bawah fasal ini, walau apa pun, apa-apa yang berlawanan dalam undang-undang bertulis dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau kesalahan yang dinyatakan dalam jadual, jika mangsa itu adalah kanak-kanak, saksi kanak-kanak dianggap mempunyai kewibawaan untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpandangan sebaliknya. Buat masa sekarang seksyen 118, Akta Keterangan 1950 dan seksyen 8, Akta Sumpah dan Ikrar 1949 menyatakan kanak-kanak bukanlah saksi yang kompeten untuk memberikan keterangan. Asas bagi cadangan peruntukan ini adalah berdasarkan bahawa kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk memberi keterangan yang tepat mengenai sesuatu fakta sekiranya kaedah yang digunakan untuk mengemukakan soalan pada saksi kanak-kanak tersebut adalah bersesuaian dengan pemikiran kanak-kanak tersebut. Selain itu, kebanyakan kes yang melibatkan jenayah seksual kanakkanak tidak berjaya disabitkan. Ini kerana terdapat keperluan agar keterangan kanak-kanak perlu disokong. Kerajaan berpandangan bahawa nilai keterangan kanak-kanak perlu diiktiraf sewajarnya. Menurut Article 12 Convention mengenai hak kanak-kanak. Satu, States party shall assure to the child who is capable of forming his or her own views, the right to express those views freely on all matters affecting the child, the views of the child being given due weight in accordance with the age and maturity of the child. For this purpose the child shall in particular be provided the opportunity to be heard in any judicial and administrative proceedings affecting the child either directly or through a representative or an appropriate body in a manner consistent with procedure rules of national law Menurut perenggan 18 UN Guidelines on Justice in Matters involving Child Victims of Crime. "Every child should be treated as a capable witness". Selain itu terdapat beberapa perundangan di luar negara yang telah mengiktirafkan saksi kanakkan sebagai saksi kompeten dan boleh memberi keterangan sebagaimana seorang dewasa. Antara peruntukan luar negara adalah Youth Justice and Criminal Evidence Act United Kingdom, Evidence Act New Zealand, Evidence Act Queensland, dengan izin. Satu pindaan di peringkat Jawatankuasa juga dicadangkan untuk menggantikan perkataan kebolehpercayaan dengan perkataan keupayaan yang akan memberikan satu takrifan yang lebih jelas." [34] Adalah jelas daripada penelitian Penyata Rasmi Parlimen tersebut menunjukkan bahawa s. 18 ini adalah bertujuan untuk mahkamah menggunakan keterangan saksi kanak-kanak untuk mensabitkan satu pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 tanpa perlu kepada keterangan sokongan. la adalah bagi menutup kebimbangan berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak seperti yang pernah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Loo Chuan Hua v PP (1971) 2 MLJ 167 di mana YAA Hakim Azmi Ketua Hakim Negara menyatakan berkenaan dengan keterangan kanak-kanak seperti berikut: "Our Evidence Ordinance does not exclude it But prudence requires that it should be corroborated. Hence it is called a rule of prudence which merely means that the evidence is not to be given weight unless it is corroborated in material particulars The rule is based on human experience that a child, unlike an adult, sometimes finds it difficult to distinguish between realities and fantasies. That is, perhaps, one reason, if not the only, reason, for the rule." [35] Begitu juga di dalam kes Chao Chong & Ors & Public Prosecutor (1960) 26 MLJ 238 di mana YAA Hakim Thomson, Ketua Hakim Negara pada masa itu menyatakan seperti berikut: "One reason why children's evidence is regarded with suspicion is that there is always the danger that a child may not fully understand the effect of taking an oath. In this country where evidence is taken on affirmation that consideration loses much of its force. Another reason, however, which in this country possesses undiminished force is that it is a matter of common knowledge that children at times find it difficult to distinguish between reality and fantasy. They find it difficult after a lapse of time to distinguish between the results of observation and the results of imagination. Another reason, however, which in this country possesses undiminished force is that it is a matter of common knowledge that children at times find it difficult to distinguish between reality and fantasy. They find it difficult after a lapse of time to distinguish between the results of observation and the results of imagination." [36] Namun demikian s. 18 tersebut telah membebaskan keterangan kanak-kanak yang menjadi saksi bagi kesalahan di bawah Akta ini daripada terikat dengan keperluan Akta Keterangan 1950 iaitu s. 133A Akta Keterangan 1950. Hakikat s. 133A Akta Keterangan 1950 dan pemakaiannya telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Naki Mohd Yusuf v PP [2014] 7 CLJ 441 seperti berikut: [50] The direct evidence that the appellant was the person who hit the deceased with an iron rod came from a child witness (SP16) who had given evidence on oath and whose evidence was not corroborated. The manner a child witness may choose to give his/her evidence is provided by the Evidence of Child Witness Act 2007. Section 133A of the Evidence Act 1950 provides for the weight to be given to the evidence of a child witness and the proviso to this s. 133A expressly provides that an accused is not liable to be convicted unless the evidence is corroborated by some other material evidence thereof implicating him. We observe that the trial judge who heard the evidence of child witness SP16, as well as the trial judge who heard the evidence of child witness SP17, had not conducted a preliminary inquiry as to their comprehension of the duty of speaking the truth and the nature of an oath or affirmation." [10] Daripada prinsip yang dinyatakan di atas, jelas bahawa tujuan penggubalan seksyen 18 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 adalah untuk membolehkan mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berdasarkan keterangan mangsa atau saksi kanak-kanak semata-mata, tanpa memerlukan keterangan sokongan, sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa keterangan tersebut adalah boleh dipercayai. Peruntukan ini digubal bagi mengatasi keperluan di bawah seksyen 133A Akta Keterangan 1950 yang sebelum ini mensyaratkan keterangan kanak-kanak disokong oleh keterangan material yang lain. [11] Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna mahkamah perlu menerima keterangan kanak-kanak secara membuta tuli. Mahkamah masih bertanggungjawab menilai kredibiliti, kebolehpercayaan dan keseluruhan keterangan berdasarkan fakta serta keadaan setiap kes sebelum membuat dapatan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.